DULU MASA BARU PERKENAL WALAUNG MERAUNG KATA NAK TINDAS PENIAGA MELAYU....SEKARANG APA MACIAM

 



Ingat lagi masa Menu Rahmah baru diperkenalkan, ada walaun main isu perkauman. Katanya Kerajaan cuma nak tekan peniaga Melayu. Restoran makan segera tak kena paksa pula.

Padahal Menu Rahmah bukan paksaan. Terpulang kepada peniaga. Tak timbul pun soal tekan peniaga Melayu. Tapi begitulah walaun. Mereka memang suka apikan isu perkauman.

Hari ini, keluar berita KFC, McD dan Manhattan Fish Market pun akan keluarkan Menu Rahmah. Agaknya apa walaun nak kata lagi? Ternyata tuduhan mereka sebelum ini hanya fitnah jahat.

Sebab itu rakyat kena buka mata. Kena berhati-hati dengan apa yang walaun katakan. Jangan mudah percaya sebab hati mereka sangat hitam. Hasutan dan fitnah dah jadi darah daging mereka.

Bukan hanya walaun, pemimpin mereka pun sama. Sejak selepas PRU, dah berapa pemimpin mereka terkantoi dan terpaksa minta maaf. Sebab tu jangan percaya mereka. Guane boh?

Raja Gelap

 

KISAH KENTUT DAN JANA WIBAWA

                                                     GAMBAR TIADA KAITAN PUN


Dulu ada sorang kawan aku ni kentut busuk. Bila orang terbau kentut, me
mang dia target utama. Bila kena kutuk kentut busuk, cara dia divert perhatian cuma dengan kata orang lain buang air besar lebih busuk. Sekejapan orang tu pula kena kutuk.

Rasanya ramai pernah jumpa orang macam ni kan? Tapi apa hal aku cerita pasal kentut pulak ni? Yang sebenarnya, aku nak beritahu, teknik alih perhatian ni valid untuk semua situasi. Termasuklah dalam hal politik.

Contoh, bila dah ramai sangat cerita tentang Jana Wibawa, cara mudah nak suruh orang berhenti cakap soal tu, buka isu baru. Contohnya, soal nak tebuk atap kali kedua. Sekejapan isu berubah. Dah tak bunyi dah tentang Jana Wibawa. Semua buka cerita tentang tebuk atap pula.

Isu Jana Wibawa ni besar. Dan melibatkan terlalu ramai pemimpin pembangkang. Sekarang ini baru 2 ahli politik dan seorang ahli perniagaan kena tahan. Rasanya senarai masih panjang. Ramai lagi yang menunggu masa untuk dipanggil.

Rugi kalau biarkan rakyat cakap banyak soal isu ini. Boleh rosak teruk reputasi mereka menjelang PRN. Baik alihkan isu kepada tebuk atap. Walaupun isu ini tak elok juga tapi setidaknya tak rosakkan nama mereka di mata penyokong sendiri. Malahan akan disokong. Begitulah. Guane boh?

Raja Gelap


AIIKKKK NAK BUAT PELABUHAN ? DOK BUAT PEUMPAMAAN GITULAH DULU PUNG....NAK TIPU LAGI LA TEWWW




Pelabuhan di Kelantan? Stesen bas pun lebai tak mampu nak maintain. Inikan pelabuhan? Soal air keruh pun berpuluh tahun tak selesai. Asyiklah nak dana tambahan. Sendiri usaha tak mahu.

Masalah Kelantan tak maju atau ketinggalan bukan sebab kurang prasarana. Tapi disebabkan tiadanya pemimpin berkaliber, yang punya idea bernas untuk jana pendapatan dan bawa pembangunan.

Kalau Kelantan dipimpin oleh pemimpin yang bijak dan kreatif, ada banyak cara untuk tambah hasil pendapatan Kelantan. Jadi, kalau mahu Kelantan maju, tukar dulu parti pemerintah. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

Peruntukan lebih RM6 bilion di Borneo tarik pelaburan ekonomi Nusantara



Kerajaan Perpaduan bertindak pantas untuk menyambut kemakmuran ekonomi dan pelaburan berikutan pembukaan ibu negara baharu Indonesia, Nusantara di Borneo.



Menurut Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli (PH - Pandan), peruntukan lebih RM10 bilion untuk dua negeri dan tambahan RM1 bilion yang dijanjikan dalam Belanjawan 2023 baru baru ini bakal menyediakan kemudahan terbaik di pintu sempadan Malaysia - Indonesia serta kemudahan jalan raya ke pekan pekan terdekat Sabah dan Sarawak dalam menyambut kemakmuran ekonomi Indonesia yang diharap menyediakan limpahan pelaburan.



"Kerajaan (dalam hal ini) mengambil maklum perancangan kerajaan Indonesia untuk menubuhkan ibu kota baharu Nusantara di Kalimantan Timur, Indonesia dan kerajaan percaya bahawa pembangunan ibu kota baharu itu bukan sahaja mengeratkan pembangunan kedua negara tetapi merancakkan ekonomi di kedua dua belah pihak, khususnya di Sabah dan Sarawak.



"Dengan tujuan tersebut, ada dua aspek diberi penekanan, pertama untuk memastikan ketersambungan insfrastruktur dan juga memperkukuhkan keselamatan sempadan serta maritim, untuk memastikan kita mendapat limpahan yang sama dari pembanguna ibu kota Nusantara itu



"Selain RM5.8 bilion peruntukan untuk 1,142 projek yang sedang berjalan di Sabah mengikut rolling plan 2 bagi tahun 2023 ini kerajaan telah menyemak semula dan mengemaskini keperluan projek pembangunan di Sabah, memastikan aspek insfrastruktur dan keselamatan.



"Ini ekoran dari beberapa siri mesyuarat pertama di antara Yang Amat Berhormat Tambun dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo, seterusnya beberapa keputusan dibuat di Mesyuarat Majlis Tindakan Perlaksanan Perjanjian Malaysia 1963,.



"Ekoran pengumuman PM peruntukan tambahan RM1 bilion untuk insfrastruktur sempadan pula, projek ini sedang dimuktamadkan dan dibawa RP 4," kata Rafizi menjawab soalan Ahli Parlimen Datuk Andi Mohamad Suryady Bandy (PH - Kalabakan).



Menurut beliau, keutamaan diberikan untuk membina kompleks kastam, imigresen dan kuarantin di Kalabakan dengan kos keseluruhan RM819 juta dan rundingan masih berjalan antara Kementerian Ekonomi dan Kementerian Dalam Negeri untuk projek berkenaan.



Begitu juga, katanya, pos sempadan di Long Pasia melibatkan kos projek RM25 juta, pos keselamatan dinaiktaraf PGA Pagar Lugas, pos di Tawau dengan kos RM5 juta dan pembinaan 27 landing pad.



"Dengan perancangan projek begini dan tambahan diumumkan, kita berharap dengan prasarana disediakan. Kita juga berharap limpahan ekonomi itu akan memberi manafaat kepada penduduk di sepanjang sempadan bila Nusantara itu beroperasi kelak," kata Rafizi lagi.

 

 

KEH..KEH...KEH - Hj Hadi bukan semak imbang belanjawan, sibuk cerita tukar kerajaan'




 

Ahli Parlimen pembangkang seharusnya memainkan peranan semak dan imbang Belanjawan Madani 2023.



Namun perbahasan Presiden Pas, Hj Hadi Awang semalam meleset daripada tujuan sebenar kewujudan pembangkang di Dewan Rakyat.



Bagi KEADILAN Cabang Kemaman, pemimpin Pas itu langsung tidak menunjukkann kualiti perbahasan sebagai pembangkang yang berwibawa apabila hanya menimbulkan isu 'menjatuhkan' Kerajaan Perpaduan dalam sesi bahas.



"KEADILAN Kemaman menyelar ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat semalam.



Menurut Presiden Pas itu, Kerajaan sekarang tidak patut menyalahkan pihak pembangkang jika tumbang oleh kerana (kerajaan berada dalam keadaan) atap bocor dan dindingnya pecah.



"Ucapan ini jelas membuktikan Presiden Pas sebenarnya tidak layak untuk berada di Dewan Rakyat kerana ucapan ini jelas berbentuk ancaman serta provokasi terhadap Kerajaan memerintah," kata Biro Penerangan dan KEADILAN Kemaman dalam kenyataan hari ini.



Menurut kenyataan itu lagi, ruang perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan seharusnya digunakan sebagai ruang menambah baik Belanjawan 2023.



Malangnya, Hj Hadi terlepas peluang mencadangkan pembaikan atau kritikan dalam dewan.



"Yang ada hanyalah tuduhan melulu dan persepsi buruk yang dicipta untuk memburukkan Kerajaan Perpaduan.



"Ini sekali lagi membuktikan bahawa pembangkang sebenarnya tidak layak untuk mentadbir negara. Mereka hanya pandai berselindung di sebalik sentimen agama dan bangsa, namun tidak ada satu hala tuju yang jelas untuk mentadbir negara dengan lebih baik," ujar kenyataan itu lagi.



 

Royalti petroleum: Kerajaan PN tidak bayar, Kelantan tidak bantah - Dr Agus






Serangan ditujukan kepada Kerajaan Perpaduan kononnya menyekat royalti petroleum di negeri Melayu khususnya Kelantan dan Terengganu dalam Belanjawan 2023 sangat tidak tepat.



Bagi Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Dr Mohammad Agus Yusoff, serangan tersebut sengaja memesongkan pemahaman rakyat daripada fakta yang sebenar.



Katanya sepanjang tuntutan royalti petroleum dari Kelantan ke atas Kerajaan Persekutuan, termasuk saman di mahkamah, istilah royalti masih belum berjaya dikenakan secara rasmi merujuk kepada 'hasil minyak di kedua dua negeri'.



Menurut Agus lagi, bagi kes Kelantan, pada 2019 semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH), kerajaan negeri telah menarik balik saman mahkamah setelah kerajaan pusat membayar Kelantan RM400 juta dalam apa yang dikenali sebagai bayaran "sekali sahaja".



Bagaimanapun katanya, ketika Perikatan Nasional (PN) memerintah Menteri Kewangan gabungan itu Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sendiri menegaskan di Dewan Rakyat bahawa Petronas tidak akan membayar royalti kepada mana-mana negeri di Semenanjung kerana kedudukan medan pengeluaran petroleum yang beroperasi adalah di luar perairan negeri masing-masing.



"Zafrul membuat kenyataan ini berdasarkan kepada peruntukan Akta Laut Wilayah 2012 yang menetapkan negeri hanya boleh menuntut hak sehingga tiga batu nautika dari pesisir pantai sahaja.



"Semasa kerajaan PN juga, Menteri Undang-Undang Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak membawa Akta Wilayah Laut 2012 ke Parlimen untuk dimansuhkan dan tidak juga membayar royalti kepada Kelantan dan Terengganu, hanya sekadar wang ehsan sahaja.



"Menariknya, Kerajaan Negeri tidak bising dan tidak juga menimbulkan soal mendiskriminasikan orang Melayu, kerana pada waktu ini mereka berada dalam kerajaan Keluarga Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.



Tambah Dr Agus, menjadi masalah apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said menegaskan hal tersebut di Dewan Rakyat pada 24 Februari 2023, bahawa Kelantan dan Terengganu tidak layak menerima royalti tunai.



Kenyataan itu digunakan pihak pembangkang untuk menuduh Kerajaan Perpaduan menganiaya orang Melayu, sedangkan keputusan berkenaan adalah selari dengan amalan pada era pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi PM.



Hal itu, katanya, menimbulkan persoalan seluas manakah hak perairan kerajaan negeri ke atas medan petroleum? Sejauh manakah peruntukan Perlembagaan berkaitan hak negeri ke atas galian yang ditemui di kawasan mereka? Salahkah tindakan kerajaan perpaduan menafikan hak negeri Kelantan dan Terengganu ke atas royalti petroleum atau sejauh manakah penafian berkenaan bertentangan dengan prinsip federalisme?



"Pertanyaan ini sukar dijawab kerana pihak yang layak mengesahkan kedudukannya ialah mahkamah. Isunya ialah mengapakah kerajaan negeri menarik balik samannya pada tahun 2019?



"Dengan latar ini, wajarkah pihak oposisi menyatakan Kerajaan Perpaduan menafikan hak orang Melayu hanya kerana menolak membayar royalti petroleum kepada dua negeri Melayu ini?



"Jawapannya tentulah tidak wajar kerana tindakan Kerajaan Perpaduan tidak mencabul keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang," katanya.



Justeru, tegas mantan profesor di UKM itu, selagi tindakan Kerajaan Perpaduan mengikut lunas undang-undang maka tidak bermakna Kerajaan Perpaduan menganiaya orang Melayu Kelantan dan Terengganu.



"Nasihat saya kepada pihak pembangkang janganlah terus meniupkan sentimen perkauman untuk menentang sesuatu keputusan kerajaan yang mereka tidak bersetuju kerana ini boleh mengancam keharmonian hubungan kaum sesama kita.



"Dalam kes royalti petroleum, gunalah saluran undang-undang dan lain-lain tindakan diplomasi supaya kita dapat sama-sama mengangkat Malaysia Madani bagi mewujudkan negara yang stabil, makmur dan bahagia," katanya lagi.

 

 

KEH..KEH...


 

Tahir Long Tahir Long

  · 

Nama Pendek:

Wan Saiful Wan Jan

Nama Panjang:

Wan Saiful Wan Jana Wibawa

 

INI KERAJAAN YANG SUDAH STABIL- MANUSIA YANG ANTI KEPADA KESTABILAN DAN ANTI KEPADA KEMAJUAN ...JADI JANGAN IKUT MEREKA YANG TIDAK WARAS


 

NI MENTERI MENTERI YANG BAIK PERFORM- KALAU YANG MARAH MARAH DAN MASIH LAGI DIAM TAK RETI BUAT KERJA, ELOK LA FIKIR FIKIRKAN


 

SIAPA YANG DAPAT HABUAN 1 MDB NI KENA ANGKUT SEKALI. SABAR NA..NANTI KITA CARI PELAN PELAN


 

RAFIZI AKAN MERONDA KE SETIAP NEGERI UNTUK MENERANGKAN - JANGAN DENGAR CERITA LEBAI- DEPA TAK DAK IDEA NAK MAJUKAN PUN. MELINGKUP ADA.DUNIA TAK MAU TAPI MERCEDES NO WAHID


 

PITENAH JADI AMALAN-LEPAS TU KALUT MINTA MAAF


 

INILAH YANG DIKATAKAN RAFIZI- SEWA KERAJAAN BAYAR. GUNA MESIN INI UNTUK BERJUALAN








Vending machine jual makanan  yang murah. Kalau B40 dan ingin tambah pendapatan, inilah salah satu dari caranya.

Sewa tapak dan vending machine akan dibayar oleh Kerajaan Perpaduan untuk 2 tahun dan diletakkan di tempat-tempat strategik.

Sila layari ipr.epu.gov.my jika berminat. Terbaiklah Kerajaan Perpaduan. Begini baru serius nak basmi miskin tegar. Guane boh?

Raja Gelap

 

DIA MEMBESAR DI KAWASAN YANG TAK KENAL BANGSA LAIN- JADINYA DIA TAK FAHAM BAB BAB CAMPUR ADUK KAUM NI






Tak sudah bermain dengan politik perkauman. Aku rasa sebab dia di kawasan yang tak bercampur jadi dia tak perasan kepentingan perpaduan kaum.

Hari kata bahaya kalau orang bukan Islam kuasai politik. Tapi yang Hadi tak sebut, bahaya jika negara ini dikuasai golongan politician kaki sakau.

Kalau menteri muslim pun, tapi curi duit, biar rakyat hidup melarat, apa gunanya? Menteri muslim pun tapi makan gaji buta, apa hasilnya kepada negara?

Lagipun pemerintah tertinggi negara ini adalah YDP Agong. Siapa pun jadi PM, YDP Agong tetap yang teratas. Apa Hadi tak percaya kepada YDP Agong?

Rasanya kenyataan ini seperti menafikan peranan YDP Agong dalam kerajaan. Jangan anggap YDP Agong boleh dibonekakan. Itu biadab namanya. Guane boh?

Raja Gelap

.

'Jangan sampai PM-10 jadi bekas PM'



Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin mengingatkan sesama ahli parlimen kerajaan supaya tidak menganggu gugat kerajaan perpaduan ketika ini.

Atap bocor, tebuk atap: MP Hulu Langat, Semporna bimbang ada cubaan jatu...


BERITA SEMASA 1 MAC 2023 Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan mendakwa kemungkinan masih ada lagi jalur untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan dengan membangkitkan isu atap bocor, tebuk atap seperti yang didakwa PN semalam. Sementara itu, Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal juga berpandangan supaya Akta Anti Lompat Parti perlu diperhalusi dan diperbaiki supaya dapat direalisasikan dengan segera. Menurut bekas Ketua Menteri Sabah itu, beliau juga bimbang dengan keadaan parti Warisan di Sabah yang dulunya mempunyai 23 ADUN kini hanya tinggal 15 sahaja.

DIA TANYA MACAM BAGUIH , TAPI BILA JAWAB BALIK DIA AGAK AGAKBOLEH JAWAB KA DAK ?

 

Pemuda PAS Selangor

  · 

Wahai Liyana Marzuki.

Mereka juga main bola.

Makan aiskrim.

Main bola tampar.

Bersuka ria di Pantai.

Main takraw.

Macam pemuda cina dan india yang lain.

Cuma mereka juga memakai kostum yang juga membawa semangat perjuangan dalam Islam.

Kenapa mahu melihatkan dunia pada 1 sisi pandang, atau memang memasang niat untuk mereka ini ditakuti dan secara tidak sedar menaman agenda Islamiphobia?

Nadzir Ibnu Helmi

 



TAK PA KAK LIANA- SEBAB AJARAN SESAT BOLEH UNTUK MASUK KOT ATAP KALAU BERLUBANG- HAAA GITEW


 

HATI HATI DENGAN PERGUNAKAN TANJAK DAN BAJU MELAYU UNTUK NAK BODOKAN MELAYU



RAJA SHAHRIM

Gambar orang cina pakai songkok dijaja semula dengan caption untuk ingatkan orang Melayu agar berhati hati oleh pemimpin PAS..

YA, BETUL..BERHATI HATI DENGAN ORANG CINA PAKAI TANJAK SEMASA BERKEMPEN UNTUK DAPAT UNDI MELAYU..


WALAJIB MARAH MARAH KE ATOK SEBAB ATOK SUKA BUAT CERITA PELESU DAN SUKA PITENAH ORANG


 

Raja Annuar Adnan - RAA

  · 

Kepada mereka-mereka yang mulutnya terkumat kamit mengalahkan bontot ayam tua, yang siang malam menfitnah kononnya Najib Razak merompak dana 1MDB, yang jenis tak tau apa tapi berlagak mengalahkan peguam, bila nak merangkak jumpa Najib. Elok merangkak sekarang daripada disebat merangkak bila korang dah mampuih nanti.

Memang dari dulu, berulang kali Najib nyatakan bahawa dana 1MDB dijamin oleh IPIC, tapi korang penjilat sakau tua, korang khayal dengan hasutan AbahCow. Korang dibangangkan oleh para lahanat yang gilakan kuasa, yang berniat jahat terhadap Najib.

Ingatlah anda-anda yang menabur fitnah, balasannya di dunia lagi. Di akhirat tak payah cerita la. Hadap la korang.

Lagi satu aku nak bagi tau, sepatutnya masa hal ini disuarakan Najib, IPIC kena bayar kembali US5.6 billion.

Sebab apa sekarang IPIC cuma bayar UD1.8 billion je, sebab zaman atok tua 22 bulan, dia tak nak terima, konon nak bagi tau Najib yang curi.

Memang sial.