UNTUK PENGKHIANAT UMNO,,,,,,,,,,
PRN PELUANG TERBAIK UNTUK PEMIMPIN UMNO DIPECAT/DIGANTUNG
BUKTIKAN TINDAKAN TERHADAP MEREKA ADALAH SALAH
Kecuali Tajuddin Abdul Rahman, semua pemimpin UMNO lain yang
dipecat atau digantung nampaknya tidak berhasrat untuk mengemukakan rayuan.
Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin, Shahril Hamdan dan
Maulizan Bujang adalah antara yang bertegas tidak akan membuat rayuan, manakala
yang lain-lain pula terlihat senyap begitu saja – dipercayai turut tidak
membuat rayuan atau sedang memikir-memikir untuk menyertai parti lain menjelang
PRN akan datang tidak lama lagi.
Alasan mereka enggan membuat rayuan, antaranya kerana tidak tahu
apa kesalahan telah dilakukan dan tidak pernah dipanggil membela diri oleh
Lembaga Disiplin sebelum hukuman dijatuhkan.
Dalam erti kata lain, walaupun mungkin ada pertuduhan, ia hanya
dikemukakan kepada MT UMNO dan kemudian terus dijatuhkan hukuman pemecatan atau
penggantungan itu.
Dengan demikian prosesnya, mereka terbabit melihat tiada
keperluan untuk mengemukakan sebarang rayuan terhadap hukuman yang telah
dijatuhkan.
Sesungguhnya keputusan enggan membuat rayuan itu adalah tindakan
paling tepat dan wajar sekali dilakukan sekali dilakukan oleh pemimpin-pemimpin
berkenaan.
Pertama, politik ini adalah perjuangan dan perjuangan perlu
kepada tindakan melawan, bukan sikit-sikit membuat rayuan atau memperlihat
lemahnya jiwa untuk melawan.
Jika yakin tidak bersalah, malah tidak diberitahu apa kesalahan
sehingga dipecat atau digantung, maka tiada sebab sama sekali untuk membuat
rayuan.
Membuat rayuan kepada kesalahan yang tidak diketahui dan tidak
diberitahu lebih bererti melutut kepada kebatilan.
Kalau yang digantung mahu tunggu dengan UMNO, mereka hanya perlu
tunggu tempoh penggantungan itu selesai.
Begitu juga yang dipecat, tunggu saja kepimpinan UMNO berubah,
barulah ketika itu jika mahu mohon semula sebagai ahli.
Kedua, dipecat atau digantung daripada UMNO bukan pengakhiran
sebuah perjuangan dalam kehidupan.
Zaman sudah berubah dan UMNO pun semakin nipis kepercayaannya di
kalangan rakyat, bukan macam dulu lagi di mana parti itu sajalah paling relevan
untuk berjuang dan mengejar cita-cita.
Tun Mahathir Mohamad, Mahiaddin Md Yasin dan Anwar Ibrahim telah
membuktikan kejayaan menjadi Perdana Menteri boleh dicapai bukan melalui wadah
UMNO.
Malah, kerana beralih parti juga, ramai yang berpeluang jadi
menteri, exco kerajaan negeri dan lain-lainnya.
Pokoknya, jangan takut untuk berhijrah dan mencari wadah baru.
Kepada Hishammuddin dan KJ khususnya, jangan toleh ke belakang
lagi!!
Ketiga, semua orang tahu tindakan pemecatan dan penggantungan
itu adalah agenda Zahid Hamidi untuk menyelamatkan kedudukannya sebagai
Presiden UMNO semata-mata.
Bimbang dikalahkan dalam pemilihan UMNO, khususnya kerana
prestasi buruk BN dalam PRU15 walaupun sudah diberikan jawatan Timbalan Perdana
Menteri oleh Anwar Ibrahim, jalan paling mudah untuk mengelakkan dilawan ialah
dengan menggantung dan memecat semua pengancam yang dilihat berbahaya
kepadanya.
Oleh yang demikian, menjelang PRN enam negeri yang akan datang
ini, keutamaan semua pemimpin UMNO yang dipecat dan digantung itu ialah
membuktikan tindakan memecat serta menggantung mereka itu adalah salah dan
tidak diterima rakyat.
Rasanya tidak perlu diajar atau diberitahu apa yang perlu mereka
lakukan, yang penting ialah memastikan UMNO terus ditimpa kekalahan buruk dalam
PRN ini sebagaimana ketika PRU15 lalu.
Hanya dengan kalahnya semua atau sebahagian besar calon-calon
UMNO dalam PRN enam negeri nanti saja dapat membuktikan segala keputusan
penggantungan dan pemecatan pemimpin yang diambil Zahid Hamidi sebelum ini
adalah tindakan yang salah.
Yang penting, jangan berdiam diri dan duduk berpeluk tubuh
begitu saja. – ShahbudinHusin 14/06/2023.
MASA MEMERINTAH NI SEMUA TERLAKSANA KAH
Maaf nak tanya, Tol
serta PTPTN PAS sempat tak hapuskan ketika PN memerintah. Dan minyak ada turun
ke masa tu?
Jangan marah.. kita
tanya saja...
USTAZ TAKUT KENA KRITIK, ATAU MEMANG DAH KENA KRITIK.
ZAINUDDIN OMAR
Ahaks. Lain kali ostat kena pilihlah majlis yang boleh dihadiri.
Kan dah kena kritik.
Sat lagi ramai wadiun masuk kasi bekap. Ahaks.
****************
Berada dalam majlis pernikahan seorang artis dan mendapat reaksi
tidak menyenangkan, pendakwah bebas Wadi Annuar Ayub berkata dia meninggalkan
tempat itu tanpa menunggu jadual untuknya berakhir.
Terkait dengan kontroversi apabila menjadi sebahagian daripada
tetamu majlis perkahwinan pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzman di
Langkawi baru-baru ini, Wadi Annuar berkata dia hanya menyempurnakan tugasnya
sebagai pembaca doa.
Pada masa sama dia juga melunaskan kewajiban memenuhi jemputan
bagi meraikan pasangan terbabit - yang diadakan pada 19 Mei lalu - sebelum
beredar dari situ.
“Saya dijemput untuk menghadiri dan membaca doa, tapi sewaktu
saya sampai di situ, pengantin masih belum tiba.
"Saya pun belum tengok pengantin lelaki dan perempuan pada
hari itu kerana kami dibawa untuk duduk di satu tempat.
“Kemudian saya baca doa. Pada ketika itu pengantin masih belum
tiba. Namun, selepas beberapa minit, baru diumumkan ketibaan pengantin.
“Selepas melihat pengantin, saya beritahu PA (pembantu
peribadi): 'Kita kena balik sat gi, ustaz tak dapat nak teruskan majlis.'
"Saya ambil keputusan untuk tak makan, tak bergambar dan
tak bersama tentatif hingga akhir majlis,” katanya melalui siaran langsung di
media sosial hari ini.
Menurut Wadi Annuar dia meminta izin untuk beredar dari situ
selepas pasangan pengantin terbabit usai memberikan ucapan.
“Saya tak tahu apa akan berlaku, dan kami memang balik. Hal ini
boleh ditanyakan (untuk pengesahan) pada penganjur,” katanya.
Terdahulu, kehadiran personaliti itu dalam majlis resepsi
berkenaan mengundang polemik dalam kalangan pengguna alam maya serta tidak
kurang juga meraih perhatian segelintir agamawan yang lain.
Mereka malah berpendapat personaliti yang pernah terbabit dalam
kontroversi dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis itu tidak patut
menghadiri majlis meraikan pengantin berkenaan.
Selain pengantin yang tidak menutup aurat, majlis tersebut juga
disifatkan meniru budaya Barat.
Kata Wadi Annuar pendekatan yang diambilnya adalah berpatutan
kerana ia tidak mendatangkan aib kepada penganjur majlis berkenaan, selain apa
yang disarankan Islam.
“Kita tak memalukan orang, tak menimbulkan persepsi negatif, tak
menjatuhkan tuduhan dan fitnah kepada orang.
"Hukum tetap hukum tapi pada masa sama kita tak mahu
mengeruhkan keadaan.
“Alhamdulillah situasi tenang, pengantin pun OK,” katanya.
30,000 pelajar tak ambil SPM perkara serius - PM
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim memandang serius
laporan yang menyatakan bahawa hampir 30,000 pelajar tidak menduduki Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.
Presiden Parti KEADILAN itu berkata, isu tersebut sangat membimbangkan dan serius untuk pendidikan negara. Justeru Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek telah diarah untuk meneliti secara terperinci perkara itu bagi memastikan ia tidak berulang tahun-tahun akan datang.
"Perkara ini berlaku masa pasca Covid-19, politik tak tentu
arah dan tidak ada dasar jelas.
"Bagi saya 30,000 pelajar perkara yang serius. Nak kata mereka ‘hilang’, mereka tidak hilang cuma kalau tak buat apa-apa ia hilanglah. Tapi yang tak ambil SPM majoriti Melayu, menteri dulu buat apa?" soalnya.
Anwar sebelumnya berucap pada Program Cakna Madani bersama pelajar
tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di Dewan Canselor Tun Abdul Razak
(DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada Selasa.
Terdahulu, media melaporkan, seramai 14,858 atau 3.8 peratus
daripada 388,832 calon baharu SPM 2022 tidak hadir menduduki peperiksaan.
Berdasarkan analisis KPM, calon tidak hadir bagi SPM 2022
bertambah berbanding SPM 2021 yang merekodkan 10,681 calon daripada keseluruhan
392,837 calon yang berdaftar.
Dipetik laporan Kosmo, Anwar turut menyelar Menteri Pendidikan ketika itu, Mohd. Radzi Md. Jidin yang jelasnya gagal memantau perkara tersebut.
"Hanya selepas Fadhlina jadi Menteri, perkara ini dibongkar.
Ini adalah masalah tetapi dalam kempen, dia (Radzi) tak sebut perkara
ini," katanya.
Teruskan subsidi ayam, telur pastikan harga berpatutan, perniagaan bertahan
Tindakan Kerajaan Perpaduan meneruskan subsidi ke atas pengeluar
ayam dan telur sewajarnya disokong penuh dan dialu alukan.
Menurut Anggota Jawatankuasa Khas Kos Sara Hidup, Keusahwanan dan
Pertanian Parlimen Malaysia, Hassan Abdul Karim, penerusan subsidi itu bukan
sahaja menjamin harga asas ayam dan telur mampu dibeli rakyat tetapi juga untuk
memastikan pengeluar boleh bertahan dan terus menghasilkan bekalan.
"Saya secara peribadi sebagai Ahli Parlimen dan juga anggota
Jawatankuasa Khas Kos Sara Hidup, Keusahwanan dan Pertanian menyokong
pengumuman Perdana Menteri untuk meneruskan subsidi ayam dan telur
"Dengan adanya pemberian subsidi bermakna industri ternakan
ayam dan telur di Malaysia dapat hidup serta dapat mengeluarkan bekalan yang
mencukupi di pasaran
"Apabila industri ternakan diberi subsidi ia bermakna
Kerajaan boleh menguatkuasakan harga kawalan ke atas ayam dan telur
"Bila harga ayam dan telur terkawal ia bermakna rakyat dapat
membeli kedua bahan mentah itu yang menjadi sumber makanan dan protein dengan
harga mampu beli," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang itu lagi, tindakan memberi
subsidi pada jangka pendek atau sederhana tidak akan menjelaskan ekonomi.
Katanya, subsidi perlu diberi memandangkan kos pengeluaran ayam
dan telur naik mendadak akibat harga makanan ayam yang diimport melonjak
berikutan pandemik Covid-19, perang di Ukraine dan rantaian bekalan yang
terganggu serta nilai Ringgit merosot berbanding Dolar Amerika.
"Kerajaan Persekutuan cukup menyedari langkah memberi subsidi
untuk bekalan ayam dan telur perlu disemak semula apabila industri pengeluaran
ayam dan telur pulih serta dapat berdikari
"Maka waktu itu apabila industri telah siap sedia, barulah
subsidi ayam dan telur ditamatkan di mana pengeluar ayam dan telur itu berupaya
menjual dengan harga yang berpatutan dalam keadaan pihak pengeluar boleh
mendapat keuntungan.
"Kerajaan Persekutuan akan dapat menjimatkan berpuluh billion
ringgit setahun apabila industri ayam dan telor ini dapat bangkit semula dan
harga kembali stabil di pasaran pada ketika itu," katanya lagi.
Tambah Hassan, sekiranya penarikan subsidi dibuat maka ianya akan
memberi kelebihan kepada ekonomi negara. Namun ketika ini, katanya, subsidi
ayam dan telur masih amat perlu diteruskan.
GRANDMASTER
Elok2 dah parti UMNO, masuk Grandmaster, tup tup jadi Team A dan
Team B, maka berpecah lah parti. Team A jadi UMNO Baru, Team B jadi Semangat
46.
Elok2 dah parti UMNO, masuk Grandmaster, tup tup jadi Team A dan
Team B, maka berpecah lah parti. Team A kekal dalam UMNO, Team B jadi Bersatu.
Elok2 dah parti Bersatu, masuk Grandmaster, tup tup jadi Team A
dan Team B, maka berpecah lah parti. Team A kekal dalam Bersatu, Team B jadi
Pejuang.
Elok2 dah parti Pejuang, masuk Grandmaster, tup tup jadi Team A
dan Team B, maka berpecah lah parti. Team A kekal dalam Pejuang, Team B jadi
GTA.
Elok2 dah parti PKR, masuk Grandmaster, tup tup jadi Team A dan
Team B, maka berpecah lah parti. Team A kekal dalam PKR, Team B masuk Bersatu.
Elok2 dah parti PAS, la ni sekali lagi masuk Grandmaster, tup
tup nanti akan jadi Team A dan Team B, maka akan berpecah lah parti. Team A
kekal dalam PAS bawah Hadi, Team B mungkin bawa diri bersama Sanusi.
Grandmaster ini legendary. Divide and conquer yang dicari.
Makanya setiap parti berhati2.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
6 BULAN PERTAMA KERAJAAN MADANI INI BERJAYA , DAN RAKYAT MERASAINYA.
Alhamdulillah, dalam 6 bulan pertama ni, rakyat dah dapat harga
ayam, telur, minyak masak & beberapa barangan semakin stabil. Bekalan pun
mencukupi berbanding 33 bulan PN dalam kerajaan.
Selain itu rakyat juga terus dapat subsidi elektrik tanpa
mengira taraf hidup yang PN mahu hapuskan dulu. Memang kerajaan bakal dikaji
semula tapi pengkelasan taraf hidup mengikut gaji juga akan ditakrif mengikut
kaedah yang lebih tersusun.
Rakyat juga baru sekali dapat kenaikan OPR. Bukan macam masa PN
memerintah dahulu. Setiap tiga bulan rakyat dihadiahkan kebaikan OPR. Walaupun
kerajaan dakwa konon ekonomi semakin pulih.
Rakyat B40 dapat Inisiatif Pendapatan Rakyat yang memberi
peluang mereka memulakan perniagaan. Ada bisnes bekalkan makanan ke vending
machine yang sewanya ditanggung kerajaan dan juga bisnes pembersihan.
Rakyat juga dapat kurangkan kos kerja seharian dengan adanya
menu Rahmah. Dapat beli makanan yang enak dan mengenyangkan pada harga hanya
RM5. Banyak dapat dijimatkan di situ.
Rakyat juga dapat kestabilan politik yang kembali jadikan
Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang mana ia akan membuka lebih banyak
peluang pekerjaan.
Banyaklah kalau nak senaraikan apa yang rakyat dapat dalam 6 bulan
Kerajaan Perpaduan berada di Putrajaya. Kalau nak dibandingkan dengan 33 bulan
PN berkuasa, rakyat cuma dapat susah.
Kes bunuh diri pun meningkat. Ada yang terpaksa kibar bendera
putih. Lebai masa tu siap larang kibar bendera. Suruh angkat tangan berdoa je.
Ada lebai yang samakan rakyat dengan haiwan kalau kritik kerajaan.
Jangan lupa yang rakyat dapat vaksin di zaman PN dalam kerajaan.
Dapat juga ugutan dari menteri yang hidup mereka akan disusahkan jika enggan
ambil vaksin. Sebegitu hebat.
Cuba bandingkan apa yang rakyat dapat sekarang dengan ketika PN
dalam kerajaan dulu. Agak-agak mana yang rakyat lebih mahu?
Paling istimewa, di zaman Kerajaan Perpaduan ini, rakyat dapat
tahu orang yang mengaku abah rakyat Malaysia rupanya sakau duit rakyat berarus
juta nilainya. Sekali anak beranak dia terlibat.
Dan rakyat juga baru dapat tahu dalang di sebalik kekurangan
bekalan minyak masak bersubsidi rupanya adalah anak menteri dari PN. Jadi masih
nak tanya lagi rakyat dapat apa dalam enam bulan ini? Guane boh?
FADILAH PERDANA MENTERI ?10 SERTAI PN, PERPADUAN MASIH KERAJAAN
NORMAN RADZUAN
Gerakan menjatuhkan kerajaan Perpaduan semakin agresif
10 SERTAI PN, PERPADUAN MASIH KERAJAAN
Saya telah mendengar khabar angin ini
beberapa bulan lalu. Tapi saya anggap ia jalan mati apabila tiada pertandingan
jawatan Presiden UMNO kecuali jika berlaku masalah kesihatan kpd Zahid.
Bagaimanapun melihat perkembangan muktahir,
saya dipanggil beberapa rakan yg bukan di kalangan ahli parti PKR. Dlm dua hari
ini saya duduk dgn beberapa rakan berbeza yg boleh dianggap sumber yg sgt
dipercayai.
Rumusannya ketika ini satu gerakan paling
agresif semenjak selepas PRU15 digerakkan secara terbuka oleh pembangkang.
Dari sumber itu mengatakan kononnya ia bukan
sahaja gerakan parti politik dari PAS, Bersatu dan UMNO (team B ) sahaja tetapi
juga NGO dan tokoh2 korporat yg berkepentingan.
Nama2 di dlm gambar konon hanya menunggu masa
yg sesuai utk meninggalkan UMNO. Ahli Parlimen hanya diarahkan berdasarkan
keputusan PRN ini. Jika gelombang hijau kuat… ‘10 budak hitam’ ini akn
mengosongkan kerusi masing2 dan akn bertanding semula dgn memakai jersi
baru.
Gerakan pertama mereka gagal selepas Zahid
menolak utk bersama PN menubuhkan kerajaan. Mereka teruskan lagi dlm Pemilihan
UMNO utk menjatuhkan Zahid yg dianggap batu penghalang niat mereka menuju ke
Putrajaya. Pun begitu menuju jalan gagal apabila jawatan Presiden dan Tim
Presiden tidak dipertandingkan.
Percaturan mereka skg ialah utk mengalahkan
semua kerusi yg UMNO bertanding utk memberi tekanan kpd Zahid Hamidi. Jika BN
tewas di semua kerusi yg dipertandingkan… provokasi digerak dan ada yg
mengatakan dgn menggerakkan anak2 muda di dlm parti tersebut.
Bila saya ajukan adakah cukup jumlah jika GPS
tidak bersama. Mereka ada pilihan iaitu parti dari Sabah. Namun kata sumber
tersebut tawaran akn diberikan kpd Datuk Fadilah utk menjadi PM Malaysia dan
Tok Mat sebagai TPM2 …. asal bukan Anwar atau Zahid.
Persoalannya adakah Fadilah berani mengambil
kerusi PM dgn cara begini di mana beliau akn dikenang sebagai PM tebuk atap
seperti Muhyiddin. Adakah rakyat Sarawak bersetuju beliau bekerjasama dgn PN yg
dianggap parti rasis?
———————————————————————————-
PN tahu mereka tidak akan menang di PP,
Selangor dan N9. Jadi sasaran mereka hanya menang kerusi Melayu. Disebabkan itu
kempen perkauman sgt kuat didendangkan.
Mahathir sanggup jumpa siapa sahaja dgn
bertemu Hadi Awang. Malah sanggup melayani Papagomo dan Tar Senik asal siapa yg
boleh dipergunakan olehnya utk menjatuhkan Anwar Ibrahim.
Daim sanggup bertemu Hadi Awang. Malah mereka
menjemput sesiapa sahaja bekas ahli UMNO seperti KJ utk bersama sama mereka.
Persoalannya ‘10 budak hitam’ itu berani dan
apakah mereka berjaya?
‘10 budak hitam’ ini adalah mereka yg
digantung, dipecat dan tiada jawatan dlm kabinet kerajaan. Adakah
sebahagian dari mereka berani mengosongkan kerusi masing2 utk bertanding semula
dan menang?
Pasti mereka fikir 10 kali… risikonya sgt
besar. Ismail Sabri contohnya boleh dibuang parti. Begitulah juga mereka yg
menang atas bendera BN yg diundi oleh pengundi kawasan masing2… adakah mereka
berani dgn gabungan PH & BN ini mereka akn menang semula.
KJ masih tarik tali… mahu sertai PN atau
kekal di seperti sekarang dan membuat rayuan. KJ tahu risiko sgt besar sdgkan
usianya masih muda. Jika dia menyertai PN, KJ akn hilang kredibiliti seorang
pemimpin masa depan Malaysia.
KJ boleh menumpang tuah menang ADUN di bawah
tiket PN tetapi dia akn hilang kredibiliti atau kepercayaan sebagai pemimpin yg
disukai perbilang bangsa. Apatah lagi KJ dianggap malay urban di mana gaya
pemikiran intelektualnya tidak sesuai berada di dlm PN yg dianggap rasis oleh
masyarakat Malaysia.
Annuar Musa dan beberapa mantan Menteri pula
bergerak agresif atas bendera NGO pro PN. Senario ini dilihat seperti ada
gerakan besar besaran utk menumbangkan kerajaan Perpaduan dari setiap
penjuru.
Mereka tidak pernah berhenti dan kerajaan
perpaduan jangan mudah terlena. Cuma bagi saya PN boleh mencuba tetapi setakat
ini mereka telah kena ‘checkmate’.
Mereka sebenarnya sgt bimbang kpd 2 perkara.
Pertama semakin lama PMX menjadi PM dan mampu membawa Malaysia keluar dari
kekalutan ekonomi ini maka rakyat akn menyokong kerajaan sedia ada. Kedua
mereka sgt takut kes mahkamah mereka jika dpt diselesaikan dlm 5 tahun ini
mereka akn merengkok di dlm penjara (jika bersalah).
PEMIMPIN PN BODOH JANGAN DIIKUT. KALAU IKUT SAMA JADI BODOH. KERAJAAN NAK BANTU DIA PERTIKAI.MEMANG PERTIKAIAN NATIONAL.
Nampak tak pemimpin PN ni jenis cerdik tak
boleh ikut? Tapi bodoh pun jenis tak boleh diajar juga.
Kononnya nak kutuk PMX dan Kerajaan Perpaduan
flip-flop kerana umum untuk teruskan subsidi telur dan ayam serta pemberian
biasiswa JPA dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi tak lama selepas
pembatalannya diumumkan.
Rupanya arahan pemberhentian subsidi ayam dan
telur serta biasiswa JPA itu dibuat pada ketika PN memerintah dahulu. Akan
tetapi DS Anwar tidak bersetuju dengannya. Maka sebab itu ia diteruskan. Baca
di https://shorturl.at/rLW25.
Sebelum kedua perkara ini, subsidi elektrik
pun DS Anwar teruskan setelah pentadbiran sebelum ini bercadang untuk hapuskan.
Nyata DS Anwar lebih mengutamakan rakyat berbanding PM-PM sebelum ini. Jika
tidak, lebih susah kita.
PN pun satu hal. Yang marah subsidi dan
biasiswa diteruskan tu kenapa? Sakit hati kerajaan tolong rakyat? Biarlah
flip-flop kalau ianya untuk kebaikan rakyat. Daripada berdegil tapi rakyat
susah macam PN buat masa tutup parlimen. Sampai berbilion duit rakyat hilang.
Guane boh?
Raja Gelap
.
UNTUK KETELIAN MENTERI PENDIDIKAN.. RASANYA YB MENTERI PENDIDIKAN AKAN MENCARI JALAN YANG SESUAI.
YB Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek silalah
ambil perhatian. Ini soal masa depan negara. Jumpalah sendiri dengan para guru.
Jangan bergantung kepada nasihat para pegawai
di kementerian saja. Para guru lebih arif apa yang berlaku di lapangan.
Sesiapa yang bersetuju dengan posting di
bawah ini sila share dan tag menterii. Lebih ramai yang tag, lebih berkesan.
Guane boh?
Raja Gelap
10K straight A..
Tapi 70K TIDAK LAYAK mendapat sijil..
Sama ada GAGAL BM..atau GAGAL SEJARAH atau
kedua-duanya sekali..
OLEH: SITI SALMAH LAHAPI.
Di mana silapnya...?
Sedangkan markah lulus terlalu rendah..
Untuk BM..ada 4 kertas/100
Bahkan pelbagai soalan KBAT diwujudkan untuk
membantu mereka...
Begitu juga dengan subjek sejarah !!
Salah satu punca..
Pelajar boleh membaca..tidak boleh mengeja..
Dan paling teruk..tidak tahu membaca..dan
mengeja waima sudah tingkatan 5 !!
Salah siapa????
Selebihnya,mungkin sudah tidak berminat untuk
belajar..
Kami nak ajar membaca budak sekolah
menengah???
Pernah buat gaisss...
1 petikan dia nk baca habis 1jam..habis
pelajar lain ?? Aku nak letak mana??? Ini yang merangkak..
Yang lansung X tahu ..aku nak ajar ba ni be
bo bu ba bi !!!!
Kembalikanlah silibus sekolah rendah tu ..
3 tahun pertama ajar kuasai 3M..
Jgn masukkan silibus merepek..
Bagi anak-anak gembira sekolah..
Hafal abc..mengeja suku kata macam kita
dulu-dulu..
Hafal sifir..X perlu kalkulator..
Jangan matikan keinginan anak-anak belajar..
Jangan letak tanggungjawab ibu bapa..ibu bapa
sekarang struggle cari duit utk kos hidup yang semakin meningkat..nak
luangkan masa mgajar anak, agar sukar..apatah lagi silibus entah apa-apa..ibu
bapa juga sangat berharap dengan kita.. guru-guru untuk memandaikan anak
mereka..
Ajar anak.. didik anak..kerja kita
guru-guru...cuma kita sebagai guru, kita perlukan pengertian dari pihak
atasan..!!
NASIHAT UNTUK AHLI UMNO
Mohd Faisal
Dalam politik saya suka mengambil kira
peristiwa yang lepas2 sebagai ukuran atau panduan.
Apa yang berlaku hari ini adalah ulangan
peristiwa yang hampir sama berlaku pada tahun 2015 dan 2016.
Menjatuhkan orang yang sedang memegang kuasa
bukan semudah makan kuaci. Sebab kuasa di tangan dia.
Tahun 2015 dan 2016, macam2 gerakan dari luar
dan dalam mereka buat untuk menjatuhkan DSNR.
Malah sampai ke peringkat antarabangsa.
Pernah satu ketika kita rasa terkedu dan terduduk apabila DOJ buat siaran
langsung dedah macam2 benda untuk membuat persepsi buruk terhadap ketua kita
ketika itu. Dari situlah muncul perkataan MO1.
Shahbudin Husin salah seorang ketika itu
tukang bakor di fb pasal kenyataan DOJ. Geram ja aku waktu itu kepada dia.
Jangan marah Abg Din. Saja menggamit kenangan lama.
Siaran langsung DOJ masa itu kita lihat
melalui FB. Gegak gempita malam hari dibawa hingga ke pagi esok. Sebiji sama
peristiwa malam tadi dan pagi ini. Malam tadi pun kita tonton melalui FB.
Tidak cukup dengan DOJ dan Sarawak Report,
dalam negara pula UMNO berpecah kepada dua kumpulan. Muncul pula Umno Team A
dan Team B.
Kalau saya nak cerita terlalu panjang
bagaimana cara2 yang dibuat untuk menjatuhkan DSNR. Pernah satu ketika hampir2
jadi dengan bantuan peguam negara ketika itu. Tetapi berjaya dipatahkan tang
konar.
Segala cara dan segala usaha, tidak ada satu
pun yang berjaya.
Anwar juga pernah hendak menjatuhkan Tun M
ketika beliau berkuasa. Akhirnya tidak berjaya juga.
Sekarang ini kita pula sedang ulangi benda
yang sama. Bagi saya ianya satu kerugian dan membuang waktu. Dan imej kita akan
semakin tercalar. Kita rasa kita mendapat sokongan. Tetapi kita hanya melihat
dalam kelompok kita sahaja.
Bagaimana dengan kelompok masyarakat
terbanyak yang tidak berpolitik ? Cuba lihat komen2 orang biasa di portal2
berita. Suasana berbeza dari komen2 orang yang mengikuti kita.
Pada saya biarlah kerajaan ini buat kerja
mereka. Manakala parti kita fokus untuk PRU 15. Tiga tahun telah berlalu,
tinggal dua tahun lagi. Dan saya yakin kerajaan PN ini tidak akan menang PRU
akan datang.
Seperti yang saya pernah katakan berkali2
sebelum ini, pada saya tidak salah jika kita menjalinkan hubungan rasmi dengan
PKR dan DAP utk PRU 15. Pastikan ianya dlm bentuk rasmi. Bukan dgn cara di
belakang ahli2.
Perjalanan pandemik kita ini sebenarnya masih
jauh lagi. Bukan selesai dengan vaksin. Bagaimana hendak membangunkan ekonomi
balik selepas habis pandemik ? Panjang lagi ceritanya itu….
Untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi kita
perlukan sebuah kerajaan yang kuat dan stabil. Kerajaan yang ada 2/3. Kerajaan
yang diwakili pelbagai kaum yang mencerminkan imej masyarakat Malaysia. Barulah
pelabur2 asing dan dunia luar akan percaya.
Bagaimana untuk dapatkan kerajaan yang begitu
? Seperti yang saya katakan sebelum ini, jajaran baru itu sebenarnya bagus.
Kita bina politik Malaysia baru pasca covid. Tetapi untuk ahli2 kita menerima
jajaran baru itu bukan mudah. Sebab itu masa dua tahun ini perlu digunakan
bagaimana untuk meyakinkan ahli2 dan orang ramai.
Apa-apa pun doakanlah yang terbaik untuk tanah
air dan rakyat kita.
SARANAN KEPADA MAHIADDIN - JANGAN JUMPA TUN MAHATHIR SEHINGGALAH PRN BERAKHIR
Shahbudin Hussin
Kalau berjumpa nanti, takut susah pula
Muhyiddin nak menolak permintaan Tun Dr Dr. Mahathir bin Mohamad agar
diperuntukan sejumlah kerusi untuk penyokongnya dan juga untuk Pejuang yang
dipimpin anaknya, Mukhriz…
SARANAN KEPADA MAHIADDIN - JANGAN JUMPA TUN
MAHATHIR SEHINGGALAH PRN BERAKHIR
Meskipun hasrat Tun Mahathir Mohamad untuk
bekerjasama dengan Mahiaddin Md Yasin telah disambut positif oleh Presiden
Bersatu itu, tetapi setakat ini belum ada sebarang pertemuan atau perbincangan
rasmi antara kedua-dua mereka.
Dalam rundingan meja bulat Proklamasi Orang
Melayu minggu lalu yang dihadiri oleh semua parti di luar kerajaan di mana ia
diadakan selepas ada saling kesediaan untuk bekerjasama, Mahiaddin sebaliknya
tidak menghadirkan diri atas alasan berada dalam keuzuran.
Bercakap dalam sidang media selepas rundingan
itu, Tun Mahathir mengumumkan semua parti yang menyokong Proklamasi Orang
Melayu bersetuju untuk tidak bertembung sesama sendiri, suatu tindakan yang
dilihat seolah-olah beliau telah memproklamasi dirinya sendiri sebagai ketua
kepada blok pembangkang yang mana jawatan itu selama ini dipegang oleh
Mahiaddin atas kapasitinya selaku Pengerusi PN.
Tun Mahathir seterusnya berkata, beliau akan
mengadakan pertemuan rasmi dengan Mahiaddin dalam waktu terdekat ini.
“Saya akan ada pertemuan tapi dia (Muhyiddin)
dah menyatakan pendirian dia. Dia sokong proklamasi, dan dia tdak menentang
saya.
“Saya pun tak menentang dia. Ini semua public
knowledge.
“(Adakah kerjasama ini untuk menghadapi
Pilihan Raya Negeri (PRN)?) Itu kita akan bincang.
“Ada kemungkinan kita akan bertanding dalam
PRN…kalau kita dapati itu kehendak kesemua daripada kita,” kata Tun Mahathir
lagi.
Namun demikian, sehingga ini masih lagi belum
berlaku pertemuan antara kedua-dua pemimpin tersebut.
Perlukah Mahiaddin bertemu dengan Tun
Mahathir?
Kalau diamati tindakan dan kenyataan Tun
Mahathir selepas Mahiaddin mengumumkan sedia untuk bekerjasama dengannya,
terutama dalam kenyataan selepas rundingan meja bulat Proklamasi Orang Melayu
itu, adalah jelas keutamaan bekas Perdana Menteri berusia 98 tahun itu ialah
PRN.
Tidak mustahil, keinginan yang disuarakannya
sedia bekerjasama dengan Mahiaddin itu pun banyak didorong oleh kepentingan PRN
berbanding membela nasib orang Melayu sendiri.
Sejujurnya, sebagai individu tidak berparti,
bahkan partinya telah ditolak pengundi pada PRU15 lalu dan kemudian keluar
daripada Pejuang, Tun Mahathir sepatutnya tidak perlu masuk campur atau sibuk-sibuk
lagi mengenai PRN.
PRN enam negeri akan datang ini adalah
pertembungan antara PH dan parti-parti kerajaan perpaduan dengan PN sebagai
blok pembangkang.
Untuk itu, adalah disarankan kepada Mahiaddin
agar tidak mengadakan sebarang pertemuan atau menangguhkan dahulu perjumpaan
dengan Tun Mahathir sehinggalah PRN enam negeri itu berakhir.
Oleh kerana sudah ternampak kilat dalam kilau
di hati Tun Mahathir berkenaan keghairahan terhadap PRN berbanding Proklamasi
Orang Melayu, jika perjumpaan itu diadakan sebelum PRN diadakan, ia akhirnya
hanya akan menyusahkan PN saja.
Sudah tentu nanti, Tun Mahathir akan meminta
diberikan sejumlah kouta kerusi Dun untuk beliau letakkan orang-orangnya
sebagai calon di negeri-negeri tertentu, khususnya Selangor dan Kedah.
Kouta kerusi itu tentu sekali termasuk kepada
Pejuang yang diketuai anaknya, Mukhriz yang sebelum ini permohonan parti itu
untuk menyertai PN telah pun ditolak atas alasan tidak mahu menyukarkan
pembahagian kerusi antara parti-parti komponen sedia ada.
Ertinya, jika berlaku perjumpaan Mahiaddin
dengan Tun Mahathir sebelum PRN ini, pembahagian kerusi akan berubah dan ini
akan menyulitkan lagi keadaan PN, walhal tarikh pengundian sudah semakin dekat.
Di ketika ini, PN perlu fokus kepada PRN atas
kedudukan parti-parti sedia ada dalam gabungan itu tanpa perlu ada pihak luar
cuba menempel di saat-saat akhir dengan tuntutan kerusi yang macam-macam,
tetapi sebenarnya hanya ingin menumpang kekuatan PN.
Lagi pun, soal orang Melayu yang mahu dibela
oleh Tun Mahathir melalui Proklamasi Orang Melayu itu boleh dibincangkan
selepas berakhirnya PRN nanti.
Dalam hal ini, jika Tun Mahathir mahu membawa
Proklamasi Orang Melayu bekerjasama secara ikhlas dengan Mahiaddin dan PN,
beliau mesti hadir memberi sokongan kepada gabungan itu dalam PRN ini tanpa
sebarang syarat.
Juga, jangan cuba-cuba meletakkan dirinya
sebagai ketua kepada blok pembangkang atau meminta-meminta kerusi untuk
kelompoknya atau parti yang diketuai anaknya.
Sokongan dan kerjasama beliau kepada
Mahiaddin dan PN mesti dihadirkan tanpa syarat serta sepenuh ikhlas, dan Tun
Mahathir yang tiada part itu mesti sedia meletakkan dirinya bukan sebagai ketua
kerana PN sudah pun ada Mahiaddin sebagai ketuanya.
Tetapi, sebagai jalan selamat kepada PN, yang
mustahak sekali ialah Mahiaddin harus mengelak daripada berjumpa atau bertemu
Tun Mahathir sebelum PRN diadakan kerana kadang-kadang bila sudah berjumpa,
susah pula untuk menolak permintaannya, selain macam tak manis juga jika tidak
melayan permintaan orang yang lebih tua.
Lepas PRN berakhir, bukan saja ketika itu
lebih selesa, bahkan tiada tekanan sama ada di pihak Tun Mahathir atau
Mahiaddin untuk membincangkan mengenai Proklamasi Orang Melayu. – ShahbudinHusin
13/06/2023.
https://shahbudindotcom.net/