DAP PERLU ‘DAP BARU’ HAPUSKAN ‘DAP FOBIA’




NORMAN RADZUAN


Antara setuju & tidak bersetuju dgn Ketua Pemuda Umno

DAP PERLU ‘DAP BARU’ HAPUSKAN ‘DAP FOBIA’

Saranan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal mahu DAP membuat permohonan maaf secara terbuka atas semua kata2 dan tohmahan yg pernah dilemparkan kpd UMNO sehingga mengguris hati semua ahli parti itu ada betul dan tidaknya.

Yg tidak betulnya, Akmal mesti ingat UMNO juga lebih byk memberi tohmahan yg teruk kpd DAP dgn pelbagai isu perkauman. Adalah tidak adil jika di satu pihak sahaja berbuat demikian.

Namun jika UMNO memohon maaf… ia akn dijadikan naratif kebencian atau bom atom utk PN menghina UMNO dan org Melayu. Ia hanya memberi kesan negatif atau kebencian yg lebih besar kpd org Melayu.

Apapun yg betulnya jika mahu lembutkan hati org UMNO atau org Melayu atas pagar, DAP mestilah berjiwa besar utk membuat pemohonan maaf walaupun ia dilihat tidak adil.

Benar DAP tidak perlu pengundi Melayu kerana tanpa sokongan kaum majoriti ini, kerusi DAP tetap selamat. Namun DAP jgn pentingkan diri sendiri , mereka mesti fikirkan nasib PKR, UMNO dan Amanah akn kehilangan byk kerusi Melayu kerana liabiliti mereka adalah DAP.

Kita mesti ingat dlm PRN akn dtg ini, 90% pengundi PH akn mengundi BN. Tetapi pengundi Melayu UMNO belum tentu akn mengundi PH dan pastinya akn memberi undi sabotaj dgn mengundi PN.

Ini dpt dibuktikan di dlm gelombang hijau yg lalu BN dpt mengekalkan DUN Tioman sebalik PH tewas Parlimen Padang Serai di mana PH menerima kenaikan 4 ribu undi, sebaliknya 15 ribu undi BN memberikan PN (PAS) kelebihan majoriti 16 ribu undi.

Petunjuk itu sebagai data dan fakta bahawa pengundi Melayu BN tidak mengundi PH walaupun PH dan BN membentuk kerajaan Perpaduan. Jadi PKR, UMNO dan Amanah perlukan bantuan DAP dgn hanya memohon maaf secara terbuka.

Persoalannya kenapa org Melayu tidak mahu mengundi PH & BN?

Asas utamanya ia bermula dgn tewas persepsi di media sosial. Pertama mereka yg mengundi PAS percaya undi PAS mereka akn dpt jalan pintas ke syurga dan hak org Melayu terpelihara.

Kedua org Melayu takut kpd DAP seperti takut kpd hantu. Mereka belum pernah nampak hantu tetapi sgt takut dgn hantu kerana sejak kecil ditakutkan dgn hantu.

Begitulah mereka tidak kenal DAP tetapi ditakutkan dgn DAP sejak remaja. Sebenarnya tiada bezanya antara DAP dgn MCA dan Gerakan. DAP sgt dibenci org Melayu hanya kerana persepsi tadi.

———————————————————————————

DAP ERA BARU

DAP di bawah Anthony Loke sewajar berjiwa besar utk membetulkan apa yg salah. Walaupun DAP era Anthony Loke dilihat jauh berbeza dgn DAP di era Lim Guang Eng yg dilihat agak keras dgn ideologi politik parti itu tetapi perubahan itu tidak disokong dgn kempen atau marketing utk pembaharuan tersebut.

Langkah2 perlu diambil DAP utk tidak membebankan PKR, Amanah, UMNO dan GRS sendiri ialah dgn memohon maaf atas kesilapan ideologi politik mereka yg agak ekstrim dgn slogan ‘ Malaysia Malaysian’ yg pernah diperjuangkan oleh DAP era Tan Sri Lim Kit Siang sebelum ini.

Kerana slogan sama tara ini jugalah diratib oleh musuh2 politik mereka hingga membuatkan DAP dianggap ancaman kpd negara seperti tindakan komunis sebelum ini. Ia bukan soal parti ini bukan gerakan komunis dan DAP parti berdaftar yg sah tetapi ia bagaimana utk melawan dan menutup persesi negatif kpd parti ini.

Langkah kedua DAP mesti menunjukkan kesedaran politik masakini yg memerlukan keterbukaan dan menerima hakikat bahawa bumi Malaysia ini bertuankan org Melayu.

Apabila Lim Kit Siang sanggup menerima anugerah Tan Sri daripada Yang Dipertuan Agong ia telah membuktikan reformasi politik DAP yg mengalami perubahan sedikit demi sedikit. Sekaligus menutup isu penderhakaan DAP kpd Raja2 yg sering dimanipulasi oleh pemimpin UMNO dan PAS sebelum ini.

Bagi saya memohon maaf secara terbuka itu walaupun tidak adil ia memberi impak yg sgt besar kpd pengundi2 Melayu. Fitrah manusia bila pemohonan maaf dibuat kemarahan akan reda.

Masih saya ingat di UK beberapa kali saya lihat mereka cukup pantang bila kita terlanggar bahu atau melakukan kesilapan tidak memohon maaf. Mereka akn kejar dan pegang kita dan bertanya kenapa tidak meminta maaf akn kesilapan. Jika kita kata ‘Im sorry’ terus mereka jawab ‘Its ok…” mudah kan kerana manusia lemah dgn pemohonan maaf.

Kunci utk menambat hati pengundi Melayu, DAP perlu lembutkan hati org Melayu dgn cara memohon maaf secara terbuka dgn mengakui kesilapan yg lalu. Istiharkan sahaja ‘DAP BARU’… mudah tidak perlu berkempen siang malam.

Org Melayu ini sudah dipergunakan oleh Mahathir dgn strategi divide and rule. Cukuplah jgn DAP menjadi sebahagian dari perpecahan itu.

 

No comments: