Kerajaan martabat bahasa Melayu di majlis rasmi – Anwar
Majlis rasmi kerajaan wajib menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam usaha memartabatkan bahasa itu sebagai bahasa ilmu, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Memetik laporan Bernama, Presiden KEADILAN itu berkata, pemimpin dan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang mentadbir masa ini harus menunjukkan komitmen tidak berbelah bahagi dalam usaha tersebut.
Anwar sebelumnya merujuk tindakan sebuah kementerian yang telah mengendali sebuah sidang media mengenai hal ehwal nasional. Sidang media yang turut dihadiri oleh beberapa duta asing itu pula difahamkan telah dikendalikan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris termasuk doanya.
“Saya menegur dengan baik menteri berkenaan dengan menyatakan perlu kita betulkan pendekatan ini kerana program kerajaan terutama libatkan program kebangsaan seharusnya dalam bahasa Melayu,” katanya.
Pemimpin reformasi itu sebelumnya menyampaikan ucaptama pada Majlis Penutup Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Nusantara Sempena Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka 2019 yang dirasmikan Ketua Menteri, Adly Zahari.
Sementara itu tambah Anawar, terdapat juga sidang media oleh pemimpin dan dianjurkan kerajaan yang memperlihatkan bahasa digunakan bercampur-aduk dalam bahasa Melayu serta Inggeris.
Ia tegasnya kurang menggambarkan pendirian tegas kerajaan HARAPAN dalam memartabatkan bahasa Melayu.
“Saya mengesyorkan kepada semua, mulakan sidang dalam bahasa Melayu yang lengkap kemudian kalau ada keperluan menjawab persoalan dalam bahasa Inggeris ataupun sidang antarabangsa, bicara dalam bahasa Inggeris.
tetapi sekiranya kita beri contoh penguasaan bahasa yang begitu lemah dan kemudiannya menjelaskan hal penting bahasa Melayu dicampur aduk Inggeris ini (tunjuk), bahasa Melayu tidak mampu mengungkap permasalahan yang lebih rencam dan canggih,” katanya.
“Bahasa Melayu dihormati di negara ini sebagai bahasa sastera dan budaya dan ia wajar dikembangkan. Dalam memartabatkan bahasa Melayu, tidak timbul isu mengetepikan