DI MANA KATA SELAMAT?
Penjara paling sesak diMalaysia adalah Penjara Pengkalan Chepa kapasiti melebihi 129.67 peratus serta Machang (29.68 peratus). Tang mana Kelantan kedua paling selamat.??
TENTU ADA KEISTIMEWAANNYA.
Dibawa mengikuti delegasi perdana menteri ke luar negeri baik lawatan biasa atau menghadiri persidangan sesuatu yang istimewa dan peting. Perdana menteri yang sangat berhemah dalam membelanjakan wang negara tidak bawa seseorag ahli rombongan sesuka hati. Kalau ia tidak mustahak dan ada cerita tertentu ia tidak akan dibawa.
Apa lagi kalau seseorang itu ahli parlimen biasa, pemergiannya bersama menteri sangat istimewa. Adalah sesuatu yang hendak diceritakan atau pun diberi tahu kepada umum tentang itu.
Salah seorang yang dibawa mengikuti rombongan perdana menteri ialah ahli parlimen Shah Alam sdr Azli Yusof ke Amerika Syarikat baru baru ini. Apakah maksud Anwar bawa Azli itu?
Kalau tidak ada mengada PM tidak akan bawa Azli, tentu ada keistimewaan tersendiri bagi PM.
Sekadar melihat gambar² santai semasa lawatan itu seperti ada sesuatu buat Azli. Apakah dia akan dibawa masuk ke dalam kabinet atau apa. Yang tentunya Amanah perlu rasa bangga dan bertuah kerana wakil rakyat mereka dibawa bersama perdana menteri.
Dalam ramai ahli Amanah terkayan kayan mencari seorang sosok untuk dijadikan penggganti kepada Allahyarham Sallahuddin Ayub yang mesra kawan dan lawan serta komited dengan parti, elok kalau dilihat apa apa sisi dan sudut yang ada kepada Azli ini. Cuba cari apakah rahsia maka ia dibawa oleh Anwar ke luar negara dan bukan yang lain. Triims.
JANGAN SEKALI KALI TERIMA MAAF DIA NI.. BOLEH MAAF TAPI SAMAN DIA SAMPAI RAPAT.. KAKI FITNAH NI JANGAN BAGI ADA DALAM POLITIK MALAYSIA.
Henry De Bantin
Kau lawan saja... Kenapa mohon maaf... Sikap dajjal macam kau lah yang merosakkan agama islam. Orang seperti kau lah yang merosakkan Pas.
Perangai dan tindakan yang dah dijangka, apa nak diherankan. Saman jangan tak saman..🤓
Mohon Maaf Najib: Antara Tersurat dan Tersirat
1. Dalam saya bertiwikrama menyelami dan cuba memahami permohonan maaf terbuka bekas Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, saya terjumpa sebuah rencana yang mengatakan undang-undang tidak menggalakkan permohonan maaf oleh tertuduh.
2. Ini adalah kerana dalam konteks undang-undang jenayah, permintaan maaf oleh seorang tertuduh adalah pengakuan bersalah. (In the criminal context, an apology from a defendant is an admission of guilt).
3. Rencana dari "Civil Rights and Restorative Justice Project (CRRJ) di Fakulti Undang-undang, Northeastern University, Amerika Syarikat itu, antara lain berkata, pengakuan menyesal tidak akan membantu menyelamatkan seseorang tertuduh daripada kesalahan jenayah sebaliknya permohonan maaf itu akan digunakan oleh pihak pendakwa bagi mendapatkan sabitan.
4. Jadi adakah permohonan maaf Mohd Najib pada 24 Oktober itu bermakna beliau mengaku yang segala tuduhan ke atasnya bersabit 1MDB adalah benar?
4. Jawapannya tidak. Beliau bukan meninta maaf kerana telah melakukan perbuatan jenayah. Beliau sekadar memohon maaf berhubung kejadian "salah laku" dalam 1MDB.
5. Soal jenayah tidak relavan lagi kerana pada 28 Julai 2020, beliau sudah pun didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta di atas salah satu kes berkaitan 1MDB.
6. Jadi hanya ada dua sebab beliau membuat permohonan maaf salah laku itu. Pertama, beliau telah insaf di atas perbuatannya yang menyalahi undang-undang dan memberi kesan buruk kepada negara dan rakyat jelata dan kedua, ia adalah prasyarat dan awalan kepada suatu perkembangan besar yang membabitkan hukuman yang sedang beliau jalani dan kes-kes lain bersabit 1MDB yang sedang beliau hadapi.
7. Dengan pelbagai perkembangan luar biasa yang telah dan sedang berlaku dalam cakerawala politik Malaysia akhir-akhir ini, boleh jadi beliau sudah menghidu bayu segar sedang bertiup ke arahnya.
8. Misalnya, antara yang terawal dan terpantas mengalu-alukan kenyataan mohon maaf beliau adalah tidak lain dan tidak bukan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, sendiri.
9. Kalau ada orang yang masih percaya bahawa Mohd Najib adalah orang terbaik untuk memulihkan Umno, orang itu adalah Anwar. Walaupun Anwar adalah "sifu" Ahmad Zahid Hamidi, beliau tahu had kemampuan timbalan beliau itu. Untuk berkuasa sekarang dan selepas Pilihan Raya Umum akan datang, Anwar memerlukan Umno.
10. Gerakan untuk mengampun dan membebaskan Mohd Najib sudah jelas. Malah sudah pun separuh berhasil apabila hukuman penjara beliau diseparuhkan awal tahun ini.
11. Dalam sebarang usaha seterusnya, Anwar, sebagai Perdana Menteri, memainkan peranan penting sebagai pemula proses pengampunan diraja.
12. Kemungkinan hukuman ke atas Mohd Najib diringankan atau beliau dilepaskan terus tidak boleh ditolak begitu saja. Lihat sajalah kepantasan kerajaan Malaysia Madani membentangkan Rang Undang-undang Tahanan Rumah.
13. Walaupun kerajaan mendakwa ia tidak kena mengena dengan Mohd Najib namun isu tahanan rumah ini timbul ketika Mohd Najib dianugerahkan pengampunan separuh awal tahun ini.
14. Akhir sekali, kita jangan sekali-kali lupa yang Mohd Najib anak bini adalah orang maha kaya. Bukan sekadar duit sendiri, mereka juga ada ramai tauke, taikun dan taiko besar - Cina, Melayu dan India - yang menjadi kaya raya atas Ihsan mereka. RM700 juta malah RM1 bilion pun tidak jadi masalah. Bak kata Mohd Najib sendiri, "cash is king".
Wallahuaklam. Terima kasih.
AKJ
[viral] PERKEMBANGAN DAN KEPUTUSAN MAHKAMAH SESUATU YANG SANGAT MENGEJUT...
HABISLAH PEMIMPIN PAS RAZMAN ZAKARIA! SELEPAS PDRM KINI MCMC PULA SIASAT!
KAUM PENDIDIK HARUS PEKA.
Bahasa itu sifatnya berkembang. Guru bahasa juga hendaklah sentiasa terkehadapan (proaktif). Bukan sahaja Bahasa Melayu, bahasa-bahasa lain begitu sifatnya. Seperti Bahasa Arab, sebelum era 90-an belum ada perkataan عَÙˆْÙ„َÙ…َØ© yang berasal dari perkataan عالم tujuan merujuk kepada 'globalisasi'. Perkataan ini diterbitkan untuk merujuk kepada globalisasi seiring perkembangan aktiviti-aktiviti manusia pada masa itu yang bersifat global.
WAKIL PASIR PUTEH TERKISING KISING
PM terus hairan dengan sikap pembangkang mempertahakan golongan maha kaya dan tidak membela golongan bawahan yang jumlahnya seramai 85 peratus.
Beliau menarik perhatian pertanyaan wakil Pasir Puteh yang membela golongan maha kaya dengan menyifatkan cukai dikenakan kepada 15% goloangan maha kaya membebankan mereka.
Kata PM kenapa peduli nasib maha kaya tetapi biarkan golongan bawah? Ini menghairankan.
Dan tengang dakwaan pembangkang kerajaan tidak punya tatakelola dalam mengagihkan peruntukan sebagai fakta yang salah.
“Dari mana fakta itu diambil dari Tiktok ke apa?” Tanya perdana menteri menempelakkan wakil Pasir Puteh menjadikan wakil otu terkising kising.
PM juga menempelak pembangkang yang selalu bercakap dengan petik ayat Quran tetapi dalam masa sama bercakap tak berfakta, bohong. Trims
TANGKAP. PERASUAH. YANG SOKONG KITA TUMBANGKAN.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan berhubung kewujudan kartel dalam pengagihan dan perbekalan kontrak baja padi di sebuah pertubuhan di bawah kawalan sebuah kementerian yang dianggarkan bernilai RM1.8 billion.
Beberapa siri bongkaran telah dilakukan SPRM dalam tempoh dua hari ini di sekitar Kuala Lumpur termasuk di ibu pejabat pertubuhan, kementerian dan sembilan syarikat yang mendapat projek berkaitan.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
DAH NGOK NAK BUAT MACAMANA?
Iin Idris.
Susah jika pemimpin pembangkang tiada point untuk hentam kerajaan melainkan terpaksa mainkan sentimen kaum saja..
Kan dah menyusahkan diri apabila terlalu try hard sangat untuk bakar emosi rakyat..
Tahukah ampa bahwa Komtar pernah terbakaq suatu ketika dahulu?
Tidak ramai golongan-golongan muda yang mengetahui kisah ini sebagaimana mereka mengetahui kisah kejadian rempuhan bangunan berkembar di Amerika dulu.
Bangunan Komtar yang ketika kejadian berlaku masih lagi dalam pembinaan mengejutkan masyarakat negara kita kerana julung-julung kalinya berlakunya bangunan tinggi terbakar pada tahun 1983. Masa tu Penang Bridge belum ada, Bomba dari Seberang Perai dibawa dgn feri bagi membantu Bomba Pulau Pinang. Kebakaran berlaku dalam pukul 8.00 malam dan api berjaya dipadam pada keesokkan paginya.
Bagi warga Pulau Pinang, atau pun yang mudah dikenali dengan anak tanjung, Komtar merupakan satu kebanggaan yang tersemat di dalam hati semua orang Pulau Pinang walaupun kini sinarnya agak suram dan pelbagai usaha telah dilakukan untuk memeriahkannya kembali.
Komtar tetap Komtar.
Kalau nak minum teh tarik gelas tinggi atau besar di kedai mamak, sebut sahaja teh tarik Komtar. Pasti buih-buih tehnya meleleh-leleh keluar dari gelasnya.
Memang kelasnya yang tersendiri.
Apa tidaknya, sebelum adanya Menara Kuala Lumpur, bangunan berkembar Petronas dan menara Dayabumi, bangunan Komtar inilah yang tertinggi sekali di Asia yang apabila siap sepenuhnya pada tahun 1986. Jumlah tingkat keseluruhannya ialah 65 tingkat.
ELOK... WAKIL RAKYAT GUNA TIP SURAT LAYANG.... APA PUNYA BENGGONG. .
Syabas Sepeaker
Ketegasan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul yang telah memerintahkan wakil Machang digantung dan tidak boleh berada dalam dewan selama 6 bulan disokong seratus peratus dan ketegasan itu melambangkan ketegasan seorang speakar berwibawa.
Johari membuat ketegasan itu apabila menjawab pertikaian dan rayuan pihak pembangkang agar membenarkan wakil Machang itu berada dalam dewan walaupun tidak boleh mengambil bahagian.
Keputusan dan ketegasan Johari itu mudah mudahan dijadikan iktibar dan kewaspadaan oleh anggota dewan khasnya daripada pembangkang yang masih mahu guna pakai undang² drakonian. Trims.
BERTEMU DENGAN PERSATUAN KRITIAN
Hari ini, saya berbesar hati menerima kunjungan hormat dari Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) Cor Episcopa Philip Thomas dimana ini platform penting untuk bertukar pandangan dan membincangkan pelbagai usaha dalam memperkukuh perpaduan serta memahami keperluan masyarakat pelbagai agama di negara ini.
Pertemuan ini merupakan platform yang signifikan untuk saya mendengar hal-hal terkait kebebasan beragama seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Saya percaya bahawa kerjasama erat antara pelbagai agama adalah kunci kepada keharmonian dan kemajuan negara kita hatta melangkah maju ke arah Malaysia yang lebih inklusif dan sejahtera untuk semua.
Moga usaha kita bersama akan terus mengukuhkan ikatan perpaduan dan keharmonian di dalam negara tercinta ini.
#MalaysiaMADANI
MASIH NAK BOSSKU LAGI?
Anthony Loke kata tu betul jenayah tetap jenayah. Dia tak kata Najib yang buat jenayah. Dia tujukan kepada penjenayah. Yang bukan penjenayah tak perlu bimbang kerana berpeluang untuk membuktikan diri tidak bersalah. Yang penting Anwar dah buktikan apa yang dia sebut sejak tahun 2011 itu mmg betul iaitu mmg berlaku skandal 1MDB. Najib akuinya dan mohon maaf.
NI MANTELITI PENYAKAW.
Zainuddin Omar
Apa jenis mentaliti mereka yang menjaga pelaburan rakyat Malaysia di PNB dan mereka kata labur 47 juta jual balik RM3.1 kerugiannya adalah sangat kecil. Vagerolah.
KENA DAH KEPALA PERASUAH DALAM KEMENTEEIAN PERTANIAN.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memulakan siasatan berhubung dakwaan kewujudan kartel dalam pengagihan dan perbekalan kontrak baja padi di sebuah pertubuhan di bawah kawalan sebuah kementerian yang dianggarkan bernilai RM1.8 bilion.
Mengikut sumber SPRM, beberapa siri serbuan telah dilakukan suruhanjaya itu dalam tempoh dua hari ini di sekitar Kuala Lumpur termasuk di ibu pejabat pertubuhan terbabit, kementerian dan sembilan syarikat yang mendapat projek berkaitan.
#BernamaNews