RASA PMX BOLEH SAMAN DAH NI...




 Macam biasa, PN akan jadikan DS Anwar sebagai sasaran fitnah mereka. Sekarang dakwa MP Kuala Kangsar diugut oleh SPRM supaya tandatangani kenyataan media yang telah disediakan lebih awal.


Kalau cerita ni betul, maknanya MP Kuala Kangsar tu memang dah kes la kan? Kalau kata dia bersih, takkanlah dia boleh tertekan dengan ugutan SPRM tu. Kan? Agaknya apa kes dia ya? Kena korek ni.


Cerita intimidasi ni macam pernah dengar. Tapi di mana ya? Oh ya! Masa Mahiaddin jadi PM dulu la. Patutlah PN laju buat tuduhan begini sebab mereka ada pengalaman masa jadi kerajaan dulu agaknya.


Tapi ada bezanya. Kerajaan Perpaduan ni kukuh dan stabil. Kurang satu kerusi nak cukup ⅔. Bukan macam masa Mahaiddin dulu. Kerajaan tempang dan boleh runtuh bila-bila masa. Sebab tu tak berani nak buka parlimen malah isytiharkan darurat.


Jadi Kerajaan Perpaduan tak perlu pun buat begini. Membazir masa je. Tak signifikan pun satu kerusi tu. Sebab tu Saddiq blah pun tiada siapa pun yang risau. Jadi memang tak logik tuduhan PN ni.


Yang paling kelakar, tuduhan yang dibuat ini tanpa rujuk MP Kuala Kangsar tu pun. Maknanya Hamzah ni main sedap mulut je la tuduh ada intimidasi. PN memang terlalu sinonim dengan fitnah. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



MUKA HANG TAK MALU. MASA JADI KERAJAAN DULU HANG TAK BUAT APA PUN.PEMBOHONG JA......HANGPA TAK BUAT APA..KEPALA BAPAK HANG.,KAH.KAH.KAH...SANUSI KATA BUKAN CARUT.,

 

Muklis Eddie


Zaman dia jadi krajaan x buat apa pun.. now nak claim credit lak.




ADA ORANG TERASA. MASA DIA MAKI HINA CACI ORANG DIA MACAM HERO..KENA SIKIT KENA KUTUK DAH MEROYAN...PALA BAPAK BETOI


 

DENGARKAN


 

DENGARKAN


 

DENGARKAN


 

LEKEH...DOK TIPU JA ORANG KAMPUNG, PAKAI HAK RAKYAT MARHAEN


 

BULAN 3 TAHUN HADAPAN. BUKA SEKOLAH ,SEHARI DUA PUASA DAN RAYA.


 

BARANG ORDER

 Barang order:

1. Tukar kerajaan lepas PRN.

2. Tukar kerajaan lepas PRK Pulai dan Spg. Jeram.

3. Tukar kerajaan negeri lepas PRK Pelangai.


Barang sampai:

1. Kemenangan di Kemaman dibatalkan.

2. Kuala Kangsar sokong PMX.


Tambahnya tidak. Berkurang lagi ada. Dah begini gaya, bila masa nak chukop jomlahnya?


Kesian kat si Saddiq. Dia ingat nak ugut DS Anwar dengan satu-satunya kerusi yang dia ada. Rupanya DS Anwar tak heran pun.


Niat Saddiq nak nafikan majoriti ⅔. Tengok tengok dapat balik ⅔. Tak pasal-pasak jadi pembangkang balik. Dah la ada kes menanti.


Patut selama ni DS Anwar cool je.


Orang lama macam DS Anwar ni ada orang gelar dinosor politik. Dinosor ok sebab masih bernyawa. Bukan dah jadi fosil macam sorang tu.


Tapi DS Anwar bukan sebarang dinosor tau. Ini t-rex la. Dengar suara je habis semua bertempior. Siap ada yang koyak sampai menangis. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


CEKAP APA...NI PENYAKAW


 Jamzuri Ardani


Siapa jaga KADA masa nie? Jadi PN tak payahlah nak tunjuk bagus konon depa pandai mentadbir.



SIAPA KATA TAK ADIL..

 

Bagaimana subsidi pukal tidak adil untuk rakyat.. 



Mukhlis Edie


B40: Kapcai

⛽ Tangki penuh: RM10 (5 liter)

✔️ Subsidi dinikmati: *RM7.50* (RM1.50 x 5 liter)


M40: Vios

⛽ Tangki penuh: RM80 (40 liter)

✔️ Subsidi dinikmati: *RM60* (RM1.50 x 40 liter)


T20: Mercedes S Class

⛽ Tangki penuh: RM140 (70 liter)

✔️ Subsidi dinikmati: *RM105* (RM1.50 x 70 liter)




KAKI EJEK ORANG KOYAK


Zusdin

 Kaki dok ejek org koyak, last2 dia koyak rabak semua netizen nak disaman KUNUN? Banyak duit bapak hang bayaaq duit loyar?? 🤔 Takpa, kita bagi pujian...KEPALA BAPAK HANG...!!!






DIA INGAT ZAMAN NI,, ZAMAN TOK NADOQ GAMAKNYA. KETIKA PENANG MAJU 50 TAHUN KE DEPAN DIA MAIN NAFI APA YANG DIA CAKAP. PADA HAL DALAM TIKTOK DAN UTUBE BERSEPAH DENGAN CAKI MAKI DIA. KELAPA BAPAK DIA. KAH.KAH.KAH

 




MMMS


Minggu lepas dia nafi kata Vincent Tan korup, hari ini dalam jawapan pembelaan kes saman fitnah Amiruddin, dia nafi tuduh Amiruddin korup, pilih kasih dan amal kronisme.


Padahal waktu ceramah PRN depan walaun dia sendiri kata "MB cokia ini ada skandal dengan Vincent Tan"


Patutnya jawapan pembelaan dia bawa lah bukti skandal tersebut, kenapa jawapan luar mahkamah dan dalam Mahkamah berbeza?


Yang pasti dua-dua kes saman ini adalah berasingan, kalau kalah memang kena bayar duit kali ganda. Padan pepatah orang tua kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.



INI RATIONAL. KALAU SERBU PEJABAT KERAJAAN, ADA LAK YANG TERASA.

 


Ini memang betul. SPRM serbu kilang dan gudang. Bukan serbu pejabat kerajaan. Sejak bila kilang dah jadi pejabat kerajaan?


Kalau serbu kilang pun nak dikira tindakan politik, macamana kita nak banteras salah laku, rasuah dan penyelwengan?


Rasional la sikit. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



APA PUNYA BINGAI..PATUT MASA JADI PM..HANG SOH RAKYAT UTANG DAN GUNA DUIT KWSP.,AKAI TAK DAK..




Ukur kemiskinan guna akses air. Maksud Mahiaddin ni, kalau tak dapat bekalan air maknanya miskin la kan? Tapi mana boleh macam tu.


Sebab di sebuah negeri yang ditadbir PN, walaupun akses airnya sangat terbatas, mereka kata mereka tak miskin. Takkan nak bantu yang tak miskin?


Lagi pun, air di bawah kuasa kerajaan negeri. Pusat tak boleh buat banyak pun. Negeri yang pentadbiran cekap, akses air cukup untuk rakyat.


Tapi ada negeri yang pemimpin kerajaannya kata rakyat tak kisah tak dapat air. Mereka biasa korek telaga belakang rumah. Macamana tu?


Tak ada air tak tentu miskin. Ada yang kaya tapi tak ada akses sebab diperintah oleh mereka yang tak kompeten. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PMX DI MASJID PRISINT 18 PUTRAJAYA











 Alhamdullilah, saya berkesempatan makan tengah hari bersama warga penduduk sekitar Putrajaya di kafeteria Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya seraya diapit Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehawal Agama), Datuk Dr. Mohd Nai'im Mokhtar.


Dalam kesempatan yang sama, turut dilancarkan Projek Usahasama Akademik Pensijilan Maqasid Al-Shariah serta Tabung Palestin seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).


Saya kemudian menunaikan Solat Jumaat bersama lebih 1,000 jemaah yang diimamkan oleh Ustaz Abu Bakar Mohamad.


Moga hari penuh keberkatan ini membawa manfaat kepada kita semua, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI



ZULKAFPERI BUTA FAKTA DESAK MOHAMAD SABU LETAK JAWATAN



1. Desakan Ahli Parlimen BERSATU Zulkafperi Hanapi untuk Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu meletakkan jawatan adalah tidak berasas. Di bawah pimpinan Mohamad Sabu, isu-isu makanan asas seperti telur, sayuran, beras dan ayam telah berjaya distabilkan hanya dalam beberapa minggu atau bulan. Mohamad Sabu juga semakin berjaya membetulkan segala kegagalan yang ditinggalkan oleh Menteri Pertanian terdahulu, Datuk Seri Ronald Kiandee daripada parti Zulkafperi sendiri.


2. Buktinya, inflasi kategori daging telah jatuh ke 5.8% pada Ogos 2023, berbanding 12% pada Julai 2022 bawah Ronald. Inflasi kategori ikan dan makanan laut jatuh ke 1.5% pada Ogos 2023 berbanding 4.2% (Julai 2022). Manakala, inflasi kategori telur, susu dan keju jatuh ke 4% berbanding 9.1% (Julai 2022). Tekanan harga makanan akan terus berkurang jika usaha-usaha Mohamad Sabu dan kementeriannya diteruskan.


3. Kita semua tahu bahawa Malaysia telah jatuh ke dalam krisis bekalan makanan sejurus ekonomi dibuka semula selepas COVID-19. Ronald dan Muhyiddin Yassin daripada BERSATU ketika itu gagal merancang strategi bekalan makanan jangka sederhana, dan ini menyebabkan kekurangan makanan dan harga makanan meningkat. Bukan itu sahaja, kelemahan Malaysia mengukuhkan pengeluaran makanan asas tempatan dalam tempoh 6 dekad lepas juga salah satu punca utama masalah yang kita hadapi ketika ini.


4. Mohamad Sabu dan pasukannya memerlukan lebih banyak masa untuk menyelesaikan masalah-masalah berkaitan keterjaminan makanan. Mana mungkin masalah 6 dekad diselesaikan dalam tempoh 10 bulan sahaja? Oleh itu, adalah tidak berasas untuk menghukum Mohamad Sabu dipandu pegawai KPKM sedangkan pegawai KPKM hanya memberi maklumat dan fakta yang membolehkan beliau membuat beberapa keputusan yang berjaya menyelesaikan isu makanan yang berbangkit. Dakwaan Zulkafperi ini seolah-olah mempertikaikan kewibawaan penjawat awam. Sikap pembangkang seperti ini merencatkan pembangunan negara. 


5. Hanya dalam 10 bulan lepas, banyak kejayaan dicapai oleh Datuk Seri Mohamad Sabu. Misalnya, apabila isu telur timbul hujung tahun lepas hasil tinggalan Perikatan Nasional, masalah itu diselesaikan dalam hanya 2 bulan di mana bekalan melebihi permintaan. LPP telah dimobilisasi sesegera mungkin untuk mengatasi isu ini termasuk di negeri-negeri pembangkang.


6. Apabila isu beras timbul sebulan lepas, beberapa langkah juga telah diambil. Bermula 5 Oktober 2023, kerajaan memutuskan agar harga beras putih import (BPI) diserap oleh kerajaan bagi membolehkan BPI diperolehi dengan harga runcit RM31 bagi setiap 10 kilogram (kg). Pengusaha restoran diberikan lesen borong supaya dapat membeli BPI bersubsidi. FAMA dan LPP juga telah diarahkan menghantar beras putih tempatan ke kawasan luar bandar dan kedai runcit buat sementara waktu dan kerajaan menanggung kos pengangkutan. Harga beras tempatan kekal murah, yang meningkat adalah beras import kerana India menghentikan jualan eksportnya. 


7. Dalam menjaga pengguna, Kerajaan MADANI juga menjaga kebajikan pesawah dan petani. Misalnya, pada bulan Ogos, PM Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan kenaikkan kadar subsidi harga padi ke RM500 setiap tan berbanding RM360 sebelumnya. PM10 juga mengumumkan peruntukan RM3 bilion bagi menaiktaraf infrastruktur di kawasan MADA sebagai langkah panjang meningkatkan hasil padi. Idea penanaman padi ala-Sekinchan yang menghasilkan padi yang lebih banyak menunjukkan kehendak politik (political will) yang ada pada Mohamad Sabu dalam merubah daya saing dan SSL makanan negara terutama beras. 


8. Jelas sekali Zulkafperi buta fakta dalam membuat serangan terhadap Mohamad Sabu. Momentum Kerajaan MADANI pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sektor pertanian perlu diteruskan dan Mohamad Sabu adalah tokoh politik yang kompeten untuk memacu momentum ini.


FAIZ FADZIL

12 Oktober 2023


#MalaysiaMADANI #KerajaanPerpaduan #deminegara #demianakkita #PakatanHarapan #DemiPertiwi #AmanahProgresifPeduli



GELAKKAN SAJA MANGKOK HAYUN NI....KAH..KAH..KAH

 


Dari semalam nak menulis, bila tengok je mb Kedah nak buat report pulis pasai sorok beras...kami ketawa ja. Sehari sebelum tu barisan para penyokong dewa langit punya puji nusi best...nusi terbaik...nusi hebat kunun arahan dialah yg berjaya buat tangkapan.


Arahan pala hotak dia, kes ini dah berlaku lama sewaktu dia jadi mb sebelum PRU 15 lagi...awat baru kemarin nak bunyi ?


Rakyat tak kaitkan nama dia, tiba2 dia meluncat pasepa? Mmg kami gelakkan ja mangkuk ayun tu. 


Memang beras yg si sorokkan 180 tan itu di Kedah. Itu pun berdasarkan laporan dari pekerja dan maklumat risikan bawahan. Dengan maklumat itulah kerajaan buat serbuan.


Utk makluman, kes sorok beras itu bukan satu2nya berlaku di Kedah. Tempat lain pun ada lagi yg masih dalam siasatan dan sumber maklumat baru. Itu baru beras, belum gula & tepung. Dan ini termasuklah isu minyak masak paket bersubsidi bertahun lama bolos ke Thailand. 


Kartel bukan mesra kpd Kerajaan Persekutuan. Mereka ini lebih mesra kepada siapa yg beri mereka laba dan keuntungan luar biasa. 


Sbg contoh ketika perikatan nasional memerintah dulu, mereka kata telur ayam susah nak dapat sebab ayam tak bertelur. Bekalan ayam mentah hilang dari pasaran sebab cuaca panas, maka ayam kurang makan. Jagung ternakan tak dapat import masuk ke Malaysia pasai negara yg bekal jagung makanan ternakan kurang tanam & kering kontang.


Permainan sebeginilah yg kartel buat. Kelak nanti, akan ada persatuan demi persatuan berkumpul...panggil wartawan dan umumkan kos meningkat, negara pembekal kemarau, ayam tak makan sebab panas...dan kerajaan cuba membendung masalah kekurangan ini akan menambahkan lagi subsidi.


Bila dapat subsidi, tiba2 ayam terlebih di pasaran...telur terlebih...gula terlebih. Ayam mentah pula gemuk2 di pasaraya. 


Sebab apa ? Sebab ini permainan kartel mempergunakan kesempatan kerajaan terdahulu. Masakan tidak, 2-3 kapal yg bawa jagung ternakan sengaja tak masuk port & berlabuh di laut saja. Bukan ayam tak makan sebab cuaca panas, tapi sengaja pengeluaran di sekat. 


Sekali lagi, kartel itu semua mmg tidak mesra kpd kerajaan persekutuan di bawah Anwar sbg PM. Kerajaan PH & Perpaduan kini lebih orientasikan kepada rakyat, bukan kartel. 


Satu persatu lokasi gudang sdg di selidiki. Apatah lagi bila kerajaan menggerakkan ujian sampel beras import & tempatan yg di campur.


Penyangak terutama elit billionaire ini mmg mempergunakan kartel tersebut utk menggagalkan pemerintahan kerajaan persekutuan. Apatah lagi dari sumber makluman memberitahu, kos lebih RM800juta di gunakan utk agenda tukar kerajaan. 


Kos angka ini bukan cash semata, tapi ia buleh datang dari pelbagai faktor sebagai contoh... isu beras 200juta, isu gula 300juta, isu telur 100juta. Juta-juta ini bukan dalam bentuk tunai sebaliknya pegangan supply chain di pasaran.


Siapa yg akan cuba mengambil laba dalam hal ini ?


Warisan parti tebuk atap itulah...mempermainkan isu 3R dan dakyah ketuanan Melayu...ketuanan Islam saat siasatan jenayah terhadap diri mereka semakin menghampiri.


Yang berkarya:

Gino Marvela




APA AKU DAPAT?




Setiap kali Belanjawan, ini soalan yang kita akan tanya. Apa kita akan dapat darinya? 


Dari Penjawat Awam ke Peniaga. Dari SME ke GLC. Dari yang dah bekeluarga ke yang bujang lagi. 


Belanjawan itu kita nilai, berapa banyak Kerajaan boleh bagi. Lagi banyak memberi, lagi power la Kerajaan ni. 


Bukan saja rakyat biasa, political circle juga sama. Apa pula projek yang ada untuk disapu jua… 


Kerajaan berganti Kerajaan. PM after PM. Mereka guna belanjawan untuk dapatkan undi. 


Bila tahu Kerajaan takde duit, ada PM yang terlebih bijak, mintak guna KWSP. Tak kisah la tak pernah dibuat orang, benarkan Rakyat keluar KWSP sampai 4 kali. 


Mintak rakyat guna duit sendiri. Tapi geng2 ni pulak merembat duit negara untuk Parti and keluarga sendiri. Antara mereka saja berjoli 🤦🏻‍♀️


***************


Selepas 65 tahun, negara kita sudah tenat. Hutang negara sudah capai RM1.5 trillion tahun ini. Sama dengan 80% KDNK negara. Rating biaya hutang kita jatuh mendadak kepada BBB- dari single A dulunya. 


Makanya, Belanjawan ini kita kena ubah cara. Tidak boleh lagi menekan Kerajaan untuk berbelanja sewenangnya. Kena push mereka cari duit pula. Jimat belanja dan tak senang lenang rompak hasil negara. 


Sudah kena strategik dalam guna duit kita. 


Kita juga kena ubah cara berfikir: 


Bukan lagi tanya “Apa aku dapat?” 


Soalan yang patut ditanya “Apa yang tinggal untuk anak cucu kita?” 


Mampukah mereka nanti, bina negara sendiri bila kita tiada… 


Salam hormat, 

Liyana Marzuki



NAK REPORT SEMULA.

 





Che Ibrahim


Polis panggil dah ambo, ambo jawab ambo tak kenal Rosli, status yang didakwa sebagai palsu/edit yang ambo kongsi tu atas nama Abdul Jabar, apasal Rosli yang meroyan??


Ambo sedang bincang dengan peguam ambo untuk buat repot Polis, Pesuruhjaya Pas Pahang telah hina dan fitnah ambo, padahal status tersebut bukan milik dia, milik Abdul Jabar Rosli Rosli, dia nama Rosli......



KEJAYAAN MB BARU KELANTAN.



Kerajaan Pintu Belakang.


 Sudah 62 hari MB kita Tuan Guru Ustaz Haji Dato Panglima Perang Nasarudin Daud memerintah Kelantan banyak perubahan dilakukan.

Antara 8 kejayaan besar MB Tuan Guru:-


1) Membawa masuk pelaburan dari China untuk beli tanah 7000 ekar di Hulu Kelantan.


2) Menyaman dua YB pembangkang yang memusuhi perjuangan Islam.


3) Meminta bantuan kerajaan pusat untuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri.


4) Membawa masuk jom heboh secara skala besar.


5) Melantik Tun Mahathir sebagai penasihat ekonomi negeri.


6) Membawa masuk pelaburan dari luar negara sebanyak RM2.7 bilion.


7) Menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 100,000 rakyat Kelantan.


8) Membina infa jalan raya dari Grik ke Jeli.


TAK SALAH...NAK TAKUT APANYA...REPORT SAJA POLIS...POLIS POLIS.....


Norman Raduan


 Kalau tak salah apa nak takut..lwn larr..gi buat report polis 😏 dia punya spin lebih kuat dari mesin basuh.




SUDAH CUKUP JOMMLAH

 

“Sudoh cukup jumloh, tunggu jemputan”




MACAM INI BERPENGARUH DI DUNIA, NAMUN ADA SEKOLAH TAK MAHU GANTUNG GAMBAR PM.





 Semasa ketua pembangkang dulu, DS Anwar duduk di tangga ke 20. Belum setahun jadi PM, dah baiki kedudukan ke tangga ke 11. Kalau terus hingga habis penggal, insyaAllah Top 10. Tak mustahil jadi Top 5.


Tapi walaun tak pandang benda ni. Ini semua liberal ni. Tak Islamik. Atau mungkin walaun akan kata kalau Hadi jadi PM, terus dapat nombor 1. Biasa la walaun. Mana nak kalah walaupun tak layak nak menang.


Apa pun, kita rakyat Malaysia wajar berasa bangga dengan pencapaian DS Anwar ini. Kedudukan beliau ini pasti akan memberi kesan positif dalam usaha menarik pelabur ke Malaysia. Aku yakin DS Anwar adalah anugerah terindah buat kita. Guane boh?


 

Raja Gelap II 



.

SOKONGAN MP KUALA KANGSAR KEPADA ANWAR TAK LANGGAR AKTA LOMPAT PARTI, IA UMPAMA CSA DENGAN KERAJAAN


Tindakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid mengumumkan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam menerajui negara, tetapi dalam masa yang sama kekal setia bersama Bersatu, adalah suatu tindakan yang berani serta terpuji.


Dengan itu, Anwar kini kembali mendapat sokongan dua pertiga Ahli- Ahli Parlimen.


Penarikan sokongan oleh Syed Saddiq sudah diganti dengan sokongan yang didatangkqn oleh Iskandar Dzulkarnian.


Kenapa keputusan Iskandar Dzulkarnain ini terpuji?


Pertama, senario politik yang kini jelas memperlihatkan Anwar dan kerajaan perpaduan pimpinannya tidak mungkin lagi dijatuhkan sehingga habis penggal, keputusan yang dibuat oleh Iskandar Dzulkarnian ini memang amatlah tepat sekali.


Dalam erti kata lain, bagi Ahli Parlimen yang ingin berkhidmat kepada rakyat seperti Iskandar Dzulkarnian ini, adalah membuang masa saja jika beliau terus jumud bersama blok pembangkang.


Untuk itu, beliau harus memikirkan sesuatu agar dapat bertungsi dengan berkesan kepada pengundi-pengundi Kuala Kangsar serta tidak meninggalkan partinya.


Takkan nak bagi hidangam makan ceramah saja kepada pengundi-pengundi di kawasannya?


Kedua, sesuai dengan Anwar tidak mungkin lagi dijatuhkan sehingga PRU16 akan datang, fokusnya dalam memberi sokongan itu hanyalah untuk mendapatkan peruntukan.


Ini kerana, PN yang menaungi beliau nampaknya masih kekal dengan sikap degil dan keras kepala untuk datang kepada wakil kerajaan iaitu Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof bagi membincangkan soal peruntukan tersrbut.


Dengan mengumumkan sokongan kepada Anwar serta berharap diberi peruntukan untuknya, tindakan Iskandar Dzulkarnain ini menunjukkan beliau bersedia secara individu untuk menandantangani perjanjian keyakinan dan perbekalan atau CSA dengan pihak kerajaan.


Jika PH sebelum ini menandatangai CSA dengan Ismail Sabri Yaakob dan diberi peruntukan sebagai balasannya, bermakna tiada tiada salah daripada tindakan Iskandar Dzulkarnain ini.


Beliau sekadar membuat keputusan demi manfaat rakyat dan pengundi di kawasannya.


Begitu pun, sebagai Ahli Parlimen blok pembangkang, Iskandar Dzulkarnanin masih boleh memainkan peranan semak dan imbang sebagaimana biasa dengan mengambil suaranya mestilah untuk manfaat rakyat dan bukan lagi untuk menjatuhkan kerajaan.


Ketiga, bersama kedegilan dan keras hati PN untuk datang berbincang dengan kerajaan, keputusan Iskandar Dzulkarnain ini harus membuka pintu hati lain-lain Ahli Parlimen PN untuk berbuat perkara yang sama.


Untuk itu, sebagai respon segera, Anwar dan Fadillah harus mengalu-ngalukan serta menyambut baik keputusan Iskandar Dzulkarnain itu.


Jemputlah beliau untuk menandatangani perjanjian CSA dengan kadar segera dan seterusnya luluskanlah peruntukan yang sewajarnya kelada beliau.


Kemudian, kita lihat berapa ramai lagi Ahli Parlimen PN akan datang untuk menandatangani CSA dengan kerajaan?


Keempat, tindakan yang diambil oleh Iskandar Dzulkarnain ini tidak melanggggar undang-undang anti lompat parti kerana beliau tidak keluar parti dan tidak juga menyertai lain-lain parti.


Beliau hanya menyokong kepimpinan Anwar untuk terus menerajui negara, khususnya bagi memulihkan ekonomi sehinggalah PRU yang seterusnya.


“Saya percaya ekonomi negara perlu ditingkatkan demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.


“Oleh yang demikian, saya menyokong Perdana Menteri atas apa-apa usaha yang dilakukan untuk mengukuhkan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataannya berkaitan keputusan yang diambilnya.


Tiada apa-apa kesalahan dilakukan oleh Iskandar Dzulkarnain, tetapi jika kepimpinan PN dan Bersatu terasa koyak, mereka bolehlah mengambil apa-apa tindakan terhadapnya.


Namun, jika dipecat daripada Bersatu, Iskandar Dzulkarnain tidak perlu mengosongkan kerusinya dan beliau selepas itu, bebas menyertai mana-mana parti.


Mungkinkah dengan ini,  beliau bakal digantung keahliannya daripada Bersatu? – ShahbudinHusin 13/10/2023.


https://shahbudindotcom.net/



SPRM DEDAH DAH SIASAT..TIBA TIBA DIA MERACAU...MMMMMM...




 1. SPRM dedah syarikat tipu urusan beras di Kedah.

Telah didakwa dimahkamah✅️


2. Penguatkuasa jumpa beras di sorok kilang di Kedah.

Telah disita✅️


3. Badut melompat di Kedah?

Ugut nak saman✅️


Dak eh yang hang terasa sangat pasai apa...

Dah bukan berlaku zaman hang..Dah bukan kilang hang...


Tak releks lah hang...


KITA TENGOK PALA BAPAK MERACAU KA DAK..KAH..KAH..KAH


 Che Ibrahim


Nak serbu tu serbu la, tapi jangan la dok habaq ke media....




Mesej poster ini mudah.


Adrian Lim


Golongan B40 yang membantah subsidi bersasar atau menyokong subsidi pukal adalah golongan bodoh yang selayaknya kekal sebagai B40 buat selama-lamanya.


Di bawah sistem subsidi pukal, golongan mahakaya yang mempunyai berpuluh biji kenderaan mewah adalah golongan yang terrrrrrrrrrrrpaling menikmati subsidi pukal.


Ini kerana penggunaan bahan api dan petrol oleh golongan mahakaya adalah jauh lebih tinggi berbanding golongan B40. Maka subsidi yang dinikmati oleh golongan mahakaya adalah jauh lebih besar berbanding golongan B40 bawa kapcai.


Jika kerajaan ini benar-benar sebuah kerajaan reform, maka subsidi pukal harus dirobek. Peruntukan subsidi yg sedang dinikmati oleh golongan mahakaya harus dipindah kepada golongan B40. Boleh dalam bentuk tunai secara bulanan.



TUNGGU DIA KENA NERAKAKAN NANTI


Norman Radzuan


 Secara tidak rasminya atau secara teknikalnya kita kembali 2/3 majoriti… harap MP ini boleh bertahan dgn pendiriannya kerana mulai hari ini beliau akan dinerakakan… saya menanti cerita selanjutnya MP KK mahu pilih neraka atau syurga.





KITA SIMPAN JA BAB KEPALA BAPAK BACA. KUTBAH..

 

Sanusi nak baca khutbah. Aku tak nak komen apa cuma nak simpan surat ni untuk kegunaan masa akan datang kalau dorang bising DS Anwar atau mana-mana MB PH-BN baca khutbah. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.