SOKONGAN MP KUALA KANGSAR KEPADA ANWAR TAK LANGGAR AKTA LOMPAT PARTI, IA UMPAMA CSA DENGAN KERAJAAN


Tindakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid mengumumkan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam menerajui negara, tetapi dalam masa yang sama kekal setia bersama Bersatu, adalah suatu tindakan yang berani serta terpuji.


Dengan itu, Anwar kini kembali mendapat sokongan dua pertiga Ahli- Ahli Parlimen.


Penarikan sokongan oleh Syed Saddiq sudah diganti dengan sokongan yang didatangkqn oleh Iskandar Dzulkarnian.


Kenapa keputusan Iskandar Dzulkarnain ini terpuji?


Pertama, senario politik yang kini jelas memperlihatkan Anwar dan kerajaan perpaduan pimpinannya tidak mungkin lagi dijatuhkan sehingga habis penggal, keputusan yang dibuat oleh Iskandar Dzulkarnian ini memang amatlah tepat sekali.


Dalam erti kata lain, bagi Ahli Parlimen yang ingin berkhidmat kepada rakyat seperti Iskandar Dzulkarnian ini, adalah membuang masa saja jika beliau terus jumud bersama blok pembangkang.


Untuk itu, beliau harus memikirkan sesuatu agar dapat bertungsi dengan berkesan kepada pengundi-pengundi Kuala Kangsar serta tidak meninggalkan partinya.


Takkan nak bagi hidangam makan ceramah saja kepada pengundi-pengundi di kawasannya?


Kedua, sesuai dengan Anwar tidak mungkin lagi dijatuhkan sehingga PRU16 akan datang, fokusnya dalam memberi sokongan itu hanyalah untuk mendapatkan peruntukan.


Ini kerana, PN yang menaungi beliau nampaknya masih kekal dengan sikap degil dan keras kepala untuk datang kepada wakil kerajaan iaitu Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof bagi membincangkan soal peruntukan tersrbut.


Dengan mengumumkan sokongan kepada Anwar serta berharap diberi peruntukan untuknya, tindakan Iskandar Dzulkarnain ini menunjukkan beliau bersedia secara individu untuk menandantangani perjanjian keyakinan dan perbekalan atau CSA dengan pihak kerajaan.


Jika PH sebelum ini menandatangai CSA dengan Ismail Sabri Yaakob dan diberi peruntukan sebagai balasannya, bermakna tiada tiada salah daripada tindakan Iskandar Dzulkarnain ini.


Beliau sekadar membuat keputusan demi manfaat rakyat dan pengundi di kawasannya.


Begitu pun, sebagai Ahli Parlimen blok pembangkang, Iskandar Dzulkarnanin masih boleh memainkan peranan semak dan imbang sebagaimana biasa dengan mengambil suaranya mestilah untuk manfaat rakyat dan bukan lagi untuk menjatuhkan kerajaan.


Ketiga, bersama kedegilan dan keras hati PN untuk datang berbincang dengan kerajaan, keputusan Iskandar Dzulkarnain ini harus membuka pintu hati lain-lain Ahli Parlimen PN untuk berbuat perkara yang sama.


Untuk itu, sebagai respon segera, Anwar dan Fadillah harus mengalu-ngalukan serta menyambut baik keputusan Iskandar Dzulkarnain itu.


Jemputlah beliau untuk menandatangani perjanjian CSA dengan kadar segera dan seterusnya luluskanlah peruntukan yang sewajarnya kelada beliau.


Kemudian, kita lihat berapa ramai lagi Ahli Parlimen PN akan datang untuk menandatangani CSA dengan kerajaan?


Keempat, tindakan yang diambil oleh Iskandar Dzulkarnain ini tidak melanggggar undang-undang anti lompat parti kerana beliau tidak keluar parti dan tidak juga menyertai lain-lain parti.


Beliau hanya menyokong kepimpinan Anwar untuk terus menerajui negara, khususnya bagi memulihkan ekonomi sehinggalah PRU yang seterusnya.


“Saya percaya ekonomi negara perlu ditingkatkan demi kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.


“Oleh yang demikian, saya menyokong Perdana Menteri atas apa-apa usaha yang dilakukan untuk mengukuhkan ekonomi negara,” katanya dalam satu kenyataannya berkaitan keputusan yang diambilnya.


Tiada apa-apa kesalahan dilakukan oleh Iskandar Dzulkarnain, tetapi jika kepimpinan PN dan Bersatu terasa koyak, mereka bolehlah mengambil apa-apa tindakan terhadapnya.


Namun, jika dipecat daripada Bersatu, Iskandar Dzulkarnain tidak perlu mengosongkan kerusinya dan beliau selepas itu, bebas menyertai mana-mana parti.


Mungkinkah dengan ini,  beliau bakal digantung keahliannya daripada Bersatu? – ShahbudinHusin 13/10/2023.


https://shahbudindotcom.net/



No comments: