IGP Dituntut Buat Permohonan Maaf




KUALA LUMPUR 5 MEI : Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan hari ini menghantar memorandum kepada Tan Sri Ismail Omar menuntut Ketua Polis Negara itu memohon maaf secara terbuka.

Ini kerana dakwanya, pihak polis melakukan kesilapan berhubung penahanannya pada Hari Pekerja 1 Mei lalu.

Hal itu berlaku susulan beliau ditahan semula pada hari tersebut kerana didakwa terlibat dalam satu kesalahan kecurian di bawah seksyen 380 Kanun Acara Jenayah yang dikatakan berlaku di Alor Star pada 1995 - 16 tahun lalu.

Susulan itu beliau diarahkan memberi keterangan berhubung perkara tersebut di ibu pejabat polis daerah Kota Setar pada 7 Mei ini.

Dalam memorandumnya hari ini, Arutchelvan mendakwa pegawai penyiasat yang dikenali Inspektor Shamsul menghubunginya dan memaklumkan bahawa beliau tidak perlu hadir ke IPD itu kerana terdapat kesilapan merekodkan nombor kad pengenalan lama beliau.

"Pada hal orang sebenarnya adalah seorang beretnik Melayu dengan nombor kad pengenalan yang sama tanpa huruf A dalam kad pengenalan.

"Inspektor Shamsul meminta maaf atas kesilapan ini yang dilakukan oleh orang lain yang menurutnya adalah kesilapan manusia," memorandum itu dipetik.

Menurut memorandum itu lagi, pegawai polis tersebut juga berjanji akan mengeluarkan nama aktivis pekerja itu daripada senarai orang yang dikehendaki atau "wanted list".

Memorandum yang disediakan oleh Jawatankuasa 1 Mei mendakwa penahanan Arutchelvan untuk menyabitkan beliau dengan kes kecurian "amat tidak masuk akal dan merupakan satu tindakan fitnah dan berniat jahat".

"Beliau juga pernah ditahan puluhan kali dalam kes-kes kepentingan rakyat marhaen dan isu-isu hak asasi manusia. Justeru, bagaimana sepanjang 16 tahun dari 1995 dan 2011, beliau tidak dapat dikesan polis," memorandum itu dipetik.

Sebelum itu bercakap kepada pemberita, Arutchelvan berkata beliau turut menghantar surat kepada Ketua Polis Daerah Kota Setar meminta supaya surat jaminannya dibatalkan. Tuntutan itu juga terkandung dalam memorandum tersebut.

"Saya minta mereka memberi surat secara hitam putih... (Ini kerana) ia tidak ada kena mengena dengan saya.

"Bagi saya ini adalah (perkara yang) merosakkan nama saya. Ini menjejaskan nama saya," katanya yang juga anggota Majlis Perbandaran Kajang dan aktivis Suaram.

Salinan surat itu juga turut dihantar kepada Ismail, ketua polis daerah Dang Wangi serta Majlis Peguam Negara.

Selepas sidang media itu, Arutchelvan menyerahkan memorandum berhubung kes kecurian yang dikaitkan dengannya itu kepada seorang pegawai polis dari bahagian perhubungan awam Bukit Aman untuk dimajukan kepada Ismail.

Kira-kira 20 aktivis PSM termasuk ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dan tiga peguam - Datuk S Ambiga, N Surendran dan Fadiah Nadwa Fikri - hadir memberi sokongan kepada Arurchelvan.

Nizar : Sokongan Rakyat Kekal Bersama PR




SHAH ALAM 5 MEI : Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin menyangkal dakwaan beberapa pihak bahawa sokongan terhadap Pakatan Rakyat semakin pudar berikutan kajian pengurangan bilangan kerusi yang boleh dimenangi parti itu baru-baru ini.

Namun katanya, ekoran daripada tipu daya dan helah politik yang digunakan Umno-Barisan Nasional, ia sedikit sebanyak menggugat sokongan masyarakat Melayu yang mula keliru dengan corak pentadbiran Umno-BN yang meniru pentadbiran Pakatan Rakyat.

Cuma apa yang membezakan keduanya ialah Umno-BN giat menabur tohmahan dan memburukkan pentadbiran Pakatan Rakyat demi meraih undi masyarakat terutamanya yang tinggal di kawasan pedalaman.

" Isu pudar atau tidak itu tidak wujud tetapi ia mungkin hanya kepada sebahagian komuniti India dan Melayu oleh kerana beberapa sebab yang dibuat oleh Umno-BN.

" Untuk itu khususnya Umno, Zambry telah melaksanakan program-program kerajaan negeri telah melaksanakan beberapa kemudahan-kemudahan termasuk meluluskan geran-geran tanah yang telah lama tertunggak dan sebagainya.

" Dan ini sebenarnya adalah usaha mereka dalam menyakinkan pengundi Melayu dan sebahagian pengundi India untuk menyakinkan rakyat, tetapi kalau kita tengok pengundi Cina kepudaran itu tidak wujud dan ini hanya dalam bentuk sementara sahaja.

Nizar berkata demikian ketika dihubungi Tv Selangor bagi mengulas laporan sentimen marah di kalangan rakyat berhubung tindakan Barisan Nasional (BN), yang didakwa merampas kerajaan negeri Perak awal 2009, kelihatan mula pudar dengan kajian terbaru menunjukkan bilangan kerusi yang boleh dimenangi Pakatan Rakyat merosot.

Menurut laporan itu lagi, bilangan kerusi boleh dikuasai Pakatan Rakyat jika pilihan raya diadakan sekarang hanya sekitar 33 berbanding 40 kerusi yang diramalkan sejurus selepas krisis politik Februari 2009.

Kajian pendapat umum yang dikendalikan Pakatan Rakyat sejurus selepas peristiwa Februari 2009 menunjukkan perikatan tiga parti itu boleh menyapu sehingga 40 kerusi ataupun majoriti dua pertiga daripada 59 kerusi di Dewan Undangan Negeri.

Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat memenangi 31 kerusi. Bagaimanapun tiga Adun masing-masing dua dari PKR dan seorang wakil rakyat DAP keluar parti menyebabkan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat tumbang.

Pada Jun lalu, Adun Malim Nawar Keshvinder Singh, juga meninggalkan DAP, untuk menjadi wakil rakyat mesra BN.

Justeru, BN mempunyai kekuatan 32 anggota berbanding 27 wakil PR.

Namun menurut Nizar, berdasarkan pemerhatiannya beliau yakin sokongan rakyat terhadap akan bertambah dari semasa ke semasa dengan usaha gigih gagasan itu.

" Pengundi Melayu yang memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat adalah mencecah 38 peratus , jadi usaha kami untuk mempertahankan sokongan pengundi melayu sebanyak 38 peratus dan kalau boleh kita naikkan sampai ke 40 peratus.

Tegas Nizar, Pakatan Rakyat kini tekad dalam usaha meningkatkan sokongan pengundinya berikutan tindakan terdesak Umno-BN di bawah pimpinan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang kini sedang giat merencana pelbagai aktiviti kemasyarakatan bagi meraih undi masyarakat Melayu.

"Tetapi Umno-BN dengan usaha gigih mereka hari ini sampai Zambry terpaksa berkampung di tempat-tempat pedalaman dan juga program-program media massa mereka memberi tohmahan kepada PR menyebabkan sedikit sebanyak mempengaruhi pengundi Melayu di pedalaman.

" Jadi untuk itu PR cuba sedaya upaya mempertekadkan usaha bagi meningkatkan jumlah pengundi kaum cina khususnya dan orang asli supaya mereka bertambah menyokong PR pada PRU akan datang.

Menurut Nizar lagi,sokongan pengundi hari ini bukan sahaja dibantu oleh PAS bahkan dari DAP dan PKR.

Oleh itu, Pakatan Rakyat akan mengagihkan kekuatannya bagi usaha menawan 38 kawasan pedalaman yang dilihat mempunyai potensi yang besar.

" Untuk itu kita telah buat satu keputusan untuk memberikan fokus daripada pimpinan PAS, DAP dan PKR disemua peringkat khususnya di semua kawasan pedalaman yang mempunyai lebih 60% majoriti pengundi Melayu. Maka hari ini pimpinan Pakatan Rakyat memberikan fokus kepada 38 tempat kawasan pedalaman ini.

Tambah Nizar lagi, beliau yakin pada pilihan raya umum akan datang rakyat Perak akan bangkit selari dengan angin perubahan yang dibawa gagasan itu pada pilihan raya Sarawak lepas.

Najib Makin Terhimpit Politik Perkauman BN




Oleh : Wira Arjuna

Di satu sudut, Umno sekali lagi berjinak dengan PAS dengan Perdana Menteri Najib Razak sendiri mengajak parti itu keluar dari Pakatan Rakyat dan bekerjasama dengan Umno demi Islam dan penyatuan orang Melayu.

Tidak apa jika ada bantahan keras dari parti komponen kedua terbesar BN , MCA, yang menolak agenda Islam PAS.

Di satu lagi penjuru, MCA mengugut kaum Cina kononnya mereka akan hilang suara dalam kerajaan jika terus menyokong DAP yang akrab dengan PAS dalam gagasan Pakatan Rakyat.

Presiden MCA Chua Soi Lek memberi amaran pihaknya akan menolak segala jawatan dalam kerajaan jika parti itu kecundang pada pilihanraya umum seperti pada tahun 2008.

Inilah pendekatan politik yang digunapakai oleh dua tonggak Barisan Nasional, satu-satunya parti yang memerintah negara ini sejak kemerdekaan lebih 50 tahun lalu.

Islam, survival Melayu serta ugutan bahawa orang Cina akan kehilangan suara dalam kerajaan dicanang dengan sewenang-wenangnya, dijaja dalam media setiap hari, demi mencari kemenangan di peti undi.

Dalam politik negara ini, lazimnya matlamat menghalalkan cara. Justeru keghairahan Umno melamar PAS dan ugutan MCA kepada pengundi Cina tidak menghairankan sungguhpun ia membangkitkan beberapa persoalan asas.

Kenapa Umno begitu terdesak sehingga sanggup melamar PAS berulang kali dan membelakangkan perasaan rakan setianya MCA?

Apakah MCA begitu tertekan sehingga terpaksa memberikan ugutan halus kepada pengundi Cina bahawa “Sokong kami, jika tidak……. “

Kalau itu bukan ugutan namanya, maka kita menunggu Dewan Bahasa dan Pustaka untuk memberikan definisi yang lebih baik.

Tindakan sebegini oleh Umno dan MCA untuk mendapatkan undi daripada kaum yang mereka wakili menyerlahkan politik perkauman sempit yang menjadi teras perjuangan mereka.

Sejak tahun 2008, Umno tidak pernah lelah untuk meyakinkan PAS supaya meninggalkan Pakatan Rakyat.

Pelbagai alasan dilontarkan saban hari menerusi TV3 dan Utusan Malaysia bagi meyakinkan pemimpin-pemimpin PAS bahawa langkah itu cara terbaik untuk menyelamatkan Islam dan orang Melayu.

“Pentingnya” Umno-PAS duduk semeja bagi memperjuangkan Islam, video lucah yang mengaibkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rekod DAP yang kononnya mengabaikan umat Islam di Pulau Pinang menjadi sandaran UMNO kenapa PAS perlu bercerai dari Pakatan.

Segala perkembangan ini meresahkan MCA kerana strategi parti itu adalah menggunakan kerjasama DAP-PAS untuk menakut-nakutkan pengundi Cina demi meraih undi mereka.

Bagaimana MCA akan berbuat begitu, jika Umno semakin bersungguh-sungguh melamar PAS?

Malah Umno dikatakan menawarkan jawatan kanan dalam kerajaan kepada pemimpin-pemimpin PAS jika sanggup keluar dari Pakatan.

MCA pimpinan Chua Soi Lek sudah pun mengumumkan akan menolak jawatan kerajaan jika parti itu di tolak oleh pengundi pada PRU akan datang.

Bagaimana untuk mengekang kemaraan DAP, jika PAS tidak lagi menjadi rakan DAP dalam Pakatan Rakyat?

Persoalan ini membelenggui Chua namun tidak menjadi pertimbangan Umno dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini kerana Umno terpaksa menjaga kepentingannya sendiri untuk mencari kemenangan mutlak daripada pengundi Melayu khususnya di kawasan luar bandar pada PRU-13.

Hanya kemenangan sebegitu dan penguasaan semula majoriti dua pertiga di Parlimen akan membolehkan Najib menang selesa pemilihan Umno tahun depan. Jika tidak gandingan Muhyiddin-Mahathir menunggu untuk mencabar beliau.

Walaupun Umno meminggirkan MCA demi survival politiknya sendiri, parti kaum Cina itu bernasib baik kerana PAS menolak pelawaan Najib.

PAS menolak undangan Najib itu bukan kerana parti Islam itu sayangkan MCA, tetapi kerana perjuangan Islam yang didokong PAS melarang kerjasama dengan pihak yang mengamalkan rasuah dan penyelewengan kuasa.

“Jika benar Umno hendak laksanakan Islam dan bertindak dengan penuh keadilan, kuasa sudah ada di tangan mereka hari ini, mengapa mereka tidak laksanakan?” kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadi menegaskan PAS sekali-kali tidak akan bekerjasama dengan Umno BN dalam melakukan kezaliman dan meruntuhkan keadilan kepada rakyat.

“Pas mendokong fikrah yang jelas, bahawa kerjasama bersama PR adalah dibina dengan berpegang kepada dasar bantu-membantu dalam menegakkan keadilan dan menentang kezaliman,”katanya lagi.

Kenyataan Hadi itu pasti melukai dan mencalar ego dan jatidiri Umno, khususnya Najib. Segala perancangan mengenai video lucah dan laporan Utusan mengenai rekod DAP di Pulau Pinang tidak mengenai sasaran.

Namun ada juga pihak yang berterima kasih kepada Hadi – iaitu MCA kerana satu-satu senjatanya (kerjasama DAP-PAS) untuk menakut-nakutkan pengundi Cina -- masih boleh bernyawa.

Itulah realiti politik Barisan Nasional. Kerangka perkauman sempit telah lama mencorakkan agenda parti pemerintah untuk menakut-nakutkan pengundi menerusi isu-isu agama dan perkauman.

Sebenarnya kedudukan Islam di negara ini tidak luntur jika ada Umno dan PAS di pihak bertentangan, kerana kedudukan Islam terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Begitu juga dengan soal kedudukan Raja-Raja dan hak keistimewaan Bumiputra dan pribumi.

Soal perbezaan politik Umno dan PAS tidak langsung menjejaskan kedudukan Islam di Malaysia.

Namun hakikat adalah penyatuan antara Pas dan Umno secara rasmi atau sebaliknya amat penting, kerana tanpanya Umno tidak boleh mendabik dada sebagai suara orang Melayu.

“Lesen” ini yang diperlukan oleh pemimpin Umno untuk menjamin jangka hayat politik mereka.

Mahathir Mohamad hilang lesen itu sejak tahun 1999 selepas memecat Anwar dan terpaksa berundur pada tahun 2003.

Penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi gagal mengekalkan mandat yang diperolehinya pada tahun 2008 dan dipaksa oleh Umno-Mahathir untuk meletakkan jawatan.

Kini tiba giliran Najib Razak untuk mencari balik kiblat Umno – justeru beliau tidak putus-putus mencuba meleraikan ikatan PKR-PAS-DAP dengan pelbagai helah dan sogokan supaya tidak mengalami nasib sama seperti Abdullah.

Biarpun pelawaan kepada PAS mengundang kemarahan MCA dan parti lain dalam BN, bagi Najib matlamat menghalalkan cara – kemenangan mutlak harus dicari untuk

Umno supaya beliau boleh terus diangkat menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri.

Mat Zain gesa Putrajaya tubuh suruhanjaya diraja siasat A-G

May 05, 2011


KUALA LUMPUR, 5 Mei — Kerajaan perlu menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat peguam negara dan bekas ketua polis negara, yang tindakan mereka didakwa telah menghakis keyakinan rakyat ke atas institusi pendakwaan dan penyiasatan, kata bekas pegawai polis Datuk Mat Zain Ibrahim.


Mat Zain berkata kesalahan-kesalahan yang didakwa melibatkan Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) dan Tan Sri Musa Hassan terhadap keadilan awam “adalah terlalu besar untuk dimaafkan.”


“Kesalahan-kesalahan mereka sama ada dilakukan berasingan atau dengan niat bersama telah memberi kesan parah yang mendalam dan jangka panjang terhadap sistem keadilan jenayah negara.


“Malah tindakan mereka berdua telah memusnahkan keyakinan rakyat, bukan sahaja terhadap Polis Diraja Malaysia, malahan terhadap Jabatan Peguam Negara sendiri,” kata beliau dalam surat terbuka terbaru dihantar kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, yang diedarkan kepada media hari ini.


Bekas ketua polis Kuala Lumpur itu yang pernah menulis beberapa surat terbuka kepada Ismail berhubung siasatan dan proses pendakwaan berkaitan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim 12 tahun lalu termasuk insiden mata lebam berkata, beliau berpendapat demi keadilan awam sendiri, Ismail selaku Ketua Polis Negara yang baru perlu membawa syor diadakan suruhanjaya siasatan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


“... supaya suruhanjaya diraja siasatan atau satu tribunal dibentuk menyiasat dakwaan ini secara telus dan menyeluruh serta 'once and for all'.


“Jika fakta-faktanya dibentangkan kepada beliau secara jujur dan teratur, saya yakin YAB Perdana Menteri tidak akan menghampakan rakyat,” katanya lagi.


Musa merupakan pegawai penyiasat ketika kes Anwar muncul pada 1998 manakala Gani pula anggota pasukan pendakwaan.


Kedua-dua mereka kemudian mengetuai polis dan Jabatan Peguam Negara.


Dalam hubungan ini, Mat Zain berkata, apapun tanggungjawab dan pendirian polis menyiasat sesuatu kes jenayah itu walau berapa lama pun telah berlaku, wajar dikekalkan.


“Walaupun kesalahan-kesalahan jenayah Gani dan Musa didakwa berlaku 12 tahun lalu, tidak bermakna yang ia boleh dilupakan begitu sahaja atau 'swept under the carpet',” katanya sambil merujuk kepada peruntukan tiada sekatan masa untuk sesuatu kes jenayah itu disiasat secara terperinci.


Contoh terbaik boleh dijadikan sandaran kata beliau, ialah kes bunuh beramai-ramai di Batang Kali pada 1948 dan kerajaan telah menyatakan persetujuan untuk menyiasatnya pada 1993.


“Sekiranya dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai Batang Kali1948 telah memusnahkan nyawa 24 orang tempatan, insiden keruntuhan Highland Towers 1993 pula mengorbankan 48 orang, perbuatan Gani dan Musa sejak 1998 telah memusnahkan keseluruhan sistem keadilan jenayah negara.


“Sekiranya tidak ditangani dengan telus dan menyeluruh, rakyat akan mengungkitnya selama mana rakyat mengungkit tragedi Batang,” katanya.


Dalam suratnya Mat Zain berkata, sejak dua minggu ini orang ramai nampaknya bertambah lantang mengecam dan mengutuk tentang cara polis menangani isu video lucah yang dikatakan melibatkan Anwar.


“Malahan terdapat mereka dengan secara terbuka dan berani mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terhadap pucuk pimpinan polis.


“Melihat tindak tanduk dan kenyataan umum yang dibuat oleh polis sendiri, dan diperbesarkan oleh media, kita tidak dapat menyalahkan rakyat jika berpendirian sedemikian,” katanya lagi.


Secara peribadi kata Mat Zain, beliau merasakan polis terlalu menurut karenah Peguam Negara seolah tidak bebas bertindak sendiri.


Katanya, “sebagai seorang pesara yang mengetahui sedikit sebanyak asal usul isu dalam persoalan, saya berasa sedih dan khuatir sejarah lama akan berulang dan pisang akan berbuah dua kali.”

Siapakah sebenarnya Datuk Shazryl Eskay Abdullah?













dari milo suam..



Nama Datuk Shazryl Eskay Abdullah tiba-tiba melonjak selepas lelaki yang mengaku sebagai Datuk T (sebut Datuk Temberang) ini menayangkan video lucah lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ramai pembaca yang menghantar email meminta ReJaM© menyiasat siapakah Eskay ini?



Rata-rata pengirim yang menghantar email kepada ReJaM© mempersoalkan kredibiliti Eskay yang begitu berani mempermainkan nama Allah dengan bersumpah di sebuah masjid baru-baru ini semata-mata untuk meyakinkan masyarakat bahawa pelaku di dalam video seks yang penuh kepincangan itu adalah Anwar Ibrahim.







Ramai pembaca yang mempersoalkan mengapakah Eskay ini "pelat" mengucap syahadah, malah tersilap ketika memegang Al-Quran secara terbalik serta tidak fasih melafazkan kalimah "bismillah" semasa upacara sumpah laknat baru-baru ini.







Pada awalnya ReJaM© tidak mahu mendedahkan keperibadian Eskay. Namun setelah menyedari impak sumpah Eskay ini sudah sampai ke tahap mengelirukan malah memecah belahkan masyarakat, maka mulai hari ini satu persatu tembelang Eskay akan didedahkan hasil pendedahan orang yang sangat rapat dengan beliau.


Siapakah Eskay?



1) Eskay asalnya beragama Hindu. Bapa beliau berbangsa India dan ibu berbangsa Siam. Beliau anak ke-3 dari 4 adik beradik dengan seorang abang, dan seorang kakak, serta seorang adik. Nama abang Eskay adalah Chandran.


2) Tujuan Eskay memeluk Islam adalah untuk membolehkan beliau mendapat status 'Melayu/bumiputera' bagi mempermudahkannya dalam urusan perniagaan dengan kerajaan. Namun begitu Eskay tidak mengamalkan cara hidup Islam dan sering bergelumang dgn maksiat.


3) Eskay bercita-cita tinggi dan juga berminat dengan politik. Beliau pernah cuba merasuah pegawai JPN bagi menukar status bangsanya dari 'India' kepada 'Melayu/bumiputera' semata-mata kerana ingin memudahkan urusan perniagaannya. Eskay juga didakwa berminat untuk menjadi ahli UMNO tetapi gagal kerana status bangsanya.



4) Eskay mempunyai tabiat kuat minum dan suka mabuk. Tempat beliau berhibur adalah di salah sebuah bar di Hotel Armada PJ. Ketika mabuk, tabiat Eskay akan minum dengan gelas yang kacanya bukan dari jenis lutsinar supaya orang lain tak nampak apa yang diminumnya.



5) Eskay juga pernah mengadakan hubungan sulit dengan setiausaha peribadinya bernama Farah Hida. Sumber yang rapat dengan beliau tidak menyebut zina tetapi menyebut hubungan sulit. Farah Hida akan sentiasa menemani Eskay ke mana-mana beliau pergi termasuk lawatan-lawatan kerja ke luar negara. Eskay juga akan seringkali menyewa di Hotel Armada PJ bersama-sama dengan Farah Hida setiausaha peribadinya itu.



6) Menurut orang yang rapat dengan Eskay, beliau kini sudah putus dengan Farah Hida dan mempunyai teman wanita yang baru dan tinggal bersekedudukan bersama-samanya di sebuah kondominium di Ampang. Jabatan Agama Islam harus menyiasat dakwaan in


7) Isteri Eskay pula kini tinggal di Sungai Petani bersama ibu bapanya. Difahamkan mereka masih suami isteri namun tidak lagi tinggal sebumbung.

Inikah orang yang mahu dipercayai sumpahnya? Orang seperti ini yang mahu dipercayai kesaksiannya? Beliau juga telah melakukan beberapa penipuan dan penyelewengan di dalam perniagaan, nantikan pendedahannya...


DAP, PAS Mahu Anwar Terus Menjadi Ketua Pembangkang







SHAH ALAM 4 MEI: DAP hari ini menegaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah orang paling layak memegang jawatan Ketua Pembangkang kerana rekod dan prestasi baik beliau di dalam dan luar kerajaan pemerintah.




Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong berkata Pakatan Rakyat sepakat Anwar harus terus mengisi jawatan penting itu tanpa mengambil kira dominasi parti di Parlimen.




Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Datuk Seri Abang Johari Openg agar menggantikan Anwar dengan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang memandangkan parti itu memegang majoriti kerusi pakatan pembangkang berbanding PKR dan PAS masing-masing 23 kerusi.




Chin Tong menyifatkan kenyataan Abang Johari itu bersifat perkauman.




"Kita anggap seseorang itu sesuai atau tidak, yang kita pertimbangkan adalah kepakaran beliau dan prestasi rekod yang lama perlu ditimbang. Bukan hanya bangsa.




"Abang Johari gagal besar di Sarawak, dia cuba untuk buat perselisihan dan ceraikan parti Pakatan Rakyat. Politik beliau bukan secara jujur," ujar beliau kepada Tv Selangor.




Malah beliau berkata sekiranya Pakatan Rakyat ditakdirkan memegang tampuk pemerintahan negara, gagasan itu tidak akan menolak untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia.




Sementara itu Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berpendirian komitmen yang diberikan Anwar kepada Pakatan Rakyat begitu bermakna dan mahukan beliau terus menggalas jawatan Ketua Pembangkang.




Beliau berkata, muafakat yang dipersetujui PKR, DAP dan PAS sejak 2008 dengan melantik Anwar mewakili pakatan pembangkang tidak akan berubah.




Jelasnya muafakat yang wujud ternyata melangkaui pemahaman Umno-Barisan Nasional mengenai kerjasama politik, kata beliau lagi.




"Jadi tidak semestinnya parti yang mendominasi dalam parlimen itu akan menjadi ketua pembangkang, itu memang menjadi lumrah tapi apa yang di amalkan Pakatan Rakyat hari ini telah melangkawi amalan itu dan kita pergi kepada asas kesepakatan dan penghormatan kita kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim," jelas beliau ketika dihubungi Tv Selangor sebentar tadi.










Eskay : Wartawan Yang Kaitkan Anwar Kepada Video


















KEPONG 4 MEI : Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay hari ini cuba menunding jari kepada media sebagai pihak yang merumuskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video seks yang disebarkan oleh beliau sejak Mac lalu.




“Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian,” kata Eskay selepas memberi kenyataan kepada Polis Kepong petang tadi.




Eskay dipanggil ke balai polis untuk menerangkan kenapa beliau membuat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul Jumaat lalu yang mencetuskan kekecohan.




Pada kejadian itu, berlaku tolak menolak serta pertengkaran kecil antara jemaah yang hadir, khususnya mereka yang membantah sumpah laknat itu sebagai satu lagi sandiwara Umno untuk mengaibkan Anwar.




Sekumpulan penyokong PKR mengadakan solat hajat dan berdoa supaya orang yang membuat fitnah dikenakan hukuman.




Selepas member kenyataan kepada polis, Shazryl diasak dengan pelbagai soalan oleh wartawan yang menunggu di luar balai.




Beliau menafikan membekalkan wanita yang mengadakan hubungan seks dengan lelaki dalam rakaman itu, walaupun mengaku muncul dalam klip video berkenaan, lapor Malaysiakini.




"Banyak perkara yang tidak dapat saya dedahkan kerana masih dalam siasatan,” katanya kepada wartawan selepas memberi keterangan kepada polis di Kepong.




Ditanya wartawan, Eskay menafikan bahawa klip video berkenaan dirakamkan di Thailand ataupun negara asing yang lain.




"Alat perakam dan pita rakaman berkenaan buatan Malaysia. Ia tidak mempunyai sarikata (bahasa Siam) ketika saya memperolehinya,” katanya.




Beberapa klip video yang dimuatnaik di Youtube mempunyai jalur putih dengan sarikata bahasa Thai yang berbunyi “Phaholyothin Road, Bangkok, Thailand 10400, Hakcipta 2011".




Jalur putih tidak kelihatan ketika video seks itu pertama kali dipertontonkan kepada wartawan terpilih pada 21 Mac lalu, sebaliknya cuma memaparkan catatan masa.




Catatan masa juga ditemui pada klip video kedua yang dibocorkan di Youtube.




"Ia rakaman biasa dengan catatan masa sahaja. Saya bukannya menuduh Anwar tetapi wartawan yang telah menonton video yang membuat penilaian,” kata Eskay.








Tiada Foto Bedah Siasat Osama, Kata Obama


















WASHINGTON 5 MEI : Presiden Barack Obama memutuskan untuk tidak mengeluarkan foto-foto jenazah ketua rangkaian pengganas Al-Qaeda Osama bin Laden, yang mati ditembak pasukan elit Amerika Isnin lalu, kata White House semalam.


Pengumuman itu muncul selepas seorang pegawai kanan pentadbiran memberitahu NBC News mengenai keputusan pihaknya tidak mahu melepaskan foto bedah siasat dan Obama juga mendedahkan pendiriannya ketika temu bual khas bersama program “60 Minutes” CBS semalam.


Media melaporkan bahawa White House telah mempertimbangkan syor mengeluarkan gambar-gambar itu, sebahagian daripada bukti untuk meyakinkan bahawa Osama telah terbunuh ketika serbuan ke atas sebuah rumah agam yang dihuninya di timur laut Pakistan, awal pagi (waktu Malaysia) Isnin lalu.


Ramai sangsi dengan operasi dan laporan kematian walaupun ada gambar awal menunjukkan Osama sudah terbunuh.


Bagaimanapun pegawai-pegawai White House berpandangan, gambar-gambar itu sungguh mengerikan dan boleh mencetuskan rasa tidak senang di kalangan mereka yang melihatnya.



“Adalah penting bagi kami untuk memastikan setiap gambar terperinci seseorang yang ditembak mati di kepala tidak disebarkan sebagai satu tindakan yang boleh mengapi-apikan keganasan baru ataupun sebagai alat propaganda,” kata Obama kepada CBS News, demikian menurut jurucakap White House Jay Carney.



Obama juga dipetik berkata, beliau berpandangan tindakan mengeluarkan gambar terperinci akan menyebabkan risiko ke atas keselamatan nasional.


Ditanya mengenai responsnya berhubung reaksi sesetengah pihak di Pakistan mengatakan Amerika Syarikat berbohong kononnya sudah membunuh Osama, Obama berkata:


“Sebenarnya kami sedang memantau reaksi dunia. Tidak ragu-ragu bahawa Osama sudah terbunuh.”



“Sudah pasti tiada keraguan di kalangan Al-Qaeda bahawa dia sudah mati.



“Dan, kami tidak fikir satu gambar sahaja akan membawa perbezaan. Akan ada orang yang menafikannya (kematian Osama,” katanya lagi. — Agensi



Negara Polis dan Kebangkitan Rakyat







"Dalam masa sehari semalam, Malaysia telah bertukar kepada sebuah negara polis", itulah kata-kata yang diungkapkan Tunku Abdul Rahman berikutan Operasi Lalang yang berlaku pada tahun 1987 yang yang menyaksikan penangkapan pemimpin-pemmpin barisan pembangkang dan aktivis-aktivis yang lantang bersuara dalami mengkritik dasar pemerintahan Barisan Nasional.


Operasi Lalang 1987 yang didalangi Mahathir Mohamad (gambar kiri) ketika itu dengan menggunakan kuasa polis di bawah undang-undang tahan tanpa bicara, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyaksikan sebuah kematian demokrasi, pencabulan hak asasi dan prinsip kebebasan, dan penghinaan terhadap Perlembagaan Persekutuan, yang merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia.


Negara polis adalah didefinasikan sebagai "sebuah negara yang dikawal oleh sebuah kerajaan yang bersifat menekan dan menindas secara politik, ekonomi dan sosial masyarakat melalui kuasa polis yang digunakan sewenang-wenangnya tanpa mengikut nas undang-undang".


Negara polis jelas menekan dan menindas kebebasan dan hak asasi rakyat walaupun ia telah dijamin dan termaktub dalam perlembagaan demi mengekalkan kuasa pemerintahan yang bersifat kuku besi.


Kebangkitan rakyat yang ditekan di bawah sebuah negara polis dalam mengekalkan pemerintahan bersifat kuku besi ini dapat dilihat melalui kebangkitan kuasa rakyat di Timur Tengah yang dimulai di Tunisia, diikuti Mesir dan Syria.


Angin kebangkitan rakyat menentang pemerintahan kuku besi ini masih bertiup kencang merentas benua, menyampaikan pesan keramat kuasa rakyat untuk terus bangkit menuntut hak dan kebebasan dari cengkaman dan penindasan pemerintahan yang tidak adil dan zalim.


Mesir, sebuah negara yang diperintah diktator Hosni Mubarak telah menyalahgunakan institusi polis sewenang-wenangnya di mana pada bila-bila masa sahaja polis-polis akan menangkap, menculik, menyeksa dan membunuh rakyat yang lantang bersuara menentang ketidakadilan pemerintahan Mubarak.







Sumber gambar: Reuters

Rakyat Mesir, di bawah pemerintahan Mubarak (gambar kanan) sentiasa diselubungi ketakutan di mana polis pada bila-bila masa sahaja bebas untuk melakukan tangkapan yang tidak sah dan ugutan tanpa dikenakan sebarang tindakan meskipun tindakan polis itu sendiri jelas melanggar peruntukan undang-undang yang sedia ada.


Sebelum tercetusnya revolusi di Mesir pada tanggal 25 Januari 2011, satu kejadian yang segar di ingatan setiap rakyat Mesir tentang keganasan polis terhadap seorang pemuda bernama Khaled Said telah menjadi satu titik penting kebangkitan rakyat yang tidak lagi sanggup ditekan di bawah budaya keganasan polis.


Khaled Said, 28 tahun, telah ditangkap oleh beberapa orang polis di sebuah kafe internet di Alexandria di mana beberapa orang saksi telah menyaksikan Khaled Said dipukul, badannya ditendang, kepalanya dihentak ke dinding, rambutnya ditarik dan kepalanya dihentak bertubi-tubi di tangga.


Saksi-saksi selanjutnya menyatakan bahawa walaupun Khaled Said berhenti bergerak tetapi polis-polis tersebut masih lagi mencekik lehernya dan terus menendangnya tanpa belas kasihan sehingga Khaled Said menghembuskan nafas terakhirnya.


Kes keganasan polis seperti yang terjadi kepada Khaled Said di Mesir, dan di negara- negara polis di bawah pemerintahan kuku besi tidak asing jika hendak dibandingkan dengan kes keganasan polis di tanah air kita sendiri, Malaysia.


Bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Malaysia (SUHAKAM) N Siva Subramaniam (gambar kiri) pernah menyatakan bahawa 70% kes yang dirujuk kepada kepada Suhakam adalah berkaitan dengan kegansan polis yang secara terang melanggar peruntukan undang-undang, norma-norma kebebasan dan hak asasi yang jelas dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.


Kes Khalid Said di Mesir telah menjadi salah satu pencetus kebangkitan rakyat Mesir di mana satu gerakan yang menggesa keadilan ditegakkan untuk Khaled Said di internet telah mencabar rakyat Mesir yang cintakan keadilan dan ingin menamatkan budaya keganasan polis untuk keluar berhimpun dan mendesak agar pemerintahan kuku besi Hosni Mubarak dijatuhkan.


Washington News dan ABC News telah melaporkan bahawa Khaled Said adalah "Wajah Pencetus Revolusi" yang mencetuskan perhimpunan kebangkitan rakyat Mesir mendesak agar pemerintahan kuku besi Hosni Mubarak yang memperalatkan institusi polis dijatuhkan.


Malaysia, sebuah negara polis yang diterajui kerajaan Barisan Nasional yang terus-terusan memperalatkan institutsi polis hari demi hari, menyaksikan seorang demi seorang rakyat Malaysia menjadi mangsa keganasan polis.


Kematian dalam tahanan, tembakan tidak mengikut peruntukan undang-undang, penyeksaan dan layanan tidak berperikemanusiaan sudah menjadi budaya yang berakar umbi di mana polis-polis yang terlibat terlepas dari dihukum kerana undang-undang yang sedia ada hanyalah sekadar hiasan di atas kertas.


Keadilan untuk mangsa-mangsa keganasan polis terus-terus dinafikan, suara keramat rakyat yang dahagakan perubahan terus-terusan ditekan, hak dan kebebasan rakyat terus-terusan dicabul sewenang-wenangnya.


Sudah tiba masanya, kita rakyat Malasyia yang bebas merdeka bangkit untuk mengakhiri budaya keganasan polis yang hanya memanfaatkan kuasa pemerintahan kuku besi kerajaan yang sekian lama menghinjak dan menekan kita, rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan dan keadilan.


*Fadiah Nadwa Fikri adalah seorang peguam dan anggota kanan NGO Lawyers for Liberty.

Mampukah pemimpin China pengaruhi Cina sokong 1Malaysia?








Aku masih menanti-nanti peluang untuk melawat Istanbul. Karya-karya pemenang Hadiah Nobel Sastera 2006 Orhan Pamuk banyak mengisi imaginasiku berkaitan Istanbul semasa otak durianku menelusuri minda dan keindahan bahasa penulis berlatar belakangkan metafora salji dan perasaan kesayuan (melancholy) yang mengisi segenap pelosok kota.


Kali pertama aku merasai keheningan salji juga merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke atas bumi China. Aku berkesempatan menjamu makanan yang digemari para muslimin dan muslimah di China atau lebih dikenali sebagai Cina Muslim oleh masyarakat Cina di Malaysia. Kalau di Malaysia populasi Cina Muslim dianggap tidak signifikan, umat Islam di China pula melebihi 130 juta orang, jauh lebih besar daripada keseluruhan populasi umat Islam di Malaysia.


Namun sekembali ke tanah air, wacana yang dibawa pemimpin negara dan media arus perdana begitu sempit. Umat Islam di Malaysia senantiasa dikaitkan dengan orang Melayu. Lawatan pemimpin negara dari China pula diberikan liputan berita yang meluas sekali oleh akhbar Cina tempatan. Contoh terbaru ialah lawatan Perdana Menteri China Wen Jiabao ke Malaysia.


Sambutan rasmi rombongan Wen Jiabao oleh Kerajaan Najib cukup memalukan rakyat Malaysia dan menjadikan Malaysia bahan ketawa khususnya dalam kalangan masyarakat Tionghua serantau apabila kesilapan penterjemahan Bahasa Melayu kepada Bahasa Cina yang serius dikesan dan dilaporkan akhbar tempatan dan antarabangsa, seolah-olah tiada seorang pun dalam kalangan pegawai Kerajaan Najib yang fasih kedua-dua Bahasa Melayu dan Bahasa Cina, sedangkan kerajaan ini jugalah yang giat dari segi retorik sumbangan masyarakat Cina dan kepentingan mempelajari Bahasa Cina.


Kemudian kerajaan Najib menjelaskan bahawa kesilapan tersebut disebabkan oleh perkhidmatan penterjemahan tawaran google yang cacat (apakah ini sebab kita harus tolak gmail dan guna email 1Malaysia?), lantas penterjemahan ayat berbunyi "Istiadat Sambutan Rasmi Sempena Lawatan Rasmi TYT Wen Jiabao Ke Malaysia" ditransformasi kepada "Majlis sambutan rasmi, dengan dia, Yang Terutama, Wen Jiabao ke Malaysia dengan rasmi"! Cukup hebat keupayaan transformasi Kerajaan Najib berlandaskan retorik 1Malaysia!


Berlatar belakangkan isu kesilapan ayat yang memalukan, Malaysia dan China bersetuju bekerjasama lebih rapat dalam beberapa bidang khususnya bidang pengajian tinggi. Lebih ironis lagi, Wen Jiabao kagum dengan usaha Malaysia menubuhkan Institut Pengajian China dan Institut Kong Zi yang antara bidang kajiannya merangkumi aspek bahasa, budaya dan tamadun.


Selepas itu, Wen Jiabao ketika berucap dalam perjumpaan tertutup selama setengah jam dengan kira-kira 400 hadirin yang terdiri daripada pelabur China di Malaysia, kakitangan Kedutaan Besar China di Malaysia, serta komuniti Cina Malaysia, memuji Najib kerana memperkenalkan 1Malaysia kononnya untuk mengukuhkan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.


Otak durianku merasa hairan. Mengapakah dalam abad ke-21 pasca 8 Mac 2008, pemimpin negara seperti Najib masih mengharapkan lawatan pemimpin negara China dapat ditransformasi kepada propaganda media untuk mempengaruhi minda "Cina Malaysia" sehingga dilafazkan komen menyokong 1Malaysia oleh Wen Jiabao yang begitu menjijikkan?


Apakah dengan berbuat demikian, Kerajaan Najib berharap dapat menyentuh hati dan sentimen primordial "Cina Malaysia", lantas memberikan undi kepada calon-calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang (PRU Ke-13)? Apakah dengan ini Cina Malaysia akan melupakan retorik "1Malaysia" - sesungguhnya gagasan ini ditafsir oleh sesetengah mentaliti rasis sebagai "Cina Malaysia" pulang ke China, dan "Melayu Malaysia" pulang ke pangkuan UMNO - jikalau mengikut agenda Utusan Malaysia.


Atau, apakah dengan berbuat demikian, Kerajaan Najib berharap "Cina Malaysia" akan menjadi "lebih China" dan "kurang Malaysia", lantas meninggalkan Malaysia dan tidak lagi menyumbang kepada undi Pakatan Rakyat?


Sejak bila identiti kewaganegaraan dapat berubah dengan begitu mudah? Apabila undi diperlukan oleh BN, sumbangan "Cina Malaysia" dihargai dan kelihatan "lebih China" tidak menjadi masalah meskipun kerangka negara bangsa dan ketaatan kewarganegaraan masih dijadikan pedoman sesebuah negara dalam era globalisasi.


Sesungguhnya, bermula dengan lawatan dan pelafazan 1Malaysia oleh Wen Jiabao sehinggalah liputan meluas oleh akhbar Cina, apa yang berlaku sekadar bayangan tidak realistik yang menjadi mimpi pemimpin negara dan sesetengah pengarang akhbar tempatan.


Dalam kalangan masyarakat Cina khususnya golongan yang menggelar diri sebagai "pemimpin masyarakat Cina" dan pengarang senior akhbar Cina, agak ramai dalam kalangan mereka yang pada satu ketika dahulu mendokong ideologi kiri. Golongan tersebut yang rata-rata berusia lebih daripada 50 tahun kini lebih dikenali sebagai "old left" dan telah menduduki posisi strategi untuk mempengaruhi liputan sesuatu isu oleh akhbar Cina, seolah-olah kebangkitan China dapat meningkatkan martabat dan maruah "Cina Malaysia" dan Cina sedunia.


Yang wajar dibangkitkan di sini ialah, golongan bergelar "pemimpin masyarakat Cina" juga terdiri daripada mereka yang mempunyai kepentingan perniagaan dan perdagangan di China. Maka tradisi liputan meluas setiap kali pemimpin negara dari China melawat Malaysia, bersekali dengan komen positif "pemimpin masyarakat Cina" yang kononnya mewakili masyarakat Cina dan mempunyai pengaruh terhadap masyarakat Cina, diharapkan dapat menjalin hubungan baik dengan pemimpin-pemimpin China dan pihak berkepentingan di China.


Namun, hakikat yang jarang-jarang sekali dibicarakan adalah, bukan sahaja komponen parti BN seperti MCA, SUPP dan Gerakan kehilangan pengaruh terhadap masyarakat Cina, golongan yang bergelar "pemimpin masyarakat Cina" termasuk pemimpin persatuan-persatuan Cina (Huatuan) juga kehilangan pengaruh terhadap masyarakat Cina!


Sebab itu, selepas MCA "kalah sehingga tinggal seluar dalam" semasa PRU Ke-12 (analogi seorang penganalisa politik terkenal masyarakat Cina Phoon Wing Keong), Najib yang tercari-cari golongan berpengaruh melalui strategi "status keahlian terus BN" bakal menemui kegagalan dari segi propaganda politik yang dapat "mentransformasi" undi masyarakat Cina.


Namun sehingga hari ini, Najib bukan sahaja terus disuap dengan komen positif pemimpin Huatuan atau "pemimpin masyarakat Cina" yang kononnya dapat mempengaruhi pola pengundian masyarakat Cina, malahan dihanyutkan oleh liputan meluas akhbar Cina berhubung sesetengah isu utama seperti lawatan pemimpin negara dari China yang "mislead" dan tidak lagi membayangkan hakikat kekompleksan dan perubahan dalaman pemikiran dan kemahuan masyarakat Cina yang telah sekian lama sebati dengan masyarakat Malaysia secara amnya.


Cina Malaysia hari ini mempunyai tuntutan yang sama dengan India Malaysia, Iban Malaysia, Kadazan Malaysia dan etnik Malaysia yang lain, kami mahukan dasar kerajaan dan pelaksanaan yang saksama berlandaskan konsep keadilan, bukan dasar berat sebelah, bukan juga retorik 1Melayu 1Bumi bertopengkan 1Malaysia.


Aku rindu akan keheningan salji di China. Namun aku lebih disentuh oleh perasaan kesayuan yang mengisi segenap pelosok Malaysia sekembaliku ke tanah air. Aku percaya, PRU Ke-13 akan mengubah landskap politik yang bakal dicorakkan oleh politik keadilan, bukan politik perkauman dan politik kebangkitan China. Pasti bukan politik 1Malaysia yang penuh dengan retorik dan ciri-ciri rasis!


*Ooi Heng ialah Pengarah Eksekutif Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) dan kolumnis MerdekaReview.

PR Anjur 'Siri Jelajah' Perjelas Fitnah



KLANG 4 MEI : Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan menganjurkan program Jelajah Maruah Muafakat Rakyat Anti Politik Fitnah dan Lucah serta Jelajah Selangor Tawan Malaysia di Markas PAS, Taman Telok Gedung Indah, Pelabuhan Klang, Sabtu ini.


Program tersebut dijalankan dengan kerjasama Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS Klang bagi memberi maklumat dan kesedaran kepada masyarakat berhubung perkembangan politik negara serta menyangkal segala dakwaan Barisan Nasional (BN) berhubung fitnah liwat dan fitnah video seks yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Naib Ketua AMK, Azmizam Zaman Huri berkata kedua- dua program itu diadakan supaya masyarakat mendapat maklumat secara terus dan sahih daripada Pakatan Rakyat.


“Kita mulakannya di Parlimen Klang di mana dalam program ini kita akan menjemput penceramah-penceramah seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan menerangkan dan juga menjawab isu-isu semasa terutamanya macam kes video.


Siri jelajah itu juga bakal menjelaskan kepada rakyat mengenai matlamat Pakatan Rakyat mahu mengambilalih pentadbiran negara dengan sasaran awal, menawan enam kawasan Parlimen di Selangor iaitu Tanjung Karang, Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, Sepang dan Pandan.


Selain itu, rakyat akan dibekalkan dengan perincian kejayaan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor termasuk kecemerlangan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).


“Dalam masa yang sama juga kita tanpa henti akan memperkenalkan Buku Jingga Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia dan juga kita akan terangkan kejayaan-kejayaan yang dicapai dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES),” katanya dalam sidang media di sini hari ini.


AMK menjangkakan siri jelajah itu bakal mendapat sambutan rakyat berikutan panel yang terlibat cukup disegani termasuklah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali; Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.


Turut serta adalah Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago; ADUN Sri Andalas,Dr Xavier Jayakumar; ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafie dan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin.

Eskay : Saya Tidak Tuduh Anwar
















KEPONG 4 MEI : Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay hari ini menafikan beliau menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berzina – pengakuan yang bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini.



Setelah lantang menuduh Anwar sebagai pelaku dalam rakaman video seks yang disebarkan menerusi Internet dan risalah di seluruh negara, Eskay menafikan membuat dakwaan sebegitu.



“Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya, kata Eskay selepas memberi kenyataan kepada Polis Kepong petang semalam.



Dalam membuat penafian itu, Eskay cuba meletakkan beban fitnah kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu di atas bahu wartawan.


Eskay berkata beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu kerana mahukan mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar.



“Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia,” kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.



Anwar sebelum ini membuat laporan polis terhadap Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim kerana menfitnah beliau bersabit rakaman 21 minit itu.



Gandingan Datuk T itu telah mengugut untuk menyebarkan video itu kepada rakyat jika Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berundur dari politik dalam tempoh seminggu.



Apabila Anwar enggan tunduk kepada tekanan itu, video itu dimuatnaikkan ke Internet .


Pada sidang media berkenaan, Eskay turut ditanya kenapa rakaman video lucah itu tidak menunjukkan pelacur berkenaan mencuri jam Omega pelaku sebagaimana yang di dakwa oleh ahli perniagaan itu.



“Saya tak tahu…saya tidak perhatikan benda-benda ini,” kata Eskay.

Mahathir Pula Dakwa M'sia Kecoh Jika Cina Tak Sokong MCA





PUTRAJAYA 4 MEI : Mantan Perdana Menteri dan penaung Perkasa Tun Mahathir Mohamad hari ini mendakwa kestabilan negara akan terjejas jika rakyat tidak menyokong MCA dan parti itu menolak jawatan dalam kerajaan selepas pilihanraya umum akan datang.


Kenyataan itu selari dengan gesaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden MCA Datuk Chua Soil Lek yang dilihat mengenakan syarat kepada pengundi Cina untuk menyokong parti berkenaan jika mahukan kepentingan kaum itu terus terpelihara.


Mahathir berkata kaum Cina perlu mengekalkan MCA dalam kerajaan bagi memastikan kestabilan dan kerjasama pelbagai kaum negara ini berterusan.


Jika tidak, “ia akan mencetuskan kebimbangan bagi seluruh negara. Apabila kita membahagikan kita kepada Cina dan Melayu, dan kita bertelagah satu sama lain, maka akan berakhirlah kerjasama dan tidak akan wujud kestabilan dalam negara,” kata Mahathir selepas menyampaikan hadiah Pertandingan Penulisan Esei MPH-Yayasan Kepimpinan Perdana 2010 di sini hari ini.


MCA ketika ini hanya memegang empat daripada 30 jawatan Kabinet dibawah pimpinan Datuk Seri Najib.


MCA kini menghadapi krisis keyakinan dikalangan pengundi Cina kerana dilihat semakin dibawah telunjuk Umno dan gagal untuk mengekang amalan rausah dan penyelewegan kuasa dalam kerajaan yang menjejaskan persekitaran perniagaan.


Pada pilihanraya umum 2008, parti itu cuma memenangi 15 kerusi Parlimen dan 30 kerusi DUN. Pada pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini, pengundi di bandar, khususnya pengundi Cina menolak Barisan Nasional dengan memberi undi kepada DAP. Parti Pakatan Rakyat itu memenangi 12 daripada 15 kerusi yang dipertandingkan.


Bimbang dengan kemerosotan sokongan pengundi, MCA mengugut untuk menolak semua jawatan dalam kerajaan jika tidak diberi sokongan pada PRU yang akan datang.


Tindakan itu dipersoalkan pelbagai pihak yang merujuk kepada kegagalan MCA mempertahankan kepentingan kaum itu walaupun semasa beradaa dalam Kabinet.


Wartawan: Kerjaya suci dan jujur









Menjadi wartawan bukan satu kerjaya seperti seorang akauntan, arkitek atau peguam.

Ini kerana seseorang individu tidak perlu lulus dalam peperiksaan khas untuk ditauliahkan menjadi wartawan. Umpamanya akauntan perlu mengambil peperiksaan Akauntan Awam Bertauliah (CPA) sebelum diberikan lesen menjalankan kerjaya.

NONEDalam ertikata lain sesiapa saja yang berminat untuk menjadi wartawan boleh menceburinya dengan memulakan penulisannya. Mereka boleh memilih untuk bertugas di media cetak atau media elektronik, yang semakin berkembang di negara ini.

Jika mereka bercadang untuk menulis di blog, mereka adalah blogawan atau blogger dan bagi penulis mereka bukanlah wartawan dalam pengertian sebenar tetapi lebih kepada kolumnis.

Ini kerana seseorang wartawan adalah individu yang menulis di organisasi yang mengeluarkan produk berita seperti akhbar atau buletin tertentu.


NONENamun, mereka yang bekerja di alam siber seperti portal berita bolehlah dikategorikan sebagai wartawan atau lebih tepat wartawan alam maya. Kebanyakan mereka juga pernah bekerja di media cetak atau elektronik.


Bagaimanapun, ada juga pandangan yang menyatakan wartawan merangkumi semua yang bergiat dalam bidang penulisan termasuk juga penulis novel.

Perlu dinyatakan bahawa ada dua kaedah latihan seorang wartawan iaitu pertama mereka yang mendapat pendidikan asas dalam bidang kewartawanan di institusi pengajian tinggi awam atau swasta.


Etika kewartawanan

Mereka juga mungkin mendapat bimbingan dalam kursus kewartawanan tertentu yang dianjurkan oleh Institut Akhbar Malaysia (MPI) atau wartawan terkemuka. Kedua ialah mereka yang tiada pendidikan asas tetapi belajar menerusi latihan di organisasi tempat kerja yang membolehkan mereka terbentuk menjadi seorang wartawan.

azlanNamun, perkara pokok untuk menjadi wartawan ialah bakat menulis dan minat mendalam dalam bidang penulisan sehingga mampu menghasilkan berita dan laporan yang baik dan jujur. Ini penting sejajar dengan Etika Kewartawanan.

Sehubungan itu, penubuhan Majlis Perundingan Media Negara (MPMN) yang diumumkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, pada malam Hari Kewartawanan Malaysia Jumaat lalu adalah satu langkah kehadapan dalam memperbaiki institusi media negara.

Ini penting sejajar dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang ingin melihat satu kerjasama erat di antara media dan kerajaan terutama dalam menghasilkan berita yang bermutu, tepat dan kreatif.

azlanIa juga boleh menuju ke arah mengukuhkan profesionalisme wartawan yang dianggap satu kerjaya yang suci dan jujur.

Ketika berucap pada majlis Malam Wartawan Malaysia itu, Rais berkata kerajaan bercadang menubuhkan MPMN bagi membolehkan semua perkara berkaitan dibincangkan secara harmoni antara kerajaan dengan media.

Menurutnya, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam mewujudkan majlis berkenaan, yang dijangka dibentang kepada Kabinet tahun ini.


Peringkat pertemuan

NONEKetika ini, kedua-dua pihak sedang dalam peringkat pertemuan serta perbincangan bagi merangka bentuk majlis berkenaan, sebelum satu rangka lengkap dapat disiapkan secepat mungkin.

Kita akan membincangkan perkara berkaitan media, antaranya kebebasan media dan tanggungjawab wartawan untuk mematuhi undang-undang atau peraturan yang sudah sedia ada, supaya kebebasan media itu dapat diamalkan secara positif." katanya.

Rais berkata penubuhan majlis itu juga bertujuan mengukuhkan profesionalisme wartawan yang dianggap satu kerjaya suci dan jujur. MPMN diwujudkan untuk kebaikan negara, terutama dalam proses melaporkan berita berkualiti serta mengikut peraturan yang ditetapkan.

"Kita sudah mengadakan perjumpaan dengan MPI, pengamal media arus perdana dan media baru untuk berbincang sistem dan rangka majlis berkenaan supaya ia dapat menghimpunkan seramai mungkin pengamal media di dalam negara ini.

"Pengamal media di dalam majlis ini akan dapat berbincang dalam satu forum yang lebih luas dan ia akan bergandingan erat bersama kerajaan," katanya.


'Neuutral'

a kadir jasin interview 060705 smilePenubuhan majlis itu diharap dapat mengukuhkan amalan etika kewartawanan yang tinggi, pemupukan tanggungjawab sosial dan semangat nasional di kalangan pengamal media.

Dalam perkembangan yang sama, seorang wartawan dan pengarang berpengalaman, Datuk A Kadir Jasin bersetuju dengan kebanyakan hujah Rais dalam analisisnya ketika menyampaikan ucapannya itu terutama sekali aspek saling sokong menyokong antara media tradisional dan media baru serta pentingnya kesemua pihak mengamalkan tahap etika dan tanggungjawab yang tinggi.

"Atas kesedaran itu, saya neutral mengenai penubuhan Majlis Perundingan Media. Kalau ia dapat mempertingkatkan kredibiliti dan integriti media massa agar dapat berfungsi sebagai “fourth estate” yang bebas dan bertanggungjawab saya menyokongnya.

“Jadi amatlah penting keanggotaan majlis itu mencerminkan sifat dan corak media massa kontemporari Malaysia. Seelok-eloknya, ia juga turut diwakili oleh pemimpin-pemimpin masyarakat sivil yang berwibawa," kata Kadir.

NONEMenurut Kadir yang kini adalah Ketua Pengarang Berita Publisihing Sdn Bhd, dalam pengalamannya berurusan dengan jabatan dan agensi yang “berkuasa” ke atas media massa, ada kalanya beliau berasa sangat takut dan hampa kerana pegawai yang ditugaskan itu jelas amat cetek dan hambar pengetahuannya mengenai media.

"Jadi perundingan di peringkat tertinggi diharap dapat mengatasi masalah penguatkuasaan sesuka hati (arbitrari) dan berpilih-pilih." katanya.




ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Malaysiakini.

Datuk Ibrahim Yahaya adalah penasihat Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Beliau pernah menjadi Ketua Pengarah