RATIP JA DAP..

 


Fiq Anuar


Macam mana nak selesaikan masalah? Simple je, kau ratib je DAP DAP DAP DAP🤣







TERUKNYA MELAYU.




 


JIKA BN KENAKAN ISMAIL LASIM..BELIAU BOLEH AMBIL LANGKAH INI.

 

RMS


Siapa ADUN UMNO yang sokong Tunku Muhriz kecuali Ismail  Lasim ?? Ada.?




Mohd Amran Bin Idris


Melihat kepada kedudukan semasa, Ismail Lasim sudah ada mejoriti mudah drpd PN+PH+Ismail lasim tak perlu kepada sokongan BN pun!!? 🤣🤣🤣




NAK JADIKAN ISU POLITIK PUN BOLEH JUGA.


RMS.



 Tak ada isu pun Pengerusi DAP Melaka bersuara kerana  mewakili pengundi yang mengundi nya, jika tidak pengundi akan persoalan peranannya, ( Isu berkaitaan premis 711) 




Young Syefura pun berhak bersuara kerana isu ini melibatkan kemaslahatan pekerja Islam dipremis yang diperkatakan..pemimpin lain juga boleh menjelaskan isu berkaitaan,  


Di Kelantan , premis 7E tiada peraturan ditutup waktu Solat Jumaat, terpulang pada pihak pengurusan tapi hampir semua memang hentikan operasi pada waktu Solat Jumaat.. (tak tahulah sebab tak pernah singgah waktu tu)


Kedua pihak menggunakan media sosial untuk menjelaskan hujahan masing masing.


Ni pandangan aku.selepas ini boleh buat penambahbaikan , letak dua pekerja seorang lelaki dan perempuan, waktu Solat Jumaat, pekerja wanita boleh take over sebentar. 


Tapi, jika nak buat report polis dan jadikan modal politik, pun boleh.. sebab itulah politik dimalaysia..




NAYA PAS.

 





TEPAT BACAAN POLITIK ANA! Alhamdulillah. Reverse psychology punya pasal, ✅ MB diterima, ✅ barisan exco baru diterima, ✅ sidang DUN diterima. ✅ Cuma wakil PAS aje kempunan. Apa punya suwei daa.


Rujuk posting asal TANPA EDIT.

https://www.facebook.com/share/p/19xbXEiCXw/





KENAPA TÜRKİYE SANGGUP TERIMA 10,000 PELARIAN




Sebaik sahaja keluar berita 10,000 pelarian Rohingya dari Malaysia bakal ditempatkan semula ke Türkiye, meriah ruangan komen dengan usikan kononnya beruntunglah mereka dapat pergi melihat salji.








Sekali imbas memang bunyinya macam dapat tiket melancong percuma, padahal mekanisme sebenar di sebalik rancangan kerajaan ini jauh berbeza daripada apa yang ramai sangkakan!


Pada 20 November 2026, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan persetujuan Jemaah Menteri terhadap cadangan menempatkan semula 10,000 pelarian Rohingya dari Malaysia ke Türkiye.


Usul tersebut dibawa oleh beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing (JKKPA) susulan lawatan kerja rasminya ke sana baru-baru ini bagi mencari penyelesaian jangka panjang terhadap cabaran pengurusan migrasi dan keselamatan negara.


Menurut kenyataan beliau, kerajaan Türkiye sudah menyatakan persetujuan menerima jumlah berkenaan, biarpun perincian pelaksanaannya masih perlu diselaraskan antara kedua-dua negara sementara pengesahan terperinci secara berasingan daripada pihak Ankara sendiri masih ditunggu.


Timbul persoalan menarik dalam kalangan orang ramai, mengapa Türkiye yang tampil bekerjasama dalam urusan sebesar ini?


Kalau kita menoleh rekod sedekad lalu ketika perang saudara Syria memuncak, Türkiye pernah menguruskan lebih 3.5 juta pelarian Syria dan sehingga awal November 2026 masih menempatkan sekitar 2.2 juta warga Syria di bawah perlindungan sementara.


Negara yang pernah mengendalikan jutaan pelarian sudah tentu mempunyai pengalaman pentadbiran yang luas merangkumi sistem pendaftaran, kesihatan, kawalan undang-undang serta penyelarasan antara agensi, walaupun mereka sendiri tetap berdepan cabaran kos dan penerimaan penduduk tempatan.


Pendekatan Malaysia bersama Türkiye kali ini juga agak berbeza kerana ia digerakkan melalui program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selama tiga hingga enam bulan.


Sepanjang latihan itu, peserta yang terpilih akan dibekalkan dengan kemahiran praktikal mengikut permintaan sebenar majikan dalam pelbagai sektor industri di Türkiye supaya mereka boleh bekerja secara sah dan menyara hidup mengikut peraturan negara tersebut.


Maknanya, pengumuman ini bukanlah tiket penerbangan segera atau jaminan kerja automatik untuk pergi menikmati musim sejuk.


Setiap calon masih wajib melepasi proses pemilihan yang ketat, dokumentasi rasmi serta latihan kemahiran dengan kerjasama pihak berkuasa Türkiye dan UNHCR, selain bergantung pada keperluan industri serta persetujuan sukarela individu terbabit.


Kita sebenarnya boleh faham mengapa masyarakat kita cukup sensitif dan berhati-hati setiap kali isu pelarian dibangkitkan.


Setakat 30 September 2026 sahaja, rekod Kementerian Dalam Negeri berdasarkan data UNHCR mencatatkan seramai 133,400 etnik Rohingya berdaftar sebagai pelarian dan pemohon suaka di Malaysia.


Angka sebesar itu sudah bertahun-tahun menimbulkan kegusaran awam melibatkan soal dokumentasi, keselamatan kawasan kejiranan serta tekanan terhadap kemudahan sedia ada.


Sebab itulah dalam amalan antarabangsa, penempatan semula ke negara ketiga menjadi salah satu saluran penting supaya beban mengurus pelarian tidak terus terkumpul di bahu negara transit seperti Malaysia selama-lamanya.


Memindahkan 10,000 orang memang belum menyelesaikan keseluruhan isu, tetapi ia membuka langkah awal bagi mengurangkan sebahagian tekanan pengurusan di dalam negara kita sendiri.


Perkembangan ini turut hadir sehari selepas Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 19 November 2026 memutuskan bahawa Myanmar bertanggungjawab melakukan genosid terhadap etnik Rohingya susulan operasi ketenteraan tahun 2017 di Rakhine.


Mahkamah mengarahkan Myanmar mengambil langkah pencegahan, pendakwaan serta pemulihan hak mangsa termasuk membolehkan kepulangan mereka secara selamat, sukarela dan bermaruah.


Keputusan ICJ itu memang tidak mewajibkan mana-mana negara menerima pelarian secara automatik, tetapi ia mengingatkan dunia bahawa punca sebenar krisis ini bermula daripada kekejaman di Myanmar yang kesannya terpaksa ditanggung oleh negara-negara jiran.


Dalam hal menjaga kedaulatan tanah air, kebimbangan rakyat tempatan memang sangat berasas dan wajar dihormati.


Undang-undang imigresen mesti terus dikuatkuasakan dengan tegas tanpa kompromi terhadap sesiapa sahaja yang melanggar peraturan, sementara urusan kemanusiaan pula dikendalikan secara teratur mengikut kemampuan negara.


Sekarang perkara paling mustahak untuk kita perhatikan bersama ialah bagaimana kerajaan memperincikan kos pembiayaan latihan, ketelusan saringan keselamatan, status perundangan peserta serta mekanisme pemantauan supaya pelaksanaannya benar-benar kemas.


Andai kerjasama Malaysia dan Türkiye ini berjaya diuruskan dengan telus serta berkesan, kita akhirnya mempunyai satu jalan praktikal untuk mengurangkan beban pelarian di dalam negara sambil memberi ruang kepada mereka membina kehidupan baharu secara bermaruah di tempat lain!


DAH BACA KE NOVEL HIKAYAT SAMUDERA SAKTI SAYA?


Kalau anda sukakan kisah pengembaraan yang membawa pembaca jauh meninggalkan daratan, saya ingin mengajak anda mengenali dunia pelayaran Melayu menerusi novel Hikayat Samudera Sakti.


Ikuti perjalanan Nadhim merentas samudera Nusantara, menghadapi bahaya di lautan, menemukan rahsia dan berdepan keputusan sukar yang mampu mengubah nasib seluruh anak kapal.


Saya menulis novel ini untuk menghidupkan kembali dunia samudera Melayu melalui penceritaan yang penuh aksi, misteri, keberanian dan percaturan manusia.


Jom dapatkan novel Hikayat Samudera Sakti sekarang dan mulakan pengembaraan anda di lautan Nusantara!


https://s.shopee.com.my/7fbXP1uvY3




KIOK...

 


Kemelut politik Negeri Sembilan semakin panas apabila timbul persoalan mengenai surat peletakan jawatan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim, yang diumumkan Barisan Nasional (BN) sebelum ketulenannya disahkan pihak istana.






Sebelum ini, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir mengumumkan pada malam 16 November bahawa Ismail telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.


Pengumuman itu dibuat selepas Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan menerima salinan surat peletakan jawatan berkenaan.


Bagaimanapun, keadaan menjadi tanda tanya apabila Istana Negeri Sembilan mengeluarkan kenyataan bahawa ketulenan surat yang dikatakan ditandatangani Ismail masih belum disahkan.


Lebih menarik, surat tersebut sebenarnya hanya dihantar ke Istana Hinggap, Seremban pada jam 12.16 tengah malam, 17 November, oleh seorang individu yang memperkenalkan dirinya sebagai wakil sebuah firma guaman.


Pada masa sama, sumber yang dipetik Malaysiakini mendakwa Ismail sebenarnya tidak meletakkan jawatan dan tidak menyerahkan sebarang surat kepada pihak istana.


Anak Ismail juga sebelum ini dilaporkan mempersoalkan siapa yang mengeluarkan kenyataan peletakan jawatan bapanya dan atas dasar apa parti membuat pengumuman tersebut.


Perkembangan ini menimbulkan persoalan mengenai bagaimana BN boleh mengumumkan peletakan jawatan seorang Menteri Besar sedangkan pihak istana sendiri ketika itu belum mengesahkan ketulenan surat berkenaan.


Namun, Ahmad Zahid menafikan UMNO mengarahkan Ismail berundur. Beliau menegaskan keputusan tersebut dibuat atas kehendak Ismail sendiri dan proses penyerahan surat telah mengikut tatacara.


Pihak istana pula menjelaskan bahawa sebarang peletakan jawatan Menteri Besar hanya berkuat kuasa selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.


Malah, perkenan untuk Ismail menghadap baginda pada 20 November telah dimaklumkan lebih awal, sebelum BN mengeluarkan pengumuman peletakan jawatan.


Jadi, persoalan yang masih perlu dijawab ialah siapa sebenarnya menyediakan dan menguruskan surat tersebut, serta sama ada Ismail benar-benar memberikan persetujuan untuk berundur.


Jika benar surat dihantar tanpa persetujuannya, perkara itu tentunya menimbulkan persoalan serius mengenai proses dan tanggungjawab pihak yang terlibat.


Bagaimanapun, dakwaan bahawa BN sengaja menghantar surat tanpa persetujuan Ismail masih memerlukan pengesahan langsung dan bukti yang jelas.


Apa yang pasti, kemelut ini bukan lagi sekadar perebutan jawatan Menteri Besar, tetapi turut menyentuh soal ketelusan parti politik dan penghormatan terhadap proses perlembagaan negeri.


Rakyat kini menantikan penjelasan yang dapat merungkai percanggahan antara pengumuman BN, dakwaan sumber dan kenyataan rasmi pihak istana.



BUKAN SAYA..TU LAH KATA MAIL LASIM


 

TAK JADI..BUANG DUIT BUANG MASA.

 

RMS



Info yang aku dapat pada Rabu lepas, DUN N.Sembilan akan dibubarkan, kemungkinan berlaku 70%.. tapi mungkin atas pertimbangan bakal menimbulkan konflik yang out of control dan akan menjeremuskan N.Sembilan kearah KEGELAPAN meminjam ayat Dasuki..mengekalkan MB adalah pilihan yang terbaik buat masa ini.


Bayangkan  kerugian yang ditanggung kerajaan negeri sembilan melebihi RM130 juta sebulan kerana kerajaan wujud tapi tidak berfungsi.. tidak ada EXCO dan urusan kelulusan dapat dijalankan tanpa sebuah kerajaan...


Budibicara Tuanku Muhriz mengatasi dan untuk memastikan urusan kerajaan dapat dijalan dgn teratur selepas semua lantikan EXCO diperkenankan..



NOH SIAPA CAKAP MUHONG ?



 

TAK DAPEK DEN NOLONG


 

SAYA KEKAL MB..


 

TAK SELESAI LAGI ?

 

Qlin Alif



Ulas sikit kemelut di N9 sapa yang tulis surat perletakkan jawatan mb...mail lasim cakap dia tak tulis.

Koyak rabak nampaknya 😂😂😂






NOHHH.....PITENAH LAK DAH......

 


RMS


Pemuda PAS Terengganu menafikan sekeras kerasnya membuat laporan polis terhadap Presiden UMNO Dato Seri Zahid Hamidi, PAS berpandangan tidak mencampuri urusan dalaman UMNO..




Gambar sebenar adalah laporan polis terhadap Tony Pua BUKAN Zahid Hamidi.



PADAN MUKE...



 Elok-elok dah ado Kerajaan Nismilan yang helok.. dikucar-kacir an sampai jadi haru biru..




ZAHID BUKAN BODOH, ADA STRATEGI SENDIRI









“Zahid ni bijak sebenarnya, tau atur permainan 'layan' kemelut Negeri Sembilan.”


Tindakan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengemukakan hanya satu nama kepada Istana Negeri Sembilan bagi jawatan Menteri Besar dilihat mempunyai strategi tersendiri oleh seorang pemerhati.


Menurut pemerhati, langkah BN mengemukakan nama kepada pihak istana berlaku ketika Datuk Ismail Lasim berdepan kesukaran untuk menguruskan sendiri perkembangan berkaitan peletakan jawatannya.


“Memang BN yang bagi surat ke istana, sebab Ismail sendiri tak boleh bergerak sebab awalnya tuanku taknak jumpa dia kan,” tegas pemerhati.


turut berpandangan keputusan Zahid mengemukakan satu nama sahaja bukan tindakan tanpa pertimbangan, sebaliknya nama tersebut didakwa merupakan calon yang sudah diketahui tidak mendapat persetujuan Tuanku sebelum ini.


“Zahid pandai, dia bagi satu nama je dekat Tuanku Mukhriz, nama itu Tuanku memang taknak dari dulu lagi,” katanya.


tindakan mengemukakan satu nama itu akhirnya membuka ruang kepada Ismail Lasim untuk terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar, sementara perkembangan seterusnya menunggu keputusan pihak istana.


“Disebabkan Zahid ajukan satu nama sahaja, itu yang Ismail Lasim diminta untuk teruskan pegang jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan,”.


#UMNO #BarisanNasional #DaulatTuanku #negerisembilan #politikmalaysia





MEREKA MAHU SEPERTI NAJIB ?

 Allahu Akbar !!!!! 









Apa lagi rakyat mahukan dari seorang pemimpin.


Kita speechless tak tahu kenapa tak bersyukur langsung segelintir dari kita.


ALLAH SUBHAANAHU WA TA'ALA sedang menduga iman kita. 


Percayalah.




Pemeriksaan rutin TUDM berjaya kesan dadah di Pangkalan Udara Subang.






1. Kementerian Pertahanan memandang serius insiden penemuan dadah di Pangkalan Udara Subang pada 17 November 2026.


2. Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) secara berkala melaksanakan pemeriksaan dalaman bagi memastikan organisasi sentiasa bebas daripada kegiatan dadah. Penemuan kali ini merupakan yang pertama seumpamanya ketika pemeriksaan rutin dijalankan.


3. Kejadian dikesan sendiri oleh petugas TUDM ketika menjalankan pemeriksaan rutin terhadap bagasi yang akan dimuatkan ke dalam pesawat TUDM di Bangunan Pergerakan Udara (AMS), Pangkalan Udara Subang.


4. Pemeriksaan tersebut menemukan lima buah bagasi dan sebuah kotak yang mencurigakan. Penemuan itu segera dilaporkan kepada Cawangan Penyiasatan Zon Tengah TUDM yang kemudiannya menghubungi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman.


5. Pada kira-kira pukul 5.20 petang hari yang sama, pasukan PDRM tiba di lokasi dan mengesahkan bahan yang ditemukan merupakan dadah berbahaya. Kesemua lima bagasi dan sebuah kotak telah disita sebagai bahan bukti, manakala lima pegawai TUDM yang disyaki terlibat telah ditahan oleh PDRM.


6. TUDM telah mengambil tindakan segera dengan menyerahkan kes ini kepada PDRM untuk siasatan lanjut dan akan memberikan kerjasama penuh sepanjang proses siasatan.


7. Kementerian Pertahanan tidak akan berkompromi terhadap sebarang kegiatan jenayah. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana  pegawai terbukti terlibat atau bersubahat. 


8. Kementerian Pertahanan sentiasa mengutamakan prinsip ketelusan (transparency) dan akauntabiliti dalam setiap tindakan, termasuk dalam pengendalian kes ini.


9. Operasi pemeriksaan dan penguatkuasaan dalaman akan terus dipergiatkan bagi memastikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kekal bebas daripada kegiatan dadah.


DATO' SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN

MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA

19 NOVEMBER 2026


Gambar sekadar hiasan.





KALAH SAMAN FITNAH RM150,000. TAK NAK BAYAR? SELAMAT DATANG KE MIMPI NGERI BERNAMA EXECUTION!









Baru-baru ni Dr. Rozaimi Ramle menang saman fitnah terhadap seorang pemfitnah bernama Fadhli Firdaus.


Fadhli Firdaus kena bayar RM150,000 kepada Dr. Rozaimi Ramle.


Apa akan jadi kalau dia tak bayar?


Haaa! Di sinilah bermulanya satu episod yang jauh lebih mengerikan daripada sekadar kalah saman.


Namanya EXECUTION atau PENGUATKUASAAN PENGHAKIMAN MAHKAMAH.


Jangan ingat apabila hakim jatuhkan penghakiman, kemudian kita buat bodoh, tak bayar dan teruskan kehidupan macam biasa, cerita sudah habis.


Sebab dalam undang-undang, kemenangan di mahkamah hanyalah permulaan.


Selepas itu, pihak yang menang boleh menggunakan pelbagai proses undang-undang untuk mendapatkan haknya.


Dan proses inilah yang boleh menyebabkan kehidupan seseorang bertukar menjadi mimpi ngeri!


1. BAILIF MAHKAMAH DATANG SITA HARTA!


Bayangkan sedang sedap berehat di rumah.


Tiba-tiba bailif mahkamah datang membawa Writ Penyitaan dan Penjualan.


Barang-barang berharga milik kita yang boleh disita mengikut undang-undang menjadi sasaran.


Barang yang dikumpul bertahun-tahun boleh disita dan dilelong.


Dulu bukan main seronok menaip fitnah menggunakan telefon.


Sekarang barang berharga pula terpaksa dilelong untuk membayar orang yang difitnah!


Nak merayu?


Nak menangis?


Nak menjerit?


Kalau sitaan itu sah di sisi undang-undang, air mata bukan alasan untuk membatalkannya!


2. DUIT DALAM BANK BOLEH KENA SAPU!


Ingat duit dalam bank selamat?


Jangan terlalu yakin!


Melalui prosiding GARNISI, pihak yang menang boleh memohon perintah mahkamah terhadap wang yang dipegang oleh bank untuk penghutang penghakiman.


Bayangkan suatu pagi kita buka aplikasi perbankan.


Duit yang kita sangka boleh digunakan rupa-rupanya tertakluk kepada perintah garnisi!


Kemudian mahkamah boleh mengarahkan wang berkenaan dibayar kepada pihak yang menang.


Dulu jari laju sangat menaip fitnah.


Sekarang jari yang sama terketar-ketar membuka aplikasi bank!


3. BOLEH JADI BANKRAP!


RM150,000 bukan jumlah kecil!


Jumlah ini sudah melepasi ambang RM100,000 untuk memulakan prosiding kebankrapan oleh pemiutang, tertakluk kepada syarat undang-undang.


Jika akhirnya diisytiharkan bankrap, jangan terkejut apabila kehidupan kewangan berubah secara drastik!


Nak keluar negara? Kena dapat kebenaran!


Nak menjadi pengarah syarikat? Ada sekatan!


Nak menjalankan perniagaan? Ada peraturan yang perlu dipatuhi!


Harta tertentu pula boleh berada di bawah pentadbiran insolvensi.


Daripada seorang yang bebas menguruskan kewangan sendiri, akhirnya terpaksa hidup dengan pelbagai sekatan undang-undang!


Bayangkan!


Hanya kerana tidak tahu menjaga mulut dan jari!


4. KENA HADAP HAKIM DAN DIBEDAH KEDUDUKAN KEWANGAN!


Melalui Saman Penghutang Penghakiman, seseorang boleh dipanggil ke mahkamah untuk diperiksa mengenai harta dan kemampuan kewangannya.


Berapa pendapatan?


Berapa akaun bank?


Ada rumah?


Ada kereta?


Ada simpanan?


Ada orang berhutang dengan kita?


Di mana harta?


Semua ini boleh menjadi perkara yang diperiksa oleh mahkamah!


Kalau sebelum ini bukan main gagah bercakap di Facebook, sekarang kena jawab pula soalan mengenai kedudukan kewangan sendiri di hadapan hakim!


Mahkamah boleh mengeluarkan perintah supaya hutang penghakiman dibayar sekali gus atau secara ansuran.


Jangan sesekali memandang ringan perintah tersebut!


5. PALING MENAKUTKAN, BOLEH MASUK PENJARA!


Ya!


Walaupun ini kes sivil!


Di bawah Seksyen 4 Akta Penghutang 1957, keingkaran terhadap perintah pembayaran selepas prosiding Saman Penghutang Penghakiman boleh membawa kepada prosiding tunjuk sebab.


Jika syarat undang-undang dipenuhi dan mahkamah membuat dapatan yang diperlukan, seseorang boleh diperintahkan menjalani pemenjaraan sivil sehingga ENAM MINGGU!


Bayangkan!


Dulu tidur atas tilam empuk.


Kini terpaksa menjalani pemenjaraan sivil akibat keingkaran terhadap perintah mahkamah!


Dulu bebas pergi ke sana sini.


Sekarang kebebasan boleh dirampas melalui perintah mahkamah!


Dan yang paling mengerikan...


MASUK PENJARA TIDAK SEMESTINYA MENGHAPUSKAN HUTANG PENGHAKIMAN!


Maknanya, selepas keluar penjara, tanggungan hutang yang belum diselesaikan masih boleh menghantui kehidupan!


6. HUTANG BOLEH TERUS MEMBENGKAK!


Dalam kes Dr. Rozaimi ini, mahkamah turut memerintahkan faedah 5% setahun sehingga penyelesaian penuh.


Belum termasuk kos yang diperintahkan mahkamah!


Semakin lama bayaran tertunggak, semakin besar jumlah yang mungkin terpaksa ditanggung.


Hari ini RM150,000.


Jika dibiarkan, jumlah keseluruhan boleh bertambah!


Bukan sahaja terpaksa memikirkan bagaimana hendak mendapatkan duit.


Malah perlu berhadapan pula dengan proses penguatkuasaan yang boleh memakan masa, tenaga dan menambahkan tekanan hidup!


7. TAK CUKUP DENGAN ITU, KENA MOHON MAAF SECARA TERBUKA!


Dalam kes ini, mahkamah turut memerintahkan permohonan maaf diterbitkan selama 30 hari berturut-turut mengikut ketetapan penghakiman.


Bayangkan!


Dulu bukan main gah menulis sesuatu yang memfitnah orang.


Akhirnya, mahkamah pula memerintahkan permohonan maaf diterbitkan secara terbuka!


Sungguh mahal harga sebuah fitnah!


KESIMPULANNYA


Itulah sebabnya saya selalu pesan kepada orang yang suka memfitnah.


Jangan terlalu yakin bahawa kehidupan kita akan sentiasa aman selepas menghina dan memfitnah orang lain.


Hari ini kita mungkin seronok melihat orang yang difitnah marah dan kecewa.


Kita ketawa.


Kita bertepuk tangan.


Kita rasa diri kita hebat.


Tetapi apabila orang yang difitnah mengambil tindakan undang-undang dan berjaya memperoleh penghakiman, keadaan boleh berubah sepenuhnya.


Daripada seorang yang ketawa, kita pula yang mungkin menangis!


Daripada seorang yang bebas menguruskan harta, kita mungkin berdepan sitaan!


Daripada seorang yang bebas menggunakan akaun bank, wang kita mungkin dikenakan perintah garnisi!


Daripada seorang yang bebas menguruskan kehidupan kewangan, kita mungkin diisytiharkan bankrap!


Dan dalam keadaan yang diperuntukkan undang-undang, kita mungkin berdepan pemenjaraan sivil!


JANGAN INGAT KITA BOLEH MELARIKAN DIRI DARIPADA TANGGUNGJAWAB PENGHAKIMAN HANYA DENGAN MENYEMBUNYIKAN DIRI, MENYEKAT NOMBOR TELEFON PEGUAM ATAU MEMADAM AKAUN FACEBOOK!


Penghakiman mahkamah bukan sekadar sekeping kertas yang boleh dibuang ke dalam tong sampah!


Pihak yang menang mempunyai saluran undang-undang untuk menguatkuasakannya!


Ingat!


SATU HANTARAN FITNAH MUNGKIN HANYA MEMAKAN MASA SEPULUH SAAT UNTUK DITULIS.


TETAPI AKIBATNYA BOLEH MEMUSNAHKAN KESTABILAN KEWANGAN YANG DIBINA SELAMA PULUHAN TAHUN!


Paling menyedihkan, orang yang kita fitnah mungkin sudah lama meneruskan kehidupannya.


Tetapi kita pula masih bergelut dengan hutang penghakiman, proses mahkamah, risiko kehilangan harta dan sekatan kewangan!


JADI, SEBELUM MENEKAN BUTANG POST UNTUK MEMFITNAH ORANG, TANYA DIRI SENDIRI SATU SOALAN...


BERBALOIKAH KEPUASAN MULUT SELAMA SEPULUH SAAT DIBAYAR DENGAN PENDERITAAN KEWANGAN SELAMA BERTAHUN-TAHUN?


Kerana akhirnya...


YANG MENULIS FITNAH ITU JARI.


YANG AKAN MENANGGUNG AKIBATNYA PULA IALAH DIRI SENDIRI!