Sang Kelembai saran " tolak Barisan Nasional"

Maka bagi menyelamatkan negara ini hanya satu cara sahaja, beramai-ramai undi parti bukan Barisan Nasional, pastikan BN kalah dan kerajaan baru wujud untuk membolehkan di adakan satu Suruhanjaya Kerajaan Bersih, dan di sana kelak kita akan menyaksikan penyelewengan, rasuah Abdullah Hj Ahmad. klik sini


Rakyat mula baca hak mereka dalam Perlembagaan

Hishammudin Rais | Dec 29, 07 11:06am

Semuanya berlalu. Air sungai melintasi bawah jambatan. Buah kelapa tua gugur. Daun-daun menguning dan jatuh ke bumi. Anak lahir, membesar, bersekolah, mendewasa, berkahwin dan beranak pula. Yang muda membesar. Yang tua meninggal dunia. Akhirnya tahun 2007 pergi dan tahun 2008 sampai. Semuanya bergerak bersilih ganti.

Tahun 2007 akan terus dingati sebagai tahun yang agak sengit dengan ingatan-ingatan pelbagai permasalahan negara. Dalam tahun 2007 kita telah menyambut 50 Malaya merdeka dan 44 tahun kemerdekaan Sabah dan Serawak. Dalam sejarah tamadun bangsa 50 atau 44 tahun hanyalah satu detik.

Setelah 44 tahun, kelihatan dengan jelas bahawa asas mendirikan negara Bangsa Malaysia telah mula goyah. Untuk saya, ini bukan sesuatu yang menghairankan. Mendirikan tamadun bangsa bukan sesuatu yang mudah. Projek Malaysia yang dianggap kukuh 44 tahun dahulu telah mula menimbulkan banyak persoalan.

Dalam projek Malaysia, kontrak sosial antara bangsa-bangsa telah diwujudkan, yang kemudian diikat dengan Perlembagaan. Perlembagaan adalah ibu rujukan untuk melahirkan Bangsa Malaysia. Sayangnya, Perlembagaan ini juga telah banyak kali dipinda dan ditokok tambah. Ini diikuti pula dengan rangkaian akta-akta sehingga kefahaman rakyat terhadap Perlembagaan dan akta menjadi kabur, kelam kabut dan merisaukan.

Akta-akta yang diluluskan di Parlimen bukan artikel dalam Perlembagaan. Seharusnya, jika sesuatu akta yang melanggar semangat Perlembagaan, maka akta tersebut tidak betul dan wajib dilupuskan. Banyak warga kurang sedar tentang hal ini. Warga juga kurang sedar bahawa jika ada undang-undang atau akta yang menyekat hak individu atau hak warga, maka sebagai warga negara mereka boleh mengubahnya. Ini termasuk juga Perlembagaan, jika Perlembagaan ini telah dianggap tidak sesuai lagi untuk zaman itu.

Perlembagan adalah tiang untuk membina negara bangsa. Ianya menjadi punca rujukan dan panduan. Tidak ada negara dalam dunia ini yang tidak memiliki perlembagaan negara masing-masing, kecuali Britain. Britain negara yang mencipta Magna Carta bergerak berlandaskan 'common law'. Ini pun mungkin beralih kerana telah mula ada tuntutan untuk diwujudkan satu perlembagaan untuk Britain.

Harga bahan bakar

Pada tahun 2008 yang akan datang, saya merasakan isu Perlembagaan Persekutuan akan timbul. Suasana politik dan ekonomi pada tahun 2007 telah memaksa banyak warga untuk menilai kembali hak-hak mereka yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Warga yang dahulunya tidak ambil peduli tentang Perlembagaan, akan mula membacanya untuk melihat dan meneliti hak-hak mereka di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini untuk saya, adalah satu kesedaran yang positif.

Bila saya menulis ini, harga minyak petrol di pasaran dunia ialah 93.28 dollar untuk satu tong. Pada bulan Ogos 2004 dahulu harga satu tong hanyalah 40 dollar. Lihatlah betapa mahalnya harga minyak mentah telah naik. Saya juga merasakan isu kenaikkan harga bahan bakar minyak ini akan terus menjadi berita dan wacana penting pada tahun 2008 nanti. Tidak dapat tidak turun naik harga bahan bakar ini akan mempengaruhi politik dunia.

Harga bahan bakar ini juga akan menjadi isu yang besar kepada negara kita. Dari apa yang telah saya baca di akhbar, kerajaan pada ketika ini sedang merancang untuk melupuskan subsidi minyak. Jika subsidi dilupus pada tahun 2008, bukan sahaja harga minyak akan naik tetapi kos hidup juga akan meledak tinggi.

Ketika saya menulis ini beberapa daerah dalam negara kita telah dan sedang dilanda banjir. Lebih dua puluh nyawa telah hilang akibat banjir ini. Pada tahun hadapan saya rasa cuaca buruk ini akan berulang lagi dan besar kemungkinan ianya akan bertambah buruk. Saya meramalkan demikian kerana pada hemat saya perubahan cuaca yang sedang kita hadapi ini adalah akibat pemanasan global.

Pemanasan global ini dari tahun ke tahun semakin menampakan impaknya. Banyak wilayah di Afrika dan Australia telah dan sedang mengalami kemarau panjang. Dalam masa yang sama, banjir besar telah melanda India, China dan Eropah. Banjir dan kemarau akan membawa kemusnahan tanah-tanah pertanian yang subur. Kawasan-kawasan pertanian – gandum dan padi – banyak yang musnah.

Termusnahnya kawasan pertanian akan membawa akibat buruk terhadap pengeluaran bahan makanan. Kekurangan pengeluaran akan menyebabkan harga bahan makan akan naik harganya. Pada tahun 2008 nanti, saya merasakan sekali lagi warga-warga miskin di Afrika, Indian dan Bangadesh akan berhadapan dengan kebuluran.

Pada tahun 2008 saya rasa pilihanraya ke-12 akan berlangsung. Ini mungkin satu pilihanraya yang agak sengit. Kesedaran politik politik tentang bangsa dan agama yang sempit akan dijadikan agenda. Untuk jangka pendek retorik kepentingan bangsa/agama yang sempit mungkin dapat memenangi hati pengundi. Tetapi dalam jangka panjang retorik para politikus seperti ini akan melambatkan lagi proses kelahiran Bangsa Malaysia.

Ekonomi mengecut

Pada 4 November 2008 pilihanraya Amerika akan dijalankan. Siapa yang akan menjadi calon-calon presiden Amerika pada ketika ini belum jelas. Untuk saya, sama ada parti Demokrat atau Republikan yang akan menduduki Rumah Putih pada tahun 2008 tidak penting. Dasar Bush menentang keganasan secara global tidak akan berubah. Dasar pro-Isreal Amerika juga tidak akan beralih. Perang di Iraq akan berterusan. Jumlah angka rakyat Iraq yang mati, cedera dan meninggalkan negara, akan bertambah. Pada tahun 2008, jumlah angka tentera Amerika yang gugur akan melintasi 4,000.

Saya melihat tahun 2008 dengan pesimis sekali. Dari apa yang saya teliti telah jelas bahawa ekonomi Amerika sedang menghadapi krisis yang amat parah. Satu laporan dari Barclays Capital dari United Kingdom telah menunjukkan bahawa 700 bilion dollar telah lupus dalam krisis pinjaman perumahan di Amerika. Malah ada penganalisa ekonomi yang memberi angka 1 trilion dolar telah lupus akibat hutang yang tidak dapat dikutip oleh bank dan syarikat pinjaman perumahan. Angka ini cukup menakutkan.

Hasil dari angka-angka ini, pada tahun 2008, saya yakin ekonomi Amerika akan mula mengecut. Apakah ianya akan seburuk Zaman Meleset (Great Depression) yang berlaku pada tahun 1929 dahulu, saya kurang pasti. Apa yang pasti, pada tahun 2008 nanti, ekonomi Amerika akan merundum dan mengecut. Jika ini berlaku pasti ianya juga akan mempengaruhi ekonomi dunia.

Malaysia juga akan mengalami ekonomi yang mengecut kerana Amerika adalah rakan niaga kita yang amat penting. Jika Amerika tidak mengimpot bahan-bahan kita maka ekonomi kita akan merundum juga. Jika ini berlaku suasana politik dalam negara kita pasti tidak menentu.

Bila saya mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2007 dan selamat datang 2008 dengan satu harapan, saya berharap apa yang saya tulis ini tidak akan berlaku. Selamat datang 2008.


Rasuah dan penyelewengan punca pelabur asing jauhi Malaysia


Harakahdaily
Fri | Jan 25, 08 | 5:44:15 pm MYT

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Hrkh) - Majoriti pengunjung Harakahdaily meyakini amalan rasuah dan penyelewengan yang berleluasa menjadi faktor utama mengapa pelabur asing menjauhkan diri daripada negara ini.

Daripada 2526 responden yang mengambil bahagian dalam ruangan 'Undi Pembaca' Harakahdaily bagi menjawab soalan: "Apakah faktor yang menjauhkan para pelabur asing dari negara ini?" - 1200 responden (47.5 peratus) menjawab 'rasuah dan penyelewengan'; 785 (31.1 peratus) 'kurang yakin dengan kepimpinan dan dasar negara'; dan 216 (8.6 peratus) menyalahkan 'faktor ekonomi yang tidak kondusif'.

Hanya 216 atau 8.6 peratus bersetuju demonstrasi aman menjadi penyebab hilangnya pelaburan asing, 80 (3.2 peratus) akibat kempen tangkapan tanpa bicara di bawah ISA; dan 93 (3.7 peratus) enggan memberikan komen.

Pengundian berlangsung daripada 17 Disember 2007 hingga 18 Januari 2008. - tajdid


Polis akan tahan mereka sertai perhimpunan di KLCC

Jan 24, 08 9:25pm

Polis tidak akan teragak-agak menahan mereka yang menyertai perhimpunan haram oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dirancang diadakan di hadapan KLCC Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata setakat ini polis tidak menerima permohonan daripada mana-mana pihak untuk mengadakan perhimpunan itu.

"KPN (Ketua Polis Negara) ada terima faks daripada kumpulan ini yang menggelarkan diri mereka sebagai Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Barang (Protes) memberitahu untuk mengadakan perhimpunan.

"Mereka bukan buat permohonan minta permit kerana untuk minta permit mereka kena isi borang-borang tertentu," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Kuala Lumpur
hari ini.

Menurut Bernama, Zulkarnain berkata berdasarkan peraturan itu, polis menganggap perhimpunan yang akan diadakan tersebut adalah haram.

"Kita tak akan teragak-agak tahan mereka yang terlibat mengikut Seksyen 27 (8) Akta Polis kerana menghadiri perhimpunan," katanya.

Beliau berkata polis juga akan menutup jalan di sekitar kawasan KLCC dan Jalan Ampang, selain meletakkan anggota untuk menjaga keselamatan di kawasan itu pada hari berkenaan.

Kelmarin, Gabungan Protes Kenaikan Harga Minyak (Protes) berkata, pihaknya tidak akan memohon permit polis untuk mengadakan perhimpunan aman bagi membantah sebarang kenaikan harga minyak di perkarangan KLCC di ibu negara Sabtu ini.

Bagaimanapun, Penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli (kiri) berkata, pihaknya akan memaklumkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai perhimpunan tersebut.

"Protes dengan kerjasama unit amal Pemuda PAS, akan memastikan keadaan terkawal termasuk lalulintas," katanya yang juga bendahari PAS, dalam satu sidang akhbar kelmarin.

Di samping itu, kata Dr Hatta, Protes juga akan memaklumkannya kepada Majlis Peguam dan Suruhan jaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) supaya memantau perhimpunan aman itu


KeADILan gesa kaji semula rancangan ubah buku teks sastera


Dr Syed Husin Ali
Fri | Jan 25, 08 | 3:21:26 pm MYT

Parti Keadilan Rakyat (keADILan) menggesa kuat Kerajaan, khususnya Kementerian Pelajaran, supaya mengkaji semula rancangannya untuk mengubah buku teks bagi mata pelajaran Bahasa/ Sastera di sekolah-sekolah mulai tahun 2010.

Sudah dilaporkan dalam akhbar bahawa Kerajaan bercadang untuk mnggugurkan karya-karya terkenal oleh semua Sastrawan Negara dan pemenang SEAWrite Award dan menggantinya dengan karya-karya penulis yang belum mendapat pengiktirafan dari masyarakat mahu pun juga kerajaan.

Jiklau laporan media ini benar, maka nyata sekali Kerajaan tidak bertindak bijak dan kami sangat-sangat keciwa. Kami tidak menganggap bahwa semua teks yang dipilih mesti terbatas kepada karya penulis-penulis"established" saja.

Karya-karya mereka mesti diteruskan disamping mengambil juga karya-karya baru yang baik walaupun belum begitu terkenal. Bahkan harus ditimbangkan juga karangan-karang penulis bukan Melayu tetapi warga Malaysia yang diterjemahkan ke Bahasa Malaysia.

Yang sangat mengeciwakan ialah apabila semua karya dan sastrawan yang sudah diiktiraf digugurkan dan digantikan sepenuhnya oleh mereka yang belum mendapat pengiktirafan lagi.

Lebih-lebih lagi jikalau mereka yang dipilih sebagai pengganti itu dianggap hanya sebagai penulis-penulis picisan yang menghasilkan karya-karya picisan juga.

Kita semua ketahui bahasa yang digunakan oleh penulis-penulis terkenal seperti Usman Awang dan Samad Said sangat baik dan halus, dan boleh menjadi contoh.

Semua hasil karya Sastawan Negara sering memenifestasikan nilai serta unsur budaya dan boleh membantu pembaca lebih memahami masyarakatnya sendiri. Mereka membicarakan soal-soal kemasyarakatan yang boleh menimbulkan kesedaran dan tanggungjawab di kalangan pelajar.

Di mana negara pun selalunya teks yang digunakan untuk kursus-kursus sastra mereka, sama ada di peringkat sekolah atau universiti adalah hasil-hasil terrenal yang sudah dianggap sebagai klasik.

Rancangan Kerajaan hendak menggugurkan semua penulis serta karya sastera yang terulung di negara ini membuktikan bahawa mereka yang patut bertanggungjawab tidak melakukan tanggungjawab dan tersangat buta budaya.

Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden keADILan
Kenyataan Akhbar


SEPETANG ‘BERSIH’ BERSAMA USTAZ SOBRI ARSHAD DI SEBERANG JAYA


Oleh:Wartawan Rasmi Laman Reformasi


Seberang Jaya 25Januari- BERSIH yang hidup di Permatang Pauh kini mengadakan pertemuan yang ketiganya dengan pertambahan ahli yang semakin ramai.Kumpulan yang memang tidak lari dari konsep asal berbaju kuning ini mengadakan tazkirah bersama ustaz Sobri Arshad dan juga akan bergerak terus dari masa ke semasa untuk program kebajikan di masa-masa yang akan datang.


Menurut saudara Bokhori yang mengetuai program BERSIH ini, perjumpaan ini adalah bertujuan untuk membentuk kumpulan yang akan bukan sahaja menuntut pilihanraya yang bersih , malahan untuk membantu dalam program pilihanraya yang akan datang untuk jentera pilihanraya Barisan Alternatif di Parlimen Permatang Pauh.

”Kita tahu, mungkin bantuan dan sokongan kita tidak seberapa, tetapi kita bergerak atas prinsip untuk membantu.malahan kita juga mendapat tahu bahawa kawasan Seberang Jaya ini masih sukar untuk BA menawannya, untuk memasuki kubu ini juga hampir tidak kesampaian, jadi kami akan membantu dengan cara kami sendiri,”. Selain itu, beliau juga menyatakan program ini akan juga turut mengadakan lawatan dan bantuan kebajikan kepada pihak-pihak yang memerlukan,

“Hanya dengan bergerak melalui jemaah sahaja akan menjadikan sokongan kepada BERSIH akan kekal dan kukuh.”demikian menurut saudara Bukhori lagi.


Dalam ucapan tazkirah yang disampaikan oleh ustaz Sobri Arshad , beliau telah memberi sokongan dan galakan dengan menyatakan bahawa hanya pemuda yang berani sahaja yang sanggup untuk mengadakan perjumpaan seperti ini dan dengan golongan pemuda jugalah , lanskap negara yang dicemari rasuah,penipuan,dan penindasan kepada gerakan islam dan juga pembentukan Negara yang mempunyai kekuatan dalaman dapat diwujudkan demi menjadikan negara ini bersih dari pemerintah yang telah banyak melakukan keburukan dalam negara. Diakhir majlis , jamuan ringan turut diadakan bagi meraikan kejayaan pertemuan BERSIH di Parlimen Permatang Pauh ini


Sementara itu beberapa ahli UMNO dari golongan tua juga tidak ketinggalan mendengar dan belalu dari situ apabila tazkirah yang menyentuh meraka.”walau sudah berumur, tetapi dangdut tetap diminati.Mereka berlalu dengan penuh kebebalan dihati mereka. DAH TUA BANGKA PUN TAK SEDAQ SEDAQ LAGI KA??????????