Jawaban Anwar Ibrahim Soal Malaysia Dan TKI
SEMBANG KUAT WEE KA SIONG NI
Hebat Wee Ka Siong. Rupanya dia tahu 'lubuk' telur ayam.
Baru-baru ini dia selar Abg. Mad yang pergi ke India untuk melihat sendiri cara
proses telur yang bakal diimport. Katanya di parlimennya, Ayer Hitam, pun ada
banyak telur.
Peliknya masa dia jadi menteri dulu dia tak beritahu pula kepada
menteri waktu itu tentang hal ini. Kalau dia beritahu mungkin masalah terlur ni
dah selesai. Tak perlu diwarisi oleh PH.
Apa niat Wee buat posting ini, dia lebih tahu. Tapi aku agak
tertarik bila dia sarankan agar harga telur dinaikkan. Begitulah cara dia
bekerja. Ada masalah, tekan saja rakyat.
Atau kenyataan Wee ini bagi membantu kartel telur? Mungkin sebab
itu dia diamkan masa jadi menteri supaya kerajaan tertekan dan akhirnya naikkan
harga siling bagi telur. Agaknya la...
Import telur ini, sama ada munasabah atau tidak, yang pasti ia
memberi tekanan kepada kartel telur supaya tidak menyekat pengeluaran. Kalau
berdegil, mereka sendiri akan rugi.
Setidaknya Abg. Mad ada usaha untuk memenuhi kehendak rakyat
yang mahukan bekalan telur ayam di pasaran dipulihkan.
Kerajaan sebelum ini, langsung tak nampak usaha untuk tambahkan
bekalan telur dalam pasaran. Iya la... Masing-masing sibuk berpolitik. Mana ada
masa nak fikir soal rakyat.
Untuk rekod, Wee Ka Siong ni salah seorang MP BN yang menolak
kerjasama dengan PH selepas PRU baru-baru ini.
Jadi tak mustahil jika kenyataan ini sengaja dibuat sebagai satu
usaha meremehkan usaha kerajaan yang serius nak menangani permasalahan rakyat.
Tambah lagi namanya tercicir dalam pembentukan kabinet yang ada sekarang.
Diharapkan Abg Mad usah layankan dia. Teruskan usaha menekan
kartel dengan mengimport telur dari luar. Aku yakin kartel takkan dapat
bertahan nanti. Guane boh?
KONON ADA 140 SOKONGAN DARIPADA 191 BAHAGIAN, TAPI KENAPA MASIH PENGECUT?
Sekumpulan 140 Ketua UMNO Bahagian, kononnyalah, dilaporkan berkumpul malam tadi untuk menyatakan sokongan kepada Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Mohamad Hasan.
Bagaimanapun, sokongan mereka bukan bagi mempertahankan Zahid Hamidi dan Mohamad untuk siap sedia berlawan atau sebagai benteng hadapan dalam pertandingan, tetapi agar kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan.
Maknanya, mereka berkumpul malam tadi adalah agar Zahid Hamidi dan Mohamad diberi kemenangan percuma atau “menang secara betina” dalam pemilihan UMNO akan datang ini.
Jurucakap kumpulan terbabit, Mohd Shafei Abdullah daripada Wangsa Maju dilaporkan berkata, Ketua-Ketua UMNO bahagian berkenaan sepakat mendesak agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan.
Beliau berkata, tumpuan UMNO ketika ini perlu terarah kepada memperkukuh parti daripada pelbagai peringkat untuk berdepan enam pilihan raya negeri (PRN) yang dijangka diadakan tahun ini.
“Untuk berdepan enam PRN tahun ini, kita perlu parti UMNO yang kuat, justeru kami berharap presiden (Ahmad Zahid) mengambil kira pandangan ini dan memastikan tiada pertandingan bagi jawatan tertinggi parti,” katanya pada sidang media itu.
Kehkehkeh…tikus di sawah padi pun barangkali ketawa dengan mereka ini – berkumpul beramai-ramai, tapi takut nak berlawan.
Kalau begitu, buat apa berkumpul dan bersolidariti?
Jika benar ada 140 bahagian berada di belakang Zahid Hamidi dan Mohamad sekarang, kenapa masih takut dan pengecut dengan pertandingan?
Dengan mendakwa memiliki 140 sokongan daripada 191 bahagian UMNO yang ada di seluruh, mereka yang berkumpul malam tadi sepatutnya bersuara dengan gagah – “marilah berlawan dengan kami kerana kami ada sokongan majoriti”.
Tetapi, kenapa berkumpul beramai-ramai dan mendakwa memiliki sokongan daripada 140 bahagian, namun masih pengecut untuk berlawan?
Konon ada 140 Ketua Bahagian, hairannya semacam kecut perut nak berlawan dengan lawan yang hanya tinggal 51 bahagian bersama mereka.
Betulkah ada 140 sokongan daripada bahagian-bahagian sebagaimana didakwa itu?
Pernahkah kita lihat lihat di dunia ini orang yang mendakwa ia kuat dan memiliki sokongan majoriti, tetapi bersikap pengecut dan tidak berani berdepan pertandingan?
Ataukah dakwaan ada sokongan 140 bahagian itu hanya sekadar propa untuk mendapat upah dan melobi jawatan daripada Zahid Hamidi dan Mohamad yang kini berkedudukan dalam kerajaan?
Sebenarnya, berdasarkan daripada pelbagai maklumat yang diterima, sokongan yang didakwa mewakili 140 bahagian itu “jauh panggang dari api”.
Sokongan mereka tidak sampai pun 100 bahagian, kata seorang pemimpin bahagian yang dihubungi.
Maklumat daripada media pula mengatakan, kehadiran Ketua-Ketua UMNO bahagian di Royal Chulan malam tadi juga jauh lebih rendah daripada 140 yang didakwa itu.
Ohhhh…patut lerrrr….– ShahbudinHusin 12/01/2023.
DUDUK KAMPUNG ASING ASING
Bagus tindakan MB Kedah ni. Boleh dipuji. Cuma aku takut nanti
terjadi pengasingan penempatan. Orang bukan Islam cenderung tinggal di kawasan
yang ada jual arak sahaja.
Nanti ada kampung Melayu, kampung Cina dan sebagainya. Langkah
ini perlu dituruti usaha untuk membendung perkara itu berlaku.
Maka dengan arahan ini aku percaya Langkawi juga akan
menghentikan penjualan arak. Sebab majoriti penduduk Langkawi adalah muslim.
Guane boh?
DAH 23 TAHUN KINI MASIH LAGI JADI PARTI PERKAUMAN
Dah 2023, bermakna dah 23 tahun melangkah ke milenium baharu,
tapi masih lagi berbangga jadi parti perkauman. Masih bangga mainkan isu kaum.
Aku tak faham dengan puak ini.
Lebih 1,400 tahun dahulu Nabi saw telah datang membawa mesej
perpaduan. Nabi saw menentang asobiyah. Tapi selepas 1,400 tahun, masih lagi
ada puak dendangkan lagu asobiyah.
Memang undi Melayu, terutama yang baru pertama kali mengundi
(Undi18) pergi ke PN ketika PRU15 baru-baru ini. Tapi bukanlah sebab kehebatan
PN. Sebaliknya kerana mainan isu kaum.
Ditimbulkan rasa benci kepada kaum lain. Diseru kononnya kaum
lain nak ambil alih negara ini. Boleh dengar dalam video ucapan Sanusi (video
yang dia kata dia dan pengikutnya bodoh tu).
Mengapikan isu perkauman dan agama, disertai fitnah jahat
(seperti yang dibuat oleh Razman), telah menutup kegagalan mereka mentadbir
negeri dan negara. Ramai Melayu yang terpesona.
Kalau bukan kerana fitnah dan permainan sentimen kaum dan agama,
tak mungkin puak ini akan dapat memenangi hati rakyat kerana mereka gagal dalam
mentadbir. Boleh lihat Kelantan sebagai contoh.
Hari ini, PAS dan Bersatu bangga jadi taring Melayu. Tapi apa
maknanya jika prejudis kaum berleluasa? Agenda perpaduan kaum semakin lunyai.
Inikah yang dinamakan perjuangan?
Yang paling pelik, mereka tidak berasa risau dengan situasi
semasa. Bahkan bangga pula. Seolah-olah prejudis kaum memang apa yang mereka
inginkan. Guane boh?
KEMELUT SABAH – SIAPA MAIN SIAPA?
Melihat senarai susunan kabinet baru Sabah yang mengangkat sumpah semalam , persoalan utama yang bermain dalam pemikiran kebanyakan orang tentunya ialah siapa main siapa dan siapa akhirnya kena main?
Walaupun Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan timbalannya, Zahid Hamidi turun sendiri ke Sabah untuk menyelesaikan kebuntuan dan kemudian mencadangkan pembentukan kerajaan perpaduan, tetapi Ketua Menteri, Hajiji Noor ternyata enggan akur kepada cadangan tersebut.
Selain mengenepikan UMNO dan Warisan dalam barisan baru kabinetnya, Hajiji turut membawa masuk PH ke dalam kabinet kerajaan negeri, manakala salah seorang daripada lima Adun UMNO yang dikategori belot pula telah diberikan jawatan Timbalan Ketua Menteri menggantikan Bung Mokhtar Radin.
Seorang lagi daripada lima Adun berkenaan juga diberikan jawatan menteri.
Kecewa dengan perlantikan tersebut dan keputusan Hajiji mengenepikan UMNO, Bung Mokhtar selaku Pengerusi UMNO Sabah mengumumkan tidak mengiktiraf kedudukan mereka dalam kerajaan negeri bagi mewakili UMNO.
Ini bermakna, UMNO secara rasmi adalah pembangkang di Sabah walaupun sebelum ini adalah sebahagian daripada kerajaan.
Status lima Adun itu tentunya menjadi perhitungan selepas ini dan apakah tindakan yang bakal UMNO ambil terhadap mereka?
PH pula, daripada kedudukan sebelum ini sebagai pembangkang kini telah bertukar menjadi sebahagian daripada kerajaan.
Warisan yang dulu adalah pembangkang dan cuba bekerjasama dengan UMNO untuk menjatuhkan Hajiji, tetap kekal sebagai pembangkang.
Yang aneh lagi pelik, walaupun UMNO dan Warisan adalah pembangkang di Sabah dalam pembentukan kerajaan baru ini, tetapi mereka adalah sebahagian daripada kerajaan perpaduan di peringkat pusat yang diterajui Anwar.
Persoalan paling besar, bagaimana Hajiji boleh menolak cadangan kerajaan perpaduan yang disarankan Anwar, tetapi dalam masa yang sama membawa masuk dua wakil PH dalam kabinetnya?
Jika idea kerajaan perpaduan Anwar boleh ditolak oleh Hajiji, siapa pula yang memberi restu kemasukan dua wakil PH itu ke dalam kabinet kerajaan negeri?
Ikut logik, jika idea kerajaan perpaduan yang dicadangkan Anwar telah ditolak oleh Hajiji, beliau sebagai Pengerusi PH juga sepatutnya tidak membenarkan penyertaan dua wakil PH itu dilantik sebagai menteri.
Yang paling malang dalam kemelut ini tidak lain ialah UMNO kerana dengan kehilangan status sebagai sebahagian dalam kerajaan negeri,parti itu dikira sebagai pihak yang tewas dan kecundang.
Siapa main siapa dan siapa telah kena main?
Tidak terkecuali menjadi persoalan, apakah keberanian Hajiji menolak cadangan kerajaan perpaduan itu ada kaitan dengan kedatangan Hamzah Zainuddin ke Sabah menemuinya dua hari lalu?
Sebagaimana ditulis dalam artikel sebelum ini – elok-elok jadi kerajaan, UMNO kini sudah jadi pembangkang di Sabah akhirnya.
Walaupun UMNO Sabah pasti ketika ini sedang kecewa dengan nasib mereka, tetapi siapa yang mahu dipersalahkan?
Adakah ia salah Bung Mokhtar yang berpakat dengan Warisan untuk menjatuhkan Hajiji?
Atau ia salah Presiden UMNO, Zahid Hamidi kerana gagal berperanan sewajarnya dalam memastikan penyelesaikan menang-menang dalam kemelut tersebut?
Kebetulan dengan Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung Jumaat dan Sabtu ini, adakah Zahid Hamidi bakal menjadi sasaran kecaman perwakilan berikutan nasib yang menimpa UMNO Sabah itu?
Yang pasti, di sebalik UMNO terus bergelora dengan kemelut di Sabah ini, kedudukan Anwar sebagai “Sivaji The Boss” tetap tidak tergugat, malah bertambah kukuh lagi. – ShahbudinHusin 11/01/2023.