DENDA TAK BOLEH TUTUP DOSA.

 




Pemilik Summer Bay Resort dikompaun sebanyak RM25,000 susulan penganjuran Pesta Aloha yang menimbulkan kontroversi di Pulau Lang Tengah, Isnin lalu.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/ 


#AWANInews



MAKSUD TAK FAHAM MACAMANA?

 Nik Hasyuddeen


Kalau maksud apa itu pengurus aset pun tak faham, susah nak jadi pemimpin di zaman VUCA ni. Tak kiralah dulu mengaji di sekolah mana termasuk di obersi. Angka-angka dalam rajah ni Dollar Amerika ya, nanti ingat matawang lain pulak.


Jika nak mengikut orang lain pun, gunalah akal yang Allah kurniakan tu. Jangan ikut sahaja asalkan geng kita.




VIDEO SIMBAH ASID


 

TERKINI! Ex Setpol Hamzah Zainudin dituduh rasuah | Belum salah, baru pe...



1. Perdana menteri pertahan tindakannya bertemu pemimpin Hamas. 2. Syafeeq Shukri mengaku tidak bersalah atas pertuduhan kemuka tuntutan palsu. 3. MB Perlis percaya anaknya belum didapati bersalah, serah keputusan kepada mahkamah. 4. MKT Umno cadang MB Perlis letak jawatan. 5. bekas Setiausaha hamzah Zainuddin mengaku tidak bersalah terim rasuah. 6. AGC tolak representasi Papagomo berhubung kenyataan menghasut.



CHEGUBAD WARIS PAKAR MENGHASUT DAN MEMFITNAH! AKHIRNYA TAJUDIN BAYAR KOS...



Selepas 55 tahun peristiwa hitam 13 Mei 1969, masih terdapat individu berfikiran sempit seperti Badrul Hisham Shaharin yang memainkan isu perkauman untuk menghasut rakyat terhadap kerajaan, kata Pengarah Komunikasi PKR, Lee Chean Chung. Katanya, Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard menabur fitnah bahawa Islam telah tergugat ketika mengulas majlis peringatan mangsa tragedi 13 Mei baru-baru ini. "Chegubard adalah mantan Keadilan dan dulu bukan seorang yang bersikap perkauman sempit. "Namun selepas masuk ke dalam PN, semua perkara menjadi tidak betul bagi Chegubard, malah sering dipesongkan fakta dan sejarah untuk matlamat mendapat perhatian umum," kata Lee dalam satu kenyataaan. ================================================================================ Meskipun akur pada keputusan Mahkamah Rayuan, Tajuddin Abdul Rahman berasa terkilan dengan ketetapan hakim yang mengarahkannya membayar kos guaman sebanyak RM60,000 kepada Khalid Samad. Tajuddin yang merupakan bekas ahli parlimen Pasir Salak berkata, itulah punca mengapa dia lewat membuat bayaran kepada Pengarah Komunikasi Amanah berkenaan. Kata Tajuddin, mahkamah menolak saman fitnah dikemukannya kepada Khalid dengan tiada hukuman dijatuhkan terhadap mana-mana pihak. "Saman fitnah (saya) ditolak dan kedua belah pihak tidak dijatuhkan hukuman siapa yang bersalah.



JET TEMPUR TUDM: YANG MANA AKAN BERSARA DULU?

PAS PATUT MALU DENGAN PERTUDUHAN JENAYAH ANAK MB PERLIS


Pertuduhan terhadap anak Menteri Besar Perlis dan bekas Setiausaha Politik beliau di dua mahkamah berbeza pagi ini atas jenayah melakukan tuntutan palsu berjumlah RM600 ribu bukan saja sesuatu yang mengejutkan, malah pastinya juga mengecewakan.


Jika Pas selama ini berbangga tiada sebarang kes rasuah, penipuan dan penyonglapan wang kerajaan berlaku di negeri-negeri tadbirannyq, semua itu sudah berkecai sekarang ini.


Tiada apa lagi yang boleh Pas berbangga dengan kuatnya jiwa mereka terhadap godaan dunia.


Lebih daripada itu, apa yang berlaku di Perlis itu telah terdedah belum pun sampai dua tahun Pas mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri tersebut.


Kenapakah perkara memalukan ini berlaku kepada Pas, sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan selalu bercakap tentang dosa, pahala, syurga serta neraka?


Apakah menyongkap duit haram lebih menyeronokkan daripada janji syurga?


Apakah panasya api neraka yang sering digambarkan dalam ceramah dan kuliah selama ini tidak menakutkan mereka untuk melakukan dosa?


Sepatutnya, sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam serta sering mengajak rakyat menjauhi dosa, ahli dan mereka yang berjuang melalui Pas, kalau pun mahu terlibat dengan jenayah rasuah, penipuan dan penyonglapan wang kerajaan, mereka adalah yang terakhir sekali boleh disabitkan dengan kesalahan sedemikian.


Ini kerana mereka lebih tahu dan faham tentang dosa dan neraka, juga lebih faham gambaran syurga dan juga neraka.


Kalau pemimpin Pas selama ini turut bercakap dan memberi kefahaman kepada ahli-ahlinya bahawa tidak keluar mengundi pun dikira haram, seharusnya tentulah melakukan rasuah, menipu dan menyonglap duit kerajaan lebih jauh lagi hukum haramnya.


Tetapi, semuanya sudah berlaku dan apa yang berlaku di Perlis ini secara langsung memberi gambaran lebih buruk kepada imej Pas di masa depan.


Dalam hal ini, mungkin ada kalangan dalam Pas yang berkata, semua ini baru pertuduhan dan belum pun lagi didapati bersalah.


Namun, harus diingat, pertuduhan di mahkamah dilakukan berdasarkan bukti yang diperolehi dan tidak mungkin ia boleh direka sesuka hati.


Tiada bangkai, tiada bau busuk dan tangan tidak mungkin terkena getah jika tidak mengupas nangka.


Dalam hal, selain Pas perlu membersihkan diri ahli dan pimpinannya, terutama ahli keluarga yang dekat dengan pemimpin yang berkuasa serta mungkin perlu lebih kerap mengadakan usrah, parti itu juga harus melantik mereka yang benar-benar takutkan dosa untuk diberi sebarang jawatan.


Jika tidak segera dibendung, malah ahli Pas juga terlihat sama ghairah merebut nikmat dunia dengan cara yang tidak halal, ertinya mereka tiada beza sama sekali dengan parti-parti sekular.


MB Perlis juga seharusnya tidak berlengah lagi untuk berundur kerana keterlibatan anaknya sendiri dalam jenayah penipuan dana kerajaan di negeri tadbirannya sehingga didakwa di mahkamah, mahu tidak mahu, turut mencemar imejnya. – ShahbudinHusin 23Mei2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/05/23/pas-patut-malu-dengan-pertuduhan-jenayah-anak-mb-perlis.html



PMX BERJUMPA RAKAN SEJAWAT FUMIO KISHIDA


 

Mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dari Jepun, Fumio Kishida.






Dalam pertemuan ini, kami berdua dapat menilai kemajuan kerjasama antara kedua-dua negara meliputi bidang pelaburan, perdagangan, teknologi tinggi, peralihan tenaga, kerjasama alam sekitar, pertahanan dan keselamatan, pembangunan keupayaan dan bakat serta pendidikan tinggi.


Kami berdua juga turut menyentuh isu-isu lain yang menjadi kepentingan bersama termasuk konflik di Palestin yang mana saya sekali lagi menyatakan solidariti buat rakyat negara itu.


Jepun juga telah menyatakan kesudian untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin melingkupi aspek kesihatan, pengurusan sisa pepejal dan pembangunan semula kawasan yang musnah.


Saya berharap agar hubungan dengan Jepun terus diperkasa sekali gus dapat menarik minat lebih banyak pelaburan demi kemajuan dan potensi ekonomi negara.


#MalaysiaMADANI




LAGI ALASAN KELUAR DARI MULUT WALAUN

 

Zuwairi Md Yusof






Mereka beri alasan itu milik persendirian eh?Ini putar belit alam lapuk dah tak laku di zaman ini,kikiki.


Sebelum hendak '𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝘀𝗶𝗸' negeri orang, sila jaga negeri kamu dahulu


Sebelum hendak '𝗺𝗲𝗻𝗮𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗶' orang, sila nasihat diri kamu dahulu


Sila Cermin Muka Kamu Terlebih Dahulu...


Persetankan kepimpinan ULARMAK,

Konsert seksi bogel oh MATILANAK,

Mana nak letak muka PAK dan EMAK,

Semua pakat jadi KUTU BERAHAK.


PAS BERSATU sembang berapi api,

Perasan bagus tapi syok sendiri,

LIhat saja ape sudah terjadi,

PERLIS pun dia sakau SHUKRI RAMLI.... 

https://www.youtube.com/watch?v=U4mAnyp2V0o



HANG MASUK UNIVERSITI BAGI MAHASISWA TANYA HANG BAB PELABURAN DI KEDAH


Pak Ya Siam




 Pi jumpa budak tadika,balik mai cerita muhong kat rakyat macam2..


Setakat nak jumpa budak2 tu,mai kut jitra ni penuh budak2 malam ka siang2 ka dok race moto,agak tak puas hati pi petang2 kut gunung kriang sana banyak dok naik moto dengan marka !!


Mai kut jalan pegawai,kut kedondong pokok sena tu pukul 1-2 pagi dok race moto pi jumpa tarbiah depa ni pi sampai luaq negara nak jumpa budak2 ja !!


Buat perabih duit rakyat saja puak2 ni,macam bela biawak hidup!!


“Dai Menteri Bo ching ching”


Sawadee




HAAAA... BERITA BAIK TUAN TUAN... DIA NI BAKAL MENGINAP DI SG BULOH.... PASANG LA HANG... BANDUAN BANYAK SOKONG PMX..... MEMANG HANG KENA BALAIH PUNGKOQ HANG LA...


 

QALAUN DAN LEBAI PAS.. BUKAN MAIN LAGI MASA HENTAM PMX... BILA KENA KE DSPA.. ZUPA BEWAK MASUK LOBANG OOO...


 

PMX KINI DIKENALI SELURUH DUNIA SEBAGAI PIMPINAN ISLAM MODERAT DUNIA


 

HAAAAA...DENGAR NI...


 

PMX DIBERI PENGHARGAAN BERUCAP DI NEKKEI




 Pagi ini diberi penghargaan oleh pihak Nikkei sebagai pemimpin pertama untuk menyampaikan ucaptama pada Persidangan Nikkei 2024.


Saya tegaskan komitmen Malaysia untuk mengukuhkan kepimpinan dan kerjasama serantau dalam menghadapi cabaran global yang semakin meningkat.


Saya tekankan bahawa perdagangan, pelaburan dan teknologi kini sering digunakan sebagai senjata dalam persaingan antara kuasa dunia, dan ia secara tidak langsung menjejaskan negara-negara membangun.


Maka, sebagai persiapan untuk mengambilalih jawatan Pengerusi ASEAN tahun depan, Malaysia beriltizam untuk memperkuatkan kerjasama ekonomi serantau dan mengurangkan perbezaan dalam negara-negara ASEAN.


Saya juga menggariskan usaha diambil Malaysia ialah memanfaatkan aliran masuk pelaburan langsung asing dan kepelbagaian rantaian bekalan global untuk pembangunan yang lebih seimbang.


Turut saya tekankan adalah kepentingan solidariti dan kerjasama di kalangan negara-negara Asia untuk mencapai masa depan yang aman, stabil dan makmur.


Malaysia bertekad untuk terus menjadi peneraju dalam ekonomi serantau dan global, memanfaatkan kekuatan kerjasama dan inovasi untuk menghadapi cabaran-cabaran masa depan terutamanya perubahan ekonomi, teknologi, dan geopolitik yang pesat.


#MalaysiaMADANI



PELAKSANAAN GAJI PROGRESIF





Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif bakal dimulakan dengan projek rintis pada Jun depan melibatkan 1,000 syarikat.
 
Ini adalah usaha kerajaan untuk memastikan gaji rakyat tinggi selari dengan peningkatan produktivit selain tumpuan untuk melonjakkan Malaysia ke status negara berpendapatan tinggi.
 
Bagi projek rintis ini, penyertaan dibuka kepada lima sektor iaitu sektor Pembuatan, Pembinaan, Perdagangan borong dan runcit; pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal, Maklumat dan komunikasi serta Aktiviti profesional, saintifik dan teknikal
 
Pemilihan syarikat bagi projek rintis ini akan melalui proses yang menekankan sokongan dasar, tahap keperluan sektor serta kesaksamaan.
 
Penilaian projek rintis akan dilaksanakan pada September 2024 untuk memastikan ketersediaan dasar sebelum Dasar Gaji Progresif secara menyeluruh dilaksanakan kepada semua majikan dan ekonomi.
 
Majikan boleh menuntut insentif tunai daripada kerajaan sekiranya memenuhi syarat kelayakan dengan pekerja bergaji antara RM1,500 dan RM4,999.
 
Syarikat yang terpilih akan menerima insentif berjumlah maksimum RM200 sebulan bagi setiap pekerja peringkat permulaan  (entry level)  dan maksimum RM300 sebulan bagi setiap pekerja bukan peringkat permulaan (non-entry level).
 
Setiap pekerja yang berdaftar di bawah Dasar Gaji Progresif perlu menjalani kursus/latihan peningkatan kemahiran sekurang-kurangnya selama 3 hari (21 Jam).
 
Kepada majikan yang ingin mengetahui maklumat lanjut termasuk garis panduan penuh pelaksanaan dan latihan boleh didapati di laman web https://gajiprogresif.gov.my/




HAAAAA... MAKAN PULOIT LA....

 


Najib Bakar





Kes anak MB Perlis, Syafeeq Shukri. Pertuduhan tuntutan palsu, dan pemalsuan dokumen.


Aku rasa kes ni senang nak jatuhkan hukuman. Kalau terbukti dokumen tu palsu, dan barang/projek pun tak wujud, selesai lah.


Dah la libatkan Istana. Hati kering tapi agak tak cerdik.


Pak mentua hang tak nasihat kata apa-apa ka?