80 peratus setuju Keadilan bertanding guna logo sendiri dan tinggal DAP




SERAMAI lebih 600 dan 500 yang memberi komen dan like terhadap survey untuk mengetahui apakah
perlu untuk Keadilan bertanding menggunakan lambang sendiri dan tidak bersama DAP dalam pilihan raya ke-15 nanti. 

 

Persoalan yang dilontar untuk mendapat pandangan umum khasnya dari kalangan pelayar Facebook MSO II, berbunyi; Apakah Keadilan perlu bertanding sendiri tanpa kerjasama dengan DAP dalam pilihan raya umum akan datang?"

Survey ini dilakukan untuk mengetahui pandangan dan reaksi umum ekoran ada berbagai-bagai pendapat yang dilontarkan oleh sesetengah dan pengikut parti komponen PH berhubung penggunan logo atau lambang Harapan dalam pilihan raya. 

 

Ia menjadi pertikaian ekoran kekalahan PH dalam Pirane Melaka minggu lalu. Ada pendapat meletakkan kegagalan PH untuk merampas Melaka itu disebabkan logo digunakan dalam pilihan raya itu tidak menarik dan dikenali rakyat seperti lambang Roket atau Mata. Penggunaan logo Harapan dalam beberapa siri pilihan raya kecil sebelum ini juga mengecewakan.  

 

Dalam pilihan raya lalu PH terdiri daripada gabungan Keadilan, DAP dan Amanah menggunakan lambang Harapan berwarna merah. Lambang atau simbol tertulis perkataan HARAPAN itu merupakan simbol rasmi Pakatan Harapan. DAP hanya menang empat kerusi daripada lapan sebelum ini sementara Keadilan tidak memenang satu kerusi daripada 11 kerusi dipertandingkan, sementara Amanah menang satu daripada sembilan kerusi dipetandingkan.

 

Daripada respon dan pandangan diberi rata-rata bersetuju kalau Keadilan menggunakan simbolnya, Mata dalam pilihan raya akan datang dan juga tidak bersama DAP. Maksudnya Keadilan bertanding bersendirian dan DAP bersendiri atau mungkin boleh bersama Amanah. Keadilan boleh bergerak sendiri tanpa kerjasama dengan DAP.

 

Pendapat diberi juga untuk lebih menyenangkan Keadilan mengurus partinya, kempen menarik pengundi Melayu khasnya. Langkah tidak bersama DAP itu menurut sesetengah pengomen memudahkan Keadilan, kerana apabila parti itu bergabung dengan DAP menyebabkan orang Melayu yang skeptikal dengan DAP akan ikut menolak sama Keadilan. Mereka tidak mahu Keadilan terleset najis DAP.

 

Bagaimana pun ada juga pendapat yang tidak bersetuju dengan memberi alasan, Keadilan belum memiliki kekuatan untuk bersendirian. Parti itu perlu bersama dengan DAP dan juga gabungan parti lain. "Daripada bersendiri lebih baik berpakat," ujar seorang pengomen agak rasional. 

 

Anthnony Loke
sedang cipta naratif baru.

Mengenai perkara sama, DAP juga memberi gambaran partinya akan bergerak sendiri dalam pilihan raya akan datang. Gambaran ini diberikan oleh Pengerusi DAP Negeri Sembilan Anthony Loke, apabila melontarkan pandangan meminta PH tidak lagi menjaja Anwar Ibrahim untuk jadi perdana menteri sebaliknya menumpukan kepada agenda reformasi. 

 

Kenyataan terus terang Anthony itu membuka lembaran baru hubungan DAP dengan Keadilan. Ia membayangkan DAP juga mahu perlahan-lahan mengenepikan Anwar.  Tentunya pandangan Anthony itu mewakili suara batin para pemimpin parti chauvenis Cina itu. 

 

Anthony Loke gambar sikap DAP.

 

Bertitik tolak daripada apa digambar dan dikehendaki Anthnoy Loke itu maka lebih wajar kalau Keadilan juga bersiap sedia untuk kehilangan DAP dan membuat persiapan mengukuh dan menyakinkan diri sendiri. Membaca makrifat politik disuara Anthony Loke itu, Keadilan perlu berwaspada dan bersiap sedia menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang tidak terfikir sebelum ini.

 

Keadilan amnya dan Anwar khasnya jangan terkhilaf membaca kesetiaan dan permainan politik DAP. 

 

Seperkara perlu disedari bahawa hakikat kerbersama dalam PH dengan DAP, itu bukan mencerminkan hakikat kerjasama batin sebenar sebab baik Keadilan dan DAP mempunyai matlamat dan sikap masing-masing yang boleh diukur kepada idealogi perjuangan dan misi serta wawasan utama pemimpin kedua-dua parti itu. DAP dan Keadilan hanya bersama dalam hendak memiliki kuasa tetapi mereka berbeza dalam batin politik?

 

Ia mungkin juga boleh ditambah dengan sifat politik itu sendiri yang dinamik, yang mana dinamikanya perlu dikaji, diteliti dan dihadapi sepanjang masa. Bagi Keadilan dan Anwar perlu ditekankan bahawa Piraum ke-15 adalah pilihan raya terakhir buat Anwar.  

 

DAP, boleh yakin dan bangga dengan pencapaian dalam Piraum ke-15 dahulu yang mendapat 42 kerusi. DAP kini seperti terdesak untuk mengekalkan kerusi itu. Baginya jumlah itu dikira pencapaian terhebat di sepanjang penglibatannya dalam pilihan raya dan ia perlu dipertahankan dengan apa cara sekali pun hatta terpaksa berpiaha dengan kawan dan mengimpikan kawan lama.

 

Apa yang diperkirakan oleh DAP, mereka mahu kekalkan kerusi itu untuk dijadikan bargaining  power, selepas pilihan raya nanti. Jika mereka dapat mengekalkan jumlah kerusi tersebut ia kejayaan berganda buat mereka. Pakar perangkaan dan strategi DAP sudah mengira, bahawa kelompok Melayu yang mendominasi kerusi parlimen selama ini akan berpecah. 

 

Secara mudah kelompok Melayu akan terbahagi tiga, dimana tidak ada kelompok yang mendapat lebih 50 atau 80 kerusi. Masing-masing akan berjaya sekitar 30 hingga 60 sahaja. Dengan kedudukan itu DAP yang memiliki 40 kerusi boleh bertaut dan berkolaborasi dengan kelompok mana-mana sahaja bagi membentuk kerajaan bersama. Itu yang terbata-bata dalam minda sesetengah pemimpin DAP kini. 

 

Dengan kedudukan kelompok atau Melayu hilang hegemoni begitu, mana-mana kelompok Melayu akan mencari rakan untuk menubuh kerajaan. Dalam situasi ini DAP mengambil kesempatan boleh menjual kerusinya itu untuk mengenapkan 112 kerusi bagi mewujudkan kerajaan dengan simple majoriti. Soal idealogi, prinsip dan idealogi perjuangan bukan perkara penting lagu. Yang penting ialah kuasa dan jadi kerajaan.  

 

Misalnya kalau BN memerlukan kerusi itu, DAP boleh menampungnya begitu juga dengan PN dan PKR. Soal idealogi tidak menjadi perkiraan lagi yang penting dapat jadi kerajaan. Peluang menjadi menteri 22 bulan sedikit sebanyak mengubah persepsi dan cara pemimpin DAP berpolitik. Sedar atau tidak, DAP kini yang dalam era peralihan kepimpinan sedang membina naratif baru politik Malaysia. DAP juga sudah hilang prinsip asas dan asalnya sebab itu Ronnie Liu seakan-akan bertindakan mengherdik DAP menyebabkan beliau tewas dalam pemilihan Jawatankuasa DAP Selangor. 

 

Berbalik kepada soal menggunakan logo sendiri dan menguzlahkan diri daripada DAP dalam pilihan raya akan datang Keadilan perlu melihat perkembangan ini secara mendalam dan mengenal kesan dan implikasinya. Jangan pula rumah sedia ada hilang untuk bina rumah baru, tapaknya tidak dipasti. [wm.kl.4:14 pm 29/11/2021]

 


PICIT BUTANG ATAU PICIT ..... TAMBRIN TUN GHAFAR (DOAKAN KESEMBUHAN BUAT BELIAU YANG KINI DIRAWAT AKIBAT COVID)

 PICIT   BUTANG   ATAU   PICIT ..... 


Tamrin Tun Ghafar 

Isnin - 22/11/21
( 1 -  19 )


1.   Rakyat khasnya pengundi - pengundi Melaka telah pun buat keputusan 

2.  Ini adalah  amalan demokrasi    YANG MISTI  DI HORMATI  oleh semua 

3.  Kepada UMNO / BN  yang menang 21  Kerusi dari jumalah 28 yang dipertandingkan , diharap  selepas ini cerita pasir dan rompakan lain tidak akan diulangi lagi 

4.  Jangan pula mereka yang memenangkan  UMNO/ BN selepas ini bising jika sekiranya Melaka yang kecil dan bersejarah diperintah oleh orang seperti Laksamana Cheng Ho 

5.    Apa yang berlaku di Melaka 2 hari lepas MEMBUKTIKAN   rakyat  Melaka  TIDAK  TERMAKAN  UMPAN  yang ditaburkan oleh  Mahiaddin , Hadi dan Anwar 

6.  Jika ada rungutan kononya UMNO/BN  tabur janji dan duit , apakah  Anwar , Hadi dan Mahiaddin  Malaikat yang BERSIH dari segala gejala 

7.   Keputusan PRN Melaka  juga MEMBUKTIKAN bahawa orang Melaka  TIDAK  BERMINAT   dengan  janji - janji manis mereka  terutama kain rentang  Parti BERSATU  yang terdapat di merata tempat dengan wajah Mahiaddin berserta  tulisan 'Abah Sayang Melaka' 

8.   Sebenarnya  PAS  mungkin dapat sekurang - kurang  2 Kerusi  jika sekiranya Parti Amalan Sesat itu TIDAK  bergabung dengan  Parti Abah Cow  atau  Parti Bapak Lembu 

9.  Samada PAS  masih yakin dan  SANGGUP TERUS meninggalkan  simbol dan bendera nya sendiri semata - mata cinta dan kasih sayang nya terhadap  BERSATU sama - samalah kita tunggu dan lihat 

10.   Kini rakyat tak sabar  MENUNGGU  apakah Mahiaddin yang sudah  hilang teluq  BERANI 'press the button' ekoron cabaran Sharir Samad agar BERSATU  yang punyai 11 orang Wakil Rakyat di Dewan Negeri Johor menarik sokongan mereka ATAU  hanya berani picit 'bola sendiri' 

11.  Setakat sembang kari boleh lah tapi saya berpendapat elok Mahiaddin MENGUNDUR  DIRI  atau  LETAK   JAWATAN   Parti BERSATU  dan berehat dengan isteri ,  anak - anak  dan cucu , lagi pun  bolehlah  beliau tumpukan masa mengubati penyakit barah yang beliau hadapi 

12.   Kepada  pengampu - pengampu Mahiaddin dalam BERSATU TINGGALKAN lah WASIAT  dan pilih lah  tanah perkuburan mana yang mereka mahu dikebumikan ; begitu juga dengan pengampu - pengampu Hadi dalam PAS 

13.   Keputusan PRN  Melaka juga  MEMBUKTIKAN  sengat Anwar  TIDAK  sebisa seperti dahulu  lagi  justeru AMANAH  dan  DAP  fikirlah yang terbaik untuk masa depan  mereka  MELAINKAN  'To Swim Or To Sink Togather' 

14.  RAKYAT DAN  DUNIA  MENANTI  APAKAH  WAYANG   YANG  AKAN  DI PERTONTONKAN 

15.  Tahniah dan Syabas  kepada semua yang telah mendapat kemenangan 

16.   Selepas ini BOLEH LAH  Zahid  yang baru kembali ke Tanahair dari rawatan tengkok di Germany  MELAKSANAKAN  JANJI  beliau MELANTIK  beberapa orang sebagai  Ahli Dewan Negeri Melaka 

17.   Bolehlah Hadi dan  pemimpin - pemimpin PAS  lain  mengeluarkan   'Dalil atau Fatwa' baru berikutan pemberian 'telur busuk'  kepada mereka di sana 

18.   Pembangkang PERLU  bersatu BUKAN  BERCAKARAN  sesama sendiri ;  pemimpin mereka menggunakan PRN Melaka bagi  menunjukan Parti siapa yang boleh kehadapan ; TERBUKTI  SUDAH  hanya  kepimpinan  Tun  sahaja  yang MAMPU  mengalahkan UMNO/BN 

19.  TERBUKTI  SUDAH  HANYA  KEPIMPINAN  TUN  SAHAJA  YANG  MAMPU MENGALAHKAN  UMNO / BN


Wassalam
Terima Kasih


KALAU BETUL BERSATU MAHU JATUHKAN ISMAIL SABRI, MEMANG PATUT PUN BELIAU DIJATUHKAN…



Kata bekas Perdana Menteri, Najib Razak, Bersatu kini sedang menyusun propaganda untuk menumbangkan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, objektif utama mereka berbuat demikian adalah untuk mengembalikan Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri.
“Beberapa page propaganda PPBM-PN telah pun memulakan serangan bertubi-tubi ke atas Ismail Sabri.
“Isu utama yang mereka gunakan sekarang ialah kenaikan harga barang biarpun inflasi sudah mula naik mencanak dan harga sering cecah paras tertinggi sejak era Mahiaddin jadi Perdana Menteri lagi,”katanya dalam catatan di media sosialnya.
Paling membimbangkan, tambah Najib ialah kerana menteri-menteri dalam kerajaan Ismail Sabri yang bertanggungjawab mengatur dasar ekonomi, pertanian, kewangan, perladangan yang mempengaruhi harga barang-barang, khususnya makanan adalah datang daripada parti yang mahu menumbangkan Perdana Menteri itu.
“Mereka serang Ismail Sabri berkenaan harga barang naik tapi sebenarnya mereka juga yang bertanggung jawab atas dasar-dasar yang disebabkan harga barang naik,” katanya lagi.
Hakikatnya, inilah realiti kerajaan Keluarga Huru-Hara yang ada sekarang ini.
Jangan salahkan menteri-menteri saja sebab mereka dilantik oleh Ismail Sabri sendiri.
Kalau menteri-menteri yang mengatur ekonomi, pertanian, kewangan dan perladangan datang daripada Bersatu, bukanlah Perdana Menteri yang melantik mereka?
Gagal mereka bermakna gagalnya Ismail Sabri, lagi pula ikan busuk bermula daripada kepala.
Ini baru salah-menyalah tentang kenaikan harga barang, esok lusa entah berkenaan isu apa lagi mereka akan berbalah.
Pokoknya, kerajaan ini tidak akan aman, malah sentiasa berbalah dan jatuh-menjatuh.
Dulu, UMNO yang menjatuhkan Mahiaddin melalui tindakan beberapa Ahli Parlimennya mengumumkan mereka menarik sokongan terhadap Perdana Menteri.
Lalu naik Ismail Sabri, maka tentulah Bersatu pula akan cuba untuk menjatuhkannya.
Itulah adatnya – yang naik melalui cara menjatuhkan orang lain, tidak mustahil ia juga akan dijatuhkan kemudiannya.
Walaupun UMNO dan Bersatu sedang bersama-sama membentuk kerajaan di peringkat pusat, mereka ini sebetulnya langsung tiada keikhlasan antara satu sama lain.
Ismail Sabri sendiri tidak percaya dengan sebahagian Ahli Parlimen UMNO dan mereka daripada Bersatu, sebab itu langkah paling awal dilakukannya sebaik menjadi Perdana Menteri ialah mencari PH untuk mewujudkan MOU dengan mereka yang tujuan asasnya ialah menjaga jawatannya.
Walaupun tujuan MOU itu agar PH kekal menyokong dan tidak menjatuhkannya, ketakutan sebenar Ismail Sabri ialah kepada kelompok tertentu dalam UMNO dan juga Bersatu.
Sepatutnya, beliau tiada kebimbangan sama sekali kepada mereka yang sedang bersamanya dalam kerajaan serta dalam masa yang sama diberikannya pelbagai jawatan.
Begitu pun, jika benar gerakan mahu menjatuhkan Ismail Sabri itu sedang disusun dan berjalan, ia sebetulnya memang patut pun dilakukan.
Tetapi, bukanlah dengan tujuan untuk mengembalikan semula Mahiaddin sebagai Perdana Menteri, tetapi lebih kerana Ismail Sabri sendiri terbukti telah gagal dan tidak berbuat apa-apa dalam tempoh 100 hari yang baru dilepasinya pada 28 November lalu.
Kalau Mahiaddin dianggap sebagai Perdana Menteri yang gagal, lalu kemudian dijatuhkan hanya setelah 17 bulan, Ismail Sabri jauh lebih gagal lagi kerana dalam tempoh 100 hari saja sudah merata-rata ternampak kegagalannya.
Sebagaimana telah ditulis sebelum ini, tempoh 100 hari pemerintahannya hanya mampu membuktikan satu perkara – seperti Malaysia ini tidak ada Perdana Menteri keadaannya.
Kecuali jika kita mahu terus hidup tersiksa melihat negara tidak berubah dan harga barang terus naik mencanak tanpa sebarang tindakan segera dilakukan seolah-olah kita tidak mempunyai kerajaan dan tiada Perdana Menteri, barangkali ia adalah satu-satunya alasan untuk membiarkan Ismail Sabri bertahan lebih lama sebagai Perdana Menteri. – ShahbudinHusin 30/11/2021.


HANG NAK HERAN APA..MOKHTAR SENIK..HANG PUN ORANG SERANG PAGI PETANG SIANG MALAM....TAKAT KUTUK HADI BIASA LA..MAKSUM MANA DIA...MACAM HANG LA JUGAK...

 




Seorang lagi penyerang tegar Pas, Hadi meninggal dunia, kata Mokhtar



Oleh MALAYSIA DATELINE / December 1, 2021

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Mokhtar Senik memberitahu seorang individu yang dianggapnya penyerang tegar parti itu meninggal dunia.

Pengerusi Pertubuhan Muafakat Pondok Semalaysia tersebut berkata, Allahyarham sebelum ini mengkritik Presiden Pas,

“Hari ini dapat berita seorang lagi penyerang tegar Pas, TGHH (Tuan Guru Haji Hadi), pimpinan Pas dan saya pergi menemui pencipta.

“Itu sahaja nak cerita. Cerita banyak pun tak guna kerana beliau dan meninggal,” katanya ringkas tanpa memberitahu individu yang dimaksudkannya dalam hantaran di Facebook petang ini.

PH gesa KPM bersikap lebih terbuka, sedia saluran khas untuk guru buat aduan

 



Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON / December 1, 2021

Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (JKPPH) mencadangkan supaya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bersikap lebih terbuka serta menyediakan saluran khas bagi membolehkan guru-guru menyatakan pandangan berhubung permasalahan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan PH, Dr Maszlee Malik berkata, ini susulan laporan bahawa beberapa orang guru telah dipanggil oleh Unit Integriti KPM kerana mengeluarkan pendapat kritikal agar KPM menambah baik perkhidmatan dan pelaksanaan polisi khususnya berkaitan beban guru.

Menurutnya, isu yang dibangkitkan oleh guru-guru yang terlibat bukanlah isu politik, salah laku (pecah amanah) mahupun gangguan seksual yang mampu menggugat profesionalisme seorang guru.

“Isu yang dibangkitkan adalah masalah asas sebenar yang berlaku di peringkat bawahan dan diangkat oleh guru-guru terlibat supaya pihak atasan lebih cakna untuk melakukan penambahbaikan.

“Malangnya KPM telah mengambil tindakan seolah-olah guru-guru terlibat melakukan kesalahan besar sehingga mereka dikenakan tindakan punitif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu Maszlee berkata, saluran yang disediakan nanti membolehkan guru menyampaikan pandangan mahupun kritikan kepada KPM untuk diambil tindakan.

“Di samping itu JKPPH juga mencadangkan agar para guru dapat menyalurkan juga pendapat dan aduan mereka kepada JK Pilihan Khas Pendidikan Parlimen Malaysia agar JK Pilihan tersebut dapat membawanya ke pihak KPM,” katanya lagi.


Harga barang naik: Anwar kata kerajaan Ismail Sabri gagal

 

Harga barang naik: Anwar kata kerajaan Ismail Sabri gagal


Kerajaan dilihat gagal menguruskan kemelut kenaikan harga barang apabila tidak mengemukakan sebarang tindakan drastik untuk mengatasi isu berkenaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, agensi kerajaan yang sepatutnya memainkan peranan penting sewaktu berdepan krisis kenaikan harga barang tidak dilihat terlibat dalam usaha berkaitan.

“Ketika harga barang naik, mana perginya agensi kerajaan Persekutuan yang sepatutnya melibatkan FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan), MARDI (Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia) dan sebagainya untuk sama-sama tampil dengan keluaran produk sendiri untuk bantu petani dapat harga yang lebih baik.

“Kerajaan perlu ambil tindakan segera, harga sayur, ikan, ayam, semuanya harga telah naik menggila ketika ini dan perkara ini saya telah bangkitkan di Parlimen sebagai krisis nasional,” katanya ketika melakukan tinjuan di gerai jualan sayur anjuran PKPS di Shah Alam pada Selasa.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri mengambil inisiatif menerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk menawarkan harga barangan lebih rendah.

“Ini hanya sebahagian daripada usaha kerajaan negeri… sebahagian besar sektor pertanian berada di bawah tanggungjawab kerajaan Persekutuan.

“Usaha yang digerakkan PKPS ini bukan perkara baharu… sebelum ini juga kita telah laksanakan Selangor Agro Market sewaktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang lalu yang turut menawarkan harga yang rendah,” katanya ketika turut hadir dalam tinjauan berkenaan.

Menyedari situasi kenaikan harga barangan semasa, Amirudin berkata, PKPS telah melanjutkan lagi tawaran harga produknya.

“Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita cuba bantu pihak yang memerlukan dengan mengurangkan harga barangan dan bukan hanya mengambil langkah populis untuk rakyat,” katanya.


MEMANG BETUL REGA BARANG SAMA JA ZAMAN MAT SEMBAB DENGAN PAK LONG AIL- ZAMAN DUIT BELANJA BILLION TAK NAMPAK APA PUN SAMA JUGA ZAMAN MAT SEMBAB DAN BOSSLU

 


Harga barang naik: Najib kata sama sahaja zaman Ismail Sabri dan Muhyiddin

Harga barang naik: Najib kata sama sahaja zaman Ismail Sabri dan Muhyiddin

Bekas Perdana Menteri Najib Razak membidas kenyataan Pemuda Bersatu yang mencetuskan persoalan jika kenaikan barangan dipengaruhi oleh kemenangan BN pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka pada 20 November lalu dan mengaitkannya dengan perkataan ‘BN’ yang membawa maksud ‘Barang Naik’.

“Nak memperbodohkan rakyat lagi ke?

“Harga barang dah lama naik mendadak sebelum PRN Melaka dan sebelum Ismail Sabri jadi PM.

“Sejak zaman ‘Abah Kau’ (Muhyiddin Yassin) pun. Kerap cecah paras tertinggi,” katanya dalam satu hantara di Facebook.

Menurut Najib, Indeks Harga Pengeluar mengukur kadar perubahan kos pengeluaran tempatan bagi barang-barang dan lazimnya, kenaikan itu ataupun kos pengeluaran akan membawa kepada kenaikan harga barang-barang bagi pengguna beberapa bulan kemudian.

“Indeks harga penegeluar sudah naik mendadak sejak bulan Januari 2021.

“Sebab itu, saya telah memberi amaran sejak bulan Jun 2021 lalu bahawa inflasi akan menjadi masalah yang semakin besar pada bulan-bulan mendatang sebab saya tengok kadar kenaikan Indeks Harga Pengeluar yang semakin naik mendadak akibat dasar-dasar kerajaan PN yang kurang bijak serta situasi lockdown pandemik,” katanya,

Malah, Najib berkata, Bank Negara semasa kerajaan PN pada akhir bulan Mac 2021 juga telah memberitahu bahawa kadar inflasi akan cecah 5 peratus tidak lama lagi.

“Jadi, saya tak faham kenapa geng PN sedang menggunakan kenaikan harga barang ketika ini sebagai propaganda utama untuk menyerang kerajaan hari ini dan untuk serang BN.

 

“Cuba beritahu kami, apakah perubahan dasar utama kerajaan bahawa PM9 selepas kerajaaan gagal PN tumbang yang bawa kepada kenaikan harga barang hari ini?” katanya, memetik Malaysiakini.

Menurunya, sedangkan hampir semua menteri-menteri yang menjaga dasar-dasar berhubung dasar kewangan, ekonomi, perdagangan antarabangsa, pertanian dan perladangan yang berkait dengan kenaikan harga barang dan khususnya bahan makanan juga adalah dari parti Bersatu-PN.

‘Jadi, kenapa pula kenaikan harga barang sekarang tiba-tiba adalah salah PM9, salah Najib atau salah Umno dan salah BN menang PRN Melaka?”soalnya lagi.

KAH..KAH...TAK BERFUNGSI APA YANG BERFUNGSI MAKI WARTAWAN CINA KAH..KAH...KAH...WOIII..DERIS DAH KENA PAW..MAIL TAK MAU LA KATA HANG TAK RETI...

 

Panas! Menteri Agama nafi beliau tidak berfungsi punca pelantikan Jamil Khir sebagai penasihat agama PM



Panas! Menteri Agama nafi beliau tidak berfungsi punca pelantikan Jamil Khir sebagai penasihat agama PM



Pelantikan penasihat agama kepada Perdana Menteri tidak menyebabkan pertindihan peranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Idris Ahmad berkata, beliau percaya penasihat agama untuk Perdana Menteri mempunyai peranan bidang lain yang berbeza.

“Mungkin penasihat agama ada bidang yang lain. itu dilantik oleh Perdana Menteri sendiri.

Benda ini bukan baru, dari dahulu dah ada.

“Mungkin penasihat agama baru dilantik tersebut ada peranan bidang yang lain.

Oleh sebab itu, pelantikan dibuat oleh Perdana Menteri sendiri. Perkara ini bukan baru,”

“(Peranan) saya lebih kepada pengurusan, soal pentadbiran dan menjadi penyelaras.

Insya-ALLAH tidak berlaku pertindihan (peranan) dengan penasihat agama baru dilantik tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melepaskan 228 jemaah Umrah pertama AMAL, Malaysia Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, pada Selasa.

Sebelum ini media melaporkan Ketua UMNO Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dilantik sebagai penasihat agama kepada Perdana Menteri selain dua lagi penasihat iaitu dalam bidang kesihatan serta undang-undang dan hak asasi manusia.

Jamil Khir dilaporkan mengesahkan lantikan tersebut manakala, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai penasihat undang-undang dan hak asasi manusia.

Ditanya sama ada beliau dimaklumkan terlebih dahulu berhubung pelantikan tersebut, Idris berkata, ia (lantik) adalah hak perdana menteri.

Pada masa sama Idris enggan mengulas berhubung bayaran bulanan yang didakwa membabitkan kos sehingga RM150,000 untuk tiga penasihat yang dilantik itu.

“Wallahualam.

Soal gaji tidak pernah dimaklumkan kepada saya,” kata beliau.



NAJIB MESTI DIHALANG JADI PM SEKALI LAGI – KIT SIANG

 

Bekas Perdana Menteri, Najib Razak, ingat dia telah menjumpai cara untuk menghentikan wacana awam mengenai dua isu: kemungkinan kedatangan semula beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 dalam PRU15 dan juga cadangan adiknya, Nazir, untuk menetapkan semula dasar dan institusi negara.

Tetapi dia telah tersasar jauh sekali apabila dia memikirkan yang dia boleh mencapai dua matlamat ini dengan cuba mengejek saya sebagai terlalu obses dengannya.

Pertamanya, izinkan saya untuk jelaskan di sini, Najib itu sendiri tidaklah penting pun.

Tetapi, menjadi tanggungjawab dan keutamaan untuk semua rakyat Malaysia yang mahukan kerajaan yang bersih dan telus untuk memastikan beliau tidak kembali sebagai Perdana Menteri ke-10 dalam Pilihan Raya Umum ke-15, kerana jika perkara ini berlaku, ia bermakna negara kita akan kembali ke era di mana kita dikenali sebagai “kleptokrasi dalam bentuk yang terburuk”.

Keduanya, walaupun kita mungkin bersetuju atau tidak bersetuju dengan cara dan bentuk cadangannya, rakyat Malaysia perlu menyambut baik seruan Nazir untuk menetapkan semula dasar-dasar dan institusi negara kerana kegagalan berbuat sebeginilah yang menyaksikan satu demi satu negara terus meninggalkan kita di belakang, sama ada dari segi daya saing di arena antarabangsa, tadbir urus yang baik, atau dalam mempunyai kerajaan yang efektif dan berkesan.

Wabak Covid-19 selama 22 bulan perlu menjadi satu lagi amaran kepada kita semua, yang mana melainkan kita sendiri cuba untuk mengubah nasib kita, kita bukan sahaja akan kalah dengan Taiwan, Korea Selatan, Singapura, dan Vietnam, tetapi kita juga akan kalah dengan lebih banyak negara, termasuklah Indonesia dalam dekad-dekad yang akan datang.

Perkara ini dapat dilihat jelas semalam, di mana kita mencatatkan 4,879 kes baharu dan 55 kematian akibat Covid-19, berbanding dengan 297 kes dan 11 kematian akibat Covid-19 di Indonesia.

Dalam sepuluh hari yang lepas, Malaysia mencatatkan 51,335 kes baharu dan 448 kematian akibat Covid-19, berbanding dengan 3,311 kes dan 102 kematian akibat Covid-19 di Indonesia.

Adakah kita ini telah dikenakan sumpahan untuk kalah dengan Indonesia, India, dan China dan terpaksa melupakan Impian Malaysia untuk negara kita menjadi negara hebat yang bertaraf dunia?

Saya jangkakan yang Najib akan menggunakan pelbagai helah dengan tentera sibernya dalam media atas talian dan media cetak arus perdana untuk terus mengalihkan perhatian daripada kedua isu ini, tetapi demi masa hadapan negara kita dan anak serta cucu kita, kita tidak boleh biarkan helah sebegini untuk berjaya.

Kita perlu terus bergerak dengan pemikiran Utamakan Malaysia untuk mencapai Impian Malaysia di mana Malaysia menjadi negara hebat yang bertaraf dunia, walaupun sekiranya perjalanan untuk mencapai cita-cita ini mengambil masa satu atau dua dekad atau lebih lagi, asalkan sebelum kita menyambut ulang tahun ke-100 negara kita pada tahun 2057!

LIM KIT SIANG

Ahli Parlimen Iskandar Puteri.



TAK PAYAH LA BERGABUNG ATAU INI HASIL PERTEMUAN HUSAM MUSA DAN ANWAR IBRAHIM ?

 


Cadangan gabung PKR-Amanah sudah kemuka, tapi belum bincang, kata Anwar





Masih belum ada perbincangan rasmi, namun ahli-ahli telah mengemukakan beberapa idea mengenai cadangan menggabungkan PKR-Amanah, menurut Anwar Ibrahim.

PETALING JAYA: Cadangan untuk menggabungkan dua parti komponen Pakatan Harapan (PH), iaitu PKR dan Amanah sudah dikemukakan, namun pimpinan tertinggi parti belum mengusulkan perkara itu untuk dibincangkan.

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata, sebarang cadangan untuk kebaikan kedua-dua parti itu boleh dilaksanakan tetapi ia perlu dibincangkan.

Bagaimanapun Anwar berkata, idea penggabungan itu belum dibawa untuk perbincangan walaupun terdapat ahli yang mengutarakan perkara tersebut secara terbuka.

“Ya, ya ia dikemukakan dan ia dalam pengetahuan pimpinan Keadilan (PKR) dan Amanah. Tetapi kami belum bincang perkara ini lebih lanjut,” katanya.

Ditanya sama ada perbincangan rasmi antara kedua-dua pihak telah bermula, Anwar berkata, masih belum ada namun ahli-ahli telah mengemukakan beberapa idea.

“Apa pun pandangan kita dengar, kita bincang tiada masalah, tapi belum lagi sampai ke tahap itu,” katanya kepada pemberita selepas melawat pasar pagi di Taman Bukit Angkasa, Kg Kerinchi di Lembah Pantai.

Idea penggabungan itu didedahkan kepada umum semalam oleh bekas Ketua Pemuda PKR Selangor Najwan Halimi yang berkata, kedua-dua parti mempunyai hala tuju politik yang sama – contohnya, dalam menegakkan agenda reformasi, keadilan sosial dan memperjuangkan hak serta kebajikan rakyat.

“Kemasukan Amanah ke dalam PKR pastinya akan membantu meningkatkan sokongan dan membina keyakinan rakyat, khususnya orang Melayu di kawasan luar bandar dalam usaha memenangi sokongan mereka pada pilihan raya umum akan datang,” kata Najwan dalam satu kenyataan yang disiarkan di media sosial. .

“Melalui penggabungan itu, sudah pasti akan wujud jentera yang disatukan untuk kedua-dua parti di peringkat akar umbi, sekali gus menyelesaikan isu peruntukan kerusi yang selama ini menjadi cabaran kepada kedua-dua parti.”

Beliau membuat kenyataan itu sebagai respons kepada penganalisis politik Wong Chin Huat yang mencadangkan Amanah dan PKR menjadi parti tunggal.

VIDEO PENDEK



VIDEO PENDEK


 

VIDEO PENDEK


 

16 ISU SEHINGGA KINI. SILA KE OLDER POST

 




SILA TEKAN  >    ATAU OLDER POST KERANA


 RUANG TERHAD HARI INI


KLIK TAJUK UNTUK MEMBACA  BERITA AWAL