Najib Terminator Mythodology of "Rahman"?




2 session for different languages
click photos to view


ANWAR RASMI BILIK GERAKAN WANITA PKR PERMATANG PAUH





Klik gambar untuk besarkan






PENANTI- DSAI baru-baru ini hadir untuk merasmikan bilik gerakan Wanita PKR Permatang Pauh.Bilik gerakan yang mula digunakan sejak 1998 dan ianya menjadi tempat utama semasa Datin(Datuk) Seri Wan Azizah Ismail menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Bekas Yb Penanti Pak Rahman yang menjadi Yb Penanti.



Dalam ucapan tersebut DSAI , mengucapkan terima kasih kerana usaha awal wanita bahagian menggerakkan jentera.Turut hadir Ketua wanita Negeri Pn Norhayati, Ketua wanita bahagaian Hj Khadijah, Pegawai khas DSWA Hajah Che Wa, dan juga AJK bahagian yang lain.




DR MANSOR YAKIN RAKYAT PENANTI BIJAK MEMILIH


"TEKUN" DAN "BINA ILMU" AKAN DIJADIKAN MISI DAN VISI DALAM KERAJAAN NEGERI DARI SEGI EKONOMI DAN PENDIDIKAN, SELAIN MENERUSKAN AGENDA MENGHAPUSKAN MISKIN TEGAR DI KALANGAN RAKYAT PULAU PINANG.














Penanti-Baru-baru ini wartawan Suara keadilan sempat untuk bertemu bakal Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang iaitu calon pilihan Dato Seri Anwar Ibrahim .Menurut Dr Mansor Othman .Pemilihan beliau adalah kerana kepercayaan untuk menggalas satu tugas besar bagi membantu kaum Melayu Pulau Pinang .Beliau sendiri punya wawasan dan matlamat sama seperti bertugas sebagai setiausaha politik kepada Dato Seri Anwar Ibrahim dimana pada waktu tersebut beliau telah menubuhkan TEKUN iaitu satu yayasan yang menjadi nadi kepada orang Melayu pada waktu itu untuk memulakan perniagaan dan ianya digunapakai sehingga seluruh negara di ketika Dato seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri kewangan dulu.

“Apabila beliau meminta saya bertanding di Penanti, saya mengikut arahan untuk bertanding kerana , dahulunya saya bertanding di berbagai tempat, dan DUN Penanti ini bukan asing bagi saya” demikian tegas Dr Mansor lagi

Dulu nya setiap pilihanraya kecil memang sukar tetapi ianya bukan menjadi ukuran lagi, dan kita dapati bahawa perti pembangkang menjadi kepercayaan kepada rakyat dan Penanti akan menjadi satu harapan buat rakyat dan kepercayaan yang diberikan kepada saya kali ini memang berat.Sokongan rakyat adalah kepada parti dan juga Dato Seri Anwar Ibrahim dan itu faktor utama kepada kemenangan dan imej parti, maka di Penanti, rakyat mengundi Anwar, calon, InsyaAllah , masyarakat Penanti akan memberi kemenangan kerana , pertamanya ialah ianya menjadi tempat Dato Seri Anwar dan juga kubu kuat buat Dato Seri Anwar dan jentera di Permatang Pauh ini kuat berbanding tempat lain.

Mengenai isu tempatan di Penanti pula , khidmat wakil rakyat menjadi tunggak utama. Bagi saya sendiri, saya bukan lah asing malah pernah menjadi pengerusi sejak 1998 dan pada tahun 1999 kita hanya menang di Penanti dan banyak program yang saya hadiri , jadi saya kenal dan tahu di mana JDM dan juga semua kawasan ini bukanlah asing bagi saya. Ini adalah kerana saya pernah menjadi pengerusi perghubungan negeri pada waktu itu 1998.Semua masaalah tempatan adalah masaalah macam di tempat lain juga Melayu iaitu perkhidmatan.Mengenai isu nasional ialah apa perbezaan antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional ,apa kurang nya barisan nasional dari segi dasar, ianya bukan sahaja reformasi ekonomi , malah reformasi mengenai bezanya kita dalam menarik pelabur asing,pengagihan kekayan negara, menarik pelabur dan ini akan menjaid isu utama dengan penekanan dan bezanya kita dengan barisan nasional,isu yang berkaitan dengan ekonomi , isu agama, politik, budaya orang Melayu.



Mengenai isu penghapusan MECD, menurut Dr Mansor pula ialah Dato Seri Najib cuba membawa dan menarik kaum asing sebagaimana yang telah Pakatan Rakyat lakukan kini, iaitu idea dimana membantu yang susah tanpa mengira kaum , misalnya “One Malaysia”misalnya , kalau kita lihat ialah menciplak apa yang Anwar bawa dari segi agenda ekonomi, sistem pendemokrasian dalam ekonomi, bezanya, ialah kita nak tumpukan kepada isu kemiskinan tanpa mengira bangsa sama ada Melayu, India ,Cina, Bajau ,Kadazan ,Dusun, Dayak, Murut atau apa bangsa yang terpinggir dan kita tak pilih , dan kita juga tidak pernah selindung akan perkara ini , kerana itu bukan dasar kita.Dasar kita ialah membantu dalam masa yang sama ialah jika misalnya Melayu Pulau Pinang terpinggir kita akan berbincang untuk membantu kaum Melayu . Inilah isu dan saya yakin kerana kita boleh bincang dengan kepimpinan negeri.dan saya yakin untuk memantapkan kerajaan Pakatan ialah ianya bukan halangan untuk membantu Melayu Pulau Pinang.



Beliau yang kini telah menetap di kawasanp Penanti dan sebelum ini telah berbincang dengan banyak pimpinan kawasan dan beliau yakin boleh membawa pembanggunan yang hebat, masaalah sosial ialah harus di hadapi dengan bijak sana, mengenai pendidikan pula ialah peluang pendidikan yang baik.



Misalnya, aspek pendidikan ,iaitu "semasa saya menjadi pensyarah di universti saya telah menekankan idea projek “Bina Ilmu” di mana 37 pusat pendidikan di seluruh Pulau Pinang dan ada 4 di Permatang Pauh, jadi saya akan wujudkan semula projek “Bina Ilmu” ini khususnya untuk anak orang susah dan luar Bandar yang sukar mendapat kelas tution, malah berbanding dengan orang Bandar , mudah mendapat semua ini dan saya akan wujudkan peluang ini kepada masyarakat Melayu Pulau Pinang. "

Untuk merapatkan lagi saya dengan penduduk Penanti, saya telah memilih salah satu Taman perumahan di kawasan Penanti dan dengan berdekatan dengan pusat khidmat yang ada, maka ini memudahkan saya memberi khidmat kepada masyarakat di DUN Penanti sendiri.

Mengenai program “TEKUN” , Dr mansor yang berada didalam Biro pembanggunan usahawan sebelum ini pun bercadang untuk menghidupkan kembali sistem mikro kredit dimana peruntukan sebanyak 500,000 telah ada dan kerajaan negeri telah memberi sebanyak RM 1 juta dan saya cuba meningkat lagi menjadi peruntukan sebanyak 2 juta dan saya yakin saya akan usahakan dan memulihkan kembali sisitem “TEKUN” yang saya usahakan dan ini akan saya hidupkan semula kerana saya dapati ianya baik untuk penduduk Pulau Pinang dan Penanti dan mereka semasa meminjam dulu semuanya membayar berbanding yang kaya-raya yang meminjam di bank dan tidak membayar.


Kedunya ialah untuk dijadikan modal kepada peniaga kecil untuk memulakan dan saya amat yakin ianya akan dipulihkan di samping program pendidikan.keduanya saya pernah menjadi pengarah projek di Pulau Pinang waktu itu , iaitu “TEKUN” dan juga “BINA ILMU ” yang bukan sahaja memberi kelas –kelas tambahan , malah kaunseling, prasekolah, motivasi bersama pemimpin dan oleh kerana di Penanti kita ada Yayasan Aman , program ini akan kita lakukan dengan izin Allah.InsyaAllah. demikian janji Dr Mansor mengenai projek besar beliau untuk penduduk Penanti khasnya dan penduduk Pulau Pinang amnya mengakhiri perbualan kami.

DR MANSOR HADIR DI PERASMIAN BILIK GERAKAN WANITA PKR









Dr Mansor hadir di majlis perasmian bilik gerakan wanita PKR di sungai semambu pada 2 hb baru-baru ini.










DSAI ketika memberi tazkirah di masjid Jamek Tuan Abdullah pada malam 2 hb baru-baru ini.

CALON UMNO SEORANG PEGUAM


Desas desus menyatakan bahawa clon Umno mungkin seorang peguam.Beliau yang berasal dari kampung Mengkuang dikatakan akan diletakkan sebagai calon.Khabarnya nama Rohaizad.................kalau lihat dalam web Umno Permatang Pauh tak ada pun komen pasal calon.Tetapi macam biasa lagu lama juga.......

Penanti: Hadi ulangi sokong calon PKR

Penanti: Hadi ulangi sokong calon PKR

PETALING JAYA 3 Mei - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian parti itu untuk menyokong calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mansor Othman yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang.

Abdul Hadi berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan beberapa faktor antaranya PKR telah bertanding di kawasan itu pada pilihan raya umum (PRU) tahun lepas dan memenanginya.

"Kita telah buat keputusan bahawa PKR yang bertanding di Penanti. Ini keputusan yang kita muktamadkan kerana parti itu yang menjadi calon pada PRU lalu.

"Tak perlu dipertikaikan lagi. Mereka lebih wajar untuk bertanding. Itu tempat mereka yang kita sahkan. Kita juga telah mengarahkan jentera parti di peringkat negeri dan kawasan supaya memberi sokongan penuh kepada calon itu," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohd. Hafiz Mohd. Nordin supaya pimpinan parti menimbangkan meletak calon Pas bertanding di DUN Penanti 31 Mei ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Isnin lepas menetapkan tarikh penamaan calon pada 23 Mei dan sekiranya ada pertandingan, hari pengundian pada 31 Mei.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, 32, berkuat kuasa 16 April lepas.

Setakat ini, Barisan Nasional (BN) masih belum memutuskan sama ada akan meletak calon mereka untuk bertanding di Penanti.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi yang turut ditanya mengenai perlunya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu diisi golongan ulama, hanya berkata: "Itu sudah dijelaskan". - BERNAMA.

LAGI KERJA NAK MELAGAKAN PIMPINAN PAKATAN


Pro-Anwar dibidas



KOTA BHARU 3 Mei – Golongan pro Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pas dibidas kerana menyalahkan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharuddin Mat Isa berhubung cadangan pembentukan kerajaan perpaduan.


Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan menegaskan, cadangan pembentukan kerajaan perpaduan itu telah diputuskan secara bersama oleh pimpinan parti-parti dalam pakatan pembangkang dan bukannya datang dari Pas sahaja.


Takiyuddin yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan turut menyelar golongan tersebut kerana hanya berani mengeluarkan kenyataan di luar dan tidak bersuara ketika mesyuarat rasmi diadakan.


‘‘Soalnya kenapa golongan ini hanya menyerang presiden dan timbalan presiden dalam isu kerajaan perpaduan sedangkan ia turut melibatkan Anwar.






PAKATAN BERSETUJU UNTUK ADAKAN PERPADUAN DENGAN KERAJAAN JIKA PAK LAH KEKAL SEBAGAI PERDANA MENTERI




Kenyataan ini dikeluarkan di ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi ingin melepaskan jawatan beliau. Kerajaan Perpaduan ini dibentuk sekiranya Tun Abdullah tidak melepaskan jawatan beliau pada waktu tersebut. Kini apabila beliau telah melepaskan jawatan, maka kerajaan perpaduan secara total mungkin juga sudah tidak ada lagi.