ANWAR KUNJUNGI BAZAR RAMADHAN JALAN KUCING


 

LAWATAN PMX KE BEBERAPA BAZAAR RAMADHAN.








NCER REALISASIKAN 64.7 DAN PELUANG PEKERJAAN SEBANYAK 14,000 ORANG

 


Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) berjaya merealisasikan pelaburan sebanyak RM64.7 bilion dan lebih 14,000 peluang pekerjaan diwujudkan untuk tahun 2024. 








Pencapaian ini dilaporkan dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Ke-33 yang saya pengerusikan pada petang tadi.


Pencapaian ini telah meneruskan momentum peningkatan realisasi pelaburan di bawah NCER untuk tempoh tiga tahun berturut-turut iaitu RM31.29 bilion (2022) dan RM41.45 bilion (2023).


Selari dengan kedudukan wilayah utara sebagai hab utama bagi industri semikonduktor berteknologi tinggi negara, mesyuarat telah membincangkan terkait pembangunan fabrikasi iaitu Advanced Packaging (AP) yang akan menyokong ekosistem High Value Manufacturing (HVM). 


Untuk itu melalui program NCER Technology Innovation Centre (NTIC), NCER akan memperkenalkan Advanced Packaging Institute and Research Centre (APIRC) yang berperanan sebagai Pusat Kecemerlangan (CoE) untuk memajukan teknologi, pembangunan bakat dan pengukuhan ekosistem tempatan untuk AP di rantau ini.


Mesyuarat turut membincangkan peranan NCIA di dalam pembangunan ekosistem bakat dalam konteks pelbagai industri. 


Saya tekankan kepentingan kerjasama dan penyelarasan menyeluruh antara agensi, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan pemain industri dalam usaha mengukuhkan program-program peningkatan kemahiran dan intervensi strategik.


#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja



Malaysia Kekal Destinasi Pilihan Pelabur Global – BIMB Securities

 


Perdana Menteri ketika berjumpa beberapa pelabur terkemuka antaranya pengasas bersama Facebook, Eduardo Saverin dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama B Capital, Raj Ganguly; Pengasas WM Partners, Alejandro Weinstein serta Pengasas European Venture Funds, Peter Kadas di Putrajaya. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 6 Mar – Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan pilihan bagi firma global meskipun ketegangan perdagangan antarabangsa semakin meningkat, didorong oleh kestabilan politik yang bertambah baik serta dasar berorientasikan pertumbuhan seperti Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Penganalisis BIMB Securities, Zafri Zulkeffeli, berkata keyakinan pelabur terhadap Malaysia jelas terbukti dengan rekod jumlah projek pembuatan tertinggi dalam sejarah pada 2024, iaitu sebanyak 1,108 projek.

Beliau menjelaskan, insentif berasaskan teknologi tinggi yang diperkenalkan menerusi NIMP 2030 dan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS), daya tahan rantaian bekalan serta pemulihan permintaan global menjadi pemacu utama pertumbuhan sektor pembuatan negara.

“Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk terus mendapat manfaat daripada pengembangan industri elektronik, automotif dan sektor berkaitan, sekali gus menunjukkan potensi pertumbuhan berterusan.

“Namun, ketidakpastian perdagangan dan turun naik harga komoditi kekal sebagai risiko luaran yang perlu diberi perhatian,” katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Zafri turut menekankan bahawa pasca pandemik COVID-19, sekitar 82 peratus daripada pelaburan dalam sektor pembuatan adalah daripada pelabur asing.

“Menariknya, pelaburan asing kekal melebihi 60 peratus walaupun semasa penggal pertama Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS),” katanya.

Seorang lagi penganalisis BIMB Securities, Amiratul Husna, berkata jumlah pelaburan yang diluluskan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) mencapai rekod tertinggi sebanyak RM378.5 bilion pada 2024.

Beliau berkata, pertumbuhan itu didorong terutamanya oleh pelaburan tempatan yang mencatat rekod baharu sebanyak RM208.1 bilion, manakala pelaburan asing kekal melebihi RM100 bilion untuk tahun keempat berturut-turut.

“Sektor pembuatan terus menjadi tarikan utama pelaburan, dengan nilai melebihi RM100 bilion, di mana hampir RM90 bilion daripadanya datang daripada pelabur asing.

“Lebih menarik, 85 peratus daripada pelaburan yang telah diluluskan sudah direalisasikan, dengan jangka masa dianggarkan antara 18 hingga 24 bulan bagi projek pembuatan dan enam hingga 12 bulan bagi perniagaan berasaskan perkhidmatan,” katanya.



Syed Saddiq lengkapkan kembali majoriti dua pertiga ....

DSA- UMNO BANYAK DAPAT MANFAAT DALAM KERAJAAN PH....AHLI PKR SENDIRI TAK SEBANYAK ITU

Lebih 4 Tan Narkotik, Hampir 10,000 Suspek Ditahan

 


Jabatan Siasatan Jenayah Polis Negara Indonesia mempamerkan dadah yang dirampas antara Januari dan Februari tahun ini dalam satu sidang media di Jakarta, merangkumi 4.171 tan narkotik termasuk methamphetamine, ecstasy, ganja, kokain dan tembakau sintetik. Foto AFP

JAKARTA, 6 Mar – Pihak berkuasa Indonesia merampas 4.171 tan narkotik bernilai kira-kira 2.72 trilion rupiah (RM734.6 juta) dalam operasi besar-besaran di seluruh negara dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Operasi yang diketuai Agensi Siasatan Jenayah antara Januari hingga 27 Februari menyaksikan penahanan 9,586 suspek serta pembongkaran hampir 6,900 kes berkaitan dadah.

Ketua agensi itu, Pesuruhjaya Jeneral Wahyu Widada, berkata dadah yang dirampas, termasuk 1.28 tan methamphetamine, 346,959 pil ecstasy, 493 kilogram (kg) ganja, 3.4 kilogram kokain, 1.6 tan tembakau sintetik, dan lebih dua juta pil haram lain, yang berpotensi menjejaskan lebih 11 juta orang.

Jabatan Siasatan Jenayah Polis Negara Indonesia mempamerkan dadah yang dirampas antara Januari dan Februari tahun ini, dalam satu sidang media di Jakarta, Indonesia. Foto AFP

“Memerangi narkotik mestilah menyeluruh, menyasarkan kedua-dua aspek penawaran dan permintaan. Kami komited untuk memerangi dadah tanpa tolak ansur,” katanya pada sidang media dalam talian.

Polis turut membongkar beberapa rangkaian pengedaran antarabangsa, termasuk yang dikaitkan dengan Freddy Pratama, antara raja dadah paling dikehendaki di Asia Tenggara.

Empat warga asing ditahan dalam kes berkenaan, dengan pihak berkuasa merampas 35kg methamphetamine dan lebih 1,000 pil ecstasy.

Wahyu berkata sindiket pengedaran dadah menggunakan pelbagai kaedah penyeludupan, termasuk laluan darat dari Sumatera ke Jawa, penghantaran maritim dari kawasan Segi Tiga Emas dan Bulan Sabit Emas, serta perkhidmatan kurier rasmi.

Sesetengah sindiket turut mengendalikan makmal dadah secara rahsia di kediaman mewah berpengawal ketat.

“Kami melihat teknik penyeludupan yang semakin canggih, termasuk penggunaan penghantaran kargo dan laluan maritim,” katanya, sambil menambah bahawa mereka turut merampas aset berkaitan pengubahan wang haram hasil dadah bernilai 853 juta rupiah (RM230,000).

Jabatan Siasatan Jenayah Polis Negara Indonesia mempamerkan dadah yang dirampas antara Januari dan Februari tahun ini, dalam satu sidang media di Jakarta, Indonesia, yang turut menyaksikan penahanan 9,586 suspek. – Foto AFP

Operasi besar-besaran terus dipergiat bagi menumpaskan sindiket pengedaran di beberapa wilayah utama seperti Jawa, Sulawesi dan Kalimantan.



Amalan Jelek Fitnah Mesti Dihentikan – PM Anwar

 


Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah ketika Taklimat Harian PMO pada 6 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 6 Mar – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan amalan jelek fitnah mesti dihentikan dan tidak dibudayakan, terutamanya di kalangan pejuang Islam.

Menurut Perdana Menteri, penarikan semula kenyataan fitnah yang dilemparkan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim wajar dijadikan pengajaran untuk tidak bermudah dalam melempar sesuatu tuduhan kepada insan yang lain.

“Ini kerana ia bukan sahaja menimbulkan fitnah kepada yang tertuduh, malah turut mengembalikan fitnah kepada si penuduh,” kata beliau menerusi taklimat harian yang disampaikan oleh Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah pada Khamis.

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah ketika Taklimat Harian PMO pada 6 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Menurutnya, amalan berpuasa mesti menjentik dhamir manusia agar kembali kepada fitrah asal kejadian termasuk menghidupkan budaya wacana yang segar dan menolak amalan fitnah memfitnah.

“Memaafkan itu tidak sama sekali merendahkan darjat manusia, bahkan mengangkat kedudukan hamba di sisi Tuhannya,” ujar Anwar.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Rabu merekodkan penyelesaian luar mahkamah bagi kes saman fitnah membabitkan Anwar dan Ahmad Amzad.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Amzad Hashim.

Penyelesaian yang direkodkan di hadapan Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani menyatakan kedua-dua pihak bersetuju menarik balik tuntutan masing-masing tanpa sebarang kos dan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula kes berkenaan.

Dalam kenyataan bersama yang dibacakan di mahkamah, plaintif dan defendan bersetuju menamatkan pertikaian peribadi tersebut bagi memberi tumpuan kepada isu-isu lebih besar dan penting untuk negara.



PUASHATI RAFIZI SEKOLAH MERBOK ! SG4 PERUNTUKAN NAK, TAPI KERJA TAK NAK ...

TERBAIK MALAYSIA DS ANWAR PMX!SATU PENGUMUMAN YANG MANTAP UNTUK NEGARA!

[[LIVE]]4.3.25 URBAN RENEWAL ACT (URA) ITU APA? Persenda agama, DJ radi...



WANG RM170 JUTA RASUAH ISMAIL SABRI MILIK TUN MAHATHIR DIBERI KEPADA ISM...

"Kata tergesa-gesa, tapi tak hadir sesi libat urus" - Rafizi Ramli mengg...

RM170 JUTA - SIAPA ADA KEPENTINGAN? | PMX TAK BAGI JALAN ISMAIL SABRI

"Kalau PMX Tak Sebut, Mesti Pindaan Takkan Dibuat!" - Parit Buntar

DS RAFIZI HABIS SEKOLAHKAN MP PN! MEMANG GENIUS BUAT PEMBANGKANG PANAS!

Pinda perlembagaan berhubung larangan ahli Dewan Rakyat tukar parti?

 



Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said mengesahkan bahawa kerajaan tidak mempunyai cadangan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung larangan tukar parti.



“Kerajaan Madani sehingga kini tidak mempunyai cadangan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berkaitan Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti.

“Dalam hubungan ini, Kerajaan Madani sentiasa bersedia bagi meneliti perkara ini dengan lebih lanjut bersama semua parti Kerajaan dan pihak pembangkang.



Pada masa yang sama kerajaan juga mempunyai iltizam untuk menggubal RUU Pendanaan Politik

Sebanyak lapat sesi libat urus telah diadakan.



Pada masa yang sama Azalina mengakui terdapat beberapa perkara dasar yang belum mencapai persetujuan sebulat suara.

“Terdapat beberapa perkara dasar yang belum mencapai persetujuan sebulat suara, seperti keperluan pendanaan awam kepada parti politik, had sumbangan dan entiti yang akan mengawal selia dana politik.



“Justeru itu, satu mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat bersama Setiausaha Agong semua parti politik.

“Mesyuarat ini akan dipengerusikan oleh saya sendiri bagi mendapatkan pandangan dan pendirian parti mengenai cadangan penggubalan RUU ini serta membincangkan persoalan dasar yang timbul.”


Beliau berkata demikian di dalam jawapan bertulis kepada Datuk Seri Shafie Apdal (Warisan-Semporna).


Shafie bertanya sama ada kerajaan bercadang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menambah baik Akta Anti Lompat Parti dan membentangkan Akta Pendanaan Politik di Parlimen sebelum Pilhan Raya Umum ke-16


ORANG MAKAN AIR OREN DENGAN NASI MEMANG ADA SIKIT TAK BETULNYA

 


                  ORANG TAK PUASA NAK MAKAN DIKEDAI KAH ..KIOK



Adun Pas sibuk cari orang ponteng puasa dipersoal ramai.Mung benggong.


Seorang Adun Pas di Terengganu mengundang kecaman ramai selepas memuat naik aktiviti bulan Ramadannya dengan melakukan ‘tinjauan’ di gerai-gerai untuk mencari umat Islam tidak berpuasa.

Dalam satu laporan media, Adun Cukai Hanafiah Mat berkata beliau mahu tahun ini geng plastik hitam dikurangkan seminimum mungkin.


Tetapi katanya, tinjauan di daerah Kemaman belum menemui orang Islam yang tidak berpuasa pada siang hari.


Susulan itu orang ramai mempertikai tugas dan peranan wakil rakyat berkenaan yang sepatutnya mencari rakyat miskin untuk dibantu dan bukannya melalukan perkara tidak perlu seperti memburu geng plastik hitam.


Ia turut mendapat perhatian pemerhati politik, Norman Radzuan yang menegur bahawa tugas mencari orang ponteng puasa bukan tugas seorang wakil rakyat.


“YB tugas nak cari orang ponteng puasa ini bukan tugas kamu. Tugas kamu sebagai wakil rakyat dan Exco mencari rakyat yang tidak mampu beli makanan untuk keluarganya berbuka atau mereka yang memerlukan bantuan.


“Kerja asyik nak menghukum orang tapi dia tak tahu dosa abaikan keperluan rakyat itu jauh lebih berdosa.

“Lagi pun mana ada orang ponteng puasa makan di tempat terbuka,” ulasnya di Facebook.

Menurut FMT, Hanafiah berkata beliau tidak bimbang tindakannya akan mengundang kritikan kerana niatnya adalah untuk mencegah kemungkaran serta menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin.





Malaysia makin hampir mempunyai cip AI sendiri ‘made from Malaysia’

 




Malaysia semakin menghampiri impiannya untuk menjadi pemain utama dalam semikonduktor global sekali gus mempelopori pembuatan cip AI ‘made from Malaysia’.

Melalui kerjasama strategik Malaysia dengan Arm Holdings Inc, Malaysia telah merancang salah satu pelan teknologi paling bercita-cita tinggi untuk mempelopori cip AI.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kehadiran Arm bakal menjadikan Malaysia pusat semikonduktor serantau yang mampu mewujudkan peluang pekerjaan berteknologi tinggi untuk rakyat Malaysia dan melonjakkan ekonomi negara.


“Kita serius untuk menjadi pemain utama dalam sektor semikonduktor global dan kerjasama dengan Arm merupakan salah satu langkah penting.


“Arm adalah peneraju dunia dalam reka bentuk cip yang digunakan dalam majoriti peranti mudah alih. Dan kini Arm akan membuka pejabat di Malaysia sebagai hab untuk rantau Asia Tenggara.

“Arm juga akan melatih 10,000 jurutera reka bentuk litar bersepadu dan 100 jurutera penyelidikan dan pembangunan.


“Mereka juga akan membantu kita mencapai sasaran strategi semikonduktor negara yang melahirkan 10 syarikat semikonduktor tempatan dengan pendapatan tahunan sehingga RM4.7 bilion,” katanya dalam satu perkongsian video malam tadi.

Semalam Perdana Menteri berkata, Malaysia telah mencetuskan satu daripada perancangan teknologi paling hebat yang pernah disaksikan Malaysia: untuk merintis cip kecerdasan buatan (AI) ‘Buatan Malaysia’.





BOCOR!! APA KAITAN PAS DAN WANG RASUAH LIBATKAN ISMAIL SABRI!

1st time DSA nak komen pasal CheGU Bad auto paloi




Ringgit Melonjak 170 Peratusan Dalam Mata Berbanding Dolar AS

 



Pada 8 pagi ini, ringgit melonjak 170 peratusan dalam mata (PIP) kepada 4.4100/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4270/4320 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.

KUALA LUMPUR, 6 Mar – Ringgit meneruskan momentum positifnya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Khamis, susulan ketidaktentuan ketara berhubung tindakan AS mengenakan tarif import yang menjejaskan sentimen niaga dan pengguna, kata penganalisis.

Pada 8 pagi ini, ringgit melonjak 170 peratusan dalam mata (PIP) kepada 4.4100/4250 berbanding dolar AS daripada 4.4270/4320 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.

Sehubungan itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, senario sedemikian akan menyaksikan firma dan isi rumah cenderung mengurangkan perbelanjaan yang hanya memburukkan lagi pertumbuhan ekonomi negara maju itu.

Menurutnya, beberapa bank pelaburan utama di AS turut mempertimbang kemungkinan berlakunya kemelesetan AS susulan pelaksanaan tarif berkenaan.

Di peringkat tempatan, Mohd Afzanizam menjangkakan Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus dalam mesyuarat hari ini.

“Apa lebih penting adalah penilaian terkini jawatankuasa itu mengenai keadaan ekonomi global serta kecenderungan mereka mengenai prospek untuk 2025,” katanya kepada Bernama.

Bersandarkan kepada perkembangan semasa, beliau berkata USD/MYR mungkin bergerak ke arah paras sokongan semasa iaitu 4.37.

Selain itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain, termasuk susut berbanding yen Jepun kepada 2.9619/9722 daripada 2.9614/9647.

Ringgit juga rendah berbanding pound Britain kepada 5.6840/7034 daripada 5.6825/6889 namun naik berbanding euro kepada 5.6840/7034 daripada 4.7409/7462 semalam.

Sebaliknya, ringgit kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang ASEAN.

Ini termasuk naik berbanding rupiah Indonesia kepada 270.3/271.3 daripada 271.3/271.8, mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.69/7.72 daripada 7.72/7.73 dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 13.1211/1767 daripada 13.1545/1756.

Ringgit juga susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3128/3246 daripada 3.3126/3166, semalam.




Menteri Perpaduan gesa PDRM, SKMM bertindak terhadap sesiapa persenda, hina agama

 



Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang memohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana -mana pihak yang menghina dan mempersenda agama dan sensitiviti isu 3R di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.

“Tindakan tegas melalui Seksyen 298 Kanun Keseksaan, seksyen 504 Kanun Keseksaan, seksyen 505 Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia perlu diambil untuk memastikan keselamatan serta keharmonian masyarakat sentiasa terpelihara,” kata beliau dalam satu kenyataan semalam.

Seksyen 298 menjenayahkan tindakan melakukan perasaan agama seseorang dan boleh dipenjarakan setahun dan denda jika sabit kesalahan.


Seksyen 504 menjenayahkan mengaibkan seseorang dengan tujuan memecahkan keamanan. Seksyen 505 menjenayahkan perbuatan membuat kenyataan awam yang mendatangkan khianat awam.

Mereka yang disabitkan kesalahan boleh disabitkan dengan hukuman penjara dua tahun.

Beliau turut menamakan segelintir individu yang menyebarkan provokasi, penghinaan agama dan perkara berkaitan 3R di TikTok.


Mereka yang dinamakan adalah Vijayan Savarinathan, Zamri Vinoth, Saravanan Sanmugom dan Crime_Man.

Di peringkat kementerian, Aaron menyatakan bahawa kempen Cakap Baik-Baik dengan prinsip Faham, Hormat dan Terima sedang dilaksanakan.

Dalam perkembangan berkaitan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee turut memandang serius tindakan seorang individu yang memuatnaik kandungan media yang jelas mempermainkan serta mempersendakan ajaran Islam dan tular di media social.

Nama individu berkenaan bagaimanapun tidak disebut dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.



Harith Iskander, Cecelia Yap akhirnya dikompaun RM10,000

 



Selebriti Harith Iskander dan Cecelia Yap Song masing-masing dikompaun RM10,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).


Kompaun itu dikenakan atas kesalahan memuat naik kandungan dan komen jelik melibatkan agama Islam berkaitan istilah ‘ham’ di Facebook, Januari lalu lalu.


SKMM menerusi kenyataan sebentar tadi memaklumkan kompaun tersebut adalah mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berdasarkan peruntukan sebelum pindaan akta yang berkuat kuasa pada 11 Februari 2025.


“Selepas menerima permohonan daripada SKMM, Meta telah menurunkan kandungan tersebut setelah ianya didapati melanggar garis panduan komuniti Facebook.



“Selain itu, permohonan penutupan akaun Facebook milik kedua-da individu terbabit juga telah dibuat. Permohonan tersebut kini dalam penelitian dan penilaian pihak Meta,” menurut kenyataan SKMM.



Pada 18 Januari lalu, Harith berkongsi gambar minuman ‘ham sap kopi’ dengan kapsyen yang menyatakan kekeliruannya mengenai perkataan ‘ham’ dan kesan terhadap keimanannya.


‘Ham sap’ juga dikenali sebagai istilah slanga dalam bahasa Kantonis yang bermaksud lucah atau tidak senonoh.

Humor itu dibuat susulan kontroversi mengenai status halal sandwic ‘ham and cheese’ yang dijual di sebuah kedai serbaneka apabila terdapat kekeliruan mengenai penggunaan istilah ‘ham’ yang biasanya merujuk kepada daging babi.

Hantaran Harith itu menerima pelbagai reaksi orang ramai termasuk Cecelia Yap meninggalkan komen yang dianggap menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Komentar Cecelia yang menghina Islam itu mengundang kemarahan dalam kalangan masyarakat, mengakibatkan beberapa laporan polis dibuat terhadap kedua-dua mereka.





ANNUAR MUSA TIBA TIBA DISEBUT NAMA DALAM KES ISU RASUAH ISMAIL SABRI! AP...

SENARAI MENTERI YANG BAKAL DITANGKAP SPRM ISU RASUAH ISMAIL SABRI!

Amzad Tarik Kenyataan Fitnah Terhadap Anwar


Anwar memfailkan saman terhadap Ahmad Amzad pada 22 Disember 2022 atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah bahawa beliau berbohong menerima gaji RM1 ketika menjadi Penasihat Ekonomi Selangor.

KUALA LUMPUR, 5 Mar – Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim menarik balik kenyataannya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibuat pada 7 Disember 2022, manakala Anwar menarik balik saman tersebut tanpa sebarang kos.

Anwar diwakili peguam Datuk Sankara Narayanan Nair (SN Nair), Narendran Letchiemanan dan Wong Guo Jin dari firma guaman S N Nair & Partners, manakala Ahmad Amzad diwakili peguam Yusfarizal Yusoff dan Mohd Faizi Che Abu.

Ia setelah Mahkamah Tinggi di sini merekodkan penyelesaian luar mahkamah bagi kes saman fitnah membabitkan Anwar dan Ahmad Amzad.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Amzad Hashim.

Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani jam 9 pagi pada Rabu.

Kedua-dua pihak turut merakamkan penghargaan kepada hakim dan kakitangan mahkamah serta berharap keputusan ini dihormati semua pihak demi kesejahteraan negara.

Terdahulu, Anwar memfailkan saman terhadap Ahmad Amzad pada 22 Disember 2022 atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah bahawa beliau berbohong menerima gaji RM1 ketika menjadi Penasihat Ekonomi Selangor.

Berikut merupakan kenyataan awam yang disiarkan bagi menjelaskan perkara berkenaan.

KENYATAAN AWAM

1) Setelah mempertimbangkan kesan Saman Fitnah dan kos perundangan yang bakal ditanggung oleh kedua-dua pihak, pihak-pihak telah bersetuju untuk menamatkan pertikaian ini memandangkan terdapat lebih banyak isu yang lebih besar dan/atau penting yang perlu diberikan perhatian. YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim dan YB Datuk Haji Ahmad Amzad Bin Hashim mengambil keputusan untuk menghentikan pertikaian peribadi mereka di prosiding Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Terengganu, dibawah Guaman Sivil No: TA-23CY-3-12/2022.

2) Rentetan daripada atas, YB Datuk Haji Ahmad Amzad Bin Hashim menarik balik kenyataan yang dibuat olehnya pada 07.12.2022 dan secara kesannya YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim menarik balik Guaman Sivil No: TA-23CY-3-12/2022 tanpa sebarang kos.

3) YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim dan YB Datuk Haji Ahmad Amzad Bin Hashim merakamkan penghargaan kepada Hakim Mahkamah Tinggi dan pegawai-pegawai Mahkamah yang terlibat serta juga berharap agar Keputusan ini dapat diterima dan dihormati oleh semua pihak dan tidak dijadikan bahawa yang boleh mengganggu-gugat kesejahteraan dan keharmonian negara Malaysia.



'Jumpa ratus juta, tak payah siasat?' - PM nafi siasat Ismail motif politik




Perdana Menteri Anwar Ibrahim menafikan tanggapan yang mengatakan siasatan ke atas bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob mempunyai motif politik. Mengulas soalan wartawan yang membangkitkan tanggapan berkenaan, Anwar menyorot mengenai "wang ratusan juta" yang ditemukan di sebuah rumah.




OPERASI LALANG 1987 CEGAH KETEGANGAN KAUM


Che Ibrahim






Mungkin budak budak baru dalam politik tidak berapa tahu kisah Operasi Lalang Oktober 1987. Operasi penangkapan beramai -ramai tokoh tokoh politik dan aktivis masyarakat (sekitar 119 telah ditahan di bawah ISA) telah berjaya meredakan isu "ketegangan kaum" ketika itu. 


Ianya bermula apabila persatuan persatuan masyarakat cina telah membantah penempatan Guru Guru Besar dan Penolong Kanan ke Sekolah  Sekolah Rendah Jenis Kebanggsaan Cina (SRJKC) yang tidak ada kelayakan/menguasai Bahasa Cina. 


Bantahan ini menjadi semakin tegang apabila Pemuda UMNO bangun mempertahankan keputusan Kerajaan. Di tengah tengah ketegangan ini, berlaku amukan Prebet Adam yang melepaskan tembakan bertubi tubi di Chow Kit kerana tekanan kerjanya dalam askar. 


Tindakan cepat dan tegas Polis Draja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang membuat tangkapan beramai ramai pimpinan pembangkang dan kerajaan, serta mengharamkan penerbitan beberapa akhbar utama telah menyebabkan api perkauman itu tidak sempat merebak, suasana kembali tenang dan negara terselamat dari mengulangi sejarah perbalahan kaum 1969.


Ambo di ketika itu sebagai pimpinan/aktivis Mahasiswa turut terkesan dan terpaksa menyembunyikan diri takut kena tangkap.