Pesanan saya kepada semua sahabat-sahabat yang akan mengundi esok: belajarlah dari Najib Razak bahawa #derma itu tidak perlu dibalas. Bila ada calon dari BN atau mana-mana parti yang memberi wang pada malam ini, itu #derma dari beliau. Saudara tidak berhutang apa-apa, ambil #derma itu dan malam ini makan besar. Jasa DS Najib yang paling besar ialah memperkenalkan konsep #derma ini. Selamat mengundi! Dan sebarkan nasihat berguna ini, share seberapa banyak!
Timbalan Presiden PBB selar kenyataan Hadi Awang berhubung kenyataan Sarawak hanya boleh diperintah oleh orang Islam.
KUCHING: Timbalan Presiden PBB, Datuk Abang Johari Abang Openg menyelar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkata Sarawak hanya boleh diperintah oleh Bumiputera yang beragama Islam.
Bingung dengan sikap Hadi, Abang Johari berkata parti Islam itu mengetengahkan seorang calon Christian, Clement Bayang, sebagai calon kerusi Kakus.
“Mana satu yang betul? Mereka (PAS) kemuka calon bukan Islam tetapi mereka kata Sarawak hanya boleh diperintah oleh orang Islam? Apa yang sedang berlaku?” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan hak milik tanah kepada warga Kampung Senari hari ini.
Malam semalam, Abdul Hadi berkata PAS tidak akan membenarkan orang bukan Islam perintah Sarawak, termasuk daripada DAP.
Ahli Parlimen Marang menambah walaupun PAS mengiktiraf orang Cina dan orang India sebagai warganegara, beliau menegaskan pemimpin haruslah beragama Islam.
Sementara itu, ketika dihubungi, Setiausaha PAS Sarawak, Mukhtar Suhaili menjelaskan Bayang terpilih sebagai calon bagi membuktikan kepada pengkritik bahawa parti Islam itu menerima semua orang tanpa mengira anutan agama.
“Pihak tertentu cuba menggambarkan kami sebagai pelampau tetapi kami sebenarnya tidak ekstrem,” katanya, dan menambah sokongan kepada Bayang setakat ini “menggalakkan”.