BOLASEPAK NEGARA DAN MARUAH.




 "Jika rayuan itu dibenarkan bermaksud tidak berlaku sebarang pemalsuan. Maksudnya FAM dan pemain tidak bersalah dalam mengubah dokumen." Baca berita penuh di ruangan komen.



Keputusan CAS: Tempoh 48 jam penentu maruah bola sepak negara

warisan

Tempoh 48 jam mendatang bakal menentukan hala tuju, maruah serta prestij Harimau Malaya dalam peta bola sepak dunia apabila keputusan pendengaran kes melibatkan tujuh pemain warisan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) dijangka akan diumumkan pada awal pagi Jumaat ini.

Kata putus yang sekian lama dinanti-nantikan itu menjadi topik perdebatan dan agenda utama negara dan apa yang lebih penting, ia bakal memasuki episod baru revolusi Harimau Malaya.




KENA MASUK LOKAP

 



Mahkamah ketepi denda RM5,500, lelaki pandu Vellfire tendang warga emas dipenjara empat bulan


“Keputusan denda oleh Mahkamah Majistret Kajang diketepikan dan kamu dihukum penjara empat bulan bagi setiap pertuduhan"- Hakim 


*Baca berita penuh di ruangan komen










NAK JADI APA KAH MEREKA INI ?



 Zack Rahim



Mutakhir ramai penerima darjah kebesaran istana-istana Malaysia dihadapkan ke mahkamah, pakai gari dan baju oren dan biru lokap. Ada Datuk Seri, ada Datuk dan paling tinggi Tan Sri. Malah ada Tan Sri disumbat dalam penjara. Gelaran Tan Sri dan Tun hanya dikurniakan di Istana Negara oleh Yang Di Pertuan Agong.







Tapi tiada apa tindakan untuk menarik balik darjah kebesaran ini. Siapa sebenarnya yang berkuasa memantau perkara ini? Rakyat memerhati sahaja kerana segala darjah kebesaran ini dikurniakan atas jasa, sikap, kelakuan dan usaha penerima. Tapi kalau dah jadi penjenayah, apa kehormatan yang ada pada darjah2 ni?


Mungkin alasan selagi tak bersalah. Tapi dah berapa ramai golongan Datuk2 ni dipenjarakan? Kalau dihadapkan ke mahkamah oleh polis, SPRM, Immegresen, JPJ dll, pastinya atas kebenaran Peguam Negara. Bila AG dah benarkan bermakna ada kes yang nyata serta bukti kukuh. Sekalipun AG kalah di mahkamah, tapi apabila mahkamah putuskan untuk membelas diri ia jelas kes ada. Hanya tinggal kesilapan teknikal sahaja memisahkan sesuatu kes.


Wajar satu tindakan serius diambil atau masyarakat mula hilang hormat kepada semua Datuk2 di Malaysia ini atau memanggil mereka Datuk kriminal!



KES TEMBAK KERETA KOMANDER AKPS








Polis percaya suspek yang menembak kenderaan Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam SAC Mohd Nasaruddin Mohd Nasir di sini awal pagi tadi, menggunakan senjata api jenis semi automatik.


Polis telahpun melancarkan Ops Tutup termasuk di pintu masuk sempadan negara di Durian Burung, Padang Terap sejurus kejadian.


HARAP SUSPEK DIBERKAS DENGAN SEGERA!!!!!!!




ANWAR TETAP TERUSKAN. WALAUN BODO MASIH MAINKAN NARATIF LIWAT. RATA RATA WALAUN YANG BODO MEMAINKAN LAGI ISU INI BILA BERDEBAT. KATA ISLE...TAK TAU HUKUMAN KA APA.?.

 


Jambatan baru merentasi Sungai Kelantan di Palekbang. Ia akan menghubungi bandar Tumpat dan Kota Bharu. Jambatan ini sepatutnya siap pada tahun 1990 tapi oleh kerana tindakan Mahathir menganaktirikan Kelantan ia tidak dapat disiapkan.


Bila Madani ambilalih kerajaan, perkara ini antara yang diberikan perhatian.


Kerja pembinaan telah bermula dan dijangka siap pada sekitar 15 September 2026 menurut kontrak pembinaan yang dimeterai. 


Menurut laporan pada akhir 2025, jambatan tersebut berada pada tahap sekitar 22% siap (masih dalam pembinaan).


Madani tak pinggir Kelantan walau Anwar dihina dan difitnah walaun setiap saat.



LONDEH ....CUCUH JA..HA HA...



 


MOTIF PEMBUNUHAN BERKAIT TUGAS RASMI









Kematian tragik Datuk Shaharuddin Ibrahim, bekas Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), pada 26 April 2013, merupakan satu peristiwa yang mengejutkan rakyat Malaysia.


Beliau yang dikenali sebagai pegawai yang berdedikasi dan tegas dalam menegakkan integriti serta menentang penyeludupan, ditembak mati ketika dalam perjalanan ke pejabat. Kejadian ini bukan sahaja menimbulkan rasa takut di kalangan pegawai kerajaan, malah menimbulkan persoalan tentang keselamatan pegawai tinggi dan kemungkinan campur tangan jenayah terancang.


Datuk Shaharuddin mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam perkhidmatan Kastam. Sepanjang kerjayanya, beliau dikenali sebagai seorang pegawai yang serius mempertahankan integriti dan ketelusan. Sikap tegasnya menentang rasuah dan penyeludupan menjadikan beliau seorang pegawai yang dihormati rakan sekerja serta masyarakat. Beliau menetap di Dengkil, Selangor dan ketika kejadian berumur 58 tahun. Dedikasi dan profesionalisme beliau menjadikan kejadian pembunuhan ini lebih mengejutkan kerana ia menyerang seseorang yang bukan sahaja berstatus tinggi tetapi juga terkenal dengan prinsip moral yang tinggi.


Pada pagi 26 April 2013, Datuk Shaharuddin menaiki pacuan empat roda menuju ke pejabat di Putrajaya. Di persimpangan lampu isyarat, beliau didekati oleh dua lelaki menunggang motosikal, dan seorang daripada mereka melepaskan tiga das tembakan yang mengenai leher dan kepala beliau. Beliau segera dikejarkan ke Hospital Putrajaya, namun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah. Kejadian berlaku hanya kira-kira satu kilometer dari Ibu Pejabat Polis Putrajaya, menunjukkan keberanian dan perancangan teliti pihak pembunuh.


Pihak polis memulakan siasatan intensif dengan mengambil keterangan daripada puluhan saksi serta meneliti rakaman kamera litar tertutup. Beberapa suspek telah ditahan, termasuk individu yang dipercayai berusia 20-an, dengan reman dilanjutkan untuk membantu siasatan.


Motif pembunuhan dipercayai berkait rapat dengan tugas rasmi beliau. Datuk Shaharuddin pernah melaporkan pegawai yang terlibat dalam sindiket penyeludupan, termasuk di Langkawi, serta dipercayai mempunyai pengetahuan tentang kegiatan jenayah terancang. Polis juga tidak menolak kemungkinan campur tangan kumpulan kongsi gelap, memandangkan modus operandi tembakan itu menyerupai pembunuhan terancang.


Kematian beliau menimbulkan rasa dukacita yang mendalam di kalangan rakan sekerja, pegawai kerajaan, serta masyarakat umum. Ketua Pengarah Kastam ketika itu mengiktiraf jasa dan dedikasi beliau, manakala keluarga percaya pembunuhan ini adalah akibat daripada komitmen beliau terhadap integriti dan tugas rasmi. Anugerah Khas Integriti yang diterima beliau beberapa tahun kemudian menunjukkan penghargaan masyarakat terhadap jasa dan prinsip profesional beliau.


Pembunuhan Datuk Shaharuddin Ibrahim menonjolkan risiko yang dihadapi pegawai awam dalam menegakkan integriti dan menentang jenayah. Walaupun beberapa suspek telah ditahan, motif sebenar masih menjadi misteri dan terus menjadi subjek spekulasi. Namun, jasa beliau sebagai seorang pegawai yang berdedikasi dan berprinsip tinggi tetap diingati, menjadikan kes ini sebagai peringatan bahawa keberanian dan integriti dalam perkhidmatan awam kadangkala datang dengan risiko yang besar.


Jasa Mu di Kenang.


Al Fatihah buat Allahyarham Datuk Shaharuddin Ibrahim mantan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (JKDM)





NILAI PERDAGANGAN MALAYSIA MENINGKAT

 



Prestasi perdagangan Malaysia bagi Januari 2026 kekal kukuh, meningkat 12.6 peratus tahun ke tahun kepada RM272.37 bilion berbanding RM241.97 bilion dalam tempoh sama tahun lepas, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).






Dalam kenyataan hari ini, MITI menyatakan pertumbuhan eksport disokong oleh pengembangan eksport bagi bulan ketujuh berturut-turut yang mencatat pertumbuhan dua digit sebanyak 19.6 peratus kepada RM146.87 bilion manakala import meningkat secara sederhana sebanyak 5.3 peratus kepada RM125.50 bilion.


Berita penuh : https://www.bernamabiz.com/news-bm.php?id=2525725/


#InfografikBernama 

#BernamaNews 

#Malaysia 

Ministry of Investment, Trade and Industry, Malaysia

MATRADE HQ




DUA TERENGGANU’ YANG MENGHIMPIT ANWAR




25 Februari 2026


Apabila Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik sebagai Pengerusi PN, ramai yang segera membayangkan beliau adalah Perdana Menteri selepas PRU16 akan datang.


Kata ramai orang, nampaknya kali ini Malaysia buat pertama kali akan mendapat Perdana Menteri berasal daripada Terengganu.


Dr Ahmad Samsuri atau Dr Sam berasal daripada Besut, Terengganu dan kini merupakan Menteri Besar Terengganu, Ahli Parlimen Kemaman dan ADUN Rhu Rendang, Marang.


Tidak dinafikan kemunculan Dr Sam sebagai Pengerusi PN membuatkan ramai yang teruja berikutan imejnya yang bersih, wataknya yang sederhana dan tahap pendidikan tinggi dimilikinya.


Ramai yang mengharap beliau mampu memimpin negara ini ke arah yang lebih baik, penuh bermakna dan bukan dengan jerit pekik yang memekakkan telinga.


Melihat wajah Dr Sam, tidak kurang yang sejuk mata, lalu berharap kepimpinannya nanti turut mampu menyejukkan hati-hati yang kecewa lantaran banyak janji yang tak dilaksana.


Pendek kata, kehadiran Dr Sam seperti menepati maksud pantun perumpaaan -  kalau mencari tempat mandi, yang pertama teluk, kedua pantai

- kalau mencari pemimpin sejati, pertama elok, kedua pandai.


Hakikatnya, jika PN berjaya menggerakkan kempen dengan berkesan, Dr Sam yang memimpin gabungan itu bakal menjadi cabaran terbesar kepada PH pada PRU akan datang.


Cabaran utama tentunya Dr Sam yang berasal daripada Terengganu itu sendiri yang dilihat mempunyai pelbagai kelebihan dan mudah dipasarkan untuk menarik hati pengundi.


Dalam sudut yang lain,  di samping PN yang kini diterajui Dr Sam merupakan pesaing utama kepada PH, gabungan parti yang membentuk kerajaan sekarang juga sedang menerima pelbagai tekanan dalaman yang jika tidak diuruskan dengan baik, pasti akan menjejaskan peluangnya memenangi PRU akan datang.


Tekanan paling kuat dan terhebat ketika ini ialah daripada Rafizi Ramli, bekas Timbalan Presiden PKR dan bekas Menteri Ekonomi.


Sejak terkeluar daripada jawatan utama parti dan kerajaan, Rafizi mula menggerakkan podcast mingguannya untuk menyerang kerajaan, Anwar selaku Perdana Menteri, PKR dan hal-hal yang berkaitan PH.


Serangan dan kritikan Rafizi itu sudah tentu lama kelamaan akan membuatkan rakyat makin menjauhi PKR/PH, Anwar dan kerajaan.


Kelebihan Rafizi ialah beliau ada tarikan di kalangan pengundi bandar, kelompok profesional serta pengundi atas pagar.


Lebih menarik lagi kerana Rafizi sudah pun mengumumkan untuk bertanding lagi di Parlimen Pandan pada PRU16 akan datang, tetapi bukan atas tiket PKR/PH.


Jika 9 Ahli Parlimen PKR yang sekarang setia bersama Rafizi turut mengikut langkah, mahu tidak mahu, ini adalah suatu pukulan buat PKR/PH, Anwar dan juga kerajaan.


Secara kebetulan, Rafizi juga berasal daripada Terengganu, sama seperti Dr Sam.


Kedua-dua mereka berasal daripada Besut, cuma Rafizi kemudiannya membesar di Kemaman, manakala Dr Sam sekarang Ahli Parlimen Kemaman dan Rafizi Ahli Parlimen Pandan di Selangor.


Dalam PRU16 akan datang, kedua-dua sosok Terengganu ini adalah ancaman sebenar kepada PKR/PH, Anwar dan kerajaan semasa.


Dr Sam melalui gabungan politik Melayu terbesar PN yang diterajuinya akan menghimpit Anwar di sebelah kanan,  sementara Rafizi dengan serangan terhadap dalam bentuk yang lain akan menghimpit di sebelah kiri.


“Dua Terengganu” ini, walaupun mungkin tidak bersama dalam satu wadah atau parti, tetapi mereka mempunyai tujuan dan matlamat yang sama pada PRU16 akan datang iaitu sama-sama ingin melihat PKR/PH dan Anwar dapat dijatuhkan.


Tidak mustahil pula nantinya, salah seorang daripada “Dua Terengganu” itu akan menduduki kerusi Perdana Menteri yang sekarang diduduki Anwar. - ShahbudinHusin 25Februari2026.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1223748466414937&id=100063393840098





GUNA ASET KERAJAAN NEGERI


Pahangku Media


 Isu penggunaan aset kerajaan negeri Terengganu kembali hangat diperkatakan selepas tular dakwaan bahawa jentera pilihan raya PAS Pahang mengadakan program pemukiman menggunakan fasiliti milik kerajaan negeri. Perkara ini bukan sekadar isu teknikal penyewaan premis, tetapi menyentuh persoalan besar tentang integriti, ketelusan dan sempadan antara kerajaan dengan parti politik.




Kartel seludup sempadan Negara tembak kenderaan bos AKPS yang jaga pintu sempadan Bukit Kayu Hitam - Thailand.

 


Syam Ghaz







Kartel seludup sempadan Negara tembak kenderaan bos AKPS yang jaga pintu sempadan Bukit Kayu Hitam - Thailand.


Setahun penubuhan AKPS dibawah Kementerian Dalam Negeri telah catat lebih RM80 juta nilai rampasan barang seludup.


Di Bukit Kayu Hitam sahaja dari 1 Januari 2026 - 22 Februari dah RM2.5 juta barangan disita.


AKPS ni ‘anak butir’ Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail jadi Menteri Dalam Negeri era Kerajaan Perpaduan.


Ranking Keselamatan/Merendah GPI (Indeks Keamanan Global) di kedudukan ke 13 daripada 163 negara di dunia dalam Indeks Keamanan Global 2025, ini menunjukkan Malaysia berada di Top 15 negara paling aman dunia.


Polis Kelantan tutup terus 220 jeti haram Sg Golok, penyeludup pula berpindah ke laluan Bukit Kayu Hitam.


Itu yang kita tengok ada tindakbalas, hingga tembak menembak. Tanda AKPS dan Polis buat kerja. Lepas ini makin ketat semua sempadan Negara rasanya.


Jalan terus AKPS dan PDRM!!! 


Kita doakan Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) dapat tahan tak sampai 48 jam!


Kami rakyat Malaysia bersama anda dan mendoakan pegawai yang komited agar semua selamat. Amen 🤲🏻




JIKA ANDA ADA DI KWSP


RMS


 EPF dividends will be announced this Saturday! 🤑




Analysts are expecting 6.30-6.50%.


• RM10,000 -> RM650

• RM50,000 -> RM3,250

• RM100,000 -> RM6,500

• RM300,000 -> RM19,500

• RM500,000 -> RM32,500

• RM1,000,000 -> RM65,000


^ Assuming EPF pays the higher range.




10 MP PKR TUNTUT BEBERAPA PERKARA LEBIH TELUS.

 


Sekumpulan 10 ahli Parlimen PKR mencetuskan gelombang baharu dalam arena politik apabila memberi bayangan bahawa sokongan mereka terhadap Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2026 tidak akan diberikan secara automatik.



Mereka menegaskan bahawa pemisahan kuasa antara Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya mesti benar-benar menjamin kebebasan institusi, bukan sekadar perubahan struktur di atas kertas. Dengan undi dua pertiga diperlukan, pendirian kumpulan ini dilihat mampu menjadi faktor penentu.


Antara tuntutan utama mereka ialah supaya Parlimen diberi peranan langsung dalam pelantikan Pendakwa Raya melalui proses pendengaran awam yang telus dan disiarkan secara terbuka. 


Mereka berpendapat cadangan sedia ada terlalu menumpukan kuasa kepada Perdana Menteri dan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP), sekali gus menimbulkan persoalan tentang semak dan imbang sebenar.


Sokongan mereka, tegasnya, bergantung kepada kesediaan kerajaan mempertimbangkan pindaan tersebut.


Kenyataan bersama itu turut merujuk kepada gesaan pertubuhan sivil seperti Bersih, Pusat C4 dan IDEAS yang mempersoalkan tahap kebebasan jawatan Pendakwa Raya dalam rang undang-undang berkenaan. 


Walaupun pelantikan dicadangkan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor SPKP selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, pengkritik berhujah bahawa pengaruh Perdana Menteri masih wujud secara tidak langsung melalui pelantikan pengerusi SPKP.


Bagi menguatkan hujah, kumpulan ahli Parlimen itu mengimbas kembali kontroversi lampau termasuk isu 1MDB, dengan mendakwa bahawa ketika itu rakyat dan Parlimen tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap Peguam Negara yang memegang kuasa pendakwaan. 


Mereka juga mencadangkan agar tempoh jawatan Pendakwa Raya dihadkan kepada empat tahun berbanding tujuh tahun seperti dicadangkan, bagi mengelakkan pemusatan kuasa yang terlalu lama merentasi beberapa pentadbiran.


RUU berkenaan dijangka dibentangkan untuk bacaan kedua pada 2 Mac, dan perdebatan dijangka menjadi panas.


Reformasi memisahkan fungsi AG dan Pendakwa Raya merupakan janji besar pembaharuan institusi, namun kini persoalannya lebih besar adakah pindaan ini benar-benar memperkukuh demokrasi, atau sekadar menukar bentuk kuasa tanpa mengubah keseimbangan sebenar?



HA HA PANDAI KATA KENA FITNAH. ANAK KO KERJA BAWAH GLC KAU BERKUASA.. LAGI FITNAH. KENAPA TAK GULING GULING.?


 

BERAT LA....


 

MURSYIDUL AM DI PENANG HOSPITAL BELUM ADA YANG ZIARAH KAH ?

Mohd Asri   Abu Bakar


 Dia tak simpan dendam. Dia menghormati seteru politik walaupun berbeza pendapat & pandangan. Dia Menteri tetapi dia masih mengambil peluang melawat @ menziarahi Ust Hashim Jasin (Mursyidul Am PAS) di Hospital P. Pinang. Mmg..pemimpin2 PHBN di akui jujur, beramanah & berintegriti. Tahniah DS Dzul, Menteri Kesihatan. Tolak segala agenda Politik yang tidak matang sptmana yg di lakukan oleh pihak2 pembangkang. 




Tapi dengar kata jugak....dek kerana marahkan MA, masih belum ada yang pemimpin2 dari parti Pak Lebai yang menziarahi MA. Ini termasuklah jiran sebelah yang dikatakan masih & sedang hiba kerana tidak di angkat sebagai Pengerusi PN.


 Macamtu pun, ada walauns yang cakap "pemimpin2 kami dari parti Pak Lebai tidak mengejar pangkat & jawatan". Kelakor! 🤭🤣🤣🤣




PMX DI PASAR RAMADHAN KAMPUNG BHARU

 


FRhan Fauzi









Petang tadi, saya mengiringi YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyantuni para peniaga dan pengunjung di Bazar Ramadhan Kampung Baru.


Suasana cukup meriah dengan pelbagai juadah. Sambil memilih hidangan berbuka, YAB Perdana Menteri sempat meluangkan masa mendengar sendiri denyut nadi dan aspirasi para peniaga kecil kita.


Melihat senyuman dan kemesraan rakyat adalah kekuatan kita. Marilah kita terus mendukung dan menyokong ekonomi peniaga tempatan.


Semoga Ramadhan ini membawa keberkatan buat semua.


#MalaysiaMADANI

#MADANIBerkerja

#RancakkanMADANI





BULAN PUASA NI PUN DAPAT DOSA QAZAF. NANTI NAK JADI WALI ANAK NIKAH TAK BOLEH TU.....NAMPAK KA TIDAK ? KALAU TAK NAMPAK , JANGAN TUDUH...



De De



 Bulan mulia ni saudara Shamsuri ismail... 


Apakata Tuan mohon maaf ja secara terbuka..sebab Tuan pun fitnah secara terbuka..







RAKYAT MALAYSIA MAHU YANG MANA - AZAM BAKI PERGI ATAU DAP PERGI?



25 Februari 2026


Semalam Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong mendesak agar kerajaan segera mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berhubung isu pemilikan sahamnya yang melebihi had dibenarkan sebagai penjawat awam.


Beliau memberi amaran bahawa kegagalan kerajaan untuk bertindak boleh menyebabkan rakyat dan pengundi hilang kepercayaan terhadap pentadbiran sedia ada.


Menegaskan kepentingan integriti, pemimpin DAP itu berkata, ini merupakan kali kedua isu pemilikan saham melibatkan Azam dibongkarkan, sekali gus menuntut satu tindakan drastik diambil.


“Azam Baki perlu letak jawatan. He has to go. Either he has to go or we have to go (Dia kena pergi atau kita yang perlu pergi). 


“He go or we go (Dia pergi atau kita yang pergi),” tegasnya.


Sejujurnya, dalam isu ini, rata-rata daripada kita boleh bersetuju bahawa Azam Baki harus pergi.


Dengan sudah dua kali isu memiliki saham terkait dirinya mencemarkan peraturan, beliau dikira sudah jadi liabiliti kepada kerajaan.


Apatah lagi, kerajaan madani ini begitu beria-ia mengangkat isu tatakelola dalam pentadbirannya.


Tentunya kelihatan janggal di mata rakyat jika kerajaan mahu terus bercakap soal tatakelola tetapi gagal bertindak sewajarnya dalam isu mudah seperti memiliki saham yang melebihi had yang dibenarkan.


Maka itu, jawapan paling tepat ialah Azam mesti pergi.


Tetapi, dalam konteks yang lebih luas apabila Ahli Parlimen Kota Melaka itu memberi kata dua kepada kerajaan - Azam Baki yang pergi atau kami (DAP) yang pergi - apakah pilihan kita sebenarnya?


Kita suka Azam Baki tiada lagi sebagai KP SPRM atau kita lebih suka DAP tiada dalam kerajaan?


Adakah masih boleh diterima jika Azam Baki kekal  ada tetapi DAP tiada lagi dalam kerajaan?


Atau lebih baik DAP kekal dalam kerajaan, namun Azam Baki disuruh pergi?


Ataukah lebih baik jika kedua-duanya harus pergi? - ShahbudinHusin 25Februari2026.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1223520113104439&id=100063393840098





SAMAN.JOM BACA SIKIT

 



Bestinet saman Iswardy Morni Utama dan Rafizi Ramli dan 8 yang lain 1 billion. Wow. Saya tau pun dari media dan setakat ini belum menerima sebarang LOD.


Dalam masa yang sama, mahkamah menolak permohonan gag order bestinet terhadap kami.