KEPALA BAPAK HANG...SANUSI KATA


 

YB KABU TAK ADA IDEA.

 






YB KABU Haim Hilman Abdullah ni bekas VC sebuah IPTA, sampai isu pokok Kabu dalam sekolah pun dia bawa masuk bahas dalam Sidang DUN Kedah.

Berberapa hari lepas CikguMail Sp upload di Fb, Cg Rahim, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah pergi lah tengok pokok KABU yang PROF KABU duk riuh tu. 


Berbeza orang reti buat kerja dengan kaki teori. 


Nak tebang pokok tu pun sampai kena tulis surat kepada PMX Anwar Ibrahim? Kena gelak dgn pakcik kedai kopi ja.


Rupanya pokok KABU tu duk luar pagar sekolah, atas tanah persendirian. 20% kanopi dalam Sekolah, 80% duk luar sekolah.


Beliau dah pakat pergi jumpa PIBG dan pengurusan sekolah tu pun, nanti mrka tebang.


Kerja level tu pun seorang YB, Exco Kedah, bekas VC Universiti, Profesor tidak boleh nak selesai sampai kena bawa ke sidang DUN. 


Amat memalukan lah jika tara ni je level YB Exco Pas Kedah. Bagi ajelah duit, orang kg pun boleh tebang. setel!


Kalau di Sekolah saya lah, saya sendiri ambik chainsaw tebang, tak perlu upah orang lain. Ada 3 biji chainsaw kat rumah.


Lemah! Inilah masalah 33-3 menang majoriti besar di Kedah, sampai Yb2 pun takda kualiti.


Baru hantar 3 orang ja Sidang DUN, semua dah terduduk. 


Pru16 tukar lah Kerajaan PH-BN pula. Ubah Kedah



Bos Google Beri Amaran: Tiada Syarikat Akan Terlepas Jika "Buih AI" Meletup




Maksud "Buih AI":


· Bayangkan sebuah gelembung sabun yang sangat besar.

· Gelembung ini mewakili semua hype, pelaburan, dan jangkaan tinggi terhadap teknologi Kecerdasan Buatan (AI) sekarang.

· Semua orang begitu teruja dan melabur banyak duit, menyebabkan gelembung itu menjadi terlalu besar.

· Jika gelembung ini meletup, nilainya akan hilang serta-merta.


Apa Kata Bos Google (Ruth Porat):


1. Tiada Siapa Selamat: Beliau memberi amaran bahawa SEMUA syarikat termasuk gergasi seperti Google sendiri akan terjejas jika buih AI ini meletup. Tiada yang "kebal".


2. Pentingnya "Nilai Sebenar": Syarikat-syarikat perlu membangunkan AI yang:

   · Menyelesaikan masalah sebenar pengguna dan perniagaan.

   · Menghasilkan wang atau menjimatkan kos.

   · Bukan sekadar retorik teknologi yang "hebat" tetapi tidak praktikal.


3. Fokus kepada Kecekapan: Beliau menekankan kepentingan mengawal kos dan memastikan setiap pelaburan dalam AI memberikan pulangan yang bernilai.


Ringkasnya:

Bos Google sedang beriamaran awal kepada semua orang dalam industri teknologi. Beliau berkata, "Janganlah kita terlalu over-confident dan lupa tanya, adakah AI ini benar-benar berguna dan menghasilkan nilai? Jika kita tidak berhati-hati, apabila gelembung ini meletup, semua orang akan merasai kesannya."


Apa Maknanya Untuk Kita?

Ini adalah peringatan yang sihat.Teknologi AI perlu dibangunkan dengan bijak untuk manfaat jangka panjang, bukan hanya kerana ia sedang menjadi trend.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/business/2025/11/19/google-boss-warns-no-company-immune-if-ai-bubble-bursts-2



Kedah Nak Ambil Pulau Pinang Balik?

60 tahun hubungan diplomatik: Malaysia, Ethiopia sepakat pacu kerjasama bernilai tinggi


 


Dalam semangat memperingati 60 tahun hubungan diplomatik Malaysia-Ethiopia, kedua-dua negara sehaluan bahawa ia harus dipacu dengan hala tuju baharu merentasi kerjasama tradisional kepada sektor bernilai tinggi.




Dalam pertemuan ringkas bersama Presiden Republik Demokratik Persekutuan Ethiopia, Taye Atske Selassie Amde petang tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim  menzahirkan komitmen Malaysia melalui pembukaan semula Kedutaan Besar Malaysia di Addis Ababa pada September lalu.



Ia selaras dengan pengiktirafan terhadap Ethiopia sebagai hab diplomatik penting di benua Afrika.



Malaysia turut mengalu-alukan penubuhan Kedutaan Ethiopia di Kuala Lumpur sebagai satu lagi langkah memperkukuh jambatan persahabatan, kepercayaan dan kerjasama dua hala.

“Semoga hubungan Malaysia dan Ethiopia terus diperkasa dengan semangat persahabatan tulen, keyakinan bersama dan manfaat yang dirasai rakyat kedua-dua negara,” katanya.





Status pajakan Pulau Pinang: 'Tak timbul soal Kedah cabar perlembagaan'

SPRM cari Adam Radlan, menghilang lepas bayar penalti RM4.1 juta


 


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sedang menyiasat sama ada pemimpin Bersatu yang dikehendaki, Adam Radlan Adam Muhammad, berada di London.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, Adam didakwa lari keluar negara selepas dikenakan penalti oleh mahkamah sebanyak RM4.1 juta berhubung projek Jana Wibawa.


Memetik New Straits Times (NST), pemimpin Bersatu itu dikehendaki bagi membantu siasatan berhubung projek Lebuhraya Putrajaya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) (MEX 2) yang tergendala.



“Adam Radlan ialah individu yang dikehendaki yang kami perlukan untuk membantu siasatan kami berhubung kes MEX II.


“Dia meninggalkan Malaysia beberapa bulan lalu selepas membayar penalti yang dikenakan mahkamah sebanyak RM4.1 juta untuk projek Jana Wibawa.


“Selepas itu (selepas bantu siasatan), dia mempunyai kebebasan untuk meninggalkan negara,” kata Azam seperti dilapor portal bahasa Inggeris itu.


Mahkamah Sesyen sebelum ini melepaskan dan membebaskan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan daripada 12 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan projek Jana Wibawa selepas dia membayar kompaun RM4.1 juta.





PN agak ‘underdog’ di Sabah, tiada poster boy dan tokoh menonjol


 


Meskipun bertanding di 42 buah kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, Perikatan Nasional (PN) dilihat berada di posisi lemah atau “underdog”.

Pengamal undang-undang, Dr Zulqarnain Lukman berkata, PN tidak mempunyai wajah pemimpin yang cukup kuat untuk diangkat sebagai ‘poster boy’, dengan tokoh pemimpin dari Sabah mahupun Semenanjung tidak begitu menyerlah dalam radar pengundi tempatan.

“PN nampaknya sangat underdog walaupun bertanding di 42 kerusi. Tiada poster boy PN di



“Tiada juga tokoh PN di Sabah atau Semenanjung yang popular di Sabah. Tan Sri Mahiaddin Md Yassin pun semakin pudar pengaruhnya,” katanya.

Menurut Dr Zulqarnain, majoriti pengundi kali ini adalah pengundi muda iaitu yang berumur 18-29 tahun sebanyak 533,929 orang dan 30-49 tahun (739,272 orang).

Pengundi muda mempunyai kecenderungan untuk memilih calon yang muda dan tidak ada baggage lampau.

Beliau melihat, calon yang mendominasi kempen di media sosial akan mudah memenangi hati pengundi muda kerana anak muda tidak gemar menghadiri ceramah politik.

“Orang muda jarang pergi dengar ceramah politik. Mereka lebih suka dengar klip ceramah dalam TikTok, Reel dan YouTube shorts. 

“Sekiranya kempen di media sosial ini menarik hati mereka ada kemungkinan besar mereka akan memilih calon yang populis di media sosial,” ujarnya.

Dalam pada itu Dr Zulqarnain berkata, kaedah untuk mengatasi populariti media sosial adalah dengan cara kempen tatap muka. 



Melalui kempen tatap muka mereka berpeluang untuk berinteraksi dengan calon secara terus, tetapi ia memerlukan modal dan masa. 





China, Vietnam bina pulau buatan di Lautan China Selatan, ini respon Malaysia


 

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan telah mengesahkan bahawa kerajaan telah mengeluarkan nota bantahan diplomatik kepada Vietnam dan China ekoran tindakan kedua-dua negara membina pulau buatan dan infrastruktur lain di Laut China Selatan.

“Setiap tindakan yang diambil oleh Kerajaan adalah berdasarkan pertimbangan yang komprehensif dan tidak sesekali akan memprejudiskan kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingan negara.

“Ini termasuk bantahan diplomatik oleh Kementerian Luar Negeri ke atas projek pulau buatan, atau dengan izin, artificial islands, dan infrastruktur yang dibangunkan oleh Vietnam dan Republik Rakyat China di Laut China Selatan.



“Nota Diplomatik merupakan antara saluran komunikasi diplomasi dan rasmi peringkat tertinggi di antara dua negara.

“Ia merupakan mekanisme komunikasi untuk menegakkan kepentingan negara atau untuk melakukan bantahan.”

Mohamad berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) di Dewan Rakyat.


Isu ini turut dibangkitkan dalam pertemuan peringkat serantau.

Putrajaya yang berpendieian tidak mahu meningkatkan ketegangan, bersikap provokatif turut mengambil pendekatan self restraint selaras dengan Declaration on the Conduct of Parties in the South China Sea (DOC).



MP PAS SANGAT MEMBACA SOALAN AKHIRNYA DISEKOLAHKAN DS ANWAR!

MP PAS KAKI MEMFITNAH DALAM PARLIMEN! TERBAIK YB SANY HAMZAN!

KECIL TAPI LEBIH BERFUNGSI



 Rombakan Kabinet dijangka akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal Disember dengan fokus mengecilkan saiz Kabinet dan mengukuhkan pasukan ekonomi.





Sumber memaklumkan Khairy Jamaluddin kembali sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air, manakala Datuk Seri Johari Abdul Ghani bakal mengetuai Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri. Tengku Zafrul pula dilapor berperanan sebagai Penasihat Ekonomi Kanan.


Datuk Seri R. Ramanan dikatakan menggantikan Ewon Benedick di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, sementara portfolio Ekonomi digabung di bawah Kementerian Kewangan. Beberapa timbalan menteri turut ditukar dan perkhidmatan senator tertentu akan disambung.


Langkah ini turut membuka ruang kepada muka muda seperti Muhammad Kamil Abdul Munim, Sim Tze Tzin dan Taufiq Johari, selain penampilan kuota Sabah melalui Datuk Ruji Ubi. Sumber menyifatkan perubahan ini bukan kosmetik, tetapi usaha menjadikan Kabinet lebih kecil dan lebih cekap.


Sumber: Malaysia Gazette

Gambar: Utusan Malaysia





KITA GAGAL JADI GANGSTER BILA ORANG NAK QIMBOK KITA , KITA LARI. KIOK....