Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
TAK BOLEH SLALU TIPU ORANG- ADA KUASA DIBERI KHIANAT DAN ABAIKAN PANDANGAN ORANG. KINI DUDUK LAH SEORANG JADI TUNGGOI KAYU.
Rayuan Mahathir. Masih lagi gunakan tema bangsa untuk dapatkan
sokongan. Tema tu dah tak laku di kalangan pengundi bandar dan muda.
Mahathir mendodoi kononnya orang Melayu sejak kemerdekaan lagi
sudah ketinggalan. Itu benar tapi tapi fikirkanlah itu angkara siapa?
Siapa lagi kalau bukan UMNO? Dan Mahathir sendiri pernah menjadi
orang nombor 1 UMNO dan negara selama 22 tahun. Itu apa cerita?
Orang Melayu bukan semua ketinggalan. Ada juga yang berjaya.
Tapi mereka itu perlu ada kabel yang dekat dengan Mahathir.
Dan hakikatnya, bukan orang Melayu sahaja yang ketinggalan.
Orang bukan Melayu pun ramai juga terutamanya dari masyarakat India.
Pokok pangkalnya ini bukan soal orang Melayu atau orang bukan
Melayu. Ini soal rakyat. Tentang tata urus yang baik. Tentang peluang sama
rata.
Baik Melayu, baik Cina, baik India, Kadazan, Murut atau apa suku
kaum sekali pun, jika kronisme terus berleluasa, rakyat akan terus menderita.
Jelas Mahathir tak kenal sentimen politik semasa. Dia juga tak
nampak keadaan sebenar rakyat. Apa nak kita harapkan dari pemimpin yang tak
tahu apa yang kita hadapi? Guane boh?
UMNO BELUM BERTANDING DAH BEREBUT NAK JADI PM?
Umno belum bertanding dah berebut nak jadi PM?
on:
Pemimpin Umno amat teruja untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) pada musim tengkujuh dan berjaya membubarkan Parlimen dalam keadaan amaran banjir akan melanda negara pada bulan November.
Bagaimanapun, menurut Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli, keterujaan mengadakan pilihan raya itu tiba tiba berubah senyap sunyi apabila nama nama calon pun belum diumumkan ketika parti lain telah mengumumkannya.
Hal itu, kata beliau kerana terdapat dakwaan berlaku perebutan dalaman dan Presiden Umno Zahid Hamidi mempunyai percaturan untuk menjadi Perdana Menteri biar pun beliau telah menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai poster boy.
“Kalau kita tengok sampai sekarang BN belum lagi umum nama calon. Dia yang susah payah kejar orang buat PRU awal, tak kisah banjir tak banjir kita ingat dia paling bersedia pusing satu Malaysia. Sampai sekarang tak dengar cerita dari Umno BN.
Yang saya dengar Umno jem sampai sekarang. Dia tak boleh umum calon sebab belum menang lagi dia dah berebut siapa nak jadi PM
“Gila ke apa? Aku tengok Zahid, aku kesian. Kempen la dulu sebelum menang, dah menang boleh la jadi PM
“Yang terbaru saya dengar kerana Zahid marah sangat kepada geng Umno yang jadi Menteri dulu sebab rasa melawan dia. Sekarang kuasa melantik calon dialah. Ni masa dia tenyeh (membalas),” katanya dalam ceramah Jelajah Trak Ayuh Malaysia di Parlimen Kuala Langat, malam tadi.
Di samping itu Rafizi tidak menyembunyikan rasa terkilannya melihat nasib menimpa rakan politik Umno, Datuk Seri Khairy Jamaludin yang ditendang macam bola dan mungkin bertanding di kerusi Sungai Buloh untuk dilenyapkan oleh calon KEADILAN di sana.
Bagi Rafizi, begitulah cara Umno ‘memancung’ ahli politik berbakat dalam parti itu yang mereka khuatiri akan mengancam kedudukan pemimpin yang korup.
Balas dendam dalam Umno, katanya, juga merebak kepada pemimpin yang tidak mengikut telunjuk presiden Umno seperti Shahidan Kassim dan Annuar Musa.
“Saya dengar Shahidan nak kena, Annuar Musa nak kena. Ada orang beritahu saya, kenapa letak budak PhD (calon KEADILAN) umur 28 bertanding di Arau? Nak lawan Shahidan dengan keluarga dia dah duduk dekat Arau berpuluh tahun.
“Aku tahu benda yang kau tak tahu. Kita dah agak Umno akan berbunuhan sebelum masuk PRU. Jadi lepas ini kalau Shahidan tak jadi calon maka tutup bilik gerakan kat Arau. Tiba tiba kerusi Arau yang susah nak menang sekarang ada peluang menang.
“Sama macam Pasir Salak. Orang kata kenapa letak Nik Omar dari Kelatan di situ. Orang lupa tahun 2008 KEADILAN kalah Pasir Salak 2,000 undi saja. Tajuddin ni kaki gaduh, kalau tak jadi calon dia mungkin tutup bilik gerakan. Kerusi yang Umno kata kubu kuat silap hari akan jatuh,” katanya.
Pengarah Pilihanraya KEADILAN itu juga mendedahkan calon Umno diwajibkan untuk tandatangan perjanjian sebagaimana calon KEADILAN. Cuma berbeza dengan KEADILAN yang mahu calon bertanggungjawab, bersih dari rasuah dan berjanji potong gaji untuk kewangan parti, calon Umno, katanya terpaksa menurunkan tandatangan untuk memberi kuasa kepada Zahid membentuk kerajaan jika BN menang.
Berkenaan senario pertandingan di kerusi Kuala Langat pula, Rafizi menjangkakan bakal wujud adu domba isu perkauman yang sangat sengit di kawsaan berkenaan memandangkan PN juga akan meletakkan calon.
“Kuala Langat kira kerusi panas. Satu sebabnya dia kerusi campuran. Bila kerusi campuran ada pertembungan 3 penjuru. PH dah umum calon kita Manivanan. BN saya dengar MIC bertanding. PN macam biasa akan letak Melayu. Buat pertama kali kita akan nampak PN bila letak calon Melayu dia akan cuba main emosi. Tak apa tak suka dekat kami pun, PN tak bentuk kerajaan, tetapi jangan undi India, undi Melayu.
“Kuala Langat akan jadi salah satu kerusi yang permainan perkauman dia akan jadi paling buruk dalam semua kerusi. Bila ada wakil India dari PH lawan BN dan PN yang Melayu akan main isu perkauman sampai habis.
“Tetapi kawan kawan di Kuala Langat jangan bimbang. Di antara PH, BN dan PN kelebihan yang mendahului sokongan rakyat ialah PH. Jadi kita ada peluang besar pertahan kerusi ini,” katanya lagi.
SAIZ KABINET YANG BESAR. TAPI BODO BILA BUAT KERJA..PATUT GAJI TAK PAYAH AMBIK
Halah halah halah Isnail... Siapa kata rakyat tak nak dengar
janji PM potong gaji? Siapa? Kita rakyat dah lama bising saiz kabinet yang
terlalu besar dan gaji menteri yang terlalu tinggi. Itu semua pembaziran.
Kamu di mana selama ni? Takkan tak dengar rakyat menjerit
bising. Dengan lantikan politik penasihat itu ini, duta khas gaji buta lagi,
kita rakyat dah lama geram. Tak sedar eh? Lena sangat tidurnya.
Sebab itu janji DS Anwar tu sesuatu yang rakyat nak sangat
dengar. Memang molek sangat. Isnail berani ke nak janji begitu? Jangan
haraplah. Silap-silap kalau menang, makin naik gaji adalah. Guane boh?
KEH..KEH...APA LA KAU MAIL
Aku dah kata Isnail ni PM yang takde arah. Dia tak tahu apa yang
jadi keliling dia. Blur. Kain ikut je apa orang kiri kanan dia cakap.
Sebab tu dia tak perasan yang AyuhMalaysia tu gerakan untuk
kalahkan BN dalam PRU15 nanti. Boleh pulak dia pakai!
Apa yang dia tahu? Kalau benda simple macam ni pun dia blur,
kalau terus jadi PM memang jahanam teruk la negara ni. Guane boh?
SUSUNAN CALON ZAHID HAMIDI, WALAU ADA CIRI KEBERANIAN, RAMAI YAKIN CUMA MAMPU MENANG KURANG 40 KERUSI PARLIMEN
Daripada satu segi, berdasarkan senarai calon-calon BN yang diumumkan semalam, ia dengan ketara menunjukkan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi memiliki suatu keberanian yang boleh diberikan pujian.
Bukan senang untuk mengenepikan mereka yang berjawatan menteri dan timbalan menteri daripada terus dicalonkan, terutama jika mereka itu masih ghairah dengan jawatan tersebut dan berjawatan tinggi pula dalam parti.
Lima menteri – Shahidan Kassim, Annuar Musa, Noh Omar, Dr. Adham Baba dan Halimah Saddique – telah tidak dicalonkan semula beserta sejumlah timbalan menteri dan mereka yang berpengaruh yang lain sebagaimana diumumkan dalam majlis pengumuman senarai calon yang diadakan malam tadi.
Tetapi, Zahid Hamidi telah berjaya melakukannya sehingga jumlah menteri dan timbalan menteri yang digugurkannya kali ini boleh dikata yang teramai sekali tercatat dalam sejarah UMNO.
Menggugurkan muka lama untuk digantikan dengan muka baru memang suatu langkah terpuji dan proses yang baik untuk masa depan parti.
Tetapi, mengundurkan terlalu ramai menteri dan timbalan menteri dalam keadaan UMNO lemah serta cabaran parti lawan pula kuat tentu saja boleh mengundang masalah.
Bukan saja mereka yang digugurkan itu boleh melakukan sabotaj dan tidak menggerakkan jentera pilihan raya, bahkan mereka juga boleh dipikat oleh parti lawan untuk terus bertanding bagi menentang BN.
Setakat ini Shahidan Kassim dan Annuar Musa nampaknya hampir pasti akan bertanding atas tiket parti lawan bagi menentang calon BN di kawasan yang diwakilinya sebelum ini.
Perkhabaran yang diterima mengesahkan kedua-duanya masih mampu menang, biar pun bertanding atas tiket parti lain.
Kalau pun yang lain yang digugurkan itu tidak turut sama bertanding dan beralih menyokong parti lawan, kekecewaan penyokong terhadap mereka yang tidak terpilih itu akhirnya akan menyebabkan ramai ahli parti jadi lemah semangat, tidak mahu bekerja atau mungkin akan mengundi parti lain.
Semua ini pasti mengurangkan peluang BN untuk menang di kawasan tersebut.
Sementara itu, walaupun terlihat memiliki keberanian, Zahid Hamidi dilihat tidak cukup bijaksana dalam memilih dan mengatur calon-calon baru yang cuba diketengahkannya.
Muka-muka baru yang diketengahkannya dilihat tidak benar-benar berwibawa, bersih, memiliki rekod yang baik serta diterima masyarakat setempat untuk menjadi pengganti yang lebih baik kepada muka lama yang digugurkannya itu.
Sesetengahnya terlalu mentah, baru dalam politik dan tidak setanding imejnya dengan mereka yang digugurkan, walhal ada calon lain dalam bahagian berkenaan yang boleh diketengahkan.
Di sana-sini mulai kedengaran pelbagai cerita tidak baik, malah gambar-gambar calon-calon baru itu dalam keadaan tidak sewajarnya juga mula bertebaran di media sosial.
Semua ini pasti mengurangkan peluang BN untuk menang di kawasan tersebut.
Kali ini juga agak ramai calon luar kawasan atau calon payung terjun ditampilkan – misalnya Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki dari Kelantan ke Gerik, Perak; Ketua Puteri UMNO, Zahida Zarik Khan dari Selangor ke Padang Besar, Perlis; Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan dari Selangor ke Alor Gajah Melaka; Hasni Mohamad dari Pontian ke Simpang Renggam; Dr Mashitah Ibrahim dari Baling ke Kuala Kedah dan Razali Ibrahim dari Muar ke Pagoh.
Harus difahami UMNO adalah parti berdasarkan kawasan dan mereka yang aktif di kawasan itu biasanya akan dipilih sebagai calon di kawasan berkenaan.
UMNO sukar menerima calon luar dan sebab itu jarang-jarang calon UMNO diletakkan bertanding ke kawasan lain, malah ramai yang kalah kerana bertanding di luar kawasan seperti Megat Junid Megat Ayob daripada Pasir Salak tapi kalah apabila dipindahkan bertanding ke Parit.
Bekas Bendahari UMNO, Azim Zabidi juga pernah kalah apabila diarahkan bertanding di Bukit Gantang daripada kawasannya aktif berpolitik di Bukit Bintang, Wilayah Persekutuan.
Penolakan pengundi tempatan, ditambah dengan UMNO bahagian turut tidak memberi sokongan sebaiknya, ini boleh menyebabkan calon luar atau calon payung terjun berkenaan lebih mudah ditimpa kekalahan.
Di beberapa kawasan lain, perbalahan dalaman, enggan bekerja dan menutup bilik gerakan kerana kerusi di kawasan itu diberi kepada parti komponen juga merupakan masalah yang perlu ditangani oleh UMNO.
Semua itu akhirnya akan menyebabkan jumlah kerusi yang diyakini boleh dimenangi jadi berkurangan.
Berdasarkan pengumuman calon semalam yang dijangka akan menimbulkan lebih banyak masalah yang berangkai, sabotaj di sana sini, mereka yang digugurkan bertanding semula atas tiket parti lain dan ahli parti jadi hilang semangat, harapan BN untuk menang lebih banyak kerusi mungkin tak kesampaian.
Ramai yang menjangka UMNO hanya mampu menang tidak melebihi 40 kerusi Parlimen.
Seorang veteran UMNO tidak ragu-ragu mengatakan, sukar untuk BN menang waima 20 kerusi Parlimen kali ini.
Seorang Ketua UMNO Bahagian berkata, berdasarkan senarai calon semalam, PRU15 kali ini sudah boleh dijangka episod akhirnya. – ShahbudinHusin 02/11/2022.
BN TUNGGANG LANGGANG
Zahid dan Isnail, dua-dua sama tunggul. Memang berotak kejung. Tak reti merancang dan tak tahu berstrategi.
Aku mati-mati ingat BN dan betul-betul sedia sebab tu desak sangat nak PRU awal. Rupanya PH yang lebih terkedepan.
Senarai calon pun tak final. Sekarang dah ramai pula yang memberontak. Zahid buat parti UMNO dah macam Yayasan Akalbudi dia dah. Suka hati nak godek.
Jauh berbeza dengan DS Anwar, Rafizi dan PH. Segala-galanya licin, lancar dan teratur. Tengoklah bagaimana kartel diuruskan dalam Keadilan. Aman dan damai.
Uruskan parti pun tunggang langgang. Patutlah ekonomi negara jahanam bawah tangan dia. Guane boh?
Raja Gelap
.
Pertimbang Tarik Balik Larangan Masuk Ke Sarawak
Pertimbang Tarik Balik Larangan Masuk Ke Sarawak
Saya berharap agar Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dapat memberi kelonggaran dan pertimbang untuk menarik balik larangan masuk ke atas beberapa pemimpin utama Pakatan Harapan semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Langkah ini bagi membolehkan mereka membantu calon-calon parti di Sarawak sepanjang tempoh berkempen kelak.
Besar harapan saya agar permohonan ini dapat diberi perhatian oleh beliau dan pihak kami juga tidak mahukan sebarang isu atau konflik dengan Kerajaan Sarawak.
#Harapan
#KitaBoleh
#MalaysiaBangkit
SEMALAM CALON RINI LEPAS PENCALONAN
Ada beza Khalifah dan Ulamak. Ada beza Ulamak dan Penceramah.
Tapi di Malaysia, ramai yang mengaku dia Ulamak. Tapi cakap Arab pun tak lepas.
Ramai juga Ulamak yang pikir dia automatik boleh jadi Khalifah.
Bravo Ustaz Kazim kerana sedar di kategori mana. Do what you do best.
Another sign of INSTABILITY in BN Land? Macam
mana Presiden umum semalam hari ni tarik diri?
~LM~
APA PEMBANGUNAN DIBUAT PEJA, SETAKAT ‘AYOR – AYAQ’ SAJAKAH?
Apa pembangunan dibuat Peja, setakat ‘ayor – ayaq’ sajakah?
Pemimpin Bersatu seharusnya lebih cerdik dalam menanggapi cabaran pemimpin Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke 15.
Ketua Cabang KEADILAN Tambun, Muhamad Arafat berkata, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Faizal Azumu seharusnya menunjukkan apakah pembangunan yang dilakukan di parlimen Tambun kepada rakyat sebelum mempersoalkan pencabarnya Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya tidak tahu perbezaan antara ‘ayor dan ayaq’.
“Kita berada di parlimen Tambun, iaitu (kawasan) kepala pengkhianat di Perak. Baru baru ini beliau keluarkan benda viral ‘ayor dan ayaq’. Ini sangat memalukan. Apa standard wakil rakyat di sini?
“Kalau kamu pemimpin hebat, terbukti membela rakyat sepatutnya kamu keluarkan report card wakil rakyat kamu selama 4 tahun di Tambun
“Kalau pemimpin hebat harus berikan maklumat apa yang kamu bangunkan di Tambun selama ini. Ini macam lawak, (orang tanya) apa kamu buat di Tambun?, ‘ayor – ayaq’. Ini saja dia tahu,” katanya dalam ceramah Jelajah Harapan Perak untuk memperkenalkan Datuk Seri Anwar sebagai calon di Tambun.
Arafat yang juga penyandang ADUN Hulu Kinta itu menegaskan rakyat sangat perlu memilih kerajaan terbaik yang mampu memberikan kepimpinan berkualiti, mengawal rasuah dan perkauman pada PRU kali ini. Bukan kerajaan yang hanya pandai beretorik sehingga harga barang pun gagal dikawal.
“Tiga faktor (pilih kerajaan). Pertama kita perlukan pemimpin yang berkebolehan mentadbir negara. Kedua kita perlukan kerajaan yang boleh mengawal rasuah. Kita juga perlukan kerajaan yang boleh kawal perkauman
“Ini mereka tubuh pasukan jihad tangani inflasi. Sebelum tubuh inflasi 2.8%. Selepas tubuh inflasi naik 6.7%. Inilah kehebatan mereka tadbir negara. Kita banding dengan pemimpin kita, Anwar Ibrahim dia telah terbukti diiktiraf sebagai Menteri Kewangan terbaik.
“Saya dalam sidang DUN Perak, tanya apa yang Kerajaan Negeri buat untuk kawal harga barang. Bila saya tanya Exco lari, tanya Exco lari, tak reti jawab. Akhirnya apa saya buat? Ketika itu harga telur naik, ayam naik. Saya bawa ayam dalam DUN bagi hadiah kepada Exco,” katanya.
Beliau sebaliknya menyeru rakyat Malaysia agar memastikan Anwar diangkat sebagai PM ke 10 kerana beliau satu satunya pemimpin yang boleh memastikan tidak berlaku rasisme dalam negara.
“Apa berlaku di Malaysia, soal rasis ini adalah untuk kepentingan politik Umno BN. Umno kata anak Melayu saja anak aku. MCA kata anak Cina saja anak aku. MIC kata anak India saja anak aku
“Tetapi Datuk Seri Anwar kata anak Melayu anak aku, anak Cina anak aku, anak India anak aku.
“Inilah kekuatan kita untuk membangun dari sudut ekonomi dan pastikan rakyat dijaga, rasuah di kawal. Tanggungawab rakyat Tambun (dalam PRU 15) bukan memilih Ahli Parlimen Tambun saja tetapi memilih orang yang hebat untuk mentadbir negara kita,” katanya lagi.
ANWAR JANJI BAWA REKOD KHIDMAT DI PD KE TAMBUN
Anwar janji bawa rekod khidmat di PD ke Tambun
Penghijrahan Presiden KEADILAN ke kerusi parlimen Tambun bukan semata mata satu strategi politik untuk menawan Perak atau batu loncatan menjadi Perdana Menteri kemudian berakhir di situ.
Tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekiranya pengundi Tambun dihadapkan tohmahan seperti itu maka mereka boleh menyemak rekod perkhidmatan beliau di Port Dickson dan Permatang Pauh untuk menilai apakah perbezaan antara calon Pakatan Harapan, BN atau PN.
“Sekarang Tambun. Nak ayaq ke ayor? Saya anak Pulau Pinang, betul. Kemudian 7 tahun di Kuala Kangsar (Kolej Melayu), kemudian 2 tahun tahanan ISA di Kamunting kes tolong petani miskin di Kedah.
“Itu yang kita mahu pemimpin yang wakili seluruh rakyat. Tetapi Tambun dapat apa? Saudara kena tengok rekod di Port Dickson dan Permatang Pauh.
“Kena tengok bantuan rakyat, tandas sekolah seluruh Port Dickson kita repair. Sekolah kebangsaan, sekolah Tamil, semua kita bantu.
“Dua minggu sekali pasukan peguam bagi nasihat percuma, ada orang miskin ada masalah cerai, gaduh ada duit, lawyer datang. Dua bulan sekali ada rombongan pasukan perubatan percuma di Port Dickson. Menang 20 November ini bagi sebulan, kemudian kita mulakan program ini di Tambun yang belum pernah dilakukan di sini.
“Tambun ini saya tengok luar biasa potensi dan cantiknya jika majukan pusat pelancongan di Tambun. Bagi saya peluang, saya akan buat Tambun menjadi pusat pelancongan utama,” katanya dalam ceramah Jelajah Harapan Perak di Tambun malam tadi.
Menurut Anwar, beliau bukan sahaja seperti yang disebut banyak pihak terkenal di peringkat antarabangsa tetapi tetap mengutamakan rakyat kawasan parlimen sendiri kerana mereka itulah yang melantiknya sebagai Ahli Parlimen.
Manakala kata beliau, pengaruh di peringkat antarabangsa pula boleh digunakan untuk memajukan ekonomi Malaysia.
“Saya bukan Menteri, saya Ahli Parlimen Port Dickson tetapi kalau perli Indonesia dapat undangan pergi jumpa Jokowi, di Singapura jumpa Hsien Loong. Saya pergi cuti dekat Filipina, Dutarte masa itu presiden dia minta datang jumpa.
“Saya pergi India, PM Narendra Modi hantar 6 menteri. Menteri Luar, Menteri Ekonomi, saya pun serba salah. Dunia boleh bagi pengiktirafan, kita ada peluang. Pergi China masa itu tak mahu hebahan, sensitif. Mahathir belum lawat China. Tetapi dapat telefon Menteri Luar Wang Yi minta saya jumpa. Jadi ini akan beri manfaat kepada rakyat Malaysia (sekiranya terpilih sebagai PM),” katanya.
Mantan Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, cukuplah rakyat sejak berdekad lalu masuk pilihan raya cerita isu barang mahal, pelaburan tidak masuk atau kadar kemiskinan tinggi.
Kali ini, katanya perlu ubah semua masalah itu dengan mengambil kepimpinan baharu yang lebih berwibawa dan bersih.
“Pilihan raya ini peluang kita tentukan masa depan kita. Sampai bila kita bersyarah pilihan raya dok gaduh pasal harga barang tak selesai, ekonomi tak bangkit, pelabur tak datang, sampai bila?
“Selagi kita tak ambil tindakan untuk ubah, keadaan ini kekal. Sampai bila kita nak gaduh. Ada orang kata ini sebab Melayu pimpin, sebab Cina DAP, jadi komunis dan sebagainya.
“Ini bukan fakta. Apa sebab kita mundur? Apa sebab kerajaan tak dapat tarik pelabur asing, apa sebab barang naik? Mengapa masa depan anak muda kita tidak cerah, mengapa kemudahan kesihatan kita tidak baik?
“Kalau kita tengok semua ini kerana pimpinan negara kita. PM dan kabinet kita lembab dan tidak layak memimpin negara ini.
“Untuk selesai bukan masalah isu pendidikan, kesihatan sahaja. Kena selesai isu pimpinan dahulu. Ini mengenai tadbir urus. Masalah bukan Melayu, Cina, India tetapi pemimpin yang tidak berwibawa BN – PN dalam negara ini,” katanya.
Oleh itu tegas Anwar, kalau masih ada pihak yang kata kerajaan 22 bulan dahulu rakyat tidak dapat apa, maka boleh lihat harga ayam, bekalan telur, tindakan anti korupsi, semua dilakukan sewaktu 22 bulan.
“Harga ayam dan telur masa PH perintah rendah atau tidak? Maknanya kita boleh buat. Badan kehakiman mula bebas. Kalau tidak PH menang, orang tahu atau tidak berlian dan wang tunai di rumah Najib? tak tahu. Itu permulaan. Bagi peluang kepada saya untuk sambung dan tentukan negara ini diselamatkan untuk rakyat.
“Untuk itu kita mesti kerja keras. Kalau tak sanggup berjalan sikit lagi sampaikan kepada kawan yang kerja di Kuala Lumpur atau Singapura kita nak menang, no way. Sebab kita lawan gergasi kaya.
“Dari mana mereka dapat duit ratus juta? Dari rasuah. Orang Tambun, Manjoi ke Ulu Kinta curi basikal, kena dakwa masuk jel. Kamu curi ratus juta dapat Tan Sri. Apa punya sistem?
“Beri kami mandat, inshaAllah kami akan hentikan semua hal mengarut dalam negara ini,” kata Anwar lagi.
DSAI DI KELANTAN HARI INI
RAKYAT KELANTAN MENANTI BAKAL PM 10
Stadium Kota Bharu pernah dibanjiri apabila Anwar Ibrahim
sepentas dengan Almarhum Tok Guru Nik Aziz. Tok guru sering mendoakan Anwar
Ibrahim menjadi PM. Almarhum juga pernah mendoakan kecelakaan buat perasuah dan
penfitnah.
Hari ini, tanpa bayangan Almarhum Tok Guru Nik Aziz, Anwar
Ibrahim kembali semula ke bumi Kelantan. Tujuannya hanya satu iaitu bagi
merealisasikan hasrat Almarhum Tok Guru iaitu lawan perasuah dan pengkhianat.
Ayuh rakyat Kelantan. Mari bersama Anwar Ibrahim untuk
selamatkan negara ini. Ayuh anak2 muda kita realisasikan hasrat Almarhum untuk
mengangkat Anwar Ibrahim sebagai PM 10.
WFAUZDIN NS
KAH..KAH...WOIII PEJA...HANG BUAT APA MASA JADI MB PERAK...SULTAN PUN NAIK PENIN DENGAN HANG....SAMPAI KENA BUANG. BANTU APA ????
Peja yakin prestasi sebagai MB Perak bantu di Tambun
PETALING JAYA: Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu berkata kejatuhannya sebagai menteri besar Perak tidak akan memberi kesan terhadap peluangnya dipilih semula bagi kerusi Parlimen Tambun.
Faizal berkata, beliau percaya rekod prestasinya sebagai menteri besar antara 2018 dan 2020 akan membantunya menang apabila pengundi mengundi pada 19 Nov ini.
“Banyak perkara baik telah kami lakukan di Perak dengan meningkatkan hasil (negeri). Kita (juga) memberi bonus sebulan kepada semua penjawat awam,” katanya ketika ditanya sama ada kejatuhannya daripada kuasa akan menjejaskan kredibiliti serta peluangnya pada PRU15.
Faizal digulingkan sebagai menteri besar Pakatan Harapan (PH) selepas hilang undi percaya di DUN Perak.
Walaupun tidak dapat berkhidmat sebagai menteri besar untuk penggal penuh, Faizal berkata banyak pelaburan dan projek diperkenalkan sepanjang tempoh perkhidmatannya. Perak dikatakan mencatatkan hasil RM1.09 bilion pada 2019, melebihi sasaran RM1.03 bilion.
Malah ketika pandemik juga, Faizal atau lebih dikenali sebagai Peja, berkata ekonomi Perak diuruskan dengan baik kerana masih ada dana tambahan untuk negeri itu.
Faizal “mengambil kredit” atas belanjawan dibentangkan penggantinya Saarani Mohamad, sambil berkata belanjawan dibentangkan pada 2020 oleh wakil Umno itu tidak banyak beza dengan apa dibentangkannya. “Beliau tidak ubah apa-apa. Jadi itu belanjawan saya,” katanya.
Saarani berkata, masa tidak cukup untuk menyusun belanjawan baharu dan tidak ada perubahan perlu dilakukan memandangkan ia sudah dibincangkan oleh kerajaan negeri bawah pimpinan Faizal.
Faizal yang juga ADUN Chenderiang mungkin hanya bertanding di kerusi Tambun pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15). Beliau lebih suka fokus mempertahankan kerusi itu daripada cabaran Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim.
KEADILAN umum 16 calon parlimen di Sarawak
KEADILAN petang semalam mengumumkan 16 calon yang akan bertanding
di kerusi kerusi Parlimen Sarawak.
Calon calon yang diumumkan kebanyakan daripada barisan pimpinan
utama KEADILAN Sarawak dan yang pernah bertanding dalam Pilihan Raya Negeri
sebelum ini.
Bagaimanapun penyandang kerusi parlimen Miri Dr Michael Teo
digugurkan kali ini dan diganti dengan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Negeri.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden KEADILAN Datuk seri Anwar
Ibrahim dalam majlis pebgumuman calon semalam.
16 calon yang bertanding ialah Sofian Julaihi (Petra Jaya), Diog
Dios (Puncak Borneo); Tay Wei Wei (Sri Aman); Langga Lias (Lubok Antu); Patrick
Khamis (Betong); Ibil Jaya (Saratok); Mohd Fauzi Abdullah@Joseph (Kanowit);
Abdul Jalil Bujang (Mukah); Umpang Salang (Selangau); Abun Sui Anyit (Hulu
Rajang); Zolhaidah Suboh (Sibuti); Chiew Choon Man (Miri); Roland Engan
(Baram); Racha Balang (Limbang); Japar Suyut (Lawas) dan Khusyairy Pangkas
Abdullah (Kapit).
Tiada persefahaman politik PH - gabungan parti utama di Semenanjung
Tuduhan kononnya terdapat kerjasama secara belakang tabir antara
Pakatan Harapan (PH) dan Umno dinafikan sekeras kerasnya.
Menurut Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli, tiada sebarang
persefahaman atau kerjasama antara PH dengan parti parti seperti Umno BN atau
PN, biar pun pihak Gabungan Tanah Air (GTA) menuduh Pengerusi PH Datuk Seri
Anwar Ibrahim lebih banyak menyerang Tun Mahathir berbanding Ahmad Zahid
Hamidi.
"Tiada apa-apa. Saya fikir ia adalah satu percubaan murahan
(mengelirukan rakyat) menjelang pilihan raya ini, untuk GTA cuba mencipta
persepsi bahawa KEADILAN cuba bekerjasama dengan Zahid.
"Penyokong KEADILAN serta PH dan pengundi tidak perlu berasa
bimbang kerana saya tidak akan menerima perkara ini dan berdiam diri.
"Jika ia berlaku, saya akan menjadi orang pertama yang
bersuara, jika berlaku sebarang usaha rundingan dengan Umno," katanya daam
sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya pagi tadi.
Sebaliknya, Rafizi yang percaya PH akan mendapat sekitar 100
kerusi dalam Pilihan Raya Umum ke 15 boleh berunding membentuk kerajaan dengan
parti parti di Sabah dan Sarawak yang lebih relevan serta tidak rasis dalam
perjuangan politik mereka.
"PH sebagai blok terbesar mempunyai hak untuk membentuk
kerajaan gabungan dengan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.
"Pilihan seterusnya adalah untuk gabungan Sabah dan Sarawak,
sama ada GRS (Gabungan Rakyat Sabah) atau GPS (Gabungan Parti Sarawak) untuk
mempertimbangkan apa yang terbaik untuk mereka dalam membentuk kerajaan dengan
mana-mana gabungan.
"Saya fikir, apabila tiba masanya, Sabah dan Sarawak akan
membuat pilihan yang bernas.
"Sebab itu saya tidak berminat untuk bercakap tentang GTA, BN
atau PN (Perikatan Nasional)," katanya lagi
JANGAN PERCAYA, PAKATAN SULIT ANWAR – ZAHID HAMIDI TAK MUNGKIN BERLAKU
Ketika ini ramai yang berbicara, bahkan seolah-olah mula percaya bahawa wujud pakatan sulit antara Anwar Ibrahim dengan Ahmad Zahid Hamidi.
Yang membawa cerita berkata, pakatan itu ialah untuk kelangsungan masa depan PH dan BN dengan cara membentuk kerajaan campuran melibatkan kedua-dua gabungan selepas PRU15 akan datang..
Kononnya, jika PH tidak cukup kerusi untuk membentuk kerajaan, maka BN akan mencukupkannya.
Begitu juga sebaliknya, jika BN tidak cukup kerusi, maka PH akan tampil menjadikannya cukup.
Sebab itu, kata mereka, baik Anwar atau Zahid Hamidi, walaupun secara zahir kedua-duanya selalu melahirkan keyakinan untuk membentuk kerajaan secara sendrian melalui kemenangan, tetapi tidak ternampak mereka pernah menunjukkan kebimbangan jika berlaku kekalahan.
Pokoknya, tambah mereka, menang atau kalah, PH dan BN tetap menjadi kerajaan melalui pakatan sulit itu.
Menyedapkan lagi cerita, mereka mendakwa, Anwar dan Zahid Hamidi juga sebenarnya sudah beberapa kali bertemu bagi membincangkan perkara tersebut
Benarkah pakatan sulit itu wujud dan kerajaan PH/BN boleh terbentuk?
Kalau kita lihat beberapa kenyataan Anwar, keyakinan beliau ialah PH mampu membentuk kerajaan secara sendirian tanpa bergabung dengan BN atau PN.
Terbaru sekali, keyakinan Anwar ialah PH mampu menang sekurang-kurangnya 100 kerusi Parlimen.
Pihak yang mungkin dirundingi untuk membentuk kerajaan selepas PRU15 hanyalah parti daripada Sabah dan Sarawak sebagai lambang bahawa kerajaan yang menang nanti adalah mewakili Malaysia secara keseluruhannya.
Lagi pun, demi kepentingan Sabah dan Sarawak itu sendiri, parti domestik di kedua-dua negeri itu biasanya akan bersama dengan siapa saja gabungan di Semenanjung yang berjaya membentuk kerajaan.
Tidak pernah terselit waima walau sekali tentang keinginan Anwar untuk mendapatkan bantuan Zahid Hamidi bagi PH membentuk kerajaan.
Tambahan lagi di dalam PH, jika pun Anwar cuba digambarkan mahu bekerjasama dengan BN, terutama kerana hubungan cikgu dan murid antara beliau dengan Zahid Hamidi, jangan lupa bahawa ada DAP dan Amanah yang pasti menentangnya berdasarkan serangan mereka sejak sekian lama bahawa UMNO adalah parti kleptokrat, penyamun dan banyak mencuri duit rakyat.
Begitu juga di pihak BN, keinginan Zahid Hamidi dan lain-lain pimpinannya ialah untuk membentuk kerajaan sendiri atas nama BN tanpa sokongan parti lain.
Dengan keyakinan GPS di Sarawak akan bersama mereka, begitu juga GRS di Sabah, sasaran BN ialah memenangi antara 85 hingga 100 kerusi Parlimen di Semenanjung bagi memungkinkan sebuah kerajaan atas nama BN dapat diwujudkan.
Sama seperti PH yang ada DAP dan Amanah sebagai penghalang, kalau pun BN ingin bekerjasama dengan PH, halangan terbesar UMNO ialah kerana ada DAP di dalam gabungan tersebut.
Mana mungkin UMNO sedia duduk sekelambu dengan PH yang ada DAP bersamanya.
Dengan itu, cerita-cerita kerjasama dan wujudnya pakatan itu sama sekali tidak logik dan tak masuk akal.
Ia tidak lebih merupakan mainan “psywar” pihak ketiga yang berharap dapat mengaut laba jika akhirnya pengundi menolak PH dan BN melalui gambaran wujudnya pakatan sulit membentuk kerajaan antara kedua-dua gabungan itu kerana yakin pengundi akan menolak kerjasama tersebut.
Terakhir sekali, yang paling berkuasa untuk menentukan sama ada kerjasama PH dengan BN itu boleh menjadi kenyataan atau sebaliknya adalah terletak di tangan pengundi pada 19 November nanti.
Mereka boleh menghalang, andainya tidak setuju dan tidak mahu wujud kerjasama PH dan BN itu dengan cara tidak membenarkan PH atau BN memiliki tidak cukup kerusi untuk membentuk kerajaan.
Pastikan, baik PH atau BN, memperolehi cukup 112 kerusi atau lagi baik jika lebih daripada itu secara sendirian agar mereka boleh membentuk kerajaan tanpa perlu bantuan atau bekerjasama dengan pihak lain.
Salah satu caranya ialah dengan pengundi mesti keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mereka, selain petugas parti masing-masing hendaklah bekerja lebih gigih mulai sekarang, kurangkan tidur dan buangkan jauh-jauh sifat malas dengan wajib memastikan peratusan keluar mengundi sebaiknya melebihi 82 peratus.
Jika itu dapat dilakukan, yakinlah, kerajaan yang terbentuk nanti pasti sebuah kerajaan yang kukuh, stabil dan tidak berdiri atas sokongan parti lain, tidak kira sama ada ianya PH atau BN.
Gabungan selain PH dan BN, rasa-rasanya, tiada harapan langsung untuk membentuk kerajaan kali ini dan dengan itu, jangan sesekali bazirkan undi anda. – ShahbudinHusin 01/11/2022.
Subscribe to:
Posts (Atom)