TAK SEMUA KAJIAN TEPAT

 





BLESSING IN DISGUISE

PRU15 ni unik, kerana ia PRU kali pertama yang UNDI18 akan dilaksanakan. Juga ia lain daripada PRU sebelum ini, kerana ada pertambahan lebih 6 juta pengundi baru dalam daftar pemilih.

Mana2 penganalisa politik pun kata susah nak jangka kecendurangan anak muda masa PRU nanti. Semua buat jangkaan sahaja.

Hujung minggu lepas saya terima Laporan sentimen anak muda dari Universiti Malaya. Saya teruja.

Bukan kerana apa. Kerana dapatan menunjukkan majoriti yang dikaji selidik katakan yang mereka akan tengok kualiti calon dulu sebelum tengok parti Description: 👏🏻Description: 👍🏼

Menunjukkan ada blessing in disguise apa yang terjadi selepas Langkah Sheraton. Pengundi muda kita mula nampak true colours parti politik. In sya Allah demokrasi Malaysia akan lebih baik dan matang dalam 5-10 tahun akan datang ini.

Lagi satu dapatan yang menarik. Pilihan anak muda sebagai Perdana Menteri. Mereka pilih Syed Saddiq no 1, Anwar Ibrahim nombor 2. Calon PM dari UMNO tercorot pula.

Pada saya mungkin ini sample yang diambil di UM. Kalau UUM Sintok, mana tahu Hadi Awang pilihan mereka. Who knows?

Apa yang saya nak sampaikan, tak semua kajian itu tepat. We should read it with a pinch of salt.

But good to know. Perkara basic yang ada dalam kepala anak muda kita. Apa pun kita nanti 19 November ini. Adakah anak muda akan jadi Kingmaker politik negara?

Salam hormat,

Liyana Marzuki