NURUL IZZAH ADALAH BAKAL PM DI MASA DEPAN, JANGANLAH BERUNDUR DULU….
Salah satu kepantangan dalam perjuangan ialah merajuk dan mudah mengalah kepada cabaran yang mendatang.
Perjuangan ibarat sebuah bas yang sentiasa bergerak menuju destinasi yang disasarkan dan ia tidak akan berhenti semata-mata untuk menunggu mereka yang merajuk atau mudah mengalah itu terubat calar di hatinya.
Tidak sedikit berlaku dalam lipatan sejarah negara dan dunia mereka yang merajuk atau mudah mengalah akhirnya ditinggalkan begitu saja oleh sebuah perjuangan.
Jika Anwar Ibrahim merajuk dan mudah mengalah selepas episod 1998 dahulu, beliau pasti tidak berada sekali lagi dalam kedudukan untuk menjadi Perdana Menteri sekarang ini.
Anwar telah membuktikan bukan saja di dunia bebas beliau melawan, bahkan di dalam penjara pun semangat melawannya tidak pernah mengurang.
Jika Anwar merajuk dan mudah mengalah, isterinya Dr. Wan Azizah Wan Ismail tentu tidak terfikir untuk menggapai kedudukan sehingga ke jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika ini.
Jika Anwar merajuk dan mudah mengalah, Nurul Izzah ketika ini mungkin hanya seorang suri rumah atau pekerja profesional biasa saja.
Hakikatnya, disebabkan Anwar tidak pernah merajuk, jauh sekali mudah mengalah, malah menggegarkan negara dengan slogan “lawan tetap lawan” sejak 1998 itulah yang menjadikan keseluruhan episod politik negara telah berubah seperti mana yang disaksikan dunia pada hari ini.
Tun Mahathir Mohamad ketika namanya tidak berapa dipersetujui oleh pihak-pihak tertentu dalam PH sebagai calon Perdana Menteri sebelum PRU14 lalu pernah merajuk sehingga lari ke London membawa diri.
Beliau kemudian telah dipujuk oleh Nurul Izzah yang turut sama terbang ke London menemuinya.
Jika Tun Mahathir terus merajuk dan mudah mengalah, beliau tentu ketika ini tidak mampu duduk sebagai Perdana Menteri buat kali kedua.
Merajuk dan mudah mengalah telah dibuktikan adalah suatu kerugian, bukan saja dalam perjuangan, tetapi juga kehidupan.
Lantaran itu, adalah suatu tindakan yang malang apabila Nurul Izzah mengumumkan beliau sudah patah hati dan memaklumkan tidak mahu bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang nanti.
Nurul Izzah telah mengorbankan masa remajanya untuk memenuhi tuntutan perjuangan akibat penganiayaan dan kezaliman terhadap bapa dan keluarganya, maka setelah perjuangan itu membuahkan hasil dengan tumbangnya BN sekarang, tentu saja suatu perbuatan sia-sia dengan keputusannya mengumumkan mahu mengundur diri itu.
Apa juga cabaran, termasuk daripada bekas diktator yang menyebabkannya patah hati, segala itu haruslah dihadapi dengan tenang dan matang.
Semua itu adalah rencah-rencah perjuangan belaka. Tun Mahathir yang berubah watak antara sebelum dan selepas mendapat kuasa tidak harus dijadikan alasan untuk mengendur atau mudah mengalah.
Apatah lagi setelah dewasa dan matang dengan perjuangan yang diceburinya sejak zaman remaja, Nurul Izzah kini disebut-sebut sebagai antara aset paling layak untuk menjadi Perdana Menteri suatu hari hari nanti.
Kalau ibunya, Dr. Wan Azizah adalah wanita pertama berjaya memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, Nurul Izzah adalah calon wanita pertama di negara ini yang dilihat akan menjadi Perdana Menteri.
Sejak bergelar puteri reformasi lagi, tidak sedikit sumbangannya dalam memberi inspirasi kepada rakyat pelbagai kaum untuk terus berjuang dan menceburi dunia politik demi menyelamatkan negara ini.
Dengan sudah melibatkan diri dalam dunia politik sejak remaja, faham erti penindasan, penganiayaan, kesusahan dan penderitaan, Nurul Izzah barangkali mampu menterjemahkan sesuatu yang lebih bermanfaat untuk rakyat suatu hari hari nanti.
Berdasarkan itu, adalah suatu kerugian yang tiada taranya dengan keputusan Nurul Izzah mahu mengundurkan diri itu.
Demi masa depan negara ini, beliau perlu menarik balik keputusan mahu berundur itu. (Shahbudindotcom 27/03/2019)
Mana pelan pemulihan Felda? – Mazlan
KUALA LUMPUR – Selepas 10 bulan perintah negara, Pakatan
Harapan (PH) belum ada pelan pemulihan Felda?
Harapan (PH) belum ada pelan pemulihan Felda?
Itu persoalan Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO Felda, Mazlan Aliman.
Sebelum itu, beliau mengetuai delegasi untuk melawat Kementerian Hal
Ehwal Ekonomi dua hari lalu untuk bertemu dengan Timbalan Ketua Setiausaha untuk mengemukakan cadangan memulihkan Felda.
Ehwal Ekonomi dua hari lalu untuk bertemu dengan Timbalan Ketua Setiausaha untuk mengemukakan cadangan memulihkan Felda.
Semasa menunggu kementerian untuk membentangkan kertas putih mengenai Felda di Parlimen, beliau berpendapat kementerian yang bertanggungjawab tidak mempunyai sebarang pelan pemulihan.
“Ini yang paling penting untuk dilakukan. Ini penting kerana kita tidak
dilihat hanya menunggu kertas putih tetapi di mana pelan pemulihan
selama 10 bulan pemerintahan Harapan,” katanya dipetik dari KiniTV
hari ini.
dilihat hanya menunggu kertas putih tetapi di mana pelan pemulihan
selama 10 bulan pemerintahan Harapan,” katanya dipetik dari KiniTV
hari ini.
Mazlan juga mendakwa tidak ada peneroka Felda atau generasi kedua
yang dilantik sebagai pengarah lembaga lembaga.
yang dilantik sebagai pengarah lembaga lembaga.
Sebaliknya, orang luar yang kurang mengetahui mengenai Felda dilantik
ke lembaga pengarah.
ke lembaga pengarah.
Beliau mengingatkan bahawa peneroka Felda banyak menyumbang
kepada pembentukan kerajaan persekutuan Pakatan Harapan (PH) dan
jika tidak ada pembaharuan, mereka tidak boleh mengundi PH dalam
pilihan raya umum akan datang.-
kepada pembentukan kerajaan persekutuan Pakatan Harapan (PH) dan
jika tidak ada pembaharuan, mereka tidak boleh mengundi PH dalam
pilihan raya umum akan datang.-
ANWAR INGATKAN AZMIN FOKUS EKONOMI, BUKAN KRITIK IZZAH
Anwar ingatkan Azmin fokus ekonomi, bukan kritik Izzah
Presiden PKR, Anwar Ibrahim hari ini menasihatkan Timbalannya, Azmin Ali bertenang dan menumpukan perhatian untuk menangani isu di peringkat pusat, bukannya sibuk mengkritik anaknya, Nurul Izzah.
Beliau berharap kenyataannya dapat meredakan keadaan kerana paling penting ialah masing-masing menjalankan tugas sendiri untuk memulihkan ekonomi negara.
“Saya harap dengan penjelasan ini redalah. Masing-masing ada tugas besar bangunkan ekonomi rakyat, sibuk hal ini buat apa?” soalnya di lobi Parlimen.
Semalam, Azmin dilihat seperti membidas Nurul Izzah di Twitter dengan berkata, Malaysia memerlukan pelaksana yang sanggup mengharungi keadaan sukar, bukannya budak kecil yang merengek.
Ia selepas ahli Parlimen Permatang Pauh itu memberi gambaran ini adalah penggal terakhirnya menjadi wakil rakyat.
Nurul Izzah dalam temubual dengan akhbar Singapura, Straits Times turut menyuarakan kekecewaannya terhadap perkembangan politik negara selepas pilihan raya umum tahun lalu, selain tidak berpuas hati dengan kekurangan naratif jelas mengenai usaha memperkuatkan aliran pertengahan dan penyertaan bekas ahli Parlimen Umno dalam Pakatan Harapan.
Katanya, tidak mudah bekerja dengan “bekas diktator” yang menjadi punca berlakunya begitu banyak kerosakan, “bukan sahaja kehidupan kami, tetapi juga sistem”.
Minggu lalu, Nurul Izzah meletak jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Dr Mahathir Mohamad membenarkan Ahli Parlimen Beluran, Ronald Kiandee terus mengetuai jawatankuasa itu selepas menyertai PPBM, 15 Mac lalu.
NAJIB CUBA JUAL ASET NEGARA SEBELUM PRU 14
Najib cuba jual aset negara sebelum PRU 14
Bekas perdana menteri Najib Razak adalah orang yang bertanggungjawap meluluskan penjualan Bangunan Malaysia di Hong Kong ketika beliau masih berkuasa, dakwa Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
“Saya ingin memaklumkan kepada Najib (BN-Pekan) bahawa keputusan untuk menjual bangunan konsulat di Hong Kong dilakukannya sendiri semasa pentadbiran BN. Surat tawaran itu dikeluarkan olehnya.
“Keputusan itu dibuatnya sebelum 9 Mei (2018)… tetapi keputusan dibuat secara rundingan terus pada harga RM1.1 bilion,” kata Lim semasa ucapan penggulungannya titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.
Semalam, Najib telah menyuarakan kebimbangan mengenai laporan media bahawa kerajaan Malaysia ingin menjual menara pejabat 28 tingkat yang dimilikinya di Hong Kong.
Katanya, kerajaan Pakatan Harapan dalam proses mencari pembeli untuk bangunan 28 tingkat di Hong Kong yang diberi nama “Malaysia Building” yang kini milik kerajaan Malaysia.
Menara di Jalan Gloucester, di daerah Wanchai itu menempatkan beberapa agensi kerajaan termasuk pejabat Konsulat Jeneral Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)