KAH KAH KAH...



 Sudahlah RPK, seluruh Malaysia tahu hang kaki scam. Last-last kena Pukulan TKO dengan Sultan Johor. Dah 'submit' SD konon 😁😁🤣🤣


https://focusmalaysia.my/rpk-childish-bersatu-screws-me-for-publicly-exposing-the-oppositions-dubai-move-progress/

Cubaan jatuhkan kerajaan elak siasatan rasuah - Kamal Amir



 

Percubaan menjatuhkan Kerajaan Madani yang digembar gemburkan sejak sebulan kebelakangan ini bukanlah kerana mahu membela orang Melayu, sebagaimana diuar uarkan para pemimpin pembangkang.



Bagi pemerhati politik, Datuk Seri Kamal Amir Kamal Hijaz, percubaan itu lebih kepada mengelak golongan oligarki maha kaya yang menguasai negara sejak berdekad lalu daripada disiasat pihak berkuasa.



Katanya, golongan berkenaan cukup tidak senang kerana akhirnya Deklarasi Permatang Pauh melawan rasuah yang diucapkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim 25 tahun lalu akan dijadikan dasar Kerajaan.



"Sejak seminggu dua ini saya nampak penguasa (pihak berkuasa undang undang) yang diamanahkan oleh rakyat untuk melaksanakan tugas mereka (telah melakukannya) sebaik mungkin



"Sebab itu mereka (pembangkang) merasakan seandainya mereka dalam kerajaan, mereka boleh campurtangan dengan penguatkuasa, mereka boleh campurtangan dengan mahkamah dan sebagainya.



"Hari ini mereka mereka tidak senang dengan apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar. Kalau zaman mereka, mungkin mereka campurtangan dalam separation of power.



"Bagimanapun era Datuk Seri Anwar beliau kata 'jangan lupa bahawa para penguasa yang ada hari ini, anda berada dengan PM yang berbeza'. Ertinya dia tidak akan campurtangan. Bila disiasat (para oligarki) terbongkar satu demi satu, mereka menyalahkan Datuk Seri Anwar," katanya.



Oleh itu, tambah Kamal Amir, pembangkang pada waktu ini mencuba sedaya upaya untuk mengabsahkan usaha mereka mendakwa pentadbiran PM Anwar zalim kerana telah mengarahkan siasatan kepada musuh politik.



Sedangkan, katanya, andai rakyat meneliti dengan cermat, terdapat individu yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memfailkan di mahkamah untuk menghalang siasatan tersebut, yang tidak wajar berlaku di sebuah negara demokrasi.



"Saya kata kalau seseorang hadapi tuduhan, biarlah disiasat. Kalau kamu buat jenayah terpulang polis nak siasat. Tetapi macam mana kamu nak cabar pihak berkuasa untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka untuk menyiasat? Bukan ada tuduhan pun lagi," katanya.



Selain itu, beliau juga tidak menyembunyikan kekuatirannya mengenai laskar siber pembangkang yang baru baru ini mencaci pasukan polis apabila menyiasat pihak yang cuba menimbulkan kegemparan 'Langkah Dubai' menjatuhkan Kerajaan Madani dengan pelbagai tohmahan.



Justeru dalam cubaan pembangkang menimbulkan suasana tidak menentu, Kamal Amir meminta rakyat agar terus menyokong Datuk Seri Anwar dalam perjuangannya memerangi rasuah. Katanya, jika ketirisan berjaya ditangani sepenuhnya maka rakyat akan dapat lebih banyak bantuan daripada kerajaan serta hidup dengan lebih bermaruah.



"Bagi saya, mereka (pembangkang) lakukan ini untuk mengusir Anwar dari anjung kuasa di Seri Perdana. Mereka yakin seandainya jawatan itu mereka miliki, maka siasatan dihentikan. Apakah rakyat bersetuju?



"Sedangkan kesan ketiadaan korupsi dan sebagainya, (rakyat mula rasai) limpahan kemakmuran negara. Kakitangan kerajaan dapat RM2000 bonus, subsidi sana sini. Bantuan Rahmah dan sebagainya," kata beliau lagi.

 

DUA PILIHAN TERSEDIA JIKA ADA MP UMNO MASIH GHAIRAH HENDAK JATUHKAN KERAJAAN

 

Walaupun telah disahkan tiada apa-apa gerakan, mahu pun pertemuan di Dubai untuk menjatuhkan kerajaan sebagaimana dikecoh-kecohkan, sekaligus menolak dakwaan yang dibuat J-Kom, tetapi nampaknya usaha untuk menyingkirkan Anwar Ibrahim daripada kerusi Perdana Menteri tidak pernah terhenti.

Dikhabarkan masih ada bermacam gerakan lain sedang dan akan muncul yang diusahakan untuk menukar kerajaan semasa.

Di waktu yang sama, usaha mengumpul SD atau Akuan Bersumpah menjadi percakapan yang makin meluas kononnya ia telah diusahakan sejak akhir tahun lalu lagi.

Dikatakan usaha tersebut tiada kaitan dengan Langkah Dubai yang semata-mata khayalan itu kerana untuk menjatuhkan kerajaan, apa saja langkah atau gerakan boleh dilakukan, tidak kira di dalam negara atau di luar negara, yang penting ada cukup angka.

Dipercayai kerana berterusannya perkhabaran itulah yang membuatkan Anwar sendiri terpaksa bersuara agar mereka yang ingin menjatuhkannya melakukan perkara itu melalui usul undi tidak percaya di Parlimen.

Katanya, sudah setahun beliau menunggu blok pembangkang melakukannya, tetapi mereka tetap tiada keberanian.

Barangkali berkongsi kebimbangan dengan Anwar, UMNO semalam memberi amaran kepada Ahli-Ahli Parlimennya bahawa adalah suatu kesalahan jika ada di kalangan mereka yang ingin mengambil pendirian berbeza daripada ketetapan parti.

Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bersekali dengan berkuatkuasanya akta lompat parti, Ahli Parlimen UMNO juga dilarang daripada menongkah arus.

“Ramai yang mungkin tidak menyedari – termasuk penganalisis politik, ahli akademik dan pembangkang – bahawa Perlembagaan UMNO telah pun dipinda dalam Perhimpunan Agung Khas pada 13 Jan 2023 yang menghalang Ahli-Ahli Parlimennya bertindak membelakangi apa jua keputusan parti dan menyertai sebarang pakatan politik untuk menyokong seseorang sebagai Perdana Menteri.

“Fasal 20.11 Perlembagaan UMNO memperuntukkan keahlian seseorang akan tergugur secara automatik sekiranya ahli yang telah dipilih sebagai Ahli Parlimen dan kemudiannya menyertai suatu pakatan politik yang tidak dianggotai oleh UMNO.

“Ini termasuklah menandatangani perjanjian untuk membentuk pakatan dengan parti lawan sekali gus bertentangan dengan pendirian parti,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Dengan mudah difahami kenyataan Dr Asyraf Wajdi itu adalah ditujukan khas kepada segelintir Ahli Parlimen UMNO yang tidak pro kepada Zahid Hamidi yang dikatakan bila-bila masa boleh bersama dengan suatu pakatan lain untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Ada yang menyebut, jumlah Ahli Parlimen UMNO yang pro kepada blok pembangkang itu berjumlah antara 10 hingga 12 orang.

Maka sekarang, berdasarkan kenyataan Dr Aysraf Wajdi itu, langkah Ahli-Ahli Parlimen UMNO berkenaan telah tersekat dengan sendirinya dan inilah yang membezakannya dengan Bersatu kerana parti itu tiada peruntukan sedemikian dalam perlembagaannya.

Sebab itu, Bersatu tidak boleh bertindak terhadap lima Ahli Parlimennya yang telah mengisytiharkan sokongan kepada Anwar.

Jika mereka bertindak juga menyokong usaha menjatuhkan kerajaan, UMNO boleh bertindak mengisytiharkan mereka telah melanggar perlembagaan parti serta terlucut kedudukan sebagai Ahli Parlimen.

Jadi, apa yang harus dilakukan jika di dalam hati mereka masih bergelodak keghairahan mahu menukar kerajaan?

Secara umumnya ada dua langkah yang boleh mereka lakukan:

Pertama, mereka sendiri secara terbuka mengumumkan sokongan kepada perubahan kerajaan, bail melalui kenyataan media atau SD dan dengan demikian kedudukan sebagai Ahli Parlimen terlucut dengan sendirinya.

Selepas itu, mereka bertandinglah semula atas tiket dan dengan sokongan PN di kawasan yang sama.

Berdasarkan kekuatan sentimen Melayu/Islam dan mereka bertanding semula itu pula untuk tujuan menukar kerajaan, kalau benar rakyat menyokong gerakan berkenaan, mustahil tak boleh menang?

Kedua, bertindak mengambil tindakan mahkamah terhadap UMNO, sama ada berkaitan pemecatan/penggantungan terhadap beberapa pemimpin sebelum ini atau kerana membantah tindakan tersebut.

Apabila seseorang membawa kes ke mahkamah, keahlian mereka secara automatik tergugur, tetapi kedudukan sebagai Ahli Parlimen tidak terjejas.

Mereka seterusnya akan menjadi Ahli Parlimen Bebas yang membolehkan mereka bebas bersama pakatan yang diingini untuk menjatuhkan kerajaan.

Apa macam, mana satu jadi pilihan?

Isu paling besar cuma satu – cukup beranikah Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang tidak pro Zahid Hamidi itu untuk mengambil salah satu tindakan tersebut? – ShahbudinHusin 13/01/2024.

 

VID PENDEK : PAS PERLU DI HARAMKAN?

Pemfitnah tegar perlu 'disekolahkan' semula - Otai Reformis


 

Pelajar yang sering melakukan maksiat atau jenayah biasanya dihukum dengan dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak untuk menjernihkan kembali sahsiah diri. Begitu juga penagih dadah dimasukkan ke pusat pemulihan.



Sehubungan itu, bagi Presiden Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia (Otai Reformis), Mustapha Mansor Amer Mohd Isa, para pemfitnah tegar dari kalangan penyokong serta laskar siber pembangkang juga perlu 'disekolahkan' semula.



Katanya, para pemfitnah tegar berkenaan tidak lagi mempunyai pemikiran yang rasional mengenai bangsa dan agama, selain mahu memporak perandakan negara dengan cubaan berterusan menumbangkan Kerajaan Madani.



"Saya saran kepada kerajaan yang ada, sementara ada kuasa, kepercayaan rakyat masih ada, tangkap mereka (pemfitnah). Masukkan dalam sekolah (pemulihan). Belajar balik. Macam mana negara ini, sistem apa," katanya.



Dalam pada itu, Mustapha juga menolak ungkapan melulu penyokong salah satu parti pembangkang Pas yang sering menyalahkan Kerajaan Madani kerana tidak berhukum dengan undang undang Islam.



Hakikatnya, ketika Pas berkuasa 2020 - 2022 lalu tiada satu pun undang undang negara yang dipinda untuk diselaraskan dengan hukum Islam sebenar.



"Negara ini sistem yang kita kena akui, kita mewakili (undang undang) dari penjajah (British)



"Belum sempurna Islam negara kita. Jadi undang undang masih banyak yang perlu dibaiki (tidak perlu salahkan kerajaan semasa)," katanya.



Mustapha turut memberi peringatan, sekiranya suasana fitnah melampau pada waktu ini tidak dibendung tidak mustahil negara akan mengukut jejak langkah negara Islam di Asia Barat yang porak peranda dilanda konflik berterusan.



Untuk rekod, Otai Reformis merupakan gerakan jalanan memperjuangkan agenda reformasi total pemerintahan sejak 1998.



Pertubuhan Kebajikan Otai Reformis Malaysia berjaya didaftarkan pada hujung tahun lalu dan Mustapha Mansor merupakan presiden pertama setelah pertubuhan tersebut memperolehi pendaftaran sah.



[panas] MASTURA PERTAHAN DAKWAANNYA! RATU FITNAH SINDIR MP BERUAS!




Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad mendakwa kenyataannya berhubung veteran DAP Lim Kit Siang ialah sepupu kepada pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng berdasarkan sumber politik dipercayai sah. Ahli Parlimen PAS itu dalam pembelaannya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam terhadap saman oleh tiga pemimpin kanan DAP berkata, fakta terbabit diperoleh daripada bahan kempen Barisan Nasional dalam buku terbitan Jabatan Komunikasi gabungan itu (BNCOMMS). Dia turut memetik sumber “boleh dipercayai” sama atas dakwaannya berhubung Kit Siang dan anaknya, Guan Eng, yang juga pengerusi DAP, adalah sepupu kepada bekas perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew manakala Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok ialah sepupu Betty Chew, isteri Guan Eng. Kit Siang, Guan Eng dan Kok dalam saman berasingan mereka mendakwa Mastura membuat kenyataan berunsur fitnah mengaitkan mereka dengan Chin Peng serta Lee, antara lain. Saman itu sudah disatukan dan akan didengar di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Sumber Berita





[gempak] ADAKAH MB LATO LATO KOYAK? FAIZAL KENA BALUN OLEH RAKYAT!



KFA) akan mengambil tindakan saman kepada pihak yang menggambarkan berlakunya kegiatan rasuah dalam persatuan itu dengan mengaitkan tuduhan terhadap Presiden serta empat individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO). Presiden KFA, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, surat saman itu akan dihantar ke rumah dan pejabat pihak berkenaan dalam masa terdekat. "Pihak yang bersungguh-sungguh cuba menggambarkan berlaku rasuah RM6 juta dalam KFA dan mengaitkan tuduhan rasuah itu dengan individu tertentu terutamanya Presiden dan kakitangan KFA, sila tunggu surat saman di rumah dan di pejabat masing-masing," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook (FB), hari ini. Menteri Besar Kedah itu berkata, KFA akan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan tuduhan dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak lama lagi. ============================================================================================= Di ruangan komen, warganet menganggap ‘tinjauan ekonomi rakyat’ itu hanya sekadar merayap di Kuala Lumpur. “Tinjauan ekonomi apa benda entah ni. Ini merayap-merayap di sekitar Kuala Lumpur lah!,” komen warganet. “Tinjauan syok sendiri. Guna perkataan rakyat untuk sekadar lakonan. Tiada kelihatan langsung kelibat rakyat dalam 35 saat video ini. Setakat seorang dua pengikut. Level ketua pembangkang ni. Memalukan!,” komen yang lain. Sementara itu Hamzah dilihat memuat naik hantaran mengatakan ketika tinjauannya di ibu negara, ramai mengadu tentang kehimpitan hidup dan harga barang yang dikatakan semakin mahal. Sumber Berita



Zon Ekonomi Khas Johor - Singapura formula persekemakmuran bersama


 

Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang ditandatangani kedua dua negara kelmarin merupakan persekemakmuran bersama kedua dua negara dan negeri untuk menghasilkan sinergi ekonomi ke tahap yang lebih tinggi.



Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, MOU yang dimeterai tersebut selepas ini akan memandu rundingan di antara Malaysia dan Singapura untuk memperincikan bagaimana sebuah Zon Ekonomi Khas dapat diwujudkan bagi merancakkan ekonomi di Johor dan Singapura.



"Berdasarkan rundingan dipandu oleh MOU ini, Malaysia dan Singapura dijangka akan memuktamadkan satu perjanjian JS-SEZ menjelang akhir tahun ini.



"Saya melontarkan idea JS-SEZ ini Julai yang lepas. Alhamdullillah, ia disambut baik oleh Menteri Besar Johor dan Minister Desmond Lee (rakan sejawat saya dari Singapura) dan dipersetujui menjadi agenda ekonomi penting antara Malaysia dan Singapura," katanya dalam kenyataan.



Menurut Rafizi, Singapura mempunyai banyak kepakaran dalam perdagangan dan perkhidmatan. Negara itu juga memerlukan Johor yang mempunyai potensi tenaga kerja berkemahiran dan muka bumi yang luas untuk perindustrian.



Hal itu, katanya akan menjadi situasi saling lengkap melengkapi antara kedua negara dan negeri.



"Pertama, saling keterhubungan di antara Johor dan Singapura akan membolehkan pergerakan manusia, barang dan perdagangan yang lebih rancak di antara kedua-dua negara.



"Selain tujuan ekonomi, keterhubungan yang lebih licin akan membantu menyelesaikan isu kesesakan di Tambak Johor yang menyebabkan ratusan ribu rakyat Johor terpaksa bangun pagi untuk bekerja di Singapura.



"Saya membayangkan selain dari proses imigresen yang lebih mudah dan infrastruktur pengangkutan yang berkapasiti tinggi, peluang pekerjaan baru yang melibatkan syarikat Singapura dan antarabangsa di Johor akan meredakan tekanan pergerakan manusia ini di masa hadapan, kerana lebih ramai yang akan bekerja di Johor.



"Kita juga berpeluang untuk menarik lebih banyak pelaburan antarabangsa kerana pelabur-pelabur boleh menggunakan kemudahan yang ditawarkan di kedua-dua buah negara untuk membina operasi mereka, tanpa perlu melabur dua kali atau membuka dua syarikat," katanya.



JS-SEZ, kata Rafizi, dijangka akan meningkatkan permintaan kepada tenaga boleh baru (TBB) yang akan mempercepatkan pembinaan kapasiti TBB ke arah peralihan tenaga.



Kapasiti TBB yang ditawarkan oleh Johor dan Malaysia, katanya, akan menjadi daya tarikan utama pelabur antarabangsa untuk ke JS-SEZ dan Malaysia kerana tuntutan undang-undang di negara maju yang berkehendakkan penggunaan TBB.



"Saya tidak rasa saya akan melihat keseluruhan potensi zon ekonomi ini menjadi kenyataan kerana masa yang saya ada adalah terhad.



"Satu hari nanti, saya berdoa masyarakat antarabangsa merujuk mengenai JS-SEZ ini seperti mereka bercakap mengenai Shenzen-Hong Kong sebelum ini. Tetapi kerja untuk merealisasikan visi ekonomi itu bermula dari sekarang.



"Kita ada beberapa bulan untuk membawanya ke tahap yang seterusnya, teruskanlah berbakti untuk negara dan generasi akan datang," kata Rafizi lagi.

 

SERABUT JA KAU NIH




 Adoi la makcik Dayang ni pun. Teruk sangat kualiti BM makcik ni. Teringin pun jadi teringgin. Lepas tanda seru kena ada jarak. Selepas punctuation kena mula dengan huruf besar.


Ish... Sekolah mana la dulu? Ke standard Sanusi je 2 kali kena buang sekolah? Tengok cara menulis ni pun dah boleh agak level pemikiran makcik. Tapi ye la. Jadi kita faham kenapa makcik sokong PN.


Atau makcik nk sebenarnya tulis sambil menggigil ke? Ye la. Dah ketakutan. Rafizi ni dah macam John Wick buru satu persatu orang yang buat pasal dengan dia sebelum ni. Itu yang semua ketar lutut.


Baru buat podcast dah habis menggigil semua cytro PN. Meroyan suruh tutup. Nak tutup buat apa? Inilah cara nak jawab penipuan dan fitnah puak korang tu. Perangai zionis PN ni. Dia serang boleh. Bila orang balas, dia cakap macam-macam pulak.


Sekarang senang je. Kalau betul cytro PN ni tak buat fitnah dan tak menipu selama ni, sambut je cabaran Rafizi tu. Kalau terus beralasan macam ni, maknanya korang mengaku yang selama ni korang bercakap tanpa fakta. Sebab tu takut berdepan dengan Rafizi. Guane boh?


 

Raja Gelap II 

 

 

#PenjarakanPapaGomo


.


POLIS BUKA KERTAS SIASATAN




 Ok polis nak siasat. Ibu yang Mahiaddin bising kata fitnah ni. Hamzah pun bising kenapa kerajaan tak ambil tindakan.


Ok, pertamanya tak dengar pun pemimpin kerajaan kata PN nak rasuah YDP Agong. Ada pun mungkin penyokong je.


Kedua, yang aku dengar pun bukan tuduhan YDP Agong terima rasuah. Tapi PN cuba nak rasuah. Jadi rasanya tuduhan tu tak merosakkan kredibiliti YDP Agong. Cuma menunjukkan sifat jijik pemimpin PN.


Tapi tak apalah. Dah polis buka kertas siasatan, jadi kita biarlah polis lengkapkan siasatan tu. Tunggu je la apa hasilnya.


Apa pun, PN tak payah gelabah sangat. DS Anwar tu macam-macam PN fitnah. Relax tu. Macam tu beru betul kekal tenang. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


 

#PenjarakanPapaGomo

 

.


MALAYSIA ANTARA NEGARA TERATAS YANG MENYOKONG AFRIKA SELATAN DAKWA ISRAEL



MOHD FARUL AL QASAS


Rasa bangga bila penulis ni meletakkan Malaysia sebagai negara teratas menyokong Afrika Selatan untuk dakwa Israel.

Pastinya ini ada kaitan dengan kelantangan dan kerja kuat PMX.



 

RENTASAN 1525 | GEMPAR!! PAS 'RESTUI' MB KEDAH BERKARAOKE JAM 2 PAGI?



MENARIK DALAM RENTASAN 1525
1. ANTARA PRINSIP DAN GILA KUASA? 2. POLITIKUS CEMAS: CAKAP BESAR BUKAN MAIN 3. MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH 4. BERKARAOKE JAM 2 PAGI ITU INSAN HEBAT?


[wanted] KAKI FITNAH MENGHILANG DIRI MASIH BELUM MEMBAYAR SAMAN! BAKAL M...



Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Ahmad Dusuki Abd Rani seolah menghilangkan diri apabila masih belum melangsaikan hutangnya sebanyak RM23,000 kepada Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa biarpun sudah empat bulan dituntut berbuat demikian. Hutang RM23,000 itu adalah kos keseluruhan yang perlu dibayar Ahmad Dusuki selepas kalah dalam saman fitnah berhubung isu Tabung Haji. Bayaran itu merangkumi kos RM11,000 di Mahkamah Sesyen, RM7,000 di Mahkamah Tinggi dan RM5,000 di Mahkamah Rayuan. Sumber Berita 1. https://harapandaily.com/2024/01/12/d... 2. https://harapandaily.com/2024/01/11/m...



KEH.. KEH.. DAN LAGI TAHAJUD CINTA


 

KEPALA BAPAK HANG.KEPALA BAPAK BUKAN MAKI TUAN TUAN. TU PUJIAN ..... JAWAB DULU BARU NAK SAMAN ORANG. KENA 3 JAM , CERMIN KERETA PUN TAK MAU BUKA DAH....MMMMMMMM.....KOYAK KE ?

 


MUKLIS EDDIE





1) Ko kencing kontraktor

2) kontraktor report SPRM.

3) SPRM siasat.

4) CEO kena kutip.

5) ko kena panggil dek SPRM.

Jawab je lah dalam mahkamah ...x memasal nak menyaman dah kenapa ? Koyak ? koyak tak apa tuan tuan jangan .......JANGAN meroyan..

 

EELEHH..KO SAPA....

 

Gomo cabar DS Anwar letak jawatan sebagai PM. Hek eleh! Entah apa-apa la si gila tu.

Setakat dia je cakap tak ada sokongan, dah boleh nak cabar letak jawatan ke? Mana dia belajar? Lain kali tak bodoh, belajar. Kalau tak tahu, tanya.

Kalau nak PM letak jawatan, suruh MP PN buat usul undi tak percaya dalam sidang parlimen. Tu DS Anwar pun dah cabar tu. Takkan tak berani kot?

Mahiaddin, Hadi, Hamzah, Hishamuddin, Wan Faysal dan ramai lagi, takkan sorang pun tak berani nak buat usul undi tak percaya? Gebang je lebih!

DS Anwar bukan macam Mahiaddin. Dulu orang tua tu punya penakut nak berdepan undi tak percaya sampai sanggup isytiharkan darurat panjang.

Ini DS Anwar sendiri cabar. Apa lagi? Kalau tak berani nak buat usul tu, tak payah la nak sibuk cakap PMX tak ada sokongan majoriti ke apa. Mengarut je.

Gomo ni pun satu hal. Rela nampakkan diri bodoh apa pasal agaknya? Kalau sebab duit pun takkan la sampai begitu rendah martabat akal dia? Guane boh?

Raja Gelap II

#PenjarakanPapaGomo