[panas] DATUK ABDULLAH SANI BALUN KAW KAW ABAHCOW SELALU KATAKAN PMX BOD...
SOKONG LEPAS DI KECAM RASANYA.
Gerakan sokong pulak lepas kononnya faham yang modul itu hanya untuk orang Islam. Sebenarnya dia malu besar lepas dapati majoriti orang bukan Islam tak melenting pun dengan isu hang dibangkitkan.
Tapi aku setuju dengan Dominic soal kerajaan hari ini gagal dalam proses penerangan. Disebabkan itu PN selalu ambil kesempatan dengan putar-belitkan isu dan mereka cipta fitnah yang tidak-tidak.
Pun begitu, isu ini juga menunjukkan sifat Gerakan yang kelam kabut dan tak reti nak cari info sahih sebelum berkomentar hingga timbulkan keresahan masyarakat. Ini bukti jelas yang Gerakan gopoh dan PN tak layak jadi pemerintah. Guane boh?
Raja Gelap
.
*Bimbang PAS Menjadi Alat Sebar Fahaman Syiah*
*Bimbang PAS Menjadi Alat Sebar Fahaman Syiah*
Ada seorang sahabat bertanya kepada saya, adakah saya gembira dengan kemenangan PAS dalam PRN enam negeri yang baru berlangsung ini. Memandangkan saya dulu dikenali sebagai orang kuat PAS... Maka dia ingin mengetahui adakah saya masih gembira dengan kemenangan PAS.
Saya jawab, saya sedih dan takut.
Saya sedih kerana PAS menang dengan fitnah. Dan PAS parti politik paling banyak kalah saman fitnah.
Saya takut kerana PAS mula mengamalkan dan sebarkan fahaman SYIAH. Lama kelamaan ahli2 PAS akan menjadi musuh kpd faham Ahli Sunnah Waljamaah yg diamalkan di Malaysia dan Nusantara.
Sebenarnya sedari dari awal (zaman Yusuf Rawa) PAS terpengaruh dengan semangat revolusi Islam Iran dan kebetulan Iran berfahaman SYIAH.
Namun berpegang kepada kata-kata hikmah bahawa kebaikan itu adalah mutiara umat Islam yang tercicir, kutiplah walau di mana sahaja, maka PAS meniru beberapa perkara dari revolusi Islam Iran.
1. Kepimpinan Ulama dan Majlis Syura Dewan Ulama PAS
Sebelum ini, tiada slogan seperti itu. Pada mulanya slogan ini dijangka dapat menyatukan penyokong PAS dan mengembalikan sokongan kepada PAS sebagai sebuah parti Islam yang mendokong kepimpinan ulama dan ulama itu menurut hadith adalah pewaris nabi.
Konon-kononya inilah parti yang paling benar dan berjuang dalamnya adalah ibadah.
Namun konsep ini kemudian menjadi senjata makan tuan apabila ‘dihijack’ oleh Geng Ustaz dan kemudiannya mengamalkan ketaksuban seperti mana Ayatollah di Iran di mana Hj Hadi Awang, Presiden PAS diangkat sebagai pemimpin yang maksum, dikhabarkan dia kerap bermimpi berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW dan pernah berbincang dengan Nabi SAW (kenyataan oleh Mursyidul Am PAS Ust Hashim Jasin).
Sikap taksub ini menyebabkan ahli PAS jumud dan tidak boleh berfikir dengan baik...
Dan ia juga menyebabkan sikap melampau.
Contohnya, mengkafirkan Perlembagaan Persekutuan sbg sekular, mengkafir-harbikan DAP, menuduh orang yang menolak perjuangan PAS sebagai menolak perjuangan Islam, memulaukan mereka yang keluar dari PAS dan mengkafirkan sesetengah golongan yg tak sokong PAS.
2. PAS juga secara terbuka amal sikap Taqiyyah (sembunyi fakta sebenar)
Mereka ni munafik berbohong dan bermuka-muka. Hadi Awang mengaku wajib berbohong demi parti (PAS). Bohong Nik Abduh juga tidak dianggap bohong oleh PAS.
Sebab itu, PAS selamba je bohong, contohnya bab nak buat hudud, RUU355 dan batal PTPTN.
3. Nikah mutaah -
Benda ni PAS tak buat lagi, tapi mendengar ‘gurauan’ Nik Amar yang muslimat2 muda tak dapat jadi wakil rakyat tak apa dah… Jadi isteri muda Menteri pun ok...
Nikah muda dan poligami ni memang tak salah... Tapi salahnya bila nikah dengan cara tak betul seperti kes Timbalan Menteri dari PAS dan EXCO dari Terengganu baru2 ni.
Hairan juga dengan sesetengah YB PAS yang langgar undang-undang bab nikah ni... Depa ada kecenderungan ikut mutaah ka?
4. Sikap melampau -
Syiah ni dia melampau dalam tindakan... Termasuk dalam ibadah dia. Sambutan hari Asyura dia penuh dengan darah.
Sering kali berlaku pembunuhan di tempat yang ramai syiah seperti di India, Pakistan, Iraq.
Kau tengok PAS, dulu ada kejadian Tragedi Memali... iya... Walau pun ada salah dari Kerajaan pusat, tapi kesan *Amanat Hj Hadi* yg dakwa mati lawan kerajaan itu jihad dan syahid dan sikap Ibrahim Libya tu pasti juga ada sahamnya.
Sekarang, Pemuda PAS dah mula buat kawat dan perarakan bersenjata…
Walau pun hanya replika tetapi itulah permulaannya...
PAS juga setiap kali pilihanraya akan buat pelbagai replika perang… Tujuan PAS untuk menanam semangat perang dalam PRU.
Nak perang siapa? Walhal, semua pengundi dan parti2 politik berdaftar ikut Perlembagaan.
Sebab itu PAS jadi melampau…Sebab anggap pilihanraya sebagai satu peperangan bukan lagi politik. Ayat2 yg dibaca pada penyokong pun berkaitan perang.
Macam parti lain kafir. Malah ada juga ajar ayat Nabi Musa menentang Firaun. Seolah-olah parti lain Firaun.
5. Jabatan Amal PAS (para militeri) tu ilham dari Iran, malah lagu pun dari sana.
Tak salah unit Amal tu... Bagus, cuma pengaruh itu yang kita takut. Rakyat Syiah di Lebanon (Hiizbollah) ada unit seperti unit Amal dan juga tentera. Sekarang PAS dah mula buat replika perang... Dan akan datang, siapa tahu apa berlaku... Sebab amalan Takfiri (kafir mengkafir) masih kuat diamalkan oleh warga PAS.
6. golongan Ulama PAS iktiraf Syiah
Sebab itu tak hairan ramai pemimpin PAS dikaitkan dengan Syiah termasuk yang dah keluar PAS join parti Amanah. Mungkin terpengaruh dengan ‘keharusan’ ulama PAS termasuk Haji Hadi yang sering ke muktamar dunia Syiah di Iran.
Kawan saya jadi takut… Dia tanya, kerajaan tak boleh buat apa2 ke?
Syiah ni kuat berlakon dan pandai berpura-pura. Susah nak tangkap. Cara terbaik nak tolak Syiah ni… kena tolak PAS dan politik fitnah yang diamalkan oleh PAS...
Jika kita iqtikat Ahli Sunnah kita kena tolak PAS yg Syiah... Bagi ulamak mereka bersihkan kembali parti mereka dari pimpinan pro-Syiah. In Syaa Allah, PAS akan kembali ke landasan perjuangan yang sebenar.
*Muhammad Fairul Al-Qasas*
Jengka
HILANG MANA NTAH...
Mmms.
Harap khadam Gerakan berani bersuara, teringat dulu ada Un muda yang selalu gengam penumbuk '"mereka semakin berani!"
Sultan Ibrahim titah beri Anwar lebih masa bangunkan ekonomi
SHAH ALAM – Sultan Johor, Sultan Ibrahim
Almarhum Sultan Iskandar bertitah supaya lebih banyak masa diberikan kepada
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membangunkan ekonomi negara.
Memetik laporan media The Star, Sultan Ibrahim
bertitah, ia berikutan masalah krisis kewangan yang didepani oleh Kerajaan
Perpaduan pimpinan Anwar ketika ini amat mencabar.
“Anwar
hanya menyedari kesulitan kewangan kerajaan selepas memegang jawatan. Saya percaya
beliau memerlukan lebih banyak masa,” titah baginda pada Sabtu.
Selain itu, baginda turut melahirkan rasa lega
kerana lawatan rasmi Anwar ke China pada awal tahun ini berjaya membawa kembali
banyak hasil positif kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Delegasi lawatan yang bermula pada 29 Mac
hingga 1 April itu menyaksikan Malaysia memperoleh komitmen pelaburan sebanyak
RM170 bilion dari China.
Dalam perkembangan yang sama, Johor mendapat
sebahagian besar daripada komitmen berkenaan dengan pelaburan RM80 bilion
daripada syarikat petrokimia terbesar China, Rongsheng Petrochemical Co
PEMBELAJARAN HADIS 40 – MCA KINI SETUJU, PAS SOKONG PENUH
MCA menyatakan mereka kini berpuas hati dengan rancangan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengajarkan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi selepas mendapat penjelasn Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Presiden MCA Wee Ka Siang bagaimanapun berkata, penjelasan mengenai kaedah pelaksanaan modul berkenaan sepatutnya dibuat lebih awal supaya ia tidak terdedah kepada salah tafsir khususnya dalam kalangan bukan Islam.
Menurut Wee, pertikaian timbul susulan perkataan “rintis” seperti yang dilaporkan beberapa media dan membawa gambaran ia akan diperluaskan kepada institusi selain dari sekolah agama.
Ujarnya penjelasan perlu dibuat daripada awal memandangkan perkataan “rintis” dan “diperluaskan” yang digunakan, membuat ramai masyarakat bukan Islam tidak faham kerana penjelasannya dilihat tergantung di situ saja.
“Apa yang menjadi reaksi (tentangan) masyarakat ialah sebelumnya perkataan yang digunakan bagi pengenalan modul itu adalah ‘projek rintis’ yang kemudiannya akan diperluaskan kepada semua sekolah menengah kebangsaan (SMK).
“Maka sudah tentu ia akan terdedah kepada penterjemahan dan pentafsiran yang berlainan,” katanya seperti dipetik Harian Metro hari ini.
Wee yang juga bekas menteri pengangkutan turut menganggap laporan media massa yang menggunakan kedua-dua perkataan tersebut sebagai punca MCA mengambil sikap menolak sebelum ini.
Wee berkata, MCA berpuas hati dengan penerangan Anwar di Johor semalam, bahawa kerajaan tidak akan memaksa golongan bukan Islam untuk menghafal atau mendalami modul berkenaan.
“Penjelasan perdana menteri dan kenyataan berhubungnya dikeluarkan oleh KPM hanya pada petang semalam, tetapi (sedangkan) perkara (isu) ini sudah timbul sejak beberapa hari lalu. Jadi sepatutnya ini dijelaskan lebih awal,” katanya.
Terdahulu Biro Perhubungan Etnik dan Hal Ehwal Agama MCA menggesa kerajaan menangguhkan terlebih dahulu pelaksanaan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi agar ia boleh dibincangkan semula di peringkat kabinet.
Ketuanya Cally Ting berharap kabinet dapat mencapai persetujuan agar modul itu hanya dilaksanakan di sekolah agama dan tidak melibatkan sekolah kerajaan.
Menurut KPM program rintis itu akan dilaksanakan di 61 sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) dan 228 sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) seluruh negara.
Ia kemudian menimbulkan polemik terutama dalam kalangan penganut bukan Islam. Antaranya Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme Malaysia (MCCBCHST) menyatakan “kebimbangan mendalam” terhadap kemungkinan pelajar bukan Islam perlu mempelajari modul itu juga.
Bagaimanapun, pegawai khas kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Swee Kuan semalam menjelaskan ia akan diajar kepada pelajar Islam sahaja.
Sementara itu Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat, Mohamed Fadzli Hassan, berkata parti itu menyokong penuh inisiatif KPM melaksanakan modul terbabit di 289 buah sekolah-sekolah kerajaan.
“Inisiatif ini sangat bertepatan dengan keadaan semasa yang menuntut ke arah keutamaan pembentukan sahsiah dan kepribadian yang mulia.
“PAS merasa dukacita tentang satu laporan berita mengenai sebuah kumpulan mewakili agama bukan Islam, MCCBCHST, yang melihat tindakan KPM sebagai tidak berperlembagaan.
“Pembangunan kurikulum pengajaran agama Islam dalam arus pendidikan perdana bukanlah baru malah berjalan dengan baik melalui beberapa perubahan mata pelajaran seperti Pendidikan al-Quran dan Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Tasawwur Islam, j-Qaf, Tamadun Islam dan beberapa modul lain dalam bentuk formal dan tidak formal,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Mohamed Fadzli yang juga timbalan menteri besar Kelantan berkata, sebagai negara yang menjadikan Islam sebagai agama persekutuan, amat wajar sekali pengajaran agama Islam perlu menjadi keutamaan dan tanggungjawab ke atas persekutuan.
“Dalam sistem pendidikan di negeri-negeri di Malaysia termasuk di bawah pentadbiran PAS turut menekankan keutamaan ilmu fardhu ain dalam pelaksanaan pendidikan.
“Sebagai contoh di Kelantan, amalan terbaik keutamaan ilmu fardu ain telah dijadikan indeks utama dalam pelaksanaan dasar pendidikan rabbani. Ia selari dengan falsafah pendidikan kebangsaan yang bertujuan melahirkan insan seimbang dan harmoni berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan,” katanya.
Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/677100
SANUSI DAN BINI LEBIH SEBULAN TAK TUKAR BAJU??
Adrian Lim
Tular lagi video lama yang dikatakan sambutan orang Johor kepada Sanusi. Tapi aku tengok pun tau FAKE. Ulang siar video lama.
Typical modus operandi PAS. Taktik “miscontextualisation” ialah kepakaran PAS.
(Miscontextualisation = Ambil video berbeza untuk konteks berbeza bagi tujuan mengelirukan penonton)
1. Satu-satunya airport dengan tiang berwarna oren bengkok di Malaysia ada kat Alor Setar. Lapangan terbang Sultan Abdul Halim.
2. Baju korporat berwarna putih dengan kolar hijau Sanusi sebiji dengan video-video 18 Julai selepas Sanusi didakwa di mahkamah kerana menghina Sultan Selangor.
3. Baju kurung berwarna biru muda bini Sanusi sebiji dengan video-video 18 Julai selepas Sanusi didakwa di mahkamah kerana menghina Sultan Selangor.
4. Kenderaan berwarna hitam sebiji dengan video-video 18 Julai selepas Sanusi didakwa di mahkamah kerana menghina Sultan Selangor.
Persoalannya… Sanusi dan bini tak tukar baju sejak 18 Julai ke? Pengotornya.
Aduh. Inilah erti “The Greater Kedah” dan “Membangun bersama Islam” yang dilaungkan oleh walaun. Takbirrrr!!!
KALAU KATA PMX PEMBOHONG . HANG PULAK MOHONG APA KE RAKYAT KEDAH.
1. Ayaq sampai la tak dak.
2. Litar sampai la tk siap.
3. Langkawi...WIDAD PROJEK ALA DUBAI....TINGGAL ZINK SAJA...segenting kra..pelabuhan lebuhraya sampai la bayang tak dak.
4. Lapangan terbang, bayang tak nampak.
5. Peluang kerja 30 tahun lagi baru nak ada...temberang la.
6. ...SANUSI LEBONG WALAUN
FUHHH..APA PUNYA LEKEH..
Siapa la punya cerdik ni. Terdesak sangat ke nak tunjuk Sanusi ni hebat sangat sampai edit video di KL dan katakan di JB?
Cerdik sangat sampai polis buka kertas siasatan. Takde kerja, jadi kerja. Nanti dah kena panggil, kata kerajaan zalim bagai.
Relax. Kata Sanusi hebat sampai lahir Gelombang Sanusi. Kalau dah hebat sangat kenapa sampai nak edit video? Guane boh?
Raja Gelap
.
LEBAI PETIR MERAPU APA BHAI..
Bukti puak ni bukan tahu perkembangan semasa pun. Main tulis je.
Dia dengar ada pihak yang tentang isu penghayatan hadits tu, terus dia label sekular. Dia tak check lagi siapa yang cadang, siapa yang tentang. Main agak ini puak dia yang cadang la tu.
Sekali yang cadang tu musuh dia. Yang menentang, yang dia label sekular tu geng dia sendiri. Paling best sekali, puak dia jadi syaitan bisu. Bila abang besar bersuara, tak berani nak pertahankan Islam.
Tapi betul macam dia cakap. Nak belajar hadits pun Gerakan dah tentang. Boleh dah fikirkan apa lagi yang Gerakan rancang. Dan bila mereka buat apa yang dirancang, berani ke PAS bantah?
Alangkan isu hadits ni pun PAS tak berani bangkang Gerakan. Nak buat RUU355? Hudud? Mimpi la. Ini kalau PN memerintah, dengan ada Gerakan, baru la Islam betul-betul terancam.
Raja Gelap
.
OTAK PAJAK
Wang Xiang.
BELAJAR tinggi2 pun tapi kalau otak kasi pajak sama lobai susah jugak.
Liberal ni mungkin ikut kamus lobai maksudnya bebas hubungan seks, bebas nak tukar agama ikut 4 musim atau bebas nak tukar pasangan.
Memang lambat lagi le negara nak aman dan nak hidup penuh harmoni.
DIA PAKAI HELMET. MANA DIA TAU AP BENDA. TUKAQ KETA ..DUIT TAK DAK BUKA DERMA....
Ni sorang lagi yang tak tahu perkembangan semasa ni.
Dia sarankan PH singkirkan DAP untuk cairkan ego DAP. Tapi apsal pulak? Apa yang DAP buat sampai nak kena singkirkan?
Sepatutnya dia pujuk pimpinan PAS tinggalkan PN atau paling tidak, PN singkirkan Gerakan. Sebab dah nampak sangat yang Gerakan anti Islam.
Saman kerajaan Kelantan sebab hudud, tolak jawi, tentang RUU355 dan terbaharu, nak saman kerajaan untuk modul hadits tu.
Bukan DAP tapi Gerakan yang tentang. Walaupun semua tu tak terkait orang bukan Islam. Tapi yang peliknya, Gerakan yang anti Islam ditatang, DAP pula yang dipersalahkan. Guane boh?
Raja Gelap
.
CEROI- KITA CARI SYURGA BUKAN GOL....
Pasukan bolasepak Kelantan dibelasah Terengganu 8 gol, dengan
JDT 15-1 (aggregate) dan 11-2 dengan Selangor.
Apa kata ambil ulama pula jadi coach lepas ni. Mana tahu boleh
selesaikan masalah prestasi yang merudum teruk tu.
Eh bukan aku hina ulama. Sedangkan pentadbiran negeri boleh
serahkan kepada ulama walaupun tak berkelayakan. Takkan bolasepak tak boleh?
Sedangkan mentadbir negara/negeri beribu kali lebih susah
berbanding latih pasukan bolasepak kan? Tak yakin?
Ini yang dimaksudkan serahkan tugas kepada yang berkelayakan.
Sedangkan bolasepak pun nak lantik coach yang berkelayakan. Apatah lagi
pentadbiran negeri. Kan? Guane boh?
.
GELAKAN BAWA KE MAHKAMAH.
Gerakan bantah Modul Penghayatan Hadits 40 Imam Nawawi hingga
nak bawa ke mahkamah. Ya, Gerakan ye. Komponen PN. Bukan DAP. Ingat tu.
Yang menariknya, lebai PAS semua senyap dengan tindakan Gerakan
seakan merestui bantahan yang dibuat oleh parti rakan sekutu mereka itu.
Kenapa?
Adakah PAS memang takut kepada Gerakan? Jadi benar Gerakan
adalah abang besar dalam PN? Atau PAS setuju modul ini tidak diajarkan di
sekolah?
Mana tahu, PAS merasakan jika umat Islam faham Islam yang
sebenar, hayati hadits sebagaimana sepatutnya, maka doktrin PAS akan jadi
terhapus.
Jika ini tidak benar, kita nak tengoklah PAS boleh buat
kenyataan yang jelas, tegas dan keras ke atas kebiadaban parti Gerakan.
Beranikan PAS? Guane boh?
PAJAK OTAK: Tular sehingga 800k views kat TikTok. Sungguh berjaya Projek Pajak Otak yang dilakukan oleh PAS.
ADRIAN LIM
PAJAK OTAK: Tular sehingga 800k views kat TikTok. Sungguh
berjaya Projek Pajak Otak yang dilakukan oleh PAS.
Aku tengok sekali pun tau fake. Lokasi bukan kat Johor.
1. Bangunan dengan LED screen kat belakang itu bangunan DBKL.
2. Bangunan kat tepi ibarat warisan itu Bangunan Sultan Abdul
Samad. Bangunan Mahkamah Tinggi KL yang lama.
3. Outrider nampak off sangat. Hanya Agong atau Sultan atau PM
atau TYT asing mempunyai outrider sebegitu meriah dan berderet.
4. Kenderaan Range Rover berwarna Matt Grey membawa VIP itu pun
nampak off sangat.
5. Ulang lagi ulang, tak nampak muka Sanusi walau sesaat.
Kat KL dekat Bangunan DBKL hanya ada satu tempat yang mampu
menampung bilangan hadirin yang begitu ramai. Dataran Merdeka.
Kali terakhir sebuah program sebegitu meriah di Dataran Merdeka
ialah KL Munajat.
KL Munajat dihadiri Ustaz Abdul Somad.
Aku yang bukan Islam pun tau pasal program KL Munajat bersama
Ustaz Abdul Somad. Walaun yang claim terpaling Islam tak malu tak rasa berdosa
sebar fitnah ke?
Orang yang bikin video PALSU tersebut, ready ready. Radio car on
the way
[wanted] PANAS! PDRM SAHKAN MENANTU MUHYIDDIN!DIKENAKAN NOTIS MERAH INTE...
[berita buruk] MAHKAMAH TOLAK BATALKAN RASUAH RM500K!BAGI FAEDAH ANNUAR ...DULU SIAP NAK SAMAN KEMAIN....
Calon PRK Simpang Jeram: Lihat khidmatnya di Muar - Aminolhuda
Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan mahu pengundi di Pilihan
Raya Kecil DUN Simpang Jeram melihat rekod kerja calon Pakatan Harapan di
Majlis Perbandaran Muar (MPM) sebelum ini.
Katanya, calon yang diletakkan oleh Amanah, Ir Nazri Abd Rahman (gambar,
tengah) merupakan jurutera MPM dan boleh dilihat jasanya dalam
membangunkan bandar Muar sebagai bandar yang bersih dengan landskap menarik.
"Calon di Simpang Jeram, kalau kita lihat bandar Muar atau
dikenali bandar Maharani terkenal dengan bandar bersih serta menjadi satu mercu
tanda kepada Malaysia, bukan Johor sahaja.
"Kita lihat di situ siapa di belakangnya. Selain Yang
Dipertua dia adalah jurutera yang terlibat secara langsung dalam pembangunan
Muar itu sendiri, iaitu jurutera Ir Nazri Abd Rahman.
"Beliau juga Ketua Jabatan MPM. Kalau dia berada di sana,
membangunkan Muar bersama Pegawai Daerah, YDP Muar (mengapa tidak dijadikan
wakil rakyat)," katanya kepada Suara Keadilan.
Menurut beliau lagi, rakyat akan rugi jika tidak mengundi
seseorang yang telah biasa dalam hal ehwal pentadbiran kawasan untuk diangkat
sebagai wakil rakyat.
"Beliau sangat baik dari segi penguruan dan pembangunan.
Maknanya kalau kita memilih pemimpin, inilah pemimpin yang ada rasa
tanggungjawab dan boleh melaksanakan tugas. Inilah orangnya, terbukti depan
mata kita.
"Saya yakin pengundi di Simpang Jeram akan pilih calon dari
PH," katanya.
* Foto kredit: Berita RTM
LAPOR POLIS NI BUKAN KERJA SEORANG HERO. MEDIA ADA TAPI MEDIA TAK DAPAT BERFUNGSI DENGAN BAIK. SEBAB APA ? SEBAB KERJA TAK CEKAP DAN TAK PANDAI.
Lapor polis fitnah konon PM lindungi salah laku ahli politik
Ketua Cabang KEADILAN Pensiangan, Raymond Ahuar hari ini membuat
laporan satu polis terhadap fitnah yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp
kononnya Perdana Menteri datuk Seri Anwar Ibrahim melindungi seorang ahli
politik yang membuat salah laku.
Menurut Raymond, fitnah yang tersebar di media sosial itu tidak
seharusnya terus dibiarkan mencemar imej PMX.
"Saya juga sudah buat laporan polis kepada pihak yang membuat
fitnah menuduh YAB Datuk Seri PMX melindungi orang salah sehingga tidak diambil
tindakan dalam KEADILAN melalui sebaran WhatsApp group.
"Saya mohon kepada Ahli Jawatankuasa dan ahli Parti Keadilan
Cabang Pensiangan untuk tetap sabar tanpa membuat komen-komen liar atau fitnah
yang menyusahkan diri sendiri.
"Saya harap kita jangan terprovokasi dengan politik yang
tidak matang dan tetap dengan pendirian untuk bersuara sekiranya ada salahguna
kuasa atau apa-apa yang melanggar undang-undang di kawasan kita tanpa mengira
pangkat atau parti," katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, Raymond juga telah membuat satu laporan kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salahguna kuasa seorang
wakil rakyat dan meminta siasatan dilakukan.
"Laporan lengkap sudah diserahkan kepada pihak SPRM Cawangan
Keningau berkaitan salahguna kuasa seorang ADUN yang telah saya berikan kepada
pihak SPRM untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan kepada semua yang
terlibat tanpa mengira pangkat atau parti
"Saya percaya ini akan menjadi contoh dan pengajaran kepada
kita semua, khususnya masyarakat Nabawan dan amnya kepada seluruh rakyat Sabah
untuk tidak sesuka hati menggunakan kuasa atau pangkat yang diberikan serta
menjalankan tanggungjawab dengan jujur, ikhlas dan telus," katanya lagi.
Raymond berharap rakyat tidak akan mempercayai fitnah, dan segera
melaporkan mana mana salahlaku yang diketahui mereka kepada pihak berkuasa.
Beliau menegaskan rakyat Sabah perlu merealisaikan hasrat PMX
untuk mewujudkan tadbir urus yang telus, ikhlas dan jujur.