Malam tadi selepas solat tarawih di Kg Pasir, saya bergegas ke Jalan Telawi, Bangsar Baru untuk buat spotcheck premis-premis bar/pub.
Baru-baru ini viral video anggota polis meleraikan pergaduhan di antara beberapa pengunjung premis bar/pub. Malah sebelum ini berlaku beberapa insiden pergaduhan hingga pernah terjadi kematian.
Saya sejak dari awal berpandangan premis-premis bar/pub yang terletak terlalu dekat dengan rumah-rumah di Bangsar Baru tidak patut dibenarkan beroperasi, lebih-lebih lagi yang ada live DJ atau muzik kuat yang sering mengganggu jiran yang tinggal kurang 100m dari premis tersebut (ini juga ada dalam garis panduan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur).
Ada juga premis yang selalu dikunjungi terlalu ramai orang (sehingga polis terpaksa melakukan operasi baru-baru ini). Ini melanggar SOP dan berbahaya bila premis menjadi terlalu padat - COVID-19 terlalu mudah merebak.
Malam tadi saya saksikan sendiri beberapa premis sedemikian, manakala kebanyakan yang lain terkawal.
Beberapa tahun lalu saya pernah panggil semua pengusaha premis untuk satu pertemuan supaya keadaan lebih terkawal. Kali ini tindakan sangat tegas perlu dipertimbang pihak berkuasa, terutama buat premis-premis yang didapati melanggar (berkali-kali) garis panduan DBKL, atau SOP MKN dan KKM.
Cukuplah. Saya tak nak insiden-insiden yang tak diingini berlaku lagi.
BARU SAJA MENANTU PM CAKAP ISU PELITUP MUKA YANG HAUK, SEKALI DATO SITI CUBA PAKAI LAIN YANG JADI
Dato Siti Nurhaliza tidak sengaja membuat mask jovian terputus semasa live, video ini menjadi tular apabila pemilik mask ini Jonivian telah mengeluarkan kenyataan tentang isu banteras mask yang hauk di pasaran.
Pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) dan Perdana Menteri serta
Menteri Undang undang dalam perbincangan pagi tadi telah menyetujui 4 perkara
berhubung tindakan seterusnya ke atas Rang Undang undang (RUU) Akta Anti Lompat
Parti.
Menurut kenyataan Majlis Presiden PH, perbincangan tersebut yang
telah diadakan di Parlimen sebelum sesi Dewan Rakyat bermula pagi ini
membuahkan hasil amat positif.
"(Persetujuan dicapai bahawa) pindaan kepada Perkara 10
Perlembagaan Persekutuan berhubung hak berpersatuan perlu diperhalusi supaya
ianya dihadkan kepada Rang Undang-Undang berhubung larangan melompat parti
sahaja
"Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan berhubung seseorang
wakil rakyat yang melepaskan jawatan wakil rakyat hilang kelayakan untuk
bertanding selama lima tahun akan diteliti dan diusahakan penyelesaian, supaya
selaras dengan semangat RUU Anti Lompat Parti
"Pindaan Perlembagaan yang dibentang hari ini akan dirujuk ke
sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang bersifat dwipartisan, melibatkan
semua parti, dan ditugaskan meneliti, memperhalusi dan mencadangkan deraf
Pindaan Perlembagaan dan RUU Anti Lompat Parti ke Jemaah Menteri dalam masa
satu bulan," kata Majlis Presiden.
Manakala Pindaan Perlembagaan dan RUU Anti Lompat Parti yang
dipersetujui kedua-dua belah pihak akan dibentang dan diluluskan dalam satu
sidang khas Parlimen yang akan diadakan sebelum penghujung bulan Mei 2022
"Majlis Presiden mengulangi pendirian bahawa RUU Anti Lompat
Parti merupakan salah satu syarat utama Memorandum Persefahaman Transformasi
dan Kestabilan Politik (MOU).
"PH komited kepada proses untuk memastikan Pindaan
Perlembagaan dan RUU Anti Lompat Parti ini berjaya dibentang dan diluluskan di
Parlimen, demi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap proses pilihan raya dan
seterusnya menjamin masa depan demokrasi di Malaysia," kata kenyataan itu
lagi.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk
Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Anthony
Loke dan Presiden UPKO Datuk Seri Madius Tangau.
Ujar Ismail Sabri, pengumuman yang dibuat sebelum ini tidak menyentuh mengenai soal status vaksinasi bagi mendapat bantuan berkenaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Kesemua penjawat awam termasuk pesara layak menerima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 meskipun tidak mempunyai status vaksinasi yang lengkap.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya telah mengarahkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) supaya membatalkan Perkara 6 (VI) dalam pekeliling Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 bertarikh 8 April 2022.
Ujarnya, pengumuman yang dibuat sebelum ini tidak menyentuh mengenai soal status vaksinasi bagi mendapat bantuan berkenaan.
“Pengumuman awal oleh saya sebelum ini tidak pernah menyatakan sebarang pengecualian bayaran kepada mana-mana penjawat awam mengikut status vaksinasi.
“Ini bagi memastikan bahawa tidak ada penjawat awam atau pesara yang layak menerima bantuan ini daripada tercicir," menurut Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun kata Ismail Sabri, terdapat beberapa perkara lain yang terkandung dalam pekeliling tersebut masih terpakai.
Soal vaksinasi sememangnya bukan perkara yang diwajibkan kerajaan namun orang ramai digalakkan untuk melengkapkan dos suntikan imunisasi COVID-19 demi kebaikan semua pihak.
Kerajaan pada 5 April lalu mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2022 buat penjawat awam dan pesara.
Pencalonan bagi jawatan utama Angkatan Muda KEADILAN (AMK)
Malaysia telah dipenuhi oleh pasukan Seangkatan yang dianggotai Adam Adli,
Kamil Munim dan rakan rakan.
Pencalonan mereka dilakukan di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling
Jaya, pagi tadi.
Menurut Adam, mereka menawarkan diri ke posisi utama AMK setelah
mendapatkan penilaian dan sokongan dari rakan rakan seluruh Malaysia untuk
menggalas cabaran bertanding
"Hari ini kita selesaikan proses pencalonan dengan beberapa
langkah tadi. Saya dan beberapa rakan rakan kami sudah pun selesai hantar
pencalonan bagi 4 jawatan yang dipertandingkan dalam AMK pusat
"Jadi saya sudah pun selesai tawarkan diri sebagai calon
Ketua AMK pusat, diikuti saudara Kamil Munim bagi jawatan Timbalan Ketua dan
Danish Hairudin bagi Naib Ketua AMK dan saudara Praveen Murali bagi jawatan
Naib Ketua AMK untuk 2022 - 2025.
"Kami rakam terima kasih kepada rakan AMK dari Utara sampai
Selatan dalam seminggu lebih ini beri pendapat dan sokongan dan itu beri kami
kekuatan untuk tawarakn diri," katanya.
Selain itu, kata Adam, pasukan mereka yang dikenali sebagai
Seangkatan itu berhasrat untuk mewujudkan pasukan AMK dalam menghadapi Pilihan
Raya Umum ke 15 yang akan diadakan beberapa bulan ke hadapan.
"Di bawah pasukan kita namakan Seangkatan ini, mesej kita nak
sampikan ialah sebuah AMK bersama, bersatu padu yang bawa satu kekuatan cukup
baik menjelang pemilihan, kerana pemilihan kali ini akan menyediakan KEADILAN
sebuah pasukan lebih kuat dalam berhadapan PRU yang sangat dekat.
"Kita percaya dengan semangat Seangkatan kami bawa kita
menggarap dan merangkul semua kekuatan dalam AMK," katanya lagi.
PETALING JAYA: Pindaan Perlembagaan rang undang-Undang (RUU) antilompat parti akan dibentang dan diluluskan dalam satu sidang khas Parlimen sebelum hujung Mei.
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berkata, perkara itu diputuskan menerusi perbincangan pemimpin utama PH bersama Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
“Majlis Presiden mengulangi pendirian bahawa RUU itu merupakan salah satu syarat utama Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik (MoU).
“PH komited kepada proses untuk memastikan pindaan Perlembagaan dan RUU ini berjaya dibentang dan diluluskan di Parlimen, demi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap proses pilihan raya dan seterusnya menjamin masa depan demokrasi di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Ismail berkata cadangan undang-undang untuk melarang ahli Parlimen melompat parti akan dibentangkan di Parlimen pada Julai.
Sementara itu, Majlis Presiden PH berkata perbincangan itu turut menyentuh Pindaan kepada Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan berhubung hak berpersatuan perlu diperhalusi supaya ia dihadkan kepada RUU berhubung larangan melompat parti sahaja.
Selain itu turut disentuh Perkara 48(6) Perlembagaan Persekutuan berhubung seseorang wakil rakyat yang melepaskan jawatan wakil rakyat hilang kelayakan untuk bertanding selama lima tahun akan diteliti dan diusahakan penyelesaian supaya selaras dengan semangat RUU antilompat parti.
Kenyataan itu turut menyebut Pindaan Perlembagaan yang dibentang hari ini akan dirujuk ke sebuah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang bersifat dwipartisan, melibatkan semua parti.
Katanya, jawatankuasa itu ditugaskan meneliti, memperhalusi serta mencadangkan deraf Pindaan Perlembagaan dan RUU berkenaan ke Jemaah Menteri dalam masa satu bulan.
Keputusan di Mahkamah Daerah Timur New York, Amerika Syarikat (AS) yang menjatuhkan hukuman bersalah kepada pencuri dana 1Malaysia Development Berhad kelmarin mencemarkan imej negara dan menyerlahkan korupsi di negara ini di mata dunia.
Menurut Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, korupsi dalam Malaysia pula, pada waktu sama telah berada pada angka ratusan dan ribuan juta ringgit yang menunjukkan penguasa tidak lagi segan silu merompak wang rakyat.
“Kita ada kes 1MDB, tak habis habis, keluar di New York, keputusan semalam dari Najib kepada Tim Leissner sekarang Roger Ng, seluruh dunia menyaksikan.
“The Economist hari ini mengulangi kenyataan awal dulu bahawa 1MDB adalah skandal skala terbesar melibatkan negara yang pernah berlaku pada abad ini.
“Jadi ini yang berlaku. Ada masalah berbangkit lagi, MySejahtera. Kemudian hari ini sibuk satu lagi kes penangkapan pegawai GLC. Sekarang (korupsi) bukan juta tetapi bilion,” katanya dalam ucapan tazkirah sempena program Majlis Berbuka Puasa Anjuran Menteri Besar Negeri Sembilan, petang semalam.
Sehubungan itu, kata Anwar, korupsi yang meningkat menuntut Pakatan Harapan berjuang lebih gigih dalam menyedarkan rakyat melakukan perubahan agar negara tidak lumpuh pada masa hadapan.
“Kalau kita lihat fokus itu, baik KEADILAN, DAP, Amanah (perlu kuat berjuang), negara hampir hancur puluhan bilion dirompak. Kemiskinan merata rata. Kesenjangan melebar, pengangguran bertambah. Tetapi kita lihat tiap hari berita rompakan demi rompakan.
“Cuma tidak disebut rompakan tetapi salah guna kuasa atau commission agent,” katanya.
Justeru sempena Ramadan, Anwar menasihatkan agar umat Islam menguatkan tarbiah dan menghindarkan diri daripada sifat tercela, apatah lagi melakukan jenayah korupsi.
“Sebab itu kita diminta puasa supaya tahu apa dirasakan oleh masyarakat miskin yang hidup derita, sama ada kelaparan atau tak cukup nikmat makanan
Pemilihan KEADILAN 2022 memberi kesempatan kepada pimpinan untuk berjumpa terus anggota bawahan dan mengeratkan hubungan.
Hal itu diungkapkan oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dalam program Majlis Berbuka Puasa Anjuran Menteri Besar Negeri Sembilan, semalam.
Katanya, turun padang perlu dilakukan lebih awal dan sebagai persiapan menjelang Pilihan Raya Umum ke 15
“Bila ada pemilihan berjumpa terus ahli. Suka tak suka kita kena turun padang lebih awal dari pilihan raya. Bayangkan kalau kita turun terus pilihan raya, datangkan masalah kepada kita.
“Kelompok tertentu pimpinan di peringkat cabang sahaja yang kita berlegar legar, tetapi di peringkat bawah, ahli biasa kita tak menyantuni merkea.
“Akhirnya ada yang rasa kecil hati, inilah yang berlaku dalam pilihan raya negeri lepas,” katanya.
Menurut Aminuddin lagi, pemilihan 2022 perlu dilakukan kerana parti tidak boleh dibiarkan lebih lama lompong tanpa jawatan utama diisi dan menjejaskan prestasi KEADILAN dalam Pilihan Raya Umum.
“Pemilihan ini penting, kita sedia maklum parti di peringkat pimpinan tak ada timbalan presiden. Kita ada beberapa kekosongan naib presiden dan juga majlis pimpinan tertinggi.
“Dengan ada pemilihan, jawatan ini akan diisi dan memberi satu ruang yang baik, beri kekuatan kepada parti terus ke hadapan,” katanya.
Bagaimanapun, beliau berharap pemilihan kali ini akan lebih tenteram dan tidak berlaku ketegangan yang memecah belahkan parti sebagaimana 2018 lalu
“Saya harap pemilihan berlaku dalam keadaan yang baik dan beretika. Kita yakin dengan persaudaraan yang telah kita bina lama. Kita bina sejak 1998. Biarlah berterusan sampai bila bila,” katanya lagi.
Sidang khas Parlimen pada 11 April ini bertujuan meminda Perlembagaan Persekutuan perlu dilakukan secara teliti dan hati hati bagi menghindari mudarat kepada kebebasan berpersatuan di masa hadapan.
Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, anggota dewan yang akan bersidang esok seharusnya membahaskan dengan serapi mungkin pindaan berkenaan yang tidak mudah untuk diluluskan.
“Secara jujurnya saya menginsafi tidaklah mudah rupanya untuk menangani hal keperlembagaan apabila esok kita akan meminda antara lain Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang selama ini melindungi kebebasan asasi diri, individu dalam sistem demokrasi yang besar kemungkinan terkorban gara-gara penggubalan undang-undang anti-lompat parti, jika kita tidak cermat dan teliti.
“Saya hanya berharap kita semua Ahli Parlimen baik di pihak Kerajaan mahupun di pihak Pembangkang tidak akan melakukan hal yang terburuk terhadap generasi akan datang dengan melakukan kesilapan
“‘Jangan marahkan nyamuk, maka kelambu dibakar’,” katanya kepada Suara Keadilan.
Perkara 10, Perlembagaan yang akan dipinda esok merupakan punca kuasa kepada Rang Undang undang Anti Lompat Parti yang akan dibentangkan dalam sidang khas Parlimen seterusnya.
Namun, banyak penganalisis politik berpendapat pindaan yang tidak berhati hati akan membolehkan kerajaan menyalahgunakan peruntukan Perlembagaan itu bagi meluluskan undang undang yang menyekat kebebasan Ahli Parlimen dan ADUN.
PETALING JAYA: Kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin bahawa gabungan itu mesti dirujuk sebelum Parlimen dibubarkan mungkin memakan diri, kata seorang penganalisis.
“Saya rasa beliau buat kesilapan apabila berkata bahawa beliau mahu dirujuk,” kata James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania.
“Dengan terpaksa memberitahu media bahawa beliau ingin dirujuk … ini sebenarnya memberitahu kita, beliau kini tidak dirujuk.
“Ini adalah tanda kelemahan (politik), bukan kekuatan. Ia juga isyarat bahawa pilihan raya umum (PRU) akan diadakan tidak lama lagi.”
Muhyiddin semalam memuat naik gambar dirinya berbuka puasa bersama Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan pemimpin PN lain.
Katanya, beliau mengingatkan Ismail bahawa PN, sebagai komponen utama dalam pembentukan kerajaan persekutuan, mesti dirujuk sebelum sebarang keputusan dibuat untuk membubarkan Parlimen, yang akan membuka laluan kepada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Chin berkata, dengan bekas perdana menteri itu perlu menyatakan secara terbuka bahawa beliau mahu dirujuk bermakna wujud “tekanan yang hebat” dalam Umno untuk Ismail menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai pembubaran Parlimen.
PRU akan datang mesti diadakan sebelum penggal Parlimen tamat pada Mei 2023 dan pemimpin Umno adalah antara yang berada di barisan hadapan menggesanya diadakan lebih awal susulan kemenangan meyakinkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor baru-baru ini.
Spekulasi bertiup kencang bahawa PRU15 mungkin akan diadakan menjelang akhir tahun ini dengan sesetengah pihak meramalkan ia akan diadakan dalam tempoh empat hingga enam bulan.
Bagaimanapun, PN dan Pakatan Harapan (PH) tidak lantang bersuara mengenai perkara itu.
Felo kanan (penyelidikan strategik) Akademi Nusantara Azmi Hassan berkata, kenyataan Muhyiddin menjelaskan bahawa PN belum bersedia untuk menghadapi PRU15.
Katanya, Ismail tidak bertanggungjawab untuk berunding dengan Muhyiddin mengenai tarikh pembubaran Parlimen.
“Bukan sahaja perdana menteri sekarang, tetapi juga perdana menteri lain. Mereka akan buat keputusan, kemudian memaklumkan (kepada pihak lain). Sama ada pihak ini akan dirujuk atau tidak, saya rasa tidak.”
“Dalam senario politik semasa, BN dan PN dianggap musuh politik, jadi saya tidak fikir Ismail akan berunding dengan Muhyiddin,” katanya.
Pentadbiran Muhyiddin jatuh Ogos lepas selepas beliau kehilangan sokongan majoriti berikutan keputusan sekumpulan Ahli Parlimen Umno yang diketuai Presiden Ahmad Zahid Hamidi untuk menarik balik sokongan mereka kepadanya dan beralih kepada Ismail.
Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, walaupun PN dan PH tidak ingin melihat PRU15 dipercepatkan kerana bimbang akan mengalami kekalahan besar, tiada jaminan bahawa gabungan itu akan menunjukkan prestasi yang lebih baik pada masa akan datang.
“Namun ‘masa akan datang’ membayangkan harapan dan Muhyiddin hanya mampu berpegang pada harapan itu,” katanya.