PERGINYA SEORANG YB YANG BANYAK BERJASA



Orang ramai berebut-rebut untuk mengusung jenazah beliau.




Jenazah di usung keluar dari rumah beliau di Permatang Pasir .Saat sedih dan puluhan ribu hadir untuk menziarahi Allahyarham.




Ustaz Salleh Man sebagai Pesuruh Jaya PAS negeri menjadi pengganti sebagai tuan rumah menyambut ketibaan tetamu khas menziarahi jenazah Yb Datuk Hamdan.





DSAI turut hadir menziarahi dan bemesra dengan penduduk.Manakala Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub juga hadir.




YB Azizan Razak ,Menteri Besar Kedah diiringi Ustaz salleh Man dan juga menyambut ketibaan DSAI.





PERMATANG PAUH-Kehilangan YB Datuk Hamdan memang dirasai oleh penduduk Permatang pauh kerana jasa dan kemesraan beliau sebagai wakil rakyat selama 3 penggal.Bukan tugas beliau sebagai wakil rakyat di kenang, akan tetapi sebagai wakil rakyat yang memang mesra rakyat dan mudah di dekati dan juga senang untuk berbicara.

Kini beliau pergi meninggalkan rakyat Permatang Pauh dan pengganti seperti beliaun perlu diganti.Mungkin ada calon yang difikirkan sesuai buat PAS untuk meletak anak tepatan sebagai calon untuk menggantikan Allahyarham Datuk Hamdan....Alfatihah..semoga Tuhan mencucuri rahmat keatas beliau.



Ribuan rakyat hadir mengiringi beliau kerana semuanya penuh yakin bahawa Allahyarham mesra rakyat disepanjang khidmat beliau sebagai wakil rakyat di bawah parlimen Permatang PauhSebutlah nama Hamdan , semua percaya beliau seorang wakil rakyat yang amanah,jujur baik dan mesra.


"Kita mahu wakil rakyat sebegini yang menggantikan beliau di kawasan ini.sukar untuk dicari ganti ,tetapi ada ,namun pimpinan perlu menentukannya.Masih awal untuk kami bercakap soal ini buat masa ini.dan kita tidak mahu wakil yang di pilih nanti jauh sangat dari allahyarham baik dari segi pergaulan dengan penduduk dan juga masayarkat serta baik" demikian tegas seorang penduduk yang di temui.




DSAI"Saya mengenali beliau ketika bersama-sama dalam ABIM dan beliau seorang yang baik dan bekerja kuat"Anwar kelihatan sedih dengan pemergian seorang sahabat di Permatang Pauh.

Turut hadir pimpinan DSAI , PAS Dr Hatta Ramli,YB Dr Mujahid Yusuf,Menteri besar Kedah Yb Azizan Razak,Pimpinan DAP LimGuan Eng,pimpinan PKR negeri dan juga penyokong dalam dan luar kawasan.


PAKATAN RAKYAT AKAN DI PERKUKUHKAN LAGI.

updates 31/7/2009 12.00 tghari


KUALA LUMPUR- Pakatan Rakyat akan mengukuhkan lagi kedudukan apabila sedang giat berusaha bagi mendftarkan pertubuhan mereka menjadi sepertimana Barisan Nasional yang telah di daftarkan.

Bekas Menteri di JPm Dato Zaid Ibrahim yang menuis didalam blognya semalam menjelaskan bahawa , ada kritikan yang membina dalam blognya bahawa ada yang menyertai PR tetepai tidak berbuat apa-apa malah halatuju PR dilihat tidak jelas sebagaimana yang di lakukan Bn.

"Sebenarnya sejak menyertai PR kami telah melaksanakan tugas yang diamanahkan"

"Semua tindakan kami dan kerja kami sebenarnya adalah atas tiket PR, bukan tidak bekerja atau atas nama individu" demikian jelas beliau lagi.

Dibawah undang-undang sesebuah pertubuhan, ianya semestinya mempunyai sekurang-kurangnya 7 buah parti. Oleh yang demikian, PR harus menjemput sekurang-kurangnya 5 buah parti lagi untuk menyertai mereka sebelum di daftarkan lambangnya.

Menurut Zaid lagi ,perkara tersebut boleh dicapai.



" Rakyat akan diberikan pilihan sebenar dalam pilihanraya yang akan datang;ianya akan wujudnya satu lawan satu "tambah beliau lagi.


Pemimpin PR akan berbincang dengan beberapa parti politik tertentu untuk menyertai barisan PR.Dalam masa yang sama perbincangan antara ke tiga-tiga parti utama PKR,PAS dan DAP diteruskan dengan polisi sedia ada.


"Saya merasa bimbang dengan kritikan yang menyatakan bahawa polisi PR yang tidak jelas .Rakyat menyatakan dengan perbezaan ideologi, Pakatan tidak akan dapat bersama sepertimana Bn lakukan"


Zaid berkata bahawa para pemimpin dan ahli sudahletih untuk menjadi pembangkang selamanya dan telah membuktikan kepimpinan dan tugas-tugas mereka serta pendirian masing-masing walaupun di asak dengan berbagai cabaran oleh apa yang beliau rujuk sebagai "pemerintahan diktaktor kerajaan Bn "

"Mereka(PR) diuji dari masa ke semasa.Mereka di tahan ,di jel, ditahan di bawah ISA dan penyokong mereka bijak dan berani".

Zaid jugamendakwa bahawa strategi Bn sekarang ialah untuk menghancurkan Pakatan Rakyat dengan berbagai cara termasuk dengan mengurangkan keyakinan rakyat kepada pimpinan PR dan memperlagakan sesama sendiri kerana " mereka takut dengan pertandingan satu lawan satu

Walau pun adanya beberapa kelemahan yang dilakukan oleh PR, namun ianya dalam proses mengenali dan pimpinan PR bertekad untuk memeperbaikinya dan selain itu memberi pilihan terbaik buat rakyat selain Bn.

TAK PAYAH BERUNDING LAH.KAN TUJUAN UNTUK MENARIK PELABUR ASING??????


Khazanah diminta runding ambil alih semula saham Bernas

Buat apa nak selamatkan lagi BERNAS.Baik diteruskan sahaja kerana dengan kemasukan pelabur asing akan lebih menguntungkan negara.Negara ini untuk 1st Malaysia.Marilah kita berkorban segalanya kerana dengan kemasukan pelabur asing akan memudahkan kekayaan dalam negara bertambah-tambah.

YB HAMDAN ABDUL RAHMAN-ADUN PERMATANG PASIR MENINGGAL DUNIA-AKAN DIKEBUMIKAN JAM 5 PETANG INI

Updates 721 am 31/7/2009

PERMATANG PAUH- YB Hamdan Abdul Rahman telah meninggal dunia semalam berikutan masalah jantung. Beliau yang sedang menerima rawatan dan dibawah pengawasan IJN telah kembali ke rahmatullah pagi tadi dan dijangka akan di kebumikan jam 5.00 petang ini di kampung Permatang Pasir.ALFATIHAH UNTUK BELIAU.


Satu pilihanraya kecil dijangka akan berlaku di bawah Parlimen Permatang Pauh.Permatang Pauh mempunyai 3 DUN Penanti,Seberang Jaya dan Permatang Pasir. DUN Permatang Pasir di wakili PAS sejak 3 pilihanraya lepas 1999,2004,2008, yang menyaksikan DUN PAS memenangi ketiga-tiga pilihanraya sejak DSAI dipecat.Sejak itu Umno tidak pernah memenangi pilihanraya di DUN tersebut..YB Hamdan baru-baru ini dianugerahkan gelaran Dato oleh TYT baru-baru ini.Beliau dikenali sebagai seorang YB yang seringkali turun padang melihat masalah rakyat khasnya di Permatang Pauh,seorang yang begitu merendah diri dan senang di dekati oleh orang ramai.


LAWATAN YB HAMDAN

wrlr.blogspot.com/2008_08_01_archive.html
wrlr.blogspot.com/2008/06/bantuan-rumah-dari-...
wrlr.blogspot.com/2008/05/yb-hamdan-sampaikan...