𝐊𝐞𝐭𝐢𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐑𝐌𝟒𝟖 𝐁𝐢𝐥𝐢𝐨𝐧: 𝐂𝐞𝐫𝐦𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐫𝐢𝐬𝐢𝐬 𝐓𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫 𝐔𝐫𝐮𝐬 𝐀𝐰𝐚𝐦 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚





Pada 21 Julai 2025, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2025 telah dibentangkan di Parlimen, membongkar kelemahan tadbir urus serius dalam pengurusan kewangan awam negara. Laporan ini mendedahkan bahawa sejumlah besar projek dan program bernilai RM48.873 bilion di bawah tujuh kementerian dan agensi utama telah terlibat dalam pelbagai bentuk ketirisan, kelemahan pelaksanaan, dan salah urus. Antara institusi yang paling mendapat perhatian ialah Kementerian Pertahanan, FELCRA Berhad, dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Walaupun jumlah RM48 bilion itu merangkumi keseluruhan nilai projek yang diaudit dan bukan kerugian langsung yang “lesap”, dapatan audit menunjukkan bahawa sejumlah besar dana telah dibelanjakan tanpa hasil yang sepadan, malah dalam sesetengah kes menimbulkan persoalan mengenai integriti dan akauntabiliti pengurusan dana awam.


𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧: 𝐊𝐞𝐥𝐞𝐦𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐀𝐬𝐞𝐭 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤


Dalam sektor pertahanan, kelemahan paling ketara membabitkan perolehan kenderaan perisai AV8 Gempita oleh Tentera Darat Malaysia, yang melibatkan nilai perolehan berbilion ringgit. Audit mendapati bahawa sebahagian besar aset tersebut tidak digunakan secara optimum, dengan kelemahan serius dalam penyenggaraan dan pelaksanaan kontrak. Lebih membimbangkan, terdapat denda yang sepatutnya dikenakan kepada kontraktor tetapi tidak dikutip, menunjukkan kegagalan dalam melindungi kepentingan kerajaan. Ini sekaligus menimbulkan persoalan sama ada keselamatan negara benar-benar diberi keutamaan atau dikorbankan demi kepentingan tertentu.


𝐅𝐄𝐋𝐂𝐑𝐀 𝐁𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝: 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐛𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐆𝐚𝐠𝐚𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐛𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚


FELCRA, sebuah entiti yang ditubuhkan bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar melalui penyertaan dalam pembangunan tanah, turut tersenarai sebagai agensi yang mengalami ketirisan ketara. Audit mendapati bahawa projek pajakan ladang sawit yang melibatkan nilai RM241.76 juta telah gagal memberikan pulangan yang sepatutnya. Pelaburan dilakukan tanpa kajian kelayakan yang menyeluruh dan pengurusan tidak profesional, menyebabkan pulangan kepada peserta FELCRA amat rendah. Ini menggambarkan penyimpangan FELCRA daripada objektif asalnya — iaitu untuk memakmurkan golongan luar bandar, bukan memperkayakan lapisan pengurusan atasan atau pihak berkepentingan.


𝐔𝐊𝐌: 𝐊𝐞𝐭𝐞𝐥𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐨𝐥𝐞𝐡𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐈𝐧𝐬𝐭𝐢𝐭𝐮𝐬𝐢 𝐀𝐤𝐚𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐩𝐞𝐫𝐬𝐨𝐚𝐥


Sementara itu, dalam sektor pendidikan tinggi, UKM didapati telah menganugerahkan tiga tender perolehan bernilai RM58.45 juta secara tidak telus dan tanpa pematuhan sepenuhnya terhadap prosedur kerajaan. Harga tender yang terlalu tinggi serta ketiadaan penilaian wajar terhadap latar belakang pembekal menimbulkan keraguan terhadap integriti proses perolehan di institusi akademik awam ini. Dalam konteks universiti yang sepatutnya menjadi tonggak ilmu dan integriti, pelanggaran sebegini amat mengecewakan dan memberi kesan buruk terhadap reputasi pendidikan tinggi negara.


𝐀𝐧𝐚𝐥𝐢𝐬𝐢𝐬 𝐒𝐢𝐬𝐭𝐞𝐦𝐢𝐤: 𝐊𝐞𝐠𝐚𝐠𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐮𝐥𝐚𝐧𝐠


Apa yang dilaporkan dalam LKAN ini bukanlah insiden terpencil, sebaliknya adalah simptom kepada masalah struktur dalam tadbir urus sektor awam Malaysia. Ketirisan ini berlaku secara berulang dari tahun ke tahun kerana kelemahan sistem kawalan dalaman, pengaruh politik dalam perolehan, serta ketidaktegasan dalam penguatkuasaan. Laporan audit saban tahun menjadi seperti ritual, dibentang tanpa tindakan susulan yang tegas dan telus.


𝐈𝐦𝐩𝐥𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐍𝐞𝐠𝐚𝐫𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭


Kesan daripada ketirisan ini amat besar. Ia bukan sekadar melibatkan angka dalam kertas laporan, tetapi membabitkan pembaziran wang rakyat yang sepatutnya digunakan untuk sektor pendidikan, kesihatan, kemudahan asas dan pembangunan luar bandar. Dalam jangka panjang, ia turut menjejaskan keyakinan pelabur terhadap kecekapan kerajaan dan menurunkan tahap kepercayaan rakyat terhadap institusi awam.


𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐞 𝐇𝐚𝐝𝐚𝐩𝐚𝐧


Untuk mengekang gejala ini daripada terus membarah, langkah-langkah pembaharuan menyeluruh perlu diambil. Pertama, PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) perlu diperkukuh, dan laporan audit mestilah disusuli dengan tindakan kementerian dalam tempoh masa yang ditetapkan. Kedua, sistem perolehan kerajaan perlu distrukturkan semula, termasuk menggunakan teknologi seperti blockchain untuk memastikan ketelusan sepenuhnya. Ketiga, agensi yang gagal mencapai objektif seperti FELCRA wajar dinilai semula peranan dan keberkesanannya, dan jika perlu, dirombak atau dibubarkan.


Akhir sekali, semua dapatan dalam laporan audit perlu dipandang serius oleh SPRM dan disiasat secara forensik, tanpa pilih kasih. Hanya dengan tindakan yang berani dan menyeluruh, barulah budaya ketirisan dan salah guna kuasa dalam sektor awam dapat dihapuskan.


Isu ketirisan dana RM48 bilion ini harus menjadi penggera kepada seluruh jentera pentadbiran negara. Ia bukan sahaja mencerminkan kecuaian dan kelemahan teknikal, tetapi juga memperlihatkan keruntuhan nilai integriti dalam pengurusan dana awam. Masa depan negara tidak boleh digadaikan hanya kerana kelalaian, ketamakan dan sistem yang gagal. Tindakan pembetulan mesti bermula sekarang — secara serius, telus dan menyeluruh.

#KetirisanRM48B

#AuditNegara2025

#TadbirUrusLemah

#RasuahBukanBudayaKita

#WangRakyatBukanUntukDisia

#FELCRA

#UKM

#KementerianPertahanan

#LaporanAuditNegara

#ReformasiPentadbiran

#IntegritiAwam

#SelamatkanDanaNegara

#PACMalaysia

#SPRM

#CegahRasuah

#KeadilanUntukRakyat



GESAAN "TURUN ANWAR" ADALAH SATU GERAKAN MENENTANG KETENTUAN ALLAH





Kerajaan Madani yang ada hari ini bukan kerajaan pilihan rakyat. Rakyat telah menolak semua parti dalam PRU 15/2022 sehingga tidak ada satu parti pun baik PH, BN atau PN, apalagi GTA yang semuanya hilang wang pertaruhan boleh tubuh kerajaan. 


Sebaliknya kerajaan yang ada hari ini adalah kerajaan pilihan Allah, Allah yang takdirkan kerajaan madani ini dibentuk atas nama perpaduan antara parti parti. 


Wpun pada peringkat awal sepatutnya PH dan PN membentuk kerajaan sebagaimana saranan awal YDPA, namun Allah takdirkan saranan itu tidak bersambut, tidak menjadi, mungkin ada hikmah di sebaliknya. 


Oleh itu gesaan "Turun Anwar" adalah satu percubaan untuk menolak ketentuan Allah, seolah olah mereka tidak reda dengan apa yang Allah takdirkan. 


Mereka lebih cenderung mengikut kecenderungan politik mereka sendiri berbanding akur kepada ketetapan Allah, mereka sebenarnya sedang menentang takdir Allah.




SEMOGA APA YANG BAKAL DIUMUMKAN AKAN MENGGEMBIRAKAN SEMUA RAKYAT

 


Esok pagi Anwar nak umumkan sesuatu yang gembirakan semua. Harapnya betul-betullah Rakyat gembira. Bagi saya secara peribadi, saya harapkan:


A. Pemansuhan fi lesen memandu dan fi tahunan kad debit serta penggunaan ATM&MEPS


B. Pelaksanaan kerja empat hari seminggu. Sehari bekerja 9 jam untuk empat hari.


C. Cuti sakit tanpa slip klinik rawatan untuk 10 hari setahun


D. Pengeluaran akaun 1 KWSP one off maksimum RM20K. Caruman pekerja pula diturunkan sehingga 6% selama dua tahun bagi KWSP.


E. Kadar semua tol turun hingga 50%


F. Air percuma sepenuhnya untuk kediaman


G. SST ke atas barangan ubatan dan farmasi dihapuskan


Dan apa-apa sahaja yang mengurangkan kesan kenaikan perbelanjaan seisi keluarga.




Ketirisan 48 bilion kenyatan di buat oleh ketua audit negara


Hamdan Taha.


Tatakelola tender tidak betul dan di dapati banyak Ketirisan dan menariknya melibatkan kementerian yang umno menjadi menteri, maka isu ni ahli pkr terutamanya di dalam media sosial terus menyerang umno dan menteri umno kononnya peragai tak berubah... Menteri umno merosakan nama PMX dan macamacam lah...


Antara yang yang di sebut ialah UKM dan isu UKM ni telah lebih dari tiga tahun berlegar surat layang melibatkan ahli lembaga UKM dan NC UKM sehingga beliau letak jawatan, tetapi yang di sebut nama sangat kuat ialah Penasihat Menteri Kementerian terlibat mencatur tender tender di UKM... Tiba tiba di tegur oleh Ketua Audit....


Kita ni rakyat biasa tak tahu perkara yang sebenarnya apa yang berlaku terhadap tatakelola kerjaaan madani yang hebat ni tender terbuka di laungkan di mana mana majlis, rasuah sifar, tak ada curi duit, tak ada setiausaha politik campur tangan urusan tender semua ni di sebut berulang ulang... Tapi 48 bilion tu angka yang sangat besar...


Tetapi ahli ph dan pkr dengan umno ni payah di bawah ni nak berbaik macam pemimpin mereka. Perlu di ingat kepada Umno dan PKr dan PH kedua pihak ni ketika pru ke 15 bukan menang seperti mana BN dulu, PH dan UMNo keduanya tak cukup kuat untuk jadi kerajaan jadi jangan lah guna hujah PMX hebat rakyat suka itu sebab PKR kuat dan Ph kuat, umno kalah dan tak kuat rakyat tak suka... Dua dua rakyat tak suka pun... Jadi PM dan Kerajaan ni kerana mereka bergabung untuk bentuk Kerajaan jadi dah bentuk kerajaan bersama tu pandai pandai lah untuk saling hormat...


Ini tidak masing masing rasa hebat...




KEH..KEH..KEH....



 Hahahahahaha. 


Nak berhimpun 19 haribulan 7 tapi baru umum harini. 


Admin ni mabuk ketum ke mabuk air tuok tu ?


Ni orang teganu kate , 

" Base boddo macam labi air 😂"




MAHATHIR MENANG ATAU KALAH

 

Ada orang tu kata Anwar kalah pilihanraya dan rakyat tak pilih dia. 





Ini abam setuju. 


Maknanya Anwar yang menang majoriti 48ribu lawan parti dia tu adalah kekalahan yang tertangguh 


Dia pulak yang kalah majoriti 22ribu undi tu maksudnya adalah kemenangan yang tertangguh. 


Mafhumnya : Bukan kalah. Cuma belom menang lagi 🥲🤲




MAHATHIR TUA KUTUK TU BUKAN AHLI PARLIMEN. DIA HILANG WANG DEPOSIT DAN PARTI DIA TUBUH SEMUA KALAH DAN HILANG DEPOSIT. KIOK.

 


[Terkini] Speaker Dewan Rakyat terpaksa menolak usul undi tidak percaya yang dibawa oleh Tun Mahathir kerana beliau bukan lagi seorang Ahli Parlimen.






Himpunan Turun Anwar 26hb hanya lawak jenaka, satu satunya kaedah nak jatuhkan Anwar Ibrahim adalah melalui undi tidak percaya di Dewan Rakyat.


Itupun PAS dan BERSATU tidak sepakat untuk undi tidak percaya, PN sudah Retak menanti belah.


Ingat Muhyiddin Yassin, Mahathir bin Mohamad dan Abdul Hadi Awang berjaya tebuk atap harini. Rupanya tak.


Last2 speaker umum takda usul undi tidak percaya start harini 21 Julai 2025 hingga 28 Ogos 2025.


Rumor Kerajaan Perpaduan Jatuh bulan Julai Ogos hanya lawak Pak Pandir kedai Kopi ja. 


Kesian Un kena main dengan pimpinan mereka. Un je bersungguh nak kena panas, pimpinan mereka duk dalam aircond dan tak buat kerja pun.


Syam Ghaz

REFORM




JANGAN SEKAT KAKITANGAN AWAM YANG MAHU TURUNKAN ANWAR



Saya tidak setuju dengan kenyataan KSN yang menasihati penjawat-penjawat awam agar tidak turut sama berhimpun "Turun Anwar" pada Sabtu ini, walaupun apa yang disebut oleh KSN itu betul dan tepat.  Penjawat awam mesti mendokong kerajaan semasa.  Itu betul.


Cuma, saya melihat dari konteks berbeza.  Bagi saya, mungkin ada segelintir penjawat awam yang telah pun menikmati kenaikan gaji sekitar 15% hingga ke 40% itu mahu membalas jasa PMX dan mahukan PMX bersara awal.  Tanda ucapan terima kasih mereka kepada PMX yang telah melaksanakan kenaikan gaji yang lebih 12 tahun tidak dipedulikan, mereka desak PMX turun.


Mungkin mereka mahu "abah" jadi PM semula. Mereka dapat bayangkan bekerja dirumah, pakai kain pelikat atau kain batik, baju kemeja bertali leher, duduk depan laptop sepanjang waktu bekerja.  Boleh merokok dan makan-makan sewaktu bekerja dari rumah.  Gaji jalan macam biasa dan duit minyak ke pejabat pun dapat dijimatkan.


Paling best, mereka dengan mudah pujuk abah untuk korek duit simpanan KWSP.  Abah tidak kisah, keluarlah berapa kali pun, itu bukan duit mak bapak abah. Kakitangan awam mana yang tidak seronok dapat korek duit simpanan masa tua itu dikeluarkan sebelum tua ?  Sebab itu, Anwar kena turun.  Anwar amat susah sekali untuk berbuat demikian.  Bahkan, duit yang kurang dalam akaun KWSP kita pun dia tambah sikit lagi.  Usah haraplah dia mahu beri kebenaran untuk kita keluarkan duit tabung KWSP.  Elok benar Anwar turun.


Ada segelintir penjawat awam yang bertahun-tahun sudah biasa makan "duit tepi" di dalam melaksanakan tugasnya.  Sejak hampir 3 tahun, pendapatan mereka jauh merosot.  Tiada lagi peluang dapat duit tepi.  Bagaimana mahu bayar hutang kereta mewah, rumah besar dan berbagai lagi yang selama ini hidup seperti di syurga?  Anwar jadi PM, mereka seolah-olah telah tercampak ke neraka.  Hidup sentiasa susah, makan tidak lalu, mandi pula tidak basah.  Bila-bila masa SPRM datang ketuk pintu rumah.  Inilah nasib golongan paling kecil dalam penjawat awam yang mahu melihat Anwar turun.


Apapun, terima kasih banyak kepada majoriti penjawat awam yang benci rasuah dan mendokong penuh ketegasan PMX terhadap rasuah.  Tahniah kepada penjawat awam yang lebih kenal mana satu kaca, mana satu permata.


Lebai berhimpun di Dataran Merdeka,

Jerit undur, Anwar Undur sebilang masa,

Bila ditanya selepas Anwar, siapa pula?

Lebai tunduk, tangan teraba-raba, mulut menganga.


WFAUZDIN NS




SEMOGA ADA PEMBELAAN DARI BUDAK BUDAK PAS.

 

Che Ibrahim


Semoga ada pembelaan dari budak budak Pas. 

Ulama' Pas dikecam kerana menyokong PMX...





ANWAR BERSAMA USTAZ ADI HIDAYAT

 


Ustaz Adi Hidayat dari Indonesia bersama Anwar Ibrahim di kediaman Mb Selangor kelmarin. Suka dengar tazkirah dari beliau, dasyat hafalan Al Quran dia. 








Sampaikan Ustaz Hannan Attaki kata, Ustaz Adi Hidayat lagi legend dari dia bab bacaan dan hafalan, dia lebih berilmu dari saya.


Probowo ketika mula naik jawatan Presiden Republik Indonesia, jemput Adi Hidayat bagi pandangan dia kepada semua Menteri yang dilantik.


Jalan Terus PMX! REFORM Institusi agama juga supaya lebih baik, terutamanya Pengurusan zakat dan masjid supaya menjadi Institusi Dakwah yang lebih efisyen seperti zaman Rasulullah Saw dan Khalifah.



ADA KA NAK UMUM UNDI TAK PERCAYA

 


LANGSUNG -PM ANWAR DI DEWAN RAKYAT HARI INI - LANGSUNG: Persidangan Dewan Rakyat | Mesyuarat Kedua Penggal Keempat | 2...

Apa soalan panas kepada PM di Dewan Rakyat hari ini?



Sidang Parlimen pagi ini dijangka akan menumpukan tentang pelan tindakan jangka pendek dan jangka panjang kerajaan dalam menghadapi ketegangan geopolitik di Timur Tengah, khususnya dalam memastikan kepentingan Malaysia terus terpelihara.



Berdasarkan Aturan Mesyuarat, perkara berkenaan akan dibangkitkan oleh Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) kepada Perdana Menteri pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri,

Pada sesi sama, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (PN-Beluran) meminta Perdana Menteri menyatakan bagaimana keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada tahun 2002 mengenai kedaulatan Pulau Ligitan dan Sipadan dapat mempengaruhi penentuan sempadan maritim antara Malaysia dan Indonesia di kawasan Laut Sulawesi termasuk kedaulatan blok ND6 (Blok Y) dan ND7 (Blok Z).



Ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan pula, isu utama yang dijangka panas adalah berkenaan MyKiosk dan tarif Amerika Syarikat.


Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat) mahukan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan statistik terkini pelaksanaan program MyKiosk 2.0 dan status projek naik taraf Stadium Majlis Perbandaran Batu Pahat termasuk skop kerja, kos terlibat serta jangkaan tarikh siap.


Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) pula minta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menyatakan langkah kerajaan dalam menangani isu tarif Amerika Syarikat dengan keterlibatan kerajaan negeri supaya dapat menyelaraskan respons pelaburan, menyusun semula insentif negeri serta membantu industri tempatan mengadaptasi dengan landskap dagangan yang lebih mencabar.




87 peratus pelaburan diluluskan sudah berjalan, siapa kata lawatan PMX tak ada hasil?


 

Setiap kali Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan rasmi ke luar negara, pasti akan ada suara-suara sumbang mempersoalkan hasilnya.

Kata mereka, pelaburan diumumkan itu sekadar angka manis yang entah ke mana hilangnya.

Namun, angka terkini yang didedahkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz membuktikan sebaliknya bahawa ia bukan sekadar cakap kosong.


“Setiap kali PM pergi luar negara mesti umum potensi pelaburan dan perdagangan. Tapi hasilnya tak nampak pun. Betul ke? Tak betul.

“Dari potensi hinggalah realisasi, setiap langkah sentiasa dipantau. Semasa misi perdagangan dan pelaburan ke luar negara, PM dan saya sendiri akan berjumpa dengan pengurusan tertinggi syarikat-syarikat gergasi dunia untuk meyakinkan mereka melabur di Malaysia.

“Setakat suku pertama 2025, 87 peratus pelaburan yang diluluskan sejak 2021 telah pun dilaksanakan. Jadi siapa kata pelaburan yang masuk ini invisible?,” katanya dalam satu perkongsian video di Facebook.


Menurut Zafrul, pelaburan yang diluluskan juga menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun hasil usaha agresif kerajaan mempromosikan Malaysia di mata dunia.

Contohnya pada tahun 2022, kerajaan merekodkan pelaburan diluluskan sebanyak RM267.8 bilion; 2023 (RM329.5 bilion); 2024 (RM384.4 bilion).

Menurut beliau, semua pelaburan yang dibawa pulang itu bermula dengan keyakinan pelabur terhadap negara ini, yang diterjemahkan dalam bentuk komitmen awal.

“2023 dan 2024 mencatatkan pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah. Kalau kita tak usaha gila-gila untuk promosi pelaburan di Malaysia, macam mana nak pecah rekod macam ini,” katanya lagi.


Kerajaan, katanya, turut menyediakan mekanisme khusus bagi memastikan setiap komitmen ditukar kepada realiti.

“Apa jadi lepas komitmen ini dizahirkan? Kita lepas tangan sahaja? Tidak. Kita ada Jawatankuasa Tindakan Penyelarasan, Pelaburan dan Perdagangan yang memantau setiap komitmen ini.

“Mereka adakan libat urus lanjut dengan syarikat terlibat untuk memudah cara pelaburan masuk mereka ke Malaysia.

“Kita bantu mereka untuk mengemukakan permohonan pelaburan ke Malaysia. Kena ingat, hanya permohonan yang memenuhi semua syarat ditetapkan akan diluluskan. Kalau tak penuhi syarat, minta maaf. Kita tak boleh luluskan,” ujarnya lagi.




RAMAI YANG AKAN KECEWA PADA 26 JULAI INI. ANWAR AKAN KEKAL PMX.

ANWAR TURUN, LETAK JAWATAN: MUHYIDDIN PERDANA MENTERI? HADI AWANG CUMA D...



Kalau Anwar Ibrahim turun, letak jawatan, siapa akan naik jadi Perdana Menteri kalau Perikatan Nasional jadi kerajaan. Mestilah Muhyiddin Yassin akan jadi Perdana Menteri, sebab dia adalah Pengerusi Perikatan Nasional. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang jadi apa? Jawatan beliau dalam Perikatan Nasional adalah sebagai Timbalan Pengerusi, berkongsi kuasa dengan beberapa tokoh lain dalam PN iaitu Hamzah Zainuddin dan Dominic Lau. Namun, walaupun sebagai Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional, beliau hanya dilantik sebagai Duta Khas kepada Perdana Menteri ke Timur Tengah ketika PN jadi kerajaan sebelum ini. Persoalannya, kemana hilangnya slogan PAS “Islam Memimpin” dan “Kepimpinan Ulamak” sebelum ini? Berdegar-degar kononnya hanya ulamak layak memimpin dilaungkan oleh penyokong PAS, tapi bila jadi kerajaan, pemimpin utama PAS yang juga seorang ulamak hanya dilantik ke satu jawatan yang diwujudkan semata-mata demi ‘scheme of things’. Persoalan satu lagi, kenapa penyokong PAS yang paling kuat melaungkan ‘Turun Anwar’ walaupun pemimpin mereka tidak mungkin akan diangkat sebagai Perdana Menteri? Apa guna kau desak Anwar letak jawatan kalau yang naik selepas ini bukan dari kalangan kau orang jugak?





𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 𝗗𝗘𝗞𝗔𝗧𝗜 𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔𝗪𝗔𝗡, 𝗣𝗔𝗦 𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗖𝗔𝗖𝗜𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗡𝗔 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗚



✍️ Ahmad Mursi


1.  Bila Syeikh Wazir berucap, tidak setuju tindakan orang politik perjatuh kerajaan dalam tempoh pendek, berbondong-bondong penyokong PAS memaki hamun beliau.


2.  Bagi walaun, ulama paling hebat dan berautoriti ni hanya pimpinan PAS kerana puncanya ta'asub.


3.  Padahal Syeikh Wazir adalah Timbalan Pengerusi pertubuhan gabungan pondok seluruh Kelantan dan dia juga ahli PAS.


4.  Walaun yang selama ini menuduh Madani menentang agamawan, tidak senang duduk apabila kerajaan dan PMX meraikan, bersama institusi pondok dan minta dinasihati.


5.  Selama ni, PAS anggap merekalah terpaling hormat Ulama, tapi bila ada yang tak sehaluan, terus dicaci.


6.  Anak Syeikh Wazir yang berjawatan dalam PAS pula menulis, mentakwil balik ucapan ayahnya yang sangat jelas, seolah-olah menggambarkan ayahnya bermuka-muka dan berbohong di hadapan PMX. Hal yang tak sepatutnya dibuat.


7.  Adnan Wazir dari hanya seorang guru sekolah, kini baru diangkat sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Kota Bharu. Begitulah mudahnya menjadi Ulama dalam PAS dan mula menulis hal palsu untuk kepentingan PAS.


8.  Agamawan memang patut mengambil posisi menegur yang salah dan menyokong yang baik, tidak kira parti mana sekalipun yang menjadi kerajaan, dalam masa yang sama mereka kekal fokus di medan menyebarkan ilmu.


9.  Masalahnya, apabila ada yang aktif menjadi pimpinan parti politik dan punyai kepentingan duniawi, mula memfitnah, mencaci, berbohong, makan gaji buta, halalkan yang haram, haramkan yang halal, kesemuanya untuk kepentingan puak dan parti sendiri atas hujah agama dalam masa sama menafikan kebaikan orang lain.


10.  Penilaian mereka tidak lagi apa yang benar disisi agama, tetapi apa yang boleh untungkan PAS.


11.  Ada asatizah lain yang turut hadir akui, mesej utama PMX kepada para agamawan pondok ialah, berilah nasihat kepada beliau. Ini diulang banyak kali.


12.  Menuduh PMX hanya dampingi agamawan sebagai 'wayang' ternyata tidak benar apabila syeikh Wazir ceritakan, dulu 13 tahun lebih beliau di Pakistan, PMX setiap tahun hadir dan  sumbangkan USD5,000 untuk pelajar2.




Patutla kena tukar Kementerian



Ustaz Al Asri

KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 mendedahkan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) menganugerahkan kontrak katering bernilai RM25.64 juta kepada sebuah syarikat yang tidak mempunyai sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Syarikat yang dinamakan sebagai 0267299-T itu dianugerahkan kontrak bagi membekalkan makanan kepada pesakit hospital berkenaan selama tiga tahun bermula Februari 2024.


"Perolehan Perkhidmatan Sajian Makanan Pesakit di HCTM bertujuan menyediakan sajian makanan yang halal kepada pesakit HCTM bersesuaian dengan status Dapur Utama yang mendapat pensijilan halal dari JAKIM, memberikan perkhidmatan sajian makanan pesakit dengan cemerlang dan berkualiti tinggi serta mematuhi piawaian berkaitan.


"Semakan Audit mendapati syarikat yang ditawarkan kontrak berkenaan gagal penilaian teknikal tetapi masih dibawa ke Jawatankuasa Penilaian Kewangan," katanya dalam laporan berkenaan.


Mengulas lanjut, laporan itu memaklumkan Jawatankuasa Penilaian Teknikal tidak mengesyorkan syarikat itu disebabkan petender tidak berpengalaman serta tidak mempunyai sijil halal JAKIM selain pensijilan HACCP iaitu sistem pengurusan yang mengiktiraf dan mengawal bahaya dalam proses pengeluaran makanan).


"Malah, peralatan sajian pesakit juga tidak lengkap (troli makanan pesakit), tidak menyediakan jadual perancangan program kualiti; tidak mempunyai bilangan pramusaji yang mencukupi; dan


iada demonstrasi berkenaan peralatan.


"Tetapi syarikat ini lulus penilaian kewangan tetapi tidak disyorkan kerana berada di kedudukan keempat terendah," katanya.


Sesungguhnya,  inilah punca Rafizi ditendang sebab hal2 beginilah yg selalu ditegurnya dlm mesyuarat kabinet. 


Kini,  RM48 bilion dalam persoalan,  tiris atau hilang. 


Menjawablah PM.  Selalu meniti dibibirnya anti rasuah.. Anti rasuah tapi tak dipantaunya. 


Laporan audit ni akan makan diri kerajaan madani dan PMX sendiri.




Azalina Othman jawab soalan mengenai perancangan Kerajaan pinda Akta Per...

HADIR DENGAN TANGGUNGAN SENDIRI RISIKO.

 

Che Ibrahim.


Walaupun Perlembagaan membenarkan Perhimpunan Aman, tetapi Penjawat Awam adalah terikat dengan Pekeliling dan Arahan Pentadbiran yang dikeluarkan. 


Kalau nak juga terlibat dengan demontrasi, sila letak jawatan sebagaimana arahan Haji Hadi.