KENAPA PN PUN MAHU ZAHID HAMIDI LETAK JAWATAN?



Berikutan prestasi buruk UMNO dalam PRN enam negeri yang baru berakhir, amai yang mencadangkan agar kepimpinan parti itu segera diubah.


Perubahan paling banyak dicadangkan ialah mendesak Zahid Hamidi supaya segera berundur atau mrletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO.


Tidak terkecuali juga saranan yang kedengaran ialah mendesak Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.


Kalau mereka yang berada dalam UMNO dan bimbang tentang masa depan parti itu yang membuat desakan demikian barangkali bolehlah juga difahami tujuannya.


Namun, yang turut membuat desakan yang sama ialah mereka dalam PN dan yang pro kepada gabungan blok pembangkang itu.


Di tempat teratas yang mendesak Zahid Hamidi agar berbuat demikian ialah Mahiaddin Md Yasin, Pengerusi PN merangkap Presiden Bersatu, parti yang merupakan saingan kepada UMNO sendiri.


Di samping itu, ramai lagi mereka yang diketahui pro PN juga mahu Zahid Hamidi berundur daripada jawtannya dalam parti serta kerajaan atas alasan keberadaannya kini adalah beban kepada Anwar Ibrahim dan kerajaan perpaduan.


Kata mereka, berdasarkan keputusan PRN lalu serta PRU15 sebelumnya, UMNO tidak mungkin mampu bangkit semula jika Zahid Hamidi kekal menerajui parti itu.


Kenapa mereka begitu syok mahu mendesak Zahid Hamidi meletak jawatan?


Tidakkah PN sedar bahawa pertukaran kerajaan di pertengahan jalan sudah hampir mustahil berlaku dan satu-satunya cara menukar kerajaan hanyalah melalui PRU16 pada tahun 2027 akan datang?


Kalau keputusan PRN dijadikan ukuran dan keberadaan Zahid Hamidi menerajui UMNO serta berada dalam kerajaan lebih merupakan beban dan menyukarkan parti itu beroleh kemenangan, ini bermakna ia adalah suatu anugerah keadaan yang memihak kepada PN.


Apabila UMNO sudah hilang potensi untuk diberi undi oleh rakyat disebabkan adanya Zahid Hamidi, bukankah yang untung ialah PN, gabungan yang dianggotai Pas dan Bersatu serta merupakan saingan kepada UMNO?


Kalau begitu, tidakkah PN sepatutnya menggalakkan lagi Zahid Hamidi terus menerajui UMNO dan kekal berada dalam kerajaan supaya sokongan rakyat lebih memihak kepada mereka, seterusnya lebih mudah memenangi PRU16 nanti?


Tetapi, mengapa PN pun mahu Zahid Hamidi meletak jawatan?


Mereka mahu apa sebenarnya? – ShahbudinHusin 14/08/2023.


https://shahbudindotcom.net/



TU NO...NAK RASA SYOK MAI PENANG NO...SIB ADA PENANG..MAI MENIKAH TAK MAU BALIK BELAM AK DI PENANG NI

 

Adli Zairy...




Kami2 yg pilih dok di Kedah ni jenis yg xleh jem dan padat.. jenis nk hidup santai2 saja.. so xpayah la dok ugut xdak pembangunan ka xdak peruntukan ka apa... nak banggunan kami pi Penang or kL... nk rehat kami pi Langkawi, Krabi, Phuket.. nk makan pi Hatyai... nak Shopping pi Bangkok...pendek kata xdak masalah apa la dok tera ni pon ... tenang... 

sekian



PEJA JANGAN JADI BODO. HANG BALIK TAMBUN LA..

 

Woi Peja jangan sibuk jaga negeri 9 PRN dah habis balik Tambun lah ni nak jadi batu api PKR tak bertanding banyak DUN pilih MB atas kesepakatan gabungan PH.




SOKONG PARTI MINYAK PAKET

 




Ini tujuan dia. Nak hasut ahli UMNO jatuhkan Zahid dan presiden baru akan sokong dia. Tapi ahli UMNO kena perasan. Dia sebut 'ganti UMNO'. Maknanya, dia akan kuburkan UMNO dan tinggal parti dia je. Mungkin itu yang ahli UMNO mahukan? Guane boh?


 

Raja Gelap 


.

#PDRM- ADA ORANG TAK SIUMAN



 

LAAA...WALAUN KENA CING.....ADA LAGI KERAJAAN PERPADUAN....


 

WALAUN BUKAN DIA FAHAM BAB SUBSIDI....MALAS BACA


 

ULANGAN PERDEBATAN SEKALIGUS ULASAN.


 

AWAK HASUT, BERMAKNA MELANGGAR UNDANG UNDANG.


 

BIARKAN SAJA NEGERI YANG PN MENANG TU. TUMPUKAN KEMUDAHAN NEGERI YANGMENJADI TUNGGAK PH/BN.


 

PATUT DIA PERJUANGKAN DIA JADI PM. TAPI SAYANGNYA DI TAK JADI PM ...DIA SURUH PULAK ORANG LAIN JADI PM HADI...HADI....


 

KOTA LAMA






Dalam banyak2 keputusan. Keputusan Kota Lama di Kelantan yang paling menarik perhatian saya. 


Semalam, seorang calon wanita dari parti Amanah memenangi kerusi ini dengan majoriti tipis 202 undi. 


Seorang wanita menang di lubuk PAS, bukan dari BN ya! Tapi dari Pakatan Harapan. 


Ini satu perkembangan yang sihat untuk demokrasi Malaysia. Wanita luar parti PAS ada tempat walaupun di Kelantan! 


Menunjukkan suatu perkara, woman is the future, for now, for Malaysia. 


Bila lelaki terlalu beretorik politik dan caci maki lawan, wanita hanya diam dan bekerja. Tengokkan Menteri UG, YB Fadhlina Sidek dan Dr Zaliha Mustafa. 


Kita boleh belajar dari Indonesia. Selepas kegagalan Presiden Nadhatul Ulamak Gus Dur, yang menyatu padukan negara ialah Megawati Sukarnoputri. Anak perempuan bekas Presiden Indonesia. 


Saya bila tengok Gelombang Sanusi, yang boleh kasi fight bukannya Mahfuz Omar atau Saifuddin N. Ia akan jadi “politics of bigger balls” (mind my language). Tak lut punya. Sebab fence sitters akan muak jua. 


Namun kalau letak wanita berkaliber, bawa politik baru untuk Malaysia, mungkin kita ada harapan. Gelombang Sanusi yang mengarut itu boleh diseimbangkan. 


UG patut letak lebih ramai pemimpin wanita di barisan hadapan. 


Percayalah, wanita ialah masa depan. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



ANDA MEMBINA FAHAMAN EKSTRIMIS


Norman Radzuan.



 Move on tetapi ada yang saya sedih dan bimbangkan


PN sdg mainkan naratif Zahid mesti ditolak dgn gunakan dalaman UMNO.  Saranan saya abaikan dan terus buat kerja.  


Selepas 10 hari senyaplah mereka. Jika media arus perdana berkerjasama dgn fokuskan kembali kerja2 PM dan Menteri seperti biasa… ia kembali tenang. 


Tetapi jika media sengaja menghangatkan suasana melayani pembangkang… ia hanya menjejaskan kestabilan politik dan pemulihan negara. Terpulang kpd media arus perdana kerana peranan media sgt penting dlm menbina pemikiran masyarakat.


Saya terbuka dgn pilihan rakyat. Sekadar ingin saya maklumkan sebenarnya gelombang hijau tidak sehebat mana kerana secara keseluruhan undi Perpaduan mengatasi Perikatan dgn 17 ribu undi. Malah hebatnya Perpaduan apabila kubu kuat PAS di Kelantan telah dapat ditembusi.


Ia berita baik…seperti saya tulis sebelum ini akn ada peningkatan 30% undi rakyat Kelantan. Alhamdulillah ia benar2 terjadi dan saya berharap kerajaan pusat dpt fokus membantu dua DUN ini utk menjadi contoh pada masa hadapan utk rakyat Kelantan.


Apa yg saya sedih dan bimbangkan? Ya ramai juga golongan profesional di Lembah Klang memilih PN. Saya tidak bimbang kerana mereka ada sebab2 tersendiri dan menganggap ia hanya wadah politik dan satu pilihan. Jika Perpaduan dpt buktikan kejayaan memerintah 5 tahun, mereka akn kembali.


Yg saya bimbang tanpa disedari sebenarnya mereka menyokong membina fahaman ekstrimis yg suatu hari nanti apabila ia membesar sukar lagi utk dibendung.


Di kampung dan malah dlm byk video ucapan pemimpin mereka sehingga mantan Tim Menteri berkata buat apa pembangunan tetapi masuk neraka. 


Neraka, syurga, kafir adalah pegangan mereka yg cetek ilmu di luar bandar. Ingat seorang makcik berkata ‘UMNO kafir sampai kiamat’.


Mereka memilih parti kerana mahukan syurga hingga mereka menjadi taksub dan ekstrim. Anggapan mereka, mana2 org Melayu diluar parti mereka adalah kafir.


Apa yg berlaku kpd Dominic sudah cukup membuktikan pemimpin parti agama itu sendiri telah gagal mengawal ahli yg sudah terlalu esktrims kpd bangsa.


Peristiwa Memali, solat dua imam, tidak boleh makan kenduri org UMNO, bercerai suami isteri kerana fahaman politik adalah sejarah yg tidak boleh dilupakan betapa bahaya doktrin yg ditanam kpd ahli2 parti dgn sentimen agama.


Percayalah berikan 10 tahun dari skg… mereka di bandar yg terpedaya dgn sentimen kebencian kaum ini akn menyesal jika fahaman ekstrimis ini berkembang. 


Ketika itu menyesal sudah tidak berguna. Anda undi pembangkang kerana marahkan Zahid, marahkan PMX tetapi mereka itu akn pergi tetapi implikasi kpd mereka di luar bandar akan memberi kesan yg besar.


10 tahun lagi bermakna menjelang PRU17… simpan penulisan ini. Jika parti agama ini anda bekerjasama membinanya tunggu masa2 yg saya ramalkan. 


Abah yg konon anda sayangai sudah berusia 75 iaitu penghujung usia. Sampai ajalnya beliau akn pergi sepertimana pemimpin2 yg lain tetapi fahaman ekstrim yg didoktrin parti agama ini jika terus berkembang saya ramalkan mereka akn menolak Bersatu dan parti2 lain. 


Bila mereka sudah mampu bersendirian ketika itu nasi sudah menjadi bubur. Anda akan lihat fahaman ekstrimis yg hanya membuat ketidakstabilan politik, perpaduan dan memusnahkan ekonomi negara. 


Tahniah kpd Perpaduan dan tahniah kpd Perikatan.


BODO NYA ABAH COW !! ANWAR DAN ZAHID PERLU LETAK JAWATAN?



PN dapat balik tiga negeri iaitu Kelantan, Tganu dan Kedah.  PH/Perpaduan pun sama dapat kembali negeri Sgor, P.Pinang dan N.Sembilan.


PM takde sebab kena letak jawatan kerana dia dipilih oleh seramai 148 MP dlm parlimen, bukannya dipilih oleh Adun. 

  Zahid pun tak perlu letak jawatan kerana dia dah dpt sokongan lebih 90% perwakilan umno dlm phimpunan agung Umno yg lalu.  Kebanyakan negeri lain pun masih dikuasai oleh kerajaan perpaduan termasuk di Sabah dan Sarawak.  Mana negeri yang dikuasai oleh Bersatu? Habuk pun tarak !!


Yang perlu letak jawatan sepatutnya Muhyidin dan Hadi Awang kerana cita2 dia utk rampas Selangor dan N.Sembilan telah gagal.   Undi popular pula menunjukkan jumlah undi keseluruhan dimenangi oleh PH/Perpaduan dengan kelebihan lebih kurang 17K berbanding undi keseluruhan yang diperolehi oleh PN.  Berbelas calon dari PN yang hilang deposit, manakala semua calon dari PH/Perpaduan tiada yg hilang deposit.


Hakikatnya, Abah Cow mulai rasa gementar kerana PMX telah berjanji bahawa semua kes kluster mahkamah akan disegerakan selepas PRN.  Mana kan tidak, menantu beliau sendiri telah diburu oleh SPRM.  Itu yang menyebabkan Abah Cow meroyan siang malam minta PMX letak jawatan !!


WFAUZDIN NS