SEKARANG BANYAK ORANG SUDAH GILA


SEKARANG  BANYAK  ORANG  SUDAH  GILA

 

Tamrin Tun Ghafar

 

Jumaat - 01/07/22

( 1 -  26 )

 

 

1.   'Ini Semua Kerja Orang Gila ; Sekarang   Banyak Orang Sudah Gila'

 

2.   Komen  Samy Velu , mantan Menteri dan Presiden  Parti MIC dulu kini sudah lebih menyerlah seperti pepatah :

 

      DAH   TERANG

      LAGI  BERSULUH

 

3.   Tak tahu bagaimana nak mulakan tulisan ini kerana Negara  kini dipenuhi dengan ramai badut atau clown

 

4.   Setelah sedar usaha menipu rakyat dengan mengata KING  itu adalah rakyat  ,  cubaan terbaru  beliau bagi mengelirukan  pemikiran  Hakim - Hakim  dan rakyat bagi mengelak diri dari merengkok didalam penjara  ialah dengan mengata  beliau  TIDAK  DITUDUH  MENCURI   tapi HANYA  dituduh tidak memaklumkan   Bank Negara transisi berbilion ringgit yang masuk kedalam akaun bank beliau

 

5.   Zahid Hamidi pula disatu masa dulu pernah mengaku ibu bapa  beliau lahir di Indonesia dan bersetuju dengan pemberita TV Indonesia  bahawa beliau sememangnya 'balik kampung' setelah memaklumkan paman atau pakcik beliau adalah 'wali kota'  Jogjakarta  ( sila tonton klip video )

 

6.   Dengan pengakuan tersebut Zahid telah berjaya  menipu  ahli - ahli UMNO  yang memilih Jawa ini sebagai Presidennya ATAU   mereka tidak peduli itu semua  asalkan mendapat bayaran lumayan dan janji - janji manis  

 

7.   Sepatutnya Perwakilan  UMNO  memilih seorang tokoh yang lebih dinamik, berpengelaman dan waras  seperti Tengku Razaleigh Hamzah tetapi rupanya Perwakilan telah dibeli 

 

8.   Kini UMNO  terbahagi 2 kumpulan besar - satu kumpulan  Naib Presiden yang kini Perdana Menteri dan satu lagi kumpulan Klaster Mahkamah yang diketuai Najib selaku Penasihat Barisan Nasional , dan Zahid ,  Presiden  UMNO 

 

9.  Pendedahan Tajuddin Abdul Rahman , Ahli MKT  yang dipecat baru - baru ini telah membuka pekong permainan kotor Zaid  terutama Akaun Bersumpah atau SD  yang ditandatangi  menyokong Anwar Ibrahim , Ketua PKR  sebagai Perdana Menteri  sedangkan keputusan Sidang Perwakilan UMNO   MENOLAK  Anwar , DAP  dan PKR 

 

10. Ini bermakna Zahid telah memperdaya Perwakilan  UMNO  khususnya - terserahlah pada Ahli UMNO  sama ada mempercayai  londehan Tajuddin  jika benar  atau Zahid , yang majoriti kenal beliau sebagai kaki kelentong

 

11.  Jika UMNO  mahu berkuasa semula 3  manusia ini MESTI  segera  di kikis :

 

a.  Zaid

b.  Najib

c.  Mat Hassan

 

mereka ini yang MEROSAKAN nama baik UMNO ; mereka  MENGGUNAKAN  UMNO  hanya untuk kepentingan diri dan keluarga ; mereka akan terus  MEROMPAK selain dari hendak melepaskan diri dari Sungai Buloh 

 

12.  Perwakilan dan sebahagian Ketua Bahagian  SENANG  DI BELI  oleh mereka yang masih mempunyai wang yang bertimbun - ini lah nasib Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO  yang dilahirkan pada 11hb Mei 1946  dahulu

 

13.  UMNO dulu benar - benar  berjuang untuk bangsa tapi UMNO  sekarang berjuang untuk mengkayakan diri dan keluarga - syarahan mereka adalah retorik atau umpama tin kosong sahaja.

 

14.  Kini rakyat susah dan menderita akibat kos sara hidup terus meningkat naik - yang kaya dan berada tak kira samada punca kekayan mereka dari wang haram yang dinikmati keluarga atau sebaliknya sedangkan yang miskin terus menderita

 

15.  Negara kini seolah - olah  TIADA  Kerajaan dan Pemimpin ; rakyat hanya dipentingkan  ketika Pilihanraya sahaja 

 

16.  Bantuan RM100.00 yang diumumkan  tak ubah seperti memberi gula - gula kepada anak yang sedang menangis - apabila menangis lagi diberi pula aiskrim dan seterusnya

 

17.  Yang PENTING  ialah satu solusi jangka panjang untuk rakyat BUKAN  solusi jangka pendek seperti yang dilakukan

 

18.  Penyelewangan kuasa dan rasuah dilakukan hampir disemua peringkat seolah - olah ALLAH   SWT  tidak tahu dan tidak  nampak apa yang dilakukan

 

19.   Setelah merompak kebanyakan mereka  berlumba - lumba ke Tanah Suci samada nak tunjukkan mereka  bersih atau memohon ampun dari Yang Maha Esa ,  kemudian kerja rasuah akan dilakukan semula - itulah putaran yang berlaku tanpa segan silu

 

20.  Dalam keadaan rakyat susah , Perdana Menteri sibuk menayangkan pakaian yang mahal - apakah beliau tidak tahu keperitan yang sedang dialami rakyat ? atau beliau tidak peduli apa orang kata

 

21.  Kini  SPRM  tidak akan menyiasat  mereka yang berkedudukan seperti  Menteri  atau mereka 'MEMILIH'

 

22.   Potong saja lah 50% gaji dan allowance Perdana Menteri , Menteri dan Timbalan , dan dalam masa sama kurangkan jumlah Kabinet dan Timbalan yang begitu besar; itu jika Ismail berani ,  jika tidak , berundur sajalah sebelum dipecat seperti Mahiaddin dulu

 

23.  Belum tentu UMNO/BN  akan dapat 2/3  majoriti dalam Pilihanraya Umum yang bakal diadakan

 

24.  Rakyat terpinga - pinga  melihat  gelagat  'pemimpin - pemimpin'  mereka  bercakaran  sesama sendiri

 

25.  Sudah sampai masa nya mereka ini dicampakan kesungai , dan menaikan mereka yang lebih dinamik dan ikhlas - masanya sudah sampai 'orang muda' diberi peluang menerajui Negara tapi buat sementara perlu di bimbing oleh orang yang banyak pengalaman 

 

26.  KATA - KATA  SAMY VELU  ITU  ADA  KEBENARAN  NYA -  'SEKARANG  BANYAK  ORANG  SUDAH  GILA'

 

 

Wassalam

Terima Kasih

.

BETOI DAH TU MAT- NAJIB MEMANG DAH SEDIA DAH NAK KE SG BULOH

 


Tok Mat nafi kata Najib patut masuk penjara




Mohamad Hasan berkata kenyataannya berhubung kes rasuah Najib Razak dalam SRC International diambil di luar konteks.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menafikan laporan mengatakan beliau percaya bekas perdana menteri Najib Razak sepatutnya dipenjarakan.

Merujuk laporan Asia Times yang memetiknya, Mohamad berkata, beliau ditanya berhubung kes Najib, bagaimanapun kenyataannya diambil di luar konteks.

“Apa yang saya katakan adalah Najib mesti mendapat perbicaraan adil. Sekiranya, beliau didapati bersalah, barulah beliau kena berdepan hukuman, tapi seperti kita tahu, kesnya belum lagi berakhir, sedang berlangsung di Mahkamah Persekutuan. Tapi, beliau mesti mendapat perbicaraan adil,” katanya yang lebih dikenali sebagai Tok Mat kepada FMT.

Mohamad berkata, dalam wawancara bersama Asia Times, beliau juga menggariskan bagaimana kebangkitan Najib dikaitkan dengan persepsi awam berhubung “pendakwaan terpilih”.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Jadi, sekiranya saya percaya Najib tidak mendapat perbicaraan adil, bagaimana boleh saya katakan beliau patut masuk penjara. Ia tidak masuk akal.”

Najib memfailkan permohonan memohon Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan bahawa dirinya dinafikan mendapat perbicaraan adil merujuk kepada Hakim Nazlan Mohd Ghazali yang didakwa mempunyai konflik berkepentingan memandangkan peranannya sebagai peguam am dan setiausaha syarikat dalam Kumpulan Maybank.

Nazlan merupakan hakim perbicaraan yang mensabitkan Najib apabila kes SRC International didengar di Mahkamah Tinggi.

Dalam permohonannnya di Mahkamah Persekutuan, Najib berhujah ketika Nazlan berada bersama Maybank antara 2006 hingga 2015 bermaksud beliau terbabit atau mempunyai pengetahuan bank berkenaan dalam menubuhkan SRC International, anak syarikat 1MDB.

Pihak pendakwaan berkata, peranan Nazlan dalam Maybank tidak relevan dalam kes SRC International.

Najib disabitkan atas kesalahan salah guna kuasa dan penyelewengan RM42 juta milik SRC International.

NOH OMAR DISALANG KERANA CUBA BERBAIK DENGAN PAS


 

HABIS LA KEDAH....

 Tahukah anda pada 2013 EIA (impak alam sekitar) & Jab Perhutanan Negeri tlh meluluskan Ladang Musang King terbesar dunia di Gunung Inas, Baling.Siapa MB waktu tu? Boboi!Sejak dari itu, seluas 10,000 ekar (dari 30,000 ekar) kwsn hutan tlh digondolkan utk tanam durian.





Orang tgh lapar, Muhyiddin jumpa PM8 minta jawatan TPM


 

16 JULAI FLASHMOB BESAR BESARAN BANTAH KENAIKAN HARGA

 

SEKARANG MASA BEKERJA, USAH DILAYAN LAGI KARENAH GOLONGAN KALAH – RAFIZI

 

Keputusan terkini Pemilihan KEADILAN yang diumumkan semalam, sementara tidak banyak mengubah keputusan asal di peringkat pimpinan kanan pusat, menimbulkan tanda tanya bagaimana keputusan Ketua Wanita boleh bertukar di saat akhir dengan margin hanya 32 undi (0.09%, mungkin margin paling kecil dalam dunia untuk sebuah parti utama sebuah negara).

Saya juga dihubungi oleh pimpinan akar umbi di seluruh negara yang terkejut dengan pelbagai pertukaran di peringkat cabang.

Ada yang telah diumumkan menang tiba-tiba kalah. Ada cabang yang undi fizikal (yang melibatkan ratusan ahli keluar mengundi) dibuang semua undi dan hanya tinggal undi atas talian.

Sementara kita hanya boleh tahu sejauh mana keputusan berubah di seluruh negara selepas beberapa hari (apabila analisis keseluruhan siap), yang jelas keputusan yang diubah secara tidak konsisten begini telah mencemarkan pemilihan baru-baru ini.

Sejak dari awal lagi, saya telah membuat pendirian kepada Dr Zaleha Mustafa (Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti, JPP) dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Presiden Dipilih) bahawa tuntutan mengadakan audit digital ini hanyalah permainan segelintir anggota parti yang kalah dalam pemilihan baru-baru ini.

Malangnya, mereka ini rapat dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan merasakan mereka boleh mempengaruhi keputusan untuk memastikan saya tidak disahkan sebagai Timbalan Presiden.

Saya telah menjelaskan secara dalaman pandangan saya bahawa motif sesetengah pihak seperti Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak terus mempersoalkan pemilihan parti adalah serampang dua mata, iaitu:

Pertama, untuk cuba mengubah keputusan supaya saya dan beberapa orang lain yang menang bersama saya tidak disahkan oleh Kongres Nasional.

Kedua, untuk membina persepsi kononnya kemenangan saya dengan jurang yang besar ialah disebabkan manipulasi besar-besaran.

Hakikatnya, mereka tidak boleh menerima kenyataan bahawa sentimen akar umbi sangat berbeza dengan bacaan mereka yang berlegar sekitar Dato’ Seri Anwar Ibrahim ini.

Sebaik mengumumkan bertanding jawatan Timbalan Presiden, saya terus membuat satu kaji selidik terperinci untuk memahami sentimen dan kehendak anggota parti akar umbi. Kaji selidik itu juga menyelami pandangan pengundi terhadap KEADILAN.

Dapatan kaji selidik adalah jelas. Sokongan kepada saya di kalangan anggota akar umbi adalah 85% berbanding saingan saya. Isu-isu yang saya bawa adalah selari dengan kehendak anggota akar umbi.

Sebab itu keputusan pemilihan juga mirip kepada sentimen akar umbi: saya menang dengan ~60% undi popular dan 75% dari semua cabang di seluruh negara.

Selepas keputusan diubah akibat audit digital, ia masih tidak boleh mengubah sebahagian besar keputusan pemilihan kerana sentimen akar umbi telah diterjemahkan semasa pemilihan.

Malangnya, kumpulan yang kalah tidak boleh menerima kekalahan. Mereka terus mengasak dan mengelilingi Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan pemilihan semula atau setidak-tidaknya membuat audit digital untuk mencapai hasrat mereka.

Saya telah menyatakan pendirian bahawa parti akan terperangkap dengan permainan politik segelintir sedangkan majoriti parti telah membuat keputusan yang diterima dengan baik oleh rakyat umumnya.

Berlatarbelakangkan ini, saya cukup simpati dengan keadaan Saudari Rodziah Ismail yang keputusannya sebagai Ketua Wanita bertukar di saat-saat akhir.

Kami telah berbincang dan saya terharu dengan pendirian beliau bahawa parti mesti bergerak ke hadapan dan tidak terheret dengan permainan politik kelompok yang kalah.

Oleh itu, berikut adalah pendirian saya:

1) Kongres Nasional parti tidak boleh ditangguhkan lagi untuk melayan karenah segelintir calon yang kalah memandangkan pilihanraya umum boleh dipanggil bila-bila masa. Keutamaan saya sebagai Timbalan Presiden ialah untuk mempersiapkan pimpinan dan jentera parti untuk berdepan dengan lawan dalam PRU15.

2) Sementara kita meneruskan agenda pengukuhan parti ke arah PRU15, segala ruang dalam parti perlu dibuka untuk membolehkan isu-isu yang ditimbulkan akibat pertukaran keputusan di saat akhir ini terus disemak. Antara langkah utama saya sebagai Timbalan Presiden ialah untuk meneliti keseluruhan proses audit digital yang telah mengakibatkan kecelaruan yang berlaku untuk memberi keadilan yang sewajarnya kepada semua pihak.

3) Sebagai Timbalan Presiden, saya akan mengusahakan supaya satu tindakan diambil terhadap mana-mana pihak yang terbukti berniat mensabotaj parti dengan terus-menerus mengkritik pemilihan bertujuan melengahkan kepimpinan baru KEADILAN mengambil tempat.

Sebagai sebuah parti, kita tidak ada banyak masa untuk kembali ke landasan asal perjuangan kita iaitu membela rakyat ke arah membentuk sebuah masyarakat pelbagai kaum yang saling menghormati, lebih berdaya dan menjamin kehidupan yang lebih baik kepada semua.

Saya dan rakan-rakan yang selama ini berdiam diri dengan segala karenah dari kumpulan-kumpulan yang berkepentingan peribadi ini akan mempercepatkan lagi kempen #AyuhMalaysia untuk membentangkan visi KEADILAN untuk masa depan yang lebih baik.

Saya seru seluruh anggota KEADILAN supaya tidak lagi menghiraukan kekecohan yang cuba ditimbulkan oleh segelintir kelompok yang kalah ini dan bekerja untuk kita meyakinkan kembali rakyat bahawa KEADILAN adalah pilihan terbaik rakyat.

RAFIZI RAMLI

Timbalan Presiden Keadilan (Dipilih)

5 Julai 2022.




JANGAN SIBUK SIASAT KES BERHIMPUN, KES PENYELEWENGAN LEBIH UTAMA


KERAJAAN GAGAL

 


Saiz kabinet yang besar tetapi gagal menjaga kebajikan rakyat dan memulihkan ekonomi negara.

Ringgit Malaysia jatuh, harga minyak masak naik, harga barang mentah tidak terkawal, jaminan makanan yang tidak terjamin.

Wang negara yang sepatutnya boleh disalurkan kepada rakyat dibazirkan kepada kabinet yang tidak begitu nampak fungsinya sehingga menggesa gerakan mahasiswa turun padang.

YB DS Salahuddin Ayub

Timbalan Presiden AMANAH

 

KEH..KEH...MAT KETUM NAK JADI TPM ?


FAHMI REZZA

 



GENAP 10 TAHUN SAHAM FGV MERUDUM. 10 TAHUN NAJIB KENCING PENEROKA DENGAN SAHAM. PAS BERPUAS HATI KATANYA-NAJIB MASIH DISANJUNG SEBAGAI BOSSKU...




MOHD AFFENDI ABAS


28 Jun 2022 genap 10 tahun FGV Holdings Berhad disenaraikan di Bursa Malaysia pada 28 Jun 2012.

Harga Saham FGV:

28 Jun 2012: RM4.55

28 Jun 2022: RM1.50

Susut 67% 

Market Capitalization FGV:

28 Jun 2012: RM16.6 bilion

28 Jun 2022: RM5.47 bilion

Rugi RM11.13 bilion 

Najib Razak? Cai? Ada peduli? PAS puas hati...

Al-Fatihah buat Pejuang Felda ... Allahyarham Suhaimi Bin Said

 

MINYAK MASAK DISELATAN THAILAND- NI PUN PENGKHIANAT JUGA NI-MERASUAH JA KERJA NYA






BEN DANIEL

“Orang Thailand Tak Ada Masalah Bekalan Minyak..”, Minyak Masak Subsidi Malaysia Banyak Dijual Di Selatan Thailand..." itu cakap2 org Siam di sempadan.

Di Golok minyak masak kita dijual dgn harga (50Bath) RM7.00/paket berbanding dgn minyak keluaran negara Siam pada harga RM10.30 (77Bath)

Harga Malaysia RM2.50

Harga jual di Siam RM7.00

Beza harga RM4.50

Untung penyeludup: RM2.00/pack

Untung pembekal: RM0.50/pack

Komisyen penguatkuasa: RM1.00/pack

Untung peniaga Siam: RM1.00/pack.

Bayangkan jika setiap bulan dapat lepas 1juta pack masuk Siam. Berapa pihak2 kartel ni kaut keuntungan dari duit subsidi rakyat Malaysia.

JAKIM patut jumpa Majlis Agama Islam Selatan Thai utk bincang hal ini, dan mencadangkan utk dikeluarkan Fatwa hukum HARAM memborong, mengedar, menjual dan consume minyak masak seludup kpd rakyat Siam.




 

AKU DOK AGAK DAH..NI MUSTI DAP PUNYAI PASAI ..DOK PEE TEBUK TANAH PUGAQ KILAIH TANAH TU...PASAI TU BANJIR...TAK PATUT TAK PATUT...HUJAN PUN MAI LEBAT..NI BUKAN SALAH MANUSIA NI..NI SALAH ORANG LAIN...KAMI LEBAI...MANA BOLEH SILAP..

 


Pembalakan bukan punca banjir di Baling, kata menteri





Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan berkata pokok yang dihanyutkan bukan daripada kayu balak kesan pembalakan, bahkan ia kayu yang dihanyutkan bersama akar-akarnya.

KUALA LUMPUR: Laporan rasmi Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) mengesahkan tiada aktiviti pembalakan aktif di kawasan Hutan Simpan Gunung Inas sehingga mengakibatkan kejadian kepala air dan banjir kilat di Baling, semalam.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Takiyuddin Hassan, berkata sebaliknya terdapat pembangunan ladang hutan di kompartmen lapan, Hutan Simpan Gunung Inas sejak 2019 yang mendapat kelulusan kerajaan Kedah.

Beliau berkata, tujuan pembangunan ladang hutan itu adalah bagi penanaman semula, yang setakat ini melibatkan penanaman lebih 5,000 pokok di kawasan seluas 52 hektar.

“JPSM telah membuat semakan dan siasatan serta mengesahkan bahawa pokok yang dihanyutkan itu adalah bukan daripada kayu-kayu balak yang dijalankan pembalakan. Ini adalah kerana kayu-kayu itu dihanyutkan bersama akar-akarnya sendiri.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Jadi kita mahu betulkan anggapan sesetengah pihak bahawa berlakunya pembalakan aktif yang menjadi punca berlakunya kepala air di sungai (Sungai Kupang) itu,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Jendela Fikir di Bernama Radio.

Banjir lumpur di Baling, semalam, mengakibatkan beratus-ratus penduduk dipindahkan ke beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) dengan lebih 80 rumah terjejas serta meragut tiga nyawa, dalam kejadian kira-kira 4 petang semalam.

Takiyuddin berkata, pihaknya juga amat dukacita atas kejadian bencana alam itu.

“Ini merupakan satu bencana alam, mungkin ada banyak sebab ia berlaku dan oleh sebab itu kementerian amat serius dalam menjaga biodiversiti dan alam sekitar,” katanya.