NAJIB SAPU CARA MUDAH...KESAN KEATAS NEGARA DAN RAKYAT YANG SUSAH-SITI AISHAH


 

PAS KENCING 1


 

PAS KENCING 2


 

FATWA DARI NAJIB DIBALAS SELAMBA NETIZEN


 

CABANG TEMERLOH TURUT SERTA MEMBUAT LAPORAN POLIS




KEADILAN Cabang Temerloh  telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh  terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak atas kecuaian beliau menyebabkan negara berdepan tuntutan berjumlah RM67.5 bilion dari waris Kesultanan Sulu.

Ianya diketuai oleh Naib Ketua Cabang Temerloh, Sdr Rosli Ismail pada jam 5 petang tadi.



PERTEMUAN KESATUAN..CAMU BERSAMA KETUA OPOSISI

 




Pertemuan dengan Ketua Oposisi Parlimen Malaysia-DSAI siang tadi di Bangunan Parlimen.

Pertemuan beliau dengan delegasi CAMU mengenai pindaan Akta Kesatuan Sekerja, 1959.

BOLEHKAH PENCURI TAWAR WANG ELAK DIBICARAKAN?


AKHIRNYA RUU ANTI LOMPAT DIBAHAS DI PARLIMEN

KEH..KEH...PISHANGGG - IDRIS TAK JAWAB DENGAN JUJUR KOT ISU AMANAT HADI..

 

Menteri agama perjelas status ‘Amanat Hadi’ di portal Jakim







Tangkap layar seorang pengguna Twitter bertanya Jakim adakah pihaknya telah memadam fatwa Amanat Hadi.

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad, menjelaskan keberadaan fatwa mengenai amanat Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dalam portal fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau berkata, Jakim telah menaik taraf portal sedia ada iaitu e-SMAF kepada i-FIQH yang menghimpunkan semua pandangan hukum Jawatankuasa Muzakarah MKI dan fatwa negeri mengikut kesesuaian dan keutamaan terkini.

Katanya, senarai pandangan hukum dan fatwa yang terkandung dalam portal terbaru itu telah disusun semula.

“Hanya pandangan hukum muzakarah yang majoriti difatwakan oleh negeri-negeri sahaja dimasukkan untuk hebahan kepada masyarakat,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Idris berkata, berdasarkan semakannya, hanya Melaka sahaja yang memfatwakan “Amanat” Hadi di Banggol Peradong, Terengganu.

Beliau berkata demikian menjawab soalan lisan Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) yang bertanya mengenai kedudukan kenyataan dibuat Hadi pada April 1981 yang lebih dikenali sebagai “Amanat Hadi”.

Mahfuz meminta penjelasan sama ada benar atau tidak terdapat negeri yang menfatwakan kenyataan Hadi di Banggol Peradong, sebagai sesat.

Mahfuz juga meminta kepastian jika benar fatwa mengenai “Amanat Hadi” itu sudah dikeluarkan daripada portal fatwa Jakim.

Pada 21 Jun tahun lalu, Jakim berkata akan menyemak dahulu dakwaan mengatakan pihaknya telah memadam fatwa berkaitan “Amanat Hadi” di laman sesawang rasminya.

Sebelum itu, tular tangkap layar seorang pengguna Twitter bertanyakan Jakim adakah pihaknya telah memadam fatwa “Amanat Hadi”.

“Amanat Hadi” merujuk kepada sedutan ceramah presiden PAS itu di Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

MAT SABU DITAHAN DAN DISOALSIASAT




Saya disoalsiasat di Bukit Aman pagi ini atas isu membela rakyat, flash mob bantahan kenaikan harga barang dan telefon bimbit saya telah dirampas.

Berikut kenyataan peguam saya:

Hari ini Presiden Amanah YB Mohamad Sabu memberikan keterangan kepada pihak Polis di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Saya menemani beliau sebagai peguam.

Siasatan berkaitan video pra-flashmob harga barang. Keterangan bermula pada jam 11.15 pagi dan berakhir jam 1.15 tengah hari tadi. Siasatan yang dibuat menurut seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Sesi siasatan berjalan agak panjang memandangkan pihak polis meminta telefon bimbit dirampas walaupun telah dibantah dengan hujah nas undang-undang. Ini satu tindakan yang tidak wajar memandangkan video tersebut tiada kaitan dengan telefon bimbit YB Presiden.

Saya telah menerima arahan YB Presiden untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak Polis kerana bertindak melanggar hak privasi dan prinsip keadilan yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Faiz Fadzil

Peguam

 

'Kenapa bank-bank tidak hentikan transaksi scammer?' - Fahmi Fadzil



Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mempertikai tindakan bank-bank yang tidak menghentikan atau menyekat transaksi perbankan yang dilakukan penjenayah scammer.

Rafizi ketuai lebih 100 cabang PKR lapor polis terhadap Najib



Lebih 100 cabang Parti Keadilan Rakyat di seluruh negara hari ini tampil membuat laporan polis terhadap bekas perdana menteri Najib Razak. Tindakan itu bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat berhubung dakwaan kecuaian Najib semasa menghentikan pembayaran tahunan RM5,300 kepada waris Kesultanan Sulu. Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli ketika ditemui di luar Balai Polis Setiawangsa berkata, laporan polis itu merupakan satu permulaan terbaik bagi mencabar naratif yang dicipta Najib untuk membohongi rakyat berhubung isu itu.



RAFIZI DAN NIK NAZMI MEMBUAT LAPORAN

 



Gambar: Rafizi Ramli Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat laporan polis bersama-sama YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Setiawangsa   mengenai kecuaian bekas Perdana Menteri ke-6, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang telah menyebabkan negara berdepan dengan tuntutan berjumlah sekitar RM67.5 bilion dari waris Kesultanan Sulu di  Balai Polis Setiawangsa Kuala Lumpur. 19hb Julai 2022 (Selasa)



GAMBAR PERTAMA LAPORAN KE ATAS NAJIB ISU KECUAIAN PENTADBIRANNYA








FAHMI FADZIL

Laporan-laporan polis berhubung kecuaian Najib Razak semasa menjadi Perdana Menteri berkait isu tuntutan waris Sultan Sulu telah dibuat pagi tadi.

Jangan cuba mengelak, Najib perlu jawab dan dipertanggungjawab.

 

 

SUBSIDI BERSASAR: KAJI BALIK KLASIFIKASI B40 M40 T20- rafizi

 











Dari Rafizi Ramli

19 Julai 2022

SUBSIDI BERSASAR:

KAJI BALIK KLASIFIKASI B40 M40 T20

Ekoran kenaikan kos sara hidup dan beban inflasi yang semakin tinggi, pentadbiran UBP (UMNO-BERSATU-PAS) dijangka akan mempercepatkan penyelarasan subsidi untuk mengurangkan peruntukan subsidi kepada rakyat. Kenyataan-kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kebelakangan ini konsisten menyatakan usaha ke arah pendekatan subsidi bersasar (“targeted subsidy”) sedang giat diusahakan.

Sementara pendekatan subsidi bersasar secara konsepnya dilihat lebih masuk akal sekiranya diuruskan dengan baik, ia juga mendatangkan risiko keciciran (“exclusion risk”) dan ketirisan (“leakage risk”).

Risiko keciciran merujuk kepada kebarangkalian ada kumpulan yang sepatutnya mendapat manfaat subsidi terkeluar dari kumpulan sasaran. Ini sering berlaku setiap kali bantuan-bantuan tunai diumumkan apabila ramai yang status sosial ekonominya rendah tidak mendapat bantuan berbanding penerima-penerima yang datang dengan kereta besar untuk menerima bantuan.

Risiko ketirisan sedang menjadi perbincangan hangat kebelakangan ini, terutamanya berhubung minyak masak bersubsidi yang diselewengkan kepada golongan tertentu sehingga rakyat biasa sukar mencari bekalan minyak masak bersubsidi.

Sebab itu selama ini saya sering mengingatkan kerajaan supaya mengatasi masalah-masalah berkait risiko keciciran dan ketirisan sebelum melaksanakan subsidi bersasar kerana sekarang pun, sudah ramai golongan yang sepatutnya menerima bantuan putih mata akibat kelemahan-kelemahan pentadbiran.

Namun, kecenderungan kerajaan UBP jelas condong ke arah melaksanakan subsidi bersasar secepat mungkin.

Oleh itu, adalah sangat penting untuk rakyat memainkan peranan bersama-sama memberi pandangan untuk menentukan kayu ukur kelayakan (untuk menerima subsidi) ditetapkan dengan seadil mungkin.

Kayu ukur yang dipakai sekarang ialah mengikut klasifikasi pendapatan isi rumah, iaitu B40 (40% keluarga yang pendapatan isi rumahnya terbawah), M40 (40% keluarga yang pendapatan isi rumahnya berada selepas B40), dan T20 (20% keluarga yang pendapatan isi rumahnya teratas).

Kaedah ini diperkenalkan semasa pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri. Ia telah menjadi kayu ukur kelayakan yang digunakan dalam penggubalan dasar-dasar ekonomi dan kebajikan rakyat sejak beliau menjadi Perdana Menteri.

Klasifikasi B40, M40 dan T20 ditetapkan melalui Kaji Selidik Pendapatan Isi Rumah (“Household Income Survey”) yang dijalankan Jabatan Statistik setiap 2-3 tahun. Data terkini klasifikasi B40, M40 dan T20 adalah berdasarkan dapatan Kaji Selidik Pendapatan Isi Rumah 2019.

Berikut adalah dapatan-dapatan utama:

Had pendapatan:

- Pendapatan isi rumah berjumlah RM4,850 ke bawah diklasifikasikan sebagai B40

- Pendapatan isi rumah antara RM4,851 ke RM10,959 diklasifikasikan sebagai M40

- Pendapatan isi rumah melebihi RM10,960 diklasifikasikan sebagai T20

Jumlah individu yang berpendapatan (“penerima pendapatan”) bagi setiap isi rumah

- Seorang penerima pendapatan: 46%

- Dua penerima pendapatan: 38%

- Tiga penerima pendapatan: 11%

- Empat (dan lebih) penerima pendapatan: 5%

Kenaikan pendapatan dari 2016 ke 2019

- B40: Pendapatan hanya naik 1.8% setiap tahun dari 2016 ke 2019

- M40: Pendapatan naik 4.1% setiap tahun dari 2016 ke 2019

- T20: Pendapatan naik 4.5% setiap tahun dari 2016 ke 2019

Agihan pendapatan

- B40: Hanya 16% dari keseluruhan pendapatan rakyat

- M40: 37.2% dari keseluruhan pendapatan rakyat

- T20: 46.8% dari keseluruhan pendapatan rakyat

Walaupun kaedah menentukan penerima subsidi dan bantuan kebajikan berdasarkan klasifikasi B40, M40 dan T20 ini ringkas dan membolehkan pelaksanaan dengan cepat, ia mempunyai beberapa kelemahan utama:

Pertama:

Ia berasaskan kepada pendapatan semata-mata dan tidak mengambil kira faktor perbelanjaan sara hidup dalam menentukan kedudukan ekonomi sesebuah isi rumah. Faktor perbelanjaan sara hidup melibatkan jumlah isi rumah.

Misalnya, sebuah isi rumah yang mempunyai dua penerima pendapatan (suami dan isteri) yang dikategorikan sebagai B40 (setiap orang berpendapatan RM2,000) dan mempunyai seorang anak, tinggal di kawasan separa bandar, sudah tentu mempunyai pendapatan boleh belanja (“disposable income”) yang lebih tinggi berbanding satu lagi isi rumah yang mempunyai seorang penerima pendapatan (suami) yang dikategorikan sebagai M40 (pendapatan RM4,860), mempunyai lima orang anak dan tinggal di kawasan bandar besar.

Kedua:

Had pendapatan yang ditentukan secara statistik semata-mata iaitu mengikut bilangan isi rumah 40% terbawah, 40% pertengahan dan 20% teratas tidak menterjemahkan situasi sebenar kesukaran ekonomi setiap keluarga.

Malah, ia memanjangkan lagi ketidakadilan agihan pendapatan yang berlaku (akibat kegagalan kerajaan memastikan agihan gaji yang adil kepada pekerja-pekerja bawahan) kepada sistem kebajikan negara.

Contohnya, hanya kerana had atas (“upper cut-off point”) B40 adalah RM4,850 sebulan, semua keluarga yang berpendapatan RM4,851 ke atas dikategorikan sebagai tidak layak untuk menerima subsidi sedangkan kepayahan yang dialami sama dengan keluarga berpendapatan RM4,850 sebulan.

Begitu juga dengan “cut off point” yang lain, iaitu had M40 pada RM10,959. Bagi keluarga yang berpendapatan RM11,000 sebulan, tiba-tiba mereka dikira sebagai orang kaya (yang datang dengan konotasi merekalah yang mengambil subsidi dari orang yang layak menerima) sedangkan kedudukan ekonomi mereka sama dengan mereka yang berpendapatan RM10,959 sebulan.

Oleh itu, saya menyarankan supaya Menteri Kewangan tampil lebih awal untuk menerangkan apakah pendekatan yang sama (menggunakan B40, M40 dan 20) akan dipakai dalam menentukan kumpulan penerima sasaran apabila subsidi bersasar dilaksanakan kelak.

Keputusan untuk menetapkan kriteria kelayakan penerimaan subsidi (petrol bersubsidi, bantuan tunai, subsidi makanan dan lain-lain) adalah keputusan nasional yang perlu dibahaskan dan dikupas supaya diterima rakyat keseluruhan, bukannya keputusan beberapa pegawai di dalam bilik mesyuarat.

Saya berpandangan kita perlu memansuhkan pendekatan menggunakan had pendapatan B40, M40 dan T20, sebaliknya memperkenalkan pendekatan berasaskan pendapatan boleh belanja (“disposable income”) dengan mengambil kira pendapatan, kos perbelanjaan dan jumlah tanggungan setiap isi rumah.

Saya akan menghuraikan cadangan ini dengan lebih terperinci dalam kenyataan-kenyataan media yang akan datang.

RAFIZI RAMLI

 

KENAPA NAJIB TAK MAHU ULAS TAWARAN JHO LOW?

 

Di media sosial, sejak hilang kuasa, Najib Razak selalu menampilkan dirinya sebagai pemimpin serba tahu.

Hampir semua isu semasa diulas, dikomennya dan kerapkali jika isu itu berkaitan kerajaan, beliau akan memberi cadangan-cadangan tertentu yang memperlihatkan seolah-olah dirinya begitu pakar serta serba tahu.

Kadangnya juga terlihat seperti beliau menayangkan dirinya begitu cemerlang ketika memegang jawatan Perdana Menteri dan tidak pernah terbabit dengan apa-apa skandal sehingga menyebabkan BN tumbang pada 2018 lalu.

Selain menyentuh hampir semua isu, Najib juga amat aktif di media sosial di mana berpuluh tulisan dimuat-naik dalam sehari sehingga ada yang menggelarnya “Perdana Menteri FB”.

Di sisi lain, meskipun seperti serba tahu, semua orang juga tahu yang menulis bagi pihak beliau ialah sejumlah admin yang dibayar gaji olehnya.

Kalau berkaitan kucing, itu baru Najib sendiri yang memuat-naiknya.

Sebab itu, tidak menghairankan ketika di mahkamah, Najib sering menjawab tidak tahu ketika ditanya oleh pihak pendakwaraya.

Dalam keterangannya di mahkamah berkaitan kes SRC International, media melaporkan bahawa Najib telah menjawab tidak tahu sebanyak 46 kali.

Dengan jawapan tidak tahu sebanyak 46 kali itu, Najib boleh dianggap mencipta rekod kerana rasa-rasanya tidak pernah ada sesiapa dalam negara ini pernah berbuat demikian sekerap itu di dalam mahkamah.

Tetapi, meskipun aktif dan sering berlagak serba tahu, ada juga isu-isu tertentu yang tidak disentuhnya atau beliau buat-buat tidak tahu berkenaan dengannya.

Antaranya ialah terbaru ini tentang laporan yang menyebut Jho Low, watak utama dalam skandal 1MDB telah menawarkan penyelesaian untuk membersihkan dirinya dengan Kerajaan Malaysia.

The Edge melaporkan, Jho Low felah membuat tawaran sebanyak RM1.5 bilion bagi tujuan itu.

Begitu pun, selain bekas Peguam Negara, Apandi Ali yang telah mengesahkan dirinya adalah pengatur untuk menemukan wakil firma Kobre & Kim yang mewakili Jho Low dengan Peguam Negara, pegawai kanan SPRM dan lain-lain, Pejabat Peguam Negara atau AGC turut mengesahkan kemudiannya bahawa mereka menolak tawaran tersebut.

Kenapa Najib tidak mengulas isu ini?

Bukankah ini isu penting dan menjadi bualan rakyat?

Sepatutnya, sebagai “Perdana Menteri FB” yang serba tahu, beliau tidak harus menyisihkan dirinya daripada memberi komen atau membuat ulasan berkenaan tawaran Jho Low itu.

Kalau pun tidak mahu mengulas tentang bagaimana Apandi Ali yang pernah membebaskannya daripada skandal 1MDB boleh dilantik oleh firma yang mewakili Jho Low, Najib setidak-tidaknya masih boleh mengulas berkenaan penolakan AGC itu.

Misalnya, ulaslah sama ada wajarkah AGC menolak tawaran Jho Low itu atau sebaiknya tawaran tersebut diterima?

Juga komenlah sikit sama ada jumlah RM1.5 bilion yang ditawarkan Jho Low itu suatu jumlah yang berpatutan atau jumlahnya patut dinaikkan lagi?

Nampak macam tak lengkap profail sebagai “Perdana Menteri FB” yang serba tahu jika Najib tidak mengulas atau memberi komen berkaitan isu ini.

Belum terlambat dan masih sempat lagi untuk Najib berbuat demikian demi memenuhi keinginan pengikut-pengikutnya dan rakyat Malaysia yang ingin mengetahu ulasannya.

Jho Low pun barangkali tertunggu-tunggu sama ulasan Najib kali ini. – ShahbudinHusin 19/07/2022.



Masa zaman PH mencari punya tak jumpa si Jho Low ni.









LIYANA MARZUKI


Tetiba sekarang Apandi Ali yang tolong Jho Low deal kesnya dengan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Nasib baik la bijak AGC kita ni, ditolaknya permintaan Jho Low nak balik Malaysia. Takkan la bayar RM1.5 bilion saja nak lepas kes. Melampau betul!

Apandi dulu yang kata Najib takde kes, disucikan secara terbuka lagi.

Tapi terbukti di Mahkamah sekarang, Najib didapati bersalah kerana rasuah dan salah guna kuasa dan dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Sekarang dia nak cuba sucikan Jho Low pula? Tahu pulak tu Jho Low di mana Description: 😅

Makanya, UMNO dah jadi Kerajaan sekarang, tangkap lah! Apa tunggu lagi?

Najib pula taknak marah ke scammer dia ni?

Kita tengokkan je lah game diaorg ni. Yang pasti dah boleh bagi #kadmerah

#kitaReferee #BootOut #politikushaprak

https://www.bharian.com.my/.../didakwa-wakili-jho-low...

Masa zaman PH mencari punya tak jumpa si Jho Low ni.

Tetiba sekarang Apandi Ali yang tolong Jho Low deal kesnya dengan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Nasib baik la bijak AGC kita ni, ditolaknya permintaan Jho Low nak balik Malaysia. Takkan la bayar RM1.5 bilion saja nak lepas kes. Melampau betul!

Apandi dulu yang kata Najib takde kes, disucikan secara terbuka lagi.

Tapi terbukti di Mahkamah sekarang, Najib didapati bersalah kerana rasuah dan salah guna kuasa dan dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Sekarang dia nak cuba sucikan Jho Low pula? Tahu pulak tu Jho Low di mana Description: 😅

Makanya, UMNO dah jadi Kerajaan sekarang, tangkap lah! Apa tunggu lagi?

Najib pula taknak marah ke scammer dia ni?

Kita tengokkan je lah game diaorg ni. Yang pasti dah boleh bagi #kadmerah

#kitaReferee #BootOut #politikushaprak

https://www.bharian.com.my/.../didakwa-wakili-jho-low...

 

Lagi kes hina agama Islam di media sosial? Iselam terancam kah ???( SILA KE LINK YANG DISEDIAKAN UNTUK MENONTON )

 Mengapa semua ini terjadi???ISLAM TERANCAM ?

0:40 / 3:01
Lagi kes hina agama Islam di media sosial
KOSMO!
18 Julai 2022, 3:10 pm
PETALING JAYA – Sejak kebelakangan ini ramai individu dilihat cuba membuat provokasi di media sosial dengan membuat kandungan menghina agama Islam.
Terbaharu, menerusi sebuah klip video yang dikongsi di laman Facebook IRDK Respond Team, seorang lelaki dengan biadap telah menghina agama Islam.
Malah, lelaki yang mengenakan seluar jeans lusuh pendek dan berbaju merah itu juga telah mencabar orang Islam supaya mencari dan berhadapan dengannya jika berani.
Berdasarkan klip video berdurasi empat minit 13 saat itu juga, lelaki terbabit menggambarkan Islam dan penganutnya sebagai pengecut.
“Islam itu hanya di punggung aku, semua orang Islam penakut (pengecut) hanya berani bila ramai.
“Kenapa pergi pukul orang itu ramai-ramai kalau berani pergilah seorang, lama dah aku cakap Islam ini jahat, kamu semua macam kera (monyet),” cabar lelaki tersebut.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan di mana lokasi lelaki tersebut berada dan bila klip video tersebut dirakam.
Namun, berdasarkan loghat yang digunakan lelaki itu, difahamkan dia berasal dari sebuah negeri di Pantai Timur ataupun di sebelah selatan negara jiran, Thailand.
Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna mengecam lelaki tersebut dan mahu pihak berkuasa menyiasat klip video itu.
“Semakin ramai yang berani menghina agama Islam, pihak berkuasa sila tangkap segera orang ini,” tulis Ema Efendi.
“Aih bro, bro menjual ke tu? kalau ada yang nak membeli kejap lagi pecah bibir bro tu, bila luka berdarah baru ada akai,” kata Azie Safiya.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Ranger Hijau.
“Bunyi ko kecek (percakapan) macam orang belah negara jiran (Thailand),” katanya.- KOSMO! ONLINE.