ANWAR MENDONIA TENTANG EKONOMI MALAYSIA.. PEMBANGKANG PAS DOK KALUT ISU FITNAH... TU PUN ADA LAGI YANG SOKONG. APA PUN TAK BUAT. JUAI AGAMA SIANG MALAM..


 Hari terakhir di Kaherah saya berkesempatan melancarkan pengoperasian kilang pemasangan unit komponen terurai (CKD) kereta Proton Saga yang dijangka mula beroperasi Disember tahun ini.







Langkah ini merupakan sebahagian usaha Malaysia untuk membawa cara pemikiran baharu dalam kerjasama antara kedua-dua negara.


Saya tegaskan bahawa Proton bukan hanya industri automotif di Malaysia, malah ia adalah kebanggaan negara dan terkenal di peringkat antarabangsa.


Keberadaan Malaysia di Mesir ini juga adalah sebagai rakan kongsi berdasarkan kepercayaan dan persahabatan yang lama terjalin. Adalah diharapkan supaya ianya dapat membuka pintu ke pasaran Afrika Utara. 


Rancangan pengeluaran bagi kilang pemasangan kereta Proton Saga akan menghasilkan kira-kira 16,000 unit antara tahun 2024 hingga 2026, yang disasar menjana pendapatan sekitar RM570 juta.


Sebanyak RM20 juta pendapatan lagi dijangka dijana melalui jualan alat-alat ganti bagi menyokong perkhidmatan.


Semoga lebih banyak peluang dan ruang buat syarikat Malaysia menjalinkan kerjasama dengan pihak Mesir, Insya-Allah. 


#MalaysiaMADANI



Tiada Perlindungan, Sesiapa Saja Terlibat Rasuah Mesti Diambil Tindakan – PM Anwar


Kredit Harapan Madani


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) ketika mengadakan sidang akhbar bersama media Malaysia sempena lawatan rasmi empat hari ke Mesir pada Selasa. Foto Bernama

KAHERAH, 12 Nov – Tiada perlindungan diberi kepada sesiapa juga yang terbabit dalam kes rasuah termasuk jika individu berkenaan mahu menjadi pemberi maklumat bagi pembongkaran sesuatu kes rasuah, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya Perdana Menteri berkata, beliau akan menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan teliti terhadap semua kes termasuk skandal rasuah membabitkan lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang meminta wang sebagai balasan menyokong kelulusan projek.

Katanya, beliau tidak akan berunding dengan mana-mana pemberi maklumat kes rasuah yang mahu mendapatkan perlindungan kerana tindakan itu disifatkan sebagai aneh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Pelancaran Operasi Pemasangan Proton Saga CKD Mesir di Kaherah sempena lawatan rasmi empat hari ke Mesir pada Selasa

“Jangan gunakan jawatan Perdana Menteri untuk dapatkan perlindungan kepada sesiapa (bagi kes rasuah) kerana saya tidak akan buat begitu…Saya tak akan bagi jaminan itu.

“Dasar Kerajaan MADANI adalah jelas iaitu perlindungan hanya diberi kepada mereka yang tidak terbabit langsung dalam kes rasuah.

“Jadi, jika ada maklumat yang samar-samar termasuk adakah individu pemberi maklumat itu turut terbabit dalam rasuah, ia perlu diteliti dan disiasat, bukan terus memberi perlindungan kepadanya,” katanya pada sidang media pada hari terakhir lawatan rasminya selama empat hari ke Mesir, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika merasmikan Majlis Pelancaran Kilang Pemasangan Proton CKD di Mesir di Kaherah pada Selasa. Foto Pejabat Perdana Menteri

Turut hadir, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.


“Jika saya dapat surat (minta perlindungan itu), saya akan serah terus kepada SPRM…ambil surat itu dan teliti sepenuhnya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, beliau memberi laluan sepenuhnya kepada SPRM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak terbabit rasuah selepas siasatan lengkap dilakukan.

Beliau berkata, kerajaan tidak akan mengambil peduli terhadap suara yang lantang mengecam usaha membanteras rasuah yang dilakukan pihaknya kerana ia dilakukan secara telus dan adil.

“Kita tak akan desak, tak akan tetapkan tempoh bila siasatan selesai, sebaliknya serah kepada pihak berkuasa menjalankannya secara bebas,” katanya..


KITA BUKAN LAWAN ULAMAK.. KITA LAWAN PENGKHIANAT MENGGUNAKAN UGAMA.


 

MEMBALAK BERSAMA ULAMAK.. NAK TRY DI PAHANG PULAK KE.?


 

PUNYA TAK MALU.. CINA KAPIAQ BOLEH SOUND PERANGAI MELAYU PAS. HANGPA TAK MALU KA WOIII.


 

TUNJUK KEBODOHAN DIRI MP PENDANG DARI PARTI PAS! SEKADAR MENGGANGGU TANY...

GISBH: Saifuddin pertahan tindakan polis guna Sosma, dakwa jenayah teran...


Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail mempertahankan tindakan polis menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dalam kes Global Ikhwan Sdn Bhd Holdings (GISBH). Saifuddin berkata tindakan itu diambil kerana kes itu disiasat bagi kesalahan jenayah terancang di bawah Seksyen 130B (1) Kanun Keseksaan.



PADU!! - NGA KOR MENG TIBAI PENDANG | MENTERI DAP SIMPAN RM94 JUTA



Kecoh di Dewan Rakyat pagi tadi apabila Ketua Whip DAP Nga Kor Ming mengambil kesempatan mengtakzirah MP Pendang Awang Solahuddin Hashim atas isu kononya ada Menteri DAP pernah ditangkat dengan RM94 Juta didalam rumah. KOW-PADU dari Nga untunk Awang.




[Eksklusif] 'Saya ketua menteri, kamu CEO’ - Pemberi maklumat dedah vide...



Dalam perkembangan terbaru dakwaan skandal rasuah, seorang pemberi maklumat mengeluarkan video tambahan, di samping lapan video perbualan rasuah melibatkan lapan ahli politik. Menurut pemberi maklumat itu, video itu dikeluarkan untuk perhatian Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Video itu menunjukkan bekas ketua pegawai eksekutif Sabah Mineral Management Sdn Bhd Jontih Enggihon menuduh Ketua Menteri Hajiji Noor menyalahgunakan kuasa.


KLIP AUDIO DAKWAAN ADUN TERIMA RASUAH TERBONGKAR! TERKINI! PEMBERI MAKLU...



Pemberi maklumat yang baru-baru ini mendakwa ada memiliki bukti video berhubung skandal rasuah melibatkan lapan Adun berkongsi satu rakaman audio kepada Malaysiakini di mana seorang ahli politik dikatakan membincangkan rasuah yang diterimanya untuk menyokong projek di negeri berkenaan. Klip itu yang dikongsi kepada Malaysiakini dipercayai diekstrak daripada salah satu daripada lapan video yang ingin diserahkan pemberi maklumat kepada SPRM. Rakaman selama 17 saat itu merupakan klip audio yang menurut ketua pesuruhjaya SPRM Azam Baki dimainkan semasa pertemuan antara peguam pemberi maklumat dan pegawai suruhanjaya itu pada 30 Okt. Difahamkan, ia adalah dakwaan rakaman perbincangan seorang Adun dengan seorang ahli perniagaan berhubung syarat memulangkan "RM500,000" yang diterimanya sebagai balasan menyokong projek di negeri itu. Ahli politik yang didakwa itu mengatakan dia akan memulangkan jumlah itu secara berperingkat memandangkan lesen untuk projek itu telah dibatalkan. Dua suara boleh didengari dalam klip itu, dengan salah satu, iaitu ahli perniagaan berkenaan, diubah secara digital untuk menyembunyikan identitinya.




Subsidi RON95: Kerajaan guna pengesahan kad pengenalan, kenapa bukan levi berdasarkan pemilikan kenderaan

KREDIT HARAPAN DAILY





Kerajaan akan menggunakan pengesahan kad pengenalan dalam pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 dan bukannya levi berdasarkan pemilikan kenderaan.

Ini kerana levi pemilikan kenderaan akan menyebabkan 40 peratus keluarga B60 tidak mempunyai pendaftaran pemilikan kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

“PADU sudahpun memadankan pemilikan kenderaan dengan semua pendaftaran kenderaan yang ada di JPJ dan saya boleh memaklumkan kepada dewan secara kasarnya sekitar 40 peratus daripada keluarga B60 itu tiada pendaftaran pemilikan kenderaan, …jadi kita ada masalah.


“Walaupun di peringkat atas, kata lebih baik menggunakan pendaftaran kenderaan untuk kendalikan penyasaran subsidi, hakikatnya bagi keluarga terbawah mereka sebenarnya tiada pendaftaran kenderaan, kerana satu keluarga mungkin menggunakan motosikal atas nama pendaftaran orang lain.

“Maka untuk menggunakan kaedah pendaftaran itu, risiko keciciran adalah lebih besar,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) yang bertanya berkenaan pelaksanaan pembayaran levi berdasarkan pemilikan kenderaan yang dilihat lebih mudah.


Rafizi turut menjelaskan data awal PADU turut menunjukkan ketidakpadanan yang besar akibat amalan berlainan dalam kalangan keluarga terbawah antaranya tindakan menyambung bayar kenderaan dan penggunaan nama orang lain bagi pendaftaran kenderaan.

“Sekitar 40 peratus daripada isi rumah sasaran kita sebenarnya tiada dalam sistem JPJ, sebab mereka menggunakan nama orang lain,” katanya.

Rafizi turut menegaskan bahawa tiada negara lain yang melaksanakan system subsidi minyak seluas yang dibuat di Malaysia.

“Hampir semua negara di dunia ini beralih kepada harga pasaran, jadi sebab itu kalau kita hendak rujukan, memang kitalah yang jadi rujukan. Bagaimana kita hendak beralih kerana negara lain tiada situasi seperti di Malaysia.


“Hampir semua negara dunia ini juga menggunakan kaedah pindahan tunai, iaitu mengapungkan harga kemudian memberi balik sumbangan itu melalui bantuan tunai bulanan.

“Itu yang ditimbangkan kerajaan (pelaksanaan penyasaran subsidi) namun diputuskan bahawa itu ada risiko besar terhadap kenaikan harga barangan sebab itu kerajaan memilih cara yang ada sekarang,” katanya.



RENTASAN 1651 | REFORMASI NAFAS SUPAYA PETANI YANG UNTUNG, BUKAN KARTEL?


MENARIK DALAM RENTASAN 1651
1. PMX BAWA MANDAT MALAYSIA BANGKIT ISU KEKEJAMAN 15R43L 2. REFORMASI NAFAS SUPAYA PETANI YANG UNTUNG, BUKAN KARTEL 3. PERBUATAN KES BULI TIDAK WAJAR, ROSAK IMEJ UPNM




UMUM DAHULU TANPA KAJI KATA MP LEBAI PAS! INI JAWAPAN YB RAFIZI BUAT LE...

RASANYA TIADA MASAALAH.



 BOLEHKAH DIBAYANGKAN KETIKA ANWAR JADI PM SELEPAS PRU16, TAPI KETIKA ITU RAFIZI ADALAH PRESIDEN PKR?


9 November 2024


PKR dijangka akan mengadakan pemilihan parti pada Mei tahun depan, menepati kehendak Anwar Ibrahim agar ia tidak ditangguhkan.


Setakat ini kedudukan Anwar sebagai Presiden PKR hampir pasti tidak dicabar dan beliau diramalkan akan menang tanpa bertanding.


Bagaimanapun, pemilihan pada tahun 2025 akan datang adalah penggal terakhir bagi Anwar memegang jawatan  Presiden PKR.


Ini kerana perlembagaan PKR hanya membenarkan seseorang memegang jawatan itu selama tiga penggal saja.


Anwar sudah menjadi Presiden PKR sejak 2018 dan dirasakan akan meneruskan prestasi tanpa ditandingi sekali lagi pada 2025 nanti, menjadikannya tiga penggal menerajui parti tanpa dicabar.


Menurut kata Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fahmi, tiada isu untuk Anwar terus kekal sebagai Perdana Menteri selepas PRU16, meskipun ketika itu beliau tidak lagi menerajui parti.


“Tidak berlaku sebarang isu kerana jawatan yang turut disandang Perdana Menteri ialah sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan juga Pengerusi bagi Majlis Pimpinan Kerajaan Perpaduan.


“PKR memang menetapkan had tiga penggal bagi jawatan presiden, tetapi pada waktu ini tidak ada isu berbangkit,” kata beliau.


Jika PKR mengadakan pemilihan pada tahun depan sebagaimana ditetapkan, bererti pemilihan seterusnya ialah pada tahun 2028.


Pada pemilihan tahun depan, selain Anwar diramal tidak ditandingi, Rafizi Ramli selaku Timbalan Presiden PKR juga dirasakan masih mampu mempertahankan jawatannya.


Sebagaimana beliau menang bergaya menewaskan Saifuddin Nasution Ismail pada pemilihan 2022 yang lepas, dijangka tiada siapa daripada kalangan pimpinan PKR sedia ada yang cukup berwibawa untuk menewaskannya pada pemilihan tahun depan nanti.


Jika Saifuddin ingin mencuba lagi, Insya Allah kekalahan akan terus menjadi miliknya buat kali kedua.


PRU16 dijangka diadakan pada 2027, kira-kira setahun sebelum pemilihan PKR yang seterusnya iatu pada 2028 di mana ketika itu Anwar tidak boleh lagi memegang jawatan sebagai presiden.


Andaian Fahmi bahawa tiada masalah bagi Anwar untuk kekal sebagai Perdana Menteri tentulah bersandarkan  kepercayaan bahawa  PH/BN masih mampu memenangi PRU16 akan datang dan kerjasama sedia ada dalam kerajaan madani masih mampu dikekalkan.


Andaian begitu memang munasabah kerana ketika PRU16 diadakan iaitu pada tahun 2027, Anwar bukan saja masih lagi memegang jawatan Presiden PKR, tetapi juga Pengerusi PH dan Pengerusi Majlis Pimpinan Kerajaan Perpaduan.


Untuk itu, jika ditakdirkan menang, memanglah tiada masalah untuk Anwar terus kekal sebagai Perdana Menteri.


Tetapi, selepas Anwar tidak dibenarkan lagi memegang jawatan Presiden PKR pada pemilihan 2028, Rafizi adalah satu-satunya calon berpotensi untuk mengambil alih teraju kepimpinan parti.


Ini bermakna, jika pada PRU16 tahun 2027 itu Anwar terus kekal sebagai Perdana Menteri, kira-kira setahun selepas itu iaitu setelah pemilihan PKR pada tahun 2028 diadakan, beliau secara automatik  bukan lagi menerajui PKR.


Apabila bukan lagi Presiden PKR, sudah tentu Anwar juga bukan lagi Pengerusi PH.


Kalau Rafizi ketika itu Presiden PKR, sudah tentulah beliau yang akan menjadi Pengerusi PH.


Jika diandaikan jumlah kerusi PH/BN campur GPS dan GRS dalam kerajaan selepas PRU16 tidak banyak berbeza seperti sekarang, bolehkah dibayangkan Rafizi tidak berdetik walau sekecil hama pun tidak mahu jawatan Perdana Menteri dan masih berlapang dada memberi laluan kepada Anwar menerajui negara, sedangkan beliau ketika itu ialah Presiden PKR dan Pengerusi PH? – ShahbudinHusin 09November2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/11/bolehkah-dibayangkan-ketika-anwar-jadi-pm-selepas-pru16-tapi-ketika-itu-rafizi-adalah-presiden-pkr/



CEMERLANG DI TIGA PRN, CERAHLAH HARAPAN UMNO JADI DOMINAN



12 November 2024


Ada tiga PRN yang perlu dilangsungkan terlebih dahulu sebelum tibanya PRU16 yang dijangka diadakan pada tahun 2027 akan datang.


PRN tersebut ialah di Sabah, Melaka dan Johor.


Pada PRN Sabah tahun 2020, ia dimenangi oleh GRS yang memenangi 38 daripada 73 kerusi Dun di negeri tersebut.


Pecahan kemenangan GRS ialah PN menang 17 kerusi, BN 15 kerusi dan PBS 7 kerusi, lalu Hajiji Noor dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah.


Bagaimanapun, hubungan UMNO dalam GRS mula berantakan pada Januari 2023 apabila 13 Adun UMNO Sabah menarik balik sokongan terhadap Hajiji, namun tindakan itu tidak menyebabkan beliau kehilangan jawatannya, cuma melalui sususan kabinet negeri kemudiannya, Bung Mokhtar dan beberapa yang lain telah kehilangan jawatan serta beberapa Adun UMNO pula menyatakan sokongan kepada Hajiji.


PRN Sabah dijangka diadakan pada awal tahun depan.


Pada PRN Melaka (tahun 2021) dan Johor (tahun 2022), kedua-duanya berjaya dimenangi oleh BN dengan majoriti dua pertiga.


Di Melaka, BN menang 21 daripada 28 kerusi, manakala di Johor, parti itu menang 40 daripada 56 kerusi Dun yang dipertandingkan.


Berdasarkan kedudukan BN di tiga PRN yang bakal berlangsung sebelum PRU16, adalah jelas bahawa potensi untuk UMNO/BN meraih kejayaan lebih gemilang adalah cerah sekali.


Di Sabah, UMNO negeri itu yang dipimpin oleh Bung Mokhtar Radin sudah membuat kenyataan beberapa hari lalu enggan bekerjasama dengan GRS dalam PRN akan datang ini.


Sebaliknya, BN Sabah hanya mahu bekerjasama dengan PH serta dengan beberapa parti kecil yang lain.


Walaupun PKR hanya menang 2 kerusi dan Upko 1 kerusi dalam PRN lalu, tetapi kerjasama BN dan PH diyakini mampu melonjakkan lagi kemenangan, terutamanya dengan tercetuskan isu rasuah melibatkan beberapa Adun negeri itu baru-baru ini.


Jika itu rasuah itu terus berkembang dan sehingga membawa kepada pendakwaan di mahkamah, harapan UMNO/BN untuk kembali menerajui negeri Sabah boleh dikata secerah mentari di waktu pagi.


Bagi Melaka dan Sabah, dulu BN menang dua pertiga melalui pertembungan tiga penjuru melibatkan BN, PH dan juga PN.


Kini dengan BN dan PH sudah bekerjasama dalam kerajaan perpaduan, harapan untuk mengekalkan kemenangan tentulah jauh lebih cerah musuh di depan hanyalah PN saja.


Kalau semua yang dirancang menjadi kenyataan, bermakna di ketiga-tiga PRN yang bakal diadakan sebelum ketibaan PRU16, pemenang sebenar serta parti yang bakal mengetuai kerajaan negeri ialah UMNO/BN.


PH hanya akan berperanan sebagai pembantu untuk merealisasikan kemenangan.


Sebagaimana Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi selalu menekankan perlunya parti itu menjadi dominan selepas PRU16, tiada pilihan lain selain UMNO mesti membuktikan kejayaan terlebih dahulu di tiga PRN itu.


Cemerlang di tiga PRN terbabit, cerahlah harapan Zahid Hamidi untuk melihat UMNO jadi dominan menjadi kenyataan. – ShahbudinHusin 12November2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/11/cemerlang-di-tiga-prn-cerahlah-harapan-umno-jadi-dominan/



WALAUN MARAH SANGAT KENAPA?

 

CUKAI DIVIDEN 2%


Nak bagitau sikit. Cukai ke atas pulangan dividen RM100k ini hang kene ada sekurang-kurangnya modal RM2 juta dalam pelaburan dengan pulangan 5% setahun.


RM2,000,000 X 5% = RM100,000


Setahun terima RM100k, kerajaan kutip RM2k cukai je.

Baki RM98k korang simpan.


Nak tanyalah.


Walaun yg marah-marah tu ada ke RM2 juta dalam pelaburan? Takde. Tapi marah-marah seolah-olah terkesan sangat.



DAH NAK PILIHANRAYA NEGERI GAYANYA

MSO


 Barang kali pirane Sabah sudah hampir sangat sebab itu kecuh cerita ada Adun berunding untuk terima dan beri rasuah. Selalu begitulah yang herlaku di negeri bawah bayu itu.


Selepas sesuatu isu atau skandal terdedah maka pilihan raya negeri pun diadakan. Selalunya juga akan berlaku pertukaran Ketua Menteri di negeri berkenaan. Terbaru dan paling akhir isu serangan ke atas Lahad Datu. Trims.



SEKADAR HIBURAN DAN JUGA PERINGATAN. TAK SELAMANYA KITA INI SENTIASA DI PIJAK DAN DIBAWAH...


Andian Lim Chee Ann


 Masa Trump jadi Presiden buat kali pertama, Najib call Trump ucap tahniah. Masa tu Anwar kat penjara.


Masa Trump jadi Presiden buat kali kedua, Anwar call Trump ucap tahniah. Masa ni Najib kat penjara.


#SekadarHiburan




HUDUH PERANGAI HANG. DOK IKUT YANG LAIN LAIN JUGA... OOO LUPA DAH SEKANDANG... STANDING ONDER. STANDING ONDER


KALAU DIA SEBUT DALAM DEWAN STANDING ONDER, TAK HERAN LA KALAU DIA PEKAK BADAK DENGAR GAMAKNYA... 103, JADI 1.2 JUTA... GAMAKNYA LA.. 
 



Reaksi orang 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗻𝗮𝘀𝗮𝗻.





Baru-baru ni 𝗩𝗶𝗻𝗰𝗲𝗻𝘁 𝗧𝗮𝗻, dalam membela keputusan kerajaan mengurniakan spektrum 5G kedua kepada syarikat telekomunikasi 𝗨 𝗠𝗼𝗯𝗶𝗹𝗲 yang dimilikinya, telah 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗸𝗿𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗸𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻.


Vincent mengkritik Mahiaddin kerana membenarkan 𝗺𝗼𝗻𝗼𝗽𝗼𝗹𝗶 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗗𝗡𝗕 walaupun ada 𝘰𝘱𝘵𝘪𝘰𝘯 untuk beri kepada syarikat swasta uruskan 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗺𝗲𝗹𝗶𝗯𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻𝗮 𝗮𝘄𝗮𝗺. Satu keputusan yang dangkal.


Soal itu aku tak mahu komen banyak sebab itu bukan bidang yang aku mahir. Tapi aku tertarik dengan cara budak ni 𝗺𝗲𝗹𝗮𝘁𝗮𝗵. Paling kelakar lihat dia 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗴𝘂𝘁 untuk 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗼𝗶𝗸𝗼𝘁 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗶𝗸𝗮𝘁 𝗱𝗶𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸𝗶 𝗩𝗶𝗻𝗰𝗲𝗻𝘁 𝗧𝗮𝗻.


Strateginya dah ada (nak boikot) tapi mungkin dia tak sempat nak fikir aplikasi. Apa alasan dia ajak rakyat untuk boikot? Sebab kritik Mahiaddin? Apa dia fikir Mahiaddin tu 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗵𝗲𝗯𝗮𝘁 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 sampai rakyat sanggup boikot syarikat milik Vincent Tan kerana dia?


Mahiaddin tu ahli parti pun 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴. Cuma pimpinan atas je yang 𝗮𝗺𝗽𝘂 𝗯𝗼𝗱𝗲𝗸 Mahiaddin sedangkan hakikatnya 𝗮𝗵𝗹𝗶 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝘂𝗮𝗸 tengok muka 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗰𝗮 𝗣𝗗𝗙 𝘁𝗲𝗴𝗮𝗿 𝘁𝘂.


Itu di kalangan ahli Bersatu. Bagaimana dengan rakyat terbanyak? Dia ingat ada lagi ke 𝘀𝘂𝗱𝗶 𝗻𝗮𝗸 𝗽𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 muka Mahiaddin? Tak ada Saiful oi. Bukan Mahiaddin je, muka ko pun orang 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗽𝗮𝗵 𝗻𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗻𝗴𝗼𝗸.


Lagi la korang berdua sama-sama terpalit 𝗸𝗲𝘀 𝘀𝗮𝗸𝗮𝘂. 𝗚𝗲𝗹𝗶 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗮𝗸 dengar ko secara sinis gelar Vincent Tan 𝘁𝗮𝘂𝗸𝗲 𝗷𝘂𝗱𝗶. Judi haram menurut Islam tapi buat orang bukan Islam dibenarkan.


Masalahnya sekarang ni, mana lebih elok, orang bukan Islam yang suka berjudi atau 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝘀𝗮𝗸𝗮𝘂 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁? Orang bukan Islam jadi takde judi tak jadi masalah. Tapi orang Islam yang sakau wang negara/rakyat itu yang 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗶𝗻𝗮.


Tapi jangan kutuk lebih sangat Vincent Tan ni. Bukan apa. Takut 𝗠𝗕 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂 𝘁𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗵𝗮𝘁𝗶. Maklumlah mereka berdua kan pernah bersiar-siar mesra dalam bot bersama. Masa tu tak keluar gelaran 𝗧𝗮𝘂𝗸𝗲 𝗝𝘂𝗱𝗶. 


Tak percaya? Cubalah. Aku cabar Wan Saiful kempen boikot syarikat Vincent Tan. Tengok syarikat tauke judi tu betul-betul kena boikot tak. Takutnya nanti 𝙗𝙖𝙘𝙠𝙛𝙞𝙧𝙚, Wan Saiful dan Mahiaddin yang rakyat boikot.


Hakikatnya, respon Wan Saiful mudah untuk difahami. Petanda bahawa apa yang diperkatakan oleh Vincent tu adalah 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿. Kalau palsu, biasanya dia ugut nak saman. Tapi seru boikot ni sebab tahu kalau saman pun dah tentu tentu 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗹𝗮𝗵. 


Kiranya respon Wan Saiful ni bukti yang Mahiaddin tak pandai uruskan negara dan 𝗰𝘂𝗮𝗶 hingga 𝗿𝘂𝗴𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘄𝗮𝗻𝗴 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Guane boh?


 

Raja Gelap II 



MEREKA BUKAN MALAIKAT


 Pejuang Reformasi


Tergamak...ini macam punya perangai pun ada ke. Kesian pula kenang nasib para pemain dan anak bini diarang. SPRM cepat jalankan tugas. Korang ingat pemain tu malaikat kot....tuikkk!




LOGO BARU SEBUAH UNIVERSITI


            Zunar Cartoonist Fan Club



SEMBANG MP LEBAI NI LANGSUNG TAK DAK KUALITI


 

SEMBANG LA WOIII.. ZAMAN HANGPA 33 BULAN SEMUA NAIK.. HANG LENA KA APA.. NO BRAIN LA INI MP..

 


KEH..KEH..KEH...PUNYA BAGHAL..



 

WOOOIH WALAUN..TU PUN TAK TAU LAGI...APA PUNYA TURRE


 

UMMAT ISLAM KINI BERADA ALAM KEADAAN MENCABAR

 

Alhamdulillah, saya telah sampaikan Kenyataan Negara bagi pihak seluruh rakyat Malaysia di Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab dan Islam di Riyadh, Arab Saudi.







Saya mulakan dengan mengakui bahawa keadaan yang dihadapi dunia Islam dan ummah pada saat ini adalah yang paling sukar dan mencabar.


Namun, masih terdapat usaha berterusan yang dilakukan bagi mencari titik noktah kepada segala keganasan, kemusnahan dan kesengsaraan yang dihadapkan kepada warga Palestin. 

 

Israel tidak tergolong dalam negara yang bertamadun, dan kebiadabannya menuntut tindakan dan prinsip tegas untuk melindungi bukan sahaja Timur Tengah, tetapi seluruh tatanan global.

 

Israel juga telah melampaui batas, melampaui akal, melampaui kemanusiaan dan secara terang-terangan melakukan genosid terhadap rakyat Palestin. 


Pembantaian ini menyebabkan kita tiada pilihan selain menuntut tindakan pantas dan berkesan masyarakat antarabangsa termasuk sekatan, penggantungan dan juga pengusiran.

 

Malah mereka kini telah menyerang nadi utama bagi kelangsungan hidup Palestin dengan menyasarkan Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA).

 

Masyarakat antarabangsa perlu bertindak dengan pantas dan tegas. Sebagai langkah segera, kita perlu mendesak, dan membina konsensus untuk menggantung bahkan menyingkirkan, Israel daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

 

Bukan sahaja demi rakyat Palestin, tetapi juga demi kemanusiaan sejagat. Kita wajib menghukum dan mencegah pelanggaran undang-undang serta norma antarabangsa yang dilakukan berulang kali oleh Israel.


Rentetan kekejaman ini telah pun merebak ke beberapa negara termasuk Lubnan dan Iran. Jika dunia berpaling pada saat ini, keganasan ini tidak akan kekal terhad. Malah ia pasti akan menyemarak dan mengancam rantau ini termasuk ke keseluruh dunia.

 

Adalah penting untuk menggandakan usaha membantu membangunkan semula Gaza daripada kehancuran. Yang amat penting ialah melaksana rencana ini tanpa sebarang kelewatan. 

 

Kita mesti bersama, bukan sahaja sebagai umat Islam tetapi juga sebagai sesama insan, bersatu serta berpegang kepada kebenaran untuk dunia yang lebih aman dan lebih baik bagi anak-anak kita serta generasi yang akan datang.


#MalaysiaMADANI




MIMPI SAHIH NIH.


              Zunar Cartoonist Fan Club



ISU BERAS TEMPATAN


Jamzuri Ardani


Isu ni mudah sahaja nak faham. Jika kerajaan menetapkan secara undang-undang bahawa nasi lemak tidak boleh dijual dengan harga melebihi RM1.00 sebungkus maka rakyat Malaysia tidak akan dapat lagi menikmati lemak. 


Peniaga yang sebelum ini jual nasi lemak akan mula jual nasi dagang, nasi kerabu, dan pelbagai nasi lain. Tetapi tidak nasi lemak. Nasi lemak akan hilang terus dari pasaran. 


Begitu juga halnya dengan beras tempatan. Oleh kerana kerajaan sejak 20 tahun lepas telah menetapkan harga beras tempatan tidak boleh dijual melebihi harga RM2.60 sekilo, maka apabila ianya sudah tidak lagi ekonomikal, beras tempatan hilang dari pasaran. 


Sama halnya dengan cerita nasi lemak seringgit tadi. 


Mengekalkan harga beras tempatan dengan kadar sekarang adalah satu kebodohan yang bakal membunuh industri padi dan beras tempatan.



SIKIT SUARA RAKAMAN PERAUAH DAN PEMBERI RASUAH.


 

KEH.. KEH.. KEH.. MAT SABU JAWAB SELAMBA JA TAKAT PUAK PUAK NI DOK TANYA. SEBAB MASA PN JADI KERAJAAN, APA PUN TAK BUAT.


 

LIHAT LA TAK LAMA AKAN ADA YANG SOKONG KERAJAAN.


 

MAMPOIH LA DOK SOKONG PN. ISU HANGPA TAK TAU NAK SOH MAT SABU LETAK JAWATAN.


 

BERTEMU SHEIKH AL AZHAR



 Usai pertemuan dengan Presiden El-Sisi, saya langsung mengadakan pertemuan dengan Sheikh Al-Azhar Al-Sharif, Profesor Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb.







Kami membincangkan pelbagai perkara khususnya melibatkan soal pendidikan yang mana saya zahirkan penghargaan atas usaha dan peranan Al-Azhar Al-Sharif dalam membantu para pelajar Malaysia.


Saya nyatakan bahawa Malaysia dan Al-Azhar Al-Sharif perlu terus pertingkat kerjasama di Rantau ASEAN terutama dalam bidang teknologi dan penyebaran ilmu.


Pihak Al-Azhar Al-Sharif turut memaklumkan bahawa mereka bersetuju menawarkan biasiswa buat pelajar Malaysia yang cemerlang dalam bidang perubatan, kejuruteraan dan teknologi. 


Dalam pertemuan ini, kami juga sentuh soal memorandum persefahaman (MoU) terkait kerjasama menerusi program Sains Islam (Ulum Islamiah) antara Kementerian Pendidikan Tinggi dan Al-Azhar Al-Sharif selain koloborasi antara Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Institut Bahasa Arab Al-Azhar Al-Sharif.


Penghargaan Sheikh Al-Azhar Al-Sharif atas doa buat saya dan keluarga serta seluruh rakyat Malaysia.


======


After my meeting with President El-Sisi, I had a discussion with Sheikh Al-Azhar Al-Sharif, Professor Dr. Ahmad At-Tayyeb. We discussed various topics, particularly education, and I expressed my gratitude for Al-Azhar's support for Malaysian students.


#MalaysiaMADANI