KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG TENTANG PENGAMPUNAN NAJIB RAZAK





ADRIAN LIM CHEE AN

(Sekiranya benar Najib diberi pengampunan, dan ada yang nak berbincang / persetujui / cabar keputusan Agong, ataupun nak sokong / salahkan kerajaan ke apa……….)

Pada bulan Februari tahun 2020, kuasa YDPA untuk memberi pengampunan kepada Anwar Ibrahim telah dibangkitkan, dipersoalkan dan dicabar sampai ke peringkat mahkamah.

Pihak yang membawa kes tersebut telah meminta mahkamah mengisytihar sama ada pengampunan Anwar adalah sah atau tidak sah, kerana menurut pencabar tersebut, pengampunan yang diberi oleh Agong perlu disyorkan oleh lembaga pengampunan, tetapi lembaga pengampunan belum pun dibentuk secara sempurna semasa Anwar diberi pengampunan.

Mahkamah telah menjawab sedemikian:

1. Kuasa pengampunan adalah budi bicara Agong seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan

2. Kuasa pengampunan Agong dihakimi oleh mana-mana mahkamah

Dalam memberi penghakiman sedemikian, mahkamah telah memetik beberapa contoh kes mahkamah yang terdahulu, kesemuanya juga tentang kuasa pengampunan Agong.

Dalam kelima-lima kes pengampunan tersebut, mahkamah pun menyatakan perkara yg seumpama.

Dalam bahasa mudah, kuasa pengampunan Agong adalah "suka hati Agong". Mahkamah telah menyatakan berulang kali bahawa apa pun keputusan Agong dalam urusan pengampunan, ianya tidak boleh diubah (ditolak) atau disahkan (dipersetujui) oleh mahkamah.

Mahkamah tidak ada kuasa dan tidak mahu berbicara tentang kuasa budi bicara Agong.

----

Pandangan peribadi:

Tindakan kerajaan mengunci mulut adalah tindakan bijak dan menjunjung Perlembagaan Persekutuan kerana sebagai pemimpin, keputusan Agong, apa jua keputusan Baginda, siapa-siapa pun tidak boleh persoal atau persetujui.

Agong mengampun Najib? Kerajaan tidak ada kuasa bersetuju atau membantah.

Maka sama ada kerajaan terlibat dalam proses pengampuan terbabit, jawapannya tidak.

Contoh lebih mudah begini.

Korang punya jiran sekarang, nak masak sayur jenis apa untuk makan, bukan hak kau untuk persoal atau persetujui.

Suka hati lah jiran kau nak masak kangkung belacan ke kubis goreng ke apa-apa, ikutlah budi bicara jiran engkau.

 


SEUSAI MESYUARAT

 


NGA KOR MENG


Sejurus selesai mesy kabinet, petang ini saya menerima kunjungan hormat

 sahabat lama YAB Menteri Besar Perak DS @saaranimohamad & delegasi

 beliau.Byk perkara telah diperhalusi termasuk PPR Lenggong.Krjn Madani

 sentiasa komited utk membangunkan negeri Perak. @PerakToday @kpkt_gov.









KEH..KEH..KEH....




Dalam posting simple ni, kita boleh nampak kenapa ramai yang mengeluh gaji tak cukup. Pertama, guna telefon bimbit mahal. Dan kedua, guna WhatsApp call pun rasa hina. Apa masalahnya?

Dah tentu WhatsApp call tu percuma. Atau kalau caj pun pada data je. So pakai la. Kenapa nak pandang hina kalau orang pakai WhatsApp call? Pakai call biasa tu bukan satu kemuliaan pun.

Untuk makluman, pakej yang aku pakai sekali dengan panggilan percuma ke semua rangkaian. Jadi aku tulis ni bukan sebab terasa. Cuma aku rasa ini satu cara berfikir yang kena betulkan.

Mungkin yang tulis ni berniat nak buat lawak. Tapi aku memang pernah dengar ada orang yang cakap begitu. Maknanya, memang ada yang anggap guna WhatsApp call tu macam sengkek.

Sebab tu ada yang rasa duit tak pernah cukup. Sebab lebih besarkan gaya daripada keperluan. Kalau walaun pulak, terus salahkan kerajaan. Padahal diri sendiri yang tak pandai atur hidup. Guane boh?

Raja Gelap II

 


GANTI ZAHID HAMIDI UNTUK PASTIKAN UMNO DAPAT KEMBALI SOKONGAN MELAYU – MP PKR

 

GANTI ZAHID HAMIDI UNTUK PASTIKAN UMNO DAPAT KEMBALI SOKONGAN MELAYU – MP PKR

Shahbudin Husin

31 January 2024


Hassan Karim daripada PKR berpendapat Umno perlu diterajui muka baharu, tidak hanya “menumpang dahan” Pakatan Harapan (PH) pimpinan Anwar Ibrahim yang diakuinya “rapuh” dalam berdepan PRU16.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, rombakan pemimpin baharu yang segar, berintegriti dan berkarisma penting untuk mendapatkan undi Melayu – kumpulan sokongan paling corot diterima gabungan PH-Barisan Nasional (BN) kini.

Dari segi sokongan orang bukan Melayu, Hassan berkata gabungan PKR, Amanah, serta DAP yang menjadi anggota penting kerajaan perpaduan telah teruji dan bakal terus menikmatinya dengan syarat PH tidak “gila kuasa” sehingga lupa agenda progresif untuk membawa reformasi.

“(Yang) menjadi masalah kepada PH-BN ialah kemerosotan sokongan Melayu yang boleh diatasi jika Umno dapat membawa sokongan Melayu kepada gabungan itu.

“Dalam keadaan sekarang sukar selagi Umno dipimpin presidennya Zahid Hamidi. Selagi Zahid memimpin Umno, orang Melayu sukar kembali menyokong Umno, BN atau PH-BN,” katanya kepada FMT.

“Umno perlu rombakan pemimpin baharu segar, berintegriti, dan karisma untuk membawa balik sokongan Melayu kepada Umno, BN dan kini PH-BN. Jika tidak, Umno bawah Zahid akan menumpang di dahan PH pimpinan Anwar yang tidak kuat mana pun.”

Rabu lalu, Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari mengeluarkan kenyataan sinis “bersetuju” bayangan diberikan Zahid bahawa kerjasama PH-BN akan kekal hingga selepas PRU16, yang didakwanya memudahkan pengundi Melayu membuat pendirian awal.

BN dan PH membentuk kerjasama menubuhkan kerajaan perpaduan bersama beberapa parti lain selepas tiada gabungan mampu menubuhkan kerajaan sendiri selepas PRU15.

Penganalisis berpendapat, berdasarkan keputusan PRN dan PRK pasca PRU15 menunjukkan sokongan Melayu terhadap Umno dikatakan semakin terhakis selepas hanya menang 19 daripada 108 kerusi DUN di enam negeri, Ogos tahun lalu.

Mengulas lanjut, Hassan berkata melaksanakan dasar pro rakyat seperti subsidi untuk kumpulan bawahan juga boleh menjadi “jalan lain” untuk PH-BN mendapat sokongan Melayu.

Namun, pada masa sama beliau bimbang kemarahan orang Melayu akan tercetus jika dilaksanakan rombakan drastik terhadap perkhidmatan awam seperti penamatan skim pencen untuk kakitangan baharu selain sistem lantikan kontrak yang didakwanya mungkin tidak berperlembagaan.

Minggu lalu, Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata pelantikan kontrak penjawat awam hanya untuk tempoh singkat sebelum Jemaah Menteri meluluskan dasar baharu pengambilan secara tetap tetapi tidak berpencen, namun mendapat caruman bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/01/31/ganti-zahid-jangan-hanya-tumpang-dahan-rapuh-ph-umno-diberitahu/

 

Kabinet mahu Zon Ekonomi Khas Johor - Singapura segera dibentuk


 

Kerajaan Persekutuan akan mengadakan mesyuarat bersama kerajaan negeri Johor bagi menyelaras beberapa dasar untuk memastikan pembentukan Zon Ekonomi Khas Johor - Singapura (JS-SEZ) dapat dipercepatkan.



Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata mesyuarat itu yang akan diadakan dalam masa terdekat yang dikendalikan oleh Kementerian Ekonomi dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).



"Dalam mesyuarat Kabinet hari ini juga telah dibincangkan perkara antara lain mengenai pembentukan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura.



"Kerajaan Pusat akan menyelaras beberapa perkara bersama dengan kerajaan negeri Johor dan beberapa mesyuarat akan dimulakan dalam masa terdekat yang akan dikendalikan oleh Kementerian Ekonomi dan MITI," ujarnya dalam sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di Putrajaya hari ini.



Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan bagaimanapun menjelaskan, Kabinet tidak membincangkan secara spesifik berkenaan lokasi yang akan ditentukan sebagai JS-SEZ.



"Tiada maklumat khusus yang dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet. Ia lebih kepada menetapkan dasar yang akan diatur dan diselaraskan oleh semua kementerian," katanya.



Awal bulan ini, Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) JS-SEZ dalam usaha mengukuhkan jalinan ekonomi antara kedua-dua negara.



Dalam MoU itu, Malaysia dan Singapura akan berusaha untuk memudahkan urusan keluar masuk sempadan sekali gus menambah baik ekosistem dan kerjasama ekonomi.



Kedua-dua negara juga bersetuju untuk bekerja bersama dalam perjanjian JS-SEZ itu dan juga Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-11 yang akan diadakan kelak.



Susulan MoU itu juga, Malaysia telah membuat keputusan menubuhkan sebuah agensi pemeriksaan sempadan tunggal di pintu masuk negara bagi memudahkan aliran keluar masuk antara Johor dan Singapura.



Hari ini Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan Datuk Seri Hazani Ghazali dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Pintu Masuk dan Sempadan Malaysia (MCBA) yang pertama berkuat kuasa hari ini.

 

Junjung kasih Al-Sultan Abdullah, raikan pemerintahan Sultan Ibrahim

 

Oleh: Helmi Mohd Foad



Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan senada dengan rakyat memanjat kesyukuran serta menjunjung kasih atas pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.



Perdana Menteri berkata pandangan jauh dan berwawasan yang dizahirkan oleh baginda menerusi peranan Raja Berperlembagaan telah memungkinkan kestabilan politik, sosial dan ekonomi seperti dinikmati hari ini.



"Lantaran itu, mari bersama kita raikan permulaan tampuk pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim," katanya dalam kenyataan hari ini.



Anwar berkata kerajaan MADANI mendukung sepenuhnya dan mengalu-alukan titah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini yang ingin melihat negara ini meneruskan tadbir urus yang baik dan telus.



Selain itu, baginda juga mahu ekonomi negara dipacu agar lebih mampan dan memberi sepenuh perhatian kepada usaha meningkatkan taraf hidup rakyat.



"Ini juga merupakan hasrat jutaan rakyat yang ingin terus melihat kestabilan negara demi kemakmuran dan kesejahteraan serta peluang dan masa depan yang lebih baik untuk semua," katanya.



*Foto kredit: Foto rasmi YDPA

 

CURI TUMPUAN.


 

RAKYAT SAMBUT BAIK PERLANTIKAN YDP AGONG KE 17




 Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.


Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Duli Tuanku.


Patik dan sekalian rakyat juga mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Duli Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.


Daulat Tuanku!



SEMUA DIA JA BETOI- ANWAR TU TUNGKUS LUMUS NAK BERSIH NEGARA DIA PULAK ZIBUK BERFATWA





APA HANG NI...

 

Disaat rakyat malaysia yang rajin berlumba2 beli kereta....walaun pemalas merintih tiap hari bawang naik rm3 sekilo.😂😂😂




TUN M DI IJN?


Zulkifly Shaari


 Ish ishhh ishhhhhh.... Baru jer Keberangkatan tiba Baginda Tuanku Sultan Johor ke Istana Negara bagi istiadat menaiki takhta sebagai DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini, Atok Tun M plak pun nak buat keberangkatan tiba jugakkkk tapi keberangkatan tiba ke IJN... Moga2 Atok Tun M di kurniakan afiat sihat. 






KABINET MESYUARAT





 Usai Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17 oleh Sultan Ibrahim di Istana Negara, saya dan rakan jemaah menteri kemudiannya terus ke Putrajaya bagi urusan mesyuarat kabinet.


#MalaysiaMADANI

LEPAS NI KITA BUAT MUZIUM ASET




 Lepas ni kita boleh cadangkan buat muzium aset milik Daim pulak ye tak? Nampaknya macam sama banyak tu beg tangan Rosmah dengan aset Daim. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

PM SEBELUM SEBELUM INI TIDAK BERANI SENTUH MEREKA INI. TAPI TIDAK KALI INI.


 

SECARA PRINSIPNYA, WAKIL RAKYAT YANG MAHU BERBEZA PENDIRIAN DENGAN PARTI, MEMANG WAJIB LETAK JAWATAN


Berikutan seorang demi seorang Ahli Parlimen blok pembangkang tampil secara terbuka memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim dan kerajaan perpaduan, tetapi dalam masa yang sama tidak keluar daripada parti yang dianggotai, moral mereka yang berbuat demikian semakin diperdebatkan.


Sepatutnya dengan adanya akta lompat parti dan surat perjanjian yang ditandatangani sebelum bertanding dahulu, disertai mereka yang terpilih untuk bertanding itu sendiri adalah manusia terpilih dan terbaik di antara yang baik-baik, soal ingin mengalih sokongan selepas menang amat tidak wajar berlaku lagi.


Sebagai usaha tambahan mengelakkan perkara yang sama terus berlaku, nampaknya kini semua parti tiada pilihan lain melainkan perlu meminda perlembagaan masing-masing pula.


Keadaan ini semacam memperlihatkan manusia-manusia politik ini “lebih ganas daripada haiwan buas” sehingga semua undang-undang, akta, peraturan dan hukuman perlu dikenakan untuk mengawal mereka.


Bagaimana rakyat mahu hormat kepada pemimpin dan wakil rakyat kalau kekuatan pendirian mereka sendiri tidak lebih senipis kulit bawang?


Tambahan pula yang memenangkan mereka sehingga dipilih sebagai Ahli Parlimen adalah parti, guna wang dan jentera parti, bukan melalui kekuatan peribadi mereka yang berkenaan.


Kalau bertanding atas nama sendiri, jangan sembang kencanglah, tak hilang deposit sudah cukup baik, tetapi kalah memang dalam tangan.


Dengan itu, mereka yang terpilih sebagai Ahli Parlimen atau wakil rakyat seharusnya ada rasa setia dan akur kepada parti selama mereka bergelar Yang Berhormat.


Jika tidak setuju lagi dengan parti dan ingin bersama kelompok lain, langkah paling bertanggungjawab dan terpuji ialah meletakkan jawatan dan serahkan kembali mandat kepada pengundi membuat pilihan semula.


Mengalih sokongan semata-mata kerana ada kelompongan dalam akta lompat parti, kemudian masih mahu kekal dalam parti yang dikhianati, atas alasan apa sekali pun, ia adalah tindakan paling tidak bertanggungjawab dan wajib dikutuk.


Selepas itu, apabila didesak meletak jawatan, mereka mencabar pula agar parti memecat mereka.


Tak ke gila semua ini?


Hakikatnya semua orang sedar dan faham tindakan mencabar agar dipecat itu ialah agar mereka tidak perlu mengosongkan kerusi dan boleh terus kekal sebagai Ahli Parlimen sehingga habis penggal melalui tindakan pecat itu.


Kiranya betul-betul bertanggungjawab, ada hati dan perasaan serta masih tebal rasa malu dalam diri, letak sajalah jawatan dan tak perlu minta parti memecat mereka.


Tak malu ke ambil gaji dan elaun sebagai Ahli Parlimen, sedangkan jawatan yang diperolehi itu dimenangkan oleh parti?


Selain itu, parti yang membentuk kerajaan juga, walaupun kehadiran Ahli Parlimen yang ingin mengalih sokongan itu bererti menambahkan lagi kekuatan, tetapi makna dari segi moralnya langsung tiada.


Rakyat sedikit pun tidak hormat dengan kehsdiran mereka, apa lagi kalau selepas itu diberi jawatan tertentu.


Mereka hadir memberi sokongan bukan dengan hati yang ikhlas atau yakin dengan perjuangan parti yang berjaya membentuk kerajaan, sebaliknya hanya kerana inginkan peruntukan.


Jika tiada peruntukan, mereka pun tak sudi nak datang.


Tambahan lagi jika hadirnya Ahli Parlimen blok pembangkang yang tampil memberi sokongan itu dalam keadaan parti kerajaan sendiri sudah ada majoriti yang kukuh untuk kekal bertahan sehingga habis penggal.


Tanpa mereka pun tak mengapa sebenarnya, sebaliknya mereka itu yang tidak boleh hidup tanpa berdekat dengan kerajaan. – ShahbudinHusin 30/01/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/01/30/secara-prinsipnya-wakil-rakyat-yang-mahu-berbeza-pendirian-dengan-parti-memang-wajib-letak-jawatan.html



KENA CERGAS LAWAN FITNAH

 


Pakatan Harapan perlu pemikiran luar kebiasaan ketika situasi lanskap politik cukup mencabar dalam usaha meletakkan negara kembali di atas landasan yang tepat.


Justeru, sudah tiba masanya semua barisan kepimpinan Pakatan Harapan memainkan peranan lebih besar dan berfikiran lebih besar dalam usaha merealisasikan impian menjadikan negara Malaysia gah dipentas dunia.

WALAUN CUBA FITNAH LAGI

 



Semalam aku kongsi satu post dari X yang paparkan keluhan seseorang akan kepayahan hidup. Su pemilik posting tu cuba menyalahkan Madani.


Sekali rupanya post itu posting dari 2022, masa tu PN masih dalam kerajaan. Tapi walaun tu crop bahagian tarikh jadi tak kelihatan. Kononnya post baru la.


Mujur ada kawan-kawan yang biasa main aplikasi X dari dulu yang perasan dan beritahu aku. Dah dasar walaun, memang menipu je kerjanya. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PN SARAN PENCEN DIHAPUSKAN- DEDAH KJ


 

WOIHHH.... BALIK KEDAH BALIK KEDAH.... BUKA MULUT MOHONG JA


 

SUSAH SANGAT KAH NAK ISTIHAR HARTA?


 

BOLEH NAK LAWAN ANWAR- BAGI LA SEJUTA DUA


 

POLIS PAW PELANCONG SUDAH DIKENALPASTI




 "Sudah (kenal pasti), nanti saya berikan siaran media," - Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri

APA KHABAR DOKTOR? AGONG BARU DAH MASUK.



         

           Zunar cartoonist fan club



PA HAL KO NI. MASA KO ADA KUASA, HAPA PUN TAK BUAT? JANGAN CEMBURU BILA ORANG BUAT YANG BAIK....


Learry Jabul


 Jeles la tuhh... Hahaha... Sikit- sikit melayu, Sikit2 melayu... Ini la parti yang tidak akan pernah membicarakn tentang kaum lain... Nampak sangat mereka nihh tidak memerlukan pembabitan kaum lain dalam negara ini, sedangkn negara ini terdiri dari  berbilang kaum... Apa la salahnya gunakan ayat "mudah untuk rakyat membuat keputusan"... Baru la nampak lebih menyeluruh perjuangan tuhhh...


Dulu pas juga yang buli BNumno, diibaratkan ssperti  itik patah kaki, kanser tahap 4... Hehehe... Percaya la kerana sikap n pendekatan mereka, Pas tidak akan pernah lagi menjadi kerajaan pusat klu melalui pilihanraya... Hanya satu cara sahaja yang ada iaitu "tebuk atap"...

(EJAAN TELAH DI PERBETULKAN.)



NOHHH 50 SAKSI.

 

Learry Jabul


Ehhh... Boyboy rupanya tuhh... Tak ada jaminan yang boyboy akan selalu berteman naik turun ke mahkamah, sebab lepas  nihh rakan-rakan  yang lain juga mungkin ada kes masing-masing..



KEH.. KEH.. KEH... SIB BAIK DIA TAK KELUAR FATWA. AGONG PUN DIA MAIN MAIN JA CAKAP...


Mohd Fairul Al-Qasas


 Mungkin sebenarnya Al-Sultan Abdullah murka dengan kenyataan Hadi Awang.


Baginda cuma zahirkan semalam.


Daulat Tuanku.






DIRGAHAYU TUANKU

 Dari Rafizi Ramli





Rafizi Ramli

Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sempena Tamat Tempoh Pemerintahan Seri Paduka Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI.


Daulat Tuanku!

Dirgahayu Tuanku!

Menjunjung Kasih Tuanku!



KAH.. KAH.. KAH.. SIB BAIK TAK KAPIAQ...

 





Mohd Fairul Al-Qasas


Kita tidak boleh berpegang yang istihar harta tu idea komunis.


Sebagai rakyat, apatah lagi jika penjawat awam, ahli politik kerajaan dan ahli keluarga mereka, pihak berkuasa ada hak minta kita isytiharkan.


Biasanya mereka dah sedia maklum, cuma minta kita jujur.


Sama kes macam istihar pendapatan, LHDN minta tu sebab dia dah tahu, kita tipu, kita akan didakwa.


Selamat masuk kluster mahkamah Tun D...

Eh D tu apa?



IDUP MADANI. UN JANGAN KECAM. AWAI JA UN SAPU.


 Satu lagi usaha kerajaan Madani pimpinan YAB PMX @anwaribrahim untuk membantu rakyat. #MalaysiaMADANI @KemPendidikan @kpkt_gov @MOFmalaysia @mykomnasional




INDEK RASUAH MENURUN


 Alhamdulillah Malaysia melantun dari tangga 61 ke tangga 57 hasil daripada kesungguhan PMX membanteras rasuah.




WAHABI



 Sedikit cerita tentang Wahabi. Sebenarnya yang selalu dikatakan Wahabi tu bukanlah pengikut Wahabi yang sebenar. Cuma mereka salafi iaitu tak terikat dengan mana-mana mazhab.


Pegangan mereka bukanlah sesat. Sebab semuanya bersandarkan pada Nas dan dalil. Hanya ada yang tak sehaluan dengan amalan Mazhab Syafie. Tapi bukan amalan yang sesat.


Mazhab bukan agama. Kita tak perlu pun sampai nak bersyahadah ikut mazhab mana. Ikutlah salah satu dari yang empat, InsyaAllah selamat. Yang penting kita tahu dalil sebalik ijtihad tersebut.


Tak pernah pun diharamkan untuk campur mazhab. Malah kita di Malaysia banyak juga amalan yang tak ikut mazhab Syafie. Contohnya bayar zakat fitrah guna duit, akad ketika jual beli, muzik dan banyak lagi.


Kalau nak ikut mazhab Syafie tak salah. Tapi nak kata mazhab lain tak betul tu tak boleh la. Kesemua empat mazhab ini benar dan berdiri atas dalil masing-masing jadi boleh ikut semua.


Masalah kita bila ramai yang gelarkan diri ustaz tapi tak mahir amalan 4 mazhab. Dia tahu dari mazhab sahaja. Jadi bila lihat amalan lain dari yang dia ajar, cepat dia tuduh sesat.


Siapa-siapa yang tak mahir hukum mazhab lain selain yang dia amal, maka tak layak untuk dipanggil ustaz. Seorang ustaz kena tahu semua mazhab. Kemudian dia boleh nyatakan dia condong mazhab yang mana.


Bukannya paksa orang lain ikut mazhab yang dia ikut kemudian tuduh sesat siapa yang tak setuju. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.