Sedikit cerita tentang Wahabi. Sebenarnya yang selalu dikatakan Wahabi tu bukanlah pengikut Wahabi yang sebenar. Cuma mereka salafi iaitu tak terikat dengan mana-mana mazhab.
Pegangan mereka bukanlah sesat. Sebab semuanya bersandarkan pada Nas dan dalil. Hanya ada yang tak sehaluan dengan amalan Mazhab Syafie. Tapi bukan amalan yang sesat.
Mazhab bukan agama. Kita tak perlu pun sampai nak bersyahadah ikut mazhab mana. Ikutlah salah satu dari yang empat, InsyaAllah selamat. Yang penting kita tahu dalil sebalik ijtihad tersebut.
Tak pernah pun diharamkan untuk campur mazhab. Malah kita di Malaysia banyak juga amalan yang tak ikut mazhab Syafie. Contohnya bayar zakat fitrah guna duit, akad ketika jual beli, muzik dan banyak lagi.
Kalau nak ikut mazhab Syafie tak salah. Tapi nak kata mazhab lain tak betul tu tak boleh la. Kesemua empat mazhab ini benar dan berdiri atas dalil masing-masing jadi boleh ikut semua.
Masalah kita bila ramai yang gelarkan diri ustaz tapi tak mahir amalan 4 mazhab. Dia tahu dari mazhab sahaja. Jadi bila lihat amalan lain dari yang dia ajar, cepat dia tuduh sesat.
Siapa-siapa yang tak mahir hukum mazhab lain selain yang dia amal, maka tak layak untuk dipanggil ustaz. Seorang ustaz kena tahu semua mazhab. Kemudian dia boleh nyatakan dia condong mazhab yang mana.
Bukannya paksa orang lain ikut mazhab yang dia ikut kemudian tuduh sesat siapa yang tak setuju. Guane boh?
Raja Gelap II
.