PERMOHONAN MAAF ZAHID HAMIDI ANCAM MASA DEPAN UMNO

 

Walaupun krisis politik di Perak boleh dianggap sudah selesai dengan Bersatu dan Pas akhirnya setuju menerima Saarani Mohamad sebagai calon Menteri Besar yang baharu, tetapi ia dibayar dengan harga yang mahal apabila Presiden UMNO, Zahid Hamidi terpaksa meminta maaf atas kekhilafan menjatuhkan Ahmad Faizal Azumu melalui tipu daya undi percaya.

Berikutan persetujuan menerima Saarani itu, Istana Perak kemudian memaklumkan majlis angkat sumpah Saarani sebagai Menteri Besar akan diadakan pada jam 11 pagi esok.

Dengan itu juga, janji Pas sebelum ini tidak mahu terlibat dalam pembentukan kerajaan baharu kerana kecewa dengan cara Peja dijatuhkan turut bersepai umpama debu-debu berterbangan di udara.

Bersetujunya Bersatu dan Pas menerima Saarani, bermakna mereka tentulah mengharapkan dilantik mengisi jawatan Exco Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar baharu itu.

Begitulah lumrahnya dalam politik, dalam kuatnya jerit pekik mempertahankan prinsip kononnya, akhirnya terkulai juga kepada nikmat jawatan serta gaji lumayan yang sayang untuk dilepaskan.

Begitu pun, dalam penyelesaian krisis di Perak ini, apa yang menimbulkan kemusykilan ialah tindakan Zahid Hamidi meminta maaf atas perbuatan Adun-Adun UMNO menumbangkan Peja yang dianggapnya sebagai suatu kekhilafan.

Mengapa perlu meminta maaf dan menganggap tindakan menjatuhkan Peja suatu kekhilafan?

Bukankah sepertimana yang disebut oleh Nazri Aziz, perbincangan untuk menjatuhkan Peja ini sudah dilakukan sejak dua bulan yang lalu lagi?

Kalau sudah dibincang sejak dua bulan yang lalu, bagaimana boleh dikata tindakan Adun-Adun itu suatu kekhilafan?

Dalam hal ini, apakah Zahid Hamidi secara sukarela memohon maaf agar Bersatu dan Pas sedia bertolak ansur menyokong calon Menteri Besar daripada UMNO atau beliau sebenarnya telah dipaksa untuk meminta maaf?

Namun, dengan permohonan maaf yang dibuat Zahid Hamidi itu, yang nyata ia telah meletakkan UMNO dalam keadaan terhutang budi kepada Bersatu dan Pas kerana memberi persetujuan kepada Saarani untuk dilantik sebagai Menteri Besar.

Ia dalam waktu yang sama menjadikan Bersatu dan Pas berasakan mereka adalah kuasa penentu dalam sebarang perundingan dengan UMNO di masa akan datang.

Dengan itu, dalam persiapan bagi menghadapi PRU15 akan datang, Bersatu yang sudah bergabung kukuh dengan Pas bila-bila masa saja boleh menekan UMNO, bukan saja untuk terus memberi sokongan kepada Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, malah agar Bersatu diberikan lebih banyak kerusi berbanding UMNO.

Oleh kerana Zahid Hamidi sudah meminta maaf dan Bersatu bersama Pas pula telah bertolak ansur memberikan jawatan Menteri Besar Perak kepada UMNO, apa lagi yang Presiden UMNO itu mampu mempertahankan kepentingan parti dalam soal pembahagian kerusi pada PRU akan datang?

Tambahan lagi, dalam percaturan politik melibatkan UMNO, Bersatu dan Pas ini, yang ternampak berkuasa dan mengatur segala-galanya ialah gandingan tiga serangkai – Hamzah Zainuddin, Annuar Musa dan Takiyuddin Hassan.

Hamzah adalah Setiausaha Agung Bersatu, Annuar merupakan Setiausaha Agung BN dan Takiyuddin pula adalah Setiausaha Agung Pas.

Kepintaran tiga serangkai ini menonjolkan diri telah menyebabkan Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan terpinggir dan diketepi dalam banyak perkara.

Dalam kenyataan media terbaru berkenaan penyelesaian krisis di Perak ini, walaupun tertera logo UMNO bersama logo Bersatu dan Pas dalam siaran media yang diedarkan, tetapi UMNO jelas diwakili oleh Annuar dan bukannya Ahmad Maslan.

Dengan urusan UMNO sendiri nampaknya sudah “dihijack” oleh Annuar sebagai Setiausaha Agung BN yang lebih pro Bersatu, sebenarnya masa depan yang gelap sedang menanti UMNO jika terus bersama kerajaan PN ini sehingga detik PRU15 akan datang.

UMNO mungkin berjaya mengalahkan Bersatu di Perak, tetapi kekalahan lebih besar sedang menanti di laluan masa depannya. 

(Shahbudindotcom 09/12/2020)



PAS JANGAN SYOK SENDIRI


SURAT TERBUKA KEPADA MENTERI AGAMA


WAKAF AIR: ASYIK MINTA DERMA, KERAJAAN BUAT APA?


ZAMAN PH SATU KES GUGUR, ZAMAN PN 68


ISRAEL BANGUNKAN KAWASAN GURUN MENJADI KAWASAN PERTANIAN..MALAYSIA ???

 JAMZURI ARDANI

Israel memberikan fokus untuk membangun kawasan selatan negara tersebut yang diliputi gurun sebagai hub pertanian baru. Ya ... menjadikan kawasan gurun yang kering kontang sebagai hub pertanian untuk masa depan negara tersebut.

Mereka hanya perlu dua perkara: wang dan teknologi.

Israel berjaya menarik pelaburan berbilion ringgit dari pelabur antarabangsa untuk membangunkan kawasan gurun di selatan negara itu sebagai hub pertanian berteknologi tinggi.

Apabila kawasan gurun di selatan Israel sudah dibangunkan sepenuhnya dan menjana kekayaan yang banyak, syarikat-syarikat ini akan mula meneroka pula peluang yang sama di kawasan gurun yang luas di negara-negara semenanjung Arab dan utara Afrika.

Umat kita ini masih berpeluk tubuh dengan retorik anti-Israel tetapi gagal membangunkan teknologi di tempat sendiri.

 

MB BARU ANGKAT SUMPAH ESOK

 Pengerusi Umno Perak Saarani Mohamad dijadual mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada jam 11 pagi esok.

Pengelola Bijaya Diraja Abd Rahim Mohamad Nor berkata pada timbangan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Adun Kota Tampan boleh mendapat kepercayaan sebahagian besar Adun untuk dilantik ke jawatan itu.

Abd Rahim berkata demikian dalam kenyataan media sebentar tadi.

Ia dikeluarkan tidak lama selepas Perikatan Nasional (PN) mencapai kata sepakat menerima Saarani bagi menggantikan Ahmad Faisal Azumu yang digulingkan melalui usul percaya di Dewan Rakyat.

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

Abd Rahim berkata sultan Perak membuat keputusan itu berpandukan Perkara XVI Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak.

Kenyataan Bersama setiausaha agung BN, Bersatu dan PAS petang ini menyebut Saarani dipilih setelah Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf bagi pihak Adun BN Perak atas “kekhilafan” yang berlaku.

Keputusan itu dibuat selepas pertemuan enam mata antara Zahid, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS Abdul Hadi Awang di Kuala Lumpur hari ini.

Minggu lepas, Faizal kalah dalam usul percaya yang dibawa Umno, menyebabkan dia meletakkan jawatan.

Dengan keputusan hari ini, bermakna PN kekal memerintah Perak dan spekulasi pembentukan kerajaan Umno dan Pakatan Harapan (PH) tidak menjadi kenyataan.

Terkini! Penyokong Peja tak hadir sidang Dun Perak

 


Terkini! Penyokong Peja tak hadir sidang Dun Perak
Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ditangguhkan lagi kerana masih belum ada kerajaan negeri.


Speaker Mohamad Zahir Abdul Khalid mempengerusikan persidangan hari ini seperti yang dijadualkan dan sebelum mengumumkan penangguhan persidangan lima minit kemudian.

“Memandangkan agenda berikutnya adalah Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 tidak dapat diteruskan berdasarkan Artikel 38 (2) perlembagaan Perak dan berdasarkan situasi sekarang, persidangan akan ditangguhkan hingga 16 Disember, 2.30 petang,” katanya.

Antara Adun yang tidak hadir persidangan selama lima minit hari ini adalah:

Abdul Yunus Jamahri (Bersatu-Kuala Kurau)
Nolee Ashilin Mohamed Radzi (Bersatu-Tulang Sekah)
Ahmad Faizal Azumu (Bersatu-Chenderiang)
Zainol Fadzi Paharudin (Bersatu-Sungai Manik)
Razman Zakaria (PAS-Gunung Semanggol)
Mohd Akmal Kamaruddin (PAS-Selama)
Khalil Yahaya (PAS-Kubu Gajah)
Sivasubramaniam (Gerakan-Buntong)
Paul Yong Choo Kiong (Bebas-Tronoh)



PAS CUBA BERLAKON PERTAHAN LADANG SAWIT. HAKIKATNYA KJAAN KELANTAN GADAI LOMBONG EMAS KEPADA SYARIKAT SINGAPORE DAN CHINA


Pemuda PAS toksah Berlakon lah pertahan Ladang sawit kononnya milik Ummat Islam.. di Kelantan..Di Negeri Serambi Mekah, Hak dan Kawasan Perlombongan emas hangpa gadai pada Syarikat Singapore dan China.. Ini bukan Cina warga tempatan.. Ini cina Singapore dan tanah besar Komunis China.


Kerajaan Kelantan bukan saja jual aset PMBK Sawit sebab nak tutup hutang, Syarikat Perlombongan Emas KelGold Mining dijual 100% kepentingan dengan nilai hanya RM 2.5 juta..bukan Rm 250 juta.. Marzuki kena tahu ini baru dinama melelong Aset.. hari ini harga komoditi emas berada paras paling tinggi.


Kelgold Mining Sdn Bhd bukan satu satu nya syarikat yang dijual pada Syarikat China dan Singapore.. tetapi katanya syarikat ke 3... Sebelum in CNMC membeli kepentingan Majoriti Share dalam Pulai Mining Sdn Bhd.


Sudah lah dapat lesen dan kebenaran kawasan melombong berpuluh kilometer.. Seluas mata memandang.. kawasannya berpagar..malah Kilang CNMC dengan bangganya kibarkan bendera Singapore dan bendera Komunis China.


Marzuki taknak ker dedah nama ahli lembaga Pengarah dan Pemegang saham CNMC goldmine?


Sudah sudah lah Berlakon Lebai.. Penjualan kawasan perlombongan emas tu berita theedgemarket... Berita jual Syarikat Perladangan tu kenyataan rasmi Bursa Saham Malaysia ..depa dah umumkan dah, Bukan 2 Syarikat Perladangan ada 5 lagi dinamakan akan dijual Kerajaan Bani Melayu Islam... Nak menipu apa lagi..Cepat atau Lambat orang tahu lah.


Kalau nak cerita sejarah gadai Sawit milik YIK(Yayasan Islam Kelantan).. Tanah Durian musang King pada China..Toksah Sembang lah nak pertahan Aset Melayu Islam.


Ipohmali


SUA UMNO SUDAH TIADA? ANUAR MUSA HIJACKED?






Punyalah gelabah nak melutut dgn Muhyiddin.  Pas pun dah jilat kahak dia sendiri, kononnya tak mahu iktiraf kerajaan bwh MB baru yg telah menjatuhkan Peja baru2 ni. Akhirnya, Pas akur juga sbb syg kerusi Exco.  Haha...


Tapi, yg lebih pening adalah Umno.  Sampai terlupa siapa SUA Agong yg sepatutnya tandatangan kenyataan ini.  Logo parti ada logo Umno, tapi mana tandatangan SUA Umno?  Atau, semuanya Anuar Musa dah borong?  Umno kena jual kpd Bersatu?  


Simpati dengan Umno.  Kerusi paling byk tapi kena minta maaf dengan Bersatu juga.  Lebai usah kira lah...bila2 masa je mereka boleh ubah hukum, janji dpt jawatan.  


WFAUZDIN NS




PAS TARIK DIRI PULAK


 

LEBAI TAK DE IDEA LAIN GAMAKNYA...NAK BELASAH DUIT RAKYAT SAJA...

 

Takde idea lain ke selain dari mintak derma kat rakyat? Ada masalah, kamu lah yang patut berkorban dulu, baru la rakyat. Ini ada masalah air di kelantan, gaji kamu wakil rakyat dinaikkan, lepas tu sibuk nak kutip derma. Ini kah cara Islam selesaikan masalah?

Sebab tu, jadi menteri ni biarpun menteri haram ikut tebuk atap, perlu juga cari yang cerdik.

 


MARIJUANA UNTUK PERUBATAN

 

MAN TOBA

Pihak yang halang ubat dari marijuana nih geng-geng phama, depa takut ubat-ubat depa x laku.

Sama ngan ketum. Dilebel begitu buruk sekali. Walhal Negara-negara luar dah guna lama untuk perubatan.

Inilah akibatnya ahli-ahli politik sama mentadbir negara kita. Orang-orang  ini di himpit oleh spy-spy  syarikat-syarikat  farmasi untuk dengar cakap-cakap  mereka sambil acc-acc dimasuki runggit.

 

Image may contain: text that says "Replies Saya pesakit kanser. Dah buat Chemotherapy dan radiotherapy. Tapi sel kanser masih aktif. Doctor plan untuk buat stem cell transplant (high dose chemo n cell transplant). Saya minta tangguh 3 bulan. Saya amalkan medical marijuana secara intensive selama 2 bulan. Alhamdulillah tumor mengecil dan doctor cancel plan untuk buat rawatan chemo n transplant. Sel kanser masih lagi active tapi keaktifan nya telah berkurangan. Deauville level 5 turun kepada 4. Syukurrrrrrr 3h Like Reply 44"

PN BENTUK KERAJAAN. NEGERI PERAK


 

TUAN BRAHIM TOLONG HADAM YANG NI DULU...KEMUDIAN BARU SENTUH DUIT RAKYAT

 Image may contain: text that says "Mohammad Faeez Harith @H_Bakkaniy Kita ada 222 orang ahli parlimen.Kalau Kalau seorang potong gaji Rm 1,000 sebulan kita ada Rm 2,664,000 setahun.Dan ada 70 orang Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet, kalau seorang potong Rm 000 sebulan ada tambahan lagi RM 840,000 setahun.Buat Buat yang ini dulu, baru usik duit rakyat!"

"Strong, Formidable and Convincing"

 



Selalu sangat pembenci DS Anwar mainkan ayat ini. Konon nak menyindir DS Anwar. Ayat ini juga yang buat Caituk tuduh DS Anwar menipu termasuklah menipu YDP Agong.

Ayat ini diucapkan oleh DS Anwar dalam satu sidang media untuk mengumumkan bahawa beliau telah mempunyai cukup 'numbers' untuk mengambil alih kerajaan.

Ketika itu Sabah di ambang PRK dan beliau sendiri baru balik dari Sabah. YDP Agong sedang berada di IJN kerana sakit perut sehingga DS Anwar tidak dapat bertemu baginda.

Namun beberapa minggu kemudian YDP Agong memberi perkenan untuk DS Anwar datang menghadap. Selepas pertemuan itu, tidak banyak yang DS Anwar update tentang ambil alih kerajaan..

Update beliau hanya cerita susun kabinet buku, bersihkan semak, tentang anak cucu beliau dan hal-hal peribadi. Tak banyak hal politik pun sehinggalah perbahasan belanjawan bermula.

Dan kerana ini pembenci beliau, termasuk yang dalam PH sendiri, banyak menyindir beliau. Setiap hari ada saja posting biadap mempersendakan DS Anwar. Tapi apa tindakan beliau?

Beliau tetap cool. Kenapa? Mungkin kerana beliau tahu semenjak pengumuman 'Strong, Formidable, Convincing' (SFC) beliau itu, PN jadi berantakan sehinggalah ke hari ini.

Ketika beliau buat sidang media, PN sedang melangkah gagah ke PRK. Ketika itu PH sendiri yang kucar kacir. Ditambah ramai penyokong DS Anwar yang sakit hati kesan Mahathir cadangkan Shafie Apdal jadi calon PM bagi PH.

Tetapi selepas pengumuman itu, PN yang jadi tak menentu. Muhyiddin mula menaruh syak terhadap UMNO. Bimbang ditikam dari belakang. Bahkan Mahathir sendiri tumpang meroyan walaupun dia tidak ada kena mengena.

Sampaikan tahap Muhyiddin mahu umumkan darurat kerana ketakutan. Azmin pula senyap sunyi bagai diculik makhluk asing. Dalam kelam kabut mereka mula bergerak mengukuhkan PN.

Gerakan mengukuhkan PN telah menyebabkan BN sakit hati. Numbers yang DS Anwar umum kekal misteri, tetapi UMNO mula dapat idea menekan Muhyiddin dengan membayangkan kerjasama dengan DS Anwar bagi mengugut Muhyiddin.

Muhyiddin pun tak tahu bagaimana mahu handle situasi ini. Kalau mahu beli MP yang sokong DS Anwar, siapa orangnya? Tiada siapa yang tahu. Muhyiddin mula terasa bagaikan terhimpit ke dinding.

Mahathir pun terpaksa campur tangan untuk padamkan nama DS Anwar kerana kelihatannya Muhyiddin tak dapat mengawal keadaan. padahal dia bukan siapa-siapa pun. Ketua Pembangkang pun bukan. Untuk apa dia nak sibuk?

Memang ada orang gelak SFC itu kerana mereka kata DS Anwar kena tipu dek Umno. Tapi bila aku renung dan nilai kembali apa yang terjadi, aku tak fikir SFC itu satu tragedi buat DS Anwar.

Sebaliknya ia menjadi titik permulaan tragedi bagi PN. Mungkinlah sebab itu selepas SFC diumumkan DS Anwar lebih banyak jalankan aktiviti peribadi.

Kerana ketika itu, chain reaction dari pengumuman 'Strong, Formidable, Convincing' itu sedang berlangsung. Dan PN sedang terbakar olehnya. Bahkan hingga kini, mereka masih lagi terbakar.

Ibarat orang yang telah menyalakan api kecil lalu timbunkan daun kering di atasnya. Kemudian duduk di bangku membaca novel sambil sesekali melihat api menjilat daun kering dengan lahapnya.

Aku tak mesti betul. Tapi pada penilaian aku, inilah yang berlaku.

.

- R a j a G e l a p -

 

APA MAKSUD DSAI ?

 

APA MAKSUD DSAI...? "Let us gather the strength...."...dia ajak siapa kumpulkan kekuatan??

Our intention must be clear in upholding the people’s agenda. Let us gather the strength so we can serve the masses.
- Anwar Ibrahim


Image may contain: 1 person, text that says "" This is not about politics. This is not about power. It is about the people. It must always be about the people! I ANWAR IBRAHIM Presiden Keadilan Ahli Parlimen Port Dickson @anwaribrahim_keadi @anwaribrahim_my @anwaribrahim AnwarIbahim Anwar"

KERAJAAN PN JUAL LADANG TH, DULU MARAH PH?


ANAK MUDA KELANTAN TOLAK PAS, PH NAK TENGOK SAJA KE?


 BILA USUL UNDI TIDAK PERCAYA AKAN DIBENTANG DI PARLIMEN?

PKR SEDIAA KERJASAMA BENTUK KERAJAAN BAHARU PERAK