PENTINGNYA PERSAHABATAN.. WOIII LEBAI... BUAT OA TU?



Nazri Hamdan





 

 Sebenarnya persabahatan Anwar–Erdogan ni dah lama terjalin, sejak zaman Anwar jadi pemimpin pembangkang lagi. 


Tahun 2019, Erdogan jemput Anwar ke Ankara untuk Kongres Parti AK, siap bagi penghormatan macam pemimpin negara. 


Bila Anwar jadi PM, hubungan tu makin kukuh dan Erdogan antara leader dunia pertama yang ucap tahniah. 


Jadi bila berlaku isu rakyat Malaysia ditahan Israel masa misi flotila GSF, Erdogan tak anggap ini kes biasa. 


Dia terus setuju guna channel diplomatik Ankara–Tel Aviv. Contoh paling dekat, masa 2010 dulu, Turki pernah kerah segala kekuatan diplomasi selepas tentera Israel serang kapal Mavi Marmara, aktivis dari lebih 30 negara kena tahan. 


Tekanan Turkey waktu tu berjaya buat Israel lepaskan tahanan dalam masa beberapa hari. Jadi kali ni, Malaysia dapat manfaat dari “track record” yang sama.


Kalau kita tengok dari sudut leverage, Turki memang penting bagi Israel. Walau hubungan dengan Israel tegang, dua-dua negara masih ada hubungan diplomatik dan dagang hampir US$7 bilion setahun, dari produk kimia sampai teknologi pertanian. 


Jadi bila Erdogan “tegur”, Israel tak boleh buat tak tahu. Malaysia pula masuk atas tiket sahabat baik, jadi suara kita jadi lebih berat. 


Bandingkan kalau kita tak ada hubungan baik dengan Turki, mungkin ambil masa berminggu, malah Israel boleh syaratkan tahanan dihantar balik ke negara ketiga. 


Tapi sebab ada “Turkey factor”, 23 rakyat Malaysia boleh balik direct ikut channel rasmi.


Kesan besar dia? Malaysia bukan saja nampak berjaya selamatkan rakyat sendiri, tapi juga tunjuk kat dunia yang hubungan kita dengan kuasa serantau macam Turkey bukan sekadar simbolik. 


Bayangkan kalau Malaysia tak ada network ni, mungkin aktivis GSF kita masih terperangkap lebih lama.


Jadi inilah realpolitik: Malaysia kecil, tapi bila ada kawan macam Turkey, kita boleh punch above our weight. 


Sama macam ASEAN guna EU untuk amplify suara, Malaysia guna Turkey untuk amplify suara Palestin dan rakyatnya sendiri.



MEREKA AKHIRNYA BEBAS.

 


Allahuakbar! Sebak melihat delegasi Malaysia, senyuman terukir di wajah masing-masing.










Kesemua 23 rakyat Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Istanbul, Turkiye, selepas berjaya dibawa keluar dari negara haram Israel.


Mereka akan berada di Istanbul terlebih dahulu untuk melalui pemeriksaan kesihatan sebelum dibawa pulang ke Malaysia.


Ikuti Berita AlHijrah di pelbagai platform media sosial https://linktr.ee/beritaalhijrah dan layari www.alhijrahnews.com untuk berita-berita terkini dalam & luar negara



HANG TAK PAHAM BAHASA INGGERIS... HANG JUGA TAK OAHAM NUSANTARA... KIOK WALAUN


 

ISU URA NI SEBELUM ZAMAN PMX... ADA BETOI KATA DIA NI.... DALAM DEWAN PAKAT DIAM KENA BANTAI PMX.


 

SEJAK WALAUN ANGKAT MARTABAT DARI MELALUT LAM DEWAN.. BERKALI KALI KENA HENTAM DENGAN ANWAR... ... MEZAH MAKIN GAGAH DESAK PM ANWAR TURUN. HANG BOLEH KA MEZAH OI SEMBANG NGAN ERDOGAN PI EROPAH CARI PELABUR.

Tengku Adam


 🟥 😅😅😅😅 nak jadi PMX pulangkan balik minyak masak subsidi yg rembat dulu hahaha..

#akutetapsokongpmx 

#MalaysiaMadani




ERRRKKKK..


Sham Ghaz


 Selepas polis dimaki berbakul bakul haritu, harini Himpunan Tolak URA yang tunggang Isu Sumud dibantu oleh Polis untuk keselamatan, kelancaran pergerakan dan lalulintas.


Polis juga yang membantu banyak dalam memastikan kelancaran program sebenarnya. Terima kasih Abam Polis KL dan KDN pastikan semua selamat.


Program anjuran Pemuda Pas Malaysia nak Tolak Ura, tapi tunggang Isu Sumud. Kehadiran ciput. Video tak menipu.


Habis semua isu mrka nak tunggang. Padahal isu Global Sumud Flotilla ni PMX Anwar Ibrahim penaung utama, malah aktivis yang ditahan oleh Israhell pun PMX deal dgn Edorgan Presiden Türkiye untuk bebaskan.


Pembangkang tiba tiba nak jadi hero? Boleh tak salah. Tapi asingkan lah program Sumud dan Tolak Ura.


Punah!



KEHADIRAN CIPUT: PEMUDA PAS GAGAL TUNGGANG ISU SUMUD UNTUK DEMONTRASI TOLAK URA!



NAK TUNGGANG URA... MENTERI PAS LA DULU PUNYA KERJA... NAK TUNGANG. SUMUD  FLOTILA .. LEBAI PAS TAK BUAT APA PUN. DULU LALU KAPAL TERBANG HADI TAK CAMPUR... KIOK LA... 















PEMUDA PAS PUSAT MEMPOLITIKAN ISU PEMBEBASAN AKTIVIS GLOBAL SUMUD FLOTILLA.


Himpunan Tolak URA anjuran Pemuda Pas Pusat Afnan Hamimi harini gagal, itu pun mereka tunggang isu Sumud. Rakyat yang tak tahu menahu modus opera di mereka terikut ikut nak joint. 


Takda kerja lain la Puak Pas, Isu Sumud ni PMX Anwar Ibrahim Penaung Sumud Nusantara dan yang usaha keras membebaskan Rakyat Malaysia yang ditahan Israhell juga PMX dgn kerjasama Edorgan.


Kita boleh bersama pasal Isu Sumud, tapi tindakan PAS cuba tunggang Tolak URA, adalah bermotifkan politaik!


Syam Ghaz



HIDANG ARAK ???.


 Shahrul Syafie



Ishh.. dalam program kerajaan anjuran MOTAC, betul kah hidang arak sepertimana didakwa ini? PMX kena siasat isu ini.





ELOK KERAJAAN BUAT DIAM...MENTERI ADA JKOM ADA....ELOK BAGI MUSIBAT NI DOK FITNAH HAL MACAM NI.


Man Toba



 Si Jebat Derhaka ni memang kerja dia racun otak rakyat. Kali ni lagi teruk — dia tuduh misi bantuan Gaza ni konspirasi PMX dengan Zionis. Konon semua ni drama, nak acah hero depan Trump. 🤦🏻‍♂️





Bahaya weh, bila tengok komen² bawah video YouTube dia — ramai betul yang percaya. Ada siap kata “nampak pelik”, ada yang ikut pakai teori gila dia. Macam dah kena sihir fitnah.


Masalahnya apa? Kerajaan dan menteri² sebuk entah ke mana. Sibuk dengan hal pinggiran, tapi benda sepenting ni dibiarkan tanpa tindak balas. Orang macam Jebat Derhaka bebas sebarkan dakyah jahat, racuni rakyat, dan akhirnya nampak macam betul.


Hello, misi Sumud Flotilla ni bukan projek Anwar sorang. Ini ada lebih 200 peserta dari 40 negara, 50 kapal yang berlayar dengan risiko nyawa. Takkanlah semua negara pun nak join “lakonan” PMX? Bodoh betul kalau percaya.


Kalau kerajaan terus leka, jangan terkejut bila rakyat mula hilang percaya, lalu kerajaan hari ini tumbang. Siapa naik? Kerajaan penyakau yang pandai menunggang sentimen, menipu depan mata.


⚠️ Cukup la lembik. Menteri² jangan syok sendiri. Tegaslah! Jangan biar orang gila macam Jebat Derhaka ni rosakkan minda rakyat. Fitnah bukan boleh dilayan dengan senyum, fitnah kena disekeh sampai lumat. Kalau tak, jangan salahkan rakyat bila Malaysia kembali terjunam bawah kaki penyamun.




MAKI LAGI..OTAK TAK MAU PAKAI


 



CU LIHAT...MARAH SEBAB MENYAKAW TAK LEPAS...KEH KEH KEH...AAAUUUMMMMM..KIOK

 Asri Bakar


Bangsat!!. Dia ni, mesti lahir & di besarkan dalam silibus pembelajaran di PAasTi. Mentang- mentang-  la dia pandai TIPU DOKUMEN...& mulut/perangai jahat cam bapak mertuanya yang otaknya tu dah sumbing!!.







KELEBIHAN TENTERA SWEDEN

 







Tentera Sweden. 🇸🇪

Topik mengenai salah satu strategi pertahanan terpenting tentera Sweden. Tentera ini menggunakan istilah desentralisasi pada surat itu, kerana ia tidak mempunyai pangkalan tentera besar yang khusus, sebaliknya mempunyai tentera yang tersebar di seluruh negara dalam terowong dan bunker bawah tanah.


Sekiranya berlaku peperangan, musuh tidak akan mencari sasaran khusus untuk dibom kerana tentera udara, misalnya, bergantung kepada ratusan terowong yang bertaburan di seluruh hutan negara, dengan dua hingga empat pesawat pejuang setiap terowong. Juruterbang dilatih untuk berlepas dari jalan raya dan tidak memerlukan landasan. Perkara yang sama berlaku kepada tentera laut, kerana kapal dan kapal selamnya tersebar di seluruh negara dan tersembunyi di dalam terowong.




PALING CULAS BAYAR CUKAI KERETA MEWAH


 

KESIAN KO FIDAH

 


WEIIIKI... ZAMAN KO DULU APA KATA DUTA KHAS.? TAK MASUK CAMPUR...


 

JANGAN SAMPAI BRIGED INI HANTUI WALAUN


 

BETOI LA.. MACAM NI L A BANTU.


 

Naratif Bahaya Tentang PMX & Misi Sumud.



Mohd Azmi Jamluddin





Sekarang ni ada satu naratif bahaya tengah berlegar di Sosmed kononnya PMX dah “kawtim” dengan Z semata-mata nak nampak beliau sebagai hero.


Yang pelik, ramai pula yang percaya bulat-bulat benda ni. Sedangkan kalau kita fikir waras, fitnah macam ni sangat merosakkan.


Saya bukan nak pertahankan PMX sebab fanatik, tapi sebab saya bimbang bila fitnah macam ni dinormalisasikan, akhirnya ia akan rosakkan solidariti kita terhadap perjuangan P.


Kalau pun ada yang tak suka dengan PMX, janganlah sampai sebar benda tak betul. 


Faktanya, PMX antara insan yang paling banyak membantu memudahkan misi Sumud ini.


Apa Sebenarnya Sumbangan PMX & Kerajaan Malaysia dalam Misi Sumud?


1. PMX Penaung Sumud Nusantara.


Misi Sumud Nusantara (bahagian Malaysia dalam Global Flotilla) berjalan bawah naungan rasmi PMX. 


Kalau betul kononnya beliau nak “kawtim”, untuk apa beliau rela namanya sendiri terpahat sebagai penaung rasmi?


2. Ahli MPP PKR Turut Berlayar.


Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Prof. Dr. Afandi, turut serta berlayar bersama team Sumud. Jadi di mana logiknya nak kata semua ni “lakonan deal” kalau ahli parti beliau sendiri pun berada di atas kapal ?


3. Diplomatik & Teguran Terbuka.


PMX antara pemimpin Asia pertama yang kecam keras Z selepas flotila dipintas. Beliau tekankan tindakan itu jelas melanggar undang-undang antarabangsa.


4. Gerak Konsular & Undang-Undang.


Wisma Putra telah arahkan misi Malaysia (kedutaan / pejabat luar negara) untuk bekerjasama dengan rakan ASEAN di kawasan berkaitan bagi pantau & bantu rakyat Malaysia yang ditahan.


5. Dana Kemanusiaan Besar.


Kerajaan Malaysia umumkan tambahan RM100 juta untuk bantuan G. Malah sejak perang G meletus, Malaysia konsisten hulurkan dana dan logistik.


6. Sokongan Moral & Politik.


PMX guna pentas antarabangsa untuk tekan Z, dan tekankan P sebagai isu kemanusiaan sejagat, bukan semata isu agama.


7. Hubungan Antarabangsa.


PMX berhubung terus dengan PM Qatar dan Presiden Turkiye bagi menyelaras sokongan untuk bebaskan rakyat Malaysia yang ditahan.


8. Gerakan Doa & Solidariti.


Menteri Agama arahkan seluruh masjid & surau JAKIM/JAWI adakan solat hajat serta qunut nazilah khas untuk Palestin.


Jadi, Logiknya Kat Mana Nak Kata PMX Dah “Kawtim”?


Akhir sekali kritik itu adalah hal masing-masing. Namun jangan sampai kita jadi penyebar fitnah yang akhirnya mencalarkan perjuangan saudara kita di P.


Dalam bab ini marilah kita semua bersatu tinggalkan pemikiran politik masing-masing dan kita fokus pada isu kemanusian dan pemebebasan rakyat kita.



WALAUN INI TIDAK FAHAM KOT

PAS JENGKA


 Dia ni tak faham dan mengerti konotasi Firaun pun ada jasa yang Anwar sebutkan. Kenapa bingung sangat.


Dunia hari ini berkucar bara bila kenyataan seseorang diulas atau disorot dari luar konteks tanpa memahami maksud dan konotasinya. Lebih buruk bila dibuat atas sentimen kebencian. Trims.




BERANI TU BAGUS.. TAPI BERANI SAJA TANPA KEBIJAKSANAAN ITU TIDAK BIJAK


Alif Jamil


 My brotha Yusof Azmi. 





Saya faham kenyataan yg cuba awk sampaikan kerana saya juga berjiwa perang sama seperti awk. 


Saya akui rekod² yusof menggempur samseng² dan ah long yg menindas masyarakat tempatan.


Tak semua org berhati kering nak hadap apabila dikepung ah long dan ceti nih. 


Saya faham jiwa tu kerana saya juga pernah berada pada tempat yg sama.. 


Saya hormat keberanian yusof apabila bertegas supaya kita patut putuskan hubungan diplomatik dgn US. 


Semangat itu sy setuju, dan roh kenyataan tu sy akui benar.


Namun dalam konteks sekarang, langkah itu bukan sahaja tak bijak, malah ia boleh menjadi taruhan nyawa rakyat kita sendiri.


Sekarang ni kita sedang berdepan dgn kuasa besar bukannya berdepan dgn Ah Long.. 


Dalam dunia pentadbiran dan diplomasi kerajaan, hubungan² rasmi ni bukan boleh dibuat main, ini melibatkan soal leverage negara. 


Dengan adanya hubungan diplomat, kita ada ruang untuk sertai rundingan, saluran konsular dan kuasa mempengaruhi keputusan. 


Kesemua ini diiktiraf dalam Vienna Convention on Consular Relations 1963 yg mewajibkan negara melindungi warganegaranya diluar negara melalui perwakilan diplomatik. 


Memutuskan hubungan diplomat bermakna pintu perlindungan itu kita sendiri yg tutup.


Lebih dari itu, nyawa sukarelawan kita yg kini berlayar membawa misi kemanusiaan bergantung pada norma keselamatan maritim antarabangsa seperti SOLAS 1974 dan prinsip UNCLOS. 


Tanpa hubungan diplomatik ini, akses kita untuk jaminan keselamatan, evakuasi kecemasan atau perlindungan konsular akan menjadi sangat lemah. 


Itu risiko nyata dilaut dan ditanah yg berdepan dgn konflik.


Dan jangan lupa, undang² antarabangsa melalui Piagam PBB (UN Charter, Art.51) jelas melarang sebarang penggunaan kekerasan kecuali untuk pertahanan diri atau mandat Majlis Keselamatan. 


Apabila kita sendiri yg putuskan hubungan, kesannya kita hilang peluang untuk gunakan saluran damai, forum multilateral dan suara ASEAN sebagai perisai diplomatik. 


Risiko eskalasi semakin tinggi, dan sukarelawan kita jadi pihak paling yg terdedah kpd ancaman.. 


Siapa yg untung kalau kita putuskan sekarang? 

Jawabnya US dan Z1onist Laknatullah, kerana mereka boleh bunuh rakyat kita pada bila² masa sahaja. 


Siapa yg rugi? 

Negara kita, kerana hilang leverage. 

Sukarelawan kita, kerana hilang perlindungan; 

Rakyat Pqlestin sendiri kerana saluran bantuan boleh terjejas. 


Adakah kita bersedia jika negara kita diserang dgn misille dan bom ??


Sepatutnya adalah lebih baik Yusof menggunakan keberanian ini sebagai suara agresif untuk membuktikan kemarahan rakyat Malaysia untuk tekan kuasa besar di peringkat antarabangsa. 


Tapi jgn jadikan keberanian itu alasan untuk kita putuskan hubungan diplomatik kerana saluran diplomasi inilah senjata utama negara untuk melindungi rakyat kita dan menyelamatkan sukarelawan diluar sana.


Berani bersuara itu adalah sifat yg mulia, namun keberanian yg memusnahkan saluran perlindungan rakyat itu adalah suatu kebodohan. 


Kalau nak jadi wira, jadilah wira yg tahu bila perlu pedang dihunus dan bila perlu akal dihunus untuk kuasai seni berunding. 


Walaubagaimanpun, saya tetap bersama semangat Yusoff.


Marah kita itu benar.. 


Namun langkah memutuskan hubungan diwaktu sekarang hanya akan membahayakan nyawa sukarelawan kita, melemahkan posisi rundingan negara dan menutup pintu undang² antarabangsa yg sepatutnya menjadi senjata kita.



FAHAMAN KARUT...

 

Che Ibraahim

Kepercayaan kedatangan Trump boleh membawa kecelakaan, sial atau menghilangkan keberkatan adalah satu khurafat @ kepercayaan karut yang tidak ada asasnya sebagaimana orang dulu dulu yang percaya kepada sial majal apabila biawak melintas atau petanda buruk apabila terdengar suara burung hantu.



Duzuki Ahmad


Ada perbezaan antara orang yg ada ilmu dan orang yang buat buat ada ilmu, Di Malaysia kita ini ramai orang yang belajar dan faqih dalam ilmu agama serta beramal jauh lebih memahami tentang maqasid syariah untuk menjaga agama, aqal, keturunan harta dan nyawa umat Islam ini.Kehadiran Donald Trump membawa kecelakaan dan menghilangkan keberkatan kepada bumi Malaysia dan umat Islam seluruhnya ustaz mufti!!!




UMNO SEKALI LAGI TOLAK URA, APA SELEPAS INI?



4 October 2025


Berikut adalah ketetapan MT UMNO berkaitan RUU Pembaharuan Semula Bandar (URA) selepas parti itu mengadakan mesyuaratnya petang semalam.


“UMNO amat prihatin terhadap keresahan rakyat berkaitan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (URA), justeru satu Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar telah diadakan pada 3 Oktober 2025 yang menghimpunkan pelbagai pihak termasuk pimpinan parti, pertubuhan bukan kerajaan, ahli akademik, pemaju, orang perseorangan daripada pelbagai kaum.


“Selaras dengan resolusi konvensyen, UMNO berpendirian tegas untuk menangguhkan RUU Pembaharuan Semula Bandar (URA) yang sedia ada dan tidak diteruskan untuk pembentangan di Sidang Dewan Rakyat akan datang sehingga dilakukan rombakan besar yang mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan.


“UMNO melantik Naib Presiden 3, YB Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani untuk mewakili UMNO bagi melakukan perundingan dan membawa pendirian UMNO bagi merombak dan menambah baik RUU Pembaharuan Semula Bandar demi memastikan kepentingan dan kebajikan rakyat marhaen terpelihara.”


Sebelum mesyuarat MT petang semalam, UMNO terlebih telah mengadakan Konvensyen Pembaharuan Semula Bandar pada sebelah paginya.


Dalam bahasa yang mudah, ketetapan UMNO itu dengan jelas bermakna parti itu menolak RUU URA yang Menteri KPKT, Nga Kor Ming sebelum ini bertegas menyatakan ia akan dibentangkan bagi bacaan kedua, seterusnya untuk dibahas dan diundi pada sesi Parlimen yang bermula 6 Oktober ini (Isnin).


Ini adalah penolakan kali kedua oleh UMNO terhadap RUU URA di mana pada sesi Parlimen yang lepas, berikutan UMNO bersama-sama dengan blok pembangkang menolak RUU tersebut, lalu menyebabkan ia ditangguhkan.


Bagaimanapun, Nga Kor Ming selepas itu berkata, ia akan diteruskan bagi bacaan kali kedua pada sesi Parlimen bermula 6 Oktober ini dengan nilai ambang persetujuan diselaraskan kepada 80 peratus bagi semua penempatan yang ingin dibangunkan.


Dengan ketetapan UMNO semalam, jika Nga Kor Ming bertegas mahu meneruskan juga RUU tersebut, sudah pasti UMNO tidak akan mengundinya.


Apa yang UMNO mahukan ialah RUU URA itu mesti dilakukan rombakan besar-besaean dengan mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan terlebih dahulu sebelum ia mahu diteruskan.


Dalam hal ini, kita lihat sama ada Nga Kor Ming berani atau tidak untuk meneruskan RUU tersebut bagi bacaan kali kedua atau sedia menangguhkanya bagi dilakukan rombakan yang menyeluruh terlebih dahulu.


Sudah tentu keputusan UMNO menolak RUU URA itu tidak begitu disenangi oleh DAP dan Menteri KPKT, malah mungkin oleh Perdana Menteri juga.


Jika kita lihat sebelum ini, Anwar Ibrahim begitu bertegas mempertahankan pentingnya RUU URA yang mahu dibentangkan oleh Nga Kor Ming itu diluluskan.


Kepada UMNO, tahniah dan syabas atas keberanian melontarkan pendirian yang berbeza terhadap kerajaan.


Selepas ini, semuanya terserah kepada kerajaan dan Menteri KPKT sama ada sedia melakukan rombakan atau tidak.


Kalau sedia berbuat demikian dan rombakan yang dilakukan itu mendapat persetujuan UMNO, ia mungkin tiada masalah untuk diluluskan.


Kalau ketetapan ini dikaitkan dengan perkembangan politik di Sabah menjelang PRN yang bakal tiba, walaupun UMNO mengekalkan kerjasama dengan PH dan menolak bekerjasama dengan GRS, tetapi terdapat laporan bahawa UMNO sedia untuk bekerjasama dengan Warisan.


Beberapa laman berita Sabah mendakwa sudah ada pertemuan antara Presiden UMNO, Zahid Hamidi dengan Presiden Warisan, Shafie Apdal.


Apakah semua perkembangan ini, bermula dengan menolak RUU URA, disusuli apa yang berlaku di Sabah, ia memperlihatkan UMNO/BN sedang meneroka jalan untuk bertanding solo pada PRU16 akan datang untuk memudahkan ia bekerjasama dengan mana-mana parti yang memenangi lebih banyak kerusi untuk terus kekal berada dalam kerajaan? – ShahbudinHusin 04Okt2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/10/umno-sekali-lagi-tolak-ura-apa-selepas-ini/



Singkirkan STAR dan SAPP tepat! TINDAKAN JEFFREY DPT DIHIDU AWAL GRS

 


Singkirkan STAR dan SAPP tepat!

TINDAKAN JEFFREY DPT DIHIDU AWAL GRS






Tindakan GRS menyingkirkan keputusan Jeffrey Ketingan dan Yong Teck Lee kerana ingin menggunakan logo sendiri adaalah keputusan yg tepat. Pelik kenapa saya kata begitu? 


Mari saya ulas serba sedikit mengenai politik Sabah masakini yg anytime sahaja akn dibubarkan. Tahniah saya ucapkan kpd GRS yg bijak dlm percaturan politik mereka.


Ini kerana STAR bercita cita utk meminta jumlah kerusi yg besar di dlm gabungan tersebut. Namun dlm masa yg sama mereka juga mahu menggunakan logo partinya sendiri.


Kenapa mahu menggunajan logo sendiri dan apa niat Jefrrey Ketingan?


1. Menumpang atas kapasiti sebagai parti gabungan rakyat Sabah (GRS), STAR mempunyai kelebihan sebagai parti memerintah.


2. Dikhabarkan STAR mahu meminta antara 25-30 kerusi DUN. Jika mereka memenangi 25 daripada kerusi tersebut mereka sudah menjadi ‘ King Maker’ penentu kepada pembentukan kerajaan.


3. Warisan dikatakan mempunyai 18 seat mudah menang. Jika Warisan mampu memenangi 20 dan digabungkan dgn STAR 25, mereka boleh membentuk kerajaan negeri Sabah dgn majoriti mudah. STAR bebas berbuat demikian kerana mereka tidak menggunakan logo GRS.


4. Jika perundingan berlaku pastinya Jeffrey mahu Syafie Afdal menerimanya sebagai Ketua Menteri baru kerana mempunyai kelebihan kerusi DUN.


5. STAR tahu mereka tidak boleh bergabung dgn Warisan sebelum pilihanraya kerana mereka bakal kehilangan pengundi. Pengundi KDM ( Kadazan, Dusun, Murut ) menolak Warisan kerana isu etnik. KDM menganggap Warisan parti milik etnik Suluk. Warisan memang sejak pilihanraya 2018 sukar utk menembusi kubu etnik KadazanDusun.


6. STAR dan WARISAN memilih jalan terbaik adalah membiarkan masing masing berjuang atas kapasiti parti etnik. Ia bagi mengelakkan pengundi mereka menolak parti masing2.


Kewujudan begitu banyak parti parti di Sabah kerana negeri ini mempunyai kepelbagaian etnik. Jika di Semenanjung sentimen agama lebih penting tetapi di Sabah sentimen etnik lebih utama.


7. Dikatakan Aziz Jamman dlm satu rakaman suara mahu pemimpin Warisan tidak mengkritik STAR. Warisan mahu STAR memenangi banyak kerusi supaya mudah parti ini bergabung selepas pilihanraya.


8. Dalam pakatan ini sebenarnya STAR lebih bijak. Mereka boleh main dua kolam. Andaikata STAR memenangi 18 kerusi DUN dan GRS/PH berjaya memenangi 25 DUN, mereka juga boleh menjadi ‘Kingmaker’ untuk membentuk kerajaan negeri Sabah.


9. Ini kerana kita sedia maklum dlm pilihanraya ini tiada parti yg mampu sendirian membentuk kerajaan negeri. GRS dilihat lebih senang dgn STAR berbanding WARISAN.


10. Tindakan GRS menyingkirkan STAR lebih awal adalah langkah yg bijak. Buat apa menanggung parti yg akan mengkhianati mereka selepas beroleh kemenangan. Dgn kekosongan kerusi DUN kawasan KDM, bermakna PBS dan UPKO akan diberi lebih byk kerusi.


11. Niat STAR memainkan sentimen anti Malaya hanyalah mainan politik menggunakan sentimen populis. Niat sebenar Jeffrey hanyalah utk menggunakan kesempatan yg ada utk dirinya diangkat menjadi Ketua Menteri kerana ini boleh dianggap penggalnya yg terakhir.


12. Sedangkan Jeffrey kini terpalit dgn isu rasuah yg sdg dlm siasatan. Dlm usia 75 tahun yg boleh dianggap terlalu tua, Jeffrey bukanlah pilihan calon sesuai utk dilantik menjadi Ketua Menteri, Sabah.


Lebih memeritkan ‘Skandal RM800k dah bagi cash', video terbaru didedah!


Ahli perniagaan, Albert Tei mendedahkan satu lagi video berkait dakwaan skandal lesen lombong di Sabah.


Kali ini klip rakaman memaparkan Rizal Johari, pembantu kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Jeffrey Kitingan.


Adakah video terbaru ini bakal membunuh karier Jeffrey dan partinga STAR? Sama sama kita nantikan. Pengundi kawasan bandar mereka kurang terpengaruh dgn sentimen anti Malaya tetapi lebih kpd integriti pemimpin parti tersebut.


Kata seorang rakan saya di DUN Api Api..” Apa guna pilih parti local jika pemimpinnya korup dan tidak tahu menguruskan negeri. Utk saya bagus pilih parti2 yg mampu bekerjasama dgn kerajaan pusat demi pembangunan ekonomi Sabah.


“ Cukup2 lah Abg si Jeffry dahulu ( Pairin Ketingan ) lakukan kesilapan apabila PBS keluar dari kerajaan hingga Sabah dianggap mengalami zaman gelap ketika itu. Jgn ulangi lagi. Mereka semua hanya pentingkan kuasa yg derita rakyat. Bila berkuasa apa yg mereka buat utk negeri Sabah?”




ANJING NERAKA

 


Aku dah 𝘁𝗮𝗸 𝗵𝗲𝗿𝗮𝗻 dengan kelakuan walaun/walajib/walatok/walabot dan walaraf yang sentiasa 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗬𝗔𝗕 𝗣𝗠𝗫 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺. Sekarang ni apa saja yang PMX buat, semua mereka nak 𝘴𝘱𝘪𝘯.


Tapi semalam aku terbaca komen seseorang ni yang kata insiden 𝗽𝗲𝗻𝗮𝗵𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗳𝗹𝗼𝘁𝗶𝗹𝗹𝗮 𝗦𝘂𝗺𝘂𝗱 itu adalah rancangan DS Anwar yang 𝗻𝗮𝗸 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗵𝗲𝗿𝗼 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮. Dia tuduh PMX rancang semuanya dengan Israel.


Memang sah 𝗮𝗻𝗷𝗶𝗻𝗴 𝗻𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮 (𝙝𝙚𝙡𝙡𝙝𝙤𝙪𝙣𝙙).


Flotilla ni bukan benda baru. Sebelum ni dah berbelas atau berpuluh atau mungkin beratus flotilla yang telah dilancarkan. Namun sebelum ni tak dapat perhatian begini hinggalah 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗮𝘂𝗻𝗴𝗻𝘆𝗮.


Belum ada pemimpin utama mana-mana negara yang berani ambil risiko untuk menyokong flotilla begini. Jadi bila DS Anwar jadi penaung, 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝘁𝗲𝗿𝘁𝘂𝗺𝗽𝘂 pada usaha kali ini.


Penglibatan pemimpin seperti DS Anwar ini penting kerana selain daripada menjadi 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗸𝗮𝗿 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁, ia juga akan membuatkan Israel lebih berhati-hati. Tambah lagi DS Anwar terkenal sebagai 𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴. Jika Israel kasari rakyat Malaysia, kecaman pada mereka pasti akan lebih teruk. Israel sebenarnya pentingkan reputasi mereka. 


Peserta flotilla semua tahu risiko ditahan pengganas Zionis. Mereka tak takut pun sebenarnya. Mereka rela ambil segala risiko demi 𝗺𝗶𝘀𝗶 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗻𝘂𝘀𝗶𝗮𝗮𝗻.


Matlamat utama memang untuk selamatkan rakyat Gaza yang 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗸𝗲𝗯𝘂𝗹𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗶𝗯𝗮𝘁 𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝗮𝘀 𝗭𝗶𝗼𝗻𝗶𝘀. Tapi sekiranya ditahan, mereka harap penahanan mereka akan 𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮.


Jadi 𝗮𝗻𝗷𝗶𝗻𝗴 𝗻𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮 yang memfitnah DS Anwar yang rancang semua ni, mungkin 𝗺𝗮𝗸𝗵𝗹𝘂𝗸 𝗮𝘀𝗶𝗻𝗴 yang baru jejak ke bumi. Sebab kalau duduk dalam gua pun pasti tahu segala cerita ni.


Ataupun baru sampai dari neraka. Sebab tu aku gelar mereka 𝙝𝙚𝙡𝙡𝙝𝙤𝙪𝙣𝙙 (𝗮𝗻𝗷𝗶𝗻𝗴 𝗻𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮).


Nak benci DS Anwar, tak ada masalah. Itu memang hak masing-masing. Tapi jangan fitnah. Lagi penting, jangan tunggang isu Palestin demi mencapai 𝗰𝗶𝘁𝗮-𝗰𝗶𝘁𝗮 𝗱𝗮𝗷𝗮𝗹 kamu.


Kalau pun tak nak beriman dengan ayat Quran yang melarang fitnah, setidaknya adalah sedikit nilai moral dalam diri tu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



APA LA KO NI? SEKOLAH KA TIDAK


 

KENA JOIN PULAK

 Che Ibrahim


Nampak pesen kena pakat ngayak emas pula, tak tahan dok main kena curi depan mata sokmo..





TINGGALKAN HADI AWANG


 

Manisnya hudud


 

AHLI MATEMATIK YANG KINI BERDIAM DIRI

Saja Viral.



 Sekilas pandang macam gelandangan tetapi bukan!





Inilah Grigori Yakovlevich Perelman, seorang ahli matematik genius yang berjaya menyelesaikan salah satu masalah paling sukar dalam sejarah. Seorang blogger Rusia merakam gambarnya di metro St. Petersburg, memperlihatkan dirinya berambut kusut, berjanggut tebal dan memakai kasut lusuh..penampilan yang mungkin membuat orang menyangka dia seorang pengemis.


Perelman pernah ditawarkan hadiah bernilai USD1 juta oleh Clay Mathematics Institute kerana berjaya menyelesaikan Poincaré’s Conjecture, namun dia menolak ganjaran itu dengan berkata: “Kalau penyelesaian itu benar, pengiktirafan tambahan tidak perlu.” Hingga kini, Poincaré’s Conjecture kekal sebagai satu-satunya masalah Millennium Prize yang telah diselesaikan.


Masalah matematik Poincaré’s Conjecture ini pada mulanya dicadangkan oleh Henri Poincaré pada tahun 1904 dan ianya salah satu masalah besar dalam matematik, khususnya dalam bidang topologi (kajian bentuk ruang). 


Masalah ini akhirnya berjaya diselesaikan selepas hampir 100 tahun kemudian oleh Grigori Yakovlevich Perelman pada tahun 2002-2003.


Walaupun dianggap antara ahli matematik terhebat zaman moden, Perelman yang kini berusia 59 tahun memilih untuk menjauhkan diri daripada dunia akademik dan hidup dalam keadaan sederhana dan terasing. Dia berhenti dari jawatan penyelidik di Institut Steklov sekitar tahun 2005–2006 dan tidak lagi aktif dalam persidangan atau kolaborasi akademik.


Dia dikatakan tinggal di apartment kecil dan membeli barang runcit murah, menjalani rutin harian yang sangat minimum.. dan dia lebih suka untuk tidak diganggu. Tidak dapat dipastikan sama ada dia masih aktif memikirkan matematik atau tidak, kemungkinannya mungkin ada tetapi tidak diterbit atau dikongsi...




SENDIRI BUAT SENDIRI NAK TANGGUNG KATANYE.

 Ustaz Al Asri


Kerajaan Negeri Terengganu ni bolehla kita panggil Kerajaan masturbasi Syiok sendiri.





Sendiri mohon semakan tarif..


 Sendiri naikkan tarif lepas tu 


Sendiri jadi hero bagi subsidi.



JIRAN GAH DAPAT ANKA

 



Jiran sana baru dapat TAI ANKA udah bermula berbanding dengan apa berbeza mereka TAI ANKA dan kita 


Takpe kita sahaja post bagi mereka tahu 


Korang tak kacau kita pun x kacau korang