PIANG...PATUT LA...
MACAM MACAM
Che Ibrahim
Sabit orang kata bila benci gat segala maknika tak kena belaka, bila sayang, kentut kepal dia kata wangi, kurap panau dia kata bunga kulit...
BINGAI PUNYA WALAUN.
Satu benda yang paling saya tak faham, apa masalah kalau PMX pakai apa pun, banyak lagi benda lain boleh kritik.
Tapi punya tak ada isu, nak cari isu boleh semberono tak buat due diligence.
Seperti biasa bila dah kantoi, terus delete tak ada permohonan maaf.
Memang SOP Ahli Parlimen parti lebai macam ini, dan bila teringat mereka ini di bayar elaun menggunakan duit cukai rakyat adalah satu pembaziran yang nyata.
Edit. Dia baru buat permohonan maaf
https://www.facebook.com/share/p/14MDB1Nznmd/
MMMS
DIA TAK DAK KERJA.
SIANG MALAM DOK SURUH ORANG LETAK JAWATAN. AKHIRNYA ZAMAN DIA DIA SENDIRI LETAK JAWATAN.
DIA DOK KALUT LA NI BILA ANWAR SURUH ANAK ANAK DIA ISTIHAR HART.. TU DIA DIK KALUT. MERACAU SIANG MALAM.
KETERBUKAAN KERAJAAN MADANI.
Ridwan Abu Bakar
Kerajaan Madani hari ini amat terbuka dan memberikan kebebasan 'bercakap', ambil contoh dalam hal dakwah dan juga program keagamaan di saluran rasmi kerajaan sama ada di bawah Fahmi Fadzil (RTM) atau Dr Mohd Naim (TV Al Hijrah), antara 'muka' yang paling dan agak kerap diberikan ruang dan peluang adalah Asatizah PAS atau yang cenderung PAS, "sampaikan pandangan anda !, tanpa sekatan" , demikian terbukanya Hal Ehwal agama dalam kerajaan MADANI ini.
Tiadakah Asatizah yang cenderung MADANI? Ada, mereka akan muncul pada masanya nanti, sewaktu bergelut berdepan dengan pemikiran ghuluw PAS seperti Fadhli Shaari dan Ahmad Yahya, waktu itu akan adalah 'pahlawan' yang akan berpencak di medan orang ramai.
Dalam gambar² di bawah : antara panel RTM adalah Ustaz Wadi Anuar yang dalam PRN lalu berkempen untuk PN, Ustaz Jefri dan Ust Syed Kadir yang pernah jadi 'Pegawai' Majlis Syura PAS. Malam esok Ustaz Wadi akan beraksi bersama dengan MB NuC, minggu depan 'mungkin' akan bersama Dr Naim pula.
Tegha tu punya terbuka pun, walaun dok kata Islam terancam lagi, kalau terancam sungguh Asatizah PAS la tak berani berkata benar !
RINGKASAN RM13.
Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dibentangkan di Dewan Rakyat menetapkan halatuju pembangunan negara bagi tempoh 2026–2030 dengan peruntukan RM611 bilion.
Ia meneruskan usaha menyusun semula struktur ekonomi dan mengangkat martabat rakyat melalui pertumbuhan yang lebih saksama, berdaya saing dan inklusif.
Antara kandungan utama ialah pelaburan besar serta reformasi dalam pendidikan dan kesihatan, pembangunan wilayah yang seimbang, penyediaan sejuta rumah mampu milik, perluasan program TVET, pendigitalan perkhidmatan awam serta penciptaan lebih sejuta pekerjaan bernilai tinggi.
RMK13 juga memberi penekanan kepada reformasi pasaran buruh, pengukuhan sistem sosial berteraskan nilai MADANI, serta ikhtiar berterusan untuk mengurangkan kos sara hidup dan memastikan tiada kelompok yang terpinggir dalam arus kemajuan.
Usaha melakar semula pembangunan ini menuntut iltizam bersama. Kita tidak hanya mahu bergelar negara berpendapatan tinggi, tetapi mahu kemajuan ini benar-benar dirasai seluruh rakyat dari kota ke desa dalam suasana yang adil, sejahtera dan penuh keyakinan terhadap masa depan.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#RMK13
#MelakarSemulaPembangunan
𝗥𝗠𝗞𝟭𝟯: 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗘𝗞𝗢𝗡𝗢𝗠𝗜
Saya belum sempat menelaah perkataan demi perkataan setiap muka surat dalam dokumen RMK13 yang dibentangkan hari ini.
Namun, berdasarkan ringkasan eksekutif yang saya baca setakat ini, saya gembira kerana hampir 95% dari yang dibangunkan sepanjang proses berjalan sehingga saya meletak jawatan, kekal dalam RMK13.
Semua reformasi besar yang melibatkan perubahan sistem pendidikan, struktur ekonomi, tumpuan kepada perkara-perkara baru seperti agenda negara menua dan membangunkan sektor ketiga - semuanya dikekalkan.
Disamping itu, rekayasa ekonomi yang telah dimulakan sebelum ini - dari NETR, KL20, JSSEZ, “Made by Malaysia”, beralih ke ekonomi berasaskan “consumption powerhouse”, CCUS dan yang telah dibangunkan dan belum diumumkan seperti Zon Pelaburan Pelancongan Khas (STIZ) - semuanya ada.
Begitu juga beberapa hasil kerja kami di Kementerian Ekonomi yang banyak tentangan sebelum ini, termasuklah pelaksanaan “anti red tape act” (ILTIZAM) dan akta mengharamkan amalan Ali Baba, semuanya dikekalkan.
Insya Allah, saya akan ulas satu persatu dalam tempoh seminggu akan datang. Izinkan saya menelaah setiap muka surat terlebih dahulu.
Saya dijangka akan berbahas mengenai RMK13 hari Isnin atau Selasa depan, seterusnya podcast YBM minggu depan (Jumaat, 8 Ogos) saya akan bersama-sama Dr Muhammad Khalid untuk mengupas RMK13 dengan lebih mendalam.
Sepanjang Ogos ini, saya juga akan mengupas sektor/bab satu persatu, untuk berkongsi perkara-perkara dasar yang perlu diketahui rakyat.
Maka selesailah satu tanggungjawab besar yang saya dan rakan-rakan di Kementerian Ekonomi pikul sejak November 2022, iaitu merangka perancangan masa depan yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia.
Saya ucap terima kasih dan tahniah kepada semua warga Kementerian Ekonomi, dari KSU, TKSU-TKSU, pasukan RMK13 hinggalah kakitangan sokongan, yang bertungkus lumus menyediakan dokumen ini selama 20 bulan.
Tugas mereka lebih mencabar akibat ura-ura rombakan yang perlu dibuat di saat akhir.
Alhamdulillah, akhirnya ura-ura itu hanya reaksi politik sahaja, bermakna kepimpinan Kementerian Ekonomi berjaya mempertahankan supaya perancangan jangka masa panjang negara jangan dicampur aduk dengan hiruk pikuk politik.
Habis satu tugas, kita semua ada tugas yang baru iaitu memastikan perancangan ini dilaksanakan dengan cekap, sesiapa pun menjadi kerajaan.
Doa saya rakyat jua yang akan mendapat manfaat di masa akan datang.
Ini nama dia Cikgu Wan Anwar.
Ini adalah cikgu yang kena tumbuk dengan anak murid dia. Dia hanya membantu cikgu lain yg sedang dimarahi anak murid, padahal murid tu yang ponteng kelas.
Dia hanyalah seorang cikgu ganti sementara dan sedang menunggu untuk next test utk jadi cikgu.
Ini adalah biodata Cikgu Tersebut.
• Telah berkhidmat sebagai guru ganti Pendidikan Jasmani dan Kesihatan selama lebih 4 tahun
• Merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jasmani dari Universiti Putra Malaysia (UPM)
• Bekas pelajar Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI)
• Atlet Boling negeri Johor, bekas wakil SUKMA dan MSSM
Saya adalah abang cikgu ini. Kami sudah serahkan kes ini kepada pihak berkuasa dan berharap hukuman yang bersesuaian dan setimpal kepada murid tersebut. Murid tersebut masih muda. Masih ada lagi ruang untuk menabur jasa kepada orang lain.
Semoga anak murid tersebut mendapat didikan yg bersesuaian serta diberikan keinsafan dan menjadi seorang yang berguna untuk masyarakat suatu hari nanti.
Kepada Cikgu Wan Anwar, teruskan menjadi contoh yang baik kepada semua murid dan rakyat Malaysia. Jangan putus asa dengan apa yang terjadi. Semangat dan sokongan semua dari keluarga akan terua bersama adik. InshaAllah..
kredit: RAH FIRD
KAMU TU TAK LEH PAKAI. ASYIK NAK PAW DUIT SAJA.
Che Ibrahim
Masalahnya neraca kezaliman kamu tu tak betul, apa saja yang tidak menguntungkan Pas dianggap zalim, siapa saja yang tidak bersama Pas dituduh jahat/zalim, sama macam khawarij yang anggap orang lain semua tak betul.
AIKKK PARTI LEBAI NAK JOIN KERAJAAN PERPADUAN? WALAUN TAK LEH BLAH
Sorang lagi mungkin akan letak jawatan selepas pembentangan RMK 13 nanti. Tak pela. PAS pun akan join madani tak lama lagi. Jadi yang lain boleh lah pack bag masing masing ye. Adala jawatan nanti nak bagi kat PAS.
Memandangkan Pas Kelantan kuat sangat desak PMX turun.
Sham Ghaz
Memandangkan Pas Kelantan kuat sangat desak PMX turun.
InsyaAllah Anwar Ibrahim akan turun ke Kelantan 9 Ogos 2025 ni.
Mmg politik matang sungguh, haritu ke Terengganu, lepas tu ke Kedah, kalini ke Kelantan.
Jemput maghi belaka.
𝗔𝗧𝗠 𝗨𝗥𝗨𝗦 𝗚𝗘𝗡𝗖𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗡𝗝𝗔𝗧𝗔: 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗟𝗜𝗕𝗔𝗧?
Bila Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tampil mengetuai rundingan damai antara Thailand dan Kemboja, ada netizen persoalkan :
🤔“Kenapa kita sibuk jaga hal negara orang?”
🤔“Apa kaitan kita dengan pergaduhan di sempadan negara lain?”
Soalan itu wajar. Tapi mari kita faham apa yang sebenarnya berlaku dan kenapa Malaysia tidak boleh hanya duduk berdiam diri memerhati dari jauh.
1️⃣ KONFLIK SERANTAU = RISIKO KEPADA MALAYSIA
Jika jiran gaduh, kita takkan selamat.
Contohnya:
📛 Konflik sempadan boleh cetuskan pelarian lari masuk ke Malaysia.
📛 Laluan perdagangan boleh terganggu – harga barang naik.
📛Pengganas, penyeludup senjata, dadah dan manusia ambil peluang menyorok di sempadan kita.
Kita bukan saja berkongsi sempadan darat dengan Thailand, tapi juga jalur maritim yang sama dengan negara-negara ASEAN. Bila kawasan itu bergolak, ianya akan turut memberi kesan langsung pada keselamatan dan ekonomi kita.
2️⃣ MALAYSIA SEBAGAI PENGANTARA AMAN : PERANAN DIPERCAYAI
Malaysia dihormati kerana berkecuali dan adil.
Bukan kali pertama kita jadi ‘orang tengah’:
🇲🇾 Rundingan Damai Selatan Thailand.
🇲🇾 Misi Keamanan di Filipina Selatan.
🇲🇾 Peranan besar dalam ASEAN Political-Security Community.
Bila Malaysia bersuara, negara jiran dengar. Bila ATM duduk sekali di meja rundingan, ia beri isyarat tegas bahawa kita mahu rantau ini kekal aman.
3️⃣ ATM BUKAN MAHU BERPERANG, TAPI BERDAMAI
Ini bukan misi ketenteraan. ATM tidak hantar detasemen tentera untuk berperang, mereka hantar ketua untuk berunding.
Panglima Angkatan Tentera Malaysia bukan bawa senjata, tapi bawa kepercayaan dan diplomasi.
Malaysia tunjuk teladan bahawa tentera juga boleh menjadi duta keamanan.
4️⃣ MELINDUNGI KEPENTINGAN ASEAN DAN MASA DEPAN ANAK CUCU KITA
Malaysia sebahagian daripada ASEAN. Jika ASEAN gagal urus konflik jiran, kuasa luar berpeluang dan akan masuk campur. Jika perkara ini berlaku, kita akan hilang kawalan ke atas tanah air sendiri.
Menjadi negara aktif dalam keamanan serantau bukan sekadar strategi, malah ianya pelaburan jangka panjang untuk masa depan generasi kita.
5️⃣ JADI, PATUTKAH KITA PEDULI?
Ya!
Sebab bila rumah jiran terbakar, jangan tunggu rumah sendiri hangus akibat terkena api dari rumah jiran.
Malaysia perlu berada di hadapan:
✅ Untuk lindungi sempadan
✅ Untuk elak kemusnahan merebak
✅ Untuk jaga kestabilan yang susah kita bina selama ini
🇲🇾 𝗔𝗧𝗠 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗠𝗘𝗥𝗔𝗠𝗣𝗔𝗦, 𝗧𝗔𝗞 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡𝗖𝗔𝗠 — 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗨𝗞𝗔𝗡
ATM bukan sengaja sibuk jaga tepi "kain orang",
tapi ingin memastikan angin ribut tidak merosakkan "bumbung kita" sendiri.
#AngkatanMasaHadapanBentengPertahananNegara
#PengorbananTidakBertepiNyawaSebagaiTaruhan
#KedaulatanNegaraTanggungjawabBersama
#ATMSentiasaBersepadu
#DutyHonourSacrifice
BILA HATI TELAH HITAM. PANGGIL SAJA TOK ADI SELESAIKAN.
Mukhlis Eddie
Munafiq versi premium
Bila mulut lebih laju dari akal, beginilah jadinya. Parti kononnya jaga Islam, tapi perangai sendiri langgar semua nilai Islam.
INGAT DUIT KERAJAAN MAK BAPAK HANG PUNYA KA ? KIOK . AKAI TAK DAK.
Mukhlis Eddie
Pondok tak berdaftar, akaun tak diaudit... tapi nak duit kerajaan? Hang ingat ni tabung mak pak hang ka? Ini duit rakyat, bukan hasil kutipan tabung Jumaat pondok hang tu.
Nak bantuan rasmi, ikutlah saluran rasmi. Daftar elok-elok. Tunjuk akaun, telus dalam urus tadbir. Jangan pakai jubah tapi perangai macam lintah agama.
Tak cukup dengan tu, guna nama "agama" untuk tekan kerajaan. Tapi bila disuruh lapor dan audit, semua senyap macam tikus masuk celah serban.
p/s mcm mana dia blh ceramah d Perak? Ada tauliah ka ?
PERLU GESA ISTIHAR HARTA. JIKA TIDAK DITUDUH MEREKAYASA. MAKLUMAT DAH ADA.TAPI BIAR ISTIHAR HARTA DENGAN SEJUNURNYA SEBELUM DIKENAKAN TINDKAN
ASYIK GESA ANAK2 TUN ISYTIHAR SUMBER KAYA HANYA KERJA BUANG MASA, PM PATUT SEGERA DAKWA MEREKA
31 July 2025
Dalam isu kekayaan anak-anak Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri sebaiknya berhenti daripada terus membuat gesaan terbuka agar mereka mengisytiharkan kekayaan yang dimiliki dan seterusnya menyerahkan kembali kekayaan dimiliki kepada kerajaan.
Entah untuk kali yang ke berapa, ketika di Indonesia baru-baru ini, Anwar Ibrahim sekali lagi membuat gesaan yang sama.
Menurut beliau, anak-anak bekas Perdana Menteri itu perlu menjelaskan sumber kekayaan masing-masing dan membayar semula wang kepada kerajaan.
Dalam temu bual bersama wartawan Indonesia, Najwa Shihab di Jakarta, Anwar berkata, pendedahan kekayaan luar biasa oleh kedua-dua anak Tun Mahathir menimbulkan persoalan yang perlu dijawab, khususnya kerana ia membabitkan jumlah yang besar.
Gesaan seperti itu, biar seribu kali lagi pun dilakukan, ia tidak akan berjaya dan hanya kerja buang masa kerana tiada mana-mana orang sedia berbuat demikian.
Seperti seseorang yang diperkatakan ramai kononnya didakwa melakukan sesuatu kesalahan, tidak mungkin mereka sedia mengakuinya secara sukarela.
Mereka hanya akan mengaku jika ditunjukkan bukti-bukti yang tidak mampu dielak lagi dan selepas itu barulah boleh dibawa ke muka pengadilan.
Begitu juga dalam kes kekayaan anak-anak Tun Mahathir, apa yang kerajaan patut lakukan ialah dakwa mereka ke mahkamah jika sudah mempunyai cukup bukti.
Tak perlu bising-bising lagi sama ada di di dalam dan luar negara kerana Anwar kini adalah individu paling berkuasa di negara ini.
Dulu sebelum ada kuasa bolehlah membuat gesaan seperti itu.
Lagi pula, bukankah dua anak Tun Mahathir iaitu Mirzan dan Mokhzani telah pun selesai melakukan pengisytiharan harta kepada SPRM pada awal tahun ini?
Kedua-duanya mengisytiharkan harta bagi membantu siasatan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata pada 21 Januari lalu dipetik sebagai berkata, kedua-dua mereka telah selesai membuat pengisytiharan harta termasuk pegangan aset, saham dan sebagainya selepas notis dikeluarkan oleh SPRM.
Azam seterusnya berkata, beliau berpuas hati dengan pengisytiharan kedua-dua anak Tun Mahathir itu.
Dalam pengisytiharan itu, Azam menjelaskan, Mokhzani mempunyai jumlah aset keseluruhan kira-kira RM1 bilion, antaranya aset peribadi berjumlah RM360 juta selain beberapa aset, pegangan saham dan liabiliti yang ditanggung.
“Bagi Mirzan pula, beliau mempunyai keseluruhan harta berjumlah RM246.2 juta, termasuk aset peribadi sebanyak RM120 juta, saham, liabiliti yang ditanggung dan lain-lain aset,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
Kenapa tidak digunakan saja hasil siasatan dan pengisytiharan kepada SPRM itu untuk mendakwa anak-anak Tun Mahathir di mahkamah?
Soalnya ada bukti atau tidak kekayaan mereka itu diraih secara haram?
Kalau ada bukti, dakwalah segera di mahkamah untuk ditentukan bersalah atau tidak.
Jika tiada bukti, elok tutup sajalah cerita itu dan jangan dijadikan bahan sembang lagi.
Negara kita kan ada undang-undang? – ShahbudinHusin 31July2025.
https://shahbudindotcom.net/2025/07/gesa-anak2-tun-isytihar-sumber-kaya-hanya-kerja-buang-masa-pm-patut-segera-dakwa-mereka/
Anwar Membentangkan RMK 13 di Parlimen
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Bangunan Parlimen untuk membentangkan RMK 13 pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat, Parlimen.
#RMK13 #MalaysiaMadani
Foto : Malaysia Gazette
KONONNYA NAK NGANJING ANWAR...DIA BUAT CALL JUGA SEMBANG NGAN SANUSI. NEGERI BESAQ KELEMBOI , NAK URUS PUN ALAHAI. DAH TU ADA TERPALIT RASUAH.
TELEFON: BEZA ANWAR DAN MB PERLIS
Beza benar kualiti kepimpinan antara tokoh bertaraf kampung dengan negarawan bertaraf dunia.
Dato Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, berdiri di kelasnya yang tersendiri. Seorang pemimpin yang diuji, diuji, dan diuji — lalu dibuktikan sejarah bahawa beliau bukan calang-calang.
Lalu datang MB Perlis, Dato Mohd Shukri Ramli, mahu menyindir?
Nak sindir siapa tu, Tuan?
Nak mengurus satu negeri yang tiga kali lebih kecil daripada Parlimen Kuala Krai pun tak cukup bajet, tapi yakin untuk menyindir orang yang sedang urus negara.
Saya pernah bertanding di Kuala Krai — kawasan Parlimen yang saiznya hampir tiga kali ganda Perlis. Wakil Pakatan Harapan. Kami tahu apa yang kami bawa.
Kamu urus Negeri Perlis dah sampai mana dah? Setara mana?
Kalau kami menang negeri dan Parlimen masa itu, berikut adalah perancangan yang kami nak laksanakan. Ini bukan omong kosong. Ini strategi pembangunan negeri dengan roh dan ilmu. Saya kongsi sikit ja;
1. Hutan Simpan Jadi Taman Negeri Eco-Tourism Bertaraf Dunia
Kami nampak potensi luar biasa dalam kawasan hutan simpan Kelantan.
Semua hutan simpan yang ada nilai, kami nak gazet sebagai Taman Negeri, jadikan sebagai pusat eco-tourism antarabangsa.
Bukan ditebang sampai gondol, bukan dijual untuk lombong.
Kami nak naikkan nilai tanah dan hasil melalui pelancongan berasaskan alam.
Pulangan kewangan jauh lebih tinggi daripada hasil balak.
Saya sendiri pernah menang anugerah kebangsaan dalam bidang eco-tourism.
Hutan Simpan Gunung Stong?
Itu hasil kerja Dato’ Husam Musa dan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA). Paperwork asal pun saya sempat baca.
2. Tanah Kelantan Untuk Rakyat, Bukan Untuk Tauke
Kawasan hutan yang telah dilicinkan oleh kerajaan PAS sekarang — kami nak buka jadi Tanah Rancangan rakyat, seumpama Felda, Felcra, Kesedar.
Kami nak beri 10 ekar seorang untuk rakyat miskin — siap tapak rumah, air dan elektrik.
Tanam durian Musang King.
Jadi tuan tanah di tanah sendiri.
Miskin tegar dapat di atasi, rakyat takda rumah ada rumah, takda kerja ada kerja.
Tapi apa berlaku sekarang?
Ada syarikat boleh dapat 10,000 ekar terus, dengan pajakan 66 + 33 tahun — 99 tahun?
Beratus ribu ekar telah diluluskan.
Lepas ni anak cucu mereka nak hidup di mana?
3. Tanah Sawit: Tamat Pajakan, Ambil Balik Tanah. GLC Urus dan bangunkan Sendiri
Semua tanah sawit yang tamat pajakan, atau baru nak dibuka, akan diambil balik 100% oleh Kerajaan Negeri.
GLC Negeri urus sendiri.
Bukan bagi kepada kroni atau tauke luar.
Pas makan komisyen RM500 seekar betul ke?
Mudah sangat — soalnya cuma: nak atau tak nak?
Perbadanan Ladang Rakyat Kelantan tu, apa jadi?
Tanah banyak dapat, hasil sumbangan berapa juta kepada kerajaan negeri?
Jangan tanya soalan, kalau tak sanggup jawab angka.
4. Lombong & Mineral: Urus Sendiri, Bukan Diserah ke Luar
Emas Kelantan sekarang?
Syarikat China korek, bawa ke Singapura.
Kelantan dapat royalti ciput.
Kenapa tak GLC sendiri yang urus?
Teknologi boleh import. Modal boleh usahakan.
Setakat nak jana ratus juta setahun? Saya berani jamin.
Belum lagi kira REE yang dirompak kot pintu belakang sekarang.
Saya tak kisah pun saya kalah haritu. Deposit pun bukan besar mana.
Tapi yang saya risau — nasib negeri saya sendiri.
Tanah negeri makin terhakis, makin banyak yang dah dipajak 99 tahun, sampai ratus ribu ekar.
Anak cucu generasi masa depan macamana?
Kita tak mahu Kelantan jadi macam negeri lain. Saya sayang Negeri saya.
Lalu highway, kiri kanan penuh ladang sawit — semua dah jadi milik syarikat besar dan tauke-tauke.
Rakyat kampung hanya jadi pemerhati. Pekerja ladang.
GLC negeri dulu — anak syarikat PMBK Sawit yang Dato’ Husam tubuhkan, pernah sumbang RM50 juta setahun kepada kerajaan negeri.
Sekarang? Bungkus dan tutup.
Sebab pemimpin yang tak reti urus naik,
pemimpin yang ada wawasan, dijatuhkan.
Lebuhraya Negeri?
Satu idea yang orang tak sangka boleh dibuat oleh kerajaan negeri — tapi Husam dan TGNA pernah rancang dan boleh buat. Saya pernah lihat paperwork tu, sangat brilliant!
Lepas mereka jatuh, kerajaan baru buang syarikat asal, tukar lain.
Akhirnya lebuhraya tu tak jadi sampai sekarang.
Kena minta duit kerajaan pusat pula.
Kalau lebuhraya pun tak mampu urus,
nak harap urus sawit, lombong dan eco-tourism?
NAFAS dulu rugi RM40 juta.
Kami dilantik oleh arwah Dato’ Salahuddin Ayub jadi Penasihat Menteri dan Ahli Jemaah Pengarah NAFAS
Kami urus, setahun kemudian tunai RM876 juta.
Hutang RM3.1 bilion dikutip semula. Kami jugalah buat forensik audit. Semua fail dalam tangan masa tu.
Berasap.
Kelantan ni kecil saja.
Tapi impian kami, anak muda — besar.
Kami nak jadikan Kelantan seperti Sarawak sekarang.
Naik mencanak.
Kalau boleh, potong Selangor.
Kelantan kecil.
Perlis? Lagi kecil. Macam ciput.
Tapi bila dengar sembang pemimpin PAS…
Nada besar. Tapi bila diberi kuasa, kelam kabut urus negeri. Semua KDNK tercorot dan kadar kemiskinan tertinggi kerana sibuk berpolitik daripada bangunkan Negeri.
Saya tulis ni sekadar catatan kenangan.
Tengok gaya MB Perlis dan YB-YB PAS lain — rasa nak senyum je. Terutamanya Exco yang kita kenal sejak dia belum jadi Exco lagi.
Macam tu juga Dato Seri Sanusi di Kedah, kita kenal dia sebelum dia jadi Setpol arwah Ustaz Azizah lagi.
Dulu lepas tamat universiti, dipanggil balik kerja oleh arwah TGNA.
Sempat kerja 9 tahun bawah dagu mereka, terutamanya Dato’ Husam, Dato’ Saifuddin, Dato’ Salahuddin Ayub.
Syukur. Dapat cedok ilmu. Sikit-sikit pun, cukup untuk tempias.
Al-Fatihah buat arwah TGNA dan Abang Din Ayub.
Terima kasih atas ilmu dan kepercayaan.
Moga kita semua bertemu di syurga. Insya-Allah.
Sekarang kita buat kerja kita saja.
Nak biar puak PAS urus negeri sampai hancur, silakanlah.
Rakyat dah pilih. Maka tanggunglah.
Kita sokong dan bantu PMX julang nama Malaysia lebih maju ke depan.
Syam Ghaz
DIA BUAT OK..ORANG LAIN BUAT SALAH.
CnP
Masa kena ke puak dia.
Masa dia buat ke orang lain.
Itu istimewanya parti lebai.
Orang lain tak boleh, tapi dia boleh.
Halaluna waharamukum.
Sekejap aje Allah nak tunjuk.
PM ANWAR IRINGI YDPA
Saya dan Azizah mengiringi KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah ke majlis bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Negara bersama-sama anggota pasukan keselamatan dan orang ramai sempena sambutan Hari Pahlawan tahun ini.
Saya turut mengiringi Baginda Tuanku meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman bersama jemaah yang hadir.
Jasa dan pengorbanan pahlawan dan perwira kita, pastinya akan dikenang dalam lipatan sejarah sebagai momen penting dalam memastikan keamanan, keselamatan dan keharmonian negara terus kukuh serta dipertahankan.
Semoga Allah menempatkan para pahlawan dan perajurit yang telah berkorban darah dan nyawa demi keamanan tanah air dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
#MalaysiaMADANI
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja

























































