Najib dan menteri akhirnya tunduk, setuju rekonsiliasi nasional diterajui Anwar
Syukur Alhamdulillah akhirnya asakan demi asakan membuahkan hasil dan
diharap idea baru dari PR akan membuahkan hasil polisi negara yg lebih
baik bersih cekap dan adil berbanding sekarang penuh kerahsiaan dan
memualkan. Tambah rekod buruk menterinya samada dari segi diplomasi dan
siasah serta strategi politik yg lintang pukang lagi kampungan lagaknya
yg sering menjadi mangsa parodi gags dan troll di media sosial.
Ana Ghoib keep your enemy closer…namun kerosakan sudah dilakukan dan ada yg perlu dihukum juga.
Tahniah Najib atas keberanian spt dilaporkan oleh
The Malaysian Insider di bawah:
Putrajaya akhirnya menyambut pelawaan Pakatan Rakyat (PR) apabila
bersetuju mengadakan rekonsiliasi nasional dengan gabungan pembangkang
tersebut, kata Datuk Seri Najib Razak (gambar) hari ini.
Keputusan tersebut dicapai selepas perdana menteri selesai berbincang dalam satu mesyuarat Kabinet hari ini.
“Dalam mesyuarat Kabinet hari ini, menteri saya dan saya meneliti
rancangan untuk menubuhn dan mempromosikan suasana yang kondusif dan
membantu mempromosikan rekonsiliasi nasional menerusi perpaduan dan
konsensus dalam negara,” kata Najib dalam satu kenyataan hari ini.
Najib menggariskan empat perkara dalam rekonsiliasi nasional tersebut
dan akan bertanggungjawab sebagai ketua dalam mencapai matlamat demi
kebaikan untuk negara.
“Rancangan rekonsiliasi nasional itu akan berasaskan empat kunci
utama iaitu sosial, politik, kerajaan dan hubungan antarabangsa dan
melihat pada masa depan, saya akan mengetuai pelaksanaan perubahan ini
dengan harapan membawa semua rakyat Malaysia berada dekat antara satu
sama lain,” kata Najib.
Najib juga yakin PR akan menyambut cadangan tersebut terutamanya selepas Ketua Pembangkang
Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat tawaran sama baru-baru ini.
“Saya terharu dengan gesaan pembangkang yang
mencadangkan satu konsensus dan saya yakin mereka akan mengalu-alukan
perkembangan terbaru ini,” katanya.
Bagi memastikan cadangan rekonsiliasi nasional tersebut
dicapai, Najib menggesa semua pihak perlu bersedia berhenti daripada
menyebarkan penipuan dan fitnah, serta menghentikan politik kebencian.
“Bagi semua mencapai ini, kita semua perlu berhenti menyebarkan penipuan dan fitnah, seterusnya menghentikan politik kebencian.”
Selain itu, Najib juga berharap cadangan tersebut akan membawa hasil yang positif kepada generasi masa depan negara.
“Kita mesti bekerja ke arah Model Perpaduan Sosial bagi memastikan
perpaduan kekal sebagai objektif bersama bagi generasi masa depan
negara,” katanya.
Bagaimanapun, Najib menegaskan rekonsiliasi nasional tersebut
bukanlah sebuah pembentukan kerajaan perpaduan tetapi sebaliknya
membuktikan keterbukaan kerajaan dalam mencapai kesepakatan dalam
perkara tertentu.
“Ingin saya tegaskan di sini, rancangan ini bukan termasuk pembentukan apa-apa kerajaan perpaduan.
“Namun, kita mesti melihat untuk menjadi lebih inklusif dalam aktiviti dan majlis,” katanya.
Langkah pertama ke arah komitmen rekonsiliasi tersebut akan bermula
dengan penubuhan jawatankuasa bi-partisan di Parlimen, kata Najib.
“Kami terbuka untuk berbincang dengan semua parti dan boleh gunakan
Parlimen termasuk penubuhan jawatankuasa bi-partisan untuk berbincang
mengenai isu melibatkan perpaduan nasional,” katanya.
Najib juga mengalu-alukan semua rakyat Malaysia untuk menyokong rekonsiliasi nasional tersebut.
“Dalam beberapa bulan ini, kamu akan lihat perubahan yang akan
menjadikan Malaysia lebih kuat, lebih bersatu dan menjadi negara yang
lebih kohesif.
“Saya jemput semua rakyat Malaysia untuk bersama dalam pelayaran ini,” katanya.
The Malaysian Insider melaporkan hari ini Najib akan memulakan
langkah untuk mempertahankan diri daripada serangan pengkritik yang
tidak henti-henti menyerangnya sejak bulan lalu selepas pemilihan Umno
pada Oktober.
Difahamkan presiden Umno itu akan mengadakan pertemuan dengan ketua
bahagian, pemberi pendapat dalam parti dan penyokongnya untuk menangani
kritikan yang dilemparkan terhadap kepimpinannya oleh Tun Dr Mahathir
Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan beberapa veteran parti yang lain.
Najib dijangka menggariskan apa yang beliau percaya sebagai motif di
sebalik semua serangan di ruang siber, hampir serupa dengan kempen yang
akhirnya menyebabkan Tun Abdullah Badawi melepaskan jawatannya pada
2009.
Ahad lalu, Anwar sekali lagi mengulangi tawaran konsensus nasional
dan Najib memberikan reaksi positif apabila berkata perkara tersebut
akan dibawa berbincang ke Kabinet.
Selepas pilihan raya umum ke-13 di mana BN mendapat keputusan paling
buruk dalam sejarah, pentadbiran Najib dilihat bergelut menangani
hubungan antara kaum dan agama dalam negara dan diburukkan lagi dengan
kenaikan harga barang.