MN PENYATU ORANG MELAYU ADALAH PENIPUAN PARTI CAP AGAMA
Oleh Zolkharnain Al-Abyadhi
Berbeza parti politik tidak bermakna orang Melayu berpecah. Bagi orang parti cap agama, setelah masuk MN, orang Melayu dianggap sudah bersatu, tidak lagi berpecah. Bagi parti itu, MN penyatu Melayu. Poorraahhh...!
Berbeza parti politik tidak bermakna orang Melayu berpecah. Jika berbeza parti politik dianggap berpecah, maka sampai kiamat orang Melayu tak bersatu. Cuba beritahu, semenjak bila orang Melayu pernah bersatu jika logik lebai parti cap agama dipakai?
Katakan orang Melayu dalam MN ada sejuta orang, macam mana dengan 20 juta orang Melayu di luar MN? Takkan sejuta orang dianggap bersatu sementara 20 juta orang dianggap berpecah? Matematik apa lebai guna?
Penyatuan orang Melayu tidak berlaku melalui MN kerana, dalam konteks bernegara, penyatuan berlaku dalam kalangan orang Melayu bahkan dalam kalangan rakyat melalui penghayatan Rukunegara.
Jika orang Melayu menghayati Rukunegara, dalam parti manapun orang Melayu berada, mereka bersatu. Dakwaan kononnya orang Melayu bersatu dengan kewujudan MN adalah dongeng yang dibawa oleh pemimpin parti cap agama untuk menghalalkan keselingkuhan parti itu dengan kleptokrat.
Setelah lebai jual agama, kononnya kalau parti cap agama jadi kerajaan hudud akan dibuat, penyebab kematian Adib akan ditangkap, pramugari diwajib tutup aurat dan RUU 355 dipinda, dan jualan itu nampaknya tak laku, lebai beralih jual Melayu pula.
Konon-kononnya parti cap agama pimpinan lebai menyatukan orang Melayu, padahal lebailah hakikatnya pihak yang menjahanamkan Melayu melalui fahaman takfiri. Lebai lupa itu semua? Bukankah dulu lebai lawan Umno kerana kononnya Umno parti asabiah Melayu, kini lebai tampil jadi pejuang Melayu pula?
Sudah-sudahlah lebai bermain dengan retorik Melayu dan agama. Orang Melayu tidak berpecah kerana berbeza parti politik dan MN bukan penyatu orang Melayu. Bahkan orang Melayu tak perlukan MN untuk bersatu kerana orang Melayu berada dalam negara yang punya Rukunegara.
Parti cap agama sudah kehabisan modal politik. Gayutan mereka kepada Muhyidin semakin rapuh, menunggu masa untuk runtuh. Sementara boleh bertongkat, disambarlah sana-sini pelbagai tongkat dan tongkat terakhir adalah tongkat Melayu.
Kesian orang bukan Melayu dalam parti cap agama. Di depan mereka lebai bercakap soal kemanusiaan merentas bangsa, tetapi di belakang mereka lebai mainkan sentimen Melayu.
Saranan Ku Li supaya Umno mengkaji hubungan politik dengan parti cap agama merumuskan bahawa Ku Li tahu sandiwara politik parti itu. Ku Li bukan kenal parti cap agama sehari dua macam lebai yang baru masuk parti itu tahun lepas, tapi Ku Li dah masak dengan sandiwara lebai parti itu.
#GambarSebagaiHiasan
WALAU SAYA DIGELAR KHIANAT,SAYA RELA TIDAK KHIANAT HARAPAN RAKYAT
Di bawah ini adalah jawapan Najib Razak terhadap kenyataan Ahli Parlmen Arau, Shahidan Kassim yang menyifatkannya akan jadi pengkhianat jika menolak untuk meluluskan Belanjawan 2021.
Shahidan kemudian menjelaskan, kenyataannya tidak ditujukan kepada Najib, tetapi beliau terlepas cakap kerana diganggu semasa menyampaikan ucapannnya.
Walaupun Arau dah jelaskan dia tak maksudkan saya, saya berpendapat bahawa ianya lebih elok untuk saya digelarkan “pengkhianat” jika ini bermakna saya tak khianat pada kehendak dan harapan Rakyat untuk pengeluaran dari akaun 1 KWSP dan lanjutan moratorium pinjaman secara automatik sehingga akhir Jun 2021.
Sedangkan PH dah lama tuduh kerajaan PN penuh dengan pengkhianat dan inj bernakna saya tidak akan berseorangan.
Kedua-dua kehendak dan keperluan yang kita nyatakan sebagai syarat untuk sokong Bajet 2021 adalah soal hidup atau mati bagi ramai yang sangat terdesak pada krisis Covid ini.
Yang tak perlukan, mereka tak berkesan. Tapi yang amat perlukan, ianya mungkin adalah soal hidup atau mati bagi sekeluarga.
Kenapa dan bagaimana kedua-dua syarat boleh dilaksanakan tanpa memberi kesan kepada kerajaan sudah diberitahu saya dalam parlimen minggu lepas.
Sebab itu, ianya lebih elok jika kerajaan penuhi sahaja kedua-dua syarat ini demi kebaikan semua pihak dan ekonomi negara.
Najib Razak, Pengerusi BNBBC/19 Nov. 2020.
—————————————————–
Daripada jawapan Najib ini, apa yang nyata ialah beliau tidak berganjak daripada sokongan bersyarat atau tuntutan yang dibuatnya sebelum ini iaitu kerajaan mestilah membenarkan pengeluaran wang KWSP sebanyak RM10 ribu dan memberikan lanjutan moratorium pinjaman bank selama enam bulan lagi jika mahu sokongan daripada BN.
Jika tidak dipenuhi, Najib dengan jelas menyatakan beliau lebih rela dianggap pengkhianat, asalkan tidak khianat kepada keperluan dan harapan rakyat yang amat memerlukan wang ketika ini.
Maka, apa pilihan Muhyiddin Yassin?
Sediakah beliau bertolak ansur atau rela Belanjawan 2021 ditolak yang bermakna hilang sekali jawatan Perdana Menteri?
Bola kini di kaki Muhyiddin dan Najib sedang menunggu ke mana ia akan disepak.
(Shahbudindotcom 19/11/2020)
AKHIRNYA BELIAU SENDIRIAN KERANA KEMUNAFIKANNYA
W.Fudzin
Mahathir kata beliau kesunyian kerana kawan-kawan lama beliau ramai dah pergi. Sebenarnya, Mahathir tidak akan sunyi jika beliau bersama rakyat dan tidak khianat dengan rakan-rakan yang pernah angkat dia jadi PM kali kedua. Orang munafik,suka menipu dan mungkir janji, memang akan dipinggirkan. Itu pembalasan Tuhan.
Tinggal saya seorang, luah Dr M selepas rakan karib ‘meninggalkannya’
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesedihannya atas kematian rakan karibnya, Khalid Abdullah, yang meninggal dunia baru-baru ini.
Dalam penghormatan di blognya, Mahathir yang merujuk rakannya sebagai Khalid Julong berkata pemergian bekas Adun itu menandakan berakhirnya generasi pejuang Melayu.
“Khalid, Azahari Taib, Khir Johari, Khir Pa’ Awang, Hj Taha, Chegu Senu dan lain-lain sudah tidak ada,” katanya.
“Tinggal saya seorang. Saya sedih. Semua mereka kawan lama. Saya kesunyian.”
CETAK DUIT: ZIMBABWE DAH BUAT, LANGSUNG GUNA DOLLAR AS
Cetak duit: Zimbabwe dah buat, langsung guna dollar AS
Contoh mudah untuk kita faham…
4 orang terkandas di sebuah pulau. Setiap orang ada pisang, epal, oren dan jambu. Dan semuanya ada nilai yang sama.
1 epal = 1 pisang = 1 oren = 1 jambu.
Maka mereka boleh saling bertukar barang secara ‘barter trade’.
Tetiba jumpa satu kebun epal besar di tengah-tengah pulau. Kuantiti buah epal yang sangat banyak tu akan turunkan nilai epal berbanding buah lain.
10 epal mungkin kini sama nilai dengan 1 pisang je.
Sama juga dengan duit. Bila ada lebihan, nilainya akan jatuh. Harga barang pula melonjak.
Tahun 2008, kerajaan Zimbabwe bawah Robert Mugabe (gambar) membuat keputusan untuk mencetak wang yang banyak dan beri kepada rakyat (Helicopter Money) untuk menambah keupayaan membeli dan memulihkan ekonomi mereka.
Hasilnya, HYPERINFLATION…
Ekonomi mereka jatuh menjunam. Matawang Zimbabwe Dollar (ZD) merudum. Harga barangan melonjak tinggi. Rakyat sengsara.
Sampai ke tahap harga barang naik 2 kali ganda setiap 24 jam. Hari ni roti Gardenia RM 2.40, esok jadi RM 4.80, lusa pula jadi RM 9.60 dan seterusnya.
Sampai oang Zimbabwe kena bawa kereta sorong penuh duit untuk beli roti (kisah benar)
Kadar inflasi Zimbabwe meningkat kepada 6.5 sextilion peratus pada Novenmber 2008.
Tak pernah dengar istilah sextilion kan? Ia bersamaan 6,500,000,000,000,000,000,000%
Dari 1 ZD = USD 1.25, hari ini Zimbabwe Dollar dah pupus. Mereka kini hanya guna USD dan Pound Sterling untuk kegiatan ekonomi.
Perkara yang sama pernah terjadi kepada Jerman (1923) dan Hungary (1946).
Kaedah luar biasa ni mungkin sesuai di USA kerana matawang mereka digunakan untuk perdagangan antarabangsa.
Tapi, tidak di Malaysia, dengan kadar Ringgit yang sedia ada sudah lemah berbanding matawang asing, kaedah ini hanya akan melemahkan lagi Ringgit dan memporak perandakan ekonomi negara.
Kesimpulannya, jika cadangan Wan Fayhsal yang maha-genius digunapakai;
Nilai RM 🔻
Inflasi 🔺️
Harga Barang 🔺️
Ekonomi 🔻
Makcik Kiah ðŸ˜
Ni la level Ketua Armada Malaysia, Timbalan Menteri dari parti PPBM.
Bak kata orang Jawa, “Use your brain, not your lutut”.
CETAK DUIT MALAYSIA MENUJU INFLASI TANPA BATAS
Cetak duit Malaysia menuju inflasi tanpa batas
Oleh: Pentadbir
Apek Cina
Dia macam ni, YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan PPBM…
(Saya cuba cakap dalam bahasa semua paham ya, kalau anda baca habis, dapatlah ilmu ekonomi sikit…)
Yang bab YB cadang cetakan duit oleh Bank Negara untuk masalah kewangan sewaktu Covid-19, saya nak cerita sikit pandangan.
Secara amnya Nilai Mata Wang Negara kita ni, disokong oleh 4 benda :
- Simpanan Emas
- Simpanan Mata Wang Asing
- Pengeluaran Negara ( Sumber Asli / Pengeluaran Kilang / Pertanian )
- Fiat (kepercayaan dan keyakinan terhadap Kerajaan yang menetap nilai mata wang)
Apakah maksud ‘disokong’?
Contohnya:
Nilai Ringgit adalah 1 USD kepada 4 Ringgit…
Tiba-tiba, terdapat permintaan terhadap getah di Malaysia. Seluruh dunia nak beli getah Malaysia yang merupakan point ketiga di atas (Pengeluaran sumber Asli).
Kalau seorang dari Amerika nak beli getah Malaysia, dia kena beli Ringgit dahulu. Maka dia akan guna USD untuk membeli ringgit, dan ringgit untuk membeli getah.
Apa akan terjadi? Permintaan Ringgit akan naik mendadak, dan Nilai dia jadi tinggi. Bila Nilai jadi tinggi, maka mula-mula 1 USD boleh dapat 4 ringgit, sekarang hanya dapat 3 ringgit.
Begitu juga sama dengan Nilai Emas dan Nilai Matawang asing.
OK. Sekarang kita paham, ringgit disokong oleh 4 benda di atas.
Sekarang masuk topik tentang cetak duit.
Saya bagi contoh satu lagi :
Andaikata, Malaysia hanya ada
- RM 1,000 di seluruh pasaran
- 1,000 orang rakyat di seluruh negara
- 1,000 bungkus nasi lemak
Maka, setiap orang akan membeli 1 bungkus nasi lemak dengan RM 1.
Kalau kita cetak extra RM 1,000 dan buang ke dalam pasaran, jumlah rakyat sama, jumlah nasi lemak sama, apa akan terjadi?
- RM 2,000 di seluruh pasaran
- 1,000 rakyat di seluruh negara
- 1,000 bungkus nasi lemak
Maka harga nasi lemak akan naik jadi RM 2, dan setiap orang masih hanya mampu beli sebungkus nasi lemak.
Fenomena ini dipanggil “Inflasi yang disebabkan pencetakan duit tanpa disokong“.
Adakah pencetakan duit ini satu benda yang tidak boleh dilakukan dalam teori ekonomi? Tidak…
Saya ambil contoh 1 tadi, permintaan antarabangsa terhadap getah Malaysia naik mendadak.
Nilai ringgit naik. Dulu 1 USD – 4 ringgit, sekarang jadi 1 USD – 3 ringgit.
Apa berlaku? Benda keluaran Malaysia akan jadi lebih mahal. Dulu, kalau seorang warga Singapura nak membeli kereta Proton RM 60,000, dia perlu bayar USD 15,000.
Sekarang, dia perlu bayar USD 20,000 untuk kereta Proton, RM 60,000 yang sama.
Maka export Malysia akan jadi kurang, deflasi akan berlaku. Barang import jadi murah, kita akan beli benda luar negara dan orang luar negara tak mahu beli barang eksport dari Malaysia.
Maka GDP kita akan terjejas, banyak kilang akan tutup sebab tak ada orang mahu beli barang kita.
Masa itu, salah satu cara monetary polisi oleh Bank Negara adalah cetak wang. Permintaan atas ringgit akan diatasi dengan pencetakan wang ringgit.
Ini akan menstabilkan pasaran perdagangan Malaysia dengan luar negara.
Kalau kita cetak duit tanpa kenaikan nilai Emas, tanpa kenaikan nilai simpanan mata wang asing, tanpa kenaikan permintaan atas Pengeluaran Negara, maka hanya satu benda akan berlaku – Inflasi.
Banyak tahu tentang Inflasi di Zimbabwe sampai kertas wang 1 trillion dollar pun tiada nilainya kerana kuat mencetak tanpa disokong.
Sejak Dinasti Song, di mana matawang kertas cetak digunakan, pencetakan mata wang kertas tanpa had (tanpa disokong) telah menyebabkan kebanyakan Dinasti di China kuno runtuh, sampailah Dinasti Ming.
Kalaulah pencetakkan duit dapat selamatkan ekonomi Covid-19, Saya yakin Malysia bukannya negara pertama yang akan melakukannya.
Saya ingat Tok Abah lantik YB jadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan, bukannya Timbalan Menteri Kewangan adalah dengan sebabnya.
Lagipun, kalau boleh pakai, saluran yang betul adalah melalui perjumpaan dengan Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Negara, bukan wawancara dengan BFM.
Sekadar pandangan saya…
KES COVID YANG MAKIN MEMBIMBANGKAN
HAMDAN TAHA
Hari hari menakutkan dan dah nak sama dengan indonesia empat angka setiap hari...
Status Terkini COVID19, 19Nov 2020
Kes sembuh=878
Jumlah kes sembuh=38,132 kes
Kes baharu positif=1,290 kes
(kes import=5 kes tempatan=1,285)
Jumlah positif=51,680 kes
Kes kematian=4
Jumlah kes kematian=326 kes
Kes dirawat di ICU=110 kes
Bantuan Alat Pernafasan=37 kes
22 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA MENYUSUL
SEKARANG KETIKA KAMU BERKUASA KENAPA ISU INI BELUM SELESAI???
SILA TEKAN > UNTUK BERITA AWAL PAGI.
TERIMA KASIH KERANA MEMBERI
SOKONGAN KEPADA WRLR.
POTONG SETAKAT ITU TAK AKAN MENJEJASKAN PUN KEHIDUPAN MEREKA
Saya berharap agar cadangan ini diterima oleh kerajaan.
Saya percaya dan yakin 50% pemotongan gaji pengerusi GLC/GLIC yang dipengerusikan YB tidak akan akan menjejaskan kehidupan mereka. Tidak beri kesan sedikit pun kerana YB-YB ini semua masih ada gaji Ahli Parlimen atau ADUN.
Makanya wang hasil penjimatan ini boleh membantu rakyat di bawah. Sudah sampai masanya pemimpin kerajaan berkorban untuk rakyat.
Cadangan daripada Ahli Parlimen Pandan ini sangat baik dan sangat sesuai dengan keadaan sekarang.
PAC sahkan wujud konflik kepentingan dalam struktur, amalan sedia ada YWP
Pada oleh PENTADBIR
Beberapa ahli Parlimen Kuala Lumpur hari ini menggesa pembubaran Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), susulan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen semalam berhubung transaksi tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Laporan PAC semalam antaranya merumuskan bahawa pengurusan YWP terdedah kepada konflik kepentingan memandangkan Menteri Wilayah Persekutuan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur turut memegang jawatan sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah dalam YWP yang mempunyai urusan pembelian tanah dengan DBKL.
Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, dalam laporan PAC, jelas mengatakan bahawa kerajaan tidak boleh mengaudit akaun urusan YWP kerana yayasan tersebut berdaftar di bawah Akta Syarikat.
“Apa peranan YWP? Tiga yang peranan utama. Satu, sewa atau jual billboard besar di tepi jalan. Kedua, jual tanah kerajaan tanpa tender dan ketiga jual atau sewa petak letak kenderaan.
“Ini semua adalah aset harta kerajaan kenapa hendak bagi satu syarikat yang berdaftar uruskan?” soalnya dalam satu sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.
Yang turut hadir, antaranya, Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai; Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh dan Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun.
Media semalam melaporkan kenyataan PAC bahawa kaedah penyelesaian terhadap 97 transaksi penjualan tanah milik DBKL yang telah terjual sejak tahun 2011 tidak merujuk kepada sebarang prosedur operasi standard (SOP).
Pengerusinya, Wong Kah Woh berkata berdasarkan prosiding dijalankan pihaknya, PAC mendapati proses itu terlalu longgar, terdedah kepada penyalahgunaan kuasa dan kurang melindungi kepentingan DBKL dan warga kota Kuala Lumpur.
Mengulas lanjut, Lip Eng berkata, sekiranya kerajaan mahu membuat kerja kebajikan menerusi YWP, beliau berpendapat, ianya boleh dilaksanakan oleh Kementerian pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) atau Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL boleh mewujudkan satu jabatan khas untuk menguruskan kebajikan komuniti.
“Tidak ada logik langsung bagi satu Yayasan Wilayah Persekutuan untuk menjual tanah, menjual iklan besar di tepi jalan dan menjual sewa letak kenderaan kepada orang awam,” ujarnya.
Sementara itu, Hannah berkata, struktur sedia ada seperti Yayasan Kebajikan Negara di bawah seliaan KPWKM juga membuat kebajikan di Kuala Lumpur.
“Saya rasa tidak sesuai kalau YWP menggunakan nama kebajikan dan buat transaksi yang ada ‘commercial nature’,” katanya.
JASA tidak bawa manfaat kepada rakyat
Pada oleh PENTADBIR
Perdana Menteri dan kerajaan perlu segera memberi komitmen secara terbuka untuk menarik balik peruntukan RM85.5 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) sekiranya kerajaan ikhlas ingin melaksanakan sebuah Belanjawan Perpaduan.
Demikian kata Lim Guan Eng dalam satu kenyataan dikeluarkan Setiausaha Agung DAP itu pada 7 November lalu, sehari selepas pembentangan Belanjawan 2021.
“Bukankah lebih baik RM85.5 juta dibelanjakan untuk sekolah-sekolah daif yang (peruntukannya dikurangkan sebanyak) RM58 juta…
“…atau kemudahan penjagaan kanak-kanak untuk barisan hadapan negara (RM30 juta)?” soalnya.
Semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN), kata Guan Eng, JASA diberikan sekitar RM20 juta setahun sementara Pakatan Harapan (PH) memansuhkan agensi itu sama sekali.
Sementara itu, Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dilaporkan menyoal keutamaan kerajaan memperuntukkan RM85.5 juta untuk menghidupkan semula JASA dalam keadaan rangkaian penyiaran negara RTM didakwa kekurangan dana.
Mantan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu mengusulkan supaya wang awam dibelanjakan dengan lebih baik untuk meningkatkan kemahiran kakitangan menteri sedia ada daripada menubuhkan “unit propaganda” baru.
“Saya bagi contoh RTM, dan saya ingin mengatakan dan tanya kerajaan berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh pekerja ‘piecemeal’ dalam RTM. Kita lihat keadaan di mana bayaran mereka gaji mereka ini lewat kerana kononnya tidak ada dana.
“Tapi di sini kita lihat wang sebesar ini boleh disalurkan untuk kita membangunkan semula Jasa.
“Apakah usaha-usaha ini menggalakkan pekerja yang ada dalam Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) supaya mereka boleh melaksanakan tugas mereka dengan lebih baik supaya kita boleh menguruskan dan membawa maklumat yang perlu kepada seluruh rakyat yang perlu khususnya dalam keadaan sekarang wabak Covid-19,” soalnya seperti dilaporkan Malaysiakini baru-baru ini.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi mencadangkan KKMM memansuhkan hasrat menghidupkan semula JASA dan menggunakan peruntukan sesuai untuk pelaksanaan kempen celik media seluruh negara.
Semasa pentadbiran Pakatan Harapan, jelas beliau, Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang pernah menjalankan kempen tersebut dengan kerjasama institusi pendidikan.
Dengan model yang sama, dan jika peruntukan JASA itu disalurkan, menurutnya, maka seramai 855,000 orang boleh mengambil bahagian dalam kempen celik media tersebut.
“Ini akan melahirkan masyarakat yang cerdik dan celik meneliti maklumat setiap hari.
“Jika KKMM betul-betul berhasrat melawan berita palsu, maka saya sarankan agar Menteri mengambil tindakan ini dan mengembalikan keyakinan kepada rakyat Malaysia,” katanya.
AKU RASA TAK MILLION MESTI BILLION ....
Shahbudin Husin
Woww....woww....boleh tolong detailkan apa pelaburan dan perdagangan yang telah dibawa masuk oleh Hadi Awang sejak dilantik sebagai Duta Khas bertaraf menteri ke Timur Tengah?
SEJAK PN RAMPAS KUASA RATUSAN BILION TELAH DIBELANJA, HASILNYA APA?
Sejak PN rampas kuasa ratusan bilion telah dibelanja, hasilnya apa?
Oleh: Pentadbir
Via WhatsApp
Sejak kerajaan PN haram rampas kuasa mereka telah membelanjakan RM295b utk pakej ransangan ekonomi.
RM 10 billion PENJANA.
RM 35b tambahan yang dipinjam dari sumber tempatan seperti KWSP dalam bentuk bon jaminan. Keseluruhan RM 395billion ini lesap tanpa memberi impak kepada peningkatan ekonomi, mereka menggunakan tanpa bahas dan kelulusan Parlimen dengan alasan Covid19 dan sehingga sekarang Moiiden dan Zafrul tidak pernah membentangkan lagi perincian ke mana duit RM395b ini digunakan.
Dan sekarang kerajaan HaramPN ini nak minta Semua ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang agar sokong budget 2021 yang berjumlah RM 322.5 b ini dengan menggunakan titah sultan untuk sokong agar diluluskan sedang mereka lupa titah YDPA adalah bermaksud perlu dibahas di Parlimen sebelum disokong sebulat suara.
Moiiden pada awalnya cuba menggunakan peningkatan Covid19 yang semakin mendadak alasan di laksanakan Darurat Politik agar mereka tidak perlu bentang belanjawan 2021 ini untuk kelulusan.Syukur atas kebijaksanaan YDPA memanggil mesyuarat tergempar Majlis Raja Raja memutuskan tiada keperluan untuk istihar darurat. Dengan tanpa rasa segan akibat nasihat untuk buat darurat ditolak maka Moiiden dan menteri kewangan terpaksa membuat pembentangan yang tergesa-gesa tanpa membuat kajian menyeluruh. Pembentangan budget 2021 tempohari ternyata bukanlah budget untuk covid19 memandangkan hanya sebilangan kecil sahaja diperuntukkan kepada usaha memerangi wabak tersebut dan selebihnya merupakan peruntukan berbentuk habuan kepada kementerian yg dipegang oleh penghianat ini. Antara bukti adalah peruntukan berjumlah RM 81 juta untuk JASA yg ternyata agen propaganda ketika BN jadi kerajaan.
Jika dibuat kesimpulan PN Moiiden telah pun membelanjakan RM 395b untuk pelbagai alasan dan tujuan tali ternyata ia tidak memberi impak kepada ekonomi, sosio politik, rakyat dan pelabur asing. FDI negara turut merundum. Dengan menyokong budget 2021 PN ini tidak akan menyelesaikan masalah rakyat dan negara yang terkesan akibat penularan wabak covid19 yang semakin meningkat akibat kegagalan pemimpin mereka menangani isu ini dengan cekap.Dengan menyokong Budget 2021 ini akan menyebabkan negara ke kencah beban hutang yang teruk sama seperti ketika pemerintahan BN Najib iaitu kira-kira RM1.3trillion.Dengan kerajaan menaikkan kadar fiskal kepada 60peratus jelas menunjukkan bahawa kerajaan PN sudah tiada sumber ekonomi yang stabil dengan menaikkan paras hutang negara ke aras paling tinggi dalam sejarah.
Seperti pertanyaan bekas Timbalan Perdana Menteri PH yang lalu iaitu Datin Seri Wan Azizah dari mana sumber RM322.5 billion ini diambil dan gagal dijawab oleh Menteri Kewangan. Ini membuktikan mereka sedar kantung rizab kewangan negara sudah hampir habis dan mungkin akan menggunakan kaedah pelbagai cara untuk mendapatkan sumber kewangan tersebut termasuk seperi meminjam dari sumber tempatan seperti KWSP dan Petronas. Apa yang dikhuatiri ialah kerajaan turut cuba meminjam dari sumber luar spt dari negeri china atau Bank Dunia yang sudah pasti memberi syarat yang ketat kepada negara untuk dituruti. Turut dikuatiri adalah kerajaan akan cuba menjual asset 2 strategik sebagai langkah untuk mendapatkan sumber kewangan segera. Dan yang tak mustahil adalah budget yang telah diluluskan ini akan dipotong semula apabila kerajaan telah salah berbelanja dan akan memangsakan rakyat sebagai jalan mudah.
Maka kami sebagai rakyat yang mahukan sebuah kerajaan yang amanah, telus, berintegriti serta bertanggungjawab ingin menyeru kepada Ahli Parlimen Pembangkang serta Ahli Parlimen Bebas dan tak terkecuali Ahli Parlimen BN PAS yang punya maruah dan amanah agar tolak budget defisit 2021 ini walau dengan apa cara kerana jelas ia tidak mewakili suara rakyat keseluruhannya.
Kami berharap dengan penolakan Budget 2021 ini maka jatuhlah kerajaan Haram PN yang bukan mandat rakyat ini dengan PM Moiiden harus bertanggungjawab meletak jawatan sebagai PM kerana sudah hilang majoriti dan kepercayaan oleh Ahli Parlimen. Kami berharap kerajaan yang sah dari mandat PRU yang diketua oleh PM yang baharu iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim dapat mengemudi negara dan memulihkan ekonomi negara yang semakin tenat ini.
Dengan jatuhnya kerajaan haram PN ini maka Lebai2 penunggang agama bakal kembali menjadi pembangkang dan anda akan kembali laungan2 seperti Hudud, Icerd, pembelaan kematian arwah Muhamad Adib, LTTE, TH dijual, Islam terancam dan banyak lagi akan kembali bergema.
JIKA PN JATUH, TIADA MASALAH PENTADBIRAN ANWAR BUAT BAJET BARU
Jika PN jatuh, tiada masalah pentadbiran Anwar buat bajet baru
Oleh: Redzuan RF8 Media
Amaran Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz bahawa kerajaan menghadapi kesukaran membayar gaji kakitangan awam sekiranya Belanjawan 2021 tidak lulus pada sesi pengundian 26 November ini dianggap mengarut.
Bagi Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen, sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) jatuh sekali pun, tiada masalah untuk kerajaan baharu meluluskan Belanjawan 2021.
Malah katanya, kerajaan baharu akan mengubahsuai belanjawan sedia ada untuk memenuhi keperluan penting melawan pandemik Covid 19.
Cuma, menurut beliau, yang menghadapi masalah adalah Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana terpaksa meletak jawatan sekiranya belanjawan ditolak
“Apa yang akan jadi kalau kita tolak belanjawan, ia menunjukkan di dalam Dewan Rakyat majoriti Ahli Parlimen tidak yakin bukan sahaja kepada belanjawan itu tetapi juga kepada PM dan jemaah menteri.
“Kalau ikut konvensyen, PM dan jemaah menteri perlu letak jawatan. Bila ini berlaku kita boleh bentuk kerajaan baharu, lantik PM baharu. Dan bukan masalah besar untuk adakan belanjawan yang baharu kerana angka-angka sudah ada.
“Hanya ambil ambil dan ubahsuai supaya kita berikan bantuan kepada mereka yang terjejas. Kalau ini berlaku (PM) boleh panggil sesi Parlimen secepat mungkin dan bentangkan perubahan belanjawan,” katanya dalam forum anjuran Gabungan Reformis Malaysia malam tadi.
Menurut William, mengubah suai Belanjawan 2021 tidak memerlukan masa yang lama kerana belanjawan itu memiliki dua komponen.
Katanya, kerajaan baharu tidak akan mengubah Perbelanjaan Mengurus yang melibatkan pembayaran gaji dan sebagainya. Hanya yang perlu ditambahbaik adalah Perbelanjaan Pembangunan.
“Ini bukan perkara susah kerana ada dua perkara dalam belanjawan. Satu untuk pengrusan, bayaran gaji dan sebagainya. Itu sudah tetap, kita tidak akan ubah. Apa yang kita mahu ubah ialah beberapa perkara dalam belanjawan pembangunan.
“Kita bincang dan keluarkan pandangan kita (penambah baikkan). Ini bukan perkara yang memakan masa berbulan-bulan untuk berikan satu pindaan belanjawan. Itu bukan masalah besar,” katanya lagi.
Semalam, Ahli parlimen Pasir Gudang Hassan Karim berpendapat PM baharu boleh menghadap Yang Di-Pertuan Agong untuk menasihati Baginda supaya sidang khas Parlimen dipanggil seawal bulan Disember 2020 bagi meluluskan belanjawan di bawah Perkara 102 Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 102 (a) Perlembagaan Persekutuan kata Hassan, membenarkan melalui undang-undang perbelanjaan untuk sebahagian tahun 2021 diluluskan, sebelum Rang Undang-Undang Perbekalan tahun 2021 diluluskan secara penuh.
Hal itu terdapat duluan, iaitu pada 1999 apabila pentadbiran Tun Mahathir ketika itu membentangkan belanjawan namun sebelum diluluskan Parlimen telah dibubar.
Kerajaan selepas pilihan raya umum menggunakan peruntukkan Perkara 102 Perlembagaan Persekutuan untuk menguruskan operasi kerajaan dan membayar gaji kakitangan awam.
Pemandu bas ekspres tersadai, kerajaan enggan bantu
Nasib
pemandu bas ekspres semakin tidak terbela selepas tidak mempunyai pendapatan
sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac - Mei lalu,
kini 'tersadai' lagi akibat PKP Bersyarat.
Menurut Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir (gambar, kanan), para pemandu bas ekspres tersebut hanya dibayar mengikut trip dan tidak mempunyai gaji pokok.
Hal itu, katanya, diluahkan oleh wakil persatuan pemandu bas dalam sesi bertemu mereka baru-baru ini.
"Di awal pelaksanaan PKP pada Mac, apabila tiada trip (tiada gaji), masih terdapat elaun saraan melalui Perkeso bagi menampung ketiadaan gaji.
"Kini dengan pelaksanaan PKPB, bas-bas tersadai dan rata-rata pemandu langsung tiada pendapatan. Mereka ini yang menggerakkan pengangkutan awam terikat dengan SOP kerajaan, namun nasib mereka dipandang sepi. Bagaimana kalau PKPB disambung lagi?
"Berdasarkan laporan-laporan yang berkaitan, pemandu-pemandu pengangkutan tidak dipedulikan dalam Belanjawan 2021, sedangkan pengampu seperti JASA dapat peruntukan puluhan juta ringgit," kata Akmal sinis.
Beliau menggesa sesi Dewan Rakyat yang sedang berlangsung agar prihatin dengan nasib para pemandu bas tersebut dan menyediakan peruntukan bersesuaian untuk menyelamatkan industri berkenaan
Henti agihkan peruntukan Belanjawan 2021 bermotifkan politik
Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menggesa kerajaan Perikatan
Nasional (PN) berhenti mengagihkan peruntukan dalam Belanjawan 2021 berdasarkan
motif politik.
Beliau berkata, Belanjawan 2021 seharusnya menyatupadukan masyarakat serta mengikut nasihat Yang di-Pertuan Agong.
"Agong berulang kali memohon ahli politik supaya utamakan kebajikan rakyat dan hentikan politiking, saya setuju dengan titah tuanku.
"Belanjawan ini memberi peluang kepada kerajaan menunjukkan keikhlasan bagaimana boleh menyatupadukan politik partisan.
"Tetapi sejujurnya saya teliti peruntukan JASA dan NGO Penggerak Komuniti, pemberian bakul makanan yang hanya diberikan kepada parti pemerintah, peruntukan di kawasan pembangkang dihentikan, semua ini bermotifkan politik," katanya di Dewan Rakyat.
Justeru, Sim meminta kerajaan PN supaya ikhlas dalam membantu rakyat dan berhenti bermain politik.
"Belanjawan seharusnya membantu rakyat yang terkesan dengan Covid-19, kehilangan pekerjaan, perniagaan yang semakin terdesak dan merudum.
"Saya menyeru pihak kerajaan supaya menunjukkan keikhlasan, patuhilah titah tuanku, hentikan segala langkah politik untuk meyakinkan rakyat bahawa PN betul-betul menjunjung titah tuanku," katanya.
ZAHID PUJI ZAFRUL, NAMUN TETAP DESAK SOAL KWSP DAN LANJUTAN AUTOMATIK MORATORIUM
Zahid puji Tengku Zafrul temui semua pihak bincang Belanjawan 2021
KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi memuji pendekatan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz yang berunding dengan semua pihak, termasuk pembangkang bagi mendapatkan pandangan untuk Belanjawan 2021.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, Zafrul bukan maksum dan sudah pasti terdapat kekurangan dalam merencana belanjawan tersebut.
“Saya ingin mengucapkan syabas kepada menteri kewangan yang pada hemat saya telah membentangkan belanjawan yang baik.
“Biarpun bukan orang politik, namun sebagai ahli profesional dalam bidang perbankan dan korporat, beliau dengan segera memahami keperluan politik dan kesengsaraan rakyat.
“Semua ahli di dewan yang mulia ini sedia memahaminya. Namun menteri kewangan telah melakukan ‘engagement’ bersama ahli Parlimen kerajaan atau pembangkang.
“Sikap yang terpuji ini harus diakui oleh kita semua. Ini merupakan keterbukaan yang amat kita alu-alukan, malah beberapa ‘adjustment’, saya yakin akan terus dilakukan untuk melihat ekonomi negara akan keluar daripada perangkap kepayahan yang luar biasa sekarang,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2021 hari ini.
Zahid juga meminta kerajaan membuat beberapa pindaan kepada belanjawan yang dibentangkan, termasuk melanjutan moratarium pinjaman secara automatik bagi menjaga kebajikan rakyat.
Beliau juga bersetuju dengan pencelahan Ahmad Maslan (BN- Pontian) berhubung had pengeluaran terbaru KWSP, dengan kadarnya perlu diubah seperti yang disarankan oleh ahli Parlimen Pekan, Najib Razak.
Zahid berkata, Zafrul semalam berdialog dengan pimpinan KWSP dan beberapa pengubahsuain dilakukan, yang dipercayai sesuai dengan saranan bekas perdana menteri itu sebelum itu.
Terdahulu ketika berucap Najib berkata, sokongan parti itu terhadap Belanjawan 2021 adalah secara bersyarat.
Beliau berkata, syarat yang dikemukakan oleh BN ialah kerajaan melanjutkan moratorium pinjaman dan membenarkan pencarum mengeluarkan RM10,000 daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mereka.
Dalam pada itu, Zahid juga menggesa menteri kewangan supaya memberi perhatian kepada rakyat yang terkesan oleh Covid-19 seperti pengusaha bas persiaran, bas sekolah, termasuk bas pelancongan.
Katanya, perhatian juga perlu diberi kepada mereka yang membuat pinjaman dengan syarikat pinjaman berlesen yang tidak diberikan moratorium pinjaman.
“Bagaimana pula dengan moratorium kepada penyewa premis perniagaan di bawah GLC dan badan-badan kerajaan?
“Begitu juga rumah PPR, rumah murah, rumah mampu milik yang tidak diberikan moratorium. Mereka merupakan rakyat marhaen yang perlu diberi pembelaan oleh kerajaan.
“Bagaimana pula penyewa premis perniagaan? Malah GLC yang menyewakan premis perniagaan tidak memberi moratorium kepada penyewa terbabit.
“Kerajaan wajib lakukan rancangan pemulihan ekonomi kerana rakyat mahu bukan sahaja diberikan ikan, tetapi kail. Kail inilah yang diharapkan oleh kumpulan B40 M40 dan jangan lupa T20 yang banyak menyumbang.”
Subscribe to:
Posts (Atom)