PESANAN BUAT KABINET BARU



Alhamdulillah,syukur hampir keseluruhan menteri kabinet telah dilantik. Kita mengucapkan tahniah dan berdoa agar mereka semua dapat menjalankan amanah yang diberikan. Harap mereka sentiasa merasakan bahawa mereka memikul tanggungjawab yang besar. 

Sepertimana rakyat dahulu mahu menteri-menteri lepas yang telah dijatuhkan itu bersikap amanah, telus dan punyai urustadbir yang baik, demikian rakyat mahu daripada mereka hari ini. 

Bahkan lebih besar harapan rakyat iaitu untuk melihat satu sistem pentadbiran yang teguh dan tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak. 

Rakyat bukan ingin melihat gaya hidup mewah dan istimewa menteri. Rakyat ingin menikmati urustadbir yang baik dan amanah hasil kepimpinan menteri yang berkualiti. 

Berhati-hatilah, kerana jawatan yang besar sering membawa manusia sombong dan lupa diri walaupun bagus pada hari-hari awal mereka memegangnya. 

Jangan lupa, rakyat Malaysia pernah menjatuhkan kuasa yang begitu kuat sebelum ini, maka tidak mustahil mereka dengan lebih mudah menjatuhkan kuasa yang selepas itu. 

Adapun kita sekelian rakyat Malaysia, marilah kita menjadi penyumbang kepada kekuatan negara kita dengan kadar semampunya. 

Kita menjadi pengkritik yang membina dan kita terus peka kepada salah tadbir urus dan ketidaktelusan jika berlaku dalam pentadbiran kerajaan kita.

Ini negara kita. Kita sayangkan watan dan rakyatnya.

DR. MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
MUFTI PERLIS.

Najib akhirnya ditahan


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memaklumkan bahawa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak telah ditahan di kediamannya, di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull, pihaknya juga telah memaklumkan perkara itu kepada Ketua Polis Negara lapor Malaysiakini.

Mohd Shukri juga dilapor akan mengeluarkan kenyataan media sebentar lagi.

Terbaru, satu kenyataan media yang dikeluarkan Pasukan Petugas Khas 1MDB telah mengesahkan penahanan itu dibuat pada jam 2.35 petang tadi berhubung skandal SRC International Sdn Bhd.

Siasatan penuh terhadap skandal 1MDB ini juga merupakan antara janji Pakatan Harapan dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

Selain tekanan daripada Pakatan Harapan yang ketika itu pembangkang agar skandal ini disiasat, isu penyelewengan 1MDB mendapat liputan meluas media tempatan dan luar negara termasuk Majlis Raja-Raja.
Pada 6 Oktober 2015, Majlis Raja-Raja telah mengeluarkan kenyataan bersama menyeru kerajaan untuk melengkapkan siasatan ke atas 1MDB dan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang terlibat.

Majlis Raja-Raja bimbang jika isu tersebut tidak dikendalikan dengan baik ia akan menjejaskan ekonomi negara dan kelangsungan hidup rakyat.

Kepincangan skandal tersebut turut mendapat kritikan veteran UMNO iaitu Tan Sri Rafidah Aziz menyindir kerajaan kerana gagal menjejak kapal mewah Jho Low yang didakwa mempunyai hubungkait dengan dana 1MDB.

Tindakan itu disusuli dengan kenyataan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Rais Yatim yang memuat naik status twitter mempersoal telatah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Keruak yang galak mempertahankan Jho Low berbanding mencari kebenaran di sebalik rampasan kapal mewah ahli perniagaan tersebut. – Roketkini.com

GAMBAR YDP TULAR DAN JELEK DI MATA RAKYAT


Ha... Gaya ini tidak disenangi ....Yang ni memang lah nampak ego..., bila dah dapat kuasa berlagak nak mampus... Orang macam ni sama je dengan perangai Umno .... Yang inilah dikatakan lupa diri bila dah dapat kuasa, orang macam ni tak patut dibiarkan dalam Kerajaan PH... Belum apa-apa dah tunjuk belang...


Bila tular gambar Puan Mahani Bte Masban (Ketua Wanita PKR) yang juga YDP(MPHTJ) melawat kawasan banjir.... 
Maruah Kerajaan PH dah nampak buruk akibat perangai angkuh sombong Yb spesis macam ni. Jauhkan diri daripada bersikap macam tu...

KENYATAAN PASUKAN PETUGAS KHAS

Image may contain: text

BUDAK TV3 KERJA DENGAN MITI???

"Semalam saya letak jawatan, macai PH happy.. Hari ini saya dilantik Setiausaha Akhbar MITI.. Macai PH nak kata apa..?"
"Yang dok bekap PH sejak sebelum PRU-14 teruskan meroyan k.. Saya nak keja ngan Menteri dulu.."🤭

3 LAGI BAKAL JEJAK LANGKAH NAJIB

Image may contain: 2 people, people smilingImage may contain: 1 personImage may contain: 2 people, people smiling, people standing and suit




Cerita hari ini..
1. Zahid Hamidi sambung beri keterangan untuk hari kedua di SPRM..
2. Riza Aziz, anak tiri Najib hadir memberi keterangan di SPRM..
3. IGP Fuzi Harun beri keterangan di SPRM..
4. Shahrir Samad hadir ke SPRM untuk mengakui beliau ada menerima duit walau tidak dipanggil SPRM..
Hasil: Najib ditahan di rumahnya dan dibawa ke SPRM..
Siapa yang mengkhianati Najib sehingga beliau ditahan..?

NAJIB DI TAHAN DIRUMAHNYA

Image may contain: tree, car and outdoor


Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibawa menaiki kenderaan SPRM dari kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini jam 3 petang tadi..

Beliau dikatakan ditahan dilokap SPRM di Putrajaya.

No automatic alt text available.No automatic alt text available.Image may contain: 12 people, people smiling, people standing

Kerajaan diingat supaya tidak balas dendam – Lim Kit Siang



Kerajaan Pakatan Harapan diingatkan supaya tidak membalas dendam ketika melaksanakan tanggungjawab menyiasat semua skandal berkaitan institusi kerajaan kata tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang.
Menurutnya, segala tindak tanduk kerajaan perlu adil dan tidak boleh menyamaratakan kesalahan kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu terhadap pegawai-pegawai kanan kerajaan dan syarikat milik kerajaan (GLC).

Beliau membangkitkan perkara ini memandangkan wujudnya penindasan dan salah guna kuasa kerajaan terdahulu terhadap mereka yang tidak bersalah khususnya pembangkang yang kini telah membentuk kerajaan baru.

“Di samping kerajaan Pakatan Harapan perlu jalankan siasatan, menyingkirkan dan mengheret mereka yang didakwa bersalah ke muka pengadilan seperti dalam skandal 1MDB, Felda dan Tabung Haji – kita perlu berhati-hati.

“Jangan sampai dilihat membalas dendam terhadap semua orang – mungkin di kalangan mereka berada di persimpangan atas apa yang dilakukan kerajaan dahulu kepada institusi-institusi ini,” katanya dalam kenyataan.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, tindakan membalas dendam umpama menggali ‘dua lubang kubur’ dan mengikut jejak langkah BN.
“Satu kepada mangsa, satu lagi ialah anda sendiri. Ini adalah peringatan supaya kita tidak membuka ruang untuk membalas dendam,” katanya.

Merujuk kepada pemecatan pegawai-pegawai kanan kerajaan dan GLC, Kit Siang berkata masih ramai di kalangan mereka yang menunjukkan prestasi yang baik, berintegriti dan jujur.

“Kita tidak boleh samaratakan semua kesalahan mereka.
“Kerajaan Pakatan Harapan tidak boleh bertindak seperti kerajaan dahulu. Tidak boleh sama sekali,” katanya lagi.