KALAU ADA SEKALI PUN YANG NAK SERTAI. ELOK PERTIMBANGKAN LAH. TAK PERLU TERGESA GESA MENERIMANYA.

 

PAS mengamalkan sistem terbuka dan tidak akan menghalang mana-mana perwakilan membahaskan sebarang isu termasuk tawaran menyertai kerajaan perpaduan sepanjang muktamar tahunan parti itu hujung minggu ini.

Bagaimanapun, menurut timbalan presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man isu tawaran menyertai kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dijangka tidak menjadi topik utama.

Ini kerana, menurutnya, ahli PAS sangat memahami dasar permuafakatan politik bersama rakan-rakan komponen dalam Perikatan Nasional (PN).

“Keputusan pilihan raya umum dan pilihan raya negeri jelas bahawa rakyat bersama PN. Kami akan terus pertahan janji dan komitmen kepada pe­ngundi.

“Oleh demikian, saya menjangkakan isu ini tidak menjadi topik utama kerana ahli parti memahami dasar permuafakatan politik Pas di dalam PN,” katanya yang dipetik portal Utusan Malaysia, hari ini.

Anwar dalam temu bual bersama Time Magazine yang disiarkan dalam talian pada 11 Oktober lalu berkata, dia pernah menjemput PAS bersama kerajaan perpaduan pada tahun lalu.

Bagaimanapun, Anwar berkata, syarat dasar utama ialah, agar PAS menerima bahawa walaupun Islam adalah agama bagi Persekutuan, Malaysia adalah sebuah negara berbilang agama, dan setiap rakyat mempunyai tempat. Namun, katanya, pelawaan itu telah ditolak.

Perdana menteri bagaimanapun memberi gambaran bahawa pintu untuk PAS menyertai pentadbirannya masih terbuka.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, isu Palestin adalah antara topik yang bakal di­sentuh oleh semua perwakilan termasuk muktamar tiga sayap parti iaitu Dewan Ulama, Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda PAS.

“Saya jangka ada tiga isu besar. Pertama, isu kos sara hidup dan ekonomi, kedua, isu pemerkasaan parti daripada segi penyediaan barisan kepimpinan dan pelapis akan datang. Ketiga, saya lihat isu nasional iaitu isu yang berlaku di Palestin.

“Saya lihat para perwakilan agak teruja untuk muktamar kali ini lebih-lebih lagi dengan pencapaian kita dalam Pilihan Raya Umum Ke -15 (PRU15) de­ngan memenangi empat negeri. Begitu juga dengan keputusan di Selangor dan negeri lain,” katanya lagi.

Muktamar Tahunan PAS ke-69 kali ini akan diadakan di Shah Alam dari 20 hingga 22 Oktober ini.


Màlaysiakini.




ULANGTAYANG KES RADZI JIDIN KENA SCAM DENGAN ANWAR....HA HA


 

HAAAA....TEDIA..DIA BUKAN BUAT APA


 

HAMZAH DAH PENING KOT


 

BUKAN SEKALI NA...


 

WOII LAIN KALI PAKAT ELOK ELOK


 

PM GESA NEGARA ISLAM TERUS TEKAN ISRAEL


 Malaysia mengajak pemimpin-pemimpin negara Islam memberi tekanan kepada Israel agar segera menghentikan tindakan zalim terhadap penduduk Palestin.

Gesaan itu disuarakan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada Jumaat sambil menegaskan Malaysia akan terus menggunakan semua platform termasuk Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk menekan Israel.

“Saya telah menghubungi beberapa pemimpin Islam untuk menyatakan kita sedia menyokong sama ada menerusi OIC atau juga rencana lain bagi memberi tekanan agar kegilaan dan kezaliman ini dihentikan.

“Dengan ini, saya memutuskan tambahan permulaan dana daripada kerajaan sebanyak RM10 juta dan saya mahu pastikan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat-syarikat swasta untuk cuba mengumpulkan bersama rakyat dengan dana awal sekurang-kurangnya RM100 juta,” katanya dipetik ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani semalam.

Beliau sementara itu menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada sidang dewan yang menzahirkan rasa mual ke atas tindakan Israel ke atas Gaza.

Anwar pada Selasa ketika mengadakan pertemuan dengan badan bukan kerajaan (NGO) menegaskan bahawa rakyat Malaysia akan terus dan tetap menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Beliau turut memaklumkan telah berbincang dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berhubung perkembangan semasa konflik antara Palestin dan Israel yang semakin memuncak ketika ini.

Kementerian Kesihatan Palestin setakat Khamis mengumumkan, sebanyak 1,537 rakyat Palestin terkorban di Gaza akibat peperangan.



'Pengapungan harga ayam, telur jika bekalan pulih, harga rendah'


 Oleh: Abdullah Zaid



Kawalan harga sementara bagi telur dan ayam yang ditetapkan sebelum ini akan ditamatkan dan diapungkan kembali sekiranya harga telah stabil serta kembali rendah.



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Tambun) berkata peruntukan subsidi RM3.7 bilion untuk telur dan ayam selama ini hakikatnya turut dinikmati golongan ‘maha kaya’ dan 3.7 juta warga asing.



"Melihat keadaan harga pasaran, bila harga itu kurang daripada harga siling seperti sekarang. Dan harga ayam dan telur di Thailand lebih rendah daripada Malaysia (tidak berlaku penyeludupan), maka tiba masanya kita apungkan.



"Kalau benar ada kekurangan kita akan cambahkan daripada stok, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mempunyai 30 peratus stok ayam dan telur dan saya telah beritahu menteri untuk membeli dari Thailand andai kata ada keperluan," katanya semasa sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (PMQT) pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.



Dalam pada itu, Perdana Menteri tidak menolak kemungkinan untuk mempertimbangkan pemberian subsidi tunai bagi bantuan lain sekiranya perlu.



"Cadangan pemberian tunai itu sedang dipertimbangkan untuk beberapa urusan lain dan akan diumumkan kelak.



"Ia difikirkan untuk mengelak ketirisan dan manfaat kepada warga asing," ujarnya lagi.



Terdahulu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun mengumumkan kawalan harga sementara bagi ayam dan telur tidak akan diteruskan sekiranya keadaan telah pulih.



Langkah tersebut dilakukan selepas memastikan bekalan bahan makanan itu mencukupi di pasaran.

 

KPM cadang hadis 40 diperluas ke seluruh sekolah kebangsaan


 Oleh: Abdullah Zaid



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat untuk memperluaskan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi ke semua sekolah kebangsaan pada tahun depan.



Menterinya, Fadhlina Sidek (PH-Nibong Tebal) berkata, modul penghayatan itu hanya akan diajar kepada pelajar dan guru beragama Islam dalam semua aktiviti yang dilaksanakan.



"Modul ini dibangunkan Kementerian (KPM) dan diselaraskan dengan JAKIM bagi memastikan kupasan hadis dalam modul terbabit sesuai dengan tahap pemahaman murid dan konteks Malaysia.



"Modul penghayatan ini bukanlah mata pelajaran baharu, namun modul itu adalah bahan pengayaan bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan ia juga tiada pertindanan dengan mata pelajaran Islam sedia ada.



"Oleh itu, KPM merancang untuk perluasan aktiviti penghayatan ini ke semua sekolah KPM yang hanya akan membabitkan murid beragama Islam saja mulai tahun 2024," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.



Mengulas lanjut, Fadhlina berkata model penghayatan pada ketika ini hanya dilaksanakan secara rintis melibatkan sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) dan sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) sahaja.



"Aktiviti ini boleh dilaksanakan sama ada di dalam atau luar bilik darjah selain pihak sekolah boleh merujuk model itu dengan memuat turun Digital Educational Learning Initiative Malaysia atau Delima bagi memastikan aktiviti penghayatan itu dapat dilaksanakan dengan baik," ujarnya lagi.



Pada 19 Ogos lalu KPM melancarkan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang bertujuan bagi memupuk semangat ihsan, kasih sayang dan memperkasakan kefahaman agama.

 

ABIM PERSOAL PRESIDEN UKRAINE SOKONG ZIONIS ISRAEL


 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) kecewa di atas kenyataan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menyatakan serangan sayap bersenjata Hamas ke atas Israel sebagai serangan pengganas.

Sedangkan kata Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz, Zelensky yang diserang oleh Rusia memainkan naratif membela diri sama dan tanah air sebagaimana rakyat Palestin yang diganasi Israel setiap hari.

“ABIM mengecam sikap Zelensky membela tindakan penceroboh rejim Zionis yang terus menerus membedil Gaza di wilayah Palestin yang bergolak.

“Sedangkan dalam isu penentangan Ukraine terhadap pencerobohan Rusia, lagu yang didendangkan mereka adalah perjuangan rakyat Ukraine mempertahan tanah air,” katanya dalam satu kenyataan.

Faisal dalam pada itu turut menggesa Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) agar tidak terus berdiam diri dan memanggil sidang tergempar mengecam tindakan Israel yang telah melewati batas kemanusiaan mengebom penempatan orang awam setiap hari.

Katanya, pemimpin Zionis telah melakukan jenayah perang dengan membunuh rakyat Palestin tidak bersenjata dan mereka seharusnya didakwa di Tribunal Jenayah Antarabangsa.

“ABIM menggesa agar Majlis Keselamatan PBB membuat ketetapan supaya rejim Israel menghentikan serangan ketenteraannya ke atas wilayah Gaza melalui gencatan senjata, dan memutuskan untuk menempatkan pasukan pengaman PBB bagi menguatkuasakan gencatan senjata tersebut.

“ABIM juga mendesak PBB menubuhkan serta merta Tribunal Jenayah Antarabangsa bagi mendakwa jenayah perang yang dilakukan Israel terhadap penduduk Palestin,” katanya lagi.

Serangan udara Israel ke atas Palestin sehingga kini telah mengorbankan 1,500 jiwa. Terbaharu, Israel memberi kata dua kepada penduduk Palestin untuk melarikan diri ke selatan Gaza dalam tempoh sehari sebelum serangan darat besar besaran bermula.



Kebanjiran banduan, KDN terokai kaedah baharu - Saifuddin





Oleh: Abdullah Zaid



Kementerian Dalam Negeri (KDN) meneliti kaedah baru bagi menanggani masalah kebanjiran banduan di 13 penjara.



Menterinya, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penghuni di 40 penjara seluruh negara ketika ini ialah 75,629 orang melebihi 4,153 atau 5.8 peratus kapasiti asal penjara.



Justeru, katanya. kerajaan sedang mengambil beberapa langkah dan cadangan, antaranya pembebasan berlesen, perintah kehadiran wajib, pengenalan parol serta memperkenalkan penahanan di rumah (home detention) bagi tujuan mengelakkan penjara terlalu padat.



"Sejak tahun 2008, lebih 40,000 parol dikeluarkan, pembebasan berlesen sehingga 23,000 orang, perintah kehadiran wajib pula 6,000 orang, jadi mereka berada di luar dan penjara kurang sesak.



"Selain itu, kita akan laksanakan hukuman alternatif misalnya kita sedang meneroka idea melaksanakan penahanan di rumah, mereka tak berada di tembok penjara, mereka berada di luar tapi dengan pemasangan gajet. Kita sedang di fasa akhir untuk menguruskan sedikit tafsiran undang-undang," katanya ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.



Selain itu, KDN juga kata Saifuddin, akan meminda Akta Penagih Dadah yang menjadi punca banduan paling ramai direkodkan.



Jelasnya, individu yang melakukan jenayah itu akan ditempat terus ke pusat pemulihan Agensi Anti dadah Kebangsaan (AADK).



"Di penjara sekarang, sebanyak 35 peratus adalah tahanan reman dan kadang-kadang tempoh tahanan itu lebih lama daripada pendakwaan.



"Itu satu kezaliman buat mereka, jadi sekarang Jabatan Penjara, Peguam Negara dan Jabatan Kehakiman sedang berbincang apakah boleh kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut," ujarnya lagi.

 


[dewan panas] MP PAS BIADAP NTA HILANG KEMANA TANYA SOALAN SUDAH DIJAWAB!

[dewan rakyat] TUDUHAN ANTI MAHA KAYA JAWAPAN KEPADA MP PEMBANGKANG!

[dewan rakyat] SETIAP ISU DIPOLITIKKAN MP LARUT AKHIRNYA YB JOHARI SEKOL...

[panas] LOKMAN ADAM BALUN KAW KAW SADIQSEPAKRAGA PERTIKAI SUBSIDI!

RMK-12: PENERANGAN EKONOMI MADANI KE PERINGKAT DAERAH


 Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 yang telah diluluskan di Dewan Rakyat akan diterangkan kepada rakyat ke seluruh pelosok negara.

Hal itu dinyatakan oleh Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli dalam satu siaran media.

“Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 kini menjadi dokumen untuk rujukan dasar kerajaan, pihak industri dan rakyat dalam merealisasikan Ekonomi MADANI.

“KSP RMK12 merangkumi aspek-aspek yang lebih luas, termasuk sektor ekonomi, pendidikan, kesihatan, sosio-budaya, dan sebagainya.

“Ini menunjukkan pendekatan yang holistik dalam perancangan pembangunan negara,” katanya.

RMK, menurut Rafizi akan dibawa berdiskusi bersama rakyat di mana orang ramai boleh bertanyakan soalan. Dan hal itu belum pernah dilakukan kerajaan sebelumnya.

“Selepas ini, Kementerian Ekonomi akan turun ke daerah-daerah di seluruh negara untuk menerangkan Ekonomi MADANI dan program-program ekonomi terbaru daripada kerajaan.

“Orang ramai boleh tanya soalan dan berdiskusi lanjut berkenaan rancangan kami,” katanya lagi.



Ops Jamin periksa 31,100 kedai, pastikan bekalan beras cukup


 Oleh: Abdullah Zaid



Ekoran kekurangan bekalan beras, Kementerian Perdagangan dan Kos Sara Hidup (KPDN) melakukan Ops Jamin bagi memeriksa 31,100 premis di seluruh negara.



Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh berkata, operasi yang dijalankan itu turut melibatkan kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).



Jelas Fuziah, kolaborasi itu antara lain bagi memastikan beras putih tempatan (BPT) dijual pada harga stabil dan terkawal selain untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat dalam menangani kenaikan harga barang.



"Seperti hari ini kita turun sendiri melihat keadaan bekalan dan harga beras, gula, minyak masak dan sebagainya. Sebelum ini kita maklum, negara berhadapan dengan masalah bekalan beras.



"Selain itu, KPDN membuat jualan Rahmah beras iaitu kita jual beras import dengan harga Rahmah lebih kurang dengan harga beras tempatan. Kalau kata tiada beras, kita akan bantu sampaikan kepada KPKM.



"Tapi kalau terima aduan beras tempatan ditampal label beras import, kita akan siasat bawah akta berkaitan. Ada beberapa siasatan yang sudah dimulakan di mana beberapa laporan sudah saya terima," katanya.



Justeru itu, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan keras terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah melakukan aktiviti tersebut.



"Empat kes melibatkan Akta Perihal Dagangan 2011 dan dua kes melibatkan Akta Timbang dan Sukat 1972 menjadikan 10 kes secara keseluruhannya telah diambil tindakan oleh KPDN," ujarnya lagi.



Sebagai rekod, Ops Jamin yang mula dijalankan sejak 7 Julai lalu hingga semalam itu dilancarkan bagi memastikan bekalan beras tempatan mencukupi selain memastikan BPT dijual pada harga terkawal iaitu RM2.60 sekilo (kg).

 

UCAPAN TERIMA KASIH BUAT WARGA KEMENTEEIAN KEWANGAN

 










Dalam ucapan ketika perhimpunan bersama warga Kementerian Kewangan pagi tadi, saya mengungkapkan hasrat kepada penjawat awam agar membantu menjelaskan kepada rakyat mengenai inisiatif-inisiatif Belanjawan 2024. 


Usaha-usaha dalam Belanjawan 2024 merupakan titik permulaan reformasi ekonomi untuk memulihkan sistem kewangan negara dan memperkasa rakyat.  


Tentunya Belanjawan pada satu tahun tidak akan menyelesaikan masalah dan kerumitan yang kita warisi selama puluhan tahun. Kerana itu, satu-satu Belanjawan itu tidak boleh dilihat dalam satu lompongan atau vakum.


Saya mengucapkan terima kasih kepada warga Kementerian Kewangan yang bertungkus-lumus menyediakan Belanjawan 2024, serta semua kementerian yang turut menjayakannya.


Moga Belanjawan 2024 memberi keyakinan kepada pelabur, merangsang pertumbuhan ekonomi negara dan meningkat kesejahteraan rakyat.


#MalaysiaMADANI



PN CUBA BODOHKAN RAKYAT HAL SUBSIDI AYAM DAN TELUR



Zaman Muhyidin ada Subsidi ayam dan Telor? TAK ADA.


Habis kenapa Mail bayar? Sebab bila harga naik mendadak, kerajaan Mail set Harga Kawalan dan janjikan subsidi untuk pengeluar. 3.8bil dah dibayar. Mula pada Feb 2022.


Kenapa harga ayam dan telur naik? Alasan pengeluar cuaca panas, ganggu pengeluaran ayam dan telur. Kalau jual harga siling rugi sebab kos operasi tak lepas. So ada yang jual di pasaran luar sbb boleh jual mahal. Tak ada harga kawalan.


Habis kenapa PMX dah mansuh subsidi? Sebab harga dah kembali normal bawah harga siling. Pengeluaran dah ok. Harga Ikut supply and demand. Subsidi dah tak perlu.



JENIS MUKA TAK MALU MEMANG MACAM NI. KAWASAN HANG DI ULU PUN HANG TAK MASUK LAGI.TALIAN TELEFON SETIAP HARI PUTUS PUTUS. WARGA PUN SAMA JUGAK...TAK PERNAH NAK BAGI TAU PADA AHLI PARLIMEN.

 




Yang umumkan harga lantai baru bagi getah tu DS Anwar. Tiba-tiba yang nak makan kredit, Pemuda PAS ni. Betul-betul tak ada maruah.


DS Anwar jadi PM baru 10 bulan. Sebelum itu, PN dalam kerajaan untuk 33 bulan. 17 bulan Pengerusi PN, Mahiaddin jadi PM.


Masa tu tak timbul soal perjuangan. Kalau betullah perjuangan, masa PAS ada kuasa kenapa tak buat? Kenapa sekarang baru terlaksana?


Sama ada PAS jenis muka tembok, usaha orang lain pun dia nak mengaku, ataupun ini bukti DS Anwar lebih prihatin berbanding Mahiaddin dan para lebai. Atau kedua-duanya sekali.


Kerjanya nak menipu je. Si bodoh pula akan percaya bulat-bulat. Kalau betul dia perjuang nasib penoreh getah, 3 tahun dulu dah dibuat. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

KAH..KAH...HEBAT KEBENDA LAGU NI...




Lor... Betul ke ni? Takkan dah tak ada duit. Walau kemain lagi cerita Sanusi bawa kemajuan ke negeri Kedah. Kalau maju takkan la takde duit?


Bagusnya PMX tak usah layan. Dia ni jenis ular ni. Kalau lepaskan dia nanti dia akan patuk balik. Lebih selamat kalau biarkan dia terus tersepit.


Kalau nak bantu, potong sikit hutang dia. Macam Mahathir buat kat Kelantan zaman Almarhum TG Nik Aziz dulu. Dia mesti setuju sebab Mahathir dah jadi pujaan hati dia sekarang. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


MALAYSIA TIDAK BOLEH HANTAR TENTERA SESUKA HATI UTK BERPERANG



Malaysia tidak boleh sewenang-wenang hantar pasukan tentera ke Gaza. Pimpinan ATM minta PMX sampaikan kepada Rakyat supaya berlaku adil terhadap Angkatan Tentera Diraja Malaysia.


Apa yg ramai tak tahu dan tidak diperjelaskan oleh PMX mahupun Kerajaan ialah Malaysia adalah anggota Tentera Pengaman PPB yg terikat di bawah Perjanjian Negara-negara Berkecuali (NAM).


Sekiranya Malaysia terlibat berperang atau membantu mana2 peperangan bermakna Malaysia layak diserang oleh negara lain tanpa sebarang perlindungan dari PBB dan negara-negara sekutu pertahanan. 


Oleh itu jangan sesuka hati nak hantar tentera sbb tanpa dokongan negara2 jiran dan shbt, kapalterbang Malaysia nak landing pun tak boleh.


- Zus Din 

17102023


#savegazapalestine 🇵🇸🇵🇸🇵🇸


KHAS UNTUK SANUSI. CINA DAP BERJAYA DALAM URUSTADBIR NEGERI. HANG BUAT PA ?


 

DSAI BERTEMU KETUA PERWAKILAN DIPLOMATIK

 









PMX

Saya telah menerima kunjungan hormat seramai 16 Ketua-Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia ke luar negara yang akan memulakan tugasan di negara penempatan.


Apakala sesi di pejabat saya itu, kami sempat bertukar-tukar pandangan tentang dasar dan hala tuju Kerajaan terhadap hubungan dua hala Malaysia dengan negara-negara yang berkenaan. 


Saya juga telah berkongsi aspirasi dan perspektif berkenaan isu-isu domestik yang menjadi keutamaan Kerajaan buat masa ini, terutamanya setelah Belanjawan 2024 Malaysia MADANI dibentangkan pada 13 Oktober 2023.


Sekalung penghargaan diucapkan dan selamat maju jaya kepada semua yang telah dilantik, moga dapat menggalas amanah yang diberikan dalam mengangkat imej, reputasi dan martabat negara ke peringkat lebih tinggi di persada antarabangsa, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI