TAHUKAH ANDA ?


1.  PMX mahu agar kajian kenaikan gaji kakitangan awam/pesara yang sedang berjalan diselesaikan segera.  PMX merasakan tidak wajar kakitangan awam diminta lebih produktif tetapi masih menerima gaji yang tidak munasabah.  Sementara itu, sebagai pengiktirafan kerajaan kepada penjawat awam, kerajaan telah memberikan imbuhan RM 2000 dan RM 1000 kepada meereka termasuk yang tidak berpencen dan kontrak.  Pihak swasta yang mempunyai keuntungan besar  juga diminta oleh PM untuk meningkatkan kadar upah kepada para pekerja mereka.


2.  PMX minta agar semua kakitangan awam/jabatan mengamalkan sikap berjimat, terutamanya penggunaan letrik di pejabat2 kerana kos ini ditanggung oleh rakyat.


3.  Pada Jan tahun depan, semua murid akan menerima Bantuan awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM 150.


4.  Rancangan Makanan Tambahan (RMT) di sekolah2, peruntukan telah dinaikkan kepada RM 784 Juta tahun hadapan berbanding RM 625 Juta tahun ini.  


Banyak lagi peruntukan2 kepada rakyat yang telah diumumkan oleh PMX di dalam Pembentangan Belanjawan jumaat baru2 ini.


WFAUZDIN NS



No comments: