KALAU ADA SEKALI PUN YANG NAK SERTAI. ELOK PERTIMBANGKAN LAH. TAK PERLU TERGESA GESA MENERIMANYA.

 

PAS mengamalkan sistem terbuka dan tidak akan menghalang mana-mana perwakilan membahaskan sebarang isu termasuk tawaran menyertai kerajaan perpaduan sepanjang muktamar tahunan parti itu hujung minggu ini.

Bagaimanapun, menurut timbalan presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man isu tawaran menyertai kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dijangka tidak menjadi topik utama.

Ini kerana, menurutnya, ahli PAS sangat memahami dasar permuafakatan politik bersama rakan-rakan komponen dalam Perikatan Nasional (PN).

“Keputusan pilihan raya umum dan pilihan raya negeri jelas bahawa rakyat bersama PN. Kami akan terus pertahan janji dan komitmen kepada pe­ngundi.

“Oleh demikian, saya menjangkakan isu ini tidak menjadi topik utama kerana ahli parti memahami dasar permuafakatan politik Pas di dalam PN,” katanya yang dipetik portal Utusan Malaysia, hari ini.

Anwar dalam temu bual bersama Time Magazine yang disiarkan dalam talian pada 11 Oktober lalu berkata, dia pernah menjemput PAS bersama kerajaan perpaduan pada tahun lalu.

Bagaimanapun, Anwar berkata, syarat dasar utama ialah, agar PAS menerima bahawa walaupun Islam adalah agama bagi Persekutuan, Malaysia adalah sebuah negara berbilang agama, dan setiap rakyat mempunyai tempat. Namun, katanya, pelawaan itu telah ditolak.

Perdana menteri bagaimanapun memberi gambaran bahawa pintu untuk PAS menyertai pentadbirannya masih terbuka.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, isu Palestin adalah antara topik yang bakal di­sentuh oleh semua perwakilan termasuk muktamar tiga sayap parti iaitu Dewan Ulama, Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda PAS.

“Saya jangka ada tiga isu besar. Pertama, isu kos sara hidup dan ekonomi, kedua, isu pemerkasaan parti daripada segi penyediaan barisan kepimpinan dan pelapis akan datang. Ketiga, saya lihat isu nasional iaitu isu yang berlaku di Palestin.

“Saya lihat para perwakilan agak teruja untuk muktamar kali ini lebih-lebih lagi dengan pencapaian kita dalam Pilihan Raya Umum Ke -15 (PRU15) de­ngan memenangi empat negeri. Begitu juga dengan keputusan di Selangor dan negeri lain,” katanya lagi.

Muktamar Tahunan PAS ke-69 kali ini akan diadakan di Shah Alam dari 20 hingga 22 Oktober ini.


Màlaysiakini.




No comments: