UNTUK YB RAZMAN 200K


Berbalik kepada dakwaan Islam terancam ini soalan untuk YB Razman dan PAS;
Tell me now!

▪IBADAH apa yang diharamkan kerajaan?
▪MASJID mana yang dah disita?
▪MAHKAMAH SYARIAH mana yang dah ditutup?
▪INSTITUSI AGAMA mana yang sudah dibatalkan pendaftarannya?
▪NGO ISLAM mana yang dah diharamkan?
▪PENDAKWAH mana yang dah ditarik tauliahnya?
▪PASTI dan SRITI mana yang dah dirobohkan?
▪SIARAN ISLAMIK apa yang dah digam diradio/tv?
▪BANK ISLAM mana yang dah ditamatkan operasinya?
▪MUFTI negeri mana yang dah dipecat?
▪KITAB apa yang dah diharamkan penjualannya?
▪AKTA apa yang melarang pemakaian jubah/serban?
▪Majikan syarikat mana buang pekerja yang BERTUDUNG/SOLAT JUMAAT?
▪KARIAH mana yang dah tak boleh laung AZAN?
▪PERKUBURAN ISLAM mana yang dah disodok?
▪PONDOK tok guru mana yang dah dibakar pemerintah?
▪KAMPUNG MELAYU mana yang dah dikristiankan?
▪HARI KEBESARAN ISLAM yang mana satu yang dah tak boleh diraikan?
▪Guru KAFA negeri mana yang dah dibuang?
▪PROGRAM MASJID mana yang dah dihadkan bilangannya atau dihalang?
▪PUSAT TAHFIZ mana yang dah diarah tutup?

Majlis Presiden PH perlu putuskan isu serah jawatan PM


Penganalisis politik Prof Dr Mohammad Agus Yusoff berkata isu peralihan kuasa jawatan perdana menteri perlu dikendalikan dengan baik di kalangan Majlis Presiden Pakatan Harapan itu sendiri.

Menurut pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, Majlis Presiden PH perlu membuat keputusan tersebut tanpa memihak kepada sesiapa.

Ini katanya, kerana BN dan PAS sedang cuba mengambil kesempatan dalam isu peralihan kuasa demi kepentingan politik mereka.

“Kalau Tun (Dr Mahathir Mohamad) nak lagi (pegang jawatan PM) kena berkompromilah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Sebaliknya, Agus (gambar, bawah) berkata, jika PH gagal bertolak-ansur dan terus meletakkan tanda tanya dalam isu ini, maka lebih baik diadakan pilihan raya umum.


“Jadi soal-soal sebegini kena ditangani dengan baik dan jujur sebab saya yakin antara (Perdana Menteri) Tun (Dr Mahathir) dan (Presiden PKR) Anwar (Ibrahim) tiada masalah.

“Yang jadi masalah ni adalah empat pihak - pertama ialah penyokong Anwar yang mendesak, penyokong Tun yang nak mempertahankan Tun, penyokong BN yang nak cari peluang, PAS yang cuba juga untuk mengambil peluang dalam keadaan sebegini.

“Dalam soal sebegini kita diperhatikan dunia. Negara kita sangat memerlukan keadaan politik yang stabil untuk menarik pelabur hadir ke negara kita,” kata Agus.
Pada 14 Januari lalu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bersedia untuk melepaskan jawatannya serta-merta sekiranya majlis presiden Pakatan Harapan mengkehendakinya.

"Saya fikir ini akan diputuskan oleh empat parti (PH) bersama. Sama ada mereka mahu saya pergi atau tidak pergi.

"Jika mereka mahu saya berundur sekarang, saya akan berundur," katanya.


Ketika wawancara bersama laman The Malaya Post pada 9 Februari pula, Dr Mahathir menegaskan bahawa beliau akan menunaikan janji untuk menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim, tetapi menambah keputusan muktamad terletak pada Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, Mahathir telah berkali-kali menyatakan beliau akan memenuhi janji berkenaan.

Terbaru, beliau membayangkan ia akan berlaku selepas berakhirnya sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) pada akhir Nov tahun ini.

Mahathir macam nak elak serah jawatan
Sementara itu, Prof Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya pula menyifatkan kenyataan perdana menteri itu seolah-olah cuba mengelak menyerahkan jawatan tersebut kepada anggota parlimen Port Dickson.
Katanya, keadaan ini berbeza apabila Dr Wan Azizah Wan Ismail mengotakan janjinya dengan bersetuju memilih Mahathir sebagai perdana menteri sebelum PH memenangi PRU14.

“Kenyataan sebegini yang dilontarkan akan menyebabkan penyokong Anwar melihat peluang Dr Mahathir untuk menunaikan janji menjadi berbelah bahagi kerana kenyataan tersebut kelihatan kurang tegas dan tidak langsung.
“Mahathir jadi PM bukan keputusan pembangkang tapi diangkat oleh PH. Rakyat undi PH adalah sokongan daripada PH dan bukannya PAS atau sekutu selain daripada PH,” katanya yang turut senada dengan Agus mengenai BN dan PAS dalam isu ini.

Menurut pensyarah itu, sekiranya keputusan benar-benar diletakkan pada Dewan Rakyat ia seharusnya mempunyai sokongan majoriti walaupun terdapat beberapa individu dilihat menentang Anwar secara terbuka.

“Kepentingan PH harus mengatasi kepentingan dan masalah individu. Manakala individu yang dilihat tidak bersetuju, sewajarnya memikirkan bahawa kerusi yang mereka duduki itu adalah ehsan dan mandat rakyat yang memberikan kemenangan kepada PH.

“PAS dan sekutu mereka misalnya, tak terlibat dalam memberikan kemenangan kepada PH, sebaliknya cuba memecahkan-belahkan PH agar lebih mudah laluan PAS untuk menang pada pilihan raya akan datang,” kata Awang Azman (gambar, bawah) lagi.

Untuk rekod, pada masa ini, PKR adalah parti terbesar di Dewan Rakyat dengan 47 anggota parlimen, disusuli dengan DAP (42), Bersatu (26) dan Amanah (11). Sekutu PH iaitu Warisan memiliki sembilan anggota parlimen.

Bagaimanapun, perseteruan dalaman antara Anwar dengan timbalannya Mohamed Azmin Ali membangkitkan persoalan sama ada anggota parlimen Port Dickson itu mendapat sokongan daripada kesemua 47 anggota parlimen partinya.
Mengikut persefahaman dicapai antara pemimpin parti komponen PH menjelang PRU ke-14 hampir dua tahun lalu, Dr Mahathir dicalonkan sebagai perdana menteri bagi menumbangkan Najib Razak.

Mahathir kemudian dikatakan bakal berundur untuk memberi ruang kepada Anwar - yang sebelum itu menjadi calon perdana menteri bagi PKR, DAP dan Amanah.

Penubuhan Bersatu dan penyertaan parti itu ke dalam PH menyaksikan pembangkang ketika itu - Pakatan Rakyat - menukar strategi dengan menawarkan kepimpinan Mahathir yang sebelum ini pernah menjadi perdana menteri selepas lebih 20 tahun.

Selepas membentuk kerajaan pusat pada Mei 2018, sesetengah pemimpin PKR mendesak agar ada tarikh yang jelas ditetapkan untuk peralihan kuasa daripada Mahathir, 94, kepada Anwar, 72.



*Saksi: RM 31 juta dana Akalbudi dikeluar melalui kiriman wang, cek ditandatangani Zahid*



3:30 petang (Dikemaskini 3:35 petang)

*KES ZAHID*

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan Yayasan Akal Budi yang dipengerusikan bekas Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, membuat pembayaran berjumlah RM 31,082,732.57 atas pelbagai tujuan.

Perkara itu dimaklumkan Pengurus Cawangan Affin Bank ,Cawangan Jalan Bunus, Kuala Lumpur, S Rajen Taran.

Dia menyatakan perkara itu sambil merujuk pernyataan bertulis saksinya, ketika pemeriksaan utama oleh DPP Lee Keng Fatt.

Jumlah tersebut kira-kira sama dengan nilai dakwaan yang didakwa diselewengkan Zahid oleh pihak pendakwaan dalam perbicaraan ini.

Rajen berkata, pembayaran dengan jumlah itu setelah meneliti rekod cek, kiriman wang dan penyata kewangan milik Yayasan Akalbudi antara Januari 2014 hingga November 2016.

Menurutnya, transaksi itu melibatkan kiriman wang berjumlah RM 17,953,185.21 kepada firma guaman Messrs Lewis & Co menerusi cek jurubank, dan 50 keping cek bernilai RM 13,129,547.36 dari akaun yayasan itu, yang menurutnya memiliki "tandangan sah Ahmad Zahid".

Katanya, cek-cek tersebut antara lain melibatkan RM 1,300,630.82 yang dibayar kepada "Amislamic Bank Card Services for Ahmad Zahid Hamidi” dan RM 61,406.99 yang dibayar kepada “Maybankard Centre for Ahmad Zahid Hamidi”.

Selain itu, kata Rajesh lagi, cek-cek tersebut juga digunakan untuk membayar RM 107,509.55 kepada Ahmad Izhan Abdul Rashid (ejen insurans Allianz General Insurance yang menguruskan pembayaran polisi insurans dan cukai jalan Zahid), RM 360,000 kepada TS Consultancy & Resouces, RM 1,300,000 kepada Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia dan RM 10,000,000 kepada Armada Holdings Sdn Bhd.

Rajen merupakan saksi pendakwaan ke-27 bagi perbicaraan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram terhadap Ahmad Zahid.

Selain pengerusi, dia juga pengasas, pemegang amanah dan penandatangan tunggal bagi Yayasan Akalbudi.

Ketika perbicaraan sebelum ini, pada tahun lalu, semua transaksi melibatkan RM 31 juta ini telah dibangkitkan oleh saks-saksi lain, antaranya pegawai Maybank dan Ambank, Ahmad Izhan, serta saksi daripada TS Consultancy, Persatuan Bola Sepak Polis Diraja Malaysia dan Armada Holdings.

Dalam pernyataan pembukaan, pihak pendakwaan mendakwa RM 31 juta dana milik yayasan itu langsung tidak disalurkan kepada golongan miskin dan memerlukan semasa Zahid menjadi pemegang amanah, bertentangan dengan tujuan penubuhannya.

Sebaliknya, melalui jejak aliran tunai yang dibentangkan kepada mahkamah, pihak pendakwaan mendakwa, dan akan cuba membuktikan dalam perbicaraan, bahawa jumlah besar milik yayasan itu digunakan untuk, antara lain, membayar bil kad kredit peribadi, membeli polisi insurans kenderaan bermotor dan menjelaskan cukai jalan untuk kenderaan milik peribadi.

Perbicaraan yang masuk hari ke-13 hari ini dilakukan di hadapan Hakim Collin Lawrence.


MENTERI PENDIDIKAN PALING KORUP


LUCU BUKAN. 😎 | #TakTauMaluBossmu
.
PEGUAM bela Jagjit Singh hari ini mendakwa ahli Parlimen Umno Mahdzir Khalid sebagai menteri pendidikan “paling korup” kerana bersetuju untuk meluluskan projek hibrid solar di Sarawak dengan balasan suapan RM60 juta. 

Jagjit membeeritahu mahkamah Mahdzir pada mulanya menuntut 20 peratus daripada Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin daripada kos keseluruhan projek solar berkenaan yang bernilai RM1.25 bilion. Namun ia ditolak Saidi.


Usul percaya PM: Itu tanda PAS takut dan cemas, kata penganalisis



Tulang Besi



9:28 malam (Dikemaskini 9:28 malam)
A A
Hasrat PAS untuk mengemukakan undi percaya terhadap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di parlimen adalah strategi parti itu yang berbentuk provokasi, kata penganalisis politik.

Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali, berkata hal berkenaan dianggap begitu jika ia dilihat kepada keadaan politik semasa.

"Dalam konteks politik, saya tengok ia adalah strategi PAS apabila mereka mahu membawa usul tersebut ke parlimen dan secara tidak langsung memprovokasi ahli-ahli parlimen PH.

"Sebab dalam PKR dan DAP wujud kumpulan mendesak supaya Mahathir menunaikan janji bagi melepaskan jawatannya pada bulan Mei nanti," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambah Mazlan, dalam keadaan sekarang sebahagian orang dalam PH percaya Mahathir perlu meletak jawatan Mei ini.

"Apabila PAS membawa usul berkenaan ke parlimen, ini mungkin mahu memperlihatkan wujud sikap berbelah bahagi dalam kalangan wakil rakyat PH.

"Ini kononnya strategi nak pecah-belahkan PH," katanya.

Tak masuk akal

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat PAS untuk membawa usul undi percaya bagi menyokong kepemimpinan Mahathir ke persidangan Dewan Rakyat pada bulan depan.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS secara terbuka menyuarakan sokongan kepada kepimpinan Mahathir kekal sebagai perdana menteri sehingga mandat pentadbiran pimpinan PH tamat pada 2023.

Bagaimanapun untuk rekod, Umno yang merupakan rakan muafakat PAS mengambil sikap berhati-hati apabila mahu mendapatkan penjelasan lanjut daripada parti terbabit sebelum membuat ketetapan.

Mazlan Ali
“Jika ia merupakan langkah yang baik, maka Umno tidak akan teragak-agak untuk bersama,” kata Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan.

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, dan setiausaha agung parti itu, Takiyuddin Hassan, mengumumkan 18 anggota parlimen PAS akan membawa usul berkenaan dalam sidang Dewan Rakyat pada Mac depan.

Ia memandangkan pihak yang sebelum ini “menggembar-gemburkan rasa tidak puas hati” terhadap kepimpinan perdana menteri tidak membawa usul undi tidak percaya di parlimen.

Sementara itu Mazlan yang juga pensyarah kanan Sekolah Perdana UTM berkata, secara praktikal cadangan PAS itu satu perkara yang tidak masuk akal.

"Sebab ini melibatkan sebuah parti pembangkang nak bawa satu usul percaya terhadap perdana menteri daripada parti lawan.

"Sebenarnya tak nampak jalan (untuk dibahaskan), speaker Dewan Rakyat pastinya tak bagi laluan.

"Secara realitinya takkan speaker akan benarkan, kecuali dia tak 'berlaga angin' dengan perdana menteri," katanya.

Keputusan PH, bukan PAS

Tambah Mazlan, tindakan PAS itu memperlihatkan sebenarnya mereka cukup takut jika proses peralihan kuasa daripada Mahathir kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim berjalan dengan baik.

"Sekiranya Anwar naik, beliau akan tambah sinergi sekali gus menukar mood rakyat. Kebiasaannya sekiranya ada pertukaran perdana menteri, mood rakyat akan bertukar dengan lebih baik.

"Anwar pasti akan membuat polisi yang akan mengubah mood rakyat kepada lebih baik. Keadaan ini yang akan merisaukan PAS," katanya.

Dr Awang Azman Awang Pawi
Sementara itu bagi penganalisis politik, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, berkata idea PAS untuk mengusulkan undi percaya itu adalah sesuatu yang aneh.

Katanya, wujud persoalan apakah motif parti itu ketika urusan peralihan kuasa sebenarnya adalah hak kepimpinan PH.

"Ia sesuatu yang agak aneh. Apa motif PAS sebenarnya? Adakah menyokong perdana menteri itu adalah matlamat utama mereka sekarang ini?

"Sedangkan pada PRU14 lalu, merekalah yang mahu mengalahkan Mahathir dan PH. Keadaan ini menimbulkan persepsi bahawa PAS terlalu takut kepada Anwar, untuk menggantikan Mahathir.

"Sebab kita tahu Anwar dilihat boleh menyatukan kepelbagaian perbezaan termasuk dalam kalangan parti-parti pembangkang," katanya yang juga pensyarah Jabatan Sosiobudaya Universiti Malaya.

Selain itu katanya, PAS bukan sahaja dilihat agak cemas dengan tempoh peralihan kuasa yang semakin hampir, tetapi juga mengambil kesempatan untuk cuba memecah-belahkan PH.

"Dan sebenarnya tidak timbul parti-parti pembangkang nak bertindak macam mana, kerana Mahathir menjadi perdana menteri adalah keputusan PH dan rakyat, bukan PAS jadi penentu," katanya.

PAS SEPATUTNYA BAWA USUL UNDI TAK PERCAYA, NAMAKAN HADI AWANG CALON PERDANA MENTERI




Sebagai pembangkang, keputusan Pas untuk membawa usul percaya di Parlimen bagi menyokong kepimpinan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri adalah sesuatu yang aneh dan pelik.

Tidak pernah berlaku pembangkang menyokong Perdana Menteri melalui usul seperti itu kerana yang sepatutnya mengemukakan usul percaya ialah parti kerajaan.

Peranan pembangkang ialah untuk melakukan “check and balance” terhadap kerajaan dan bukannya menjadi pengampu atau penjilat kepada Perdana Menteri.

Biasanya kerja-kerja mengampu itu hanya dilakukan oleh parti atau pemimpin dalam kerajaan sahaja.

Sebab itu, tindakannya Pas menjadi pengampu dan penjilat kepada Perdana Menteri adalah sesuatu yang pelik, aneh dan tidak pernah berlaku sebelum ini.

Lebih pelik, tahap mengampu dan menjilat Pas terhadap Tun Mahathir selaku Perdana Menteri itu melebihi daripada apa yang dilakukan oleh parti dan pemimpin dalam kerajaan sendiri.

Kalau pun mahu mengemukakan usul, Pas sepatutnya membawa usul tidak percaya kepada Perdana Menteri.

Jika kerajaan berada dalam kedudukan tidak stabil seperti yang didakwanya, apa yang sepatutnya Pas lakukan ialah mengemukakan usul tidak percaya untuk menukar Perdana Menteri dan ia menunjukkan peranan “check and balance” telah dimainkan dengan berkesan.

Ini kerana melalui usul undi tidak percaya itu, ia menunjukkan ketidakyakinan kepada kerajaan dan parti mereka ada calon Perdana Menteri yang lebih sesuai untuk menggantikannya.

Ini tidak, dengan mendakwa kerajaan berada dalam keadaan tidak stabil, Pas sebaliknya mengemukakan usul percaya kepada Tun Mahathir, tetapi dalam masa yang sama terus bekerjasama dengan UMNO untuk menumbangkan kerajaan PH dalam PRU akan datang.

Tidakkah ini sesuatu yang benar-benar pelik?

Oleh kerana mendakwa kerajaan sekarang tidak stabil, Pas sewajarnya terus menyerang PH dan Perdana Menterinya serta menonjolkan calon Perdana Menteri pilihannya untuk pertimbangan rakyat.

Inilah sepatutnya masa terbaik bagi Pas menonjolkan Presiden mereka, Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri dengan penonjolan pertama melalui undi tidak percaya terhadap Tun Mahathir itu.

Kalau menang, bukankah merasa juga Hadi Awang jadi Perdana Menteri.

Atau, oleh kerana Pas sedia bekerjasama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional, mereka juga boleh menonjolkan Presiden UMNO, Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri untuk dipertandingkan melalui undi tidak percaya yang mahu dibawa itu.

Tetapi, dengan membawa usul percaya, bukan saja peranan Pas sebagai pembangkang untuk “check and balance” kepada kerajaan sudah terhapus, malah parti itu menjadi parti yang lekeh dan tidak berkualiti di mata rakyat.

Lalu, kalau Pas sebagai pembangkang pun sudah jadi pengampu dan penjilat, siapa pula nak buat kerja “check and balance” terhadap kerajaan?

Kalau ia pun nak sangat menjadi pengampu dan penjilat kepada Perdana Menteri, lebih bermaruah jika Pas masuk menyertai kerajaan atau membubarkan partinya dan bergabung dengan Bersatu yang dipengerusikan oleh Tun Mahathir.

Mana ada pembangkang dalam dunia ini yang kerjanya hari-hari mengampu dan menjilat Perdana Menteri. (ShahbudinHusin 11/02/2020)

JANGAN INGAT SPEAKER DEWAN BODOH MACAM KAMU



Agak kelakar apabila Tuan Ibrahim dari parti lebai mahu bawa usul "sokong Tun M sebagai PM" di dalam Dewan Rakyat.  Tdak disangka sebegitu rendah level pemikiran politik Timbalan Presiden parti lebai berkenaan.

Tidak menjadi kelakar sekiranya cadangan itu dibuat ketika tiada ketentuan siapa jadi PM.  Apabila jawatan PM telah diberikan kepada Tun M dan diperkenankan oleh YDP Agong, apa keperluan cadangan Tuan Ibrahim ini?  Selepas anak dara Tuan Ibrahim diijabkabulkan dengan seseorang, baru Tuan Ibrahim berkata,"Saya sokong dia jadi menantu saya".  Lawak tak?  Kecuali, Tuan Ibrahim mahu bawa usul "Hilang kepercayaan terhadap PM".  itu baru munasabah.

Tugas Speaker dewan adalah membenarkan usul2 yang boleh memberi faedah kepada rakyat atau ada kepentingan umum melibatkan rakyat atau negara.  Tidak semua usul yang dibawa,  Speaker akan terima untuk dibahas di dalam Parlimen.  Usul2 bodoh seperti ini sudah tentu akan ditolak oleh Speaker kerana membuang masa Dewan Rakyat untuk membahaskan perkara yang telah pun wujud.  Sebab itu penting memilih Wakil Rakyat yang cerdik.  Tugas Wakil Rakyat atau Ahli Parlimen bukan semudah tugas "Datuk Nikah Kahwin" dalam filem "Musang Berjanggut".

Usul yang mahu dicadangkan oleh Tuan Ibrahim itu tiada makna apa2.  Tidak mengubah apa2 kerana selagi tiada usul "Undi Tidak Percaya" kepada PM, selagi itulah wujudnya PM sekarang.  So, apa tujuan usul tersebut?  Adalah lebih baik jika usul tersebut digantikan dengan usul pindaan RUU Akta 355 yang lebai Hadi bawa dulu dan dia sendiri tangguhkan dulu?  Bukankah itu lebih berfaedah dan syarie?  Oppss..saya terlupa, rupa2nya pindaan RUU Akta 355 itu pun kerajaan PH akan lakukan dan telah pun dimulakan sedikit demi sedikit di Wilayah Persekutuan.  

Tidak sukar untuk membaca nawaitu jahat lebai katik ini.  Tujuannya, apabila dibawa usul ini puak2 lebai akan sokong dan Tun M akan lihat lebai2 mana yang sokong dia dan jika ada kes termakan duit 1MDB diharapkan Tun M boleh setelkan.  Di samping itu, mereka mahu lihat mana2 MP yang tidak sokong Tun M.  Itu sahaja nawaitu lebai ni.  Apa faedahnya kepada rakyat jika usul itu dibuat?  Andainya majoriti tidak menyokong usul tersebut, maka lebai harap Hadi Awang akan jadi PM?  

Cukuplah lebai, jangan buat kerja bodoh seperti itu.  Tunjukkanlah tahap sebagai MP yang bijak yang boleh menegur kerajaan, bukannya membawa usul yang tidak berfaedah seperti itu.  Kalau tidak mahu sangat Anwar jadi PM, buatlah usul "Undi Tidak Percaya" kepada Anwar apabila Anwar menjadi PM tidak beberapa lama lagi.  Saya khuatir, apabila Anwar jadi PM nanti, puak lebailah yang pertama mengetuk pintu pejabat PM.  Contohnya telah ada, betapa dihinanya Tun M sebelum PRU14 tetapi merekalah yang pertama ketuk pintu pejabat PM dengan kulit muka yang tebal.

WFAUZDIN NS

KES ALTANTUNYA DIBUKA SEMULA.





KUALA LUMPUR, 10 Feb -- Polis memulakan siasatan ke atas 2 kes berprofil tinggi membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak dengan pembunuhan seorang warga Mongolia dan klip audio berkait 1MDB dan SRC International yang didakwa.

Dalam kenyataan hari ini, timbalan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan) Bukit Aman Mohd Roze Shaari berkata, 15 saksi telah dipanggil setakat ini berhubung kenyataan berkanun (SD) bekas anggota polis Azilah Hadri yang mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu. 

"Saksi-saksi lain yang telah dikenal pasti pula akan dipanggil, bagi melengkapkan siasatan sebelum permohonan Azilah untuk mengkaji semula hukuman matinya (difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan dijadualkan didengar pada 20 April 2020)," kata Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (Risikan dan Operasi) Datuk Mohd Roze Shaari.

#AltantuyaKembaliLagi
#MenghantuiNajibRosmah

Can I advise you something.....jgn lari sila duduk.


KENAPA NAK SERABUT SANGAT? KISAH PARA MENTERI



Sebelum pru ke 14 perlu di ingat parti BERSATU telah di haramkan oleh Kerajaan BN di bawah Dato Seri Najib Tun Razak...

Menteri yang menjaga ROS masa itu di bawah Kementerian Dalam Negeri....siapakah Menteri masa itu....wak zahid...

Kerana telah di haramkan semua mereka bertanding atas lambang PKR....di sudut undang undang spr semasa itu semua calun itu adalah dari PKR bukan Bersatu atau pun Amanah mahu pun Dap....

 Berbeza dengan BN mereka ketika itu adalah sebuah parti gabungan. Semua mereka mengunakan lambang BN..

Apabila keputusan di keluarkan di lihat PKR telah mendapat mejoriti yang cukup...perlantikan PM di buat sebelum adanya sidang dewan rakyat...bukan di buat di dewan rakyat...hanya cukup PKR buktikan jumlah mejoriti yang di sah kan oleh SPR...

Siapakah YDPA panggil mengadap peringkat awal....masa tu ada muka orang tua yang umur nya 93 tahun dah macam drakula monyok macam tikus mondok di tayang oleh semua media....kerana Agung hanya perkenan mengadap Presiden PKR dan Pengerusi SPR sahaja....kenapa tak orang tua itu di panggil mengadap terus....kerana ahli parlimen yang menang guna lambang PKR dan watikah bertanding pun presiden pkr yang keluarkan...

Setelah presiden pkr mengadap Agung dan berbincang dan beri penjelasan baru lah Agung sudi menerima orang tua itu masuk mengadap...semua team orang tua itu termasuk kadir jasin menahan marah yang amat sangat....selepas PH menang keluarlah segala cerita Agung yang tersembunyi di dedahkan....kerja siapa tu...orang tua tu lah...

Jadi nak habaq kat semua bukan senang nak lawan orang tua tu...dia belum pernah kalah lagi...sentiasa menang...muka dia pun ada seribu wajah...tengok sahaja apa dia telah buat terhadap semua parti politik utama dalam malaysia ni...di cincang sampai lumat...pkr..umno...cuma pas dia belai...amanah dia jaga...mat sabu terasa dia orang penting bila orang tua itu pandai ambil hati mat sabu....contoh jadikan mat sabu menteri pengiring kepada presiden pakistan...atau presiden lain yang datang....dia akan guna mat sabu....kembang hati mat sabu..kononnya orang tua tu sayang dia dan percaya ke dia...merak dah....

Menteri PKR pula semua ada masalah mereka tersendiri. Menteri penguna setiausaha agung pkr,dengan semua staf dia pun berbalah...setpol dia pun bergaduh...dan saya belum nampak dia bertugas sebagai menteri yang berjaya....tak tau lah dia pernah pergi kepasar pasar ke tidak....setakat pasar raya...itu malaun pun bole buat....ahli parti pkr nak jumpa pun susah menteri menteri pkr ni...sombong....maka ahli parti makan hati...

Menteri pkr yang lainnya sudah pecah dua pulak...satu geng azmin itu pun yang lebih ramai....ahli yang bukan kartel tak di hiraukan pun oleh mereka....

Jadi akar umbi pkr sekarang ni pun walaupun ada kerajaan tapi mereka merempat....ketua cabang tak laku dan tak bernilai....miskin...tak ada duit...dan ramai di kalangan mereka tak merasakan pun mereka itu kerajaan...malah lebih teruk dari semasa jadi pembangkang...mana tak teruk...ahli memgharapkan pada ketua ketua cabang....tapi ketua cabang ramai yang haprak dari berjaya...surat sokongan tak laku...sehinggakan orang minta tolong pun mereka lari dan takut nak jumpa...buat apa jadi kerajaan jika merempat...

Jadi saya fikir jika mereka di takdirkan berperang pun tak jadi masalah pada mejoriti ahli pkr dan penyokongnya...mereka tidak takut untuk jadi pembangkang semula dan lawan semula....kecuali yang dah pegang jawatan sedap...menteri dan timbalan menteri....

Jadi saya suka tengok orang tua itu bentuk kerajaan baru.....kita nak tengok pula...orang bersatu...umno dan pas berebut jawatan ketua kampung...jawatan ahli majlis...dan jawatan macamacam jawatan.....perang sesama melayu ni lebih parah....dengki lagi kuat....

Hahahahahahahah saja saja tulis....

Hamdan taha

Penjual nasi lemak

MUAFAKAT NASIONAL MALU KIRI KANAN

UNDI PERCAYA TUN KERJA GILA Undi percaya Tun kerja gila

PAS LAKSANA STRATEGI ADU-DOMBA LEMAHKAN PH – DR MAZLAN ALI

PAKATAN NASIONAL USAHA PAS PASTIKAN PH PECAH

MUKRIZ BIDAS CADANGAN UNDI PERCAYA PAS

PELABUR ASING RESAH TIADA TARIKH PENYERAHAN KUASA

UNTUK HENTI ‘POLITICKING’, YANG DIPERLU PERALIHAN KUASA, BUKANNYA USUL UNDI PERCAYA 11 February 2020



Walaupun belum membuat keputusan sama ada menyokong atau tidak, Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan berkata, usul undi percaya kepada Perdana Menteri yang akan dibawa oleh Pas adalah perlu untuk Malaysia.

Ini kerana, katanya, terlalu banyak “politicking” dalam negara ketika ini.

“Kebelakangan ini Malaysia menyaksikan terlalu banyak “politicking” sehingga kita seperti terlupa bahawa negara ini berhadapan dengan pelbagai cabaran yang genting.

“Malaysia yang sebenarnya memerlukan ‘the confidence vote’ (undi percaya).

“Jika Malaysia gagal dalam menangani krisis keyakinan terhadap kemampuannya, Malaysia akan terus menjadi negara membangun yang biasa-biasa,” katanya lagi.

Kesian dengan Mat Hassan, beliau rupanya gagal melihat dengan mata hati hakikat sebenar dalam negara sekarang ini.

“Politicking” atau permainan politik yang terlalu banyak dalam negara sekarang ini, sebab utamanya adalah kerana pembangkang seperti UMNO dan Pas tidak dapat menerima dengan hati terbuka kedudukan PH sebagai kerajaan yang sah dan dipilih oleh rakyat.

Setiap hari ada saja kacau ganggu yang cuba mereka lakukan untuk menggugat dan mencetuskan ketidakstabilan kepada PH dan kerajaan dengan harapan dapat memenangi PRU akan datang.

UMNO dan Pas seolah-olah tidak sabar menunggu PRU seterusnya untuk berpencak dalam politik secara sihat dan matang.

Undi percaya yang dirancang mahu dibawa oleh Pas terhadap Perdana Menteri, ini adalah satu lagi usaha jahat parti itu untuk menggugat kestabilan PH sebagai kerajaan.

Tiada keperluan sama sekali untuk Pas sebagai pembangkang membawa usul tersebut kerana kedudukan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri tidak pernah tergugat lantaran majoriti yang diperolehi sejak PRU14 lalu masih lagi utuh sehingga kini.

Oleh itu, adalah tidak benar seperti kata Mat Hassan, undi percaya itu diperlukan oleh negara kerana terlalu banyak “politicking” sedang berlaku.

Selain “politicking” itu sendiri dimainkan oleh pembangkang, sedarkah Mat Hassan bahawa undi percaya Pas itu akan mencetuskan lebih banyak kekacauan dalam negara selepas ini.

Dan ia tidaklah menghairankan kerana tujuan Pas membawa usul itu pun adalah bermotifkan politik semata-mata.

Takkan Mat Hassan gagal memahaminya?
Sebaliknya, perkara yang boleh mengurangkan “politicking” dalam negara ialah kiranya proses peralihan kuasa tidak diganggu oleh mana-mana pihak, terutamanya UMNO dan Pas.

Kalau isu peralihan kuasa ini dapat diselesaikan dengan baik di mana tarikh khusus untuk Anwar Ibrahim akan menggantikan Tun Mahathir dapat ditetapkan, maka dengan sendirinya “politicking” dalam negara akan berakhir dan kestabilan akan mengambil alih tempatnya.

Tetapi, sudah tentu Mat Hassan dan Pas khususnya, tidak gembira bila ada kestabilan dalam negara serta PH tidak berjaya digolakkan keadaannya.

Jadi, dengan Mat Hassan mengatakan undi percaya kepada Tun Mahathir adalah keperluan untuk Malaysia, bellau sebenarnya sudah tersasar sama sekali daripada hakikat yang sebenarnya, selain sedang menampakkan dirinya seperti “langau” yang suka kepada benda-benda yang busuk juga.

Ehhh…Mat Hassan lupa ke, bukankah ibunya pernah berpesan, kalau tak dapat jadi garam, janganlah jadi langau?

Tapi, kenapa jadi langau juga jadi kesukaan beliau akhirnya?

 (ShahbudinHusin 11/02/2020)