‘Arwah Ibu Dan Isteri, Dua Wanita Terpenting Dalam Hidup Saya. Selamat Hari Wanita’ – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi gambar kenangannya bersama arwah ibu dan isteri yang disiarkan pada 8 Mac 2025 sempena Hari Wanita Sedunia. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 8 Mar – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dua wanita terpenting dalam hidupnya adalah ibu, Allahyarhamah Che Yan Hamid Hussein, dan isteri tercinta, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Perdana Menteri turut menyifatkan, mereka adalah tulang belakangnya dan sumber kekuatan dalam menuntut keadilan serta meneruskan perjuangan demi rakyat.

“Hari ini, kita meraikan keberanian, pengorbanan dan peranan luar biasa wanita dalam membentuk masyarakat yang lebih adil dan sejahtera.

“Semoga kita terus memperjuangkan hak dan martabat wanita, memastikan mereka diberi ruang dan peluang yang saksama dalam semua aspek kehidupan.

“Selamat Hari Wanita,” katanya menerusi Facebook.

Menerusi ucapannya itu, Perdana Menteri turut memaparkan gambar kenangannya bersama arwah ibu dan isteri.



BAYANGKAN KALAU PAS PERINTAH, PROGRAM KEBAJIKAN UNTUK RAKYAT AKAN DIHALANG JIKA TIDAK MENYOKONG MEREKA.?

 



Pas yang zalim, rakus takutkan Kerajaan Madani. Ini tindakan mereka

Kerajaan Pas Terengganu mempamerkan kezaliman dan kerakusan mereka kepada rakyat kerana takut terhadap kerajaan Madani.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah telah dijadualkan menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan Bersama peserta Felcra

Oleh itu, khemah telah dipasang di dalam pekarangan masjid ke luar kawasan tersebut.


Walau bagaimanapun, lain pula jadinya.

“Di saat akhir Jabatan Agama Negeri Terengganu tidak memberikan kebenaran menggunakan kawasan masjid tanpa sebab yang jelas,” kata pemegang akaun TikTok AAKJ World.

“Namun, adat orang kampung, tetamu telah dijemput maka majlis diteruskan juga.


AAKJ World menyatakan bahawa tindakan rakus kuasa ini mengingatkan mereka pada peristiwa di tahun 1999 iaitu bilamana pelajar Tadika Kemas dihalau dari sekolah mereka atas alasan menggunakan dewan milik kerajaan negeri.



LANGKAH BIJAK PAS REHATKAN LEBAI TAK GUNA.

 

‘Rehatkan’ Razman Bukti Jadi Beban PN – Faizul Abdul Ghani

Faizul melihat Pas tidak mahu dilihat sebagai punca kekalahan PN apatah lagi Muhyiddin telah mengumumkan Pas yang akan mewakili pembangkang dan bukannya Bersatu.

JOHOR BAHRU, 8 Mar – Tindakan Pas Perak yang dikatakan ‘merehatkan’ pesuruhjaya negeri Razman Zakaria walaupun tiada pengumuman rasmi daripada parti itu jelas membuktikan Adun Gunung Semanggol itu kini menjadi beban kepada Perikatan Nasional (PN).

Menurut seorang pemerhati politik, biarpun tiada reaksi rasmi namun Pas yang dijangka akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning pada 26 April depan pasti tidak mahu ‘mengambil risiko’ menurunkan seorang pemimpin ‘celupar’ pada PRK berkenaan.

“Razman kini menjadi sasaran jelas Kerajaan Perpaduan dan merehatkannya daripada ‘tugasan’ PRK Ayer Kuning adalah satu tindakan politik yang lebih menguntungkan pihak lawan ekoran ketiadaan ‘jeneral’ negeri mengepalai jentera serangan pembangkang.

“Namun saya berpandangan Pas tidak mahu dilihat sebagai punca kekalahan PN apatah lagi Muhyiddin telah mengumumkan Pas yang akan mewakili pembangkang dan bukannya Bersatu kerana kalau Bersatu yang masuk (bertanding), jentera Pas akan ‘lari’ dan Bersatu pula mengharapkan jentera Pas yang tak mungkin akan turun seperti di Sungai Bakap,” ujar Faizul Abdul Ghani.

Terdahulu laporan menyebut PN dikatakan telah dimaklumkan bahawa Pas merehatkan Razman ekoran beberapa isu yang mampu menjejaskan kempen menentang Barisan Nasional (BN).

Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin berkata ia dibuat merupakan sebahagian daripada taktik untuk memastikan keberkesanan parti dan dalam politik keputusan seperti itu adalah perkara biasa.

“Keputusan untuk ‘rehat’ bukan bermakna individu itu tidak kompeten tetapi lebih kepada memastikan keberkesanan politik.

“Seperti dalam permainan bola sepak, walau sebagus mana pun seseorang pemain itu, dia perlu direhatkan. Keputusan ini juga tidak menjejaskan kempen PN di PRK Ayer Kuning,” katanya.

Isu yang melingkari Razman termasuk kes mengaitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dengan Kumpulan YTL Corporation Berhad (YTL).

Difahamkan, tugas Pesuruhjaya Pas negeri kini dipangku Naib Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai, Idris Ahmad.



TAK PAYAH LA NAK LANTIK KULI JADI PENASIHAT..DALAM UMNO PULOH TAHUN PUN DIA TAKK BOLEH BUAT APA PA DI KELANTAN .

 



Jadikan Ku Li penasihat PH-BN, rampas Kelantan

Seorang pemimpin veteran Kelantan telah menyeru agar agar tokoh veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah yang lebih dikenali sbagai Ku Li dilantik sebagai penasihat gabungan PH-BN untuk merampas kembali negeri Kelantan daripada Pas.


“Ku Li kekal sebagai pengaruh yang kuat dalam politik negeri Kelantan,” kata mantan pengerusi AMANAH Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.


“Penyertaan beliau bersama kita akan membantu terutamanya dalam menjelaskan persepsi buruk yang digambarkan oleh parti lawan.


“Ku Li juga telah membuktikan kewibawaannya dengan memastikan kerusi DUN Nenggiri kembali ke tangan UMNO,” tambahnya lagi.


Beliau berkata begitu dengan merujuk kepada PRK Nenggiri yang menyaksikan Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang merupakan ketua pemuda UMNO Gua Musang menewaskan calon Perikatan Nasional Mohd Rizwadi Ismail dengan majoriti 3,352 undi.


Rahim mengakui misi menumbangkan Pas di negeri Cik Siti Wan Kembang adalah sukar memandangkan Pas membentuk kerajaan di situ sejak 1990.



Walau bagaimanapun, beliau yakin bahawa perpaduan UMNO dan PH boleh menumbangkan Pas.

Usaha bersama diperlukan daripada semua parti pembangkang di Kelantan untuk menghantar mesej bahawa Pas lepas tangan dalam menguruskan negeri tersebut.

Kepimpinan Ku Li di dalam gabungan UMNO-PH dijangka akan mampu meneutralkan Pas, katanya.

Kepimpinan Pas Kelantan berdepan dengan pelbagai isu.


Menteri Datuk Mohd Nassuruddin Daud gagal mencipta peluang pekerjaan baharu untuk golongan muda dan juga tidak menyerlah dalam menyelesaikan masalah banjir semasa musim tengkujuh.

Kumpulan exco negeri juga adalah pimpinan baharu yang kurang berpengalaman.






PILIH LAGI PN. PILIH PN BERAS HILANG LAGI- MINYAK NAIK, TELOR TAK DA- Pemulihan Bekalan Beras Tempatan Legakan Golongan Berpendapatan Rendah

 


Langkah bagi memastikan bekalan beras tempatan mencukupi dibuktikan apabila Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri turun padang meninjau kawasan tuaian padi di Jerlun, Kedah baru-baru ini. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KLUANG, 8 Mar – Selepas lebih dua tahun, akhirnya bekalan beras tempatan kembali berada di pasaran dan pembelian dua kampit beras yang dibenarkan bagi satu keluarga amat melegakan di samping dapat menjimatkan perbelanjaan bulanan berbanding beras import yang lebih mahal.

Tinjauan mendapati bekalan beras tempatan mula membanjiri pasaran sejak beberapa hari lalu di samping stok yang ada di kedai peruncit setakat semalam ialah beras putih import yang berharga RM33 ke atas bagi sekampit 10 kilogram (kg) mengikut jenama.

Beras tempatan yang mula dijual dalam pasaran bermula 1 Mac lalu disasarkan penjualannya kepada 400,000 ketua isi rumah (KIR) miskin termasuk 77,000 KIR miskin tegar.

Bekalan beras tempatan mula memasuki pasaran di pasar raya dan kedai runcit di Semenanjung Malaysia sejak 1 Mac lepas.

“Walaupun satu keluarga hanya dibenarkan beli dua kampit sahaja bagi sekali beli tapi ini tentunya lebih adil kepada golongan B40. Saya harap bekalan beras tempatan ini akan terus berada di pasaran selepas ini,” kata seorang suri rumah Suraya Abd Majid.

Manakala seorang pembeli dikenali sebagai Fadil lega apabila dapat membeli dua kampit beras 10kg di pasaraya berhampiran rumahnya sejak mendapat khabar beberapa hari lalu.

“Kawan saya bagitau beras tempatan (cap X) dah dijual dan meminta saya mendapatkannya sebelum stok habis. Tapi alhamdulillah pekedai kata jangan risau sebab beras akan sampai stok lagi minggu depan,” katanya.

Pada bulan lalu pula, kerajaan bersetuju menaikkan harga lantai belian padi kepada RM1,500 setan berbanding RM1,300 pada 2023.

Ini ditambah lagi dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang agresif mahu penanaman padi lima musim dua tahun dilaksanakan dengan peruntukan bagi pembaikan saliran di kawasan padi bagi menjamin peningkatan hasil tuaian kelak.



AKIBAT TERBULU BULU.. SENDIRI MALU SALAHKAN KERAJAAN. KO TAK DAPAT MAKLUMAT KAU SALAHKAN KERAJAAN.. PAS TU JADI GILA PI MINTA MAAF.... KIOK.


 

PADAN MUKA HANGPA.. PI BATU CAVES TU BUAT APA.. JUMPA ORANG POLITIK... MEMANG NAK JADI ISU POLITIK LA... NAK ANGKUT ANGKUT PI BALAI CERITA. ZAMAN MODWN NI ORANG NAK DOK TENANG TANANG JA CARI MAKAN., HIDUP NI DIBUMI MALAYSIA NI MAAN JA.


 

HAAA ADIK LANGGAR LAMPU MERAH KO NAK BUAT SIMPATI


 

POLIS TAK PILIH BULU NAK TANGKAP PENGHINA 3R.

 





KEH. KEH. KEH BAIK KAU CARI MISKIN TEGAR KAT TEMPAT KAU BANTU. BOLEH MAKANG NASI NGAN AIR OREN OK DOH.... KIOK.

 

Cari 𝗴𝗲𝗻𝗴 𝗽𝗹𝗮𝘀𝘁𝗶𝗸 𝗵𝗶𝘁𝗮𝗺? Apa masalah mangkuk ni?



Puasa ni ibadah peribadi. Dosa peribadi. Kalau orang tu tak puasa, 𝗱𝗶𝗮 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗱𝗼𝘀𝗮𝗻𝘆𝗮. Kita tak perlu meronda cari orang tak puasa. Berikan aku satu riwayat yang menyebut mana-mana khalifah yang buat kerja macam ni, cari orang tak puasa.


Khalifah dulu ronda keliling kota untuk mencari 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘀𝘂𝘀𝗮𝗵, 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗶𝘀𝗸𝗶𝗻, 𝗳𝗮𝗸𝗶𝗿, yang 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻. Bukan yang curi makan bulan puasa. Dia tak nak ikut cara khalifah dulu buat kerja ke? Cari salah macam ni kerja 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗥𝗼𝗺, bukan khalifah Islam.


Lagi pun, itu kan kerja 𝗽𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮. Kamu sebagai 𝘄𝗮𝗸𝗶𝗹 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 dibayar bukan untuk tangkap orang tak puasa. Kerja hakiki bantu rakyat 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗮𝘁. Dia sibuk cari salah rakyat. 𝗠𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗱𝗶 𝗱𝗶𝗮. Baik bagi lembu jadi wakil rakyat.


Tapi memang mentaliti lebai macam tu. Matlamat dia cuma nak cari salah orang. Sebab niatnya nak tunjuk 𝗰𝘂𝗺𝗮 𝗱𝗶𝗮 𝗯𝗮𝗶𝗸. Orang lain semua 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗼𝘀𝗮. Padahal hati dia yang perlu dibersihkan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



32-0 PUN TAKUT LAGI?

 


Payah bila tak dapat bezakan antara 𝗮𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 dan 𝗮𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶. Program 𝗦𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗞𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗵𝗮𝗻 ni anjuran 𝗙𝗲𝗹𝗰𝗿𝗮 dan 𝗞𝗞𝗗𝗪. Bukan ceramah politik pun. Tapi 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗵. Bermakna ia ditolak mentah-mentah.







Majlis ni kan untuk rakyat? Kenapa? PAS Terengganu takut rakyat Terengganu dapat rasakan 𝘀𝗶𝗸𝗮𝗽 𝗽𝗿𝗶𝗵𝗮𝘁𝗶𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗽𝘂𝘀𝗮𝘁 berbanding kerajaan negeri yang 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗲𝘁𝗼𝗿𝗶𝗸 saja. Masalah kerajaan negeri ni, dia sendiri tak pandai jaga rakyat.


Tapi, bila ada yang nak santuni rakyat, dia buat macam musuh. 𝗗𝗶𝗵𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀. Masa nak bantuan, pandai pulak dia melutut. Nak bayar bonus pun kena tunggu peruntukan Pusat. Tapi pemimpin Pusat dijadikannya musuh. 𝗛𝗮𝗽𝗿𝗮𝗸 betul. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


148 UNDI BERMAKNA 2/3...ADA PEMBANGKANG YANG UNDI KERAJAAN. HAMZAH TERLUKA LAGI.

 Terluka betul hati 𝗛𝗮𝗺𝘇𝗮𝗵 𝗭𝗮𝗶𝗻𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 bila kerajaan berjaya dapatkan undi ⅔ tempohari. 𝗖𝘂𝗸𝘂𝗽 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗷𝗲, kata Hamzah. Kalau 147, tak lulus dah akta tu.


Susah betul Hamzah nak mengakui kekuatan kerajaan MADANI ni  tapi kita faham. Bila kerajaan kuat, susah la dia nak 𝘁𝗲𝗯𝘂𝗸 𝗮𝘁𝗮𝗽. Tu yang kecewa sangat tu.


Nasib tak nasib, tapi kalau tengok dari senarai 17 yang 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗵𝗮𝗱𝗶𝗿 ni, ada beberapa orang MP kerajaan juga. Kalau MP-MP ini hadir, jumlah undi 𝗷𝗮𝘂𝗵 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸.


kenyataan harus yang Hamzah telan, meskipun tanpa kehadiran MP kerajaan, kerajaan masih dapat 148 undi. Itu membawa maksud, 𝗮𝗱𝗮 𝗠𝗣 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻.


Nasib tak nasib, cukup makan tak cukup makan, PN kena terima hakikat, mereka tak mampu pikat seorang pun MP kerajaan untuk bersama mereka. Sebaliknya ada MP mereka yang 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻.


Ayat Hamzah 𝗰𝘂𝗸𝘂𝗽 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗷𝗲 itu sebenarnya cuma nak pujuk hati. Yang sebenarnya Hamzah sendiri pun tahu PN hanya 𝘁𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂 𝗺𝗮𝘀𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗸𝘂𝗯𝘂𝗿.


Tapi nak buat macamana. Nak beli MP pun dah tak mampu. Duit dah habis. Tunggulah PRU. PRU nanti pun nak beli undi macam PRU15 dulu pun tak mampu juga. Nak tak bak, 𝘀𝗮𝗺𝗯𝘂𝗻𝗴 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗴𝗶 la gamaknya. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


MEMAINKAN ISU AGAMA BANGSA INI ZAMAN PMX DENGAN ADA TUJUAN. SUOAYA KERAJAAN INI BOLEH DIJATUHKAN. ITU SAJA..

 


DAH DIBAYAR.... ZALIM LAGU MANA LAGI. ATAU TAK PANDAI CARI SUMBER LAIN.


 

TANGKAP SAJA PENGHASUT AGAMA. MCMC KENA AKTIF DSN JANGAN LEMBAB AMBIL TINDAKAN


 

PATUT NAK TUKAR KERAJAAN.


 

DOA ARWAH TOK GURU BANYAK DAH JADI KENYATAAN. JANGAN DIBUAT MAIN.


 

KIRA PUN TAK TAU... MACAMANA JADI KETUA PEMBANGKANG?


 

KERJA DIA NI DARI ZAMAN MAHAZALIM DULU DAH DOK FITNAH DSAI.. ORANG LAMA TAU MEZAH MINYAK MASAK NI


 

HUKUM DAH DILAKUKAN. ZAMAN 33 DULU MENTDRI 5 HARI KATA JANGAN BALAS.. KENA LA SIASAT JATUH HUKUM DULU


 

BIAQ BETOI ANWAR HALANG ORANG NAK JUMPA HANG.. AKU RASA ERDOGAN TAK MAU JUMPA HANG KOT


 

Kerenah Birokrasi Dikurangkan, Dipermudah Dengan AKPS – Saifuddin Nasution

 


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika menyantuni petugas AKPS pada Program Nilai-Nilai Murni Ihya' Ramadan AKPS 2025 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada 7 Mac 2025. Foto KDN

SEPANG, 8 Mar – Pengoperasian Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang bermula Februari lepas dapat mengurangkan kerenah birokrasi dengan ketara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah diberikan beberapa maklum balas mengenai pelaksanaan AKPS selepas mesyuarat Jemaah Menteri semalam, memandangkan ia adalah sebuah agensi baharu.

“Perdana Menteri mahu mendengar sendiri maklum balas mengenai pelaksanaan AKPS, termasuk cabaran yang dihadapi, kekangan yang perlu ditangani serta penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi memperkukuh keberkesanan agensi ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika menyantuni petugas 
pada Program Nilai-Nilai Murni Ihya’ Ramadan AKPS 2025 di Lapangan
 Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada 7 Mac 2025. Foto KDN.


”Beliau juga ingin mengetahui kejayaan yang telah dicapai sejak AKPS beroperasi,” katanya kepada media selepas Program Nilai-Nilai Murni Ihya’ Ramadan oleh AKPS 2025 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, malam tadi.

Menurut Saifuddin, beliau secara spontan telah menyampaikan kepada Perdana Menteri bahawa impak paling ketara ketika ini ialah pengurangan kerenah birokrasi selepas penyatuan kawalan di bawah satu agensi tunggal, iaitu AKPS.

“Sebahagian pelanggan yang berurusan di pintu masuk mendapati urusan lebih mudah dengan satu agensi berbanding sebelum ini. Sekurang-kurangnya, saya rasa lega apabila mendengar maklum balas seperti itu,” katanya.


Saifuddin berkata walaupun masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan, AKPS menunjukkan tanda-tanda positif dalam memenuhi perancangan dan jadual kerja yang telah ditetapkan.

“Terlalu awal untuk kita membuat kesimpulan, tetapi saya optimis bahawa penubuhan AKPS adalah keputusan yang tepat,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa AKPS akan terus memperluas kawalannya di 123 pintu masuk negara tahun ini. Setakat ini, agensi tersebut telah beroperasi di 22 pintu masuk, manakala baki 101 lagi akan dilaksanakan secara berperingkat, menjadikan jumlah keseluruhan 123 lokasi.

“Dalam perancangan awal, sasaran kami adalah 118 pintu masuk. Namun, selepas semakan semula, kami mendapati ada keperluan untuk menambah jumlah tersebut kepada 123 lokasi,” katanya.

Saifuddin turut memuji kepimpinan AKPS kerana berjaya melaksanakan pengembangan operasi lebih awal daripada jadual asal, yang dijangka selesai pada Oktober ini.

AKPS ditubuhkan secara rasmi selepas pewartaan Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (Akta 860) pada 17 Oktober 2024.

Agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) ini berfungsi sebagai agensi tunggal yang memperkukuh kawalan keselamatan di pintu masuk negara dengan menyatukan kepakaran serta sumber daripada pelbagai jabatan kerajaan.

Ketika ini, AKPS dianggotai oleh 6,000 pegawai dan anggota, termasuk 1,090 pegawai yang diserap daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Selain JKDM, pegawai serta anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) turut diserap ke dalam AKPS.

Mengenai Program Nilai-Nilai Murni Ihya’ Ramadan, Saifuddin berkata program ini bertujuan memperkukuh nilai-nilai murni dalam kalangan petugas AKPS serta memberi penghargaan kepada petugas lapangan yang memastikan keselamatan pintu masuk utama negara terus terpelihara.

Beliau turut meluangkan masa beramah mesra dengan pegawai bertugas dan mengedarkan pek juadah bersahur.



Tuduhan fitnah dan tidak berasas, ini bukti kerajaan tidak berdiam apabila Islam dihina

 



Kerajaan tidak berdiam apabila agama Islam dihina seperti dicanangkan dalam tuduhan dan persepsi.


Menurut Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, persepsi kononnya kerajaan berdiam apabila Islam dihina adalah fitnah dan tidak berasas.


Beliau pada Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan melalui Facebook PMO Malaysia hari ini berkata, sesiapa pun yang menghina mana-mana agama di Malaysia akan tetap disiasat dan didakwa.


Jelasnya, sebagai contoh kes kalimah Allah dipersenda melalui penjualan stokin, syarikat dan pembekal masing-masing didenda RM60,000; seorang lelaki persenda perkataan “Allah” didenda RM12,000 dan dipenjara 6 bulan.


Turut sama dikenakan tindakan ialah kes membabitkan peniaga jagung bakar meletak notis perkauman, didenda RM400.


Terkini, pelawak Harith Iskander dan Cecelia Yap masing-masing didenda RM10,000.




ISMAIL SABRI HILANG SABAR TERUS DEDAHKAN RAHSIA TERUK MUHYIDDIN KETIKA J...

YG TUKAR ROYALTI TERENGGANU ADALAH PENASIHAT SG4 ! RESPON TERBAIK DR MUJ...

PAS BAKAL DI SAMAN 1 BILION?? Habislah Kali ini..

SEMANGAT DUA MP PAS & BERSATU BERBAHASA! INI JAWAPAN TERBAIK MENTERI KEW...

Setelah banyak kali gagal siap stesen bas bersepadu, senator Pas tanya kenapa Pusat tak bina

 


Setelah banyak kali gagal siap stesen bas bersepadu, senator Pas tanya kenapa Pusat tak bina

Setelah projek pembinaan Terminal Bas Kota Bharu (KB Sentral) tertangguh lebih 13 tahun, seorang senator Pas bertanyakan mengapa tidak Kerajaan Persekutuan membina kemudahan infrastruktur pengangkutan itu.

Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff hari ini melontarkan soalan tersebut yang sekaligus mengundang kritikan dan sindiran orang ramai.

“Adakah tanggungjawab kerajaan negeri untuk membangunkan terminal bas bersepadu? Kenapa tidak Kerajaan Pusat membangunkan terminal bas bersepadu di Kelantan?


“Di Kelantan, tidak ada terminal bas bersepadu yang canggih dan sofistikated seperti yang ada di ibu negara.

“Kenapa tidak Kerajaan Pusat yang membangunkan terminal bas bersepadu bagi negeri Kelantan,” ulangnya lagi di Dewan Negara hari ini.

Susulan itu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dalam maklum balas beliau berkata, sudah tentu menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk membina terminal bas bersepadu.


Walau bagaimanapun, kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing berperanan untuk membangunkan terminal bas.

“Secara praktisnya, memang (pembinaan) terminal bas bersepadu itu di bawah (tanggungjawab) negeri terutamanya PBT masing-masing.

“Ini termasuk di kawasan saya di Seremban pun, terminal bas bukan bawah Kementerian Pengangkutan.

“Ia dibangunkan oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dan pembangunaan dan pelaburan oleh pelabur swasta.

“Bukan saja Kelantan, semua negeri pun Kerajaan Persekutuan tiada peruntukan untuk membina terminal bas bersepadu.

“Memang ia kerjasama antara kerajaan negeri dan PBT. Ini terpakai di semua negeri,” jelas Loke.

Susulan pertanyaan senator Pas berkenaan, rata-rata hairan dengan kualiti dan keupayaan pemimpin Pas memahami skop kuasa antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.

Warganet juga dilihat meninggalkan sindiran pedas yang menyebabkan walaun panas dengan tanda pagar #nakmundurpilihpas.

Pada masa ini, Kelantan hanya ada terminal bas sementara di Lembah Sireh, Kota Bharu yang telah beroperasi sejak 2011.

Kedaifan fasiliti itu menyebabkan ketidakselesaan kepada pengguna selain menjadi bahan cemuhan dan jenaka dalam kalangan masyarakat.

Projek pembinaan Terminal Bas Kota Bharu (KB Sentral) yang tertangguh lebih sedekad mengundang sindiran terhadap janji kerajaan negeri.

Pada Mac 2024, kerajaan negeri mengumumkan bahawa terminal tersebut dijangka siap pada 2027, setelah tarikh jangkaan siap itu ditukar sebanyak tiga kali.

Malah, netizen menganggap terminal bas lama di Kota Bharu yang dibina pada era 1980-an adalah lebih moden dan berfungsi lebih baik berbanding terminal sementara yang digunakan sekarang.






‘Stesen bas pun tagih Pusat siapkan’, Pas dikecam optimis kaut undi anak muda

 



Pas dikecam gara-gara optimis kononnya undi anak muda akan memihak kepada Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 26 April depan.

Reaksi itu membanjiri ruangan komentar dalam hantaran di Facebook Pemuda Pas Malaysia hari ini yang memetik kenyataan Ketua Pemuda Pas Perak, Hafez Sabri.

“Jentera Pemuda Pas/PN tumpu kerja-kerja memastikan kemenangan calon mewakili Pas/PN untuk PRK DUN Ayer Kuning,” katanya yang juga ADUN Manjoi.


Rata-rata mengkritik dan menyindir Pas termasuk mengaitkan dengan kegagalan kerajaan Pas yang sudah 34 tahun menguasai Kelantan untuk menyiapkan Terminal Bas Kota Bharu (KB Sentral) pun tidak mampu.

“Stesen bas pun ngendeng orang untuk binakan. Tapi bila pilihan raya sembang nak rebut jawatan. Dah dapat jawatan tiba-tiba jadi dungu.

“Bila dah menang mula merapu dan jadi pasu bunga. Urus Kelantan pun hancur siap nak suruh Kerajaan Pusat bina stesen bas.


“Optimis untuk kemunduran. Kalau atas mereka pun dah tak bijak, yang bawah, apatah lagi.

“Optimis untuk menipu pengundi muda yang jahil,” demikian antara sindiran warganet.

Dalam masa sama, kecaman turut mengaitkan dengan fenomena anak muda di Kelantan dan Terengganu yang berhijrah ke Selangor, Pulau Pinang dan Johor untuk mencari pekerjaan.

Pengundian bagi PRK DUN Ayer Kuning ditetapkan pada 26 April depan manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 12 dan 22 April.


Calon Pas ketika itu, Muhamamd Noor Farid Zainal hanya mendapat 6,812 undi iaitu 29.03 peratus daripada keseluruhan pemilih manakala calon AMANAH, Mohd Nazri Hashim memperoleh 6,875 undi (29.30 peratus).