Rafizi Tanya Apa Kabar 3

 

Zuwairi Md Yusof




Democratic Action Party ni tak promote parti.Dia promote sorang saja sebagai poster boy.Pengundi Cina ni permintaan dia sangat basic.Take care of the Tamans.Fight for better infra surroundings.Itu lah tu.DAP Chan tanding Tanjung Aru thinking easy fight untuk benamkan Junz Wong of Warisan. 🤣 Ginger pindah ke Likas lawan first time calon Warisan.What went wrong here?Cina rasa Ginger selesa sangat jadi kerajaan tapi keperluan Cina tidak di santuni.Also Warisan fielded the right man.

PKR atas kepintaran Timbalan Presiden memilih calon macam pilih Strawberi di Pasar.Letak calon bukan asal kawasan dan bukan bangsa sesuai, DAN JUGA tidak faham sentimen bahawa kawasan 60% Cina perlu calon reti bertutur Cina.PKR ni kalah sebab kebodohan depa sendiri.Menyingkirkan Rafizi adalah satu kesilapan besar.Saya tidak nampak sesiapa dalam PKR yang mampu mengatur strategi seperti Rafizi.Mereka berkuasa hari ini kerana kerja keras Rafizi.

Incumbent kerusi Inanam ni PKR last election menang dengan selesa dan waktu itu pun 14 penjuru (Chong Kah Kiat ex Ketua Menteri pun kalah).Si PKR calon Inanam bongkak 5 tahun tak berkhidmat untuk rakyat.Dalam temu ramah probok probok siapa tuduh dia tak buat kerja di kawasan.Kawasan pantai timur PKR kalah semua.Sebab kenapa?Sebab bodoh letak bekas KSU kat kawasan ingat sebab dulu berjawatan Federal boleh la pancing undi.Ini juga calon paling awal di umumkan tanpa di bincang.Poka siok sangat.

Sebab PKR di penuhi dengan orang bodoh dan trauma maka kerja mereka untuk menang atau sengaja sabotaj parti tu terpalit menyusahkan orang lain.Overall orang-orang PKR dalam self sabotaj mode.Mereka suka lihat parti mereka Hancur,Lebur dan Berkecai.Team Damai duk ingat Hiruk nak sabotaj Nurul Izzah kan?Nah aku rasa Rafizi paling siok sepanjang waktu ni sebab tengok PKR telah borong bodoh berbondong bondong.Reformasi dah mati sejak PKR naik ke kerusi.Bibit-bibit kebobrokan muncul bila pangkat di agih dan jawatan mula di isi.














ORANG LUAR TAK PERLU MASUK SABAH.



 Hanya Warisan sahaja yang bertambah kerusi. Maksudnya:




1) Majoriti pengundi Sabah masih percayakan parti tempatan mereka sahaja. Semangat sesama Sabahan masih tebal. Mana² kerajaan pun tidak akan mampu menghilangkan semangat ini kerana ia hanya akan pudar menerusi peredaran masa yg panjang.


2) Jesteru itu, mana² parti yg bekerjasama dengan parti Semenanjung akan dianggap orang luar yang tidak berhak ke atas Sabah & tidak disenangi mereka sebagai pemimpin negeri.


KESIMPULANNYA, PRN selepas ini tak perlulah bazirkan duit & masa bertanding jika kamu dari Semenanjung. Biarkan Sabahan memilih pemimpin mereka.  Jangan cuba masuk, berkempen malah jangan sesekali cuba umum dah cukup jumlah. Sama mcm jika GRS atau Warisan bertanding kerusi parlimen di Terengganu. Kekalahan itu pasti, hilang deposit itu wajib sekalipun yg berkempen itu Presiden PAS sendiri & dijanjikan syurga diancam neraka. Apa yg perlu dilakukan hanyalah bekerjasama dgn kerajaan Sabah. Tu aje.


Dr. Ariff Kadir Al-Katami

Mantan Penganalisis Geopolitik Sabah Yang Tak Sambung Kontrak Sehari Selepas Dapat Email Sambung Kontrak.




SEMOGA BANGKIT SEMULA...NAMPAK GAYA TAK BOLEH JADI RAFIZI LAH KALAU GITU. ADA ORANG TUNGKUS LUMUS BUAT KERJA ..HANGPA BUANG DIA SECARA HALUS. KINI NAMPAK ADA KEBETULANNYA

 


Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 2025.





Mereka menegaskan bahawa keputusan pilihan raya mencerminkan kehendak rakyat dan menjadi pengajaran penting untuk memperbaiki strategi dan pendekatan parti pada masa hadapan.


"Perjalanan ini belum selesai. Selagi ada rakyat yang belum terbela, selagi ada keadilan yang belum ditegakkan, Keadilan akan terus berdiri, bekerja, dan berjuang."


#ohmedia #as




PAS NI MENGARUT JA..JOM DENGAR


 

WOIII ORANG DAH TANDATANGAN NAK HARAP SIAP SAJA. HANGPA DOK BUAT QAMAI APA PUN TAK DAK? MELUAT DAH BILA ORANG TAU PERANGAN HANGPA DUA NI


 

KEH KEH.. WALAUN TAK DAK OTAK MANA MAU TERIMA KEGAGALAN


 

HU HU... KIOK





TERKINI MASUK SENARAI PEMFITNAH MP QAZAF




 

DULU KATA TAK RELEVEN .SEKARANG DAH TERBUKTI

 

Orang boleh kata macam-macam daripada PAS ke, Geng Ceplos ke, kononnya saya dah tak relevan.






Terus terang, saya tak ambil hati sangat sebab setiap bulan saya tengok sendiri angka (rating) daripada rakyat.


Dalam video ini, saya jelaskan:


- Saya memang semak approval rating Perdana Menteri, saya sendiri, Nurul Izzah, Zahid Hamidi dan lain-lain, survey demi survey, bulan demi bulan.


-Sebab bagi saya, rakyat yang tentukan sama ada kita relevan atau tidak, bukan echo chamber parti atau penyokong tegar mana-mana blok.


Saya ulas juga tentang cerita yang ramai buat-buat tak tahu iaitu rancangan untuk membawa Tengku Zafrul masuk PKR dan susun semula kerusi untuk beliau dan Nurul Izzah.


Berdasarkan maklumat dalaman yang sampai kepada saya:


1) Zafrul dirancang masuk PKR dan diumumkan di Konvensyen PKR sekitar April 2024.


2) Satu kerusi Parlimen, besar kemungkinan Ampang, dirancang untuk dikosongkan supaya Zafrul boleh jadi Ahli Parlimen selepas tamat tempoh Senator.


3) Satu kerusi DUN Selangor akan dikosongkan untuk memberi laluan kepada Nurul Izzah bertanding.


4) Susunannya: Zafrul melicinkan jalan, Izzah akhirnya diangkat sebagai Menteri Besar Selangor, Amirudin pula dibawa ke Persekutuan.


Itu semua “rancangan atas kertas”. Realiti politik tak seindah itu:


1) UMNO marah bila berita bocor awal.


2) Proses Zafrul masuk PKR tak jadi mengikut garis masa asal.


3) Imej dan persepsi terhadap Nurul Izzah berubah selepas pemilihan parti.


4) Risiko politik di Selangor makin besar termasuk kerusi yang dianggap “selamat” tapi bergantung pada reaksi pengundi bukan Melayu.


Saya juga terangkan satu benda yang orang jarang mengaku secara terbuka: Ahli politik yang tak ambil pendirian jelas memang kekal popular, sebab orang tak tahu dia berdiri di mana.


Bila masuk pemilihan, bila mula polarizing, barulah kita nampak rupa sebenar dalam angka.


Tonton Podcast YBM Episod 24 untuk ulasan isu ini dan isu-isu lain di saluran YouTube saya.


𝗣𝗼𝗱𝗰𝗮𝘀𝘁 𝗬𝗕𝗠 𝗘𝗽𝗶𝘀𝗼𝗱 𝟮𝟰:

https://www.youtube.com/live/pGdNql7Ovz4?si=UeEy7o7Ew7yqYluw




ADUN QAZAF KENA SEKOLAH DALAM DUN KELANTAN


 

DIA DAH BUAT YANG TERMAMPU


 

NOHHH HANGPA NAK CARI APA SEBENARNYA ?


 

IBRAH TERBESAR (BACA TERSASAR) DARI PRN 17 SABAH



PH, BN dan PN ternyata tidak diterima oleh urang Sabah, mereka mahu parti parti lokal mengurus mereka dengan kerjasama dan bantuan yang erat dari Kerajaan Pusat di bawah PMX.


Mana mana pihak yang berpandangan gelombang penolakan Sabah kepada PH, BN dan PN akan merebak ke Semenanjung, bolehlah bersiap diri menubuhkan parti baru sebagai alternatif menjelang PRU 17.


Sudah sampai masanya mereka yang kecewa dengan PKR, UMNO, Amanah, Dap, Bersatu dan Pas menggabungkan diri dalam satu parti baru dan bersama sama Gerakan, MCA, MIC dll parti politik kerdil yang lain sebagai satu gabungan baru menggantikan PH, BN dan PN.



KEPUTUSAN PRN SABAH – ISYARAT MERAH BUAT PH, ANWAR


29 November 2025


Setakat artikel ini ditulis, keputusan penuh PRN Sabah belum lagi diperolehi.


Masih ada beberapa kawasan dalam proses pengiraan undi.


Berdasarkan keputusan tidak rasmi sehingga ini, tidak diragui lagi GRS sedang mendahului dan dipercayai bakal menerajui kerajaan negeri.


Ini bermakna, GRS bakal mentadbir Sabah lagi bagi penggal kedua setelah mereka memenangi PRN 2020 lalu.


Tetapi, keputusan paling mengejutkan di Sabah ini ialah bila mana DAP kalah semua lapan kerusi yang ditandinginya.


Pun begitu, ramai yang nampaknya gembira dengan kedudukan DAP itu.


Pada PRN Sabah tahun 2020 lalu, DAP berjaya memenangi enam kerusi DUN iaitu Likas, Kapayan, Elopura, Luyang, Tanjong Papat dan Sri Tanjong.


Kekalahan DAP ini bukan saja merupakan tamparan pedih kepada parti itu, tetapi juga kepada PH secara keseluruhannya.


Jika pengundi Sabah boleh menolak DAP dengan memberinya “telur ayam”, bayangkan bagaimana nasib parti itu pada PRU16 akan datang?


Masih mampukah DAP menang 40 kerusi Parlimen sebagaimana dimenanginya pada PRU15 lalu?


Tanpa DAP menang banyak kerusi dan andaikan jika jumlahnya menurun kepada 15 atau 20 kerusi Parlimen saja pada PRU16 nanti, bagaimanakah PH mampu bertahan?


Mudah kata, keputusan “telur ayam” yang diterima DAP ini adalah “isyarat merah” buat PH dan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk mengekalkan kuasanya di pusat.


Selain itu, walaupun PKR menang dua daripada 12 kerusi DUN yang ditandinginya, ia juga adalah keputusan buruk buat parti itu.


Pada PRN 2020 lalu, PKR juga menang dua kerusi di Sabah, tetapi ketika itu PH belum lagi menjadi kerajaan dan Anwar belum menjadi Perdana Menteri.


Bayangkan, setelah PH mengetuai kerajaan pusat dan setelah Anwar memegang jawatan Perdana Menteri, kerusi DUN dimenangi PKR tetap juga dua.


Tidakkah ini menunjukkan tiada nilai tambah dalam keberadaan PH mengetuai kerajaan pusat dan Anwar sebagai Perdana Menteri di mata pengundi Sabah? 


Tambah buruk lagi, dua kerusi DUN yang dimenangi PKR itu iaitu Sindumin dan Melalap bukan pun dicipta kemenangannya oleh pemimpin asal parti reformasi itu.


Kedua-dua kerusi itu dimenangi oleh pemimpin yang baru menyertai PKR sebelum hari penamaan calon iaitu Yamani Hafez Musa dan Jamawi Jaafar.


Jika bukan dua pemimpin berkenaan yang bertanding, masih bolehkah dua kerusi itu dimenangi PKR?


Yang nyata, banyak perkara perlu dilakukan oleh Anwar, PH dan PKR selepas PRN Sabah ini jika mereka tidak mahu berakhir sebagai “kerajaan sepenggal”.


“Isyarat merah” hasil PRN Sabah ini jangan sesekali dipandang mudah.


Ulasan berikutnya mengenai PRN Sabah akan menyusul selepas keputussn penuh diperolehi nanti. – ShahbudinHusin 29November2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/11/keputusan-prn-sabah-isyarat-merah-buat-ph-anwar/



KENAPA CEPAT . SUPAYA TAK MELOMPAT


 

PN JUGA DITOLAK SAMA MACAM PH


 

ANALISA 2 KENAPA PKR DITOLAK..AMBIK YANG DATO LOMPAT ,KETUA CABANG KO NAFIKAN.PADSN MUKA


 

WALAUN . PLEASE JANGAN MENDIDIH

 



MP QAZAF KECUNDANG.

 

𝐇𝐀𝐍𝐈𝐍𝐈 𝐒𝐈𝐑𝐎𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆!!! 








𝐊𝐄𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐅𝐈𝐓𝐍𝐀𝐇 𝐓𝐄𝐒𝐓 𝐃𝐑𝐈𝐕𝐄 𝐑𝐀𝐏𝐓𝐎𝐑:

𝐀𝐅𝐍𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐌𝐈𝐌𝐈 & 𝟐 𝐋𝐀𝐆𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐔𝐊𝐓𝐈 𝐌𝐄𝐌𝐅𝐈𝐓𝐍𝐀𝐇 𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐍𝐈𝐍𝐈 𝐒𝐈𝐑𝐎𝐍.


DALAM MАНКАМАН SESYEN BUTTERWORTH

DALAM NEGERI PULAU PINANG

NO KES: PB-B53F-3-10/2021


HANINI BINTI SIRON 

VS

AFNAN HAMIMI BIN TAIB AZAMUDDEN

KETUA EDITOR HARAKAHDAILY &

GALERI MEDIA SERBANIKA SDN BHD

MOHAMAD SOLHI BIN MOHD SHARIF 


Melalui Alasan Penghakiman setebal 52 muka surat,

Tuan Hakim Zulhazmi Bin Abdullah, Hakim Sesyen Sivil (1), Butterworth,Pulau Pinang memutuskan antara lain bahawa;


1. wujudnya niat jahat dalam pernyataan-pernyataan Afnan Hamimi, Defendan ke-2 & ke-3,


2. Afnan Hamimi, Defendan ke-2 & ke-3 diperintahkan membayar RM115,000.00 kepada Pn.Hanini Siron,


3. Kenyataan permohonan maaf secara terbuka mesti dibuat dalam tempoh 7 hari dari tarikh hari ini & disiarkan selama 7 hari. 


4. Tuntuan Plaintif terhadap Defendan ke-4 ditolak.


الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ




My prediction di antara yang betul dan salah

Iswardy Morny



Yang betul ✅


1. Inanam dan api api kalah (2 kerusi pkr menang sebelum ini) 

2. Gabungan WARISAN dan BN (31) akan mengatasi GRS dan PH (30)

3. PH kalah teruk

4. Tidak ada 1 parti dapat majoriti mudah

5. Abang akan kalahkan adik di patagas (bebas vs pkr)

6. Penentu kerajaan ialah bebas dan parti kecil lain

7. PN menang 1 kerusi (Ronald kalah di ganti pas)

8. BN akan dapat no 3 di belakang antara warisan dan GRS


Yang salah ❌


1. Pkr dapat 0 ( menang 1)

2. Warisan + BN membentuk kerajaan

3.  Pas 0 kerusi (dapat 1)

4. Warisan mengatasi GRS (25 vs 29)


4246




PAPAKIOK SALAH LAGI


Sham Ghaz



 Papabodo ini je posting selepas ke 3x Jumaat kamu tunggu?


Rancangan nak guna Albert tapau kerajaan gagal ke? 


Kerajaan Perpaduan tetap angkat sumpah dan jadi Kerajaan di Sabah. 


PN dan Mahathir kamu tetap pembangkang.





SPRM INGIN MENAFIKAN BERLAKU SITUASI MENGACU SENJATA KETIKA TANGKAPAN TERHADAP AHLI PERNIAGAAN ALBERT TEI







SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menafikan berlakunya situasi di mana pegawai Suruhanjaya ini mengacukan senjata di kepala ahli perniagaan Albert Tei ketika tangkapan dilakukan terhadap individu berkenaan.


Untuk makluman, tangkapan oleh pegawai SPRM di rumah ahli perniagaan berkenaan pada hari ini dilakukan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.


Sehubungan itu, satu laporan polis telah dibuat pada hari ini bagi membolehkan pihak berkuasa terbabit menjalankan siasatan atas fitnah dibuat terhadap pegawai SPRM berkenaan.


Laporan polis ini juga bagi memastikan tiada pihak-pihak tertentu menyebarkan sebarang berita yang tidak sahih yang berkemungkinan dengan niat bagi mengganggu siasatan kes yang dijalankan SPRM ini.


AZAM BAKI

KETUA PESURUHJAYA

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA


28 NOVEMBER 2025



TAHNIAH YANG MENANG.

 





KEH KEH KEH

 Sham Ghaz


Eric See-To - Lim Sian See kamu ingat SPRM bodoh terpaksa panggil segera Albert Tei?


1. SPRM panggil Sofia Rini, Khamis dan grill semua maklumat keluar


2. Sofia Rini ni lah yang kenalkan Shamsul kepada Albert ni awalnya, asal mrka tak kenal pun.


3. Dah viral Albert ni ada berpuluh syarikat.


4. Kejadian “Blackmail” Ketua Menteri, Exco, Ketua Supol dan pelbagai orang lain, termasuk zaman PN berkuasa dulu lagi.


5. Ini adalah konspirasi terancang, ia adalah ancaman kepada Negara.


6. Yang bodoh tu Menteri, Ketua Menteri dan Lantikan Politik yang termakan suapan. 


7. Apapun spt PMX kata, siapa buat dia kena. Tak kita siapa!


Ambek!







RAMAI KAH YANG AKAN SANGKUT..QADIMAH DAH RUNTUH.


Zuwairi Md Yusof



 Sialan Shamsul Iskandar






Seseorang tanyakan Nurul Izzah,Amirudin,Kamil Munim,Ramanan dan seluruh penyokong DAMAI dalam PKR.3 tahun berkuasa selepas 30 tahun perjuangan dan inilah wajah parti PKR sekarang.Mahkamah benar Shamsul Iskandar dan Albert Tei di reman enam hari untuk siasatan berkait dakwaan rasuah.Semua pemenang2 pemilihan PKR 2025 yang di restui,di payung SAM KETOT mula gelabah biawak bimbang nama2 mereka di sebut SAM depan SPRM sepanjang reman 6 hari ini,kahkahkah.Jualan bertih jagung melonjak naik nampaknya.


Tiada seorang pun yang mendapat manfaat dari Kartel ini hadir di Mahkamah beri sokongan dasar Kacang Lupakan Kulit punya spesis seorang demi seorang.Macam itu ja korang campak Sam bawah Lori Kontena ramai2 termasuk Ceplos2 berbayar yang kuat menjilat sebelum ini,kahkahkah.6 hari lama woiii Najib duk lokap SPRM dulu pun tak sampai seminggu,hahaha Encik Sialan PKR.Mana nak letak muka NAZRIL,TOPEK,WAN DAHI,ADAM,JOKER,SALIM,AMRAN FAN,MILO SUAM,RANI KULUP, bila surat KAMIL ex WALAUN PAS pula di dedahkan Iswardy Morni Utama hari ini,masaklaaaaa CEPLOS2 RM8K nak pusing lepas ni,hahahaha


Link post twitter https://x.com/md_zuwairi/status/1994651172586885134




PERHATIAN PEGAWAI MASING MASING.



 Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengingatkan semua menteri agar memantau secara rapat pegawai masing-masing susulan dakwaan rasuah yang mengaitkan bekas pegawai kanannya, Shamsul Iskandar Md Akin.





Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil berkata Anwar memberi peringatan itu ketika membentangkan perkembangan berkaitan Shamsul, yang telah meletakkan jawatan sebagai setiausaha politik kanan Perdana Menteri.


“PM beri peringatan kepada semua jemaah menteri untuk sentiasa pantau, terutama pegawai-pegawai. Tiada (sesiapa) akan dilindungi sekiranya berlaku apa-apa perkara mungkin bersifat salah laku."


Berita penuh: https://mk.my/tJyT53R




BIAR BETUL....PN KATA DEPA MENANG DI SABAH.





 

PANGLIMA TUDM TINJAU PESAWAT PEJUANG SUKHOI SU-57 DARI RUSIA







Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris, meninjau pesawat pejuang generasi kelima, Sukhoi Su-57 dari Rusia dan teknologi pertahanan udara masa hadapan yang lain di Pameran Udara Dubai 2025 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).


Dalam satu hantaran TUDM di Facebook, Norazlan dilihat memeriksa jet berteknologi tinggi itu, sambil mengambil peluang untuk duduk di kokpit dan menerima taklimat berkenaan spesifikasi pesawat pejuang berkenaan.


Su-57 adalah pesawat pejuang multirole berkembar enjin, pelbagai peranan dan sukar dikesan (stealth), dibangunkan biro reka bentuk Sukhoi.


Ia adalah pesawat pejuang generasi kelima pertama Rusia, direka untuk menggantikan pesawat lama dan bertujuan untuk misi pertempuran udara serta serangan darat atau maritim.


Pembangunan pesawat ini bermula pada 1990-an di bawah program 'Prospective Airborne Complex of Frontline Aviation' (PAK FA), dengan penerbangan pertama pada 2010 dan penyertaan rasmi dalam perkhidmatan pada 2020.


Dalam pada itu, lawatan Norazlan, yang berlangsung dari 16 hingga 21 November di Dubai World Central, adalah sebahagian daripada usaha berterusan TUDM untuk menilai keupayaan aeroangkasa baharu sambil mengukuhkan diplomasi pertahanan dengan rakan antarabangsa.


Beliau turut memeriksa pelbagai platform canggih di pameran udara yang menampilkan lebih 1,500 pempamer pertahanan dan lebih 200 pesawat dalam demonstrasi udara serta pameran statik.


Ini termasuk pejuang generasi baharu, pesawat pengangkut, kenderaan udara tanpa pemandu (UAV), avionik, sensor, teknologi rangkaian misi serta pelbagai inovasi lain yang selaras dengan pembangunan keupayaan jangka panjang TUDM.



TAKUT KENA HALAU LAGI


Che Ibrahim


Mungkinkah sejarah budak budak Tadika Kemas terpaksa pikul kerusi kerana kena hambat akan berulang kepada kakitangan Felda???






PELAKON ATAU PENDEDAH


 

KAYANYA KATA MEREKA INI.


 

KENA PAKAI BAJU OREN DAH.PAS NI DUIT TAK MASYUKKK


 

ATAS MACAM GAMBAR BAGI RASUAH..KA NAK PEKEN A ORANG


 

LAGI BERITA


 

SEMOGA SELAMAT



 Selesai sudah Mesyuarat Jemaah Menteri yang terakhir buat saya hari ini. Walaupun tugas sebagai Senator bakal berakhir, semangat dan fokus untuk terus menyumbang kepada negara tidak pernah padam! 👋







Perjalanan sebagai sebahagian daripada Jemaah Menteri adalah pengalaman yang amat bermakna. Terima kasih atas kerjasama erat daripada YAB Perdana Menteri dan rakan-rakan Menteri yang lain. Saya bangga dengan setiap pencapaian yang telah kita realisasikan bersama. Semoga persahabatan ini kekal utuh. Insya-Allah, kita akan terus berjuang demi kemakmuran rakyat dan Malaysia yang lebih sejahtera! 💪🇲🇾


#TZA #MITIMalaysia #PemacuPotensiGlobal #MADANIBekerja




Potensi Tanaman Halia: Peluang Emas di Tanah Sendiri.






Tanaman halia (Zingiber officinale) merupakan salah satu tanaman herba bernilai tinggi di Malaysia. Ia bukan sahaja digunakan secara meluas dalam masakan dan perubatan tradisional, malah mempunyai permintaan tinggi di pasaran domestik dan antarabangsa.

Benih beIi sini https://s.shopee.com.my/9AH6nDDQks


1. Tempoh Tanam dan Hasil:

Halia mengambil masa 8–10 bulan untuk matang. Dengan penjagaan yang baik, 1 ekar boleh menghasilkan 10–15 tan halia segar.


2. Harga Pasaran:

Harga halia segar di ladang boleh mencecah RM4–RM7/kg bergantung kepada musim. Ini memberikan potensi pendapatan RM40,000–RM100,000 bagi setiap ekar.


3. Permintaan Berterusan:

Halia digunakan dalam industri makanan, minuman, perubatan dan kosmetik. Permintaannya meningkat terutamanya dalam kalangan pengguna yang mengamalkan gaya hidup sihat.


4. Kos dan Pulangan:

Kos pengurusan termasuk benih, baja, racun dan tenaga kerja dianggarkan sekitar RM20,000–RM30,000/ekar. Pulangan bersih boleh mencecah RM30,000–RM70,000/ekar.


5. Prospek Nilai Tambah:

Produk seperti serbuk halia, teh halia, halia jeruk dan minyak halia memberi peluang tambahan untuk usahawan menjana pendapatan lebih tinggi.


Kesimpulan:

Tanaman halia sangat berpotensi untuk diusahakan secara komersial mahupun kecil-kecilan. Dengan pasaran stabil dan hasil yang lumayan, ia boleh menjadi sumber pendapatan utama bagi pekebun yang bijak merancang.


Kredit : Owner




KEH KEH KEH...HANG PASAI PA..ADA MASA MANA PH NAK KERJASAMA NGAN ON ? KIOK

Che Ibrahim



Kesian ke PH, kena tolak awal walau pun PH tak pernah bayangkan untuk kerjasama dgn PN. 


Samada GRS atau Warisan, kedua dua parti adalah rakan kerjasama PH dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Pusat. Adapun PN adalah pembangang.




Albert Tei, Rini dan Shamsul dah kena kutip dengan SPRM






1. Game dah berubah: lepas ini terbongkar siapa “godfather” / puppet master yang selama ini tarik tali belakang Albert Tei. 


2. Bila Albert Tei buka mulut di SPRM nanti, senarai penerima suapan Albert Tei confirm keluar. Tak pelik kalau-kalau PAS & BERSATU pun terselit sama penerima sumbangan kan? Mahathir pula mcmana? Kita tunggu sambil makan popcorn.


3. Persoalan besar: bisnes sarang walit mana mampu bayar rasuah berjuta? Dari mana dia kutip duit, macam mana dia agih—semua bakal terlondeh satu-satu.


4. Tak hairan kalau malam ini geng PN–PAS terutama team Mahathir gelabah, tak boleh tidur. Sebab yang mereka buka… pintu tu balik hentam muka sendiri.


5. Mereka yang paling kuat tekan SPRM sebelum ini—nah, sekarang SPRM memang tengah buat kerja. Bagus!


6. Semalam Rini kena, Hari ini Shamsul dan Albert Tei pun kutip. Transparens. Tak sorok sesiapa. Ini yang kita nak. Tak bias! 


7. Ketiga-tiga kena kutip. Inilah standard Kerajaan Madani. Tak kira parti, kau salah, kau jawab.


8. Kutip juga bekas Ketua Polis Negara dan bekas Pengarah Jabatan yang jadi Pengerusi syarikat Albert Tei tu! 


9. Jalan terus. Kutip semua. Biar terang siapa sebenarnya dalang konspirasi jahat untuk memburukan kerajaan kalini. 


10. Nak jadi Pegawai lantikan politik di pejabat PM atau Menteri jika takda integriti, pengalaman dan kewangan kukuh elok hati hati lah, mudah kena jerat dan kena pegang batu oleh si perasuah.


11. Papagomo kata 3x Jumaat, rupanya konspirasi Mahathir nak jatuhkan Anwar terburai harini. Gagal lagi plan nak tebuk atap 2.0. Akhirnya jerat makan tuan.


Jalan terus PMX, Walk the talk!! REFORM habis.


Syam Ghaz



KATANYA PENERIMA DANA TAK DAPAT PAYMENT DAH LA.....KIKI


 Shamsul Iskandar, Albert Tei Kena Reman #SPRM


Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan, Albert Tei atau nama sebenarnya Tei Jiann Cheing diiring pegawai SPRM untuk permohonan reman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah di Mahkamah Majistret Putrajaya. 


Foto SADIQ SANI


#rasuah #SPRM #malaysiagazette






Tiada pilih kasih... Dua dua pakai baju sedondon.



Misteri Shamsul Iskandar 2

Zuwairi Md Yusof













Berita tergempar.Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Albert Tei akan di reman di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi esok https://www.astroawani.com/berita-malaysia/terkini-shamsul-iskandar-ditahan-sprm-bantu-siasatan-dakwaan-rasuah-549558


SPRM pastikan Shamsul di bawa ke Mahkamah dalam keadaan bergari dan memakai baju oren itu bukan baju biasa.Siasatan SPRM berkait dakwaan terhadap Shamsul Iskandar Mohd Akin perlu di selesaikan dalam tempoh seminggu untuk di serah kepada AGC untuk keputusan secepat mungkin.Rakyat mahu lihat sejauh mana Anwar Ibrahim dan MADANI membanteras rasuah sebelum tiba PRU16 penghujung 2026.Jadi pastikan korang semua sediakan bertih jagung masing2 secukupnya untuk membawang beramai ramai bersama dari sekarang.Jangan lupa tonton sekali kupasan Rafizi Ramli di podcastnya malam ini serta siaran langsung Iswardy Morni Utama dan Faizal Rahman selaku Panglima Perang kepada Supreme Commander YB Pandan.Sekarang kita saksikan secara dekat dan terperinci kifarah menimpa pemimpin Sialan no1 Kartel PKR dan DAMAI.Seluruh warga The Simpson Rafizi tumpang gumbira dengan berita ini,kehkehkeh


#HIRUKMengaum #DAMAIMengeow #SimpsonMendunia


Link post twitter https://x.com/md_zuwairi/status/1994372612085170246