DOK PEMBOHONG BUDAK BUDAK WALAUN N MACAI...DUA DUA EKOQ NI CARI KAWASAN MANA MANA CALON DAP DAN LAWAN ORU 16. KALAU TAK ..SEMBANG KARI.



 Sama-sama ketua pemuda parti masing-masing. Dan sama-sama kelakar. Bagus anak muda.





Macamana tak kelakar. Cakap sama-sama nak lawan DAP. Tapi tiba pilihanraya, PAS lawan UMNO. Tak pun Bersatu lawan UMNO. DAP senang lenang jumpa MIC atau MCA, dua parti yang ada takde macam takde.


Ni semua cakap politik je. Hakikatnya dorang bukan nak lawan DAP. Tapi nak membodohkan penyokong dengan jadikan DAP kambing hitam. Maklumlah kan, kalau tak guna DAP, apa lagi isu nak direka.


Yang curi berbilion duit 1MDB tu Melayu UMNO, yang buat tuntutan palsu jual nama Raja, Melayu PAS. Yang rembat dana untuk bantu usahawan Melayu masuk ke dalam akaun parti, Melayu Bersatu.


Tak setakat politik. Tu pegawai tentera yang disiasat SPRM pun Melayu belaka. Pegawai imigresen yang lepaskan pendatang masuk pun Melayu. Yang gadai tanah orang Melayu berdekad lamanya pun Melayu. Tapi demi politik, cakap je DAP nak hapuskan Melayu walaupun Malayu hancur sebab sifat tamak sendiri.


Yang perasuah, penyamun, pencuri duit rakyat, dia sibuk nak bela. Itu yang kelakar tu. Kadang-kadang tengok ada sifat syaitan sebab menyokong perbuatan jahat dan berdosa. Lepas tu acah hero. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



DI SABAH HANYA 20%, DI SEMENANJUNG TINGGAL 28%, APA PILIHAN UMNO?




17 January 2026


Di sebalik gegak gempita dan meriahnya Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlangsung di WTCKL,  terdapat dua perkara menyedihkan telah didedahkan semalam.


Pertama, pendedahan Setiausaha Agung UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki bahawa 80 peratus ahli UMNO Sabah tidak mengundi BN pada PRN negeri yang lalu.


Menurut beliau, UMNO memasuki gelanggang PRN Sabah dengan penuh keyakinan kerana memiliki ahli berjumlah seramai 622,637 orang.


“Tetapi undi yang diterima parti itu di PRN Sabah hanyalah 144,584 undi.


“Ini bermakna sekitar 80 peratus ahli UMNO di Sabah sama ada tidak keluar mengundi atau mengundi parti lain.


“Pengajarannya, ahli bukan semestinya pengundi dan pengundi tidak semestinya kekal bersama kita,” kata beliau ketika berucap di perhimpunan tersebut.


Sehubungan itu, beliau mengingatkan agar keputusan itu dijadikan “wake up call” buat UMNO.


Kedua, kenyataan bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob yang mendakwa, sokongan orang Melayu kepada UMNO ketika ini hanya sekitar 28 peratus sahaja.


Lantaran itu, beliau menyeru agar UMNO perlu segera bangkit dan keluar dari nostalgia kegemilangan lama dan menerima hakikat majoriti orang Melayu sudah tidak lagi bersama parti itu.


“Pagi ini (semalam), saya menghadiri perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Dewan Merdeka di mana dewan penuh dengan semuanya berbaju merah memperlihatkan semangat juang yang tinggi oleh setiap perwakilan dari seluruh negara.


“Dalam keadaaan hari ini, penyatuan ummah Melayu amat penting bagi memastikan kedudukan agama dan bangsa tidak terancam,” ujarnya lagi.


Baik sama ada mengenai pendedahan Dr Asyraf Wajdi mahu pun dakwaan Ismail Sabri, semuanya berlaku selepas tiga lebih tiga tahun UMNO berada dalam kerajaan perpaduan yang diterajui PH.


Kenapa sokongan orang Melayu dan ahli UMNO sendiri kepada parti itu semakin berkurangan?


Tidakkah keberadaan UMNO dalam kerajaan sepatutnya mampu menambahkan lagi sokongan diterimanya?


Dalam PRU16 akan datang, apakah kemerosotan sokongan itu boleh diperbaiki atau makin bertambah parah lagi?


Dua soalan patut difikirkan UMNO dalam hal ini.


Pertama, apakah dengan kemerotan yang nyata itu UMNO masih mahu kekal lagi dalam kerajaan perpaduan sehingga PRU16 akan datang?


Kedua, adakah tindakan UMNO menangguhkan pemilihan parti sehingga selesai PRU16 diadakan terlebih dahulu suatu keputusan yang betul? – ShahbudinHusin 17Januari2026.


https://shahbudindotcom.net/2026/01/di-sabah-20-di-semenanjung-28-apa-pilihan-umno/



PAS LEBIH TERUK DARI DAP

 


Umno Terengganu lebih kecewa dengan sikap PAS berbanding DAP di negeri-negeri lain, kata perwakilan Terengganu, Nurhisam Johari.





Sehubungan itu, dia berkata mana-mana pihak yang mahu menghidupkan kembali Muafakat Nasional (MN) perlu terlebih dahulu bertanya dan menilai pengalaman Umno Terengganu.


“Seperti di negeri-negeri yang ada DAP dan mereka kecewa dengan pelbagai gelagat songsang DAP, kami di Terengganu, 2,000 kali lebih kecewa dengan sikap dan feel perangai PAS.


Berita penuh: https://www.malaysiakini.com/news/765874




CYTRO PAS KEDAH KAKI FITNAH! SAIFUDDIN ZIARAH VETERAN POLIS DAN MASUK MASJID SELESAIKAN MASALAH PUN MEREKA PANAS!








Sembang Orang Kedah ni akaun fake geng pro Sanusi Md Nor kenapa busuk hati sangat? 


1. Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pergi Kedah tu atas tiket Menteri Dalam Negeri, dah polis bawah dia, jadi dia pergi la ziarah 13 veteran polis yang uzur. Masjid minta tolong dia bantu.


2. Turut bersama beliau Tan Sri Ayob Khan, Timbalan Ketua Polis Negara bersama Datuk Adzli Abu Shah, Ketua Polis Kedah anjuran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS).


3. Polis dan masyarakat berpisah tiada. Polis tak boleh tunggu terperuk dalam balai sahaja, tapi kena keluar berdamping dengan masyarakat supaya rakyat dapat mengadu, memberikan maklumat jenayah di kampung kampung tanpa lalui formaliti merumitkan.


4. Ini pendekatan baru yang Menteri Dalam Negeri terapkan, supaya polis boleh beri lebih banyak impak langsung kepada masyarakat bagi mengurangkan kadar jenayah. Orang Pas totok mana boleh faham, ingat nak berpolitik ja. Jaga Negeri pun tak reti.


5. Kes Jenayah di kedah makin meningkat. Terutamanya kes dadah, seksual kanak-kanak, zina suka sama suka bawah umur dan online scam. Jadi tepat sangat polis turun beri penerangan terus ke kampung, kawasan perumahan dan termasuk di masjid.


6. Jawatan kuasa masjid pun sambut baik. Yg panas dan gelisah hanya pengikut Pas totok. Adakah Depa mahu kes dadah, seksual kanak2, online scam koi teruk di kedah?


7. Jawatankuasa mesjid pun minta tolong selesai bbrp masalah. Menteri Dalam Negeri bantu selesaikan. Pas panas pasai apa? Hang tak boleh selesai, kalau org lain buleh, tok sah laa marah!


8. Nusi dan Exco Pas duk masuk rasmi program program Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan takpa pula? Tak membazir tenaga pegawai nak urus dan sambut dia?


9. Jika inilah perangai puak Pas di Kedah, nampak sangat nak berpolitik tak tentu hala. Langsung tak tahu bidang kuasa Negeri dan Persekutuan, sampai Menteri Persekutuan nak ziarah veteran polis dibawah mereka pun kena maki hamun.


10. Maka elok la lepas ni, ICU JPM Kedah panggil semua Agensi Persekutuan di Kedah dan bagi taklimat khas, supaya jelas perkara ini tak berulang. 


Syam Ghaz


Baca komen jumud mrka: https://www.facebook.com/share/1DRUYEDfva/?mibextid=wwXIfr




KENAPA PAS BERSUNGUH SUNGUH MAHU KERAJAAN MADANI JATUH DAN MEREKA PULA JADI KERAJAAN








Baru baru ini telah bocor mengenai kenyataan Hj Hadi kepada rakannya dari Indonesia bahawa PAS akan mengambil alih kerajaan pusat selewat lewatnya sebelum masuk ke tahun 2026. Bila tiba detik ke ambang tahun baru bermula beliau bersujud syukur kerana ianya tidak berlaku dan PMX kekal. Rupanya beliau juga bersahabat baik dengan DSAI dan mahu beliau kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia.


Ini adalah antara sebab kenapa PAS yang di pimpin Hj Hadi mahu mengambil alih kerajaan. Kebanyakan sebab agak mengejutkan kerana mereka tidak meletakan kepentingan rakyat dan memajukan negara bukanlah keutamaan.








1. Mahu melepaskan mereka yang menghadapi tuduhan rasuah dan bakal di tuduh.


Inilah agenda utama mereka, tujuan utama supaya mereka berdepan dengan PRU 16 dalam keadaan bersih. Halangan terbesar mereka adalah Zahid Hamidi dan beberapa pemimpin UMNO yang mahu kekal dengan Kerajaan Madani. Cara mudah untuk menjatuhkan Zahid adalah dengan membebaskan Najib Razak. Sampai sekarang PAS tidak pernah mengiktiraf Najib bersalah samada kes SRC mahu pun yang terbaru kes 1MDB. Ini menjelaskan kenapa PAS bermati matian perjuangkan kes Addendum Najib walaupun tiada locus standi.


2. Parti yang menduduki Kerajaan Pusat ada kelebihan mempengaruhi undi rakyat dan mudah tarik sokongan di peti undi.


Pengalaman mereka pada PRU 15 telah membuktikan bila mereka sebagai kerajaan 33 bulan telah berjaya memperolehi undi terutamanya kaum Melayu untuk berpihak pada mereka. Malah majoriti penjawat awam banyak menyokong mereka selepas di pengaruhi oleh sentimen perkauman dengan membenci DAP. Pengunaan jentera Kerajaan begitu berkesan untuk mempengaruhi terutamanya mereka yang tinggal di luar bandar.


3. Sebagai Kerajaan Pusat adalah mudah untuk mendapat dana untuk mengisi Tabung PRU.


Semasa PRU 15 ramai yang terkejut melihat PAS tampil sebagai Parti kaya sehingga mampu menghulurksan RM100 kepada semua pengundi. Boleh di katakan bahan berkempen PAS berjaya mengalahkan parti lain yang bertanding di setengah setengah tempat. Perkara ini bukan fitnah kerana ada bukti di Parlimen Marang dan dua Parlimen di Terengganu di batalkan keputusan kerana ada bukti merasuah pengundi. 


4. Mengunakan Program Kerajaan sebelum PRU untuk berkempen.


Sebelum PRU 15, bakal calun ahli Parlimen PAS di beri peruntukan untuk mengadakan program mendekati pengundi termasuk pemberian bakul makanan dan sumbangan wang ringgit. Malah mereka juga mengunakan sekolah untuk menpengaruhi guru guru dan pengundi muda. Modal berkempen lebih mudah bila ramai di kalangan mereka berjawatan menteri dan Timbalan Menteri dan dengan mudah boleh memasuki Kementerian, Jabatan, badan berkanun dan GLC.


5. Berjaya memperolehi maklumat pengundi dengan mudah untuk persediaan berkempen.


Sebelum PRU 15 mereka juga berjaya memperolehi maklumat peribadi pengundi seperti nombor talipon pengundi untuk di hubungi dan menjanjikan ganjaran. Selalunya SPR akan berpihak kepada kerajaan semasa. Malah dengan mudah dana kerajaan juga di gunakan untuk berkempen.


6. Mengunakan jentera kerajaan sebelum dan semasa tempoh pilihanraya.


Mengerakan jentera kerajaan samada melalui medsos atau pun perjumpaan sebagai medan berkempen. Mereka mempunyai kelebihan bergerak ke semua tempat dengan mudah tanpa halangan. Perjumpaan di lakukan secara berkumpulan dengan memasuki kawasan sekolah, kem tentera, hospital dan Universiti.


Kesimpulannya bertanding PRU sebagai Kerajaan akan memberi ruang lebih besar untuk  bergerak, mendapatkan dana dan semestinya sokongan. Oleh itu usaha menjatuhkan kerajaan adalah sangat penting jika mahu mendapat sokongan dari rakyat. Dalam masa yang sama mereka juga sedar bahawa sokongan terhadap Kerajaan Madani semakin meningkat hari demi hari. Jika di lihat hari ini pembangkang sudah ketandusan isu samada dari ekonomi dan kesejahteraan rakyat.


OMN KD

11 Jan 2026



BABI TAK HALAI... RESYUAH HALAI. KIOK



 Abu Mishkat









BABI


1. Babi sangat sensitif dalam minda Melayu. Namun dalam memaki, mulut Melayu (yang berakhlak rendah) suka menyebut babi. Mereka benci babi tetapi suka sebut babi. 


2. Babi itu najis mughallazah (najis paling berat) menurut mazhab al-Syafi'i. Setakat itu sahaja pengetahuan agama rata-rata kaum Melayu. 


3. Umumnya orang Melayu tak tahu Imam al-Nawawi (ulama tahqiq mazhab) dalam mazhab al-Syafi'i mengatakan qiyas najis anjing dengan babi adalah qiyas yang tidak tepat - qiyas ma'a al-fariq. Baginya babi itu tetap najis haram dimakan, tetapi bukan najis mughallazah seperti anjing, kerana najis anjing itu ada dalil hadis yang khusus. Boleh baca kitab Kifayatul Akhyar. Atau nak rujukan lebih besar, kitab Rawdhah al-Tolibin. 







4. Kerana kejahilan kaum Melayu tentang status babi, mereka buat banyak dosa dan kebencian di mulut dan jari jemari. Sedangkan babi pun tak buat dosa seperti kaum Melayu jahil buat. 


5. Ironinya, kaum Melayu jahil dan cetek agama sangat benci babi dan suka maki babi. Suka dan benci dalam satu masa. 


6. Babi lebih dibenci daripada rasuah. Babi ciptaan Tuhan, bukan dosa. Kalau percaya babi najis mughallazah, jika disentuh boleh disertu dengan 7 kali basuhan, salah satunya air tanah. 


7. Rasuah pula ciptaan manusia rakus bernafsu harta nak tunjuk kaya. Dosa rasuah sangat besar sukar diampun Tuhan sebab sukar nak minta halal daripada rakyat seluruh negara. 


8. Di antara dosa makan babi dan dosa makan hasil rasuah, dosa makan rasuah lebih besar, jijik dan hina. 


9. Jika kerajaan cuba menguatkuasakan peraturan menternak babi secara kelompok dan terkawal, itu bukan dosa. Itu kebajikan untuk semua rakyat. Masalah penternakan babi secara tak terkawal ketika kerajaan lama cuba diperbaiki. Malangnya ada Melayu yang suka maki babi marah kerajaan baharu memperbaiki keadaan. 


10. 500 ekar tanah swasta untuk ladang babi berteknologi tinggi tidaklah besar mana. Yang memaki babi dalam posting kebencian itu pula, lebih 500 orang. 


#babi 

#rasuah 

#RasuahBusters 

#RasuahDihinaMaruahDibina 

#RasuahMusuhNegara



KEH.. KEH.. KEH


Zainuddin Omar


 Siapa yang tanya kenapa pembangunan lambat, itu hasutan syaiton.





DALAM SEJARAH PAS TAK PERNAH CALONKAN AHLI MEREKA JADI PM. PAS HANYA TUMPANG TUAH ORANG LAIN. KOMANG.

 


Fathi Aris Omar



Saya tulis ini pagi Khamis 👇 Gambar ini Jumaat






Dalam sejarah gabungan besar, tidak pernah lagi PAS menaikkan tokohnya sendiri sebagai calon perdana menteri untuk berdepan PRU. 


PAS lebih rela berada bawah seseorang perdana menteri daripada parti lain, seperti dalam BN atau PN, atau mencalonkan tokoh parti sekutu. 


Jika gabungan itu difikir berpotensi, seperti zaman APU pada PRU 1990 atau BA pada 1999 dan 2008, calonnya Tengku Razaleigh Hamzah atau DS Anwar Ibrahim. Pada 2022, calonnya TS Muhyiddin Yassin. 


Tetapi, entah kenapa, PAS macam tidak bersetuju Bersatu mencadangkan Muhyiddin sebagai calon perdana menteri PN untuk PRU akan datang. Tetapi tidak menamakan calonnya atau tokoh lain.


Ketika PRU 2013, apabila tidak sebulu dengan Anwar, TS Abdul Hadi Awang mencadangkan nama Tengku Razaleigh sekali lagi. Hanya beliau berfikir begitu walau PR masih memilih Anwar. 


Jika PAS mengambil alih teraju PN kali ini, setelah Muhyiddin berundur pada 1 Januari lalu, apakah ertinya calon PM bagi PN datangnya daripada PAS? 


Jika berlaku begitu, ia menunjukkan keyakinan luar biasa. Katak PAS sudah mahu keluar dari bawah tempurung keselesaannya.


Tidak hairan idea ini muncul bawah kepemimpinan Abdul Hadi. Beliau memang seorang tokoh ulama yang hebat mengatur. Lihatlah hasil kejayaannya.


Walau ramai pemimpin mahu bersama MN (Umno), beliau memilih PN (Bersatu) sehingga meraih kejayaan besar: 43 kerusi parlimen dan dua lagi kerajaan negeri, termasuk Perlis. 


Kelicikannya bermain mata dengan DS Najib Razak, 1MDB dan strategi tiga penjuru melalui GS pada PRU 2018 akhirnya tertebus juga melalui Langkah Tebuk Atap 2020 dan PRU 2022. 


Hingga pejuang tulen MN dalam PAS terpaksa minta maaf padanya dan mengakui memang tok guru itu pakar strategi terhebat PAS yang tidak pernah dicapai presiden-presiden sebelum ini. 


Tetapi sepandai-pandai tupai menebuk, akhirnya terjatuh juga di Perlis! Bersatu yang dipenuhi kaum pembelot (sejak menang melalui PH pada 2018) dituduh pengkhianat pula. 


Tegas betul nadanya, walhal Abdul Hadi bukan tidak tahu pengkhianatan bersama Bersatu itulah yang membawanya ke Putrajaya selama 33 bulan. 


Dari muktamar pada September 2025 hingga ke krisis MB Perlis bulan lepas, PAS kelihatan cukup ghairah mahu menguasai PN. Apakah benar PAS dan PN cukup bersedia dengan segala risikonya? 


Risiko terbesar yang dihadapi gabungan itu:


(1) Apakah pemimpin PAS boleh bantu lonjakkan lagi PN untuk cabar pakatan PH-BN atau persaingan tiga penjuru dengan PH dan BN?


(2) Siapakah pemimpin PAS yang mampu teraju PN jika bukan Abdul Hadi sendiri?


(3) Apakah dengan menguasai PN, dengan automatik PAS akan kemuka calon PM-nya pula? Siapa orang itu kalau bukan Abdul Hadi sendiri? Balik semula kepada persoalan (1) dan (2). 


Sebab itu saya sebut dari awal, keghairahan PAS kali ini luar biasa, mencipta rekod baru, melanggar tradisi parti itu sejak puluhan tahun. 


Tidak salah, mesti tiba saatnya PAS keluar dari bawah tempurung keselesaannya. 


(4) Tetapi bagaimana pula sikap Bersatu? Apakah ia akan tunduk begitu sahaja ikut telunjuk PAS? Misalnya soal agihan kerusi menjelang PRU nanti dan juga agihan jawatan-jawatan. 


(5) Atau, Bersatu mahu berdiri di luar PN pula seperti PAS membentuk GS pada 2018? 


Bersatu ada lebih daya tarikan jika bersama parti-parti bukan Melayu dan juga kekalkan pangkalan sokongannya sejak 2018 dan 2022. 


Sebab tidak dapat dibayangkan parti-parti bukan Melayu boleh selesa dengan PAS jika ia menguasai PN. Suara-suara itu makin kuat berdengung apabila kian jelas PAS mahu menggantikan Muhyiddin. 


(6) Ada lagi pilihan lain, kekalkan Muhyiddin sebagai pengerusi PN dan cadangkan beliau "poster boy" PN. Semata-mata untuk beri imej PN masih Bulat Bersatu dalam satu Gerakan.


Memanglah agak memalukan jika PAS pilih untuk kekalkan Muhyiddin setelah terlontar kata "berambus". Tetapi apa lagi pilihan yang PAS, Bersatu dan PN ada?  


Katakanlah khidmat Muhyiddin masih diperlukan, apakah ini bermakna PAS sudah buat kesilapan besar dalam krisis Perlis sehingga Muhyiddin merajuk dan letak jawatan?


Apakah ini bermakna PAS terpaksa telan ludah sendiri setelah tidak berjaya mengendali krisis sekecil negeri lapan orang penduduk? Apakah ini bermakna PAS gagal berurusan dengan istana?


Apakah ini bermakna tidak perlu pecat tiga wakil rakyat PAS itu? Apakah ini bermakna Abdul Hadi perlu menarik perkataan "khianat" kepada Bersatu dan Muhyiddin menarik balik peletakan jawatan? 


Macam-macamlah tanggapan jika Muhyiddin dikekalkan sebagai pengerusi PN. Seperti macam-macam orang cakap jika calon pengerusi PN datang daripada PAS.


.