AKHIRNYA MOU ANTARA KERAJAAN DAN PEMBANGANG DI DEDAHKAN.

Najib Bakar












 Akhirnya cadangan MoU antara Kerajaan Malaysia dan Ahli Parlimen PN didedahkan oleh TPM2. Tapi kenapa Ahli Parlimen PN tolak?


Bila tengok MoU ni, tak ada apa-apa perkara yang mengikat kaki dan tangan mereka pun.


Takkan bila diminta dihentikan tuturan kebencian dan hasutan tentang 3R pun depa tak setuju?


Satu lagi bab isytihar harta, apa masalahnya?


Kerajaan pun nak commit, tengok di muka surat 5.


Pengiktirafan kepada Ahli Parlimen pembangkang yang menjalankan fungsi semak dan imbang, akan dapat layanan sama dengan Ahli Parlimen Kerajaan, selagi mana depa ikut 7 Prinsip Kehidupan Awam, di muka surat 9.


Jadi, memang bau ikan lah, sangat fishy kenapa depa tak boleh terima syarat-syarat ni.


Kan bagus kalau perbincangan di Dewan Rakyat adalah berfokuskan idea, tentang alternatif yang boleh dicadangkan untuk menyelesaikan sesuatu masalah, berbanding bergaduh perkara surface, main sentimen tak sudah-sudah?


*Ada 2 MoU, satu MoU antara Kerajaan Malaysia dan Ahli Parlimen pembangkang secara individu. Satu lagi antara Kerajaan Malaysia dan PN secara en bloc.


Syarat asas semua sama, ayat ditukar bab individu dan en bloc sahaja.



TENGOK NIAT...


 Kalau kena kat depa, kena tengok pada NIAT dulu…



Zunar cartooniss fan club.


PASANGAN BERGU NEGARA JUARAI TERBUKA TAIWAN

 Dr Wan Azizah


Tahniah diucapkan buat pasangan beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah kerana telah meraih juara dalam Terbuka Hong Kong 2024 selepas berjaya menumpaskan pasangan di ranking ketiga dunia Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China di Hong Kong Coliseum, Kowloon



Posted @withregram • @501awani Gandingan beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, beroleh kejayaan pertama tahun ini selepas membenam pilihan kedua kejohanan, Liu Shengshu-Tan Ning di Kowloon, sebentar tadi.


Bermula dengan sangat baik, pasangan negara berjaya mematahkan segala asakan daripada wakil China untuk mendahului set pertama 21-14 dalam tempoh 16 minit di Hong Kong Coliseum itu, lapor Astro Arena.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/


#AWANInews



MAKSUD DIA. 22 TU HALAI.. 11 TU TAK HALAI. SEBAB TU TAK TENTANG.

 




Apa maksud Hj Hadi? 


Ada sesiapa orang pas boleh jelaskan.. 


Siapakah agamawan yang bersama kerajaan pinda Agama Allah dan apa yang dipinda?


Judi naik ke 22x zaman Hj Hadi. Bukan zaman PH.



EZAM SERTAI PAS.

 


Pas mengumumkan bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor menyertai parti itu secara rasmi.



Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, mereka merupakan sahabat lama dan sentiasa berhubung walaupun berbeza perjuangan dalam arena politik.


“Alhamdulillah akhirnya beliau  bersama dengan keluarga besar Pas. Parti ini terbuka kepada sesiapa yang mahu bersama dan tidak pernah memaksa untuk turut serta.


“Pas hanya mengajak orang menyertai perjuangan tanpa menjanjikan bulan dan bintang. Mereka yang sertai Pas pasti faham.



Ikan Paling Lazat Dalam Dunia.


ZAINUDDIN OMAR





Saya coretkan semula berkenaan ikan paling sedap dalam dunia, pada pendapat saya. 


Mereka yang pernah merasa ikan sturgeon tentunya akan sanggup bayar harga mahal. 


Pada saya ikan sturgeon lebih lazat dari ikan kelah (RM350 sekilo). 


Sebagai pemancing lebih dari 30 tahun tentunya saya telah merasa banyak jenis ikan laut dan darat. 


Tetapi saya tidak menjangka bahawa ikan sturgeon mempunyai rasa dagingnya yang lembut, manis dan unik. 


Itu sebab saya kata rasanya adalah paling lazat antara semua jenis ikan termasuk ikan kelah (atau empurau), ikan libya (sweet lips), cod dan senohong. 


Restoren ikan Sturgeon di Gyumri Armenia kami terserempak ketika sedang mencari makanan halal di pekan ini melalui apps Foursquare. 


Apps mencadangkan restoren Cherkezi Dzor kerana banyak mendapat banyak review positif. 


Sebenarnya dish ikan sturgeon adalah kegemaran penduduk Armenia. 


Bentuk badan ikan sturgeon seperti ikan prehistoric tetapi dagingnya sangat lazat. 


Ikan Sturgeon terkenal dengan telur caviar tetapi dagingnya sedap dan lembut serupa rasa lobster. 


Cartilage (tulang) sturgeon lembut boleh dimakan dan harga dish sturgeon hanya 6500 Armenian dram (Rm50) sekilo. 


Harganya tidaklah semahal siakap Langkawi dan ianya dimasak stail BBQ sahaja.


Ikan dipilih dari kolam berdekatan di mana banyak ikan sturgeon dibela. 


Sturgeon adalah species ikan dari famili Acipenseridae. Asal usul ikan ini dikaji dari fosil semasa zaman Triassic 250 juta tahun dahulu.


Di Malaysia, ikan paling sedap ialah ikan Senohong. Ianya species Kurau dan ada misai. 


Semasa memancing di lautan Andaman saya pernah menangkap satu ikan pelik yang mempunyai bibir tebal. Nelayan Thai di Pak Bhara namakan dia sebagai ikan Libya. 


Saya google dan mungkin namanya Sweetlips fish (Plectorhinchus). Ia jarang dapat ditangkap dan jualan di pasar. 


Isinya lembut bagai kapas lebih lembut dari isi ikan Kerapu Bara. 


Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar

FB: zainuddin omar


*********************



MENGANGKAT MARTABAT HUFFAZ.

 

Alhamdulilah, saya bersama YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri hadir dalam Himpunan 24,000 Huffaz Malaysia di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur anjuran Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA).






Saya juga telah meluncurkan Sijil Tahfiz Malaysia 2.0 (STM 2.0) yang penambahbaikan kepada sistem penilaian yang bersepadu bagi mengiktiraf penghafaz 30 juzuk al-Quran. Semoga STM 2.0 ini akan membuka peluang lebih besar kepada para huffaz melanjutkan pendidikan sesuai dengan tuntutan perubahan zaman. 


Saya singgung mengenai ikhtiar Kerajaan Madani dalam keterbatasan yang ada untuk terus mengangkat martabat huffaz agar tidak ketinggalan dalam aspek pekerjaan serta kehidupan khususnya melalui TVET. 


Saya juga berharap anak-anak huffaz tidak putus untuk berdoa agar negara terus makmur dalam menghadapi pelbagai cabaran demi kepentingan rakyat terbanyak. Para huffaz menggunakan ilmu dan kemahiran hafalan yang dimiliki untuk membawa mesej Islam sebagai agama rahmah, menyeru kepada kebenaran dan keadilan serta memupuk perpaduan.


Daripada Uthman RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


‎خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ


Maksudnya: “Sebaik-baik kamu ialah mereka yang belajar al-Quran dan mengajarkannya”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 5027]


#MalaysiaMADANI



FATWA UNTUK AKU BOLEH. UNTUK ORANG LAIN TAK BOLEH.


Najib Bakar


 “Sekarang konsert dibenarkan. Atas bawah dibenarkan supaya kita lalai. 



Sukan macam-macam digalakkan. 


Pertandingan-pertandingan yang lagha, habis benda akan dianjurkan. 


Supaya kita tidak sedar ada agenda besar untuk merampas kita, untuk ambik kuasa kita, untuk jatuhkan agama kita.


Soalang seterusnye..."



SEMBANG...


 

PROGRAM LAGHO BUANG MASA ANAK BANGSA MELAYU.

 Mohd Fairul


Dikhabarkan dah 5 orang peserta RXZ 6.0 meninggal.


Adakah program ini sesuai untuk diteruskan? Didiklah anak bangsa dengan program yang berfaedah.




APA ITU SSPA? PERKARA YANG SELALU DIPUTAR BELITKAN PIHAK PEMBANGKANG!





TERBAIK DS ANWAR PMX & DS MAT SABU! MAKIN MEROYAN LAH GENG KAKI FITNAH PN!



Meski telah wujud pelbagai usaha Kerajaan dalam memacu pertumbuhan ekonomi dengan laju dengan menjadikan negara sebagai hab semikonduktor, menarik sejumlah pelaburan yang tinggi ke dalam negara tetapi ini semua tidak pernah mengurangkan perhatian yang diberikan kepada keperluan meningkatkan keterjaminan serta keupayaan pengeluaran makanan dalam negara.
Turut saya tegaskan tekad Kerajaan yang bersungguh-sungguh melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan untuk menghentikan amalan kartel dalam ekosistem pertanian dalam negara di hampir semua aspek dalam bidang ini.
Penganjuran MAHA 2024 melakar sejarah yang signifikan memandangkan tahun ini merupakan ulang tahun ke-100 penganjuran MAHA yang kali pertama diadakan pada tahun 1923.
Saya sentuh tentang kepentingan meningkatkan keterjaminan makanan dalam negara, terutamanya industri beras negara. Bagi tujuan ini, Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5 bilion untuk Projek Penanaman Padi raksasa berimpak tinggi.
Di pentas yang sama, saya juga menyeru agar produktiviti dalam sektor pertanian dapat ditingkatkan dengan mengadaptasi teknologi termaju bagi meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil pertanian.
Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada KPKM yang menganjurkan MAHA 2024 sebagai medium kepada pemain industri pertanian menjalin kerjasama strategik.
Semoga ruang dan peluang ini dapat digunakan dengan sebaiknya bagi meningkatkan kemampanan dan kemajuan pertanian di Malaysia. Sumber Video YT DS Anwar





BAGI HANGPA PEGANG MEMANG SUWEY..SEMUA MELINGKUP...


 

MUKTAMAR PAS - 5 ISU GAGAL DIBINCANGKAN DAN 5 ISU SAMPAH YANG DIKEMUKAKAN...MEMANG KIOK LA PAS NI.


 

DUTA PANTAI. TIMUR KOMEN NAK BUKA KEDUTAAN DI PALASTINE.


 

TAK PUAS HATI NI SEPANJANG MASA DALAM UMNO.


 

HAAA...TEDIAAA...


 

MENGGELABAH BEWAK LA BILA KENA SAMAN


 

PERWAKILAN PAS NI BERANI TEGUR...


 

LAAA BARU FAHAM.

 

Dulu aku tak faham juga kenapa ada 𝘶𝘴𝘵𝘢𝘻 tu kata Perkampungan Sunnah tu sebagai sesat. Sebab dia tak jelaskan.


Tapi bila tengok 𝘶𝘴𝘵𝘢𝘻 tu pergi ke satu 𝘦𝘷𝘦𝘯𝘵 baru-baru ni, baru aku faham. Sebab Perkampungan Sunnah 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗼𝗻𝘀𝗲𝗿𝘁. Lagi satu, 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗮𝘄𝗲𝗸 𝗯𝗮𝗷𝘂 𝗸𝗲𝘁𝗮𝘁.


Sebab tu 𝘶𝘴𝘵𝘢𝘻 tu tak suka. Sebab tu dia kata sesat. Kalau dia terus terang kan senang. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


#BoikotHotFM

#BoikotKJ

#BoikotJohan


.



JANJI SYAHID.


 
Dah buat servey ka.. Solat ka tidak. 



FATAWA BAHARU...

 



Tengok pada niat kata 𝘶𝘴𝘵𝘢𝘻 ni. 𝘚𝘰 kalau niat jual 𝘷𝘢𝘱𝘦 nak bagi orang 𝗯𝗲𝗿𝗵𝗲𝗻𝘁𝗶 𝗺𝗲𝗿𝗼𝗸𝗼𝗸, itu baik dan dapat pahala kot? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


#BoikotHotFM

#BoikotKJ

#BoikotJohan


.



TAK KAOKE TAK BOLEH KOT... PAS KATA APA? MESTI HALAI...


 Dulu masa PMX karaoke, semua penunggang agama menyalak macam nak runtuh Masjid Rusila.



Tapi hari ini, dah jadi penyakit. Tak ada karaoke, tak nampak syarie pula.


Demikianlah Parti PAS,


Dulu masa DAP kata 'nak kerjasama dengan PAS, tapi bukan dengan Presiden Haji Hadi'.


Apa yang PAS tak maki DAP..?


Akhirnya hari ini,


PAS nak bersama lagi dengan UMNO, tapi bukan dengan Presiden DS Zahid.


Ada UMNO maki PAS..?


Tak ada kan..?


Itulah perbezaan anutan dan keimanan antara pengikut PAS dan kita semua.


Bagi mereka semua halal, orang lain buat semua haram dan terus ke Melaka tanpa hisab.


🤭🤭



PAS TAK FAHAM KA? BILA CAKAP LEPAS TU BUAT.


 

WALAUN.


 

KEH.. KEH.. KEH.. MEMANG TEPAT DAN BETOI SANGAT DAH... DIA NI LA NI..


 

KES NI LAMA DAH SIASAT.


 

ORANG PMTG PAUH KAYA RAYA LAMA DAH.... DEPA MANA MAU WAKIL RAKYAT PUN.


 

NAK PERMAINKAN ISU HALAL PULAK?



 Calon ada logo dijamin halal? Ini dah kira 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗮𝗶𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝘀𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗹𝗼𝗴𝗼 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹. Aku yakin, kalau PH yang buat, melenting puak-puak tu.



Bayangkan 𝗖𝗶𝗻𝗮 𝗚𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻 pun sama heret logo halal tu. Apa yang nak disampaikan? PN nak olok-olokkan orang Melayu? Anggap logo tu gurauan je?


Mana Akmal? Senyap je? Sebab 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗿𝗮 𝗺𝗮𝗿𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝘂𝗮𝘁, 𝗔𝗸𝗺𝗮𝗹 𝘁𝗲𝗿𝗴𝘂𝗹𝘂𝗻𝗴 𝗹𝗶𝗱𝗮𝗵 𝗻𝗮𝗸 𝗸𝗼𝗺𝗲𝗻? Mana 𝗪𝗮𝗻 𝗙𝗮𝘆𝗵𝘀𝗮𝗹? Dah tak sensitif isu Melayu Islam dah? Dah jadi khadam Gerakan? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


#BoikotHotFM

#BoikotKJ

#BoikotJohan


.



[[LIVE]]14.9.24 RUMUSAN SSPA kepada Pegawai Kerajaan Malaysia

KES FITNAH WAN PAISAL DI SAMAN PLEH YB RAFIZI RAMLI!!



Satu persatu sisi hitam Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) mula didedahkan berkait dengan eksploitasi kanak-kanak dan kegagalan membayar gaji para pekerjanya. Salah seorang bekas pekerja syarikat itu mendakwa tidak dibayar gaji sepanjang tempoh 10 tahun bekerja. Memetik laporan Buletin Utama, pekerja lelaki itu berkata ketika awal dia bekerja, dia dibayar sekitar RM80 hingga RM100 seminggu menggunakan satu sistem dari syarikat itu. Katanya, sekitar tahun 2014 dia mula bekerja sepenuh masa dan pada waktu itu juga tiada lagi gaji diberi. Sebaliknya hanya diberi makan dan minum percuma serta tempat tinggal “Itu yang saya ingatlah waktu itu, sampai 2013 macam tu. Lepas itu 2014, saya sudah mula bekerja sepenuh masa, tiada gaji. “Maknanya, dia cuma bagi makan minum dan tempat tinggal,” kata bekas pekerja itu. Selain itu dia juga mendakwa terdapat pekerja lain yang juga senasib dengannya sebelum akhirnya berhenti kerja dan membawa kesnya ke Mahkamah Buruh. Pada 8 September lalu, mahkamah memerintahkan GISBH membayar RM23,100 sebagai sebahagian daripada tuntutan kes. Untuk rekod, syarikat itu kini berdepan pelbagai dakwaan penganiayaan kanak-kanak dan mengeksploitasi mereka sebagai pekerja





PAS DAN BERSATU TOLAK MOU PERUNTUKAN AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG!!




TERBONGKAR SETELAH SEKIAN LAMA.

 Mohd Fairul


Kes GISB ini akhirnya terbongkar setelah sekian lama



Permulaan begini. Mana mana cult atau ajaran sesat bermula dengan taksub terlampau kepada 1 tubuh iaitu Tok Guru mereka


Taksub inilah yang muncul ambil air janggut sembur dekat makanan dan di restoran mereka

Suami isteri yang dah berkahwin nak bersama pun kena tanya Tok Guru

Doa nak minta ampun pun kena tawasul sebut nama tok Guru mereka


Kalau lihat ini benda berlaku bukan di Malaysia tapi seluruh dunia


GISB ialah another level. 

Memang dashyat.  Tapi jangan kita ignore simptom simptom begini semakin lama semakin banyak di Malaysia


Tak kira di madrasah, di tahfiz. Ada Tok Guru mengunakan method yang sama


Aku pernah experience pergi 2-3 kali program yang ada ada usul usul ni. Di tahfiz di Kelate


First time nampak semua nampak ok. Biasalah pakaian jubah. Budak budak tahfiz


Cuma aku start pelik bila anak murid nak bersalam dengan Tok Guru kena berjalan dengan lutut atau jatuh badan merendah betul. 


Dari diri sampai melutut nak salam. Macam orang sakit. 


Sungguh pelik anak murid ini hormat Tok Guru. 


Ini red flag betul aku tengok. 


Sebabnya kalau betul dia Tok Guru. Dia takkan suka kehormatan melebih melebih diberikan kepadanya


Sebab risau hati jadi riyak atau ujub. Habis semua amalan


Ingat senang ke jaga hati? Kita manusia biasa kena puji pun terangkat


Ini semua anak murid kita nak salam kena melutut. Ish kalah raja! Raja pun angkat tangan sahaja. Ini siap jatuhkan badan 


Ulama sebenar sangat sangat menjaga soal hati


Hatta Tok Guru Nik Aziz pun marah orang nak cium dia. Sebab taknak diagung agungkan.


Tambahan kalau kita ni ulama sufi yang sepatutnya sangat risau penyakit hati. Yang boleh menjadi jarum iblis


Waktu aku pergi tahfiz tu. Aku tengok banyak benda tak siap. Cat tak siap. 


Tapi apabila sembang lama dengan orang yang biasa datang situ 2 4 tahun.


Kata di sini semua founder berkumpul.


Ada yang dah derma ratus ratus ribu sebulan


Ada yang siap bagi kereta ke Tok Guru. Kereta Merz. Vellfire. Katanya aku nak berbakti kepada guru. Aku nak berubah. Sebelum ini aku kejar dunia. Sekarang aku nak infak


Bagus dah tu. Cuma masalah semua infak ke Tok Guru dia. Fuhhh. 


Dan bila tengok tempat masih macam tak siap walaupun derma dah beratus ribu masuk. 


Bukan itu saja. Setiap decision bisnes, mesti tanya Tok Guru. 


Hatta nak kahwin bila pun kena tunggu date Tok Guru!


"Katanya lain hidup dengan keberkatan Tok Guru katanya. Kita mesti rapat dengan Tok Guru. Kena tanya semua keputusan kepada Tok Guru"


Kalau aku orang bisnes. Kenapa nak tanya orang bukan kepakaran dia?


Tambahan pula. Bila dengar derma ratus ratus ribu ni. Tapi tengok faciliti madrasah masih daif


Aku dah rasa tak sedap hati betul


Tambah pula program aku datang tu


Pandai dia atur


Sesi berselawat sambil doa nangis nangis.


Doanya sambil seeding slow slow


"Harta kita tiada makna ya Allah

Harta kita tiada nilai ya Allah

Ya Allah selamatkan kami

Ampunkan dosa kami


Kami tahu ya Allah


Yang ada nilai hanya harta yang disedekahkan"


Begitulah lebih kurang


Iya. Ia tidak salah point point ni


Tapi sambil itu dia gerakkan tabung dia untuk collection derma. Hahaha pandai betul dia


1st time aku lihat depan mata orang buat begini. Tak sangka begini method collect derma. 


Murid pula mengidolakan Tok Guru sebegini sekali


Aku yakin aku lama lagi stay. Barangkali dia akan kata Nabi datang dalam mimpi dia dalam majlis dia dan bla bla bla. 


Group ini masih ada. Tapi aku reserve my comment.


Kalau nak ikut ikutlah. Bukan nak kata sesat tapi rasanya aku lebih selesa dengan cara beragama yang lain. Bukan begini. Berguru juga. Tapi tak pelik macam ni. 


Apa lagi anak murid dia buat?


1. Letak gambar besar besar dia Office. tak pasti dapat pahala atau macam mana bila letak besar besar. Ini bukan gambar saja. Ini gambar memang besar gila.


2. Infak setiap bulan. Ratusan ribu. Ada sampai bagi kereta mewah ke Tok Guru pakai sebab Tok Guru harta dunia tak berguna.


Kalau betul tak guna. Tok Guru takyahlah ambil. Betul tak? Infak je tempat lain pula


Begitulah. Sekarang barulah aku faham kenapa Dr MAZA ini ramai orang follow dia.


Dan ramai juga orang yang membenci beliau


Dengan munculnya tok Guru jadian yang menunggang anak murid untuk harta dan some cases wanita.


Bertopengkan agama untuk dapat dunia


Ini sungguh gila. Dan benda makin membarah di masyarakat kita. Kita tak boleh deny.


Betapa banyak pusat tahfiz yang scammer?


Berapa ramai yang menyamar jadi agamawan tetapi melakukan jenayah liwat?


Post ini bukan burukkan agamawan. Tapi ini isunya yang ada sekarang


Orang nak beragama. Orang nak ke Islam. 


Tetapi berguru dengan orang yang ambil kesempatan kepada kita


Bukan kah agama islam ini membebaskan kita dari semua makhluk?


Kita bukan agama Kristian perlu sampai nak ampun dosa kena luah ke paderi.


Aku harap mana mana yang baca ni.


Hati hati dalam beragama


Kita dahlah banyak isu masalah sosial yang lebih besar


Ditambah dengan agamawan yang ambil kesempatan


Makin tenat masyarakat kita


Jangan sampai


Zikir kena sebut nama Tok Guru

Mohon ampun dosa kena sebut nama Tok Guru

Barang peninggalan tok Guru kena ambil berkat

Kahwin kena tunggu Tok Guru

Nanti tak mustahil bila tok guru dah tiada.

kubur tok Guru pun anak murid pergi berzikir dan bersujud di situ!


Yang maksum manusia ni hanya para Rasul. Cukup. 


Moga Allah swt jaga kita dari tertipu dengan Tok Guru jadian yang merosakkan akidah kita dan lagi menjauhkan kita dengan Allah dan rasul.


Impian nak ke syurga. Tetapi tersadung di pintu neraka


Nauzubillah