KALAULAH PESANAN TUAN GURU NIK AZIZ SENTIASA DIINGATI…


 1. Di Malaysia, terdapat ramai guru agama yang mempunyai ilmu dan pandai mengajar tetapi bukan ramai yang mempunyai kebijaksanaan serta keikhlasan seperti Almarhum Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat.

2. Ramai termasuk saya sendiri pernah hadir kuliah subuh Almarhum di Masjid Pulau Melaka untuk menimba ilmu secara dekat dari Tuan Guru.

3. Kebijaksanaan almarhum Tuan Guru Nik Aziz sekali lagi menyerlah melalui pesanan “jangan dipatuk ular dari lubang yang sama dua kali” apabila Presiden PAS hari ini bercerita tentang “itik patah kaki yang terbang meningalkan kawan setelah pulih di rawat” yang merujuk persahabatan PAS dan UMNO kebelakangan ini.

4. PAS merasa kecewa dan seolah diperdaya oleh UMNO yang setelah pulih semula , bertindak meninggalkan PAS yang telah membantunya waktu jatuh dahulu.

5. Pesanan Tuan Guru Nik Aziz amat jelas dan telah diulang oleh beliau beratus kali termasuk melalui ceramah umum. Pengalaman pahit lama bersama UMNO di Terengganu dan Kelantan menghantui ingatan Almarhum.

6. Anak murid yang sayang kepada guru nya patut taat kepada pesanan gurunya apalagi apabila gurunya juga merupakan Mursyidul am PAS.

7. Pesanan tersebut telah juga dibuat di Muktamar PAS dan individu tertentu yang ingin membawa PAS mendekati lubang ular berbisa yang sama telah ditegur secara terbuka oleh Almarhum.

8. Malangnya dugaan wang, kuasa dan pangkat kedudukan dunia ini telah kaburi pandangan pimpinan pimpinan PAS yang mabuk terglincir dari landasan perjuangan asal PAS.

9. Hanya yang berani bertindak menjauhi kumpulan tersebut dan keluar PAS untuk menubuhkan AMANAH selepas pemergian Tuan Guru.

10. Seminggu selepas kemangkatan Tok Guru Nik Aziz, saya telah disoal oleh Ketua Kawasan PAS Kuala Terengganu mengenai penulisan artikel saya tentang jasa Tok Guru Nik Aziz kepada PAS dan Umat Islam.

11. Nampaknya dari saat itu lagi pesanan pesanan Tok Guru dah mula mahu di padamkan.

12. Kalaulah pesanan Almarhum tentang “jangan dipatuk ular dari lubang yang sama” diingati dan dipatuhi PAS, tidak akan timbul kisah “itik patah kaki meninggalkan kawan setelah sembuh” !

13. Pengajaran dari kisah ular berbisa yang ganas patut menjadi ingatan kepada PAS kerana telah digigit dua kali di Terengganu dan Kelantan oleh ular berwarna biru Barisan Nasional – Perikatan yang pernah dahulu pun bergabung dengan PAS.

14. Ini termasuklah kali ketiga PAS masih bermain di lubang yang sama yang di diami ular berbisa yang sama kerana terlalu cinta pada pangkat, kedudukan dan wang.

15. Kasihan ahli dan penyokong PAS yang terheret bersama mengalami sakit patukan ular berbisa akibat tindakan pemimpin PAS yang memilih untuk melupakan pesanan Almarhum Nik Aziz.

16. Bukan itu sahaja, perjuangan melawan rasuah serta penyelewengan, janji RUU 355, hudud, basmi judi dan sebagainya hilang begitu sahaja sudah tidak kedengaran lagi di bawa lari oleh itik yang cekap berenang dan kini di lupai PAS.

17. Kalau sebelum ini PAS mengajar kita mencari keredhaan Allah dahulu dan bukan kemenangan, hari ini kuasa dan pangkat adalah segala galanya walaupun PAS terpaksa menebuk atap atau masuk melalui pintu belakang bersama UMNO. Asalkan boleh apa yang di hajat.

18. Nampak gayanya ular berbahaya yang Tok Guru minta kita awasi telah melilit ketat tengkuk pimpinan PAS sehinggakan saluran bekal oksigen ke kepala telah berkurangan untuk membolehkan mereka berfikir dengan waras dan bijaksana.

19. Itulah akibat melupakan dan mengkhianati pesanan bijaksana Mursyidul am yang bernama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH

Pengerusi AMANAH Terengganu.


ALAHAI SET POL PM..ITU BUKAN FITNAH...NGUTUK JA PUN..BIASA LA DALAM POLITIK KUTUK MENGUTUK...TIDAK TAK PAYAH LA MASUK POLITIK


Setpol PM lapor polis artikel fitnah diterbitkan 3 portal





Mohammad Anuar Mohd Yunus berkata, laporan portal terbabit memanipulasi kenyataan sebenar Perdana Menteri ketika ditanya oleh pemberita pada satu majlis di Bera pada 29 Jan 2022 sedangkan pemberita dari ketiga-tiga portal tidak hadir pada majlis itu.

KUALA LUMPUR: Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob membuat laporan polis terhadap tiga portal berita selepas didakwa membuat laporan serta menyiarkan berita palsu.

Mohammad Anuar Mohd Yunus berkata, laporan dibuat terhadap artikel di portal Agenda Daily yang bertajuk “Ismail Sabri bimbang jadi PM paling singkat, rayu jangan tarik sokongan” disiarkan pada 30 Jan 2022 dan diulang siar oleh The Malaysia Life dengan tajuk “Ismail rayu jangan tarik sokongan, bimbang jadi PM paling singkat dari Muhyiddin dan Dialograkyat.Blog bertajuk “Ismail Sabri bimbang jadi PM paling singkat, ‘rayu’ jangan tarik sokongan” pada hari sama adalah tidak tepat dan palsu berkaitan Ismail.

Katanya, laporan itu mendakwa kononnya Ismail bimbang menjadi Perdana Menteri paling singkat berbanding Muhyiddin Yassin adalah fitnah.

“Laporan dibuat ketiga-tiga portal tersebut mengandungi kenyataan palsu dan adalah fitnah jenayah berkaitan kenyataan Perdana Menteri.

“Ketiga-tiga portal ini dengan sengaja dan tidak beretika telah membuat laporan yang salah dengan niat jahat dan mencemarkan nama baik Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

Anuar berkata, laporan portal itu telah memanipulasi kenyataan sebenar Perdana Menteri ketika ditanya oleh pemberita pada satu majlis di Bera pada 29 Jan 2022 sedangkan pemberita dari ketiga-tiga portal tidak hadir pada majlis itu.

Katanya, laporan polis itu juga dibuat supaya pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan serius ke atas pemilik tiga portal berkenaan kerana memutar belitkan fakta, menyiar dan menyebarkan berita palsu sehingga menjatuhkan kredibiliti Ismail sebagai Perdana Menteri sehingga boleh menimbulkan kegusaran rakyat.

Anuar berkata, pihaknya tidak menuntut tiga portal itu tampil memohon maaf, sebaliknya mahu tindakan tegas dikenakan ke atas mereka.

“Kita serah kepada pihak berkuasa untuk ambil tindakan, kalau kita minta mereka minta maaf hari ini, esok mereka buat lagi.

“Hari ini kita buat laporan polis dulu lepas itu kita maklum kepada peguam untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

CEO RHB Bank letak jawatan


Datuk Khairussaleh Ramli - Foto fail NSTP
Datuk Khairussaleh Ramli - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan RHB Banking Group, Datuk Khairussaleh Ramli akan meletakkan jawatannya berkuatkuasa 25 Mac 2022.

RHB Banking Group dalam satu kenyataan hari ini berkata, kumpulan perbankan itu sudah memulakan pelan peralihan dan proses pemilihan sedang berjalan.

Sementara itu, ia berkata, Pengarah Urusan, Perbankan Borong Kumpulan, Mohd Rashid dilantik sebagai Pegawai Bertanggungjawab/Pegawai Principal Kumpulan.

"Lembaga pengarah dan pengurusan RHB Banking Group ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Khairussaleh atas sumbangan yang tidak ternilai sepanjang beliau berkhidmat dengan kumpulan dan mendoakan kejayaan beliau dalam usaha masa depannya," kata kumpulan perbankan itu.

DULU PH BAGI RM 30 HANGPA KUTUK..SEKRANG APA MACIAM...KEH..KEH..KEH


 

BILA ANWAR SURUH JAWAB RM 3 BILLION MP UMNO DIAM


 

KISAH BBMB DI BAWAH MAHATHIR SUATU KETIKA DAHULU. KES HAMPIR SAMA


 

Kenyataan Media Timbalan Pengerusi Keadilan Negeri Johor

 



Kenyataan Media Timbalan Pengerusi Keadilan Negeri Johor

Intimidasi Politik Ke Atas Dr Maszlee Malik

1. Saya telah membaca berita mengenai Dr Maszlee Malik sedang disiasat SPRM kerana terima rasuah ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan.

2. Rakyat mempersoalkan, mengapa kes ini tidak timbul dahulu? Mengapa siasatan SPRM tiba-tiba muncul ditengah-tengah bahang pilihanraya negeri Johor akan diadakan tidak lama lagi dan kebetulan nama Dr Maszlee Malik juga disebut-sebut kemungkinan sebagai calon PH untuk Menteri Besar Johor?

3. Seolah-seolah terdapat campur tangan politik yang ingin mengacau fokus Keadilan Johor dan melakukan intimidasi politik ke atas Dr Maszlee Malik.

4. Amat mengecewakan, apabila kes yang melibatkan Azam Baki sehingga kini tidak pun disiasat sebaliknya Ahli Politik daripada PH pula yang disiasat bermula dengan YB Sivarasa dan yang terbaharu Dr Maszlee Malik.

5. Namun, saya memuji sikap Dr Maszlee Malik yang tenang mengalu-alukan siasatan dijalankan, inilah prinsip berani kerana benar dan saya cukup yakin siasatan ini sama sekali tidak akan melunturkan semangat Keadilan Johor menghadapi PRN Johor!

Lawan Tetap Lawan!

Sdr. Jimmy Puah

Timbalan Pengerusi Keadilan Negeri Johor

31 Januari 2022, Isnin

#KEADILAN

 

AKIBAT KERAJAAN BERI PINJAMAN TANPA CAGARAN INILAH KESAN KEPADA RAKYAT

 

MOHD AFENDI ABAS


Akibat kerajaan benarkan bank tempatan beri pinjaman tanpa cagaran kepada firma perjudian.

Akhirnya rakyat juga terpaksa tanggung dengan dengan kadar kenaikan faedah pinjaman.

#PNgkhianatPNipu

 




TAK KEMARUK LAH....BOLEH JALAN LAH





W.FAUDZIN


Senang je...jika kamu rasa begitu, tolak saja idea payung besar tersebut. Kamu ingat kami kemaruk sangat???

Adakah program-program pendidikan lebih berbahaya daripada gejala rasuah yang semakin berleluasa di negara kita?

DR MAZLEE MALEK

Pusat Khidmat Rakyat Parlimen P151 Simpang Renggam sentiasa komited dalam melakukan aktiviti-aktiviti dan program-program demi kesejahteraan dan kebajikan warga Parlimen Simpang Renggam.
Baru-baru ini juga, Parlimen Simpang Renggam telah meluncurkan video bagi Kad Laporan Pencapaian tahun 2021 bagi tatapan umum.
Anda boleh lihat di sini: https://fb.watch/aRXsIXiHQY/
Namun, program-program yang diadakan demi kesejahteraan dan kebajikan warga Simpang Renggam ini dianggap sebagai perkara yang boleh disabitkan kesalahan.
Apakah rasional di sebalik tindakan tersebut? Mengapa perkara sebegini dijadikan polemik? Sedangkan perkara yang terang lagi bersuluh tidak diacuhkan sama sekali.
Ikut hati mati.
Ikut rasa binasa.
Ikut mata buta.
Daripada rakyat kepada rakyat.
0:00 / 0:00

Pengguna CIMB Dakwa Akaun Bank Ada Masalah, Terpaksa Bayar Hutang ‘Tak Wujud’ Lebih RM28K





Trending

Pengguna CIMB Dakwa Akaun Bank Ada Masalah, Terpaksa Bayar Hutang ‘Tak Wujud’ Lebih RM28K

Menurut NST, CIMB memaklumkan terdapat masalah pemprosesan pada sistem perbankan mereka sehingga menyebabkan beberapa akaun pengguna dibekukan.


BY AHMED FAEZ

JANUARY 27, 2022

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!Follow Kami

 CIMB menghubungi kami dan memaklumkan masalah ini berlaku akibat masalah pemprosesan.

Seorang pengguna Twitter, @pundetaguna meluahkan rasa kecewanya selepas berdepan situasi kewangan yang tidak dijangka apabila dipaksa membayar sejumlah RM28,490.23 kepada Bank CIMB.

Dia menerusi satu ciapan menjelaskan pada mulanya ada menerima satu mesej yang memaklumkan akaun bank miliknya akan akan ditolak dengan sejumlah wang besar bernilai RM28,500.90 bermula 2 Februari 2022.

Menyangkakan ia hanyalah satu mesej ‘tidak penting’ dia bagaimanapun tergerak hati untuk menyemak akaunnya menerusi CIMB Clicks sebelum mendapati dia mempunyai baki negatif sebanyak RM28,490.23.

Ini bermakna dia ketika ini sedang berhutang dengan bank sebanyak itu.


Terkejut dengan jumlah tersebut, dia kemudian bertindak melaporkannya kepada pihak CIMB namun dari jawapan yang diterima, transaksi dan jumlah berkenaan adalah sahih justeru dia perlu membayarnya kepada pihak bank.

Menerusi tangkap layar yang dikongsikannya, CIMB menjelaskan ianya terjadi kerana berlaku aktiviti duplikasi wang yang telah dikreditkan ke dalam akaun miliknya.

Oleh itu pihak bank telah membeku dana berkenaan dan akan mendebit semula wang itu sebagai pembayaran kepada CIMB.


Lebih mengecewakan apabila pihak CIMB memaklumkan dia perlu membayar wang tersebut meskipun individu ini bertegas yang dia tidak pernah menerima wang tersebut.

Tambahnya lagi, pihak Bank juga memaklumkan akan menghubunginya untuk berbincag mengenai cara pembayaran di mana dia mendakwa mereka turut menawarkan pelan pembayaran secara ansuran.

Dia dalam masa sama turut menafikan ada terlibat dengan sebarang aktiviti kripto wang atau perdagangan mata wang asing dalam talian yang memungkinkan dia untuk berdepan situasi sebegitu.

tambahan: aku takde main crypto ke apa lancau pastu kaitan ngan cimb ni. TAKDE.

— manap.exe (@pundetaguna) January 27, 2022

Ratusan atau ribuan pengguna berdepan perkara sama, ada yang cecah RM 103k

Carian kami di Facebook CIMB mendapati terdapat sejumlah pengguna yang turut berdepan perkara sama.

Bahkan lebih teruk, ada yang menerima mesej mendakwa mereka mempunyai hutang lebih RM130,000 kepada bank tersebut.

 

Bahkan ada yang mendakwa akaun mereka turut dibekukan ekoran dari perkara tersebut.

Isu ini menyebabkan ruangan komen CIMB teruk diserang netizen yang mahukan jawapan dan penjelasan tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku.

Description: https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2022/01/photo_2022-01-27-18.56.00.jpeg

Description: https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2022/01/photo_2022-01-27-18.55.59.jpeg

Description: https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2022/01/photo_2022-01-27-18.55.57.jpeg

Description: https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2022/01/photo_2022-01-27-18.55.55.jpeg

CIMB maklumkan ada masalah pemprosesan

Menerusi laporan NST, CIMB kemudian memaklumkan terdapat masalah teknikal pemprosesan pada sistem perbankan mereka yang menyebabkan sebilangan kecil akaun pengguna dibekukan.

Mereka bagaimanapun akan menghubungi pelanggan yang terkesan bagi menyelesaikan isu berkenaan secara adil dan terurus.

Tambah CIMB lagi, pelangan yang terkesan juga boleh menghubungi mereka di 03 2295 6188 untuk penjelasan dan perbincangan lanjut.