Hari ni saya taknak bercakap pasal politik. Bosan melihat political stunts dari kedua-dua belah. Ada beberapa rakan FB di sini yang minta saya ulas mengenai sekolah. So sis cuba ya? Here goes...
2. Ada dua isu yang berbangkit mengenai sekolah ni. (1) Isu beg sekolah berat (2) Isu pendidikan agama dalam silibus Sekolah Kebangsaan.
3. Bagi isu (1) beg berat ni bukannya benda baru. Sejak saya sekolah 30 tahun lalu pun, benda sama jadi isu. Sebagai solusi, negara lain sediakan loker percuma di sekolah. Namun, di sekolah negara kita, kebanyakkannya loker percuma tidak disediakan untuk pelajar. Pelajar perlu menyewa.
4. Kalau pelajar miskin dan sekolah jauh, perlu bertabah.Tak mampu nak sewa, dikendong la beg berat dari rumah.
5. Namun pada saya, solusi loker untuk beg berat ni dah jadi solusi basi pra-milenial. Di zaman youtube dan podcast ni perlukah lagi pembelajaran sekolah 100% di buat secara manual melalui buku?
6. Zaman Covid ini menyaksikan keperluan pembelaran dibuat secara maya. Anak-anak pun diberi seorang satu gadget untuk masuk kelas. Makanya, lebih afdallah Kementerian Pelajaran mula mengorak langkah ke arah pembelajaran digital.
7. Ini termasuk buku, silibus dan peperiksaan. Tibalah masa didigitalkan. Buat lebih banyak video ala youtube atau podcast. Ini bukan benda baru. Banyak negara dah pratikkan. Memudahkan anak-anak kita bersekolah kerana sesuai dengan jiwa mereka yang milenial. Sekarang mereka belajar melalui Youtube sahaja. Dan baca buku pun melalui telefon secara digital.
8. Bukan lah bermaksud kita perlu gantikan cikgu sekolah dengan robot Siri atau Youtube. Kita masih perlukan sentuhan Cikgu dalam membimbing pelajar. Cuma bila bab buku dan periksa, kan boleh saja diguna gadget yang ada.
9. Bab kedua mengenai matapelajaran agama dalam silibus sekolah kebangsaan. Kalau ikut sejarah, ia bermula masa zaman Pak Lah. Bila beliau perkenal konsep Islam Hidhari. Makanya silibus sekolah rendah pun ditukar. Diterapkan lebih banyak matapelajaran agama.
10. Kalau tuan puan tengok matapelajaran budak sekolah rendah sekarang, 30%-40% mata pelajaran agama. Dari Pendidikan Islam, Arab, Jawi, Ulum dan pelbagai lagi. Sebagai perbandingan, Matematik dan Sains masa pembelajarannya kurang 20%.
11. Pada saya, sebagai solusi, tak payah buang terus matapelajaran agama tu dari silibus pelajar. Cadangan saya, kita perlu panjangkan waktu persekolahan dan adakan dua sesi. Satu sesi pembelajaran formal di waktu pagi. Dan sesi sebelah petang dikhaskan untuk pembelajaran informal: agama dan sahsiah.
12. Waktu Pendidikan informal tu masuklah semua matapelajaran agama dalam 3 jam. Jam 2 hingga 5 petang. Ini wajib bagi semua pelajar Islam. Bagi pelajar bukan Islam, boleh buat mengikut agama masing-masing. Dalam seminggu buatlah 2-3 hari, pendidikan agama diterapkan. Itu pun dah 15 jam seminggu. Hari lain masukkan pendidikan informal seperti belajar coding, computer, enterprenurship atau skill lain yang bersesuaian mengikut zaman.
13. Singapura dan Thailand dah masukkan coding sebagai subjek wajib dalam sekolah rendah. Kita masih lagi sibuk dengan retorik mata pelajaran agama.
14. Pada saya, lanjutan masa persekolahan sampai petang ni banyak faedahnya. Satunya kepada ibubapa, tak bebankan mereka nak cari transit. Semua isi rumah, punya masa yang sama di luar rumah. Sekolah atau pejabat waktunya 8-5. Ia memudahkan keluarga mengurus masa.
15. Satu lagi, ia boleh memperkasa Sekolah Kebangsaan. Kalau Pendidikan formal sebelah pagi hanya tertumpu kepada subjek2 teras: BM, BI, Sains, Matematik, Sejarah dan Ilmu teras lain, maka lebih ramai bukan Melayu yang tertarik untuk masuk Sekolah Kebangsaan. Tak boleh salahkan mereka menjauhi bilamana 40% mata pelajaran adalah relevan dengan agama lain daripada mereka. Kalau terbalik kena tang kita bagaimana? Kena pikirkan jua.
16. Nanti ada lah walaun yang nak komen cadangan ni liberal dan sekular. Sekali lagi saya cakap, bukan kita nak mansuhkan matapelajaran agama, cuma kita asingkan semua Pendidikan Agama kepada sesi belah petang. Lagi senang pelajar fokus, tambah boleh buat amali sekali untuk solat Jemaah Zohor dan Asar. Bukankan lebih afdal?
17. Nanti ada juga yang cakap, ini sama dengan sekolah agama rakyat sebelah petang. Ya, betul, tapi ia sekarang tak wajib dan dibuat oleh Kerajaan Negeri. Saya cadangkan ia diwajibkan Oleh Kerajaan Persekutuan. Buatlah untuk sesi belah petang di Sekolah Kebangsaan supaya mak ayah pun tak perlu dibebankan dengan transit anak.
18. Nanti ada jugalah yang cakap. Kalau sekolah satu sesi 8-5, jenuhlah Kerajaan nak bina bangunan sekolah untuk tempatkan semua pelajar. Berbanding sekarang yang 2 sesi. Saya katakan pada mereka, bangunan pencakar langit berbilion-bilion pun kita boleh bina. Inikan pula untuk anak2 kita. Isunya nak ke taknak sahaja…
Wallahu a’alam…
Salam hormat,
Liyana Marzuki