SOROTAN PERISTIWA umno PAKATAN RAKYAT..PAKATAN HARAPAN. PANDANGAN YANG HARUS DIBERI PIMPINAN PH..

Cnp.
1999 ramai Melayu tolak Tun M & dia letak jawatan kemudiannya

2004 UMNO menang besar sebab BN tukar PM kpd Tun Abdullah Badawi

2008 BN kalah banyak kerusi dan hilang beberapa kerusi. PR hampir dpt Putrajaya. Tun M bukan anggota PH

2014 Momentum kemenangan dikekalkan oleh PR/PH. Tun M masih bersama BN ketika ini tapi PR/PH masih berjaya kekalkan kemenangan

2018 PH tawan Putrajaya. Menang bukan kerana Tun M faktor utama. Tun M hanya menyumbang kpd beberapa faktor kemenangan PH sbb kita dah 20 tahun berjuang lawan UMNO-BN. Faktor Najib adalah faktor utama rakyat tolak BN.

2018 Rakyat dah hukum Najib & BN. PH masih sibuk belasah & balun Najib tapi menifesto utama PH masih gagal dilaksanakan.
Yang takde dalam manifesto sibuk nak dilaksanakan.

2019 Beberapa Menteri & beberapa EXCO Kerajaan Negeri mula angkuh & sombong. Beberapa pegawai Menteri & pimpinan utama PH mula main sepak terajang.

2019 PH masih gagal menempatkan anggota parti di sektor jawatan lantikan kerajaan termasuk GLC. Anggota parti sudah hilang semangat utk turun berkempen.

2019 Ahli2 perniagaan Cina menjauhkan diri drpd PH sbb Menteri Kewangan sombong & terlalu menyekat perniagaan mereka. MOF tidak mesra dgn ahli perniagaan. Beberapa kerajaan negeri juga tidak bersikap mesra ahli perniagaan.

2019 Org Melayu semakin meyakini dahwaan bahawa DAP menguasai PH di Putrajaya & di negeri2. Pegawai2 Kerajaan muak & bosan dgn retorik PH

2019 Wawasan Kemakmuran Bersama, dasar tender terbuka & pelbagai pendekatan oleh Kerajaan PH tidak menarik minat warga marhaen pun dan dilihat sbg agenda syok sendiri PH.
Rakyat nak harga minyak turun, harga tol dikurangkan, harga barangan keperluan harian diturunkan & perkhidmatan kesihatan diperhebatkan serta dasar2 kebajikan rakyat dilipatgandakan dan bukan dikurangkan.

Nak selamatkan PH ??

1. Tun M wajib beri laluan kpd DS Anwar Ibrahim menjadi PM. Pendekatan beliau utk selesaikan hal ekonomi & hutang negara dah tak relevan di era ini.

2. Beberapa Menteri Wajib direhatkan dan digantikan. Alasan mereka masih baru dan perlu diberi lebih masa tidak relevan lg.

3. Pimpinan akar umbi PH perlu dilantik ke jawatan2 yg bersifat lantikan politik dan juga dilantik ke GLC. Jika tidak, pimpinan akar umbi tidak akan merasai nikmat kemenangan walaupun dah bertahun2 berjuang & berkorban.

4. Dulu DAP & PAS boleh bersatu kerana Anwar. Nak satukan semula semua parti PH ni, Anwar kene mengetuai PH dan Anwar kene segera libatkan semua pimpinan PH. Bekas2 tokoh reformasi perlu dipanggil & dijemput utk semarakkan semula agenda reformasi dgn memberikan mereka peranan penting di peringkat Kerajaan.

5. Kementerian Belia Dan Sukan perlu dipimpin oleh tokoh yg asli jiwa pemudanya dan bukan pemimpin yg dibuat2 jiwa pemudanya. Jika tidak Anak Muda tidak akan sokong PH dan Anak Muda akan mengalihkan sokongan mereka kerana KBS dilihat lembik, longlai & bersifat elitis.

6. Tokoh2 seperti Husam Musa, Rafizi Ramli wajib diberikan peranan penting di peringkat kerajaan khususnya dlm menjana ekonomi & dlm memenuhi tuntutan rakyat seperti harga minyak, tol, barangan keperluan dan seumpamanya. Mereka dilihat lebih dekat & lebih memahami denyut kesusahan rakyat.

7. Kementerian Komunikasi perlu dipimpin oleh pemimpin Melayu. Bukan rasis tapi itulah hakikat yg perlu diterima. Gobind Singh bagus sbg Peguam & Ahli Parlimen tapi dia kurang berkesan sbg Menteri Komunikasi. Dasar PH gagal disampaikan kpd rakyat.

8. DAP perlu segera bertindak & berubah sikap menjadi parti yg lebih lunak kpd Melayu & Islam. Propaganda BN berjaya yakinkan org Melayu yg DAP ni anti Islam & anti Melayu.

9. AMANAH perlu bertindak sbg alternatif kpd PAS dan membuang tanggapan AMANAH adalah kuda kpd DAP. YADIM & Menteri Agama kene perbanyakkan program di Masjid & Surau terutama mengawal penceramah. Kena libatkan rakan2 Keadilan, Bersatu bersama dan tidak hanya libatkan anggota Amanah.

10. Keadilan kene segera selesaikan isu perbalahan dikalangan pimpinan utama. Ahli tersepit antara pertarungan gergasi dlm Keadilan hingga ada ahli yg mula melihat gergasi ini seumpama menikus dlm mencari penyelesaian. Kalau ahli meluat & muak dgn kepimpinan, rakyat diluar lebih rasa meluat & muak. Deklarasi Permatang Pauh perlu digilap semula & menjadi garis panduan. Berhenti berbalah atau Keadilan akan ditalkinkan di pusara yg tidak bernisan ! Pegawai2 kanan pemimpin Keadilan kene BERHENTI sailang menyailang & membunuh karektor sesama anggota parti. Akhirnya yg berkelayakan di tanam hidup2 dan yg bahlul dijulang tanpa rasa bersalah. hahahahaha😀😀😀

KEKABURAN PERALIHAN KUASA PUNCA KEKALAHAN DI TG PIAI?

PENGUNDI TIDAK LAGI MAHUKAN MAHATHIR



Dalam bahasa yang paling mudah, kemenangan bergaya BN di Tanjung Piai adalah disebabkan “pengundi Melayu undi calon Cina dan pengundi Cina pun undi calon Cina”.
Bermakna, pilihan pengundi kali ini terkeluar sama sekali daripada faktor kaum, walaupun dalam beberapa keadaan, isu perkauman cuba dimainkan.
Dalam konteks sokongan pengundi Melayu kepada calon BN, Wee Jeck Seng, ia bukanlah sangat disebabkan adanya Muafakat Nasional antara UMNO dan Pas sekarang ini.
Muafakat Nasional hanyalah faktor sampingan yang memperkukuhkan lagi sokongan pengundi Melayu kepada BN.
Berdasarkan pola pengundian PRU14, pengundi Melayu memang sentiasa bersama UMNO dan BN.
Sebab itu, dalam PRU14 lalu, PH hanya menang dengan 524 undi saja di Tanjung Piai di mana faktor utama kemenangan ketika itu adalah disebabkan sokongan kuat daripada pengundi Cina.
Adanya Muafakat Nasional sekadar memberi keselesaan saja kepada BN dalam berhadapan dengan PH kali ini.
Bagi sokongan pengundi Cina kepada BN pula, ia bagaimanapun bukanlah disebabkan calon yang bertanding datang daripada kaum Cina.
Malah, kalau DAP pun yang bertanding di Tanjung Piai berlawan dengan Wee Jeck Seng daripada MCA, DAP tetap akan kalah juga.
Ini berikutan tindakan pengundi Cina yang dilaporkan meninggalkan PH atau tidak lagi menyokong gabungan itu lebih tinggi daripada pengundi Melayu dan disertai sokongan pengundi Melayu, tidak mungkin calon DAP dapat mencapai kemenangan.
Ertinya, pengundi Cina benar-benar mahu memberi isyarat penting kepada PH dan kerajaan setelah mereka memberi sokongan yang padu dalam PRU14 yang lalu.
Dalam hal ini, apakah sebenarnya yang menyebabkan pengundi Melayu dan Cina boleh bersatu hati mengundi calon Cina dan menolak calon Melayu?
Bagi pengundi Melayu, penolakan mereka lebih disebabkan prestasi kerajaan yang tidak memuaskan serta janji-janji manifesto yang gagal ditunaikan.
Harapan mereka apabila PH menjadi kerajaan, tentulah lebih banyak kebaikan dan kelebihan yang dapat dirasakan sebagaimana yang terkandung dalam buku manifesto serta ucapan para pemimpinnya yang menjanjikan macam-macam ketika berkempen.
Malangnya, selain banyak janji tidak ditunaikan dan reformasi tidak dilaksanakan, yang selalu kedengaran hanyalah kenyataan menteri-menteri yang tidak menyenangkan, menyakitkan hati serta lebih teruk daripada Ahmad Maslan.
Sebab itu, sekarang ini Ahmad Maslan dilihat lebih cerdik kerana ada sesetengah menteri ternampak jauh lebih “bodoh” daripada beliau.
Untuk pengundi Cina, kekecewaan mereka adalah berkaitan ekonomi dan perniagaan yang tidak berkembang dan terlalu perlahan.
Sokongan pengundi Cina kepada pembangkang di Tanjung Piai sebenarnya adalah isyarat kekecewaan kaum itu daripada seluruh negara kepada PH.
Di mana-mana, jika kita rajin berbual-bual dengan peniaga kaum Cina, rata-ratanya melahirkan rasa kecewa dengan prestasi ekonomi negara sehingga perniagaan mereka terus merudum dan jatuh.
Dalam konteks itu, mereka kecewa dengan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang dilihat terlalu banyak bermain dan memikir soal politik berbanding memperkembangkan keadaan ekonomi negara.
Berbanding peringkat awal di mana ramai yang gembira dengan perlantikan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan, sebaliknya kini lebih ramai yang kecewa dan putus asa dengan prestasinya.
Begitu juga dengan Tun Mahathir Mohamad, kaum Cina tidak lagi menyukainya seperti sebelum PRU14 lalu kerana setelah 18 bulan memegang kuasa, beliau dianggap telah gagal membawa kebaikan dan kesejahteraan kepada perniagaan mereka.
Mereka kini sedar Tun Mahathir bukan lagi seperti Perdana Menteri era BN dahulu kerana usia tua dan partinya yang minoriti telah menjadikannya lemah dan tidak berupaya.
Bagi pengundi Cina, sudah sampai masanya untuk Tun Mahathir berundur untuk memberi peluang pula kepada Anwar Ibrahim memakmur dan memajukan negara ini.
Kata mereka, Anwar yang pernah menjadi TPM dan pernah juga mengalami derita paling teruk dalam perjuangannya, selain kedudukan PKR yang majoriti dalam PH, adalah pemimpin yang lebih memahami kesusahan rakyat yang sebenar-benarnya.
Tun Mahathir, kata mereka, walaupun pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, dilaporkan memiliki kekayaan kira-kira RM32 juga, ada gaji bulanan sehingga RM70 ribu dan anak-anak yang semuanya kaya raya, tetapi masih lagi mengaku beliau tidak kaya sekarang ini.
Ini bermakna, tambah mereka lagi, Perdana Menteri tidak faham apa-apa pun tentang kesusahan atau kekayaan rakyat bawahan. (ShahbudinHusin 17/11/2019)

Pelaksanaan agenda reformasi perlu disemak segera – Kit Siang



Pakatan Harapan (PH) perlu menyemak segera pelaksanaan pembaharuan yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, khususnya yang terkandung dalam Buku Harapan.
Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata demikian sebagai reaksi terhadap kekalahan PH pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai pada Sabtu lalu.
“Ini akan menjadi agenda pertama DAP dan Pakatan Harapan selepas PRK Tanjong Piai,” katanya.
Calon Barisan Nasional, Wee Jeck Seng menewaskan calon PH, Karmaine Sardini dan empat pencabar lain dengan majoriti 15,086 undi.
Sementara itu, mengulas perkara yang sama, Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata PH akan berusaha merapatkan kepemimpinan dalam kalangan parti komponen.
“Keputusan itu juga menuntut kerajaan PH agar terus memperbaiki pemerintahan agar segala usaha dan inisiatif yang dilaksanakan dapat dirasai oleh rakyat.
“Di samping itu, kami juga akan berusaha merapatkan saf kepimpinan antara parti-parti dalam PH dan pada masa yang sama mempergiatkan lagi program-program penerangan kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menyeru agar PH mengambil pengajaran dan iktibar atas kekalahan tersebut. 
“Kita juga harus berusaha menanam keyakinan rakyat terhadap dasar yang dibawa oleh PH dengan usaha positif melaksanakan janji,” katanya dalam kenyataan. 
Sementara itu, Karmaine seperti dipetik media berkata beliau menerima keputusan yang dibuat rakyat walaupun tidak berpihak kepada PH. 
“Keputusan sudah ada. Saya rasa saya reda dengan apa yang berlaku
“Saya rasa orang Tanjung Piai sudah buat pilihan dan kita kena terimalah,” katanya. –

BUSUK IKAN BERMULA DARI KEPALA



Dalam cubaan untuk mempertahankan Tun Mahathir Mohamad yang dipersalahkan banyak pihak berikutan kekalahan PH di Tanjung Piai, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad berkata, beban kekalahan itu adalah tanggungjawab bersama.
Menurut beliau, Tun Mahathir tidak patut dipersalahkan kerana keputusan dalam PH bukan dibuat oleh Perdana Menteri seorang, tetapi secara bersama dengan pemimpin lain.
“Ia tanggungjawab bersama.
“Terlalu senang meletakkan kesalahan pada seorang. Semua ada kelemahan dan kekurangan. Begitu juga kelebihan dan kekuatan.
“Tak mungkin Tun Mahathir melakukan sesuatu tanpa persetujuan kita bersama. Perkukuhkan kerjasama dan sama-sama perbaiki. Saya team player,” kata Khalid melalui ciapan di laman Twitternya.
Untuk makluman Khalid, walaupun kekalahan PH di Tanjung Piai cuba dikatakan sebagai tanggungjawab bersama, tetapi sebagai Pengerusi PH dan Perdana Menteri, beban pertanggungjawaban itu adalah terletak di atas bahu Tun Mahathir.
Lebih-lebih lagi, apabila sebahagian besar daripada punca kebencian atau penolakan pengundi itu bermula daripada perbuatannya.
Contohnya, menolak janji manifesto dengan mengatakan buku harapan bukan kitab suci, melengah-lengahkan reformasi institusi, berbelit-belit berkaitan janji serah kuasa, terlalu bermain politik dan pelbagai lagi adalah kesalahan Tun Mahathir yang nyata membuatkan rakyat mula meluat kepada kerajaan.
Bagi perkara-perkara yang lain yang bukan dimulakan daripada Tun Mahathir pula, sebagai ketua parti dan kerajaan, beban pertanggungjawaban itu tetap merupakan tanggungjawabnya.
Contohnya paling mudah, kalau sesebuah syarikat rugi, tentulah CEO yang dipertanggungjawab dan diletakkan beban kesalahannya, bukannya kerani, penyelia atau pekerja bawahan.
Yang ditukar atau dipecat juga adalah CEO, bukan kerani atau pekerja bawahan tadi.
Hakikat ini adalah sesuatu yang normal sebenarnya, lagi pun selalu kita dengar kata pepatah – ikan busuk bermula daripada kepala.
Dahulu di era BN, kenapa semua keburukan yang berlaku dalam parti dan kerajaan ketika itu diletakkan beban kesalahannya kepada Najib Razak?
Dan sekarang, kenapa pula di era PH ini cuba dielakkan untuk beban kesalahan diletakkan di bahu Tun Mahathir, sebaliknya dikatakan sebagai tanggungjawab bersama?
Adakah era BN dan PH sesuatu yang berbeza?
Sekarang ikan sudah mula kelihatan membusuk, adakah kepala mahu dibiarkan lagi? (ShahbudinHusin 17/11/2019)

EHHHH...SABAR LA MAIL..ADA 3 TAHUN LEBIH LAGI....



Berikutan kekalahan PH di Tanjung Piai, Ketua Pembangkang, Ismail Sabri Yaakob menggesa agar Parlimen dibubarkan dengan segera.
Kata beliau, kekalahan itu menunjukkan rakyat telah hilang keyakinan kepada kerajaan.
“Penolakan rakyat terhadap PH di Tanjung Piai bukanlah yang pertama. Kerajaan telah ditolak berturut-turut sebanyak tiga kali sejak PRK Cameron Highlands, diikuti Semenyih dan Rantau.
“Majoriti kekalahan PH meningkat daripada 3,000 lebih di Cameron Highlands kepada 4,000 lebih di Semenyih dan Rantau sehingga memuncak kepada 15,000 lebih di Tanjung Piai.
“Mesej rakyat amat jelas iaitu mereka tidak lagi percaya kepada kerajaan PH untuk menerajui pemerintahan negara ini.
“Keputusan Tanjung Piai merupakan referendum rakyat yang menolak kerajaan hari ini.
“Kerajaan tiada pilihan lagi selain daripada membubarkan parlimen,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Bera, Pahang.
Ehh…ehh…sabarlah Mail dan cubalah berfikir dengan matang terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
Kalau semberono begini mengeluarkan kenyataan, walaupun berjawatan Ketua Pembangkang, nampak sangat masih belum matang dalam memahami keadaan serta keperluan perlunya sesuatu pilihanraya diadakan.
Hendaklah disedari bahawa pilihanraya diadakan atas dua sebab iaitu pertama, sebagai memenuhi keperluan perlembagaan di mana ia mesti diadakan dalam tempoh lima tahun sekali.
Dalam hal ini, Parlimen boleh dibubarkan dan pilihanraya diadakan pada bila-bila dalam tempoh lima tahun itu mengikut budi bicara kerajaan yang memegang kuasa.
Oleh kerana PH baru berkuasa selama 18 bulan dan ada tempoh 3 tahun 4 bulan lagi, maka untuk apa apa perlunya Parlimen dibubarkan sekarang?
Kalah dalam pilihanraya kecil adalah perkara biasa, tetapi semua itu tidak memperlihatkan kerajaan sedang tergugat.
Kerajaan PH masih boleh berjalan seperti biasa kerana tetap memiliki kedudukan majoriti Ahli Parlimen yang stabil di Dewan Rakyat.
Kedua, kerajaan boleh memanggil pilihanraya secara mengejut jika dirasakan kedudukannya tergugat dengan adanya sebahagian Ahli Parlimen kerajaan mengalih sokongan kepada pihak pembangkang.
Dalam keadaan itu, bagi mendapatkan semula mandat rakyat, maka ada keperluan untuk mengadakan pilihanraya semula.
Tetapi, setelah kalah dalam empat PRK ini,! adakah kedudukan kerajaan PH nampak tergugat?
Adakah terdapat Ahli-Ahli Parlimen kerajaan mengalih sokongan mereka kepada pembangkang?
Sebaliknya, apa yang berlaku sekarang, terdapat sebahagian Ahli Parlimen pembangkang pula yang secara terbuka menyokong kerajaan.
Maka, di mana logiknya kerajaan sekarang sedang tergugat dan perlu dipanggil pilihanraya dengan segera?
Apa yang penting, dalam tempoh berbaki 3 tahun 4 bulan yang masih ada, kerajaan boleh melakukan pelbagai perkara untuk memperbaiki sokongan rakyat yang merudum yang diperlihatkan dalam empat PRK sebelum ini.
Sebagai kerajaan baru, memang diakui PH ada kelemahan dan kekurangan di sana sini, tetapi ruang masa perlu diberikan kepada gabungan itu untuk menunjukkan khidmat dan keberkesanan kepada rakyat sebagaimana yang dijanjikan.
Untuk Mail dan sekalian para pemimpin UMNO yang kini bukan lagi berada dalam kerajaan, sabarlah sikit ya…belajarlah untuk hidup sebagai pembangkang untuk tempoh 3 tahun 4 bulan lagi sebelum PRU15 benar-benar akan diadakan pada tahun 2023 akan datang.
Tahun depan, selepas berlaku peralihan kuasa daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim, Insha Allah kerajaan PH ini akan lebih baik khidmat dan langkah reformasinya untuk rakyat.
Silap-silap kedudukan BN sebagai pembangkang akan bersambung lagi untuk lima tahun seterusnya. (ShahbudinHusin 18/11/2019)

JANGAN BESARKAN ISU KOSONGKAN KERUSI PARLIMEN BATU

LEPAS KECAM ISRAEL GUAN ENG TEMUI PM PALESTIN

PENYATUAN MELAYU DITENTUKAN CINA MCA?