SUDAH MERATA J-KOM DILABEL GAGAL, MENGAPA DR AGUS MASIH ENGGAN LETAK JAWATAN?


Di Parlimen semalam, beberapa Ahli Parlimen bersuara mengenai kegagalan J-Kom serta mahu agensi itu segera dibubarkan.


Kata mereka, dengan pelbagai isu yang ada dalam negara, daripada kenaikan harga barang hingga konflik di Palestin, J-Kom terbukti gagal memainkan peranannya dengan berkesan.


Dengan itu, kata mereka, baik dibubarkan saja agensi tersebut, setidak-tidaknya wang rakyat dapat dijimatkan.


Sebenarnya, sebelum hal J-Kom ini dibangkitkan di Parlimen lagi, isu kegagalan agensi yang diterajui Prof Dr Agus Yusof itu sudah lama menjadi bualan serta luahan tidak puas hati di kalangan penyokong-penyokong kerajaan.


Hampir tidak ada yang mengatakan J-Kom adalah agensi yang berjaya dan telah berperanan dengan sewajarnya di bawah kendalian Prof Dr Agus.


Rata-rata melihat Prof Dr Agus sebagai penerajui yang gagal dalam mengemudi J-Kom, selain beliau juga dilihat memiliki jiwa yang tak kental dan mudah koyak apabila berdepan duri-duri rintangan.


Malah, mereka yang dekat dengan Perdana Menteri sendiri, semua yang saya pernah bertemu dan ada bercakap dengan mereka, terang-terang meluahkan rasa tidak puas hati dengan prestasi Prof Dr Agus.


Ada di antara mereka bahkan sudah “malas” untuk bercakap lagi mengenai J-Kom apabila disuakan lebih banyak soalan Prof Dr Agus.


Tidak dapat tidak, kegagalan J-Kom yang sepatutnya menjadi antara suara paling ke depan dalam menjelaskan isu-isu serta dasar kerajaan kepada rakyat, adalah berpunca daripada Prof Dr Agus selaku Ketua Pengarahnya.


Kalau kementerian gagal disebabkan menterinya gagal dan jika negara gagal kerana Perdana Menterinya gagal, maka J-Kom gagal tentulah kerana kegagalan Ketua Pengarahnya.


Tidak ada individu lain yang boleh disalahkan di sebalik kegagalan J-Kom.


Dengan itu, J-Kom tidak harus dibubarkan, cuma penerajunya saja mesti diganti segera.


Dalam hal ini, sesuai dengan suara gagal yang sudah merata itu, dua tindakan yang sepatutnya diambil ialah;-


Pertama, Anwar Ibrahim segera menamatkan kontrak Prof Dr Agus dan meletakkan orang lain sebagai penggantinya.


Kedua, Prof Dr Agus sendiri secara sukarela mengundurkan diri bagi memberi peluang kepada Perdana Menteri memilih orang lain mengambil alih tempatnya.


Dalam perbualan dengan mereka yang dekat dengan Anwar, mereka berkata, Perdana Menteri adalah manusia yang agak susah untuk memberhentikan orang yang sudah dilantiknya kerana beliau adalah seorang yang mengambil kira banyak faktor sebelum mahu berbuat demikian, kecuali jika sudah benar-benar tiada pilihan lain lagi.


Kadang-kadang juga, tambah mereka, Anwar lebih sanggup menelan sendiri kegagalan itu daripada dilihat bersikap menganiaya atau menyusahkan orang berkaitan.


Di sinilah kadangkala kebaikan hati Anwar mudah diambil kesempatan.


Pun begitu, oleh kerana gagalnya J-Kom ini memberi kesan langsung kepada kerajaan, negara dan Anwar sendiri selaku Perdana Menteri, membiarkan saja Prof Dr Agus terus berada di agensi itu dengan kegagalannya adalah juga pilihan yang tidak bijaksana.


Cuma, yang agak menghairankan sebagai seorang yang berpendidikan, jika menyedari dirinya tidak mampu berfungsi, malah dicemuh merata, mengapakah Prof Dr Agus masih tidak mahu mengundurkan diri?


Untuk apa lagi beliau mahu terus berada di J-Kom jika tiada apa-apa yang mampu dibuatnya untuk kerajaan dan negara?


Tidakkah meletak jawatan lebih awal sebagai mengambil tanggungjawab atas kegagalan yang ada jauh lebih mulia supaya dengannya dapat memudahkan Anwar melantik orang lain mengisi jawatannya itu, malah tidak berterusan membebankan Perdana Menteri?


Atau Prof Dr Agus mahu menunggu sehingga tempoh kontrak dua tahunnya berakhir baru mahu melangkah pergi?


Matilah madani macam ni…- ShahbudinHusin 07/11/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/11/07/sudah-merata-j-kom-dianggap-gagal-mengapa-dr-agus-masih-enggan-letak-jawatan.html



UCAPAN PM DI PERHIMPUNAN KEMENTERIAN KEWANGAN.

 







Dalam amanat semasa perjumpaan dengan warga Kementerian Kewangan pagi tadi, saya sempat menyinggung kepentingan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan. 


Sebagai usaha memperbetul semula struktur ekonomi negara, Kerajaan MADANI telah menggubah beberapa kerangka dan kertas dasar bagi meraih lonjakan pertumbuhan ekonomi yang bermakna. 


Saya mengingatkan semua agar kekal tekad dan cekal dalam melaksanakan kerja dengan baik dan tangkas.


Selain itu, saya juga tekankan kita sebagai rakyat Malaysia harus sentiasa menerapkan nilai-nilai murni dan keterbukaan minda. Ini bukannya bermaksud kita sentiasa mengubah haluan. Sebagai contoh, kita harus kekal dengan pendirian kita dalam menyokong Palestin. Namun, ekspresi sokongan itu perlu dibawa dengan diplomasi yang tegas dan konsisten.


#MalaysiaMADANI



OWHHH...HOW MUCH

 How much.?


Syukurrrr sesangatttt..semua berkat buat posting sedih tak cukup bayar bill air letrik tahfizzz..bak kataa oranggg, hasil penat lelah tuu biar nampakkkk..tull takkkk.? Takebeerrrwalaonbodooo355 🤣..



HA.HA...SERONOK FITNAH

 

Jamzuri Ardani


PAS ni memang jenis kelompok manusia jahat yang perasan suci.  Situ duduk! 


Hutang tak reti nak bayar ... hari-hari sebar fitnah dan kebencian. 


😡😡😡




U CAN DO IT MASTURA.

 



2 hari untuk cari surat beranak chin peng… U can do it Siti Mastura…



NAK APPLY MASUK PAS OK KOT

 


ELOK BAGI MAKAN SAMAN

 


Siapa dah tengok video dia kelentong muslimat Pas pasal DAP?


Dulu kita ada 

Guru kencing berdiri, murid kencing berlari.

Sambungan dia Mastura kencing menari.


Mastura ni bukan kali pertama kantoi menipu.



INI LAH YANG DI KATEGORI ZALIM



 Sebab tu sekolah tahfiz perlu didaftarkan. Supaya tak jadi kejadian zalim seperti ini. Tapi ada syaitan yang tuduh usaha mendaftarkan sekolah tahfiz tu sebagai nak tutup sekolah tersebut.


Relakah kita lihat anak-anak yang berjiwa bersih ini dizalimi sedemikian rupa? Di sekolah lama sering dipukul oleh mudir. Di sekolah baharu dipergunakan untuk minta sedekah pula.


Apa beza ustaz yang menjaga mereka berbanding zionis? Sama je. Malah lebih teruk lagi. Zionis tu Yahudi menzalimi muslim. Ini muslim sendiri yang menzalimi kanak-kanak muslim. Memang celakalah hidup penunggang agama selamanya. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PATUT AKHBAR INI TAK LAKU. HUTANG TAK BAYAR BERJUTA.




 Pokok Sena bela fitnah yang cuba dimulakan oleh Harakah. Katanya tajuk artikel Harakah "Malaysia di Bawah Anwar Ragu-Ragu Sokong Palestin?" tu ada tanda soal. Jadi ia bukan tuduhan tapi persoalan.


DS Anwar menjelaskan kemarahan beliau berpunca dari Harakah menyiarkan gambarnya dengan latar belakang bendera si penjajah itu. Memang itu satu perbuatan yang jahat dan tidak bertamadun.


Tapi aku nak sentuh kenyataan Pokok Sena yang mengatakan ia persoalan bukan tuduhan. Baik, jika itu persoalan, dan DS Anwar ada buat penjelasan, adakah Harakah siarkan penjelasan daripada PM?


Jika Harakah hanya berniat nak mempersoal, bila dijawab maka wajib disiarkan penjelasan sebesar persoalan itu dibuat. Tapi kalau penjelasan PM itu didiamkan, maka jelas persoalan itu adalah fitnah.


Harakah pengecut. Berselindung di sebalik tanda soal. Meletakkan tanda soal di setiap tajuk artikel sebegini menunjukkan sebenarnya Harakah tahu ia cerita palsu dan fitnah. Diletakkan tanda soal hanya untuk mengelakkan disaman.


Begini cara Islam? Tak. Ini bukan cara Islam. Malah ini jauh lebih jahat dari penjajah berbangsa zionis. Kerja begini, menghasut seperti ini, adalah kerja si iblis. Beginilah cara iblis hasut Adam ingkari Allah.


Manusia yang beriman dan sayangkan iman wajar jauhi Harakah kerana ia hanya akan menjerumus pembacanya ke lembah fitnah yang amat dibenci oleh Allah dan Rasulullah saw. Semoga pemfitnah ini dilaknati Allah dari dunia sampai akhirat. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


APA ? KAMU MALU ? GAJI KAMU RAKYAT BAYAR KAMU PONTENG KAMU MALU ? TAK GUNA PUNYA MP




 Ahli parlimen ni, majikannya adalah rakyat. Gaji dan elaun mereka dibayar menggunakan duit rakyat. Jadi rakyat berhak tahu prestasi para MP mereka.


Kita bekerja, tak kira swasta mahupun sektor awam, pun ada rekod kedatangan. Ada punch card bagai. Kalau tak datang tanpa sebab, boleh diberhentikan.


Apa beza dengan ahli parlimen? Mereka tu pekerja rakyat. Jadi rakyat berhak tahu prestasi mereka. MP tak dilantik untuk jadi boss rakyat. Kena ingat tu.


Bila senarai ponteng dikeluarkan, yang malu hanya mereka yang ponteng. Yang tak ponteng nak malu apanya? Tak nak malu, jangan ponteng. Senang je.


Kalau ikut aku, aku lebih suka kalau MP yang kerap ponteng dikosongkan kerusinya. Atau rakyat boleh usul undi keluar mana-mana MP kerap tak hadir.


Kalau banyak komitmen lain selain daripada tugas untuk rakyat, silakan letak jawatan. Ada ramai lagi orang yang bersedia ambil alih tugas sebagai MP.


Tugas MP adalah untuk membela rakyat, bawa isu rakyat, bahaskan dan gubal undang-undang untuk kepentingan rakyat, bukan berehat dan lagak hebat minta disanjung. Hadamkan itu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


𝗠𝗔𝗞𝗡𝗔 𝗟𝗜𝗕𝗘𝗥𝗔𝗟 𝗗𝗜 𝗗𝗨𝗡𝗜𝗔 𝗕𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗧𝗔𝗞 𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗣𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗪𝗔𝗟𝗔𝗨𝗡 𝗙𝗔𝗛𝗔𝗠



1. Walaun sebar screenshort Liberal International yang ada Logo PKR dan logo parti di Israel dimasukkan ke web. PKR nafi tak pernah jadi ahli.


2. Tujuan walaun untuk FITNAH PKR liberal dan sokong Israel. 


3. Definisi Liberal di dunia barat tak sama seperti dalam otak Walaun.


4. UAI pun cakap 'Islam Liberal' yang walaun faham tu hanya ada di Malaysia dan Indonesia je.


5. Label tu senjata AKIDAH PAS lawan musuh politik kerana Isu Akidah senjata Khawarij.


6. Lain konteks, lain negara, lain makna Liberal mereka.


7. Dalam spektrum politik, liberal biasanya ideologi yg berada di Tengah. Posisi Itupun masih berbeza ikut latar negara. Variasi Konservatif dan Progresif pun ada dikaitkan dengan liberal.


8. Liberal juga diguna dalam konteks ekonomi, sosial, kerjasama antarabangsa, hak asasi dengan makna berbeza-beza.


9. PMX dah jelaskan liberal padanya ialah sedia mendengar, tasamuh dan toleransi dengan pandangan. Bukan liberal dalam akidah atau kewajipan agama seperti fitnah Walaun.


10. Sekarang ni di Barat, bukan liberal je sokong Israel, tapi konservatif, progresif, sayap kanan, sayap kiri pun ada sokong, ada tak sokong.


11. Banyak PMX buat untuk pujuk negara Arab bertindak isu Palestin, bercakap di PBB, buat minggu Palestin di Sekolah, Kutip sumbangan Gaza 81 juta, Ditekan US declare menolak pejuang tapi PMX tegas kita dari dulu dan akan terus kekal hubungan baik.


12. Sepatutnya kita semua bersatu tumpu bantu Gaza tapi pelbagai fitnah ditabur untuk tunjuk siapa lebih Palestin jadikan fokus kita terganggu.


𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗠𝘂𝗿𝘀𝗶 ✍️

---------------------------------------------------------------

Ini jawapan ChatGPT (Open AI) berkenaan apa sebenarnya Liberalisme:


1. Definisi: Liberalisme adalah ideologi politik dan falsafah yang menekankan hak individu, kebebasan, dan kesamarataan sebagai nilai utama.


2. Asal Usul: Liberalisme muncul pada abad ke-17 dan ke-18 semasa zaman Pencerahan di Eropah, terutamanya di negara seperti England dan Perancis.


3. Nilai Utama: Orang liberal percaya dalam perlindungan hak peribadi, campur tangan kerajaan yang terhad, dan prinsip pemerintahan yang baik.


4. Demokrasi: Liberalisme sering menganjurkan demokrasi berwakil, di mana rakyat memilih pemimpin untuk membuat keputusan bagi mereka.


5. Falsafah Ekonomi: Liberalisme menyokong ekonomi pasaran dengan sedikit pengawasan kerajaan untuk memastikan keadilan dan mencegah monopoli.


6. Kesamarataan Sosial: Orang liberal berusaha mengurangkan ketidakseimbangan sosial dan diskriminasi melalui dasar-dasar seperti hak asasi manusia dan program kesejahteraan sosial.


7. Kerjasama Antarabangsa: Liberalisme menyokong diplomasi dan pertubuhan antarabangsa untuk mempromosikan keamanan dan kerjasama di antara negara-negara.


8. Hak Asasi Manusia: Liberalisme memperjuangkan perlindungan hak asasi manusia, seperti kebebasan bersuara, agama, dan berkumpul.


9. Penggunaan Semasa: Hari ini, liberalisme terus membentuk banyak demokrasi Barat dan dikaitkan dengan variasi konservatif dan progresif.


10. Parti Politik: Parti liberal dapat ditemui di banyak negara, seringkali sebagai pilihan politik yang berada di tengah atau pusat-kiri.


Liberal ikut pakcik google ialah kebebasan...






Kebebasan berfikir,

Kebebasan bersuara, 

Kebebasan memiliki harta,

Kebebasan ekonomi, 

Kebebasan menuntut hak,


Maknanya liberal tidak bercanggah dgn Islam selama mana kebebasan yang dicari itu tidak bercanggah dengan Islam. 

Liberal dianggap salah bila bercanggah dengan Islam spt enggan menutup aurat atas alasan kebebasan individu....



RINGGIT MAKIN MENGUKUH

 



Megat Hisemuddin.


Hari ini 6 Nov, Ringgit ditutup pada RM4.64 berbanding Dollar AS.


Jika dibandingkan dengan nilai tertinggi RM4.79 pada 24 Okt dulu dgn penutup hari ini RM4.64 bermakna Ringgit telah mengukuh 15 sen dalam 14 hari saja.


Jika mereka yg main FOREX ikut cakap saya Ringgit akn mengukuh di awal Nov tentu dah kaya-kaya.


Ini kerana sejak pertengahan bulan Okt lagi saya dah buat ulasan berdasarkan "insider information" yang Ringgit akan mula mengukuh.


Namun ramai yang menempelak analisa saya. Kini ia betul-betul terjadi.



OWWHHH....BARU TAHU...


 

ZAMAN PN PERINTAH. PAS DI DALAMNYA


 

AJARAN ISLAM MANA PULAK BOLEH PONTENG ...